SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
1. Pengenalan
Sabah yang juga dikenali sebagai Borneo Utara merupakan sebuah wilayah di bawah
jajahan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan kuasa – kuasa Barat di Pulau Borneo, iaitu
sejak abad ke-15. Pada abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sabah iaitu daripada
wilayah Pantai Timur Sabah dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku telah diserahkan
kepada Kesultanan Sulu. Kedua – dua kesultanan tersebut telah memerintah Sabah
sehinggalah ia diambil alih oleh kuasa – kuasa barat melalui surat pajakan pada akhir abad
ke-19.
Pihak Inggeris mula bernaung di Sabah apabila Baron Von Overback, konsul Austria-
Hungary di Hong Kong membeli hak Perdagangan Amerika – Borneo daripada Joseph Torrey
pada tahun 1875 dan seterusnya berkongsi dengan Alfred Dent dan Edward Dent yang
berasal dari Britain. Kedua – dua pihak tersebut telah menubuhkan Syarikat Overback dan
Dent bagi memajukan Sabah. Pada tahun 1877, Syarikat Overback dan Dent telah
memperbaharui tempoh pajakan asal yang dibuat oleh Joseph Torrey dengan Sultan Brunei
dan seterusnya pada tahun 1878 dengan Sultan Sulu. Sultan Brunei dan Sultan Sulu telah
menyerahkan semua hak kepertuanan mereka di Sabah kepada Syarikat tersebut.
Pada tahun 1880, Overback telah menjual hak miliknya dalam Syarikat Overback dan
Dent kepada Alfred Dent kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada pemodal –
pemodal dan kerajaan Austria untuk menjalankan perniagaan di Sabah. Alfred Dent telah
berkongsi dengan beberapa saudagar British bagi menubuhkan Persatuan Sementara Borneo
Utara British Berhad (The British North Borneo Provisional Association Limited ). Persatuan
tersebut telah berusaha bagi mendapatkan Piagam Diraja supaya mendapat pengiktirafan
dan perlindungan daripada kerajaan British.
Akhirnya pada November 1881, persatuan tersebut telah berjaya mendapatkan
Piagam Diraja dan seterusnya menukarkan nama persatuan tersebut menjadi Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Maka dengan tertubuhnya SBBU, pelbagai usaha
pembangunan ke atas wilayah Sabah telah dilakukan termasuklah dari aspek sosial.
Pembangunan yang dilakukan ini telah membawa kemajuan dan kesan sosial di wilayah
tersebut.
2
2. Kemajuan Sosial di Sabah
Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau SBBU telah melakukan pelbagai usaha
pembangunan ke atas Sabah, bukan sahaja daripada aspek politik dan ekonomi malah turut
daripada aspek sosial. Dari aspek sosial, pembangunan yang telah dilakukan oleh SBBU
dapat dilihat daripada pelbagai aspek terutamanya dari segi pendidikan, kesihatan,
pengangkutan dan perhubungan dan pembandaran.
2.1. Pendidikan
Dari aspek pendidikan, SBBU telah mula menubuhkan sistem pendidikan formal
kepada penduduk peribumi di Sabah. Terdapat dua objektif utama yang menuntut kerajaan
SBBU untuk menyediakan sitem pendidikan kepada penduduk peribumi, iaitu yang pertama
adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam kalangan pelajar mengenai
kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping memberikan latihan
teknikal bagi meningkatkan kemahiran mereka. Manakala objektif SBBU yang kedua adalah
untuk menyediakan pelajaran kepada anak – anak kampung bagi memberi pendedahan
kepada mereka terhadap tugas – tugas pentadbiran.
Pada peringkat awal, kerajaan SBBU hanya menyediakan penduduk kepada
pendidikan asas sahaja. William Pryer dan Gabenor Treacher merupakan antara pihak
kerajaan SBBU yang terawal sekali yang bertanggungjawab dalam usaha memberikan
pendidikan dalam kalangan kanak – kanak peribumi di Sabah. Sistem persekolahan agama
Islam telah mula dibuka dengan menyediakan sistem pendidikan tersendiri seperti
pembacaan al – Quran di kawasan perkampungan. Gabenor Treacher telah membuka
sekolah agama Islam di Sandakan namun mengalami kegagalan kerana tidak mendapat
perhatian daripada penduduk peribumi yang mencurigai niat pihak SBBU yang beragama
Kristian.
3
Pada bulan Ogos 1886, Treacher telah membuka sebuah sekolah baru yang hanya
dilengkapi dengan sebuah bilik dan seorang jurubahasa Melayu sebagai guru. Buku – buku
teks dan buku rujukan turut dibawa daripada Singapura bagi kemudahan pembelajaran.
Pada mulanya sekolah tersebut telah menerima sembilan orang pelajar, walau
bagaimanapun usaha yang dilakukan oleh Treacher tersebut mengalami kegagalan kerana
kurang mendapat sambutan daripada penduduk peribumi.
Semasa pemerintahan kerajaan SBBU, usaha penyebaran agama Kristian telah
berlaku di Sabah. Keadaan tersebut telah menggalakkan kedatangan para mubaligh Krisitian
di wilayah Sabah. Golongan mubaligh tersebut seterusnya telah memberikan peranan dalam
bidang pendidikan apabila pada tahun 1887, sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah
St. Mary telah dibuka di Sandakan oleh Father Byron daripada mazhab Roman Katholik. Pada
tahun seterusnya, Father Elton daripada mazhab Anglikan turut membuka Sekolah St.
Micheal di Sandakan.
Usaha golongan mubaligh tersebut telah menyebabkan perkembangan sistem
pendidikan di Sabah menjadi semakin pesat. Oleh itu, kerajaan SBBU telah menubuhkan
Jabatan Pelajaran pada tahun 1909. Jabatan tersebut berfungsi bagi mengawasi sekolah –
sekolah yang dibiayai oleh badan – badan persendirian seperti mubaligh Kristian dan
masyarakat Cina. Jabatan tersebut terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pelindung Hal –
Ehwal orang Cina. Dengan penubuhan jabatan – jabatan tersebut, maka ia memberi kesan
apabila sekolah – sekolah hanya berkembang di kawasan bandar dan meminggirkan
kawasan luar bandar.
Jabatan pelajaran yang ditubuhkan oleh SBBU seterusnya telah melakukan usaha
pemajuan pendidikan di Sabah dengan pembinaan sekolah pertama di Jesselton pada tahun
1915. Pendidikan diberikan kepada penduduk peribumi yang berumur dalam lingkungan 9
hingga 25 tahun dan terdiri daripada anak – anak ketua tempatan yang dipilih dari seluruh
pelusuk Sabah seperti dari Lahad Datu, Tawau, Kota Belud dan lain - lain. Para pelajar telah
diberikan latihan selama tiga tahun untuk mengikuti kursus tertentu yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri – negeri Selat. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk
melatih anak – anak ketua tempatan sebagai persediaan mereka untuk terlibat dalam tugas
– tugas pentadbiran. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana kurang
mendapat perhatian daripada penduduk peribumi dan dianggap tidak menguntungkan.
4
Walaupun telah mengalami banyak kegagalan, namun kerajaan SBBU masih tetap
meneruskan usahanya untuk memajukan sistem pendidikan di Sabah. Ia terbukti apabila
sekolah vernakular kerajaan yang pertama telah dibuka di Kota Belud pada tahun 1921.
SBBU telah berusaha menarik perhatian ibu bapa supaya mendorong anak – anak mereka
untuk mendapatkan pelajaran, namun masih tidak berjaya. Walaupun kurang mendapat
perhatian, SBBU tetap menjalankan usaha mereka dengan menubuhkan beberapa buah
sekolah kerajaan di beberapa buah kawasan iaitu Papar, Keningau, Menumbok dan
Sipitang.Dengan usaha yang dilakukan oleh SBBU, maka pada tahun 1930 terdapat 10 buah
sekolah Melayu dengan bilangan pelajar seramai 391 yang merupakan murid lelaki.
Kemajuan dari segi pendidikan juga dapat dilihat apabila pakaian seragam sekolah
mula diperkenalkan, latihan jasmani dimulakan dan disamping wujudnya pekerjaan kebun di
sekolah – sekolah. Dengan pengenalan program berkebun, maka pelajar telah didedahkan
dengan kaedah penanaman tanaman yang baik bagi meningkatkan pengeluaran dan boleh
dimakan hasilnya untuk kesihatan pelajar. Para pelajar turut digalakkan untuk menjual hasil
tanaman mereka. Pada tahun seterusnya sehinggalah pada tahun 1941, bilangan sekolah di
Sabah telah mencapai angka 142 buah yang terdiri daripada 28 buah sekolah kerajaan
dengan jumlah pelajar seramai 1,663 orang, 52 buah sekolah mubaligh kristian dengan
jumlah pelajar seramai 3,992 orang, 59 buah sekolah cina dengan 4,779 orang pelajar serta
3 buah sekolah Jepun yang dihadiri seramai 180 orang pelajar.
5
2.2. Kesihatan
Pihak SBBU turut memajukan bidang kesihatan di Sabah. Pada peringkat awalnya,
hospital – hospital dan dispensari telah didirikan di sekitar bandar – bandar besar seperti
Sandakan , Jesselton, Kudat, Tawau dan Beaufort. Pada peringkat ini perkhidmatan
kesihatan yang ditawarkan kurang berkesan kerana hanya menumpu kepada sekitar
kawasan bandar – bandar besar dan penduduk di kawasan daerah pedalaman tidak dapat
menikmati perkhidmatan tersebut.
Oleh yang demikian, pihak SBBU telah menubuhkan dispensari di kawasan luar
bandar untuk mendedahkan sistem perubatan moden kepada masyarakat luar bandar yang
pada masa itu masih mengamalkan perubatan tradisional. Dispensari yang pertama telah
ditubuhkan di Tambunan pada tahun 1914 dan seterusnya di Tenom dan diikuti oleh daerah
– daerah lain di Sabah. Kemajuan dalam bidang kesihatan juga dapat dilihat apabila pada
tahun 1930, pihak SBBU telah mewujudkan dispensari bergerak yang beroperasi di sekitar
daerah Papar dan Sandakan.
Perkembangan dari aspek kesihatan juga berlaku apabila pihak SBBU menubuhkan
Jabatan Kesihatan di Sabah pada sekitar tahun 1912. Seorang ketua pegawai kesihatan telah
dilantik sebagai ketua jabatan dan dibantu oleh beberapa orang pegawai kesihatan yang
lain. Selain menjadi ketua, ketua pegawai kesihatan turut bertugas melawat para pesakit di
estet dan khemah – khemah tempat mereka bekerja. Selain itu, latihan perbidanan turut
diperkenalkan oleh pihak SBBU. Kerajaan SBBU telah menghantar dua orang gadis Cina
untuk mengikuti latihan perbidanan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura sebagai langkah
permulaan. Selepas menjalani latihan bidan – bidan tersebut telah diarahkan untuk
berkhidmat di Sabah terutamanya di kawasan bandar. Pihak SBBU tidak membayar gaji,
tetapi mereka diberi elaun bulanan sebanyak $25.00.
Kemajuan dari bidang kesihatan telah menyebabkan penyakit – penyakit seperti
malaria, beri – beri, puru, radang paru – paru, cirit birit , kolera, cacar, kusta dan sebagainya
berjaya diatasi. Walau bagaimanapun, penduduk – penduduk di kawasan daerah pedalaman
masih kurang menikmati perkhidmatan – perkhidmatan tersebut kerana kebanyakannya
hanya menumpu di kawasan bandar – bandar utama.
6
2.3. Pengangkutan dan Perhubungan
Kemajuan daripada aspek pengangkutan dan perhubungan bermula apabila pihak
SBBU mula membina jalan kereta api yang pertama di Sabah. Jalan kereta api mula dibina
sejak tahun 1896 sehinggalah pada tahun 1912 bagi menghubungkan daerah Jesselton
(Kota Kinabalu) ke Beaufort, Beaufort ke Tenom, dan dari Tenom ke Melalap. Selain
bertujuan sebagai pengangkutan penduduk dan untuk mengangkut hasil – hasil ekonomi ke
pelabuhan, jalan kereta api tersebut turut memudahkan perhubungan dari kawasan bandar
dengan kawasan – kawasan pedalaman di Sabah.
Selain pembinaan kereta api, jalan – jalan raya turut dibangunkan oleh pihak SBBU.
Pembinaan jalan raya mula dilaksanakan sekitar tahun 1897 dan tahun 1905. Ia bertujuan
untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan kawasan bandar dan pelabuhan
untuk tujuan eksport barangan mentah di Sabah. Pada tahun 1934, sebuah jalan raya utama
di Sabah telah mula dibina dengan kepanjangan 103 batu, termasuk jalan raya dari
Sandakan ke Labuk sejauh 19 batu, jalan raya dari Tuaran ke Tamparuli dan Tenghilan, dan
dari Melalap ke Keningau serta dari Kudat ke Sikuati. Dengan pembinaan jalan – jalan raya
tersebut, maka ia telah memudahkan perhubungan kawasan bandar dengan kawasan –
kawasan pedalaman Sabah. Disamping itu, dengan wujudnya jaringan pengangkutan jalan
raya, maka ia telah menggalakkan pembinaan perhentian motokar dan bas di Jesselton pada
tahun 1930-an.
Dari aspek perhubungan, kemajuan yang dicapai pada masa pemerintahan SBBU
diukur apabila kerajaan SBBU telah membina pejabat pos di kawasan – kawasan seperti
Jesselton, Beaufort, Tenom, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Selain itu, stesen
radio telegraf turut dibina di Jesselton, Sandakan, Beaufort, Tenom dan Mempakul yang
seterusnya dihubungkan dengan Pulau Labuan. Pembinaan telegraf tersebut telah
dilancarkan oleh William Cowie bagi tujuan – tujuan ekonomi.
Selain daripada pembinaan landasan kereta api, jaringan jalan raya dan sistem
perhubungan, kerajaan SBBU turut memajukan jalan air dengan menubuhkan Syarikat
Perkapalan Straits Steamship pada tahun 1890. Jalan laut iaitu melalui sungai dan laut
merupakan alat perhubungan dan pengangkutan yang utama pada masa itu kerana lebih
mudah dan menjimatkan kos. Jalan laut turut digunakan oleh syarikat perkapalan untuk
tujuan mengangkut penumpang serta barangan eksport dan import. Pembangunan dari
7
aspek pengangkutan dan perhubungan yang dilaksanakan oleh kerajaan SBBU telah
membawa pelbagai faedah terutamanya kepada penduduk peribumi di samping melicinkan
perhubungan antara sesebuah kawasan dengan kawasan lain di Sabah.
2.4. Pembandaran dan kemudahan lain
Perkembangan bandar di Sabah telah berlaku akibat daripada perkembangan
ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh kerajaan SBBU. Bandar – bandar telah berkembang
pesat sebagai sebuah pusat pentadbiran dan pusat perdagangan utama pada masa
pemerintahan kerajaan SBBU. Antara bandar – bandar penting pada masa tersebut ialah
Sandakan, Jesselton, Kudat, Tawau dan Lahad Datu. Bandar Sandakan telah diasaskan oleh
William Pryer pada tahun 1878. Pryer telah menamakan Sandakan sebagai ‘ Elopura” yang
bermaksud bandar yang cantik, namun penduduk tempatan lebih senang dengan nama
Sandakan. Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku kaum Suluk iaitu ‘Sanda’ yang
bermaksud sandar atau gadai. Sandakan merupakan ibu negeri Sabah pada tahun 1888
sebelum beralih kepada bandar Jesselton. Ia telah menjadi pusat pentadbiran British, dan
merupakan antara kawasan penanaman Kopi dan Koko pada masa tersebut. Disamping
menjadi pusat pentadbiran, Sandakan turut berkebang sebagai sebuah pusat perdagangan
dan pelabuhan antarabangsa.
Selain daripada Sandakan, bandar Jesselton juga merupakan bandar yang
berkembang pada masa pemerintahan kerajaan SBBU. Bandar Jesselton telah diasaskan oleh
Charles Jessel pada tahun 1900. Bandar ini wujud selepas pusat perdagangan SBBU yang
terletak di Pulau Gaya diserang dan dimusnahkan oleh penduduk tempatan yang
memberontak pemerintahan SBBU ke atas Sabah pada tahun 1897. Akibat daripada
serangan tersebut maka kerajaan SBBU telah bertindak membuka sebuah petempatan baru
di kawasan daratan yang bertentangan dengan Pulau Gaya yang dikenali sebagai bandar
Jesselton. Selain dengan nama Jesselton, pada masa tersebut kawasan tersebut turut
dikenali dengan nama api – api, Singga Mata dan Diasuka. Bandar Jesselton telah menjadi
maju hasil daripada pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah, serta
menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan utama eksport dan import. Nama Jesselton
akhirnya telah diubah kepada Kota Kinabalu pada tahun 1967.
8
Tawau pada masa pemerintahan kerajaan SBBU merupakan antara bandar pelabuhan
yang terkenal di Pantai Timur Sabah. Ia terkenal dengan hasil eksport seperti getah, abaka,
mutiara, ikan kering, ikan salai yang diusahakan oleh pelabur Jepun sehinggalah perang
dunia kedua. Ia turut menjadi pelabuhan yang menawarkan perkhidmatan mengurus dan
memperbaiki kapal – kapal yang berlayar di Jepun ke pelabuhan di Pulau Jawa. Manakala
bandar Kudat pula merupakan pusat pentadbiran SBBU yang pertama, iaitu pada tahun
1881. Pedagang – pedagang daripada luar telah datang ke Kudat dan menetap serta
membuka kedai di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kudat gagal menarik ramai
penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai untuk kegiatan
pertanian. Maka, pada tahun 1884, kerajaan SBBU telah memindahkan pusat pentadbirannya
ke Sandakan.
Selain daripada kemajuan pembandaran, kedatangan kerajaan SBBU di Sabah turut
melakukan beberapa usaha pemajuan sosial yang lain seperti menerbitkan akhbar pertama
Sabah iaitu The North Borneo Herald pada tahun 1883. Pada tahun 1890-an, kerajaan SBBU
turut menubuhkan kontinjen polis tempatan dan pada tahun 1900 ‘Skuad Terbang’
ditubuhkan untuk menjamin keselamatan Sabah. Skuad tersebut dianggotai oleh pegawai
polis tempatan. Pembinaan loji air di Jesselton turut dilakukan pada tahun 1903 bagi
membekalkan bekalan air bersih. Disamping itu, menara jam Jesselton turut dibina pada
tahun 1905 dan masih kekal sehingga kini.
3. Kesan Sosial
Kemasukan kerajaan SBBU telah meninggalkan banyak kesan sosial terhadap
pembangunan dan corak kehidupan masyarakat peribumi di Sabah.
Dengan wujudnya dasar – dasar pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan SBBU,
maka ia secara langdung telah membuka peluang kepada penduduk peribumi di Sabah untuk
menerima pendidikan secara formal dengan pendedahan kepada tiga aspek penting iaitu
membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, tumpuan pembinaan sekolah –
sekolah di kawasan bandar – bandar telah menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar
atau pedalaman tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Dasar kerajaan SBBU yang
hanya memberi kemudahan pendidikan peringkat rendah turut menyebabkan pendedahan
intelek dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah.
9
Dalam pendidikan juga, kaum wanita dalam kalangan penduduk peribumi juga turut
ketinggalan berbanding penduduk bukan peribumi pada zaman pemerintahan kerajaan
SBBU. Hal yang demikian kerana dihalang oleh ibu bapa mereka daripada bersekolah. Oleh
itu, sehingga tahun 1939 tidak ada pelajar perempuan yang bersekolah di sekolah kerajaan
dan sebaliknya di sekolah – sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian hampir mempunyai
20 peratus pelajar perempuan.
Berbanding dengan sekolah kerajaan, sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian
lebih terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Hal ini berikutan, dasar kerajaan SBBU
yang tidak mahu mewujudkan pendidikan bahasa Inggeris di sekolah – sekolah kerajaan.
Tindakan tersebut dilakukan oleh SBBU kerana bimbang sekiranya penduduk peribumi
mendapat peluang pendidikan yang lebih baik, maka kehidupan mereka akan berubah.
Mereka hanya akan memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka dan
seterusnya tidak mahu bekerja sebagai petani atau nelayan. Kerajaan SBBU juga bimbang
sekiranya penduduk peribumi diberikan pendidikan dan kedudukan yang tinggi di Sabah,
maka ada dalam kalangan mereka yang akan bangkit untuk menentang kerajaan. Pihak
SBBU tidak mahu peristiwa kebangkaitan revolusioner berulang seperti yang terjadi di India.
Tindakan SBBU yang tidak mahu memberikan pendidikan bahasa Inggeris kepada
penduduk peribumi telah menjadi perdebatan dalam kalangan tokoh – tokoh kepimpinan
peribumi khususnyamereka yang menganggotai MPKAN. Kesedaran terhadap kepentingan
bahasa Inggeris muncul apabila mereka menyedari bahawa anak peribumi tidak akan
mampu bersaing dengan anak – anak lepasan sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian
yang berpeluang mendapatkan pendidikan Inggeris dan peluang melanjutkan persekolahan
di peringkat menengah dan seterusnya mampu menjawat jawatan penting dalam
perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun tuntutan tersebut tidak dipedulikan oleh
kerajaan SBBU.
Kemajuan kesihatan telah memberikan faedah kepada penduduk di Sabah. Dengan
tertubuhnya hospital – hospital dan jabatan kesihatan, maka ia telah mengurangkan kadar
kematian akibat penyakit seperti malaria, beri – beri, puru, radang paru – paru, cirit birit ,
kolera, cacar dan kusta dalam kalangan penduduk di Sabah. Peningkatan taraf kesihatan
turut membuka peluang kepada penduduk peribumi untuk megetahui asas – asas dalam
perubatan moden dan asas penjagaan kesihatan serta kebersihan. Ia juga secara langsung
turut menggalakkan penduduk tempatan di Sabah untuk terlibat dalam bidang kesihatan di
hospital – hospital.
10
Usaha pembangunan dari segi pengangkutan dan perhubungan telah menyebabkan
taraf sosioekonomi di Sabah meningkat. Dengan wujudnya sistem kereta api, jaringan jalan
raya dan kemudahan telegraf serta kemudahan – kemudahan lain, maka ia telah
memudahkan urusan perhubungan bukan sahaja dalam kalangan golongan pentadbir dan
pedagang, bahkan kepada penduduk tempatan. Infrastruktur pengangkutan dan
perhubungan telah melancarkan kegiatan ekonomi di Sabah dan ia menguntungkan kerana
dengan hasil yang diperolehi, maka kerajaan SBBU telah menjalankan usaha pembangunan
ke atas Sabah sehingga mewujudkan bandar yang merupakan salah satu langkah ke arah
pemodenan di Sabah.
11
4. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kemasukan kerajaan British yang pada masa itu dikenali
sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada sekitar tahun 1881 telah membawa
banyak perubahan dari segi pembangunan dan pemajuan aspek sosial di Sabah. Kemajuan –
kemajuan ini telah memberikan faedah bagi penduduk Sabah terutamanya dari aspek
pendidikan dan kesihatan.
Pemerintahan SBBU di Sabah telah menyumbang kepada pemodenan bukan sahaja
dalam aspek fizikal di Sabah, bahkan pemodenan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Dasar pembangunan yang dijalankan oleh SBBU telah memberikan kesedaran kepada
penduduk tempatan untuk mendapatkan pendidikan dan meningkatkan tahap intelek
mereka. Walau bagaimanapun, tumpuan pembangunan ke atas Sabah pada masa
pemerintahan kerajaan SBBU yang hanya di kawasan bandar – bandar, menyebabkan
penduduk di kawasan luar bandar atau pedalaman tidak mampu memperolehi perkhidmatan
tersebut. Ia amat merugikan terutamanya dalam aspek pendidikan, ini kerana walaupun
ramai anak – anak tempatan memperolehi peluang pendidikan, namun kadar buta huruf di
Sabah tidak sepenuhnya berjaya dikurangkan.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kerajaan SBBU telah menggalakkan
kemajuan di Sabah. Usaha – usaha yang dilakukan oleh SBBU telah memberikan banyak
faedah ke atas pembangunan dan juga penduduk. Ia merupakan antara langkah awal dalam
usaha memodenkan Sabah yang sebelumnya masih berada dalam keadaan mundur kerana
kurang diberi perhatian oleh kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Sepanjang di bawah
pemerintahan kerajaan SBBU, kegiatan sosioekonomi penduduk di Sabah secara
keseluruhannya berjalan dengan lancar dan penduduk memperolehi keamanan sehinggalah
perang dunia kedua.
12
Bibliografi
Anwar Sullivan, Cecilia Leong. (1981). Commemorative History of Sabah 1881 -
1981. Kuala Lumpur : Centenary Publication Comittee.
Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia : 1800 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Siti Aidah Haji Lokin. Peribumi Sabah Semasa Pemerintahan SBBU : 1881 – 1942.
Kuala Lumpur : Deawan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Contenu connexe

Tendances

Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...FazHani Faz
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbubfiro HAR
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiJulaiza Hisham
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Dg Suhaili
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
Dasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraDasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraMunirah Najmah
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandarsufiey84
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanArwendy jaikul
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Ilyani Azmi
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIAsaadiah alidrus
 
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKAN
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKANBAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKAN
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKANKamarul Iejamie Arieyne
 

Tendances (20)

Dasar bioteknologi negara
Dasar bioteknologi negaraDasar bioteknologi negara
Dasar bioteknologi negara
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbub
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Dasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraDasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negara
 
Faktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsaFaktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsa
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandar
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
Dasar agromakanan negara
Dasar agromakanan negaraDasar agromakanan negara
Dasar agromakanan negara
 
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIASEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
SEJARAH STPM SEM 1 - SEJARAH DUNIA
 
Geo manusia - bentuk muka bumi
Geo manusia - bentuk muka bumiGeo manusia - bentuk muka bumi
Geo manusia - bentuk muka bumi
 
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKAN
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKANBAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKAN
BAB 7 PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI, DAN PENDIDIKAN
 
E-dagang
E-dagang E-dagang
E-dagang
 

En vedette (19)

Paragraph writing pract (2)
Paragraph writing pract (2)Paragraph writing pract (2)
Paragraph writing pract (2)
 
Effectivenotemaking
EffectivenotemakingEffectivenotemaking
Effectivenotemaking
 
AG's_AECOM2
AG's_AECOM2AG's_AECOM2
AG's_AECOM2
 
Prototype screenshots
Prototype screenshotsPrototype screenshots
Prototype screenshots
 
GARDENIA RESINIFERA
GARDENIA RESINIFERAGARDENIA RESINIFERA
GARDENIA RESINIFERA
 
Vardges petrosyan 22.05.13
Vardges petrosyan 22.05.13Vardges petrosyan 22.05.13
Vardges petrosyan 22.05.13
 
Duncan Gordon et al., Physica B, 385-386, (2006), 511 - 513.
Duncan Gordon et al., Physica B, 385-386, (2006), 511 - 513.Duncan Gordon et al., Physica B, 385-386, (2006), 511 - 513.
Duncan Gordon et al., Physica B, 385-386, (2006), 511 - 513.
 
Closure
ClosureClosure
Closure
 
Clase 8 post cosecha de las plantas medicinales
Clase 8 post cosecha de las plantas medicinalesClase 8 post cosecha de las plantas medicinales
Clase 8 post cosecha de las plantas medicinales
 
Clase 9 extracción vegetal
Clase 9 extracción vegetalClase 9 extracción vegetal
Clase 9 extracción vegetal
 
Clase 10 metabolitos primarios
Clase 10 metabolitos primariosClase 10 metabolitos primarios
Clase 10 metabolitos primarios
 
Aksel Bakunc 27.06.13
Aksel Bakunc 27.06.13Aksel Bakunc 27.06.13
Aksel Bakunc 27.06.13
 
Effectivenotemaking (2)
Effectivenotemaking (2)Effectivenotemaking (2)
Effectivenotemaking (2)
 
Bulletin source versus residence - jfb and rts
Bulletin   source versus residence - jfb and rtsBulletin   source versus residence - jfb and rts
Bulletin source versus residence - jfb and rts
 
Notice, agenda & minutes of meeting (2)
Notice, agenda & minutes of meeting (2)Notice, agenda & minutes of meeting (2)
Notice, agenda & minutes of meeting (2)
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
 
Astract summary and precis writing
Astract summary and precis writingAstract summary and precis writing
Astract summary and precis writing
 
Clase 5 calidad de las plantas medicinales
Clase 5 calidad de las plantas medicinalesClase 5 calidad de las plantas medicinales
Clase 5 calidad de las plantas medicinales
 
Neo liberalism
Neo liberalismNeo liberalism
Neo liberalism
 

Similaire à Sej Sosioeko sbh & srwk

Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 

Similaire à Sej Sosioeko sbh & srwk (20)

Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia  Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
Sejarah ting 2
Sejarah ting 2Sejarah ting 2
Sejarah ting 2
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Pengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikanPengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 

Sej Sosioeko sbh & srwk

  • 1. 1. Pengenalan Sabah yang juga dikenali sebagai Borneo Utara merupakan sebuah wilayah di bawah jajahan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan kuasa – kuasa Barat di Pulau Borneo, iaitu sejak abad ke-15. Pada abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sabah iaitu daripada wilayah Pantai Timur Sabah dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Kedua – dua kesultanan tersebut telah memerintah Sabah sehinggalah ia diambil alih oleh kuasa – kuasa barat melalui surat pajakan pada akhir abad ke-19. Pihak Inggeris mula bernaung di Sabah apabila Baron Von Overback, konsul Austria- Hungary di Hong Kong membeli hak Perdagangan Amerika – Borneo daripada Joseph Torrey pada tahun 1875 dan seterusnya berkongsi dengan Alfred Dent dan Edward Dent yang berasal dari Britain. Kedua – dua pihak tersebut telah menubuhkan Syarikat Overback dan Dent bagi memajukan Sabah. Pada tahun 1877, Syarikat Overback dan Dent telah memperbaharui tempoh pajakan asal yang dibuat oleh Joseph Torrey dengan Sultan Brunei dan seterusnya pada tahun 1878 dengan Sultan Sulu. Sultan Brunei dan Sultan Sulu telah menyerahkan semua hak kepertuanan mereka di Sabah kepada Syarikat tersebut. Pada tahun 1880, Overback telah menjual hak miliknya dalam Syarikat Overback dan Dent kepada Alfred Dent kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada pemodal – pemodal dan kerajaan Austria untuk menjalankan perniagaan di Sabah. Alfred Dent telah berkongsi dengan beberapa saudagar British bagi menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad (The British North Borneo Provisional Association Limited ). Persatuan tersebut telah berusaha bagi mendapatkan Piagam Diraja supaya mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan British. Akhirnya pada November 1881, persatuan tersebut telah berjaya mendapatkan Piagam Diraja dan seterusnya menukarkan nama persatuan tersebut menjadi Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Maka dengan tertubuhnya SBBU, pelbagai usaha pembangunan ke atas wilayah Sabah telah dilakukan termasuklah dari aspek sosial. Pembangunan yang dilakukan ini telah membawa kemajuan dan kesan sosial di wilayah tersebut.
  • 2. 2 2. Kemajuan Sosial di Sabah Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau SBBU telah melakukan pelbagai usaha pembangunan ke atas Sabah, bukan sahaja daripada aspek politik dan ekonomi malah turut daripada aspek sosial. Dari aspek sosial, pembangunan yang telah dilakukan oleh SBBU dapat dilihat daripada pelbagai aspek terutamanya dari segi pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan pembandaran. 2.1. Pendidikan Dari aspek pendidikan, SBBU telah mula menubuhkan sistem pendidikan formal kepada penduduk peribumi di Sabah. Terdapat dua objektif utama yang menuntut kerajaan SBBU untuk menyediakan sitem pendidikan kepada penduduk peribumi, iaitu yang pertama adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam kalangan pelajar mengenai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping memberikan latihan teknikal bagi meningkatkan kemahiran mereka. Manakala objektif SBBU yang kedua adalah untuk menyediakan pelajaran kepada anak – anak kampung bagi memberi pendedahan kepada mereka terhadap tugas – tugas pentadbiran. Pada peringkat awal, kerajaan SBBU hanya menyediakan penduduk kepada pendidikan asas sahaja. William Pryer dan Gabenor Treacher merupakan antara pihak kerajaan SBBU yang terawal sekali yang bertanggungjawab dalam usaha memberikan pendidikan dalam kalangan kanak – kanak peribumi di Sabah. Sistem persekolahan agama Islam telah mula dibuka dengan menyediakan sistem pendidikan tersendiri seperti pembacaan al – Quran di kawasan perkampungan. Gabenor Treacher telah membuka sekolah agama Islam di Sandakan namun mengalami kegagalan kerana tidak mendapat perhatian daripada penduduk peribumi yang mencurigai niat pihak SBBU yang beragama Kristian.
  • 3. 3 Pada bulan Ogos 1886, Treacher telah membuka sebuah sekolah baru yang hanya dilengkapi dengan sebuah bilik dan seorang jurubahasa Melayu sebagai guru. Buku – buku teks dan buku rujukan turut dibawa daripada Singapura bagi kemudahan pembelajaran. Pada mulanya sekolah tersebut telah menerima sembilan orang pelajar, walau bagaimanapun usaha yang dilakukan oleh Treacher tersebut mengalami kegagalan kerana kurang mendapat sambutan daripada penduduk peribumi. Semasa pemerintahan kerajaan SBBU, usaha penyebaran agama Kristian telah berlaku di Sabah. Keadaan tersebut telah menggalakkan kedatangan para mubaligh Krisitian di wilayah Sabah. Golongan mubaligh tersebut seterusnya telah memberikan peranan dalam bidang pendidikan apabila pada tahun 1887, sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah St. Mary telah dibuka di Sandakan oleh Father Byron daripada mazhab Roman Katholik. Pada tahun seterusnya, Father Elton daripada mazhab Anglikan turut membuka Sekolah St. Micheal di Sandakan. Usaha golongan mubaligh tersebut telah menyebabkan perkembangan sistem pendidikan di Sabah menjadi semakin pesat. Oleh itu, kerajaan SBBU telah menubuhkan Jabatan Pelajaran pada tahun 1909. Jabatan tersebut berfungsi bagi mengawasi sekolah – sekolah yang dibiayai oleh badan – badan persendirian seperti mubaligh Kristian dan masyarakat Cina. Jabatan tersebut terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pelindung Hal – Ehwal orang Cina. Dengan penubuhan jabatan – jabatan tersebut, maka ia memberi kesan apabila sekolah – sekolah hanya berkembang di kawasan bandar dan meminggirkan kawasan luar bandar. Jabatan pelajaran yang ditubuhkan oleh SBBU seterusnya telah melakukan usaha pemajuan pendidikan di Sabah dengan pembinaan sekolah pertama di Jesselton pada tahun 1915. Pendidikan diberikan kepada penduduk peribumi yang berumur dalam lingkungan 9 hingga 25 tahun dan terdiri daripada anak – anak ketua tempatan yang dipilih dari seluruh pelusuk Sabah seperti dari Lahad Datu, Tawau, Kota Belud dan lain - lain. Para pelajar telah diberikan latihan selama tiga tahun untuk mengikuti kursus tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri – negeri Selat. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk melatih anak – anak ketua tempatan sebagai persediaan mereka untuk terlibat dalam tugas – tugas pentadbiran. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana kurang mendapat perhatian daripada penduduk peribumi dan dianggap tidak menguntungkan.
  • 4. 4 Walaupun telah mengalami banyak kegagalan, namun kerajaan SBBU masih tetap meneruskan usahanya untuk memajukan sistem pendidikan di Sabah. Ia terbukti apabila sekolah vernakular kerajaan yang pertama telah dibuka di Kota Belud pada tahun 1921. SBBU telah berusaha menarik perhatian ibu bapa supaya mendorong anak – anak mereka untuk mendapatkan pelajaran, namun masih tidak berjaya. Walaupun kurang mendapat perhatian, SBBU tetap menjalankan usaha mereka dengan menubuhkan beberapa buah sekolah kerajaan di beberapa buah kawasan iaitu Papar, Keningau, Menumbok dan Sipitang.Dengan usaha yang dilakukan oleh SBBU, maka pada tahun 1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu dengan bilangan pelajar seramai 391 yang merupakan murid lelaki. Kemajuan dari segi pendidikan juga dapat dilihat apabila pakaian seragam sekolah mula diperkenalkan, latihan jasmani dimulakan dan disamping wujudnya pekerjaan kebun di sekolah – sekolah. Dengan pengenalan program berkebun, maka pelajar telah didedahkan dengan kaedah penanaman tanaman yang baik bagi meningkatkan pengeluaran dan boleh dimakan hasilnya untuk kesihatan pelajar. Para pelajar turut digalakkan untuk menjual hasil tanaman mereka. Pada tahun seterusnya sehinggalah pada tahun 1941, bilangan sekolah di Sabah telah mencapai angka 142 buah yang terdiri daripada 28 buah sekolah kerajaan dengan jumlah pelajar seramai 1,663 orang, 52 buah sekolah mubaligh kristian dengan jumlah pelajar seramai 3,992 orang, 59 buah sekolah cina dengan 4,779 orang pelajar serta 3 buah sekolah Jepun yang dihadiri seramai 180 orang pelajar.
  • 5. 5 2.2. Kesihatan Pihak SBBU turut memajukan bidang kesihatan di Sabah. Pada peringkat awalnya, hospital – hospital dan dispensari telah didirikan di sekitar bandar – bandar besar seperti Sandakan , Jesselton, Kudat, Tawau dan Beaufort. Pada peringkat ini perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kurang berkesan kerana hanya menumpu kepada sekitar kawasan bandar – bandar besar dan penduduk di kawasan daerah pedalaman tidak dapat menikmati perkhidmatan tersebut. Oleh yang demikian, pihak SBBU telah menubuhkan dispensari di kawasan luar bandar untuk mendedahkan sistem perubatan moden kepada masyarakat luar bandar yang pada masa itu masih mengamalkan perubatan tradisional. Dispensari yang pertama telah ditubuhkan di Tambunan pada tahun 1914 dan seterusnya di Tenom dan diikuti oleh daerah – daerah lain di Sabah. Kemajuan dalam bidang kesihatan juga dapat dilihat apabila pada tahun 1930, pihak SBBU telah mewujudkan dispensari bergerak yang beroperasi di sekitar daerah Papar dan Sandakan. Perkembangan dari aspek kesihatan juga berlaku apabila pihak SBBU menubuhkan Jabatan Kesihatan di Sabah pada sekitar tahun 1912. Seorang ketua pegawai kesihatan telah dilantik sebagai ketua jabatan dan dibantu oleh beberapa orang pegawai kesihatan yang lain. Selain menjadi ketua, ketua pegawai kesihatan turut bertugas melawat para pesakit di estet dan khemah – khemah tempat mereka bekerja. Selain itu, latihan perbidanan turut diperkenalkan oleh pihak SBBU. Kerajaan SBBU telah menghantar dua orang gadis Cina untuk mengikuti latihan perbidanan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura sebagai langkah permulaan. Selepas menjalani latihan bidan – bidan tersebut telah diarahkan untuk berkhidmat di Sabah terutamanya di kawasan bandar. Pihak SBBU tidak membayar gaji, tetapi mereka diberi elaun bulanan sebanyak $25.00. Kemajuan dari bidang kesihatan telah menyebabkan penyakit – penyakit seperti malaria, beri – beri, puru, radang paru – paru, cirit birit , kolera, cacar, kusta dan sebagainya berjaya diatasi. Walau bagaimanapun, penduduk – penduduk di kawasan daerah pedalaman masih kurang menikmati perkhidmatan – perkhidmatan tersebut kerana kebanyakannya hanya menumpu di kawasan bandar – bandar utama.
  • 6. 6 2.3. Pengangkutan dan Perhubungan Kemajuan daripada aspek pengangkutan dan perhubungan bermula apabila pihak SBBU mula membina jalan kereta api yang pertama di Sabah. Jalan kereta api mula dibina sejak tahun 1896 sehinggalah pada tahun 1912 bagi menghubungkan daerah Jesselton (Kota Kinabalu) ke Beaufort, Beaufort ke Tenom, dan dari Tenom ke Melalap. Selain bertujuan sebagai pengangkutan penduduk dan untuk mengangkut hasil – hasil ekonomi ke pelabuhan, jalan kereta api tersebut turut memudahkan perhubungan dari kawasan bandar dengan kawasan – kawasan pedalaman di Sabah. Selain pembinaan kereta api, jalan – jalan raya turut dibangunkan oleh pihak SBBU. Pembinaan jalan raya mula dilaksanakan sekitar tahun 1897 dan tahun 1905. Ia bertujuan untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan kawasan bandar dan pelabuhan untuk tujuan eksport barangan mentah di Sabah. Pada tahun 1934, sebuah jalan raya utama di Sabah telah mula dibina dengan kepanjangan 103 batu, termasuk jalan raya dari Sandakan ke Labuk sejauh 19 batu, jalan raya dari Tuaran ke Tamparuli dan Tenghilan, dan dari Melalap ke Keningau serta dari Kudat ke Sikuati. Dengan pembinaan jalan – jalan raya tersebut, maka ia telah memudahkan perhubungan kawasan bandar dengan kawasan – kawasan pedalaman Sabah. Disamping itu, dengan wujudnya jaringan pengangkutan jalan raya, maka ia telah menggalakkan pembinaan perhentian motokar dan bas di Jesselton pada tahun 1930-an. Dari aspek perhubungan, kemajuan yang dicapai pada masa pemerintahan SBBU diukur apabila kerajaan SBBU telah membina pejabat pos di kawasan – kawasan seperti Jesselton, Beaufort, Tenom, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Selain itu, stesen radio telegraf turut dibina di Jesselton, Sandakan, Beaufort, Tenom dan Mempakul yang seterusnya dihubungkan dengan Pulau Labuan. Pembinaan telegraf tersebut telah dilancarkan oleh William Cowie bagi tujuan – tujuan ekonomi. Selain daripada pembinaan landasan kereta api, jaringan jalan raya dan sistem perhubungan, kerajaan SBBU turut memajukan jalan air dengan menubuhkan Syarikat Perkapalan Straits Steamship pada tahun 1890. Jalan laut iaitu melalui sungai dan laut merupakan alat perhubungan dan pengangkutan yang utama pada masa itu kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Jalan laut turut digunakan oleh syarikat perkapalan untuk tujuan mengangkut penumpang serta barangan eksport dan import. Pembangunan dari
  • 7. 7 aspek pengangkutan dan perhubungan yang dilaksanakan oleh kerajaan SBBU telah membawa pelbagai faedah terutamanya kepada penduduk peribumi di samping melicinkan perhubungan antara sesebuah kawasan dengan kawasan lain di Sabah. 2.4. Pembandaran dan kemudahan lain Perkembangan bandar di Sabah telah berlaku akibat daripada perkembangan ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh kerajaan SBBU. Bandar – bandar telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat pentadbiran dan pusat perdagangan utama pada masa pemerintahan kerajaan SBBU. Antara bandar – bandar penting pada masa tersebut ialah Sandakan, Jesselton, Kudat, Tawau dan Lahad Datu. Bandar Sandakan telah diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1878. Pryer telah menamakan Sandakan sebagai ‘ Elopura” yang bermaksud bandar yang cantik, namun penduduk tempatan lebih senang dengan nama Sandakan. Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku kaum Suluk iaitu ‘Sanda’ yang bermaksud sandar atau gadai. Sandakan merupakan ibu negeri Sabah pada tahun 1888 sebelum beralih kepada bandar Jesselton. Ia telah menjadi pusat pentadbiran British, dan merupakan antara kawasan penanaman Kopi dan Koko pada masa tersebut. Disamping menjadi pusat pentadbiran, Sandakan turut berkebang sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan antarabangsa. Selain daripada Sandakan, bandar Jesselton juga merupakan bandar yang berkembang pada masa pemerintahan kerajaan SBBU. Bandar Jesselton telah diasaskan oleh Charles Jessel pada tahun 1900. Bandar ini wujud selepas pusat perdagangan SBBU yang terletak di Pulau Gaya diserang dan dimusnahkan oleh penduduk tempatan yang memberontak pemerintahan SBBU ke atas Sabah pada tahun 1897. Akibat daripada serangan tersebut maka kerajaan SBBU telah bertindak membuka sebuah petempatan baru di kawasan daratan yang bertentangan dengan Pulau Gaya yang dikenali sebagai bandar Jesselton. Selain dengan nama Jesselton, pada masa tersebut kawasan tersebut turut dikenali dengan nama api – api, Singga Mata dan Diasuka. Bandar Jesselton telah menjadi maju hasil daripada pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah, serta menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan utama eksport dan import. Nama Jesselton akhirnya telah diubah kepada Kota Kinabalu pada tahun 1967.
  • 8. 8 Tawau pada masa pemerintahan kerajaan SBBU merupakan antara bandar pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah. Ia terkenal dengan hasil eksport seperti getah, abaka, mutiara, ikan kering, ikan salai yang diusahakan oleh pelabur Jepun sehinggalah perang dunia kedua. Ia turut menjadi pelabuhan yang menawarkan perkhidmatan mengurus dan memperbaiki kapal – kapal yang berlayar di Jepun ke pelabuhan di Pulau Jawa. Manakala bandar Kudat pula merupakan pusat pentadbiran SBBU yang pertama, iaitu pada tahun 1881. Pedagang – pedagang daripada luar telah datang ke Kudat dan menetap serta membuka kedai di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kudat gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian. Maka, pada tahun 1884, kerajaan SBBU telah memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan. Selain daripada kemajuan pembandaran, kedatangan kerajaan SBBU di Sabah turut melakukan beberapa usaha pemajuan sosial yang lain seperti menerbitkan akhbar pertama Sabah iaitu The North Borneo Herald pada tahun 1883. Pada tahun 1890-an, kerajaan SBBU turut menubuhkan kontinjen polis tempatan dan pada tahun 1900 ‘Skuad Terbang’ ditubuhkan untuk menjamin keselamatan Sabah. Skuad tersebut dianggotai oleh pegawai polis tempatan. Pembinaan loji air di Jesselton turut dilakukan pada tahun 1903 bagi membekalkan bekalan air bersih. Disamping itu, menara jam Jesselton turut dibina pada tahun 1905 dan masih kekal sehingga kini. 3. Kesan Sosial Kemasukan kerajaan SBBU telah meninggalkan banyak kesan sosial terhadap pembangunan dan corak kehidupan masyarakat peribumi di Sabah. Dengan wujudnya dasar – dasar pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan SBBU, maka ia secara langdung telah membuka peluang kepada penduduk peribumi di Sabah untuk menerima pendidikan secara formal dengan pendedahan kepada tiga aspek penting iaitu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, tumpuan pembinaan sekolah – sekolah di kawasan bandar – bandar telah menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar atau pedalaman tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Dasar kerajaan SBBU yang hanya memberi kemudahan pendidikan peringkat rendah turut menyebabkan pendedahan intelek dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah.
  • 9. 9 Dalam pendidikan juga, kaum wanita dalam kalangan penduduk peribumi juga turut ketinggalan berbanding penduduk bukan peribumi pada zaman pemerintahan kerajaan SBBU. Hal yang demikian kerana dihalang oleh ibu bapa mereka daripada bersekolah. Oleh itu, sehingga tahun 1939 tidak ada pelajar perempuan yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sebaliknya di sekolah – sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian hampir mempunyai 20 peratus pelajar perempuan. Berbanding dengan sekolah kerajaan, sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian lebih terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Hal ini berikutan, dasar kerajaan SBBU yang tidak mahu mewujudkan pendidikan bahasa Inggeris di sekolah – sekolah kerajaan. Tindakan tersebut dilakukan oleh SBBU kerana bimbang sekiranya penduduk peribumi mendapat peluang pendidikan yang lebih baik, maka kehidupan mereka akan berubah. Mereka hanya akan memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka dan seterusnya tidak mahu bekerja sebagai petani atau nelayan. Kerajaan SBBU juga bimbang sekiranya penduduk peribumi diberikan pendidikan dan kedudukan yang tinggi di Sabah, maka ada dalam kalangan mereka yang akan bangkit untuk menentang kerajaan. Pihak SBBU tidak mahu peristiwa kebangkaitan revolusioner berulang seperti yang terjadi di India. Tindakan SBBU yang tidak mahu memberikan pendidikan bahasa Inggeris kepada penduduk peribumi telah menjadi perdebatan dalam kalangan tokoh – tokoh kepimpinan peribumi khususnyamereka yang menganggotai MPKAN. Kesedaran terhadap kepentingan bahasa Inggeris muncul apabila mereka menyedari bahawa anak peribumi tidak akan mampu bersaing dengan anak – anak lepasan sekolah Cina dan sekolah mubaligh kristian yang berpeluang mendapatkan pendidikan Inggeris dan peluang melanjutkan persekolahan di peringkat menengah dan seterusnya mampu menjawat jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun tuntutan tersebut tidak dipedulikan oleh kerajaan SBBU. Kemajuan kesihatan telah memberikan faedah kepada penduduk di Sabah. Dengan tertubuhnya hospital – hospital dan jabatan kesihatan, maka ia telah mengurangkan kadar kematian akibat penyakit seperti malaria, beri – beri, puru, radang paru – paru, cirit birit , kolera, cacar dan kusta dalam kalangan penduduk di Sabah. Peningkatan taraf kesihatan turut membuka peluang kepada penduduk peribumi untuk megetahui asas – asas dalam perubatan moden dan asas penjagaan kesihatan serta kebersihan. Ia juga secara langsung turut menggalakkan penduduk tempatan di Sabah untuk terlibat dalam bidang kesihatan di hospital – hospital.
  • 10. 10 Usaha pembangunan dari segi pengangkutan dan perhubungan telah menyebabkan taraf sosioekonomi di Sabah meningkat. Dengan wujudnya sistem kereta api, jaringan jalan raya dan kemudahan telegraf serta kemudahan – kemudahan lain, maka ia telah memudahkan urusan perhubungan bukan sahaja dalam kalangan golongan pentadbir dan pedagang, bahkan kepada penduduk tempatan. Infrastruktur pengangkutan dan perhubungan telah melancarkan kegiatan ekonomi di Sabah dan ia menguntungkan kerana dengan hasil yang diperolehi, maka kerajaan SBBU telah menjalankan usaha pembangunan ke atas Sabah sehingga mewujudkan bandar yang merupakan salah satu langkah ke arah pemodenan di Sabah.
  • 11. 11 4. Kesimpulan Secara keseluruhannya, kemasukan kerajaan British yang pada masa itu dikenali sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada sekitar tahun 1881 telah membawa banyak perubahan dari segi pembangunan dan pemajuan aspek sosial di Sabah. Kemajuan – kemajuan ini telah memberikan faedah bagi penduduk Sabah terutamanya dari aspek pendidikan dan kesihatan. Pemerintahan SBBU di Sabah telah menyumbang kepada pemodenan bukan sahaja dalam aspek fizikal di Sabah, bahkan pemodenan dalam kalangan masyarakat tempatan. Dasar pembangunan yang dijalankan oleh SBBU telah memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pendidikan dan meningkatkan tahap intelek mereka. Walau bagaimanapun, tumpuan pembangunan ke atas Sabah pada masa pemerintahan kerajaan SBBU yang hanya di kawasan bandar – bandar, menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar atau pedalaman tidak mampu memperolehi perkhidmatan tersebut. Ia amat merugikan terutamanya dalam aspek pendidikan, ini kerana walaupun ramai anak – anak tempatan memperolehi peluang pendidikan, namun kadar buta huruf di Sabah tidak sepenuhnya berjaya dikurangkan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kerajaan SBBU telah menggalakkan kemajuan di Sabah. Usaha – usaha yang dilakukan oleh SBBU telah memberikan banyak faedah ke atas pembangunan dan juga penduduk. Ia merupakan antara langkah awal dalam usaha memodenkan Sabah yang sebelumnya masih berada dalam keadaan mundur kerana kurang diberi perhatian oleh kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Sepanjang di bawah pemerintahan kerajaan SBBU, kegiatan sosioekonomi penduduk di Sabah secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan penduduk memperolehi keamanan sehinggalah perang dunia kedua.
  • 12. 12 Bibliografi Anwar Sullivan, Cecilia Leong. (1981). Commemorative History of Sabah 1881 - 1981. Kuala Lumpur : Centenary Publication Comittee. Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mazlan Abdullah. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia : 1800 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Siti Aidah Haji Lokin. Peribumi Sabah Semasa Pemerintahan SBBU : 1881 – 1942. Kuala Lumpur : Deawan Bahasa dan Pustaka (DBP).