Majlis Rasmi bermaksud majlis formal yang mengandungi tatacara dan protokol. Majlis Rasmi perlu dikelolakan secara profesional oleh mereka yang mempunyai kemahiran mengendalikan majlis rasmi. Ianya bertujuan untuk mengelak berlaku ketidaksempurnaan semasa majlis berlangsung. Kepincangan majlis secara tidak langsung akan menjejaskan imej dan memberi kesan negatif kepada pihak penganjur.