SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
1.0 PENDAHULUAN

1.1    Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakan amalan pengurusan yang
berkualiti di organisasi dibawahnya pada dekad ke 21 ini. Antara penekanan yang diberikan
ialah kepimpinan guru dan pembentukan kerja berpasukan. Melalui kepimpinan, intipati
proses kepimpinana ialah bagaiman tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu
kumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi
pasukan dan yang penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya. Kepimpinan
seseorang guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepimpinan autokratif dan kepimpinan
demokratif (Chin Pek Lian, 2004). Jenis kepimpinan ini menentukan kelancaran dalam
pembentukan pasukan kerja di sekolah amnya.




Melalui pembentukan pasukan kerja pula, Menurut Saari Sungib (1991), dalam Chin Pek
Lian (2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi
sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang
dinamakan sebagai pasukan kerja. Kerja berpasukan ini sangat penting dilaksanakan
diperingkat sekolah. Melalui kerja berpasukan semua sektor akan dapat meningkatkan
produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat
bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Malahan, kerja berpasukan juga
merupakan salah satu demensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti
pendidikan (Shek Kwai Fun, 2007).




Terdapat pelbagai definisi yang boleh ditakrifkan kepada pembentukan pasukan kerja.
Antaranya definisi yang digunakan ialah menurut Francis dan Young (1979), pasukan terdiri
daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli yang komited untuk
mencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk menghasilkan kerja yang
berkualiti. Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukan
kemahiran yang saling melengkapi diantara satu sama lain ialah dikenali sebagai sebuah
pasukan (Adair, 1984). Mengikut Dyer (1995), setiap ahli dalam pasukan adalah saling
bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.




                                            1
Menurut Benton (1998), Keefektifan sesuatu pasukan kerja dipengaruhi oleh saiznya.
Menurut beliau lagi, dua orang didalam satu pasukan belum cukup mengambarkan efektif,
namun saiz yang paling baik lebih dari dua orang hingga tujuh orang. Mengikut Ingram
(1996), kerja berpasukan didefinisikan sebagai dua atau lebih orang yang bekerja bersama
dengan matlamat yang sama, dimana individu saling berinterksai untuk membentuk
perhubungan yang stabil dan mengakui dirinya adalah sebahagian daripada ahli pasukan. Ia
juga merujuk kepada gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang
dilakukan untuk menghasilkan prestasi kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan secara
bersendirian (Ab. Aziz, 2000).




Oleh itu, kita perlu menerima hakikat bahawa pembentukan pasukan kerja yang hebat
bukanlah semudah kata-kata. Pelbagai kekangan pasti wujud yang akan menyekat
kelancaran kerja berpasukan ini. Dengan itu, sebelum sebuah luka menjadi nanah, setiap
masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan diatasi bersama-sama dengan secepat mungkin
agar dapat melahirkan pasukan kerja yang mantap yang seterusnya memberi impak kepada
kualiti dan produktiviti kerja yang dihasilkan.




Contoh pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah Jabatan Penitia, Kelab guru-guru, Hari
keluarga guru. Ini dikatakan sebagai pasukan kerja kerana melengkapi ciri-ciri kerja pasukan
iaitu ahlinya terdiri daripada guru-guru, bilangannya lebih dari dua orang, mempunyai
spesifik kerja dan memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Walaubagaimanapun,
pembentukan pasukan kerja di sekolah turut membawa keburukan di sebalik kebaikan
dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah.




2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH




Pada hari ini, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh seorang guru amat besar.
Seorang guru yang professional akan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab
mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi juga
sebagai pendidik dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menguasai
pelbagai aspek. Sudah pasti tanggungjawab yang dipikul ini amat berat dan perlu digalas


                                                  2
bersama-sama bukannya dipikul sendirian. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja seperti
Jabatan panitia, kelab guru, hari keluarga guru didorong oleh beberapa faktor untuk
pencapaian matlamat.




2.1          Matlamat Yang Sama

Menurut Daft (1999), matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerja
berpasukan. Manakala Lussier dan Achua (2001), menyatakan bahawa kerja berpasukan
sebagai satu pemahaman dan komitmen diantara ahli pasukan ke arah pencapaian
matlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faha m yang wujud dalam ahli pasukan
kerja. Tambahan lagi, pasukan adalah Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan
kerja yang memerlukan kemahiran antara satu sama lain (Adair, 1984). Dalam pasukan
setiap ahli adalah saling bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang
sama yang telah di tetapkan (Dyer, 1995). Manakala menurut Borreli, Cable, Higgs, Stott
dan Walker (1995), menyatakan bahawa pasukan yang efektif adalah pasukan yang
mempunyai matlamat bersama yang jelas.




Faktor utama yang pembentukan pasukan kerja di sekolah dalam Jabatan Ketua Panitia di
semua sekolah contohnya seperti di Sekolah Menegah Putrajaya Presint ialah matlamat
yang sama. Seperti yang kita ketahui, setiap guru yang mengganggotai unit Bahasa
khususnya perlu faham dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai serta perlu
berusaha untuk mencapai matlamat ini. Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua
guru ialah:

      i)        Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.

      ii)       Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.

      iii)      Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitian dan kerjasama dengan
                panitia lain.

      iv)       Membangunkan      kemahiran   Penyelidikan   dan   Pembangunan      di   dalam
                panitiannya.

Oleh itu, bagi merialisasikan semua matlamat ini, pasukan kerja antara guru dalam jabatan
panitia amat diperlukan. Kesemua guru-guru bahasa dan guru bidang yang terlibat harus
sama-sama mengalas tugas ini. Contohnya dalam panitia Matematik, Cikgu Hamidah


                                                 3
berkebolehan dalam Trigonomerti sementara cikgu Kartini berkebolehan dalam tajuk
Persamaan Kuadratik. Oleh itu, bagi memantapkan pasukan kerja Panitia Matematik, kelas
tambahan dijalankan berdasarkan kemahiran guru masing-masing kepada pelajar-pelajar.
Pengendalian kelas tambahan ini turut dibantu oleh guru-guru lain dalam unit lain agar
pelajar tidak hilang tumpuan. Berdasarkan langkah yang telah di ambil, guru-guru dalam unit
ini dapat mengenalpasti apakah masalah utama pelajar dalam subjek matematik. Oleh yang
demikian, usaha guru-guru unit ini adalah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu
memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran Matematik.

2.2    Perkongsian Ilmu dan Kemahiran

Faktor perkongsian ilmu dan kemahiran turut menjadi salah satu sebab perlunya
pembentukan pasukan kerja di sekolah. Para sarjana mengakui bahawa tiada satu disiplin
pun yang dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah dalam hubungan manusia.
Menurut Garner dan Orelave (1994), hanya melalui gabungan dan koordinasi pengetahuan
serta kemahiran dalam semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut. Bagi
Kashim (2001), semua ahli dalam pasukan perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yang
tertentu daripada ahli pasukan lain agar dapat digunakan untuk mempertingkat dan
membangunkan organisasi mereka.




Selain itu, bekerja secara pasukan memberi peluang kepada setiap ahli pasukan untuk
mendapatkan pelajaran, pengetahuan, kemahiran, kaedah dan cara-cara menyelesaikan
masalah yang baru di tempat kerja, sebagai hasil percambahan fikiran dengan ahli-ahli
pasukan yang lain. Manakala menurut Ress (1991) dalam Yusof dan Bibi (2007)
menyatakan bahawa salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja berpasukan ialah
ahli-ahlinya saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka
secara aktif.




Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar dengan cepat dan
meluas. Setiap guru mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza. Ada guru yang pakar
dalam bidang bahasa seperti Guru pakar Bahasa Melayu, Guru pakar Sejarah dan Guru
pakar Matematik, Guru pakar Sains dan sebagainya. Selain itu juga, kemahiran guru
berbeza dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Seperti guru yang berpengalaman dalam
merancang hari keluarga guru dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada terutamanya




                                            4
kepada guru baru. Maka dengan itu, guru baru juga dapat membantu kerja-kerja dan
seterusnya melancarkan perjalanan hari keluarga guru tersebut.




2.3    Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti

Faktor meningkatkan kualiti dan produktiviti juga mempengaruhi pembentukan pasukan
kerja di sekolah. Peningkatan kualiti di dalam sebuah organisasi amat dititik beratkan, begitu
juga di sekolah amnya. Kini dunia sedang dipengaruhi oleh kualiti, yang bermaksud, jika
sesebuah organisasi tidak melaksanakan pengurusan kualiti dalam perkhidmatannya maka,
ia dianggap ketinggalan (Barker, 1990).




Azilah (1995) telah membuat satu analisis tentang peningkatan produktiviti tentang
peningkatan produktiviti dari tahun 1987 hingga 1994 disebuah syarikat elektronik, beliau
mendapati kerja berpasukan telah berjaya membantu para pekerja dalam meningkatkan
prestasi dan kerjaya. Kejayaan dapat dilihat dari sudut produktiviti pekerja yang semakin
meningkat sejak kerja berpasukan dilaksanakan.




Kerja berpasukan juga dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia
dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Pembentukan pasukan kerja di sekolah
terutamanya di Kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan
jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbangkan ke arah peningkatan kualiti kerja dan
kualiti pendidikan di kalangan guru sekolah serta memberikan kepuasan kerja kepada
mereka (Shek Kwai Fun, 2007).




2.4    Perkongsian Tanggungjawab

Selain faktor perkongsian ilmu dan kemahiran, meningkatkan kualiti dan produktiviti,
perkongsian tanggungjawab juga merupakan sebab mempengaruhi pembentukan pasukan
kerja di sekolah. Tanggungjawab akan semakin ringan ditanggung sekiranya perkongsian
dilakukan secara kerja berpasukan. Menurut Schneider (1993) salah satu strategi kerja
pasukan yang efektif ialah “responsibilities” atau tanggungjawab. Oleh itu, setiap ahli dalam
pasukan kerja di sekolah mesti mempunyai fikiran seperti yang dikatakan oleh Blasé dan
Kirby (1992) iaitu


                                               5
…..”If People give me responsibility, I feel compelled to carry it out well. I don’t want
        to let the others down”

Tambahan lagi, kerja secara pasukan juga akan melahirkan perasaan yang baik di kalangan
guru, mereka merasakan organisasi sebagai hak bersama. Hal ini kerana, kejayaan dan
kegagalan sesebuah organisasi adalah menjadi tanggungjawab bersama. Di atas kesedaran
dan perasaan perkongsian tanggungjawab, pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh bagi
menambahbaikkan kualiti kerja mereka (Kashim, 2001). Menurut Miller (1992) setiap ahli
pasukan kerja di sekolah akan lebih cenderung untuk bertanggungjawab terhadap kerja-
kerja yang dilaksanakan.



2.5    Menggurangkan Tekanan

Faktor lain yang mempengaruhi pembentukan kerja di sekolah ialah untuk menggurangkan
tekanan. Dalam refomasi pendidikan ini, hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan guru
bertaraf dunia, maka ramai guru mula merasa stress. Stress timbul ekoran daripada
kehendak-kehendak atau tuntutan oleh pelajar, ibu-bapa, pihak pentadbir sekolah yang
mana guru tidak dapat penuhi. Bagi mengatasi masalah ini, pembentukan kerja di sekolah
perlu dilakukan agar beban tugasan guru dapat dikurangkan.




Contohnya, ahli-ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah Kuala Langat
Selangor telah dipertugaskan terhadap jurusan masing-masing. Oleh kerana secara rutin
dalam panitia KHB ini hanya ditugaskan kepada subjek Perdagangan dan Keusahawanan,
maka selalunya ahli panitia akan menghadapi ketegangan. Mengikut kajian Cooper dan
Hensmen dalam Razali Mat Zin (1999) di dapati bahawa pekerja yang mempunyai kadar
tekanan yang rendah akan mengalami tahap kepuasan kerja yang tinggi. Jadi kerja
berpasukan amat mustahak dalam panitia KHB (Chin Pek Lian, 2004).




3.0 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH


Keperluan kepada pembentukan kerja di sekolah amat dituntut. Hal ini kerana pembentukan
kepada pasukan kerja terutamanya kepada guru-guru dan pentadbiran memberikan
kelebihan. Antaranya seperti mencapai matlamat organisasi dan ahli, mewujudkan
hubungan mesra, dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membawa kepada


                                               6
perancangan yang lebih baik. Secara tidak langsung prestasi ahli dan organisasi di sekolah
dapat dipertingkatkan.


3.1    Mencapai Matlamat Organisasi dan Ahli

Menurut Davis dan Newston (1985) kerja berpasukan adalah satu proses untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli didalam sesebuah organisasi
untuk mencapai objektif dan matlamat yang dirangkakan. Tanpa matlamat yang jelas,
pasukan sukar untuk melaksanakan segala perancangan atau terpesong daripada hala tuju.
Model Adair (1987) membuktikan bahawa individu yang bekerja bersendirian dalam
organisasi akan kehilangan arah dan tidak dapat mencapai matlamat. Ini juga telah
dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji lepas seperti Li (1996), Yeatts dan barnes (1996), Gibbons
(1998) seta Ingram dan Desombre (1999).




3.2    Mengekalkan Hubungan Mesra

Antara hikmah pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat mengekalkan hubungan
mesra diantara guru dalam pasukan kerja. Hubungan mesra diantara ahli dalam pasukan
kerja akan memudahkan perkongsian data dan permindahan maklumat berlaku. Hal ini
kerana, hubungan mesra memupuk semangat kerjasama dan saling kebergantungan antara
satu sama lain (Chin Pek Lian, 2004).




Menurut Shek Kwai Fun (2007) kajian menunjukkan Ketua Panitia secara umumnya lebih
mementingkan aspek hubungan yang mesra sebagai ganjaran psikologi yang mampu
melahirkan kepuasan kerja. Contohnya golongan guru muda yang menjadi Ketua Panitia
melalui hubungan harmoni dan mesra akan memudahkan mereka mendapat bantuan
teknikal yang amat diperlukan dari guru-guru senior. Tambahan lagi, menurut kajian Putai
Jin (1993) hubungan mesra antara ahli pasukan kerja dalam jabatan mempengaruhi
peningkatan produktiviti dan kepuasan kerja. Hal ini di buktikan dalam kajian yang dilakukan
di Sekolah Menengah Daerah Pontian dalam pasukan kerja dalam Panitia Jabatan Bahasa
dan Jabatan Sains Sosial yang mendapati hubungan mesra melahirkan kepuasan bekerja
pada setiap ahli pasukan (Shek Kwai Fun, 2007).




                                             7
Di Samping itu juga, dalam kajian Chin Pek Lian (2004) mendapati kerja berpasukan amat
mustahak dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Ketua panitia Kemahiram Hidup
Bersepadu haruslah mempengaruhi ahli panitia lain bekerja bagi mencapai matlamat
organisasi dan mengekalkan hubungan mesra antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan
kejeleketan haruslah diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan
antara satu sama lain dan keinginan kekal sebagai ahli pasukan. Menurut hasil kajian
Zubaidah Aman dalam Chin Pek Lian (2004) didapati 41.5% guru di enam buah sekolah di
negeri Selangor mengakui bahawa mereka tidak mendapat kepuasa kerja dalam profesion
ini. Sebanyak 23.9% lagi menyatakan mereka bercadang meletakkan jawatan dan 52.8%
mahu bersara awal. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja wujud daripada
hubungan mesra antara ahli dalam pasukan kerja.




3.3    Menyelesaikan Pelbagai Masalah

Salah satu kepentingan pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat menyelesaikan
pelbagai masalah. Menurut Hisyam (1998) kaedah kerja berpasukan boleh membantu
organisasi menyelesaikan pelbagai masalah. Begitu juga menurut Maimunah Aminuddin
(1992) pembentukan pasukan adalah kumpulan kerja yang bekerjasama di tempat yang
sama dan selalu berjumpa untuk mengawal prestasi, mengenalpasti masalah dan
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Manakala mengikut Tambuan Ghani (1986)
penubuhan pasukan kerja mesti ahli-ahlinya bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
dalam organisasi tempat bekerja.

Kerja berpasukan memang dapat membantu organisasi sekolah menyelesaikan pelbagai
masalah termasuklah pengagihan tugasan kerja guru, produktiviti, kepuasan pihak pentadbir
serta meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah (Chin Pek Lian, 2007). Di dalam
menghadapi sesuatu masalah, setiap ahli mesti bekerjasama, menyumbangkan idea serta
tenaga untuk meleraikannya. Oleh itu, dalam mana-mana pasukan kerja di sekolah,
pastinya masalah akan timbul, maka dengan itu jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah
setiap pasukan perlu duduk semeja untuk berbincang dan mencari cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut agar matlamat pasukan kerja dapat dicapai.

3.4    Perancangan yang lebih baik

Perancangan yang akan dilakarkan dan dirancangkan akan menjadi lebih baik apabila
terdapat pemikir yang menyumbang idea dalam rancangan tersebut. Oleh itu, kepentingan
pasukan kerja disekolah ialah dapat membuat perancangan yang lebih baik. Dapatan kajian


                                           8
Pushpalata (2003) dalam Chin Pek Lian (2004) memberikan persetujuan positif seratus
peratus yang menyatakan bahawa pasukan kerja panitia di sekolah yang bekerja secara
berpasukan akan membuat perancangan yang lebih baik berbanding dengan perancangan
individu.

Sebuah perancangan yang baik adalah perancangan yang dapat menghasilkan kepada
pencapaian matlamat kumpulan kerja. Oleh itu perancangan perlu dirancang dengan
bersama dalam kumpulan serta teliti. Menurut Jack Dunham (1995) dalam bukunya yang
bertajuk Developing Effective School Management kurikulum kebangsaan peringkat sekolah
dapat dilaksanakan kerana terdapat pembentukan pasukan kerja dalam merancang strategi
perancangan bersama.




4.0 KEKANGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH




Seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang dirancang pasti terdapat halangan
untuk memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya.             Dalam membentuk sebuah
pasukan kerja yang efektif di sekolah terdapat kekangan yang lahir yang menyebabkan
matlamat pasukan kerja di dapat dicapai antaranya ialah terdapat kekeliruan matlamat,
perbezaan prinsip, kurang komited dan sebagainya.




4.1     Kekeliruan Matlamat

Salah satu kekangan yang dihadapi dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah
apabila terdapat kekeliruan matlamat. Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam
pasukan kerja disekolah adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat
dilaksanakan dan diterapkan dalam setiap ahli pasukan. Dalam hal ini, tidak semua anggota
memahami hala tuju organisasi masing-masing. Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan
yang tidak memahami matlamat ini tidak akan memberikan kerjasama apabila sesuatu
program hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu
memuaskan.




Menurut Kashim (2001) model pasukan kerja efektif oleh Anantaraman dalam (Stoot dan
Walker, 1995) dan Mc Donald dan Keys (1996) yang menyatakan bahawa kerja berpasukan


                                              9
akan gagal tanpa matlamat yang jelas, tanpa kepimpinan yang efektif dan komunikasi yang
berkesan. Oleh itu kejayaan di dalam kerja berpasukan di sekolah ditentukan oleh ahli-
ahlinya dan merupakan kejayaan bersama yang sama-sama berusaha untuk mencapai
matlamat pasukan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kejayaan kerja berpasukan terletak
kepada objektif penubuhannya. Sekirannya objektif penubuhannya kabur dan sukar difahami
oleh ahli-ahli pasukan maka, sudah tentu program dan matlamat yang dirancang tidak akan
berjaya.




4.2    Perbezaan Prinsip

Perbezaan prinsip merupakan halangan kepada pembentukan pasukan kerja di sekolah.
Seperti yang kita ketahui setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan yang berbeza
(Handy, 1993). Pastinya masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Perbezaan
prinsip membawa banyak keburukan kepada pasukan kerja dan ini seterusnya membawa
kepada kegagalan pasukan kerja (Adair, 1988). Hal ini kerana wujud perbezaan prinsip akan
membawa kepada kewujudan konflik. Menurut Tuckman (1965) konfli akan timbul apabila
beberapa anggapan dicabar. Di peringkat ini nilai adn kebolehlaksanaan tugas dipersoalkan,
prinsip kaedah diperbahaskan dan konflik antara individu akan timbul. Oleh itu, sebarang
konflik dan pertentangan pendapat dapat diselesaikan secara rundingan.




Sebagai contoh, semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara
menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan bagi meningkatkan pengetahuan am
pelajar. Namun ada beberapa guru yang menetang program tersebut kerana ia akan
menjadikan pelajar masalah untuk mengira secara manual. Sehubungan itu, walaupun
program ini tetap dilaksanakan, guru ini tidak akan memberikan kerjasama. Oleh itu,
perbezaan prinsip adalah halangan dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah.




4.3    Kurang Komited

Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja merupakan salah
satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang mantap. Mereka tidak dapat
member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kepentingan peribadi di luar waktu kerja
seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat
minimum malah seringkali tidak menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat


                                           10
tersebut diadakan di luar waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak
siap pada masa. Sebaliknya menurut Bell (1992) komitmen diantara ahli-ahli pasukan amat
baik menyebabkan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman yang lebih luas.




Sebagai contoh, seorang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan
sentiasa mengelak apabila kelas tambahan ingin diadakan. Pelbagai alasan telah diberikan
apabila tugasan ini diberikan pada luar waktu pejabat. Hal ini kerana, guru ini telah
mempunyai komited lain iaitu mengajar tuisyen di pusat tuisyen sandakan. Ini dapat
membuktikan bahawa guru tersebut lebih fokus kepada pencapaian impian peribadinya
berbanding matlamat pasukan kerja. Ini telah menimbulkan perasaan ketidakpuas hatian
dalam kalangan guru-guru lain dalam pasukan kerja yang sama. Keadaan ini telah
menjejaskan pembentukan pasukan kerja dalam unit Matematik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sandakan.




5.0 KESIMPULAN

Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak boleh
melakukan sesuatu pekerjaan secara sendirian kerana sebagai manusia kita mempunyai
had masing-masing dalam memikul tanggungjawab. Justeru itu, kita memerlukan kerja
berpasukan agar dapat mencapai matlamat, meningkatkat produktiviti, penyelesaian
pelbagai masalah, mengekalkan hubungan mesra dan sebagainya. Namun begitu, sebagai
anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam proses pembinaan pasukan
yang mantap ini terutama di sekolah, akan wujud halangan-halangannya. Halangan-
halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap
kualiti perkhidmatan dan produktiviti. Oleh itu pemimpin pasukan perlu memainkan peranan
mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang matlamat sebenar pembentukan
pasukan dan matlamat organisasi yang perlu digapai mereka.

Menurut Etzioni (1964) pengurus haruslah boleh bekerja secara terbuka dan ikhlas, dalam
profesion perguruan, guru haruslah bekerja dalam pasukan yang efektif kerana kejayaan
sesebuah sekolah bergantung kepada pasukan. Oleh itu, pemimpin haruslah mengambil
berat terhadap pembentukan pasukan kerja di sekolah. Ini dapat dibuktikan dalam
pernyataan luahan seorang ahli yang pernah bekerja dalam sebuah pasukan iaitu:

              I know what I have to do and the team’s goals are clear.

                                            11
Everyone takes some responsibility for leadership.

             There is active participation by everyone.

             I feel appreciated and supported by others.

             Team members listen when I speak.

             Different opinions are respected.

             We enjoy working together.

                                           (Blanchard, Carew and Parisi-Carew 1992:20)




Pernyataan luahan diatas adalah kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada pembentukan
pasukan kerja disekolah amnya. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja disekolah juga
menunjukkan peranan kepimpinan guru dalam pembentukan pasukan kerja terseut. Oleh
itu, pembentukan pasukan kerja memberi kepentingan dan kebaikan tetapi juga terdapat
kekangan atau halangan dalam pembentukan pasukan kerja yang efektif.




                                            12
BIBIOGRAFI

Abd. Aziz Yusof. 2000. Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Malaysia: Prentice
     Hall.

Adair, John. 1987. Effective Team Building. London: Gower Publishing Co. Ltd.

Atas Talian   http://www.smkpp14.net/web_documents/fail-meja-panitia. Di akses pada 05
     Mei 2012 pada 2.13 petang

Barker, L.H. (1990). Tatal Quality Management For School. Lancester: Technomic
     Publishing Company.

Bell, L. (1992). Managing Teams In Secondary Schools. London: Routledge.

Benton A, Douglas. 1998. Applied Human Relations : An Organizational and Skill
     Development Approach. 6th ed. London : Prentice Hall.

Blanchard, K., Carew D. and Parisi-Carew, E. (1992). The One Minute Manager Builds High
     Performing Teams, London: Harper Collins.

Blase, J. & Kirby, P. (1992). Bringing out the best in teachers: What effective principals do.
     Newbury Park: Corwin Press.



                                             13
Chin Pek Lian. 2004. Kerja Berpasukan: Faktor Mempengaruhi dan Pengaruhnya Kepada
     Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli Dalam Panitian Kemahiran Hidup Bersepadu
     Di Daerah Kuala Langat. Selangor. Universiti Teknologi Malaysia

David J. Holleran. 1997. Team Building in an Elementary School: A Descriptive Case Study.
     Virginia: Blacksburg.

Dyer, W. G. 1987. Teambuilding: Issue and Alternatives. Addision Wesley Publishing Co.
     Inc.

Garner G, Howatd dan Orelave P, Fred. 1995. Teamwork in Human sevices : Models and
     Application Across the Life Span. Boston : Butterworth-Heinemann.

Handy, C. (1993). Understanding Organisation. 4th Ed. Harmondsworth: Penguin.

Hisyam Che Mat. (1998). Participants Evaluation of Effectiveness of Teambuilding
     Programs. Malaysia: Universiti Putra Malaysia.

Igram, Hadyn. 1996. Linking Teamwork with Perfomance. Team Performance Management.
     Vol 02: Issue 4.

Jack Dunham. 1995. Developing Effective School Management. 1st ed. London: Routledge

Kashim Bin Jaafar. 2001. Pandangan Guru-guru Terhadap Kepentingan dan Faktor-faktor
     Penentu Pencapaian Kerja Berpasukan di Sekolah di Daerah Kuala Muda, Kedah
     Darul Aman: Universiti Utara Malaysia.

Maimunah Aminuddin. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Putai Jin (1993). Work Motivation and Productivity in Voluntarily Formed Work Teams: A
     Field Study in China. Organizational Behavior and Human Decision Processes.
     54(1).133-155.

Schneider, A. (1993). Donning a new hat: Becoming a consensus builder. School Bussiness
     Affairs. 59 (9), 20-22.

Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua Panitia
     Dalam Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian.

Tambuan Ghani, Raduwan Safperwan, Josepg Paul. (1986). Kumpulan Kawalan Mutu.
     Kuala Lumpur : DGP.




                                              14
Tuckman, B. W. “Development Sequence In Small Groups”, Psychological Bulletin, 63(6),
     384-99.

Yusof bin Boon dan Bibi Sakinah bt Haron Khan. 2007. Kerja Berpasukan Dalam Kalangan
     Guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar. Universiti Teknologi Malaysia




                                          15

Contenu connexe

Tendances

Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerFatimah Al-Dayana
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 

Tendances (20)

Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 

Similaire à Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukansirose
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionaldaud5530
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalbeeeeth
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganUniversiti Sains Malaysia
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranShinz Cucut
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Rainne Lee
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)rabbaniridhwan
 

Similaire à Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah (20)

Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Http
HttpHttp
Http
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Modul plc
Modul plcModul plc
Modul plc
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Dr ja 3
Dr ja 3Dr ja 3
Dr ja 3
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 

Plus de Hamidah Budi

DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYDISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYHamidah Budi
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
 
Catch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&ACatch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&AHamidah Budi
 
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Hamidah Budi
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifHamidah Budi
 

Plus de Hamidah Budi (6)

DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLYDISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
DISCUSS THE SHORT-TERM PROSPECT OF MALAYSIA’S STOCK MARKET RALLY
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Catch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&ACatch me if u can Q&A
Catch me if u can Q&A
 
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"Sinopsis Movie "Eagle Eye"
Sinopsis Movie "Eagle Eye"
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang Efektif
 

Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakan amalan pengurusan yang berkualiti di organisasi dibawahnya pada dekad ke 21 ini. Antara penekanan yang diberikan ialah kepimpinan guru dan pembentukan kerja berpasukan. Melalui kepimpinan, intipati proses kepimpinana ialah bagaiman tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu kumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi pasukan dan yang penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya. Kepimpinan seseorang guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepimpinan autokratif dan kepimpinan demokratif (Chin Pek Lian, 2004). Jenis kepimpinan ini menentukan kelancaran dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah amnya. Melalui pembentukan pasukan kerja pula, Menurut Saari Sungib (1991), dalam Chin Pek Lian (2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan sebagai pasukan kerja. Kerja berpasukan ini sangat penting dilaksanakan diperingkat sekolah. Melalui kerja berpasukan semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu demensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan (Shek Kwai Fun, 2007). Terdapat pelbagai definisi yang boleh ditakrifkan kepada pembentukan pasukan kerja. Antaranya definisi yang digunakan ialah menurut Francis dan Young (1979), pasukan terdiri daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli yang komited untuk mencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukan kemahiran yang saling melengkapi diantara satu sama lain ialah dikenali sebagai sebuah pasukan (Adair, 1984). Mengikut Dyer (1995), setiap ahli dalam pasukan adalah saling bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 1
  • 2. Menurut Benton (1998), Keefektifan sesuatu pasukan kerja dipengaruhi oleh saiznya. Menurut beliau lagi, dua orang didalam satu pasukan belum cukup mengambarkan efektif, namun saiz yang paling baik lebih dari dua orang hingga tujuh orang. Mengikut Ingram (1996), kerja berpasukan didefinisikan sebagai dua atau lebih orang yang bekerja bersama dengan matlamat yang sama, dimana individu saling berinterksai untuk membentuk perhubungan yang stabil dan mengakui dirinya adalah sebahagian daripada ahli pasukan. Ia juga merujuk kepada gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan untuk menghasilkan prestasi kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan secara bersendirian (Ab. Aziz, 2000). Oleh itu, kita perlu menerima hakikat bahawa pembentukan pasukan kerja yang hebat bukanlah semudah kata-kata. Pelbagai kekangan pasti wujud yang akan menyekat kelancaran kerja berpasukan ini. Dengan itu, sebelum sebuah luka menjadi nanah, setiap masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan diatasi bersama-sama dengan secepat mungkin agar dapat melahirkan pasukan kerja yang mantap yang seterusnya memberi impak kepada kualiti dan produktiviti kerja yang dihasilkan. Contoh pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah Jabatan Penitia, Kelab guru-guru, Hari keluarga guru. Ini dikatakan sebagai pasukan kerja kerana melengkapi ciri-ciri kerja pasukan iaitu ahlinya terdiri daripada guru-guru, bilangannya lebih dari dua orang, mempunyai spesifik kerja dan memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Walaubagaimanapun, pembentukan pasukan kerja di sekolah turut membawa keburukan di sebalik kebaikan dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH Pada hari ini, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh seorang guru amat besar. Seorang guru yang professional akan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi juga sebagai pendidik dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menguasai pelbagai aspek. Sudah pasti tanggungjawab yang dipikul ini amat berat dan perlu digalas 2
  • 3. bersama-sama bukannya dipikul sendirian. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja seperti Jabatan panitia, kelab guru, hari keluarga guru didorong oleh beberapa faktor untuk pencapaian matlamat. 2.1 Matlamat Yang Sama Menurut Daft (1999), matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerja berpasukan. Manakala Lussier dan Achua (2001), menyatakan bahawa kerja berpasukan sebagai satu pemahaman dan komitmen diantara ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faha m yang wujud dalam ahli pasukan kerja. Tambahan lagi, pasukan adalah Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukan kemahiran antara satu sama lain (Adair, 1984). Dalam pasukan setiap ahli adalah saling bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang sama yang telah di tetapkan (Dyer, 1995). Manakala menurut Borreli, Cable, Higgs, Stott dan Walker (1995), menyatakan bahawa pasukan yang efektif adalah pasukan yang mempunyai matlamat bersama yang jelas. Faktor utama yang pembentukan pasukan kerja di sekolah dalam Jabatan Ketua Panitia di semua sekolah contohnya seperti di Sekolah Menegah Putrajaya Presint ialah matlamat yang sama. Seperti yang kita ketahui, setiap guru yang mengganggotai unit Bahasa khususnya perlu faham dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai serta perlu berusaha untuk mencapai matlamat ini. Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua guru ialah: i) Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing. ii) Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia. iii) Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitian dan kerjasama dengan panitia lain. iv) Membangunkan kemahiran Penyelidikan dan Pembangunan di dalam panitiannya. Oleh itu, bagi merialisasikan semua matlamat ini, pasukan kerja antara guru dalam jabatan panitia amat diperlukan. Kesemua guru-guru bahasa dan guru bidang yang terlibat harus sama-sama mengalas tugas ini. Contohnya dalam panitia Matematik, Cikgu Hamidah 3
  • 4. berkebolehan dalam Trigonomerti sementara cikgu Kartini berkebolehan dalam tajuk Persamaan Kuadratik. Oleh itu, bagi memantapkan pasukan kerja Panitia Matematik, kelas tambahan dijalankan berdasarkan kemahiran guru masing-masing kepada pelajar-pelajar. Pengendalian kelas tambahan ini turut dibantu oleh guru-guru lain dalam unit lain agar pelajar tidak hilang tumpuan. Berdasarkan langkah yang telah di ambil, guru-guru dalam unit ini dapat mengenalpasti apakah masalah utama pelajar dalam subjek matematik. Oleh yang demikian, usaha guru-guru unit ini adalah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran Matematik. 2.2 Perkongsian Ilmu dan Kemahiran Faktor perkongsian ilmu dan kemahiran turut menjadi salah satu sebab perlunya pembentukan pasukan kerja di sekolah. Para sarjana mengakui bahawa tiada satu disiplin pun yang dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah dalam hubungan manusia. Menurut Garner dan Orelave (1994), hanya melalui gabungan dan koordinasi pengetahuan serta kemahiran dalam semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut. Bagi Kashim (2001), semua ahli dalam pasukan perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yang tertentu daripada ahli pasukan lain agar dapat digunakan untuk mempertingkat dan membangunkan organisasi mereka. Selain itu, bekerja secara pasukan memberi peluang kepada setiap ahli pasukan untuk mendapatkan pelajaran, pengetahuan, kemahiran, kaedah dan cara-cara menyelesaikan masalah yang baru di tempat kerja, sebagai hasil percambahan fikiran dengan ahli-ahli pasukan yang lain. Manakala menurut Ress (1991) dalam Yusof dan Bibi (2007) menyatakan bahawa salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja berpasukan ialah ahli-ahlinya saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka secara aktif. Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar dengan cepat dan meluas. Setiap guru mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza. Ada guru yang pakar dalam bidang bahasa seperti Guru pakar Bahasa Melayu, Guru pakar Sejarah dan Guru pakar Matematik, Guru pakar Sains dan sebagainya. Selain itu juga, kemahiran guru berbeza dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Seperti guru yang berpengalaman dalam merancang hari keluarga guru dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada terutamanya 4
  • 5. kepada guru baru. Maka dengan itu, guru baru juga dapat membantu kerja-kerja dan seterusnya melancarkan perjalanan hari keluarga guru tersebut. 2.3 Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti Faktor meningkatkan kualiti dan produktiviti juga mempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah. Peningkatan kualiti di dalam sebuah organisasi amat dititik beratkan, begitu juga di sekolah amnya. Kini dunia sedang dipengaruhi oleh kualiti, yang bermaksud, jika sesebuah organisasi tidak melaksanakan pengurusan kualiti dalam perkhidmatannya maka, ia dianggap ketinggalan (Barker, 1990). Azilah (1995) telah membuat satu analisis tentang peningkatan produktiviti tentang peningkatan produktiviti dari tahun 1987 hingga 1994 disebuah syarikat elektronik, beliau mendapati kerja berpasukan telah berjaya membantu para pekerja dalam meningkatkan prestasi dan kerjaya. Kejayaan dapat dilihat dari sudut produktiviti pekerja yang semakin meningkat sejak kerja berpasukan dilaksanakan. Kerja berpasukan juga dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Pembentukan pasukan kerja di sekolah terutamanya di Kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbangkan ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru sekolah serta memberikan kepuasan kerja kepada mereka (Shek Kwai Fun, 2007). 2.4 Perkongsian Tanggungjawab Selain faktor perkongsian ilmu dan kemahiran, meningkatkan kualiti dan produktiviti, perkongsian tanggungjawab juga merupakan sebab mempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah. Tanggungjawab akan semakin ringan ditanggung sekiranya perkongsian dilakukan secara kerja berpasukan. Menurut Schneider (1993) salah satu strategi kerja pasukan yang efektif ialah “responsibilities” atau tanggungjawab. Oleh itu, setiap ahli dalam pasukan kerja di sekolah mesti mempunyai fikiran seperti yang dikatakan oleh Blasé dan Kirby (1992) iaitu 5
  • 6. …..”If People give me responsibility, I feel compelled to carry it out well. I don’t want to let the others down” Tambahan lagi, kerja secara pasukan juga akan melahirkan perasaan yang baik di kalangan guru, mereka merasakan organisasi sebagai hak bersama. Hal ini kerana, kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi adalah menjadi tanggungjawab bersama. Di atas kesedaran dan perasaan perkongsian tanggungjawab, pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh bagi menambahbaikkan kualiti kerja mereka (Kashim, 2001). Menurut Miller (1992) setiap ahli pasukan kerja di sekolah akan lebih cenderung untuk bertanggungjawab terhadap kerja- kerja yang dilaksanakan. 2.5 Menggurangkan Tekanan Faktor lain yang mempengaruhi pembentukan kerja di sekolah ialah untuk menggurangkan tekanan. Dalam refomasi pendidikan ini, hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan guru bertaraf dunia, maka ramai guru mula merasa stress. Stress timbul ekoran daripada kehendak-kehendak atau tuntutan oleh pelajar, ibu-bapa, pihak pentadbir sekolah yang mana guru tidak dapat penuhi. Bagi mengatasi masalah ini, pembentukan kerja di sekolah perlu dilakukan agar beban tugasan guru dapat dikurangkan. Contohnya, ahli-ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah Kuala Langat Selangor telah dipertugaskan terhadap jurusan masing-masing. Oleh kerana secara rutin dalam panitia KHB ini hanya ditugaskan kepada subjek Perdagangan dan Keusahawanan, maka selalunya ahli panitia akan menghadapi ketegangan. Mengikut kajian Cooper dan Hensmen dalam Razali Mat Zin (1999) di dapati bahawa pekerja yang mempunyai kadar tekanan yang rendah akan mengalami tahap kepuasan kerja yang tinggi. Jadi kerja berpasukan amat mustahak dalam panitia KHB (Chin Pek Lian, 2004). 3.0 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH Keperluan kepada pembentukan kerja di sekolah amat dituntut. Hal ini kerana pembentukan kepada pasukan kerja terutamanya kepada guru-guru dan pentadbiran memberikan kelebihan. Antaranya seperti mencapai matlamat organisasi dan ahli, mewujudkan hubungan mesra, dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membawa kepada 6
  • 7. perancangan yang lebih baik. Secara tidak langsung prestasi ahli dan organisasi di sekolah dapat dipertingkatkan. 3.1 Mencapai Matlamat Organisasi dan Ahli Menurut Davis dan Newston (1985) kerja berpasukan adalah satu proses untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli didalam sesebuah organisasi untuk mencapai objektif dan matlamat yang dirangkakan. Tanpa matlamat yang jelas, pasukan sukar untuk melaksanakan segala perancangan atau terpesong daripada hala tuju. Model Adair (1987) membuktikan bahawa individu yang bekerja bersendirian dalam organisasi akan kehilangan arah dan tidak dapat mencapai matlamat. Ini juga telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji lepas seperti Li (1996), Yeatts dan barnes (1996), Gibbons (1998) seta Ingram dan Desombre (1999). 3.2 Mengekalkan Hubungan Mesra Antara hikmah pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat mengekalkan hubungan mesra diantara guru dalam pasukan kerja. Hubungan mesra diantara ahli dalam pasukan kerja akan memudahkan perkongsian data dan permindahan maklumat berlaku. Hal ini kerana, hubungan mesra memupuk semangat kerjasama dan saling kebergantungan antara satu sama lain (Chin Pek Lian, 2004). Menurut Shek Kwai Fun (2007) kajian menunjukkan Ketua Panitia secara umumnya lebih mementingkan aspek hubungan yang mesra sebagai ganjaran psikologi yang mampu melahirkan kepuasan kerja. Contohnya golongan guru muda yang menjadi Ketua Panitia melalui hubungan harmoni dan mesra akan memudahkan mereka mendapat bantuan teknikal yang amat diperlukan dari guru-guru senior. Tambahan lagi, menurut kajian Putai Jin (1993) hubungan mesra antara ahli pasukan kerja dalam jabatan mempengaruhi peningkatan produktiviti dan kepuasan kerja. Hal ini di buktikan dalam kajian yang dilakukan di Sekolah Menengah Daerah Pontian dalam pasukan kerja dalam Panitia Jabatan Bahasa dan Jabatan Sains Sosial yang mendapati hubungan mesra melahirkan kepuasan bekerja pada setiap ahli pasukan (Shek Kwai Fun, 2007). 7
  • 8. Di Samping itu juga, dalam kajian Chin Pek Lian (2004) mendapati kerja berpasukan amat mustahak dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Ketua panitia Kemahiram Hidup Bersepadu haruslah mempengaruhi ahli panitia lain bekerja bagi mencapai matlamat organisasi dan mengekalkan hubungan mesra antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan kejeleketan haruslah diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan antara satu sama lain dan keinginan kekal sebagai ahli pasukan. Menurut hasil kajian Zubaidah Aman dalam Chin Pek Lian (2004) didapati 41.5% guru di enam buah sekolah di negeri Selangor mengakui bahawa mereka tidak mendapat kepuasa kerja dalam profesion ini. Sebanyak 23.9% lagi menyatakan mereka bercadang meletakkan jawatan dan 52.8% mahu bersara awal. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja wujud daripada hubungan mesra antara ahli dalam pasukan kerja. 3.3 Menyelesaikan Pelbagai Masalah Salah satu kepentingan pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Menurut Hisyam (1998) kaedah kerja berpasukan boleh membantu organisasi menyelesaikan pelbagai masalah. Begitu juga menurut Maimunah Aminuddin (1992) pembentukan pasukan adalah kumpulan kerja yang bekerjasama di tempat yang sama dan selalu berjumpa untuk mengawal prestasi, mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Manakala mengikut Tambuan Ghani (1986) penubuhan pasukan kerja mesti ahli-ahlinya bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalam organisasi tempat bekerja. Kerja berpasukan memang dapat membantu organisasi sekolah menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah pengagihan tugasan kerja guru, produktiviti, kepuasan pihak pentadbir serta meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah (Chin Pek Lian, 2007). Di dalam menghadapi sesuatu masalah, setiap ahli mesti bekerjasama, menyumbangkan idea serta tenaga untuk meleraikannya. Oleh itu, dalam mana-mana pasukan kerja di sekolah, pastinya masalah akan timbul, maka dengan itu jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah setiap pasukan perlu duduk semeja untuk berbincang dan mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut agar matlamat pasukan kerja dapat dicapai. 3.4 Perancangan yang lebih baik Perancangan yang akan dilakarkan dan dirancangkan akan menjadi lebih baik apabila terdapat pemikir yang menyumbang idea dalam rancangan tersebut. Oleh itu, kepentingan pasukan kerja disekolah ialah dapat membuat perancangan yang lebih baik. Dapatan kajian 8
  • 9. Pushpalata (2003) dalam Chin Pek Lian (2004) memberikan persetujuan positif seratus peratus yang menyatakan bahawa pasukan kerja panitia di sekolah yang bekerja secara berpasukan akan membuat perancangan yang lebih baik berbanding dengan perancangan individu. Sebuah perancangan yang baik adalah perancangan yang dapat menghasilkan kepada pencapaian matlamat kumpulan kerja. Oleh itu perancangan perlu dirancang dengan bersama dalam kumpulan serta teliti. Menurut Jack Dunham (1995) dalam bukunya yang bertajuk Developing Effective School Management kurikulum kebangsaan peringkat sekolah dapat dilaksanakan kerana terdapat pembentukan pasukan kerja dalam merancang strategi perancangan bersama. 4.0 KEKANGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH Seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang dirancang pasti terdapat halangan untuk memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya. Dalam membentuk sebuah pasukan kerja yang efektif di sekolah terdapat kekangan yang lahir yang menyebabkan matlamat pasukan kerja di dapat dicapai antaranya ialah terdapat kekeliruan matlamat, perbezaan prinsip, kurang komited dan sebagainya. 4.1 Kekeliruan Matlamat Salah satu kekangan yang dihadapi dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah apabila terdapat kekeliruan matlamat. Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam pasukan kerja disekolah adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat dilaksanakan dan diterapkan dalam setiap ahli pasukan. Dalam hal ini, tidak semua anggota memahami hala tuju organisasi masing-masing. Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan yang tidak memahami matlamat ini tidak akan memberikan kerjasama apabila sesuatu program hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu memuaskan. Menurut Kashim (2001) model pasukan kerja efektif oleh Anantaraman dalam (Stoot dan Walker, 1995) dan Mc Donald dan Keys (1996) yang menyatakan bahawa kerja berpasukan 9
  • 10. akan gagal tanpa matlamat yang jelas, tanpa kepimpinan yang efektif dan komunikasi yang berkesan. Oleh itu kejayaan di dalam kerja berpasukan di sekolah ditentukan oleh ahli- ahlinya dan merupakan kejayaan bersama yang sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat pasukan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kejayaan kerja berpasukan terletak kepada objektif penubuhannya. Sekirannya objektif penubuhannya kabur dan sukar difahami oleh ahli-ahli pasukan maka, sudah tentu program dan matlamat yang dirancang tidak akan berjaya. 4.2 Perbezaan Prinsip Perbezaan prinsip merupakan halangan kepada pembentukan pasukan kerja di sekolah. Seperti yang kita ketahui setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan yang berbeza (Handy, 1993). Pastinya masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Perbezaan prinsip membawa banyak keburukan kepada pasukan kerja dan ini seterusnya membawa kepada kegagalan pasukan kerja (Adair, 1988). Hal ini kerana wujud perbezaan prinsip akan membawa kepada kewujudan konflik. Menurut Tuckman (1965) konfli akan timbul apabila beberapa anggapan dicabar. Di peringkat ini nilai adn kebolehlaksanaan tugas dipersoalkan, prinsip kaedah diperbahaskan dan konflik antara individu akan timbul. Oleh itu, sebarang konflik dan pertentangan pendapat dapat diselesaikan secara rundingan. Sebagai contoh, semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan bagi meningkatkan pengetahuan am pelajar. Namun ada beberapa guru yang menetang program tersebut kerana ia akan menjadikan pelajar masalah untuk mengira secara manual. Sehubungan itu, walaupun program ini tetap dilaksanakan, guru ini tidak akan memberikan kerjasama. Oleh itu, perbezaan prinsip adalah halangan dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah. 4.3 Kurang Komited Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja merupakan salah satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang mantap. Mereka tidak dapat member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kepentingan peribadi di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat minimum malah seringkali tidak menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat 10
  • 11. tersebut diadakan di luar waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak siap pada masa. Sebaliknya menurut Bell (1992) komitmen diantara ahli-ahli pasukan amat baik menyebabkan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih luas. Sebagai contoh, seorang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan sentiasa mengelak apabila kelas tambahan ingin diadakan. Pelbagai alasan telah diberikan apabila tugasan ini diberikan pada luar waktu pejabat. Hal ini kerana, guru ini telah mempunyai komited lain iaitu mengajar tuisyen di pusat tuisyen sandakan. Ini dapat membuktikan bahawa guru tersebut lebih fokus kepada pencapaian impian peribadinya berbanding matlamat pasukan kerja. Ini telah menimbulkan perasaan ketidakpuas hatian dalam kalangan guru-guru lain dalam pasukan kerja yang sama. Keadaan ini telah menjejaskan pembentukan pasukan kerja dalam unit Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan. 5.0 KESIMPULAN Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak boleh melakukan sesuatu pekerjaan secara sendirian kerana sebagai manusia kita mempunyai had masing-masing dalam memikul tanggungjawab. Justeru itu, kita memerlukan kerja berpasukan agar dapat mencapai matlamat, meningkatkat produktiviti, penyelesaian pelbagai masalah, mengekalkan hubungan mesra dan sebagainya. Namun begitu, sebagai anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam proses pembinaan pasukan yang mantap ini terutama di sekolah, akan wujud halangan-halangannya. Halangan- halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap kualiti perkhidmatan dan produktiviti. Oleh itu pemimpin pasukan perlu memainkan peranan mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang matlamat sebenar pembentukan pasukan dan matlamat organisasi yang perlu digapai mereka. Menurut Etzioni (1964) pengurus haruslah boleh bekerja secara terbuka dan ikhlas, dalam profesion perguruan, guru haruslah bekerja dalam pasukan yang efektif kerana kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pasukan. Oleh itu, pemimpin haruslah mengambil berat terhadap pembentukan pasukan kerja di sekolah. Ini dapat dibuktikan dalam pernyataan luahan seorang ahli yang pernah bekerja dalam sebuah pasukan iaitu: I know what I have to do and the team’s goals are clear. 11
  • 12. Everyone takes some responsibility for leadership. There is active participation by everyone. I feel appreciated and supported by others. Team members listen when I speak. Different opinions are respected. We enjoy working together. (Blanchard, Carew and Parisi-Carew 1992:20) Pernyataan luahan diatas adalah kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada pembentukan pasukan kerja disekolah amnya. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja disekolah juga menunjukkan peranan kepimpinan guru dalam pembentukan pasukan kerja terseut. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja memberi kepentingan dan kebaikan tetapi juga terdapat kekangan atau halangan dalam pembentukan pasukan kerja yang efektif. 12
  • 13. BIBIOGRAFI Abd. Aziz Yusof. 2000. Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Malaysia: Prentice Hall. Adair, John. 1987. Effective Team Building. London: Gower Publishing Co. Ltd. Atas Talian http://www.smkpp14.net/web_documents/fail-meja-panitia. Di akses pada 05 Mei 2012 pada 2.13 petang Barker, L.H. (1990). Tatal Quality Management For School. Lancester: Technomic Publishing Company. Bell, L. (1992). Managing Teams In Secondary Schools. London: Routledge. Benton A, Douglas. 1998. Applied Human Relations : An Organizational and Skill Development Approach. 6th ed. London : Prentice Hall. Blanchard, K., Carew D. and Parisi-Carew, E. (1992). The One Minute Manager Builds High Performing Teams, London: Harper Collins. Blase, J. & Kirby, P. (1992). Bringing out the best in teachers: What effective principals do. Newbury Park: Corwin Press. 13
  • 14. Chin Pek Lian. 2004. Kerja Berpasukan: Faktor Mempengaruhi dan Pengaruhnya Kepada Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli Dalam Panitian Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kuala Langat. Selangor. Universiti Teknologi Malaysia David J. Holleran. 1997. Team Building in an Elementary School: A Descriptive Case Study. Virginia: Blacksburg. Dyer, W. G. 1987. Teambuilding: Issue and Alternatives. Addision Wesley Publishing Co. Inc. Garner G, Howatd dan Orelave P, Fred. 1995. Teamwork in Human sevices : Models and Application Across the Life Span. Boston : Butterworth-Heinemann. Handy, C. (1993). Understanding Organisation. 4th Ed. Harmondsworth: Penguin. Hisyam Che Mat. (1998). Participants Evaluation of Effectiveness of Teambuilding Programs. Malaysia: Universiti Putra Malaysia. Igram, Hadyn. 1996. Linking Teamwork with Perfomance. Team Performance Management. Vol 02: Issue 4. Jack Dunham. 1995. Developing Effective School Management. 1st ed. London: Routledge Kashim Bin Jaafar. 2001. Pandangan Guru-guru Terhadap Kepentingan dan Faktor-faktor Penentu Pencapaian Kerja Berpasukan di Sekolah di Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman: Universiti Utara Malaysia. Maimunah Aminuddin. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Putai Jin (1993). Work Motivation and Productivity in Voluntarily Formed Work Teams: A Field Study in China. Organizational Behavior and Human Decision Processes. 54(1).133-155. Schneider, A. (1993). Donning a new hat: Becoming a consensus builder. School Bussiness Affairs. 59 (9), 20-22. Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua Panitia Dalam Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian. Tambuan Ghani, Raduwan Safperwan, Josepg Paul. (1986). Kumpulan Kawalan Mutu. Kuala Lumpur : DGP. 14
  • 15. Tuckman, B. W. “Development Sequence In Small Groups”, Psychological Bulletin, 63(6), 384-99. Yusof bin Boon dan Bibi Sakinah bt Haron Khan. 2007. Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar. Universiti Teknologi Malaysia 15