SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
GEMILANG 7: 
SUATU KEGAGALAN ATAU KEJAYAAN 
JIKA DILIHAT DARI SUDUT PROSES PENGURUSAN STRATEGIK? 
Zainudin Abu Bakar, Dr. 
Fakulti Pendidikan, UTM Skudai 
p-zain@hotmail.co.uk, p-zain@utm.my 
Ismail Haji Buang 
SK Tambang, Batu 6, Segamat, Johor 
Abstrak: 
Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan untuk melahirkan insane yang 
seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Justru dalam 
proses pendidikan khususnya pengajaran pembelajaran, penggemblingan tenaga 
kearah pencapaian matlamat pendidikan perlu sekata. Jurang perbezaan daripada segi 
peluang dan kemudahan yang dapat diberikan perlulah seimbang dan adil. Tanpa 
mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada di Bandar atau di Bandar, 
mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang sama. Kertas kerja ini 
meninjau keberkesanan program Gemilang 7 (G7) yang telah dijalankan di daerah 
Segamat. Program G7 merupakan usaha penggemblingan sumber pendidikan seperti 
kemudahan asas, sumber manusia, buku-buku, rujukan, dan lain-lain kemudahan 
daripada 7 buah sekolah yang telah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. 
Empat aspek utama yang menjadi fokus kajian ini adalah tahap kemudahan fizikal, 
tahap sumber manusia, tahap peralatan dan bahan, dan tahap kemudahan buku-buku 
dan bahan rujukan. Selain daripada itu komen-komen tentang permasalahan yang 
dihadapi juga telah diperolehi. Melalui program G7 ini ketujuh-tujuh buah sekolah 
telah melakukan perkongsian kemudahan dan sumber-sumber tersebut untuk 
memudahkan proses prngajaran pembelajaran dilakukan. Responden kajian seramai 7 
orang adalah merupakan guru besar di tujuh buah sekolah yang dikaji. Data-data telah 
dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis 
secara deskriptif untuk mendapatkan peratus persetujuan responden. Hasil kajian 
mendapati tahap kemudahan fizikal bagi tiap-tiap sekolah yang terlibat adalah berada 
pada tahap yang sederhana (51.7%). Manakala aspek sumber manusia, peralatan dan 
buku-buku rujukan berada pada tahap rendah (masing-masing 21.7%, 38.33%, dan 
36.7%). Komen daripada responden pula menjelaskan bahawa perkongsian yang 
dilakukan (G7) sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kekurangan yang dialami 
oleh sekolah-sekolah mereka yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). 
Beberapa kesimpulan dan cadangan ada juga dikemukakan. 
1
1.0 Pendahuluan 
Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang 
pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua 
rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang 
seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan 
dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di 
mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai 
secara bersama. 
Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan 
negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insane negara. 
Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. 
Justru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa 
mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa 
menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar 
dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan 
antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; 
Lim Geok Ping, 2003). Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan 
luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas 
dan sumber pendidikan. 
Salah satu jenis sekolah yang sentiasa menghadapi masalah kekurangan 
kemudahan asas dan sumber pendidikan adalah sekolah kurang murid (SKM). SKM 
adalah satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid 
seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah ini pula dibahagikan kepada dua kategori 
iaitu Gred A dan Gred B. Gred A merupakan sekolah yang mempunyai jumlah pelajar 
seramai antara 101 – 150 orang dan mempunyai asrama manakala Gred B merupakan 
sekolah yang mempunyai pelajar seramai kurang daripada 100 orang dan tidak 
mempunyai asrama. Kedua-dua gred sekolah ini sering menghadapi masalah iaitu 
kekurangan kemudahan asas, kekurangan sumber guru, sumber buku dan rujukan dan 
lain-lain aspek pendidikan. 
Sekiranya permasalahan ini tidak ditangani dengan bijaksana, matlamat 
pendidikan kebangsaan ingin berlaku adil kepada semua pelajar tidak akan tercapai. 
Sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi (biasanya berada di 
bandar) akan terus meninggalkan rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai 
kelengkapan yang mencukupi (yang biasanya berada di kawasan luar bandar). 
Keadaan ini sebenarnya tidak dapat menggambarkan perbezaan sebenar pelajar-pelajar. 
Mereka yang berada di luar bandar, walaupun menghasilkan pencapaian yang 
rendah, belum bermakna mereka tidak mampu jika dibandingkan dengan rakan-rakan 
mereka yang berada di bandar. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa jurang 
perbezaan yang wujud dalam aspek pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar 
2
lebih banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemudahan asas, sumber manusia, 
persekitaran, dan juga kemudahan buku-buku rujukan (lihat Ain Ahmat, 1999; 
Prasanna, 1998; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008). 
2.0 Program Gemilang 7 (G7) 
SKM secara umumnya perlu menyahut cabaran era globalisasi serta ledakan 
maklumat dan teknologi yang semakin hebat. Justeru itu, segala kekurangan perlu 
digerakkan supaya segala hasrat kerajaan mewujudkan sekolah cemerlang akan 
tercapai. SKM dalam hal ini perlu meastikan prestasi pelajar-pelajarnya berada pada 
tahap yang tinggi dan mampu bersaing dengan mana-mana sekolah. 
Namun begitu dalam situasi sebenar, SKM menghadapi beberapa kekangan yang 
besar. Antaranya bebanan tugas guru. Kebanyakan guru perlu mengajar dalam jumlah 
waktu yang tinggi (lihat buku Program G7, 2006). Malah terdapat guru besar yang 
terpaksa mengajar jumlah waktu 930 minit seminggu. Ada juga pembantu guru besar 
yang terpaksa mengajar 1290 minit seminggu, manakala guru penolong lain sehingga 
1320 minit seminggu. Selain dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sekolah, 
jumlah jam pengajaran yang tinggi menyukarkan kualiti pengajaran pembelajaran 
untuk dikekalkan. Kajian Omar Salleh (2005) mendapati bahawa bebanan tugas yang 
tinggi akan menyukarkan guru-guru member tumpuan kepada pembinaan bahan 
pengajaran. Secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti pengajaran guru 
tersebut. 
Kemudahan fizikal yang rendah juga merupakan satu lagi kekangan di SKM. 
Kebanyakan sekolah kategori ini mengalami kekurangan yang ketara, terutamanya 
semasa ingin mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum, termasuklah hari sukan 
sekolah. Boleh dikatakan kebanyakan sekolah terpaksa menumpang ke sekolah 
berhampiran untuk meminjam menggunakan kemudahan-kemudahan seperti padang, 
peralatan, dan lain-lain yang berkaitan. Justeru dalam kajian yang dilakukan oleh Siti 
Aminah (2003) menunjukkan tentang tahap kemudahan yang rendah akan 
mempengaruhi minat pelajar-pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti 
kokurikulum, termasuk sukan. 
Kemudahan kelas yang bersih juga sangat penting untuk memastikan proses 
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Oleh kerana 
SKM sentiasa menghadapi masalah kemudahan bilik darjah yang ketara ia sedikit 
sebanyak mempengaruhi prestasi pelajar-pelajarnya. Ini sesuai dengan kajian yang 
dijalankan oleh Siti Nur Kamariah (2007) yang mendapati bahawa kelas yang bersih 
dan lengkap mempengaruhi proses pembelajaran pelajar. 
3
Kekurangan yang dihadapi telah memungkinkan beberapa kaedah untuk 
dilaksanakan. Program Gemilang 7 merupakan salah satu cara untuk mengatasi 
kekurangan SKM dalam aspek-aspek antara lain sumber manusia, kemudahan asas, 
buku dan sumber rujukan. Program ini merupakan perkongsian pintar tujuh buah 
sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid di zon kurikulum 1, daerah Segamat. 
Perkongsian ini telah dimulakan sejak tahun 2005 hinggalah sekarang (sila rujuk buku 
Program Gemilang 7, 2006). SKM yang terlibat adalah: 
1. SK Spang Loi, Batu Anam, 
2. SK Balai Badang, Batu Anam, 
3. SK Tambang, Batu Anam, 
4. SK Mensudut Pindah, Batu Anam, 
5. SK Mensudut Lama, Batu Anam, 
6. SK Kampung Awat, Batu Anam, 
7. SK Kemedak, Batu Anam. 
Antara objektif yang menjadi fokus kepada pembentukan program ini ialah: 
1. Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7; 
2. Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi UPSR; 
3. Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan; 
4. Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui kepakaran 
dalaman dan luaran; 
5. Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya; 
6. Melahirkan insane yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat luar 
bandar; 
7. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat memupuk 
dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat G7. 
Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7 selain 
daripada meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah-sekolah terlibat adalah 
perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan dan peralatan, 
dan bahan rujukan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada 
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkongsian yang terstruktur 
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang 
dikategorikan sebagai kurang murid tersebut dapat melaksanakan proses pengajaran 
dan pembelajaran dengan lebih sempurna (rujuk Buku Program Gemilang 7, 2006). 
Dalam aspek kemudahan fizikal, sebahagian sekolah yang terlibat sememangnya 
didapati mengalami kekurangan ketara seperti ketiadaan padang permainan, dewan, 
makmal komputer, dan bilik guru. Daripada tujuh buah sekolah tersebut ada yang 
4
mempunyai kemudahan dan ada yang tidak. Justeru perkongsian boleh menjadikan 
kesemua aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat dilaksanakan. 
Dalam aspek sumber manusia didapati keadaan yang sama juga berlaku. 
Pengagihan guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Kepakaran yang ada 
terpecah-pecah mengikut sekolah dan perkongsian membolehkan sekolah-sekolah 
terlibat berkongsi kepakaran. Kelas-kelas bercantum juga terpaksa dilaksanakan bagi 
membolehkan proses pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan. Bukan sahaja 
bilangan pelajar yang sedikit malah bilangan guru yang sedikit menyebabkan 
percantuman kelas dilakukan. Selain daripada itu tugas-tugas perkeranian dan pejabat 
juga menjadi salah satu tugas yang antaranya terpaksa dilakukan oleh guru-guru. 
Begitu juga dalam aspek bahan dan peralatan. Kemudahan alat percetakan, fax, 
bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana. Oleh itu perkongsian 
perlu dilakukan terutamanya melibatkan aktiviti-aktiviti yang besar dan utama seperti 
perhimpunan, ujian dan peperiksaan setara dan seumpamanya. 
Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama di SKM ini. 
Kelengkapan yang baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik 
pelajar. Peruntukan yang rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti 
pembelian buku-buku dan lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut 
dilakukan. Perkongsian buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat 
mengurangkan kekangan kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah 
yang terlibat. 
Justeru kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan program G7 
setelah tiga tahun perlaksanaannya sejak 2005. Empat aspek yang menjadi fokus kajian 
adalah sumber manusia, kemudahan asas, buku, dan bahan-bahan rujukan. Selain 
daripada itu kajian juga akan meninjau permasalahan-permasalahan yang dihadapi 
semasa proses perjalanan program G7 dijalankan. Beberapa penambahbaikan dan 
cadangan juga akan dibincangkan. 
3.0 Metodologi Kajian 
Kajian ini bersifat deskriptif dan tinjuan dengan menggunakan soal selidik sebagai 
alat pengumpulan data utama. Oleh kerana permasalahan kajian merupakan 
permasalahan yang masih dan sedang berlangsung, pendekatan soal selidik dinilai 
sebagai sesuai untuk meninjau pandangan dan pendapat responden yang terlibat. 
Seramai enam orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan guru-guru 
besar yang mengajar di sekolah-sekolah rendah yang terlibat dalam program G7 di zon 
kurikulum 1, daerah Segamat, Johor. Empat pembolehubah utama telah ditentukan 
5
iaitu kemudahan asas, sumber manusia, peralatan dan bahan, dan buku-buku rujukan. 
Instrumen kajian telah dibina dan dibangunkan untuk menjawab persoalan kajian yang 
ditetapkan iaitu menilai tahap keempat-empat pembolehubah. Analisis deskriptif 
peratus dan min telah dilakukan untuk melihat persetujuan responden. Komen-komen 
dan pandangan daripada responden juga direkodkan dan dianalisis dengan 
berpandukan kepada keempat-empat pemboleh ubah dikaji. Komen dan pandangan 
responden dianalisis dan dilaporkan sebagai menyokong pandangan yang mengatakan 
SKM menghadapi kekurangan kemudahan. 
4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 
Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kemudahan di sekolah-sekolah terlibat 
berada pada paras rendah dan sederhana. Ini dapat dilihat daripada analisis peratus 
persetujuan yang dicatatkan seperti dalam jadual. 
Pembolehubah Dikaji % Persetujuan Tahap 
Kemudahan Fizikal 51.7 Sederhana 
Sumber Manusia 21.7 Rendah 
Peralatan dan Bahan 38.3 Rendah 
Buku dan Bahan Rujukan 36.7 Rendah 
Jadual 1: Peratus persetujuan dan tahap kemudahan di SKM G7 
Justeru itu perkongsian pintar G7 yang dilaksanakan sangat bermanfaat kepada 
SKM yang terlibat. Majoriti responden bersetuju bahawa perkongsian G7 telah dapat 
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di sekolah masing-masing. 
“Saya bersetuju dan menyokong penuh perkongsian SKM untuk mencapai 
kecemerlangan di sekolah” (GB1) 
“Saya setuju dengan perkongsian pintar” (GB2) 
“Perkongsian ini banyak member kebaikan kepada murid, guru dan ibu bapa” 
(GB3) 
Namun begitu dalam proses perlaksanaannya majoriti responden bersetuju 
bahawa perlu diadakan penyelarasan dan kerjasama semua pihak. Tanpa elemen ini 
perkongsian yang dirancangkan tidak akan mendapat manfaat seperti yang 
diharapkan. 
6
“Cara perlaksanaannya perlu ditingkatkan. Perbincangan antara guru-guru 
perlu diadakan selalu” (GB2) 
“Ibubapa perlu berkongsi dan dapat bergaul dan mengemukakan pendapat dan 
saranan yang bernas berdasarkan konsep perkongsian ini” (GB3) 
“…Namun begitu perkongsian ini perlulah dilakukan dengan jujur dan ikhlas 
serta bertanggungjawab demi untuk kemajuan SKM” (GB4) 
“Wajar dilakukan dengan lebih terancang dan jitu” (GB5) 
Salah seorang responden juga ada mencadangkan pendekatan yang lebih 
proaktif iaitu “…pertukaran pelajar adalah salah satu cara yang berkesan untuk 
mengubah suasana persekitaran penggalak pembelajaran serta kecerdasan penerimaan 
oleh pelajar” (GB6). Ini bermakna perkongsian pintar tidak hanya melibatkan empat 
aspek yang dinyatakan tetapi lebih bersifat menyeluruh hingga kepada program 
pertukaran pelajar, guru, dan lain-lain kepakaran supaya proses pembelajaran dan 
pembelajaran yang diutamakan dapat dicapai. 
Hasil daripada pengalaman dan kemahiran semasa mengikuti program 
perkongsian pintar G7 tersebut guru-guru besar telah tampil dengan pelbagai cadangan 
dan penambahbaikan terutamanya dalam empat pembolehubah yang dikaji (sila rujuk 
laporan akhir Ismail Buang, 2008). 
5.0 Penutup 
Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek kemudahan fizikal, sumber 
manusia, kemudahan peralatan dan bahan serta buku dan bahan rujukan merupakan 
antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan program perkongsian pintar G7 di zon 
kurikulum 1 daerah Segamat, Johor. Dapatan ini antara lain memberikan gambaran 
bahawa keempat-empat aspek dinyatakan telah juga mempengaruhi pencapaian dan 
prestasi sekolah-sekolah terlibat. Ini selaras dengan kajian-kajian lepas di mana factor-faktor 
asas seperti kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan asas lain, dan 
buku-buku rujukan boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah 
(lihat Ain Ahmat, 1999; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008). 
7
6.0 Bibliografi 
Ain Ahmat. (1999). Factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata 
pelajaran LK: Satu kajian di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. 
UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Haleefa Mahmood. (2008). Factor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian 
cemerlang pelajar dalam mata pelajaran rekacipta di tiga buah sekolah menengah 
akademik di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti 
Pendidikan. 
Lim Geok Ping. (2003). Penggunaan computer di kalangan guru-guru KH di SM luar 
bandar daerah Kuantan, Pahang. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti 
Pendidikan. 
Mohd Hisham Zahari. (2000). Faktor-faktor yang menyebabkan ponteng sekolah di 
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah menengah luar bandar dalam daerah 
Kuala Kangsar, Perak. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Noor Akmalwati Abd Rahman. (2000). Kajian berkaitan dengan factor-faktor yang 
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar Melayu tingkatan 4 dalam mata 
pelajaran matematik tambahan di SMT Kemaman, Terengganu. Tesis Sarjana Muda. 
UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Omar Salleh. (2005). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Islam di 
kalangan guru-guru Pendidikan Islam di daerah Segamat. Tesis Sarjana Muda. UTM 
Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Prasanna Kesavan. (1998). Satu tinjauan terhadap factor-faktor yang mempengaruhi 
pencapaian mata pelajaran BI di kalangan pelajar tingkatan 4 di SMK Ulu Tiram, 
Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Program Gemilang 7. (2006). Perkongsian pintar sekolah kurang murid (SKM). Tidak 
diterbitkan. 
Siti Aminah Ahmad. (2003). Factor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar 
dalam aktiviti kokurikulum di SK Sri Skudai. Tesis Sarjana. UTM Skudai: Fakulti 
Pendidikan. 
Siti Nur Kamariah Rubani. (2007). Permasalahan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar 
3M di SK sekitar Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Siti Sara Hamzah. (2000). Hubungkait di antara konsep kendiri dengan masalah disiplin 
di kalangan pelajar tingkatan 2 dan 4 di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar 
Kota Tinggi: Satu tinjauan. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 
Suryanti Dewiyana Mohd Jonit. (2000). Persepsi pelajar sekolah luar bandar terhadap 
aktiviti sukan di SMK Gelang Patah, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: 
Fakulti Pendidikan. 
8

Contenu connexe

Tendances

Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
0145225790
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
Ferraleny Doline
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
ibnussomad
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
Emiey Mieysagie
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
zabidah awang
 
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
skjbpai
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
Nana Samat
 

Tendances (20)

Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
86448914 rph-pendidikan-islam-tahun-3 (1)
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Rph solat tiang agama
Rph solat tiang agamaRph solat tiang agama
Rph solat tiang agama
 

En vedette

Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivasMuerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
Gustavo Parolin
 
Fundamentals of estate planning
Fundamentals of estate planningFundamentals of estate planning
Fundamentals of estate planning
sbasche
 
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
schoowebcampus
 

En vedette (19)

Assignment # 2
Assignment # 2Assignment # 2
Assignment # 2
 
Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivasMuerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
Muerte por powerpoint y como diseñar presentaciones efectivas
 
1111111111111
11111111111111111111111111
1111111111111
 
Gestor de proyectos docent tic kattia
Gestor de proyectos docent tic kattiaGestor de proyectos docent tic kattia
Gestor de proyectos docent tic kattia
 
Uyoc
UyocUyoc
Uyoc
 
Επιδράσεις της κουλτούρας στην ενδοοικογενειακή βια (1)
Επιδράσεις της κουλτούρας στην  ενδοοικογενειακή βια (1)Επιδράσεις της κουλτούρας στην  ενδοοικογενειακή βια (1)
Επιδράσεις της κουλτούρας στην ενδοοικογενειακή βια (1)
 
COMIC
COMICCOMIC
COMIC
 
Attitude and policy towards asylum seeker bishop peter kekere
Attitude and policy towards asylum seeker  bishop peter kekereAttitude and policy towards asylum seeker  bishop peter kekere
Attitude and policy towards asylum seeker bishop peter kekere
 
Derivatives trading db2 xml
Derivatives trading db2 xmlDerivatives trading db2 xml
Derivatives trading db2 xml
 
Alat indera
Alat inderaAlat indera
Alat indera
 
March Newsletter
March NewsletterMarch Newsletter
March Newsletter
 
Graphics
GraphicsGraphics
Graphics
 
Clasificacion de flujos de fluidos power
Clasificacion de flujos de fluidos powerClasificacion de flujos de fluidos power
Clasificacion de flujos de fluidos power
 
Fundamentals of estate planning
Fundamentals of estate planningFundamentals of estate planning
Fundamentals of estate planning
 
Jof V 2016
Jof V 2016Jof V 2016
Jof V 2016
 
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
世の中を変える色んな面白い人が持ち時間500秒でチラミセします!Clip「チラミセnight」vol.2
 
WEBサイトの完成と、総復習と質疑応答 先生:田中晶子
WEBサイトの完成と、総復習と質疑応答 先生:田中晶子WEBサイトの完成と、総復習と質疑応答 先生:田中晶子
WEBサイトの完成と、総復習と質疑応答 先生:田中晶子
 
Grupos inteligentes
Grupos inteligentesGrupos inteligentes
Grupos inteligentes
 
Social Media Gratitude
Social Media GratitudeSocial Media Gratitude
Social Media Gratitude
 

Similaire à Program gemilang 7 (1)

Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Izawati Saat
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
DIHYAUDDIN SAAD
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
Cahaya Cita-Cita
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
noorqaseh_ramadhan
 

Similaire à Program gemilang 7 (1) (20)

Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 

Program gemilang 7 (1)

  • 1. GEMILANG 7: SUATU KEGAGALAN ATAU KEJAYAAN JIKA DILIHAT DARI SUDUT PROSES PENGURUSAN STRATEGIK? Zainudin Abu Bakar, Dr. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai p-zain@hotmail.co.uk, p-zain@utm.my Ismail Haji Buang SK Tambang, Batu 6, Segamat, Johor Abstrak: Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan untuk melahirkan insane yang seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Justru dalam proses pendidikan khususnya pengajaran pembelajaran, penggemblingan tenaga kearah pencapaian matlamat pendidikan perlu sekata. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada di Bandar atau di Bandar, mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang sama. Kertas kerja ini meninjau keberkesanan program Gemilang 7 (G7) yang telah dijalankan di daerah Segamat. Program G7 merupakan usaha penggemblingan sumber pendidikan seperti kemudahan asas, sumber manusia, buku-buku, rujukan, dan lain-lain kemudahan daripada 7 buah sekolah yang telah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Empat aspek utama yang menjadi fokus kajian ini adalah tahap kemudahan fizikal, tahap sumber manusia, tahap peralatan dan bahan, dan tahap kemudahan buku-buku dan bahan rujukan. Selain daripada itu komen-komen tentang permasalahan yang dihadapi juga telah diperolehi. Melalui program G7 ini ketujuh-tujuh buah sekolah telah melakukan perkongsian kemudahan dan sumber-sumber tersebut untuk memudahkan proses prngajaran pembelajaran dilakukan. Responden kajian seramai 7 orang adalah merupakan guru besar di tujuh buah sekolah yang dikaji. Data-data telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan peratus persetujuan responden. Hasil kajian mendapati tahap kemudahan fizikal bagi tiap-tiap sekolah yang terlibat adalah berada pada tahap yang sederhana (51.7%). Manakala aspek sumber manusia, peralatan dan buku-buku rujukan berada pada tahap rendah (masing-masing 21.7%, 38.33%, dan 36.7%). Komen daripada responden pula menjelaskan bahawa perkongsian yang dilakukan (G7) sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kekurangan yang dialami oleh sekolah-sekolah mereka yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Beberapa kesimpulan dan cadangan ada juga dikemukakan. 1
  • 2. 1.0 Pendahuluan Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insane negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003). Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan. Salah satu jenis sekolah yang sentiasa menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas dan sumber pendidikan adalah sekolah kurang murid (SKM). SKM adalah satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah ini pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu Gred A dan Gred B. Gred A merupakan sekolah yang mempunyai jumlah pelajar seramai antara 101 – 150 orang dan mempunyai asrama manakala Gred B merupakan sekolah yang mempunyai pelajar seramai kurang daripada 100 orang dan tidak mempunyai asrama. Kedua-dua gred sekolah ini sering menghadapi masalah iaitu kekurangan kemudahan asas, kekurangan sumber guru, sumber buku dan rujukan dan lain-lain aspek pendidikan. Sekiranya permasalahan ini tidak ditangani dengan bijaksana, matlamat pendidikan kebangsaan ingin berlaku adil kepada semua pelajar tidak akan tercapai. Sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi (biasanya berada di bandar) akan terus meninggalkan rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi (yang biasanya berada di kawasan luar bandar). Keadaan ini sebenarnya tidak dapat menggambarkan perbezaan sebenar pelajar-pelajar. Mereka yang berada di luar bandar, walaupun menghasilkan pencapaian yang rendah, belum bermakna mereka tidak mampu jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang berada di bandar. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa jurang perbezaan yang wujud dalam aspek pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar 2
  • 3. lebih banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemudahan asas, sumber manusia, persekitaran, dan juga kemudahan buku-buku rujukan (lihat Ain Ahmat, 1999; Prasanna, 1998; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008). 2.0 Program Gemilang 7 (G7) SKM secara umumnya perlu menyahut cabaran era globalisasi serta ledakan maklumat dan teknologi yang semakin hebat. Justeru itu, segala kekurangan perlu digerakkan supaya segala hasrat kerajaan mewujudkan sekolah cemerlang akan tercapai. SKM dalam hal ini perlu meastikan prestasi pelajar-pelajarnya berada pada tahap yang tinggi dan mampu bersaing dengan mana-mana sekolah. Namun begitu dalam situasi sebenar, SKM menghadapi beberapa kekangan yang besar. Antaranya bebanan tugas guru. Kebanyakan guru perlu mengajar dalam jumlah waktu yang tinggi (lihat buku Program G7, 2006). Malah terdapat guru besar yang terpaksa mengajar jumlah waktu 930 minit seminggu. Ada juga pembantu guru besar yang terpaksa mengajar 1290 minit seminggu, manakala guru penolong lain sehingga 1320 minit seminggu. Selain dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sekolah, jumlah jam pengajaran yang tinggi menyukarkan kualiti pengajaran pembelajaran untuk dikekalkan. Kajian Omar Salleh (2005) mendapati bahawa bebanan tugas yang tinggi akan menyukarkan guru-guru member tumpuan kepada pembinaan bahan pengajaran. Secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti pengajaran guru tersebut. Kemudahan fizikal yang rendah juga merupakan satu lagi kekangan di SKM. Kebanyakan sekolah kategori ini mengalami kekurangan yang ketara, terutamanya semasa ingin mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum, termasuklah hari sukan sekolah. Boleh dikatakan kebanyakan sekolah terpaksa menumpang ke sekolah berhampiran untuk meminjam menggunakan kemudahan-kemudahan seperti padang, peralatan, dan lain-lain yang berkaitan. Justeru dalam kajian yang dilakukan oleh Siti Aminah (2003) menunjukkan tentang tahap kemudahan yang rendah akan mempengaruhi minat pelajar-pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum, termasuk sukan. Kemudahan kelas yang bersih juga sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Oleh kerana SKM sentiasa menghadapi masalah kemudahan bilik darjah yang ketara ia sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi pelajar-pelajarnya. Ini sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Nur Kamariah (2007) yang mendapati bahawa kelas yang bersih dan lengkap mempengaruhi proses pembelajaran pelajar. 3
  • 4. Kekurangan yang dihadapi telah memungkinkan beberapa kaedah untuk dilaksanakan. Program Gemilang 7 merupakan salah satu cara untuk mengatasi kekurangan SKM dalam aspek-aspek antara lain sumber manusia, kemudahan asas, buku dan sumber rujukan. Program ini merupakan perkongsian pintar tujuh buah sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid di zon kurikulum 1, daerah Segamat. Perkongsian ini telah dimulakan sejak tahun 2005 hinggalah sekarang (sila rujuk buku Program Gemilang 7, 2006). SKM yang terlibat adalah: 1. SK Spang Loi, Batu Anam, 2. SK Balai Badang, Batu Anam, 3. SK Tambang, Batu Anam, 4. SK Mensudut Pindah, Batu Anam, 5. SK Mensudut Lama, Batu Anam, 6. SK Kampung Awat, Batu Anam, 7. SK Kemedak, Batu Anam. Antara objektif yang menjadi fokus kepada pembentukan program ini ialah: 1. Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7; 2. Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi UPSR; 3. Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan; 4. Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui kepakaran dalaman dan luaran; 5. Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya; 6. Melahirkan insane yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat luar bandar; 7. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat G7. Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7 selain daripada meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah-sekolah terlibat adalah perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan dan peralatan, dan bahan rujukan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkongsian yang terstruktur membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid tersebut dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna (rujuk Buku Program Gemilang 7, 2006). Dalam aspek kemudahan fizikal, sebahagian sekolah yang terlibat sememangnya didapati mengalami kekurangan ketara seperti ketiadaan padang permainan, dewan, makmal komputer, dan bilik guru. Daripada tujuh buah sekolah tersebut ada yang 4
  • 5. mempunyai kemudahan dan ada yang tidak. Justeru perkongsian boleh menjadikan kesemua aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat dilaksanakan. Dalam aspek sumber manusia didapati keadaan yang sama juga berlaku. Pengagihan guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Kepakaran yang ada terpecah-pecah mengikut sekolah dan perkongsian membolehkan sekolah-sekolah terlibat berkongsi kepakaran. Kelas-kelas bercantum juga terpaksa dilaksanakan bagi membolehkan proses pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan. Bukan sahaja bilangan pelajar yang sedikit malah bilangan guru yang sedikit menyebabkan percantuman kelas dilakukan. Selain daripada itu tugas-tugas perkeranian dan pejabat juga menjadi salah satu tugas yang antaranya terpaksa dilakukan oleh guru-guru. Begitu juga dalam aspek bahan dan peralatan. Kemudahan alat percetakan, fax, bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana. Oleh itu perkongsian perlu dilakukan terutamanya melibatkan aktiviti-aktiviti yang besar dan utama seperti perhimpunan, ujian dan peperiksaan setara dan seumpamanya. Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama di SKM ini. Kelengkapan yang baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar. Peruntukan yang rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian buku-buku dan lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan. Perkongsian buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat mengurangkan kekangan kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah yang terlibat. Justeru kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan program G7 setelah tiga tahun perlaksanaannya sejak 2005. Empat aspek yang menjadi fokus kajian adalah sumber manusia, kemudahan asas, buku, dan bahan-bahan rujukan. Selain daripada itu kajian juga akan meninjau permasalahan-permasalahan yang dihadapi semasa proses perjalanan program G7 dijalankan. Beberapa penambahbaikan dan cadangan juga akan dibincangkan. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini bersifat deskriptif dan tinjuan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data utama. Oleh kerana permasalahan kajian merupakan permasalahan yang masih dan sedang berlangsung, pendekatan soal selidik dinilai sebagai sesuai untuk meninjau pandangan dan pendapat responden yang terlibat. Seramai enam orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan guru-guru besar yang mengajar di sekolah-sekolah rendah yang terlibat dalam program G7 di zon kurikulum 1, daerah Segamat, Johor. Empat pembolehubah utama telah ditentukan 5
  • 6. iaitu kemudahan asas, sumber manusia, peralatan dan bahan, dan buku-buku rujukan. Instrumen kajian telah dibina dan dibangunkan untuk menjawab persoalan kajian yang ditetapkan iaitu menilai tahap keempat-empat pembolehubah. Analisis deskriptif peratus dan min telah dilakukan untuk melihat persetujuan responden. Komen-komen dan pandangan daripada responden juga direkodkan dan dianalisis dengan berpandukan kepada keempat-empat pemboleh ubah dikaji. Komen dan pandangan responden dianalisis dan dilaporkan sebagai menyokong pandangan yang mengatakan SKM menghadapi kekurangan kemudahan. 4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kemudahan di sekolah-sekolah terlibat berada pada paras rendah dan sederhana. Ini dapat dilihat daripada analisis peratus persetujuan yang dicatatkan seperti dalam jadual. Pembolehubah Dikaji % Persetujuan Tahap Kemudahan Fizikal 51.7 Sederhana Sumber Manusia 21.7 Rendah Peralatan dan Bahan 38.3 Rendah Buku dan Bahan Rujukan 36.7 Rendah Jadual 1: Peratus persetujuan dan tahap kemudahan di SKM G7 Justeru itu perkongsian pintar G7 yang dilaksanakan sangat bermanfaat kepada SKM yang terlibat. Majoriti responden bersetuju bahawa perkongsian G7 telah dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di sekolah masing-masing. “Saya bersetuju dan menyokong penuh perkongsian SKM untuk mencapai kecemerlangan di sekolah” (GB1) “Saya setuju dengan perkongsian pintar” (GB2) “Perkongsian ini banyak member kebaikan kepada murid, guru dan ibu bapa” (GB3) Namun begitu dalam proses perlaksanaannya majoriti responden bersetuju bahawa perlu diadakan penyelarasan dan kerjasama semua pihak. Tanpa elemen ini perkongsian yang dirancangkan tidak akan mendapat manfaat seperti yang diharapkan. 6
  • 7. “Cara perlaksanaannya perlu ditingkatkan. Perbincangan antara guru-guru perlu diadakan selalu” (GB2) “Ibubapa perlu berkongsi dan dapat bergaul dan mengemukakan pendapat dan saranan yang bernas berdasarkan konsep perkongsian ini” (GB3) “…Namun begitu perkongsian ini perlulah dilakukan dengan jujur dan ikhlas serta bertanggungjawab demi untuk kemajuan SKM” (GB4) “Wajar dilakukan dengan lebih terancang dan jitu” (GB5) Salah seorang responden juga ada mencadangkan pendekatan yang lebih proaktif iaitu “…pertukaran pelajar adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengubah suasana persekitaran penggalak pembelajaran serta kecerdasan penerimaan oleh pelajar” (GB6). Ini bermakna perkongsian pintar tidak hanya melibatkan empat aspek yang dinyatakan tetapi lebih bersifat menyeluruh hingga kepada program pertukaran pelajar, guru, dan lain-lain kepakaran supaya proses pembelajaran dan pembelajaran yang diutamakan dapat dicapai. Hasil daripada pengalaman dan kemahiran semasa mengikuti program perkongsian pintar G7 tersebut guru-guru besar telah tampil dengan pelbagai cadangan dan penambahbaikan terutamanya dalam empat pembolehubah yang dikaji (sila rujuk laporan akhir Ismail Buang, 2008). 5.0 Penutup Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan peralatan dan bahan serta buku dan bahan rujukan merupakan antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan program perkongsian pintar G7 di zon kurikulum 1 daerah Segamat, Johor. Dapatan ini antara lain memberikan gambaran bahawa keempat-empat aspek dinyatakan telah juga mempengaruhi pencapaian dan prestasi sekolah-sekolah terlibat. Ini selaras dengan kajian-kajian lepas di mana factor-faktor asas seperti kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan asas lain, dan buku-buku rujukan boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah (lihat Ain Ahmat, 1999; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008). 7
  • 8. 6.0 Bibliografi Ain Ahmat. (1999). Factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran LK: Satu kajian di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Haleefa Mahmood. (2008). Factor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran rekacipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Lim Geok Ping. (2003). Penggunaan computer di kalangan guru-guru KH di SM luar bandar daerah Kuantan, Pahang. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Mohd Hisham Zahari. (2000). Faktor-faktor yang menyebabkan ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah menengah luar bandar dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Noor Akmalwati Abd Rahman. (2000). Kajian berkaitan dengan factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar Melayu tingkatan 4 dalam mata pelajaran matematik tambahan di SMT Kemaman, Terengganu. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Omar Salleh. (2005). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Islam di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di daerah Segamat. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Prasanna Kesavan. (1998). Satu tinjauan terhadap factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran BI di kalangan pelajar tingkatan 4 di SMK Ulu Tiram, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Program Gemilang 7. (2006). Perkongsian pintar sekolah kurang murid (SKM). Tidak diterbitkan. Siti Aminah Ahmad. (2003). Factor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SK Sri Skudai. Tesis Sarjana. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Siti Nur Kamariah Rubani. (2007). Permasalahan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar 3M di SK sekitar Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Siti Sara Hamzah. (2000). Hubungkait di antara konsep kendiri dengan masalah disiplin di kalangan pelajar tingkatan 2 dan 4 di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar Kota Tinggi: Satu tinjauan. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Suryanti Dewiyana Mohd Jonit. (2000). Persepsi pelajar sekolah luar bandar terhadap aktiviti sukan di SMK Gelang Patah, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 8