1. KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu – pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
2. Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana(kereta),
Pilot (pen),
Seiko (jam)
3. Latihan
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.
Melaka garam Universiti Malaya dewan Alba
bangau Comel kampung gelas Solusi
1. Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di ……………….
2. Setinggi-tinggi………………..terbang, akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga.
3. Majalah…………………..akan diterbitkan tidak lama lagi.
4. "Masukkan secubit,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ke dalam masakan itu," kata
ibu.
5. Kakak saya bekas mahasiswi……………………….
6. Tambang bas dari…………………………ke sini ialah lima ringgit.
7. Adik sungguh sayang akan …………………………
8. Murid-murid diminta berkumpul di ……………………………
9. ………………………itu jatuh ke lantai lalu pecah.
10. Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan ………………………