Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

I’TIKAF - MOCK TEACHING.pdf

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Slide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ah
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 11 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Similaire à I’TIKAF - MOCK TEACHING.pdf (20)

Plus récents (20)

Publicité

I’TIKAF - MOCK TEACHING.pdf

  1. 1. I’TIKAF: APAYANG ANDATAHU? RAMADHAN 1443 H – Disediakan oleh Ustaz Hani Jibril Bin Aris
  2. 2. I`TIKAF: Definisi ▪ I’tikaf dari segi Bahasa: ➢ Imam Al-Syafie: Seseorang itu melazimkan ke atas dirinya sesuatu, serta dia mengurung dirinya ke atas perkara tersebut sama ada ianya suatu kebaikan ataupun dosa. ➢ Imam Al-Mawardi: Menetap atau tinggal di atas sesuatu sama ada ianya perkara kebaikan ataupun suatu dosa. Rujuk al-Hawi al-Kabir, al-Mawardi (3/481). ➢ Imam Al-Thabari: ‘Ukuf asalnya adalah menetap, dan seseorang mengurung dirinya ke atas sesuatu. Rujuk Tafsir al-Thabari, Muhammad Bin Jarir (3/549). ➢ Imam Ibn Rajab Al-Hanbali: Iktikaf adalah memutuskan segala perhubungan dari kesemua makhluk untuk bersambung dengan berkhidmat kepada al-Khaliq (pencipta). Rujuk Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab al-Hanbali (Hlm. 339).
  3. 3. I`TIKAF: Definisi ▪ I’tikaf dari segi Syara’: ➢ Menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) yang dilakukan oleh seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan. Rujuk Nihayah al-Muhtaj, al-Ramli (3/213). ➢ Fadhilah Al-Syeikh Dr. Musthafa Al-Bugha pula mendefinisikan iktikaf sebagai: Menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh individu tertentu dengan berniat. Rujuk Ifadah al-Raghibin Syarah Minhaj al-Thalibin, Dr. Musthafa al-Bugha (1/697).
  4. 4. I`TIKAF: Dalil Pensyariatan Iktikaf ▪ Dalil-dalil I’tikaf: ➢ Dalil dari Al-Quran: ِ ‫د‬ِ ‫ج‬ََٰ ‫س‬َ ‫م‬ ۡ ‫ٱل‬ ِ ‫ِف‬ َ ‫ن‬‫و‬ُ ‫ف‬ِ ‫ك‬ََٰ ‫ع‬ ۡ‫م‬ُ‫َنت‬‫أ‬َ ‫و‬ َّ ‫ن‬ُ ‫وه‬ُ ‫ر‬ِ ‫َٰش‬َ‫ب‬ُ‫ت‬ َ ‫َل‬َ ‫و‬ Maksudnya: Dan janganlah kalian bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kalian dalam keadaan kalian sedang beriktikaf di dalam masjid. ➢ Dalil dari Hadith: Riwayat daripada Abdullah Ibn Umar RA beliau berkata: ِ ‫م‬ َ ‫ر‬ِ ‫اخ‬َ ‫َو‬‫أل‬‫ا‬ َ ‫ر‬ْ ‫ش‬َ ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ ‫ف‬ِ ‫ك‬َ‫ت‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ َِّ ‫اَّلل‬ ُ ‫ول‬ُ ‫س‬َ ‫ر‬ َ ‫ن‬‫ا‬َ ‫ك‬ َ ‫ن‬‫ا‬َ ‫ض‬َ ‫م‬َ ‫ر‬ ْ ‫ن‬ Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Riwayat al-Bukhari (2025)
  5. 5. I`TIKAF: Rukun ▪ Rukun-rukun I’tikaf: ➢ Niat: - Hanbali dan Hanafi: Bukanlah rukun I’tikaf - Syafie dan Maliki: Salah satu rukun I’tikaf ➢ Berdiam diri ➢ Di dalam Masjid / surau ➢ Orang beri’tikaf
  6. 6. I`TIKAF: Hukum ▪ Hukum I’tikaf: ➢ Wajib: I’tikaf yang dinazarkan oleh seseorang. Maka wajib ke atasnya melakukan nazarnya. ➢ Sunnah: - Syafie: Hukumnya sunnah muakkad samada dibulan Ramadhan atau bulan lainnya. Sunnah muakkadnya lebih ditekankan pada 10 hari terakhir Ramadhan. - Hanbali: Hukumnya sunnah muakkad dilakukan pada bulan Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan. - Hanafi: Hukumnya sunnah kifayah muakkad pada 10 hari terakhir Ramadhan dan I’tikaf dihari lain hanyalah sunnah. - Maliki: Hukumnya sunnah melakukan I’tikaf pada bila-bila masa. Sunnah muakkad pada bulan Ramadhan dan 10 hari terakhir Ramadhan.
  7. 7. I`TIKAF:Tempoh Masa ▪ Tempoh masa beri’tikaf: ➢ Hanafi dan Maliki: Tempoh masa minimum adalah sehari semalam ➢ Syafie: Tempoh masa minimumnya tidak boleh kurang dari sekali pengucapan sekali perkataan “subhanallah” ➢ Hanbali: Tempoh masa minimumnya ialah melewati waktu solat wajib.
  8. 8. I`TIKAF: Syarat ▪ Syarat beri’tikaf: ➢ Islam ➢ Mumayyiz ➢ Melaksanakan I’tikaf di dalam Masjid: - Syafie: Boleh dilakukan di mana-mana masjid atau surau samada umum atau persendirian. - Hanbali: Boleh dilakukan di masjid yang melakukan solat jemaah. - Hanafi: Bagi lelaki hendaklah dilakukan di Masjid Jamek (masjid yang mempunyai imam dan bilalnya tetap. Manakala wanita hendaklah melakukannya di surau persendiriannya atau surau yang berdekatan rumahnya.
  9. 9. I`TIKAF: Syarat - Maliki: Boleh dilakukan di Masjid yang melakukan solat Jumaat sahaja. Tidak sah melakukan I’tikaf di surau umum atau persendirian, dalam Kaabah dan dalam makam wali. ➢ Niat - Hanbali dan Hanafi ➢ Suci dari hadas besar (haidh, nifas dan junub) - Hanbali dan Syafie - Hanafi: Sah orang dalam keadaan junub beri’tikaf tetapi ia berdosa. Manakala tidak sah bagi wanita yang dalam keadaan haidh atau nifas. - Maliki: Tidak sah bagi wanita dalam keadaan haidh atau nifas beri’tikaf.
  10. 10. I`TIKAF: Perkara PerkaraYang Boleh Dilakukan Oleh OrangYang Beriktikaf ▪ Perbuatan yang boleh dilakukan oleh orang yang sedang beri’tikaf. Antara yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi adalah seperti berikut: ➢Memakai minyak wangi. ➢Bercantik-cantik dalam berpakaian. ➢Makan di dalam masjid. Yang lebih utama adalah makan di atas safrah (kain lapik) ➢Boleh untuk berbekam di dalam masjid dengan syarat selamat dari sebarang percikan yang boleh mengotorkan masjid. ➢Boleh untuk orang yang beriktikaf mengahwinkan orang lain. ➢Bersungguh dalam membaca al-Quran dan mengulangkaji ilmu. ➢Berjual beli. Akan tetapi Imam al-Nawawi memakruhkan perbuatan ini kerana terdapat larangan akannya berdasarkan hadis yang sahih. Rujuk Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/392).
  11. 11. I`TIKAF: Penutup ▪ Akhir kalam, kami menyarankan kepada seluruh umat islam yang mempunyai kelapangan untuk hadir beriktikaf di dalam masjid. Ambillah peluang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan ibadah dalam usaha kita mencari Lailatul Qadr. Ingatlah pesanan Imam Ibn Rajab Al-Hanbali bahawa satu- satunya khalwat (bersendirian) yang disyariatkan buat umat ini hanyalah ibadah iktikaf di dalam masjid. Jadikanlah ia sebagai medan untuk kita bersendirian dengan Allah S.W.T, asyik dalam beribadah kepada-Nya serta merasai kelazatan taat dalam melakukan perintah-Nya. Semoga Allah S.W.T merezekikan kepada kita semua ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr. Ameen.

×