Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
Pengenalan        Perkembangan     merupakan     satu   proses   untuk   mematangkan    danmendewasakan semua benda hidup....
Konsep Perkembangan Kanak-Kanak      Perkembangan bermaksud satu perubahan sifat berlainan daripada peringkatawal yang tid...
JASMANI                                    berjalan, mendengar,                                 melihat dan membuat kerja ...
Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak      Perkembangan kanak-kanak berlaku secara stabil dan teratur. Terdapatbeberapa...
Arah yang baik      Perkembangan berlaku dalam dua arah. Arah yang pertama ialah dari atas kebawah iaitu dari kepala ke ka...
Cepat        Kadar proses perkembangan adalah tidak sama. Bahagian anggota yangberlainan mempunyai kadar perkembangan yang...
Faktor-Faktor Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak                                                                 Persekitar...
Persekitaran      Persekitaran    juga   memainkan      peranan    yang     penting    dalamperkembangan kognitif kanak-ka...
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Teori Perkembangan KognitifPiaget                            Latar belakang Jea...
Mengikut teori perkembangan kognitif ahli psikologi iaitu Jean Piaget, beliaumenyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan...
oleh seseorang individu untuk mengadaptasi dengan situasi atau perubahan-perubahan yang baru.                             ...
Peringkat                  Umur                    Ciri-ciri Keupayaan Kognitif      Deria motor        Semenjak lahir - 2...
Kami telah menguji tiga jenis ujian konservas piaget kepada kanak-kanak ini. Antaratiga ujian tersebut adalah ujian nombor...
melaksanakan transformasi. Mereka melihat nilai sebagai baris baru dan bukanproses bilangan objek yang lama.Kanak-kanak pe...
menyatakan daun yang ditukar itu lebih besar oleh sebab jenisnya berlainan. Inibermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-op...
beberapa nama terhadap bentuk yang dibuatnya. Ini bermakna, kanak-kanak inibelum dapat menguasai prinsip identiti. Seterus...
Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin tidak mempunyai beratyang sama. Dia menyatakan plastesin yang berben...
Rumusan       Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saizbadan. Pertumbuhan berlaku secara ...
RujukanBukuSang, M. S. (November, 2012). Perkembangan Kanak-Kanak (Vol. Edisi Ketiga).Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rohat...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

PKK

1 962 vues

Publié le

  • Soyez le premier à commenter

  • Soyez le premier à aimer ceci

PKK

  1. 1. Pengenalan Perkembangan merupakan satu proses untuk mematangkan danmendewasakan semua benda hidup. Perkembangan juga adalah perubahan abstrakyang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup. Tanpa perkembangan, manusiatidak dapat menjadi sempurna. Setiap individu akan mengalami perubahan danperubahan ini bersifat kualitatif. Perkembangan juga berubah menurut peredaranmasa. Contohnya, kemahiran melukis. Kemahiran melukis kanak-kanak akanmeningkat dari masa ke masa. Kognitif pula bermaksud potensi intelektual yang terdiri daripada beberapatahap iaitu pengetahuan, pemahaman, penerapan, analisa dan sintesis. Kognitif jugaberkaitan dengan kemampuan untuk mengembangkan kemampuan rasional atauakal. Perkembangan kognitif pula merupakan perkembangan dari segi fikiran atauintelektual. Otak merupakan organ yang paling penting dalam perkembangankognitif. Perkembangan kognitif memberi penekanan atau bertanggungjawabterhadap bahasa, pembentukan mental, pemahaman, penyelesaian masalah,pandangan, penilaian, penakulan, mencipta, ingatan dan imaginasi. Perkembangandari segi kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam perwatakanmanusia. Oleh itu, perkembangan kognitif amat penting untuk kelangsungan hidupseseorang individu. Perkembangan kognitif juga membantu dalam proses membinailmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
  2. 2. Konsep Perkembangan Kanak-Kanak Perkembangan bermaksud satu perubahan sifat berlainan daripada peringkatawal yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Perkembangan juga berlaku daripadaperingkat awal sehingga akhir hayat organisma. Menurut Mak Soon Sang (2001) di dalam bukunya, perkembanganmerupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkatkematangan. Selain itu, pada asasnya, perkembangan juga dikenali sebagaiperubahan tingkah laku mental. Selain itu, menurut Santrock (2008) dalam buku Haliza Hamzah dan JoyN.Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahansehingga ke akhir hayat. Seterusnya, menurut Crow dan Crow (1983), perkembangan adalah hasilpertumbuhan dari segala aspek manusia. Menurut Karl Garrison, perkembanganmanusia adalah hasil daripada tindakan manusia yang saling berkait denganperkembangan jasmani dan pembelajaran. Di samping itu, Dr.Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan perkembangan sebagaiperubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikhlahir hinggalah kematiannya. Gesell (1949) menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yangbenar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderungmengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Menurut takrif D.S Wright dan Ann Taylor, perkembangan adalah perubahanyang berlaku dalam warisan baka dan organisasi kepada struktur organism dalamkeadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Perkembangan juga melibatkan perubahan dari segi jasmani, kognitif, emosi,sosial dan rohani. Rajah 1 di sebelah merupakan contoh-contoh perkembangan dariaspek jasmani, emosi, mental dan sosial.
  3. 3. JASMANI berjalan, mendengar, melihat dan membuat kerja SOSIAL MENTAL kemahiran mendisiplin dan kemahiran memikir, PERKEMBANGAN menyesuaikan diri dalam mengingat, menakul dan pergaulan menganalisis EMOSI kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu Rajah 1 : Perkembangan individu dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial Kesimpulannya, perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahankualitatif yang sistematik yang mengandungi ciri-ciri biologi, kognitif dan sosioemosi.Perkembangan dapat mempamerkan perubahan baru yang berlainan daripadaperubahan yang awal. Perubahan ini dapat mematangkan dan mendewasakanseseorang individu hingga ke akhir hayat.
  4. 4. Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak berlaku secara stabil dan teratur. Terdapatbeberapa prinsip dalam perkembangan kanak-kanak. Antara prinsip yang terdapatdalam perkembangan kanak-kanak adalah mempunyai arah yang baik, mempunyaisusun atur tersendiri, bersifat menyeluruh, berterusan, cepat, saling berkaitan danmempengaruhi, berbeza dan berperingkat. Arah yang baik Susun atur Berperingkat tersendiri PRINSIP-PRINSIP Berbeza PERKEMBANGAN Menyeluruh KANAK-KANAK Saling berkaitan dan Berterusan mempengaru hi Cepat Rajah 2 : Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
  5. 5. Arah yang baik Perkembangan berlaku dalam dua arah. Arah yang pertama ialah dari atas kebawah iaitu dari kepala ke kaki. Arah yang seterusnya ialah dari arah tengah ke tepi.Perkembangan bermula dari kepala ke kaki, oleh itu, perubahan awal berlaku dibahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki.Kebiasaannya, kepala kanak-kanak berat kerana perkembangan banyak berlaku dibahagian kepala berbanding bahagian lain. Manakala, mengikut arah tengah ke tepi,perkembangan berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badandank e hujung anggota. Contohnya, semasa dalam kandungan, bahagian kepala danbadan bayi akan terbentuk, manakala bahagian kaki dan tangan belum terbentuk.Puntung tangan secara beransur-ansur akan berkembang menjadi tangan dan jari.Susun atur tersendiri Perkembangan bayi mempunyai corak dan susun atur yang tersendiri. Merekaakan berkembang daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Seorang kanak-kanak akan berdiri terlebih dahulu sebelum berjalan. Oleh itu, semua kanak-kanakakan mencapai peringkat-peringkat perkembangan dengan teratur.Menyeluruh Seseorang bayi akan bergerak balas secara menyeluruh pada peringkat awalkehidupan. Ini disebabkan oleh tulang dan otot-otot masih belum matang dan kuat.Contohnya, mereka akan menggunakan seluruh anggota badan untuk mengambilsesuatu benda kerana jari mereka masih belum dapat digunakan. Manakala, apabilamereka telah membesar, mereka hanya memerlukan jari sahaja untuk mengambilsesuatu benda tanpa mengerakkan anggota badan yang lain.Berterusan Perkembangan seseorang kanak-kanak akan berlaku secara berterusan.Perkembangan secara berterusan ini akan berbeza samaada cepat atau lambat.Contohnya, kemahiran seperti melukis, berbahasa dan lain-lain kemahiran yangterdapat pada kanak-kanak. Kemahiran ini adalah asas untuk mencapai kemahiranyang baru kelak.
  6. 6. Cepat Kadar proses perkembangan adalah tidak sama. Bahagian anggota yangberlainan mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Contohnya, bagi bayi,otak akan berkembang dahulu sebelum anggota badan yang lain. Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi selalunya masih belummatang.Saling berkaitan dan mempengaruhi Perkembangan saling berkaitan antara kematangan dan pembelajaran.Kematangan adalah sifat-sifat kedewasaan yang ditunjukkan. Misalnya, merangkak,duduk, berjalan dan berlari. Manakala, pembelajaran adalah hasil daripada latihandan proses peniruan yang memerlukan usaha. Oleh itu, kematangan seseorangindividu akan membantu dalam proses pembelajaran.Berbeza Corak perkembangan manusia berbeza-beza. Tidak semua kanak-kanakmempunyai tahap perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama.Setiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangan yang tersendiri.Contohnya, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakalaada sesetengah boleh berjalan pada umur 18 bulan.Berperingkat Perkembangan berlaku secara berperingkat. Setiap peringkat mempunyai sifatyang nyata dan unik. Terdapat lapan peringkat perkembangan iaitu peringkat pralahiriaitu dalam kandungan, peringkat bayi iaitu 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak iaitu 2 hingga 6 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu 6 hingga 12 tahun,peringkat awal remaja iaitu 12 hingga 15 tahun, peringkat akhir remaja iaitu 15hingga 21 tahun, peringkat dewasa iaitu 21 hingga 60 tahun dan peringkat tua iaitu60 tahun ke atas.
  7. 7. Faktor-Faktor Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Persekitaran Faktor-faktor • Keluarga Baka perkembangan Kognitif • Rakan sebaya Kanak-kanak • Sumber Teknologi • Guru dan sekolah Rajah 3 : Faktor-faktor perkembangan kognitif kanak-kanak Baka Faktor baka ditentukan oleh kromosom dan gen. Kromosom mengandungi RNA dan DNA yang membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka dan seterusnya menentukan ciri keturunan. Faktor baka dalam sel gamet memainkan peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri anak. Hasil penyatuan dua induk iaitu ovum dan sperma dapat melahirkan zuriat yang mempunyai keserasian dan kesamaan induk. Menurut kajian ahli psikologi, Galton (1865), Goddard (1890), Newman(1937) dan Shieldo(1962), setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Baka juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ibu bapa yang pandai biasanya mempunyai anak-anak yang pandai dan cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu, bakat seni atau sesuatu kemahiran juga akan biasanya turut diwarisi oleh anak-anak. Misalannya, jika kedua-dua ibu bapa seorang pelukis, maka anak juga akan mewarisi bakat tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa baka mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
  8. 8. Persekitaran Persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalamperkembangan kognitif kanak-kanak. Persekitaran seperti ibu bapa, guru dansekolah, rakan sebaya dan media massa iaitu sumber teknologi banyakmempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak. Ibu bapa yangberpendidikan akan menekankan kanak-kanak untuk belajar di rumah danmereka akan tegas terhadap anak-anak mereka supaya mereka mendapatkeputusan yang cemerlang. Cara pembelajaran ini dapat meningkatkan tahappemikiran atau daya kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomi keluarga jugamempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomikeluarga yang baik akan membantu perkembangan intelek kerana keluargadapat memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahanpendidikan yang sempurna diberikan kepada anak-anak. Selain itu, rakan sebaya juga penting dalam membantu perkembangankognitif kanak-kanak. Contohnya, jika seorang kanak-kanak genius, tetapi seringdibuli oleh rakan, emosinya akan terganggu dan akan membantutkanperkembangan kognitifnya. Manakala, jika kanak-kanak itu mempunyai rakanyang baik dan rajin belajar, mereka akan belajar bersama-sama dan salingtolong-menolong dalam hal pelajaran dan ini sekaligus akan meningkatkanperkembangan kognitif atau intelek masing-masing. Seterusnya, peranan guru dan sekolah. Guru dan sekolah merupakanpengaruh yang penting dalam perkembangan intelek kanak-kanak. Guru yangcekap menguruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjahmampu melahirkan kanak-kanak yang berilmu dan membantu dalamperkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu,pendedahan sumber teknologi atau media massa yangsihat seperti radio, televisyen, computer, suratkhabar, majalah dan iklan jugameningkatkan kadar perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak dapatmengadaptasi atau dapat berfikir secara kreatif dan kritis apabila menggunakansumber-sumber dari media massa.
  9. 9. Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Teori Perkembangan KognitifPiaget Latar belakang Jean Piaget Jean Piaget berasal dari negara Switzeland.Beliau lahir pada 9 Ogos 1896.Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalambidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anakpertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam.Piaget adalah seorang anak yang terlalu cepat menjadimatang, yang mengembangkan minatnya dalam biologi dandunia pengetahuan alam, khususnya tentang moluska (kerang-kerangan), dan bahkan menerbitkan sejumlah makalahsebelum ia lulus dari SMA. Malah, kariernya yang panjangdalam penelitian ilmiah dimulai ketika ia baru berusia 11 tahun,dengan diterbitkannya sebuah makalah pendek pada 1907tentang burung gereja albino. Sepanjang kariernya, Piaget menulis lebih dari 60 buah buku dan ratusanartikel. Piaget memperoleh gelar Ph.D. dalam ilmu alamiah dari UniversitasNeuchâtel, dan juga belajar sebentar di Universitas Zürich. Beliau ialah seorang ahlipsikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan (1896-1980). Beliau telahmemperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada ketika beliau berumur 25 tahun.Selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya dalam menjalankan kajian tentangperkembangan kognitif kanak-kanak.
  10. 10. Mengikut teori perkembangan kognitif ahli psikologi iaitu Jean Piaget, beliaumenyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat melakukanadaptasi terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Disebabkanskema seseorang berubah mengikut masa, maka perkembangan pemikiran intelekjuga berubah dan pada masa yang sama proses asimilasi dan akomodasi berlaku.Oleh itu, menurut pandangan Jean Piaget, terdapat empat faktor yang salingberkaitan dan boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang individu. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemikiran ialah kematangan biologi, interaksiindividu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Kematangan biologi Keseimbangan Interaksi dengan Faktor-faktor persekitaran Pengalaman sosial Rajah 4 : Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh Jean Piaget Kematangan biologi merupakan faktor yang mempengaruhi proses pemikiranoleh baka. Genetik ibu bapa akan diturunkan kepada anak-anak. Manakala,interaksi individu dengan persekitaran menyebabkan mereka dapat memahamiperkara-perkara baru yang sedang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, merekaakan cuba meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat. Di samping itu,pengalaman sosial juga boleh memperkembangkan proses pemikiran iaitu denganpergaulan seseorang individu terhadap orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa,adik-beradik, rakan dan guru. Keseimbangan pula adalah proses yang digunakan
  11. 11. oleh seseorang individu untuk mengadaptasi dengan situasi atau perubahan-perubahan yang baru. Skema PROSES MENCAPAI Asimilasi KESEIMBANGAN Adaptasi Akomodasi Rajah 5 : Proses-proses mencapai keseimbangan Menurut Piaget, skema adalah satu sistem yang menyusun dan mengumpul pengalaman-pengalaman dalam minda apabila individu memperolehi sesuatu pengalaman. Proses skema ini diguna apabila seseorang individu memerlukan penyelesaian. Manakala, proses penukaran skema lama ke skema baru dikenali sebagai adaptasi. Adaptasi pula terbahagi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah pemahaman pengalaman baru dan penyesuaian pengalaman dengan skema-skema yang telah sedia ada. Akomodasi pula ialah penukaran skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Dalam kajian yang dijalankan, beliau menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini dipengaruhi oleh perkembangan potensi dari aspek lain, seperti fizikal, intelek,dan sosio-emosi. Selepas menjalankan kajian, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai:-
  12. 12. Peringkat Umur Ciri-ciri Keupayaan Kognitif Deria motor Semenjak lahir - 2 tahun Pemikiran terhad kepada skema aksi. Praoperasi 2 - 7 tahun Permulaan pemikiran simbolik. Operasi Konkrit 7 - 12 tahun Permulaan pemikiran logic yang terhad kepada objek maujud. Operasi Formal 12 - ke atas Pemikiran abstrak dan hipotetikal.Hasil Kajian Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empatperingkat. Peringkat-peringkat tersebut boleh dirujuk pada Rajah 6. Kami telahmembuat pemerhatian terhadap tiga orang kanak-kanak yang berumur 7-8 tahundan 10-11 tahun. Kanak-kanak ini berada dalam peringkat operasi konkrit iaitulingkungan antara 7 tahun hingga 12 tahun. Kami juga telah membuat perbandinganrespon antara kanak-kanak yang telah dikaji oleh kami. Peringkat Deria Motor ( Semenjak lahir - 2 tahun ) Peringkat Pra-Operasi ( 2 - 7 tahun ) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas) Rajah 6 : Peringkat mengikut perubahan umur
  13. 13. Kami telah menguji tiga jenis ujian konservas piaget kepada kanak-kanak ini. Antaratiga ujian tersebut adalah ujian nombor iaitu menanyakan sama ada bilangan duit disetiap baris sama atau tidak. Ujian yang kedua adalah ujian jarak iaitu, panjangkedua-dua kayu pembaris sama atau tidak. Ujian yang ketiga ialah ujian cecair iaitumenanyakan samada jumlah air di dalam kedua-dua bekas sama atau tidak. Ujianyang keempat atau yang terakhir ialah ujian jisim iaitu menanyakan bahawa jisimplastesin sama atau tidak. Keputusan ujian yang dilakukan terhadap kedua-duakanak-kanak telah dilampirkan di muka surat sebelah.Ujian Intelektual Piaget 1 : NilaiKanak-kanak peringkat pra-operasi : Shamikha a/p RajkumarShamikha ialah kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Kanak-kanak ini berada dalamperingkat pra-operasi. Dalam ujian bilangan duit kertas, kanak-kanak dikehendakimengenalpasti sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan adalahsama atau tidak. Pada mulanya, duit kertas telah disusun mengikut nilainya.Kumpulan pertama dilabel sebagai A dan kumpulan kedua dilabel sebagai B. Duitkertas yang terdapat dalam kumpulan A ialah sehelai kertas sebanyak RM1manakala dalam kumpulan B pula ialah sebanyak enam helai kertas yang bernilaiRM1. Pada mulanya, kanak-kanak ini menyatakan nilai duit yang terdapat dalamkumpulan B adalah tinggi. Selepas duit kertas dalam kumpulan A diubah kepadasehelai RM10, kanak-kanak ini masih memberitahu nilai duitnya masih tinggi dalamkumpulan B. Kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah pemusatan perhatian, iaituperhatian dipusatkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Apabila kanak-kanak iniditanya kumpulan mana yang mengandungi lebih tinggi nilai duit , dia menjawabkumpulan B. Ini adalah kerana perhatian ditumpukan pada bilangan helaian duitkertas dan bukan kepada nilai objek yang ada. Soalan yang sama diajukan kepadakanak-kanak tersebut menggunakan duit syiling. Pada peringkat ini juga prinsipidentiti tidak dapat dikuasai. Menurut Piaget, dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahusekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaunobjek adalah sama walaupun nilai atau susunannya berubah. Pada peringkat operasiformal, kanak-kanak menumpukan kepada keadaan fizikal iaitu nilai daripada konsepyang lebih abstrak seperti bilangan atau nombor. Mereka juga tidak dapat
  14. 14. melaksanakan transformasi. Mereka melihat nilai sebagai baris baru dan bukanproses bilangan objek yang lama.Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Sivanesh a/l ArumugamSivanesh a/l Arumugam ialah kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Aktiviti yangsama telah dilakukan kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini dikehendakimenyatakan sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan yangberbeza adalah sama atau tidak. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepadakanak-kanak ini. Untuk soalan pertama, kanak-kanak ini menyatakan bahawa nilaiduit kertas dalam kumpulan B ialah tinggi. Dia berkata demikian kerana dia fahambahawa sudah tentu nilai duitnya tinggi berbanding dengan nilai duit dalam kumpulanA. Bagi soalan yang kedua, Sivanesh menyatakan bahawa nilai duit dalamkumpulan A ialah tinggi iaitu sebanyak RM10. Pada peringkat operasi konkrit,Sivanesh telah menguasai konsep berfikir secara abstrak. Faktor persekitaran jugaboleh menyebabkan kanak-kanak ini memberi jawapan yang tepat. Melalui temu bualdengan ibu bapa kanak-kanak ini, kanak-kanak ini seorang yang aktif dan bergauldengan adik-adiknya yang besar. Oleh itu, kemungkinan besar, kebolehan berfikirsecara logik dicapai oleh kanak-kanak ini.Ujian Intelektual Piaget 2 : SaizKanak-kanak peringkat pra-operasi : Thinesh a/l ChandranBagi ujian saiz, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan daun. Kamitelah memetik dua daun yang sejenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanyakepada kanak-kanak, adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak berumur 8tahun ini menyatakan bahawa saiz kedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna,kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saizdaun ini sama. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentukdaun yang lain tetapi dengan saiz yang sama. Sekali lagi kami bertanya, sama adakedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atau tidak. Kanak-kanak inimenyatakan bahawa kedua-dua daun tidak mempunyai saiz yang sama. Dia
  15. 15. menyatakan daun yang ditukar itu lebih besar oleh sebab jenisnya berlainan. Inibermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi masih belum menguasai prinsipganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui perubahanpada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain.Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Tan Lim WeiBagi kanak-kanak Tan Lim Wei yang berusia 11 tahun , kami masih mengendalikanujian saiz dengan menggunakan daun. Kami telah menggunakan dua daun yangsama jenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak,adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa saizkedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasaiprinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saiz ini sama walaupun bentuknya lain.Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentuk yang lain. Sekalilagi kami bertanya, sama ada kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atautidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua daun mempunyai saiz yangsama. Kanak-kanak ini menyatakan daun yang berbentuk itu lebih besar berbandingdengan daun yang berbentuk biasa. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkatoperasi konkrit menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak inimengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain.Kesimpulannya, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini mempunyaiperkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak-kanak yang berada padaperingkat operasi formal.Ujian Intelektual Piaget 3 : KreativitiKanak-kanak peringkat pra-operasi : Lim Eu ShenBagi ujian kreativiti, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan bintangyang dibentuk dalam kertas. Kami telah memberi kertas hiasan tersebut bagimembuat sesuatu bentuk mengikut kemampuannya. Kanak-kanak yang berusia 7tahun ini mereka satu bentuk tetapi tidak boleh memastikan apakah sebenarnyabentuk tersebut. Pada masa yang sama, kanak-kanak tersebut turut menyatakan
  16. 16. beberapa nama terhadap bentuk yang dibuatnya. Ini bermakna, kanak-kanak inibelum dapat menguasai prinsip identiti. Seterusnya, kami telah menyuruh membuatsatu lagi bentuk dengan menggunakan bintang tersebut. Kali ini, kami telahmemberikan konsep dan menyuruhnya membentukkannya. Kanak-kanak tersebuttidak dapat menyempurnakan imej yang kami berikan kepadanya lalu dia tidak dapatmembuat dengan kemas. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasimasih belum menguasai prinsip pemikiran kritis.Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Kok Mun JienBagi Kok, kanak-kanak yang berusia 11 tahun, kami turut mengendalikan aktivitiyang sama. Kami telah memberikan bintang-bintang tersebut untuk membuat sebuahbentuk menurut kemampuannya. Dia telah menghasilkan namanya dalam kertashiasan yang diberikan. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut berupaya menggunakanpemikiran logikal. Tambahan pula, kami juga memberikan konsep yang sama yangtelah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Tetapi adik ini pula dapatmembentuk konsep tersebut. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini strategiingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan. Melalui segala aktiviti yang telahdiadakan, secara jelasnya kami dapat melihat prestasi kedua-dua peringkat kanak-kanak mengikut teori perkembangan kognitif Piaget.Ujian Intelektual Piaget 4 : JisimKanak-kanak peringkat pra-operasi : Mugilan a/l MuthukumarBagi ujian jisim, kami telah mengendalikan ujian jisim dengan menggunakanplastesin. Kami telah membentuk dua plastesin kepada bentuk bulat yang sama.Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah jisim plastesin ini sama atau tidak.Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini menyatakan bahawa berat kedua-duaplastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsipidentiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya, kamitelah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagi kamibertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atau tidak.
  17. 17. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin tidak mempunyai beratyang sama. Dia menyatakan plastesin yang berbentuk bulat lebih berat berbandingplastesin yang berbentuk leper. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi masih belum menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti denganperubahan yang lain.Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Lee Chan TungBagi kanak-kanak Chan Tung yang berusia 10 tahun, kami masih mengendalikanujian jisim dengan menggunakan plastesin. Kami telah membentuk dua plastesinkepada bentuk bulat yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakahjisim plastesin ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa beratkedua-dua plastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasaiprinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya,kami telah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagisaya bertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atautidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin mempunyai beratyang sama. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit menguasaiprinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini mengetahui perubahanpada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kesimpulannya, kanak-kanak ini mempunyai perkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak-kanak yang berada pada peringkat operasi formal.
  18. 18. Rumusan Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saizbadan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangankognitif dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspekperubahan. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu danbersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkatkematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yangmenuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukanhad perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahapperkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubungdengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmanidan kematangan mental. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkatbelum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan danperkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuanutama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima danmenginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Bagi membuktikan idea tersebut, kami telah melibatkan aktiviti-aktiviti yangmempengaruhi pembentukan konsep berdasarkan kemampuannya kepada seramaienam orang kanak-kanak, iaitu tiga kanak-kanak dari peringkat pra-operasi dan tigalagi dari operasi konkrit. Kami telah berjaya mengadakan eksperimen danpemerhatiannya di The Salvation Army Boy’s Home, Tambun, Ipoh. Secara jelasnya,kami dapat melihat perbandingan antara dua peringkat kanak-kanak tersebut. Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanakini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampirdengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialahmembentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untukmenguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk.Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan danperkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untukmelahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  19. 19. RujukanBukuSang, M. S. (November, 2012). Perkembangan Kanak-Kanak (Vol. Edisi Ketiga).Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, KualaLumpur: Fajar Bakti.Samuel, H. H. J .N. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program IjazahSarjana Muda Pergurun (Vol. Edisi Kedua) Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Internethttp://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-pertumbuhan-individu/http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-fizikal-dan-kognitif-serta.htmlhttp://hanasyakira90.blogspot.com/2011/05/30-faktor-faktor-yang-mempengaruhi.htmlArtikel(2009). Perkembangan Fizikal dan Kognitif Serta Teori Yang Berkaitan. Di aksespada Februari 16, 2012.Hana Syahkira. (2010). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikaldan Kognitif Kanak-Kanak. Di akses pada Februari 17, 2012.Khairi. (2009). Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu. Di aksespadaFebruari 17, 2012.

×