Makmum yang muafik adalah yang sempat membaca fatihah bersama imam semasa berdiri, manakala makmum yang masbuk tidak sempat membaca fatihah sepenuhnya. Jika masbuk, makmum perlu memotong bacaan fatihah dan terus rukuk, dengan syarat tidak membaca bahagian sunat fatihah. Makmum dianggap menunaikan satu rakaat jika sempat rukuk bersama imam.
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Konsep masbuq dan muafik
1. KONSEP MASBUQ DAN MUAFIK
MAKSUD MUAFIK
Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata
lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama
imam.
Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam)
imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia
membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan
orang ramai.
Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah,
apa yang perlu makmum lakukan?
MUSTAFA: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada
imam tidak melebihi tiga rukun fi'li(perbuatan).
Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang
bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong
bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira
sebagai muqassir (cuai).
Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitabal-Raudah, makmum itu
hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.
MAKSUD MASBUQ
Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa
membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat,
bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.
Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang
membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?
Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna
membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya
dan terus rukuk. Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung
oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah
dan ta'awuz (auuzubillah). Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang
wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula denganbismillah.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka
bacaan imam itu adalah bacaannya".
2. Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam
dan tidak perlu lagi membaca fatihah.
Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.
Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang
yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut
adalah makruh.