Dokumen menekankan pentingnya sabar dan sembahyang dalam menghadapi kesulitan, serta menyeru umat beriman untuk saling menguatkan dan bertakwa kepada Allah agar berjaya.
1. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam
menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan
bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana
sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang
yang sabar. (153)
2_al-Baqarah : 153
2. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang
yang khusyuk. (45)
2_al-Baqarah : 45
4. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah
kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan). (200)
3_al-Imran : 200