KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
1. PENDAHULUAN
Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan
komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan
pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada
pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada
pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian
kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan
Ipad di dalam bilik darjah. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap
dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan
memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak
industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada
sektor ekonomi negara.
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih,
mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk
mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara
efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman, 2003). Teknologi pendidikan juga
merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan
menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
1
2. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2012)
lagi, teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani
keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang
terkini seperti komputer dan teknologi yang berkaitan. Teknologi pendidikan juga boleh
didefinisikan sebagai satu bidang dan amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara
dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan,
penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (Karti Suharto,
1990).
Terdapat banyak kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
kepentingan tersebut adalah seperti berikut (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012):
a. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi
penting kepada topik yang akan disampaikan.
b. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
c. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan secara
tidak langsung menghiburkan pelajar.
d. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria
melihat, mendengar atau menyentuh.
e. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan
kehidupan seharian.
2
3. f. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti
oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
g. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
h. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum.
i. Memperkayakan pengalaman pelajar. Sebagai contoh, media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid. Kejadian ini tidak pernah mereka lihat atau
alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah
mengalaminya.
Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat berguna kerana terdapat
banyak kepentingan yang dapat guru perolehi daripadanya bagi menjayakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penulisan seterusnya akan membincangkan
tentang pendidikan abad ke-21, pembelajaran abad ke-21, pelajar abad ke-21, kemahiran
abad ke-21, guru abad ke-21, web 1.0, 2.0, 3.0, dan 4.0, dan penggunaan Ipad dalam
pengajaran dan pembelajaran.
TEORI PEMBELAJARAN
3
4. 1) Teori Tingkah Laku
Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan ransangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran
yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan
komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran
yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah
komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh
kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga positif.
Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus memberikan
perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada
tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakan pembelajaran yang
dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk
pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori
ini ialah rangsangan dan gerak balas serta peneguhan. Prinsip-prinsip teori tingkah laku
yang diterapkan meliputi:
a. Proses belajar berlaku dengan baik bila pelajar terlibat dengan aktif dengan
pembelajaran.
b. Bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan
mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
c. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
d. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan
motivasi.
4
5. 2) Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan
guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada
masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran pada abad ke-21. Menurut teori ini lagi, pelajar perlu aktif mengaplikasikan
pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Dick (1997) menyatakan bahawa
konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah yang mana persekitaran pembelajaran boleh
disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk
belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dalam mencari pengetahuan dan
melibatkan kerja-kerja mereka bentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu
untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berdasarkan
kefahaman mereka sendiri.
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat
dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut:
a. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
b. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
d. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.
e. Pembelajaran berpusatkan pelajar.
f. Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
g. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
5
6. h. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
i. Pelajar menghubung kait idea asal dengan idea yang baru dibina.
j. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
k. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
l. Guru mengemukakan soalan yang boleh mendorong pelajar mencari jawapan.
m. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
n. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
o. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
p. Pelajar bekerja dalam kumpulan.
3) Teori Kognitif
Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan
jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Teori ini
juga menyediakan pembelajaran aktif di mana pelajar bertindak secara aktif memperoleh,
menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Teori ini
lebih menekankan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu
pelajar memperolehi maklumat, reka bentuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah dalam
bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperoleh.
Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat
penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran. Sebagai contoh pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan komputer terancang berasaskan komputer memerlukan
6
7. pengamatan dan penanggapan, ingatan, kefahaman pembelajaran secara aktif, motivasi,
pemindahan pembelajaran, dan perbezaan individu.
4) Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab
behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan
Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses
pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh
pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
5) Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu
mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun
mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
KEMAHIRAN ABAD KE—21
7
8. st
Menurut Assessment & Teaching of 21 Century Skills (2012), University of Melboure, yang
mana ahlinya terdiri lebih daripada 250 penyelidik di seluruh 60 institusi di seluruh dunia
telah mengkategorikan kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa kepada empat
kategori iaitu:
1. Cara Pemikiran
• Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
pembelajaran.
2. Cara bekerja
• Komunikasi dan kerjasama.
3. Alat-alat untuk bekerja
• Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat.
4. Kemahiran untuk hidup di dunia
• Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan
sosial.
Dalam konteks Negara kita pula, abad ke-21 ini memperlihatkan bahawa pendidikan melalui
teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya bersepadu dalam pembangunan
kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman pelajar. Justeru itu, guru haruslah mempunyai
kemahiran dalam menjalankan tugas dalam abad ke-21 ini. Beberapa kemahiran abad ke-21
8
9. yang perlu dipraktikkan oleh guru dan juga kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan
pelajar adalah seperti berikut (Taufik Hakim Ahmad, 2012):
1. Kemahiran Belajar dan Inovasi
a. Kreativiti dan Inovasi
• Menunjukkan keaslian dan daya cipta dalam kerja.
• Membangun, melaksana dan berkomunikasi tentang idea-idea baru kepada
orang lain.
• Bersikap terbuka dan responsif kepada perspektif baru dan pelbagai.
• Bertindak dengan idea-idea kreatif untuk membuat sumbangan yang ketara di
mana berlakunya inovasi.
b. Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah
• Membuat pilihan dan keputusan yang kompleks.
• Mengenal pasti dan bertanya soalan-soalan penting yang menjelaskan
pelbagai pandangan dan membawa kepada penyelesaian yang lebik baik.
• Mengungkapkan, menganalisis dan mensintesis maklumat dalam usaha
untuk menyelesaikan masalah dan menjawab soalan.
c. Komunikasi dan Kerjasama
9
10. • Menjelaskan pemikiran dan idea dengan jelas dan berkesan melalui
percakapan dan penulisan.
• Menunjukkan keupayaan untuk bekerja dengan berkesan bersama dengan
pasukan yang pelbagai.
• Mempraktikkan fleksibiliti dan kesediaan untuk membantu dalam membuat
krompromi yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang sama.
• Mengandaikan tanggungjawab bersama bagi kerja kumpulan.
2. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
a. Literasi Maklumat
• Mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat secara
kritis dan cekap dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif untuk
isu atau masalah yang dihadapi.
• Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam
mengakses dan penggunaan maklumat.
b. Literasi Media
• Memahami bagaimana media mesej dibina, untuk tujuan apa dan
menggunakan alat mana, dan ciri-cirinya.
10
11. • Meneliti bagaimana individu mentafsir mesej secara berbeza, bagaimana
nilai-nilai dan pandangan dimasukkan atau dikecualikan dan bagaimana
media boleh mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku.
• Memiliki kefahaman asas tentang isu etika / undang-undang dalam
mengakses dan penggunaan maklumat.
c. Literasi ICT (Maklumat, Komunikasi dan Teknologi)
• Menggunakan teknologi digital, alat komunikasi dan/atau rangkaian
sewajarnya untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi, menilai dan
mencipta maklumat.
• Menggunakan teknologi sebagai alat untuk penyelidikan, menyusun, menilai
dan menyampaikan maklumat, dan memiliki kefahaman asas mengenai isu-
isu etika/undang-undang dalam mengakses dan menggunakan maklumat.
3. Kemahiran Hidup dan Kerjaya
a. Fleksibiliti dan Penyesuaian
• Menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab yang pelbagai.
• Bekerja dengan berkesan dalam suasana keutamaan yang sering berubah.
b. Kemahiran Arah Kendiri dan Inisiatif
• Memantau pemahaman sendiri dan keperluan pembelajaran.
11
12. • Menguasai kemahiran asas dan/atau kurikulum bagi meneroka dan
mengembagkan pembelajaran sendiri dan peluang untuk mendapatkan
kepakaran.
• Menunjukkan inisiatif untuk menaikkan tahap kemahiran ke tahap profesional.
• Menentukan, mengutamakan dan menyiapkan tugasan tanpa pengawasan
secara langsung.
• Menggunakan masa dengan cekap dan dapat menguruskan beban kerja.
• Menunjukkan komitmen untuk belajar sebagai satu poses sepanjang hayat.
c. Kemahiran Sosial dan Kesilangan Budaya
• Bekerjasama secara produktif dengan orang lain.
• Memanfaatkan kecerdasan kolektif kumpulan apabila sesuai.
• Merapatkan jurang perbezaan budaya dan menggunakan perspektif yang
berbeza untuk meningkatkan inovasi dan kualiti kerja.
d. Produktiviti dan Akauntabiliti
• Menetapkan dan memenuhi standard dan maklumat yang tinggi untuk
menyampaikan kerja yang berkualiti tepat pada masanya.
• Menunjukkan ketekunan dan etika kerja yang positif (contohnya: menepati
masa dan boleh dipercayai).
12
13. e. Kepimpinan dan Tanggungjawab
• Menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah untuk
mempengaruhi dan membimbing orang lain ke arah matlamat.
• Memanfaatkan kekuatan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama.
• Menunjukkan integriti dan tingkah laku beretika.
• Bertindak secara bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
sekeliling.
PENDIDIKAN ABAD KE-21
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan
masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan
vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan
melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan
orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan
latihan khusus menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung
daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
Pendidikan juga bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan
air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, pendidikan seharusnya
mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk melakukan sesuatu
perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa
berubah.
13
14. Mengikut Laporan UNESCO (Report of the International Commission on Education for The
Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan
empat tunggak iaitu:-
1. Learning to know (belajar untuk tahu)
Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak
pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara
mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang
membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai
dengan lebih jitu.
2. Learning to do (belajar untuk buat)
Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan
untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak
dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk
melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada
kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi
seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja
berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.
3. Learning to live together (belajar untuk hidup bersama)
Tidak kira betapa pun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi,
politik atau aspek-aspek yang lain, kita tetap hidup di atas planet yang sama. Lambat
laun, suka atau tidak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang lain
14
15. akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk melatih
‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari isu semasa yang berlaku di sekitar kita.
4. Learning to be (belajar untuk menjadi)
Ini menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insan
yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi,
berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu,
mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu
seseorang itu berkembang dengan optimum.
Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan
berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada
semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti di negara-negara maju, negara-
negara membangun di Asia Tenggara semakin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan
oleh pendidikan dalam meningkatkan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan
penularan penggunaan ICT dalam masyarakat membawa maksud bahawa sistem
pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan ICT dalam mengendalikan banyak cabaran
yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di Asia Tenggara.
Sebagai contoh, baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika
mengikuti Kelas Seni Bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini
15
16. menyebabkan kehidupan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu
membawa muatan yang berat ke sekolah. Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca
melalui komputer tablet. Hasil revolusi digital yang dibawakan ke dalam pendidikan juga
membolehkan ribuan pelajar mendapat pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan
oleh guru-guru terbaik dunia melalui internet. Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan
yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku
yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan ke dalam versi digital dengan
perantaraan Smartphone dan Tablet PC. Semua pelajar sekolah dari segenap usia dapat
menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget tersebut.
Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada
menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998)
menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara
di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan
juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing
dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum
tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada
perubahan di peringkat global. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum
16
17. dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini
memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran maklumat sesuai dengan
keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah
dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara atas talian
dengan guru dan rakan.
Di samping itu, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah
supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam
persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di
Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan
jaringan informasi dalam era globalisasi kini.
GURU ABAD KE-21
Dalam dunia pendidikan abad 21, guru merupakan pasukan atau peneraju yang amat
penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan hanya setakat
mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru sentiasa
17
18. diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit sebanyak
telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut
peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Ledakan perkembangan kecanggihan
teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan tanggungjawab
seorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari aspek teknik
pengajaran malah merentasi penggunaan peralatan teknologi dan dalam masa yang sama
masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa berpaksikan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam menuju abad ke-21 ini, seorang guru perlu memiliki ciri-ciri
seperti berikut:
Ciri- ciri guru yang perlu ada pada abad ke-21 iaitu:
• Kaya dengan maklumat termasuk Sains dan Teknologi
• Kekuatan minda (kreatif dan proaktif )
• Nilai-nilai luhur dan harmoni
• Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan
• Berketerampilan
Untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai tahap keupayaan berfikir yang
kritikal, maka para guru pada abad ke-21 ini perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan ilmu pedagodi demi untuk memartabatkan profesion keguruan seperti:
• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
• Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
18
19. • Memiliki kemahiran kaunseling
• Menggunakan teknologi terkini
• Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
• Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
• Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
Dalam menempuh abad ke-21 ini, guru tidak seharusnya terlalu terikat dengan penguasaan
teknologi mahupun ilmu pedagogi itu sahaja tetapi seorang guru itu perlu mempunyai sikap
sentiasa membina budaya ilmu. Membina budaya ilmu ini penting kerana budaya inilah yang
menjadi teras kecemerlangan masyarakat Malaysia pada masa akan datang seperti berikut:
1. Sentiasa membina budaya ilmu .
a. Teknologi dan komputer
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng tenaga untuk merebut
peluang dalam melengkapkan diri serta berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan
teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang.
b. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar pada zaman abad ke-21 mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan
minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Untuk itu dalam
19
20. melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti seperti ini maka sepatutnya seorang guru abad
ke-21 terlebih dahulu memiliki kualiti ini sebelum menerapkan kemahiran ini kepada pelajar.
c. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik abad ke- 21 seharusnya mempunyai kemahiran dan berketerampilan
mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran
secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai
kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan
dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa,
dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:
• Belajar untuk menguasai ilmu
• Belajar untuk menguasai kemahiran
• Belajar untuk menjadi insan berguna
• Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
d. Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
negara. Seperti yang diketahui salah satu wadah untuk memupuk nilai-nilai di kalangan
pelajar adalah melalui pendidikan di sekolah. Untuk itu, tanggungjawab guru bukan sahaja
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah jauh lebih daripada itu. Ini
20
21. termasuklah dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar agar asipirasi pendidikan
negara tercapai.
e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan
negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada
perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang
inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
2. Membentuk Masyarakat Madani.
Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan
dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha
mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri
"hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat
Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu
menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani
diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan
21
22. ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan
yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan
amalan hidup yang cemerlang.
3. Bersedia menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan .
Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak
terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlulah mempunyai kesediaan
menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan
penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Kepada
masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan,
sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai penyedia
tenaga manusia untuk alam pekerjaan, dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak.
Generasi baru yang dihasilkan melalui proses pendidikan ini perlu dapat memanifestasikan
inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam
bidang teknologi maklumat. Guru adalah orang yang bertanggungjawab secara terus dalam
proses pendidikan bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi dalaman mahupun
dimensi luaran. Justeru itu guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futuristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. Cabaran globalisasi dalam abad ke-
21,salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global
(global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian
(networking).
22
23. Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor utama yang akan
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu,
keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan
pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi,
bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat
diperlukan untuk merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi
tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan
pendidikan menjelang tahun 2020. Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara
maju pada abad ke-21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi
peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan
sains dan teknologi.
PELAJAR ABAD KE-21
Dunia pada abad ke-21 telah berada dalam gelombang teknologi maklumat. Dapat kita lihat
pelajar-pelajar pada hari ini bergelumang dengan pelbagai cabaran, peluang dan cubaan
yang tidak pernah ada sebelum ini. Maklumat-maklumat yang ingin diperoleh kini hanyalah
di hujung jari atau di desktop. Contohnya muzik digital, video digital, digital teks, imej digital,
statistik, perniagaan dan sebagainya. Ekoran daripada itu, pelajar generasi ke-21
seharusnya menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar.
Di sekolah, kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat
utama. Para pelajar mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang ada
pada hari ini.
23
24. Di dalam kelas hari ini, pelajar adalah dari pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan
gaya pembelajaran yang berbeza yang mana akan menjejaskan keupayaan mereka dalam
memperoleh pengetahuan. Adalah menjadi peranan guru untuk beralih kaedah pengajaran
daripada tradisional kepada pendekatan yang baru dan berinovasi. Ini kerana pelajar
terbukti lebih selesa dengan konsep pengajaran guru yang berpusatkan pelajar di mana
mereka dapat membina pemahaman sendiri melalui aplikasi kehidupan sebenar di sekeliling
mereka dan juga interaksi dengan rakan-rakan.
Sebagai pelajar yang mempunyai akses kepada pelbagai teknologi, mereka terdedah
kepada banyak maklumat. Ini mendedahkan kita melalui artikel “A New Paradigm for
Learning” bahawa pelajar abad ke-21 ini lebih suka mengajar diri mereka sendiri namun
tetap dengan bimbingan guru. Hakikatnya, pelajar sudah mula melakukan ini di luar sekolah
lagi. Dipetik daripada kata-kata Albert Einstein, “I never try to teach my student anything. I
only try to create an atmosphere in which they can learn”. Inilah yang terjadi kepada para
pelajar hari ini di mana mereka lebih menggemari pengajaran berpusatkan pelajar dan dari
situ mereka akan memanfaatkan hasil teknologi dan inovasi dalam membantu mereka
belajar.
Berbanding masa dahulu atau dalam pendidikan tradisional, pelajar kini lebih mementingkan
pencapaian dalam pembelajaran mereka. Maksudnya, dalam masa atau waktu p&p yang
terhad di sekolah, mereka lebih mahu mencapai objektif pembelajaran berbanding
menghabiskan waktu semata-mata. Apa sahaja tajuk yang di ajar oleh guru pada satu-satu
masa, mereka akan berusaha memahaminya pada masa itu juga. Di samping itu, pelajar
24
25. tidak lagi mahu bergantung pada guru semata-mata dalam mendalami sesuatu perkara atau
mata pelajaran. Mereka lebih suka melayari atau menerokai kepelbagaian sumber yang
telah disediakan pada abad ini.
Sepertimana negara-negara lain, kurikulum di Malaysia telah memberi penekanan dalam
beberapa perkara dalam menyediakan pelajar yang seterusnya modal insan negara supaya
mempunyai ciri-ciri dalam diri mereka seperti berikut:
a. Pembelajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh
pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri
dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan,
mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
b. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan
sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti
andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang
lebih baik atau penghasilan produk baru.
c. Pengembangan kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara
logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat
dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.
25
26. d. Berkemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi
aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis
pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
e. ‘Multilingualism ’
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk
rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu)
supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala
maklumat dalam pelbagai bahasa.
f. Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbagai-bagai. Kesemua
potensi seperti yang disarankan dalam teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)
iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, spatial, pergerakan kinestetik, interpersonal
dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
g. Kemahiran Belajar untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat
nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan
disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
26
27. Kesimpulannya, pelajar pada abad ke 21 harus sedar bahawa usaha untuk
memperadabkan manusia bukan bergantung pada peralatan berteknologi tinggi semata-
mata. Kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran mengatasi segala-
galanya. Melalui kefahaman ini barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun
sesuai dengan matlamat pendidikan negara. Maka, usaha memupuk kefahaman yang benar
tentang pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran
pendidikan pada alaf baru.
WEB
Web 1.0
Web 1.0 adalah peringat awal evolusi web (world wide web) yang menggunakan
pendekatan secara antara muka ( interfaces). Pengguna hanya boleh melihat kandungan
laman web. Menurut Cormode, G. dan Krishnamurthy kandungan dalam web 1.0 ada agak
kurang berbanding dengan jumlah pengguna yang ramai. Secara teknikal, web 1.0
merupakan laman web yang lebih tertutup dan tidak melibatkan penambahbaikan dalaman.
Oleh sebab itu, informasi web 1.0 ini tidak dinamik kerana hanya pemilik web itu sahaja
yang boleh melakukan kemas kini serta penambahbaikan. Web 1.0 adalah bersifat ‘read-
only’. Maksudnya pengguna hanya melakukan pencarian maklumat. Kekurangan atau
keterbatasan web 1.0 ini adalah pengguna (pengunjung web) harus melayari website
tersebut dan perlu melihat satu persatu kandungan yang ada.
Ciri- Ciri Web 1.0
• Bersifat statik dan tidak dinamik
• Penggunaan frameset
27
28. • Menggunakan HTML
• Menggunakan Online Guestbook
• Butang GIF bersaiz 88x31 pixel dalam ukuran web untuk mempromosikan produk
Web 2.0
Web 2.0 adalah hasil cetusan idea O’Reilly dan MediaLive International. Ia juga dikenali
sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna internet untuk
terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu kriteria utama web ini ialah pengunjung
atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan web ini.
Inovasi dalam dunia web semakin hari semakin berkembang pesat dan hasilnya muncul web
2.0 yang telah berkembang pada sejak tahun 2004 dan telah digunakan secara meluas
pada masa sekarang ini. Web ini merupakan teknologi yang menyatukan teknologi yang
sedia ada iaitu dari web 1.0. Penyatuan dan penggabungan ini adalah terdiri dari HTML,
CSS, JavaScript, XML dan AJAX. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada
perubahan corak berfikir dalam menyampaikan kandungan dan persembahan dalam sebuah
laman web. Web ini lebih menjurus kepada ‘read and write’. Hasil daripada inovasi dan
penambahbaikan telah menjadikan web 2.0 ini lebih baik daripada web sebelumnya. Web
2.0 mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu pengguna (pengunjung web) boleh
melihat suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua halaman untuk
melihat satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan web 2.0 merupakan sebuah
aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti Windows. Contoh web 2.0 adalah
facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote, iTunes, Skype dan sebagainya.
Ciri- Ciri Web 2.0
28
29. • Uquibitious teknologi: Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan
berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan terus melalui web browser dan tidak
memerlukan muat turun pada komputer. Contoh seperti aplikasi javascript, java
applets, dan yang sebagainya.
• User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi
pandangan, komen, menulis artikel seperti yang boleh didapati dalam blog, forum,
Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Dalam web 2.0, penggunjung boleh
menjadi pelanggan (subscriber) dan penyumbang (contributor).
• Membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang digunakan
termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau menjemput rakan (add-a-friend) seperti
pada Friendster atau MySpace.
• Penggunaan RSS feed: Boleh memberi maklumat secara cepat kepada pengunjung
apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa
website setiap hari sekiranya penulis telah menulis artikel baru.
• Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau hanya
sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan
sebagainya.
• Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi
kategori kepada webpage, links dan gambar.
29
30. Web 3.0
Web ini boleh dikatakan sebagai sebuah web yang bersifat intelektual (Artificial intelligence).
Aplikasi dalam talian menerusi laman web saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam
erti kata lain, web 3.0 seolah-olah seperti pembantu peribadi. Web berupaya memahami
keperluan manusia dan boleh memberi cadangan atau nasihat untuk menyediakan
keperluan yang diinginkan. Dengan menggunakan teknologi animasi 3D, kita boleh
membuat profil avatar yang sesuai dan kemudian melakukan aktiviti di dalam dunia maya
seperti yang berlaku dalam dunia nyata. Sering disebut bahawa web 3.0 ialah semantic web.
Istilah semantic web sendiri merupakan perkembangan web yang mana kandungannya
bukan sahaja disampaikan dalam format bahasa manusia (natural language), tetapi juga
dalam format yang dapat dibaca dan digunakan oleh mesin (software). Contohnya, ketika
kita hendak mencari maklumat mengenai sebuah buku maka kita boleh mencari pada
search engine hingga berjaya mendapatkan info tentang buku tersebut.
Ciri- ciri web 3.0
• SOAP
Simple Object Access Protocol merupakan kaedah untuk bertukar-tukar idea berdasarkan
XML melalui jaringan komputer untuk ke program yang lain.
• REST
Representational state transfer adalah satu cara pembangun web untuk membahagikan
hypermedia seperti WWW.
30
31. • WSDL
Format XML yang diterbitkan untuk menerangkan perkhidmatan web.
• WDDX
Web Distributed Data Exchange merupakan satu mekanisme pertukaran data dari sumber
yang berbeza.
• Realisasi Semantic Web
Semantic web merupakan bentuk baru web 3.0. yang menggunakan kaedah buatan, web
3.0 diharapkan akan merealisasikan konsep semantic web menjadi generasi selanjutnya
dari WWW.
• Web Sebagai Database
Database menggabungkan informasi yang banyak dalam pelbagai laman web , yang
kemudian di integrasikan antara satu dengan yang lain dengan cara RDF. Kesannya ,data
semakin banyak dan juga pengguna dapat menerima info secara spesifik serta tepat
daripada data pengguna dari web yang lain.
Dapat disimpulkan untuk mewujudkan web 3.0, haruslah disokong oleh teknologi yang
mengintegrasikan informasi. Ia juga memiliki kemampuan interaksi antara web dalam
menyimpan data. Interaksi tidak hanya terjadi antara pengunjung web saja, tetapi juga
diantara website itu sendiri.
31
32. Web 4.0
Web 4.0 dianggap sebagai generasi terbaru di mana web ini menggabungkan format 3D
dengan web 3.0 atau lebih dikenali sebagai pragmatic web untuk mewujudkan dunia maya
seperti yang boleh didapati dalam bentuk aplikasi permainan. Satu faktor utama dalam web
4.0 ialah ia menggunakan hak digital yang mana akan menghalang penyalinan kandungan
dalam web tersebut. Ia juga mempunyai nilai yang tinggi bagi semua maklumat seperti hak
cipta pada filem, imej dan banyak lagi. Ini bermaksud kesemua kandungan dan informasi
adalah dilindungi.
Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web. Ia merupakan metadata yang mengurus
manusia dan mesin untuk interaksi. Ini adalah untuk membina lebih banyak komunikasi
antara muka seperti kawalan minda. Walau bagaimanapun web 4.0 masih lagi dalam proses
pembinaan dan sehingga setakat ini belum ada lagi definisi yang tepat untuk
menggambarkan apakah sebenarnya web 4.0 ini.
PENGGUNAAN IPAD DALAM PENDIDIKAN
Dalam abad ke 21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan
peredaran masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan
komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud produk
32
33. atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Pelbagai alatan
gadget yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan dalam pendidikan seperti pc tablet,
iPad dan telefon pintar. Banyak Negara yang telah memperkenalkan pendidikan berasaskan
“Mobile Learning”. Dunia pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu
para pelajar dan guru untuk mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja
mereka berada. Ini kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap
gadget atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pengguna
hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan
internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh
digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga
perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti Sejarah dan
Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada
pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh digunakan untuk guru-guru
membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.
Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada
pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang
sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun
iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan
di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku
nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan iBook ini telah diperkenalkan
dibeberapa buah Negara seperti Singapura. Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh
17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, “Seramai 120 pelajar dan
16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih
33
34. RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki
komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini amat membantu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sejajar dengan itu, pelbagai
usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar dengan memberikan
pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran.
IPAD
IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat
Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar
daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi
untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak
mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan
untuk mengawal peranti.
Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad menggunakan
sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi pihak ketiga,
yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka untuk iPhone
juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak aplikasi IOS yang dibangunkan khusus
untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama
seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai sistem
operasinya.
Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi daripada
IOS Apple yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti,
grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh
yang bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. iPad juga telah dibina
34
35. dengan menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh
menjangkau sehingga 10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan
jika hanya menggunakan fungsi standby.
IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-
turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. IPad juga disertai dengan aplikasi
iBook yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format
PDF. Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan
untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad
memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook store dan boleh dibaca pada
iPad. Selain daripada itu, iPad yang mempunyai skrin warna penuh juga membolehkan
pengguna iPad yang ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga
majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar, bezanya buku dalam iBook berbentuk
digital. Aplikasi iBook ini juga boleh dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret
atau dengan sebelah muka surat dalam mod landskap.
Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi. Dengan adanya perisian
tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan
memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Beberapa versi iPad generasi baru
terdapat model yang mempunyai sokongan 3G untuk memuat turun data melalui
sambungan talian telekomunikasi dan ini memerlukan kontrak perkhidmatan selular yang
dibayar secara bulanan. Keluaran generasi pertama iPad tidak mempunyai kamera,
manakala iPad generasi kedua telah diubahsuai dengan mempunyai kamera pada kedua-
duanya termasuk kamera depan dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini,
35
36. pengguna iPad boleh menggunakannya untuk persidangan video dengan pengguna iPad
yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi FaceTime.
APLIKASI-APLIKASI IPAD DALAM PENDIDIKAN
1) iTunes U
36
37. Apa Itu iTunes U?
ITunes U adalah salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengakses untuk
melengkapkan kursus dari universiti terkemuka dan sekolah-sekolah. Dalam iTunes
U telah dilengkapkan dengan katalog digital yang terbesar di dunia. Ianya
mengandungi bahan pendidikan yang diberikan secara percuma untuk pengguna
iPad, iPhone atau iPod touch. Contohnya, jika seseorang pelajar yang mempunyai
bidang pengkhususan dalam bidang biologi di Eropah, mereka boleh mengikuti
kuliah untuk subjek tersebut dari universit di Negara lain dengan hanya melalui
pembelajaran online dengan menggunakan iTunes U. Aplikasi iTunes U adalah satu
perisian yang sangat membantu pelajar dan gurur pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja.
Penggunaan iTunes U dalam Pengajaran
Penggunaan iTunes U dalam pendidikan ini dapat membantu guru atau pensyarah
menguruskan pengajaran mereka dengan menggunakan teknik pengajaran secara
online. Satu sistem telah dibentuk untuk guru atau pensyarah mengurus, mengedar
dan mengawal isi kandungan pembelajaran yang menggunakan video atau audio
visual. Ini sesuai digunakan untuk pelajar kolej atau universiti. Institusi pendidikan
tersebut boleh memiliki tapak iTunes U mereka sendiri dan cara ini memudahkan
pelajar mereka untuk mencari atau memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti
37
38. nota, latihan dan sebagainya. Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi iTunes
U seperti memuat turun dokumen-dokumen pembelajaran adalah percuma.
Pengkalan data aplikasi iTunes u ini telah mengumpul bahan-bahan pendidikan dari
semua lokasi termasuk kolej, universiti, muzium, perpustakaan dan lain-lain institusi
pendidikan.
2) iBooks
Apa Itu iBooks?
IBooks adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi iBooks menyediakan tempat untuk
pengguna iPad membaca dan membeli buku secara ebook. Pengguna yang ingin
membeli buku tersebut boleh membuat pembelian melalui Apple Store. Mereka
hanya perlu memilih bahan bacaan eletronik yang mereka ingin beli. Dalam katalog
pembelian di dalam Apple Store ada pelbagai jenis bahan bacaan termasuk
bahagian fiksyen, pendidikan, ilmiah dan lain-lain. Buku eletronik yang dibeli tadi
hanya perlu dimuat turun dan disimpan di rak buku perpustakaan dalam iPad. Buku-
buku tersebut juga boleh dibaca dengan menggunakan perisian PDF.
Penggunaan iBooks dalam Pengajaran
38
39. Penggunaan iBooks dalam pembelajaran bukan sahaja untuk menyimpan bahan
bacaan berbentuk eletronik, tetapi boleh juga menyimpan bahan-bahan dokumen
yang kita tulis di dalam aplikasi Pages di dalam iPad, iPhone atau iPod. Dokumen
tersebut kita boleh tukarkan ke dalam bentuk e-book. Buku teks yang terdapat di
dalam iBooks mempunyai paparan warna yang cantik, gambar rajah dan juga boleh
memuat turun video interaktif.
Sebagai seorang guru, iBooks amat membantu apabila guru ingin mengajar
matapelajaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan dokumen tersebut dalam
bentuk PDF di dalam iPad Pages kemudian boleh dipindahkan ke dalam bentuk
iBooks dengan cara memuat turun bahan tersebut dalam ruangan penyimpanan
iBooks. Guru atau pelajar juga boleh menggunakan bahan bacaan eletronik di dalam
iBooks dengan hanya sentuh sahaja paparan skrin tersebut dan mereka boleh
memilih buku yang ingin di baca. Jikalau ada pengguna yang tidak tahu maksud
tentang sesuatu ayat, mereka hanya perlu highlight pada perkataan tersebut dan
terus berkongsi perkataan tersebut di laman Facebook atau melalui email. Dari situ,
kawan-kawan atau pengguna yang lain boleh berkongsi maklumat dengan mereka.
Selain daripada itu, bagi guru yang ingin menulis pelbagai jenis dokumen, mereka
boleh eksport dokumen tersebut ke dalam bentuk format ePub. Perisian ePub ialah
salah satu bentuk e-books yang boleh membaca semua jenis bahan bacaan
eletronik. Guru boleh menghantar dokumen tersebut dengan menggunakan iTunes.
Bahan bacaan e-book tersebut guru boleh kongsikan bersama-sama pelajar dan
juga rakan guru yang lain.
39
40. Aplikasi iBooks juga membolehkan pengguna untuk memilih saiz dan jenis tulisan.
Contohnya, apabila guru membaca sesuatu bahan pengajaran, guru tersebut boleh
terus mengedit bahan tersebut dari e-book tersebut dan juga boleh menambahkan
bahan-bahan lain seperti gambar, video dan sebagainya.
Oleh itu, guru atau pensyarah boleh menggunakan aplikasi iBooks atau buku teks
eletronik ini bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar hanya perlu mencari
koleksi buku tersebut di dalam iBooks dan mereka dapat memuat turun buku
tersebut dengan cepat dan mereka juga dapat mencari nota-nota lain yang berkaitan
dengan pembelajaran mereka pada masa itu.
3) Numbers
Apa Itu Numbers?
Numbers ialah satu perisian yang perlu dimuat turun dari Apple Store melalui iTunes.
Aplikasi ini menyerupai Excel di dalam perisian Windows. Dalam aplikasi Numbers ini,
telah terdapat beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat carta, graf,
grafik, pengiraan belanjawan, pengiraan markah pelajar dan sebagainya. Semua formula
telah disediakan di dalam ruangan Spreed Sheet dan pengguna hanya perlu memilih
mengikut kesesuaian penggunaanya.
40
41. Apabila pengguna telah memilih Spreed Shet yang ingin digunakan, mereka boleh
memindahkan mana-mana maklumat yang mereka perlukan seperti gambarajah, carta
atau sebagainya dengan hanya memilih maklumat yang dikehendaki. Di dalam Template
Chooser terdapat pelbagai template yang kita boleh gunakan di sekolah, rumah, pejabat
dan sebagainya. Melalui Numbers Spreed Sheet juga kita dapat menyusun semua
tugasan kita dan ianya amat membantu bagi memastikan semua tugasan kita lebih
tersusun dan memudahkan kita untuk memulakan setiap tugasan. Selain daripada itu,
kita boleh menukar bentuk tulisan, saiz dan warna tulisan.
Penggunaan Numbers dalam Pengajaran
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan berasaskan teknolgi
pendidikan, aplikasi Numbers dapat membantu guru untuk membuat satu perancangan
atau penyusunan tugasan dengan menggunakan Spreadsheet yang terdapat dalam
Numbers. Syarikat Apple yang telah mencipta aplikasi di dalam iPad ini juga telah
membina pelbagai jenis template di dalam aplikasi Numbers ini dan ianya dapat
membantu untuk kita memilih template yang bersesuain dengan kerja yang ingin
dilakukan. Contohnya, penggunaan Numbers untuk mengira markah untuk peperiksaan
matapelajaran Sejarah. Apabila jadual telah dibuat, guru hanya perlu memasukkan
formula. Kemudian boleh memilih font tulisan dan size huruf yang ingin digunakan.
Dalam Nombor, spreadsheet dibina secara fleksibel. Jadi, anda boleh memilih jadual,
carta, grafik, dan teks di mana-mana anda mahu pada halaman tersebut. Browser Media
juga boleh digunakan untuk dimuat turunkan dengan video yang dipilih. Contohnya, guru
yang mengajar matapelajaran Geografi, mereka boleh membina garf atau carta
menggunakan Numbers, kemudua mereka boleh memasukkan video ke dalam carta
41
42. yang dibina. Selain daripada itu, hanya dengan satu klik, anda boleh mengakses foto
anda daripada filem, iPhoto anda, dan video anda. Navigator yang terdapat pada
lembaran aplikasi Numbers telah menyenaraikan setiap jadual, carta, dan kunci dalam
spreadsheet anda supaya memudahkan anda untuk memilih mana-mana bahagian
projek anda yang ingin dibuat perubahan. Spreedsheet yang dibina di dalam Numbers
boleh dimuat turun ke dalam iCloud dan boleh diakses dari mana-mana gadget yang
mempunyai perisian App Store Mac yang dibina ke dalam IOS.
4) Pages
Apa Itu Pages?
Pages adalah satu perisian yang terdapat pada produk keluaran Syarikat Apple seperti
iPad, iPhone dan iPod Touch. Pages yang terdapat dalam gadget keluaran Apple juga
mempunyai paparan skrin yang jelas dan cantik. Aplikasi ini membolehkan pengguna
menulis dokumen yang menarik, laporan, risalah, dan sebagainya dengan menggunakan
tempale design yang telah disediakan. Pengguna hanya perlu memilih jenis dokumen
yang ingin mereka tulis dan mereka boleh membina pelbagai kreativiti dengan tools yang
terdapat pada Pages. Di dalam aplikasi Pages, semua dokumen yang telah disimpan
dalam ruangan penyimpanan boleh dimuat turun secara automatik di dalam iCloud.
42
43. Mereka boleh memuat turun dokumen tersebut di mana-mana sahaja mereka berada
melalui iPad, iPhone dan iPod Touch.
Penggunaan Pages dalam Pengajaran
Tugas sebagai pendidik, memerlukan mereka untuk melakukan pelbagai tugasan yang
berhubung kait dengan penulisan dan penyimpanan dokumen. Apliksai yang terdapat
pada iPad iaitu Pages yang menyerupai Microsoft Words amat membantu guru untuk
membuat tugasan walau di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, jikalau guru
ingin membina soalan peperiksaan, membina nota untuk pelajar, menulis poster atau
atau sebagainya, mereka boleh menggunakan aplikasi ini. Ini kerana Pages mempunyai
16 template untuk risalah, poster, surat, resume, laporan, jemputan, dan banyak lagi.
Bentuk tulisan, saiz tulisan, warna, dan latar belakang setiap dalam template telah
dibentuk dan diselaraskan mengikut kesesuaian. Pengguna hanya perlu memilih bentuk
template yang mereka suka kemudian mereka boleh menggunakannya mengikut menulis
perkataan, memasukkan gambar-gambar grafik mengikut kreativiti.
Selain daripada itu, aplikasi Pages ini bukan hanya memerlukan dokumen yang bertulis
tetapi boleh juga dibentuk dalam paparan grafik. Pengguna hanya perlu memasukkan
gambar dari aplikasi foto dan menambah beberapa item seperti bingkai pada gambar
supaya lebih menonjol atau menukar ke dalam carta yang berbentuk 3D dan juga
beberapa jadual dinamik. Pages adalah menggunkan fungsi Multi-Touch, penulisan
dalam dokumen tersebut kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dibaca.
Dalam Pages terdapat Zoom Pintar, dimana pengguna boleh Zoom secara automatic
pada teks semasa anda bekerja dengan menggunakan Pages. Navigasi halaman
menunjukkan thumbnail pada setiap halaman, ini memudahkan pengguna untuk
43
44. mendapatkan mana-mana sahaja dalam dokumen yang diperlukan dengan cepat. Pages
juga dapat menjimatkan masa anda semasa bekerja kerana dengan aplikasi ini,
pengguna boleh menulis di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan masa yang banyak
untuk mencari dokumen yang diperlukan. Contohnya, apabila guru ingin mencari
maklumat dokumen yang disimpan, mereka hanya perlu sentuh pada halaman yang telah
terdapat pada Navigasi tersebut. Ini menjimatkan masa guru dan mereka tidak
memerlukan banyak fail untuk menyimpan maklumat pelajar kerana mereka hanya perlu
simpan secara automatic di dalam iCloud.
Pengguna boleh mengakses dari mana-mana gadget yang mempunyai perisian IOS
seperti iPhone, iPad atau iPod Touch. Ini kerana dengan iCloud, anda boleh membuat,
mengedit, dan mengakses dokumen anda. Anda tidak perlu untuk menguruskan
dokumen-dokumen anda dengan menggunakan sistem fail yang rumit ataupun
menyimpan dalam folder khas. Mereka perlu Synchronize dalam iCloud yang terdapat
pada Mac, iPad, iPhone, atau iPodTouch. Jadi anda boleh membuat dokumen pada satu
peranti dan boleh mengedit di tempat yang lain.
5) Keynotes
Apa Itu Keynotes?
44
45. Keynotes adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat tayangan slide. Keynotes
amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian tersebut dengan
rakan-rakan yang lain. Aplikasi ini terdapat pada iPad, iPhone anda, dan iPod Touch. Tidak
kira di mana anda berada, iCloud boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara
automatik ke dalam ruangan penyimpanan.
Penggunaan Keynotes dalam Pengajaran
Setiap pengguna iPad yang ingin membina persembahan dengan menggunakan Keynotes
boleh memilih daripada 12 tema Apple yang telah terdapat dalam aplikasi ini. Setiap tema
mempunyai bentuk dan saiz tulisan, warna, tekstur, dan latar belakang, serta pelbagai susun
atur yang anda boleh pilih setiap kali anda menambah slaid baru. Anda hanya perlu
menyentuh paparan skrin yang terdapat pilihan yang ingin digunakan dan boleh mula
menaip apa sahaja yang anda ingin persembahkan dalam slide tersebut. Pengguna boleh
tulis tajuk dengan menggunakan papan kekunci pada skrin. Kemudia masukkan gambar,
carta, dan jadual.
Pada aplikasi Keynotes, terdapat navigasi slaid, ianya menunjukkan pandangan thumbnail
untuk slaid anda. Jikalai anda ingin menambah yang baru, hanya sentuh pada thumbnail
slide tersebut dan mulakan kerja yang anda ingin lakukan. Ianya juga mudah untuk
mengedit objek atau gambar pada slaid dan juga untuk mengubah saiz, menukarkan
kedudukan gambar, carta, atau grafik pada slide. Tambahan gambar atau video juga boleh
dimasukkan ke dalam slide.
Selain daripada itu, aplikasi Keynotes ini juga mempunyai carta atau imej yang berbentuk
3D. Pengguna boleh menonjolkan imej yang dipilih untuk digunakan dalam persembahan
45
46. slide dengan animasi 3D yang lebih sempurna dan menyeronokkan mereka yang akan
menonton tayangan slide tersebut. Aplikasi Keynotes ini juga membolehkan pengguna
menambahkan animasi bergerak pada slide. Ianya seperti satu tayangan drama kerana
aplikasi Keynotes ini mempunyai kualiti yang bagus pada tayangan garafik dan imej.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk guru atau
pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh membuat
persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar matapelajaran Geografi,
mereka boleh menggunakan graf atau carta yang berbentuk 3D, ini dapat menarik lebih
minat pelajar. Manakala bagi guru yang mengajar Sejarah, mereka boleh import video atau
membuat satu drama kecil kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Aplikasi ini juga
menbantu guru untuk aktiviti pengajaran di mana-mana sahaja dan mereka juga tidak perlu
risau jikalau mereka tertinggal di rumah atau di pejabat bahan-bahan yang mereka perlukan
untuk mengajar seperti tayangan slide ini kerana data tersebut boleh diakses melalui
simpanan yang terdapat dalam iCloud.
6) Dropbox
Apa itu Dropbox?
46
47. Dropbox ialah satu perkhidmatan ruangan penyimpanan yang diberikan secara percuma
yang membolehkan kita untuk menyimpan gambar, dokumen atau video di mana-mana
sahaja. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk tempat
menyimpan data atau dokumen yang hanya memerlukan jaringan internet sebagai nadi
utama. Dropbbox merupakan aplikasi “Cloud” yang boleh dimuat turun ke gadget seperti
iPad, iPhone, Mac dan juga PC. Selepas install aplikasi Dropbox untuk Windows, Mac atau
Linux OS, ia akan memberi anda akses ke folder Dropbox melalui harddisk anda.
Folder Dropbox
Penggunaan Dropbox adalah sama seperti kita menggunakan folder-folder di dalam
komputer. Cuma kelebihan Dropbox ialah file yang diletakkan di dalam folder Dropbox akan
sync secara automatik apabila kita online di internet. Cara penggunaan dropbox adalah,
masukkan fail dalam folder dalam komputer anda, dan secara automatik akan dimasukkan
dalam server online. Selain daripada itu, pengguna hanya perlu copy paste dan selamat
digunakan. Ianya juga mempunyai kapasiti penyimpanan data sehingga 2GB yang
diberikan secara percuma dan dapat menyokong pelbagai jenis file. Setiap pengguna
gadget seperti komputer, laptop, tablet atau telefon pintar boleh memuat turun aplikasi
Dropbox ini dan membuka satu akaun. Selain daripada itu, sekiranya kita mempunyai
gadget lain seperti iPad, iPhone, tablet dan juga telefon pintar yang lain dan telah
mempunyai perisian aplikasi Dropbox, semua dokumen yang disimpan dalam folder
Dropbox tersebut akan sync secara automatik juga. Oleh itu kita dapat mengakses fail dari
mana-mana sahaja.
Penggunaan Dropbox dalam Pengajaran
47
48. Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk diakses
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka memerlukan satu
perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen penting yang dapat diakses
jikalau mereka tidak membawa laptop atau pc tablet. Pekerjaan sebagai seorang guru tidak
boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai jenis dokumen
seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel. Oleh itu, dengan adanya Dropbox, guru-
guru tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal atau terlupa membawa laptop ke sekolah dan
apabila ingin menggunakan bahan-bahan pengajaran tersebut, mereka hanya perlu
mengakses ke akaun Dropbox dan mereka boleh dapatkan dokumen tersebut.
7) Evernote
Apa Itu Evernote?
Dalam kehidupan seharian, ada pelbagai peristiwa yang berlaku atau terjadi. Kita
memerlukan satu tempat untuk mencatat atau menyimpan semua maklumat tersebut.
Dengan adanya aplikasi seperti Evernote, pelbagai perkara yang boleh kita simpan dan
rakamkan. Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang membolehkan mereka merakam gambar
hampir semua perkara yang ingin diingati. Dalam ruangan penyimpanan Evernote, gambar
juga boleh disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar
tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang. Selain daripada itu, penggunaan
48
49. aplikasi ini membolehkan pengguna menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan
sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain.
Kebaikan Menggunakan Evernote
1) Pelajar
Penggunaan Evernote ini amat membantu pelajar untuk mengatur atau menguruskan
perancangan tugasan mereka. Evernote membantu mereka untuk memastikan semua
tugasan penting seperti nota, kuiz, kerja rumah dan lain-lain ditulis secara tersusun dan
terancang. Mereka tidak perlu risau catatan tentang tugasan mereka akan hilang atau
terlupa dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh
mengambil gambar-gambar penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke
dalam Evernote. Kemudian, pelajar boleh menyusun gambar-gambar tersebut mengikut
tajuk-tajuk atau kelas. Aplikasi Evernote ini membantu mereka untuk melaksanakan tugasan
dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
2) Guru
Evernote dapat membantu guru untuk menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara
tersusun dan terancang bagi menyimpan atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar
atau nota rujukan. Contohnya, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Seni. Mereka boleh mengambil gambar tugasan-tugasan pelajar mereka seperti gambar
lukisan atau projek seni. Kemudian mereka boleh memuat turun ke dalam Evernote dan
menyimpan gambar tersebut mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut tidak perlu
membawa balik semua tugasan projek tersebut ke rumah kerana semua gambar tersebut
ada di dalam Evernote. Jadi, guru tersebut boleh melihat tugasan projek seni yang dilakukan
49
50. oleh pelajar hanya melalui gambar yang disimpan di dalam Evernote dan memberi markah
kepada mereka.
Selain daripada itu, Evernote juga membolehkan seseorang guru tersebut menyimpan video
yang hendak digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengambil
gambar video tersebut, tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu membuat
beberapa catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web tersebut
ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka hanya perlu
mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.
Penggunaan Evernote dalam Pengajaran
Aplikasi Evernote adalah satu alat teknologi yang amat membantu tugas seorang guru
dalam merancang dan menyusun tugasan yang ingin dilaksanakan. Ada beberapa cara
penggunaan Evernote yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran iaitu terbahagi
kepada tiga (Michael, 2011):
1) Sebelum kelas
2) Semasa kelas
3) Selepas kelas
Sebelum kelas
1) Rancang dan susun kelas anda menggunakan tags:
50
51. Penggunaan tags merupakan salah satu cara terbaik untuk merancang dan mengatur
pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya , jika anda tahu bahawa
terdapat subjek tertentu yang perlu diajar pada minggu kedua sesi persekolahan, semua
kandungan pelajaran yang berkaitan anda boleh gunakan tag "minggu 2". Setelah sistem
ini diwujudkan, anda boleh terus menambah item tambahan sepanjang tahun.
2) Pangkalan Data Piawai:
Susunkan piawaian pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh
berkongsi dengan guru, ibu bapa, pentadbir dan pelajar-pelajar yang menggunakan ciri-
ciri perkongsian Evernote.
3) Pembangunan kerjaya:
Jika anda menfaatkan cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau
meneruskan pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan
idea-idea baru yang dipelajari ndalam Evernote. Ianya juga amat sesuai baik untuk guru
dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri.
4) Template kelas:
Template adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan masa apabila member markah
dan menilai pelajar anda. Jika anda menggunakan template seperti helaian gred atau
borang penilaian pelajar, simpanlah di dalam Evernote agar ianya berada di hujung jari
anda sepanjang tahun.
51
52. 5) Bersedia untuk ketiadaan anda:
Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan
walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota
dengan guru ganti. Kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kunci jawapan dan
contoh kerja yang telah siap. Ini untuk memastikan kelas anda tetap dijalankan walaupun
anda tidak berada di sana.
Semasa Kelas
1) Kongsi buku nota dengan kelas anda:
Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URL
dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat
oleh pelajar-pelajar anda (atau ibu bapa mereka).
2) Gambar papan putih:
Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari.
Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini
akan memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai
perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa. Anda boleh memberikan tajuk atau tag
pada setiap gambar berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian
gambar-gambar tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar
yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap menerima nota pelajaran
tersebut.
52
53. 3) Simpan nota di tempat yang mudah dicapai:
Simpan semua nota lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering
digunakan di dalam Evernote supaya mudah dicari dan dicapai.
Selepas Kelas
1) Memudahkan pemarkahan:
Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda
boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet)
apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai guru
pembantu. Anda boleh berkongsi buku nota dengan mereka dan meminta mereka
membantu dalam proses pemarkahan.
2) Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda:
Sekiranya anda menyertai mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan,
anda boleh menggunakan Evernote menyusun semua nota kajian, dan maklumat yang
berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum tersebut. Perkongsian maklumat tersebut di dalam
Evernote adalah cara yang mudah bagi memastikan jawatankuasa anda memperolehi
maklumat dan memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan tentang
sesuatu projek.
53
54. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Sejarah
Tingkatan : 4D
Tarikh : 1 Oktober 2012
Masa : 8.00-9.00 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
54
55. Topik : Bab 3 (Tamadun Awal Asia Tenggara)
Sub Topik : 3.1 Bentuk dan Ciri-ciri Kerajaan Awal
3.1.1 Kerajaan Agraria
3.1.2 Kerajaan Maritim
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari tentang Tamadun Awal Asia
Tenggara dari bab-bab yang lepas.
Objektif Pembelajaran : Pelajar dapat:
i) Menyatakan 2 kerajaan awal Asia Tenggara sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.
ii) Menyenaraikan 2 ciri-ciri Kerajaan Agraria dan maritim
selepas mendengar penerangan guru.
iii) Membandingkan 3 ciri kerajaan agraria dan maritim selepas
guru menunjukkan gambar.
Bahan Bantu Mengajar : i) Gambar pelabuhan dan sawah padi, Beras, Ikan, Kad
Manila, Papan Putih, Marker pen
Nilai Murni/Nilai Patriotik : Berbangga dengan aset Negara :
• Memanfaatkan kurniaan Tuhan
Refleksi :
55
57. LANGKAH/ KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN
MASA PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI
MURID
Set Induksi -Menunjukkan gambar -Pelajar melihat BBM:
(5 Minit) beras dan ikan gambar yang Slide
kepada pelajar pada ditayangkan (tayangan slide
tayangan slide. oleh guru. pada Ipad
dengan
- Meminta semua - Pelajar menggunakan
pelajar untuk menyatakan aplikasi
mengkategorikan kategori hasil ‘Keynote’)
gambar tersebut tersebut.
sama ada ianya hasil
Tajuk :
pertanian atau hasil
Bab 3 : Tamadun Awal
perikanan.
Asia Tenggara
- Bertanya tentang - Menjawab
Subtopik :
apakah tajuk yang pertanyaan guru
3.1 Bentuk-bentuk
akan dipelajari. tentang tajuk
Kerajaan Awal
yang akan
3.1.1 Ciri-ciri Kerajaan
dipelajari.
Agraria
3.1.2 Ciri-ciri Kerajaan
Maritim
Objektif Pengajaran :
Pelajar dapat:
1) Menyatakan dua
Kerajaan Awal Asia
Tenggara selepas
perbincangan antara
- Memberitahu hasil - Mendengar
pelajar dan guru
pembelajaran yang dengan teliti.
berpandukan buku teks.
harus dicapai oleh
2) Menyenaraikan dua
pelajar pada hari ini.
daripada tiga ciri-ciri
Kerajaan Agraria dan
Kerajaan Maritim
selepas mendengar
penerangan guru.
3) Membandingkan tiga 57
ciri Kerjaan Agraria dan
Kerajaan Maritim
58. PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di Negara kita masih lagi
di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi
desakan ke atas penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Penggunaan teknologi dalam pendidikan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi
kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik
mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan
komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat
dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru
memerlukan latihan yang lebih bagi membantu negara merealisasikan penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar dan
keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan juga pelajar.
Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam
merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai hasrat Negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan
berkebolehan pada masa akan datang.
RUJUKAN
Ahmad Fuad Othman. (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dan
cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17. Jun 2003.
Bil.1
58
59. st st
Assessment & Teaching of 21 Century Skills. (2012). What Are 21 Century Skills?. Diambil
pada 16 November 2012 daripada http://atc21s.org/index.php/about/what-are-21st-
century-skills/
Bahagian Teknologi Pendidikan. (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diambil pada 16
November 2012 daripada http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
index.php/faqs/211-teknologi-pendidikan.html
Cedric Pariente. (2009). Web 3.0 and 4.0. Diambil pada 20 November 2012 daripada
http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003
Hallinger, P. (1998). Educational Change in the Southeast Asia. The Challenge of Creating
Learning System. Journal of Educational Administration, Vol. 6 (5), Pg 492-509.
Karti Suharto. (1990). Teknologi Pembelajaran. Usaha Nasional: Surabaya.
Lisa Thumann. (2008). Engaging the 21st Century Student. Diambil pada 20 November
2012, daripada http://www.thumannresources.com/2008/09/20/ engaging-the-21st-
century_student/
Michael Cruz. (2011). 10 Tips for Teachers Using Evernote-Education Series. Diambil pada
23 November 2012, daripada http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for-
teachers-using-evernote-education-series/
59
60. Mohamed Amin Embi. (2011). Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor: Pusat Perkembangan Akademik, Ukm.
Taufik Hakim Ahmad. (2012). M2-E2_Senarai Kemahiran Abad Ke-21. Diambil pada 16
November 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/64886698/M2-E2-Senarai-
Kemahiran-Abad-Ke-21
Wan Zahwan .(1998). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21: Satu
Perbincangan. Diambil pada 20 November 2012, daripada
http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf
60