SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
REFLEKSI HARIAN
HARI PERTAMA
ISNIN ( 1 APRIL 2012)
Pada hari pertama, segala aktiviti dijalankan di Kem Seri Banai. Tepat pukul 7.30
pagi saya melangkah ke Kem Seri Banai dengan penuh semangat. saya bersama
rakan-rakan berkumpul di kem seri banai untuk sesi pendaftaran dan sedikit
pemberitahuan. Setelah lengkap dan selesai, kami bergerak ke depan bangunan
GERKO untuk sesi taklimat bersama kem komanden. Kami melakukan kawad kaki,
nyanyian lagu-lagu serta pembaharuan nama kumpulan. Saya yang dahulunya berada
dalam kumpulan ikan kacang telah ditukar kepada ikan baracuda.
Kemudian acara pemasangan khemah bermula kira-kira pukul 9 pagi. Terdapat 6
khemah lelaki dan 6 khemah perempuan. Saya bersam-sama lima orang rakan
daripada kelas yang berlainan telah memulakan pemasangan khemah. Sebelum itu,
kem komanden telah membuat satu demostrasi pemasangan dengan bantuan
beberapa orang peserta lain. Setelah siap pemasangan khemah, kira-kira pukul 10.30,
kami menikmati sedikit kudapan sebelum melanjutkan aktiviti. Setelah siap dalam pukul
11.00 pagi, aktiviti diteruskan dengan ikatan dan simpulan. Sebelum memulakan sesi
ini, AJK makanan telah mungumumkan nama-nama yang terlibat untuk memasak pada
untuk makan tengahari. Dalam kelas ini, kami belajar simpulan-simpulan asas dan
ikatan mudah khusus untuk digunakan ketika membuat rakit nanti. Ikatan dan simpulan
seperti buku sila, bunga keti, ikatan pencuri, fisherman knot, ikatan seraya, ikatan balak
dan lain-lain lagi antara ikatan asas yang telah saya pelajari ketika menghadiri sesi ini.
setelah semua ikatan dipelajari, kira-kira pukul 1.00 petang, kami diberi peluang untuk
makan, solat dan berehat sebentar sebelum ke aktiviti seterusnya.
setelah kami solat dan kemudian makn tengahari secara berjemaah, aktiviti
disambung semula dengan latihan dalam kumpulan(LDK). Aktiviti kali ini dikendalikan
oleh faslitator yang tidak asing lagi iaitu En. Rosli Bin Abdul Wahab. Beliau merupakan
pensyarah kaunseling di jabatan bimbingan dan kaunseling IPDA. Beliau memulakan
aktiviti dengan sedikit permainan memanaskan badan. Kami yang terdiri daripada 8
kumpulan mengasah ketangksan dan sikap kerjasama antara ahli kupulan dengan
permaianan yang dinamakan pemburu, harimau dan hakim. Setelah itu, barulah aktivti
ice breaking ; topik untuk LDK 1 dijalankan. Setelah itu, IPS atau inventori personaliti
Sidek menjadi wahana dalam LDK 2 yang dijalankan selepas minum petang. Tidak
semua peserta terlibat untuk aktiviti kali ini kerana ada yang terlibat untuk memasak
makan malam. Pada LDK kali ini menghendaki kami untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan. Kira-kira pukul 600 petang, aktiviti pun tamat dan kami dibenarkan
untuk sesi persiapan diri. Saya solat secara berjemaah di dewan dan kemudian
bersiap-siap untuk mandi dan makan malam yang disediakan oleh rakan-rakan yang
bertugas.
Selepas selesai makan malam, saya bersama rakan seagama yang lain solat
maghrib secara bejemaah di dewan. Sementara rakan-rakan bukan Islam berkumpul di
dewan jabatan GERKO untuk membincangkan tentang bendera kumpulan masing-
masing. Setelah solat, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh AJK
kerohanian. Kemudian, setelah masuk waktu Isyak, kami solat bersama-sama.
Setelah selesai solat dan berkumpul, En. Rosli sekali lagi berbesar hati untuk
mengendalikan LDK ketiga ini. pada LDK kali ini, kami diterangkan mengenai inventori
yang kami jawab pada LDK 2 tadi. LDK kali ini agak santai kerana En. Rosli hanya
memberi penerangan seperti dalam bilik kuliah dan hanya sedikit regangan dibuat.
Fasilitator mengupas satu demi satu bahagian yaang tersirat dalam inventori ini dan
menerangkan serba sedikit personaliti hasil daripada jawapan kami itu. Saya amat
berpuas hati kerana hasil penerangan En. Rosli mengenai personaliti saya tidak
menghampakan.
Setelah selesai aktiviti LDK yang terakhir untuk hari pertama ini, kami disajikan
dengan makan malam yanng santai juga. Lama juga rasanya tidak makan biskut kering
bersama air teh-o begini. Terasa kesedapannya melebihi makanan-makanan lain
kerana perut saya sudahpun berkeroncong sejak tadi. Kira-kira pukul 10 45 malam,
aktiviti diteruskan lagi dengan pertunjukan memasang rakit oleh kem komanden.
Setelah selesai menunjukkan cara-cara membuat rakit, Kami dikehendaki membuat
praktikal di situ sambil dipantau oleh En. Rahim sendiri. Praktikal ini mengambil masa
yang agak lama kerana ramai di kalangan kami yang tidak mahir dalam ikat-mengikat
ini. En. Rahim terpaksa memberi tunjuk ajar sekali lagi kepada kami. Bagi pelajar yang
sudah mahir, kesempatan ini digunakan untuk membuat logo dan bendera pasukan
memandangkan masa semakin suntuk kerana bendera itu perlu dikibarkan pada
keesokan harinya.
Pada pukul 11.30 malam setelah selesai aktiviti bersama kem komanden, kami
diarahkan pula untuk memunggah barang kedalam lori untuk dibawa ke Kg. Teluk
Nipah esoknya. Antara barang yang perlu dimasukkan ke dalam lori ialah jaket
keselamatan, enjin bot, barang kelengkapan memasak, dan banyak lagi. Kami
bekerjasama memunggah barang-barang ke dalam lori sambil diselia oleh abang Sani,
pengurus stor GERKO. Dalam kekalutan dan keletihan ini, ada juga yang sempat tidur
di kaki lima bangunan GERKO ini. adegan ini sangat melucukan dan sempat dirakam
oleh lensa kamera AJK dokumentasi.
Hampir ke pukul 1.00 pagi, barulah majoriti dari kami dibenarkan tidur sementara
yang lain diminta untuk berkawal malam. Saya terlibat dalam aktiviti berkawal malam
ini. saya ditugaskan untuk berjaga pada pukul 2 - 4 pagi. Saya bersama-sama dengan
rakan yang berkawal pada malam itu dibenarkan tidur di dewan. Terdapat juga
makanan disediakan kepada yang berjaga malam. Alhamdulillah pada malam itu
semuanya selamat dan tiada kejadian-kejadina buruk berlaku.
HARI KEDUA
ISNIN ( 2 APRIL 2012)
Kedengaran azan subuh berkumandang diselang - selikan dengan suara rakan-
rakan yang sedang berkawal mengejutkan saya dari tidur yang sebentar. Bermulalah
hari kedua saya sebagai peserta B.I.G. fasa 1 siri 3 ini. saya bersiap - siap untuk mandi
dan mengemaskan diri. Pada pukul 6.15 pagi, saya dan rakan-rakan berjemaah untuk
menunaikan solat subuh. Seusai solat, saya terus bergegas untuk mengemaskan
barang-barang peribadi yang ingin dibawa ke Kg. Teluk Nipah. Selesai packing, saya
terus ke dewan untuk mengumpulkan peserta-peserta bagi menjamu selera. Pada pagi
ini makanan kami agak berat kerana selepas ini kami memerlukan banyak tenaga untuk
melaksanakan aktiviti seterusnya.
Selesai makan kira-kira pukul 7.30 pagi, saya membantu rakan-rakan lain
mengangkat kelengkapan dapur dan makanan untuk dimuatkan ke dalam lori. Kerana
kami bersiap agak lambat, kami terpaksa mengadakan perhimpuanan sekejap sahaja
untuk membahagikan tempat duduk dalambas nanti. Bas yanng dijangka tiba pada
pukul 7.30 pagi terlewat satu jam. Kira-kira pukul 8.45 barulah kami bertolak ke Kg.
Teluk Nipah. pagi ini amat mencabar kerana kami perlu mengejar masa. Saya
menggunakan masa di dalam bas sepenuhnya untuk berehat bagi menempuh satu
pengembaraan yang lebih mencabar fizikal dan mental selepas ini.
Perjalanan sejauh kira-kira dua jam seperti tidak terasa kerana saya tertidur di
dalam bas. Sesampainya kami; menaiki dua buah bas ke Kg. Teluk Nipah, kami
semuateru berjalan ke tapak perkhemahan kami. Ketua rumah yang mesra dengan
panggilan Pak Darus, menyambut kedatngan kami. Lokasi perkhemahan kami betul-
betul di tengah teluk menyebabkan pemandangan yang disajikan sungguh indah.
Sementara menanti rakan-rakan lain, saya mengambil kesempatan ini untuk menatap
keindahan bumi ciptaan Allah ini. Kira-kira pukul 10.00 pagi, kami berkumpul untuk
meneruskan misi aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat. Kumpulan saya, kumpulan
Baracuda dipecahkan kepada dua kumpulan kecil sama seperti kumpulan lain.dalam
dua kumpulan besar yang terbentuk itu, kami dikehendaki melalui dua jalan yang
berbeza menuju ke puncak bukit yang memisahkan pantai Merdeka dengan Kg. Teluk
Nipah. Saya termasuk dalam team kedua akan memulakan perjalanan dari pantai
Merdeka langsung ke puncak bukit berdekatan.
Setelah team 1 memulakan langkah, kami menyusuli mereka menuju ke lori yang
sedia menunggu. Kami dibawa menaiki lori ke pantai merdeka. Setelah tiba lebih
kurang jam 12.00 tengahari, kami yang diketuai oleh kem komanden dan Ustaz Haji
Othman Azumi menyusuri tepian pantai merdeka. Sebelum itu, kami dikehendaki
berbaris dan perlu berjalan dalam barisan. Saya dipilih untuk mengetuai barisan itu dan
duduk di belakang pensyarah pengiring. Setelah selesai, kami pun berjalan. Pada
ketika itu, cuaca agak terik tetapi disebabkan kami berada di tepi laut, angin yang sepoi-
sepoi bahasa menghalang keterikan itu dari menjilat kulit mulus kami. Kami sampai di
kaki bukit itu. Tebing yang agak curam kami daiki. Perjalanan itu hanya mengambil
masa lebih kurang 15 minit. Sesampainya kami di puncak, kami berehat sambil
menunggu team 1 tiba.
Hampir ke pukul 1 petang, team 1 pun tiba. Kami terus memasak secara
berkumpulan. Lauk pada ketika itu hanyalah sardin dalam tin dan kari ayam dalam tin.
Akan tetapi saya sangat berselera kerana perut sudah lapar. Sesudah itu, kira-kira
pukul 2 petang, saya yang berada di team 2 pun meninggalkan kawasan perkhemahan.
Kami mengambil jalan yang telah diambil oleh team 1 tadi begitu juga sebaliknya.
Perjalanan kami kali ini bagi saya agak mudah kerana menuruni bukit walaupun
terdapat lurah yanng agak sukar untuk dituruni tetapi saya dapat tanganinya dengan
baik. kira-kira hampir ke pukul 3.00 petang, saya dan kumpulan tiba di tapak khemah.
Sesampainya saya di tapak khemah, saya terus menunaikan solat jamak zohor dan
asar. Kemudian saya bersama rakan bergotong royong memasang khemah. Kami tidur
dalam satu khemah secara beramai-ramai. Tapak khemah kami terletak di luar rumah
yang berdekatan dengan laut. Pastinya satu pengalaman yang terindah bagi saya dapat
tidur di kawasan pantai bertatahkan lautan membru di kawasan teluk.
Pada pukul 4.30 petang, aktiviti aut pun bermula. Kami semua berkumpul dan
dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza jantina. Ada peserta yanng tidak turut
serta kerana komitmen untuk memasak juadah makan malam disandang oleh mereka.
Ketika itu air surut. Kami ke tengah laut berdekatan dengan kawasan kapal dan bot
berlabuh. Sesi ini dipanggil water confident dan dikendalikan oleh jurulatih air iaitu En.
Chee Pao Kam. Saya didedahkan dengan cara-cara berenang seperti kuak belakang
dan lain-lain lagi. Saya belajar juga teknik apungan. Alhamdulillah saya dapat
menguasai teknik-teknik itu denga baik. setelah matahari berlabuh, kami pun kembali
ke tapak khemah untuk persiapan diri.
Setelah solat jamak di tepi pantai secara berjemaah, saya selaku naib pengerusi
mengumpulkan anak buah untuk makan malam. Juadah segera iaitu sardin dalam tin
benar-benar membuatkan saya berasa seperti seorang askar. Selepas selesai
menikmati makan malam, kami diminta berkumpul untuk aktiviti membina rakit. Setiap
kumpulan diminta mengambil 4 paip pvc yang panjang dan 6 paip pvc yang pendek
serta seberkas tali. Disebabkan generator yang ada tidak cukup kuasanya, saya
mewakili kumpulan mengangkat pam angin ke chalet berdekatan untuk mengepam tiub
lori yang akan diletakkan di bawah rakit nanti. Setelah kira-kira 48 tiub dipam, saya
kembali ke pasukan saya untuk membuat rakit. Aktiviti ini adalah yang paling mencabar
kerana rakit perlu diikat dengan ketat untuk menglakkannya tenggelam. Setelah
bertungkus lumus sehingga pukul 4.00 pagi alhamdulillah akhirnya siap rakit kami.
Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang menyiapkan rakit. Setelah
berhempas pulas, saya pun tidur.
HARI KETIGA
SELASA ( 3 APRIL 2012)
Saya dikejutkan oleh rakan sebelah untuk bangun dan memulakan
langkah pada hari ketiga B.I.G. ini. saya bangun dengan penuh semangat. Pada pagi
itu saya solat bersama rakan di dalam rumah Pak Darus. Seusai solat, kami beratur
untuk bersarapan pagi. Juadah kali ini ialah nasi goreng berlaukkan sosej dan sardin
serta telur benar-benar membuka selera saya. “kamu perlu makan banyak pagi ini
kerana aktiviti kali ini lebih mencabar berbanding semalam”, kata pensyarah pengiring.
Setelah makan kami dikehendaki berkumpul untuk sedikit senaman. Kami
dikehendaki membuat aktiviti pumping sebanyak 50 kali. Untuk aktiviti kali ini, semua
pelajar akn terlibat kerana makanan telah disediakan oleh pihak luar. Sebelum
menguruskan rakit masing-masing, saya bersama rakan-rakan yang gagah
mengangkat enjin bot yang untuk dipasang di bot. peserta perempuan pula diminta
untuk menolak bot ke laut. Setelah itu, kami diarahkan untuk bersiap-siap dengan
lifebuoy dan rakit masing-masing. Rakit kami perlu diangkat ke gigi air bagi
mengelakkan tiub daripada bocor. Kemudian, setelah selesai mengaturkan rakit, setiap
kumpulan perlu mengaturkan formasi kedudukan supaya rakit masing-masing stabil.
Saya diminta untuk duduk di belakang kerana saya agak berat berbanding dengan ahli
lain yang kurus-kurus belaka.
Rakit kemudian ditolak sehingga ia berlayar dengan sendiri. Kami menaikinya
mengikut formasi yang ditetapkan. Setelah itu, kami terus berkayuh ke tengah lautan
mengikut arahan jurulatih air. Setelah bebrapa lama, rakit kami tidak dapat mengejar
rakit lain. Kemudian saya menawarkan diri untuk berkayuh di tepi dan menukar formasi
dengan rakan sekumpulan. Setelah itu, barulah kami dapat mengejar rakit kumpulan
lain. Aktiviti ini bagi saya sangat seronok. Setelah beberapa lama, semua rakit
dikehendaki untuk merapatkan antara satu sama lain. Perbuatan ini dipanggil rafting
atau raft-up. Ketika ini saya dapat rasakan rakit kami betul-betul stabil. Ketika aktiviti air
ini, kami melakukan dua rafting iaitu semasa di tengah laut menuju ke pantai merdeka
dan ketika hendak pulang ke tapak khemah. Setelah membuat aktiviti rafting yang
pertama, kami diarah untuk berdiri di atas rakit dan membuat satu pusingan 360 darjah
mengelilingi rakit tersebut. Kumpulan kami pada mulanya telah membuahkan hasil
kerana berjaya berpusing sebanyak 180 darjah akan tetapi rakit kami senget dan ada di
antara ahli yang jatuh ke dalam laut. Kemudian, kami diarah untuk lompat dari rakit.
Saya menunjukkan skil dengan melakukan „lipat‟ terjun ke dalam laut. Aktivit ini sangat
mengembirakan. Jurulatih memberi peluang kepada kami untuk berenang dan bermain-
main di dalam air buat seketika. Setelah itu, kami diarahkan kembali ke pantai.
Sesampainya di pantai, kami perlu membuka dan menceraikan bahagian rakit
yang dipasang semalam. Ikatan yang sangat ketat mula memakan diri. Walaupun
kumpulan saya merupakan kumpulan yang terawal sampai di pantai, kami mengambil
masa yang agak lama untuk membuka ikatan-ikatan tersebut. Setelah selesai
membuka ikatan dan memancitkan tiub itu, saya ke khemah untuk membersihkan diri
dan mengemaskan peralatan peribadi.
Setelah selesai bersiap, kami makan tengahari. Saya ada mendengar ura-ura
yang tersebut disedekahkan oleh keluarga salah seorang peserta. Selepas makan
tengahari, kami pun berkemas-kemas dan solat jamak. Saya menolong memasukkan
baran-barang yang diperlukan ke dalam lori. Kemudian kami bersam-sama membuka
khemah dan meletakkannya ke dalam lori. Selepas selesai berkemas, kami sama-sama
menunggu bas datang menjemput kami. Kira-kira pukul 3.00 petang, bas yang ditunggu
pun tiba. Kami menaiki bas seperti yang telah ditetapkan dan memulakan perjalanan.
Setelah sampai ke IPDA kira-kira dua jam kemudian, saya terus menyiapkan diri
dan membersihkan khemah. Kemudian saya menolong rakan-rakan memasak untuk
malam kebudayaan. Dalam pada itu, saya berlatih dengan watak yang diberikan. Dalam
malam kebudayaan nanti, saya memegang watak sebagai bendahara kerajaan Bali,
Indonesia. Watak saya agak penting juga dan memerlukan dialog spontan yan banyak.
Ketika sedang asyik berlatih, azan maghrib pun berkumandang. Lalu kami solat secara
berjemaah. Setelah solat, kami meneruskan latihan.
Sebelum memulakan persembahan, kami diarahkan untuk makan terlebih
dahulu. Makanan kali ini agak istimewa kerana ada ayam dan udang panggang. Juadah
ini ditempah khas dari luar. Kira-kira pukul 10.00 malam, aktiviti malam kebudayaan
bermula. Antara tetamu yang sudi memeriahkan suasana ialah kem komanden sendiri,
jurulatih, mentor dan fasilitator. Sebanyak 8 kumpulan telah bergabung membentuk 4
kumpulan besar yang akan menjadi kerajaan. Setiap kerajaan akan meminang puteri
dari sebuah kerajaan yang diberi nama Kerajaan Jerai. Secara kesuluruhan
persembahan ini memang menghiburkan dan mendapat pujian dari kem komanden.
Sambil melihat persembahan kami, tetamu undangan menjamu selera.
Setelah selesai aktiviti malam kebudayaan, kami masuk ke khemah masing-
masing. Pada malam itu, saya secara sukarela ingin berkawal. Saya berkawal sihingga
kira-kirra pukul 4.00 pagi sebelum tidur di dewan menanti hari penutup.
HARI KEEMPAT
RABU ( 4 APRIL 2012)
Pada pagi yang hening saya terjaga kerana kesejukan akibat bahana hujan pada
petang semalam. Jarum jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Agak terlewat juga. Saya
terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian kami solat secara berjemaah
buat kali yang terakhir untuk program ini. Selesai solat, saya membantu rakan-rakan
menyiapkan sarapan pagi. Kami bersarapan sandwish pada pagi ini. melihat senyuman
dan gelak tawa rakan-rakan, saya tersedar bahawa gelak tawa itu akan menghilang
kerana sebentar lagi program ini akan melabuhkan tirainya. Tiba-tiba kesedihan
menjengah benak saya.
Setelah selesai bersarapan, kami terus kepada program kendalian En. Rosli,
fasilitator kami dengan program LDK 4. Pada program ini, kami diminta mencari
perkataan yang tergolong dalam buah-buahan di sebalik satu set silang kata. “terdapat
30 jenis nama buah yang ada dalam silang kata itu”, kata pensyarah. Kami meneruskan
pencarian secara berkumpulan pula. Kumpulan baracuda iaitu kumpulan saya berjaya
mencari kesemua 30 perkataan itu. Setelah habis masa diberi, kami diminta memilih
satu nama buah dan menerangkan ciri-ciri serta kebaikan buah itu. Kemudian kami
perlu olah kebaikan buah itu untuk menggambarkan sifat serta peribadi kumpulan kami
dan ciri-ciri keguruan yang ada dalam setiap ahli kumpulan baracuda. Kami berjaya
memnuhi setiap permintaan fasilitator itu. Kemudian kami diminta melakarkan di atas
satu kertas mahjong dan membentangkannya kepada rakan-rakan dari kumpulan lain.
Aktiviti LDK ini amat menyeronokkan dan memerlukan kami berfikir ketika mencari huruf
dalam teka silang kata itu. Kumpulan kami sebenarnya telah memilih buah pisang atas
sebab-sebab tertentu. Kumpulan kami telah membentangkan hasil kerja kami dengan
baik dan En. Rosli memuji kumpulan kami.
Setelah selesai aktiviti tersebut kira-kira pukul 10.30 apgi, kami menikmati
kudapan yang disediakan. Pada pukul 11.00 pagi, bermulalah majlis penutupan
program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 3 2012. Majlis ini dikendalikan oleh setiausaha.
Ketika majlis ini, En. Rahim, iaitu kem komanden B.I.G. siri 3 menyampaikan ucapan
dan diikuti oleh Puan Norasyikin selaku ketua unit kokurikulum sekaligus merasmikan
majlis penutupan ini. banyak hadiah dan cenderahati telah disampaikan kepada
pensyarah-pensyarah dan juga setiap kumpulan. Kumpulan kami telah memenangi
hadiah bagi kategori kumpulan paling bekerjasama. Saya sebagai ahli kumpulan amat
berbangga kerana sikap kerjasama kami mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.
Ketika tayangan video yang dibuat oleh AJK dokumentasi, kami dibenarkan
mengambil makanan yang ditaja khas oleh keluarga salah seorang peserta program.
setelah selesai sesi majlis penutupan, kami mengambil kesempatan mengambil
beberapa gambar kenangan bersama rakan-rakan dan pensyarah. Kemudian aktiviti
terakhir adalah sesi mengemas barang. Kami membersihkan kawasan dan khemah
secara bersam-sama. Setelah selesai kira-kira pukul 3.00 petang, barulah kami
bersurai. Alhamdulillah

Contenu connexe

Tendances

Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
zulhilmi94
 
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Syuq Ahmad
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Moon Joanne
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
Noor Syazwanni
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
Jalalludin Ibrahim
 

Tendances (20)

Peranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannyaPeranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannya
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
 
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
2. apa itu kbat
2. apa itu kbat2. apa itu kbat
2. apa itu kbat
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Balutan KRS
Balutan KRSBalutan KRS
Balutan KRS
 
Riwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah sawRiwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah saw
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Tawazun
TawazunTawazun
Tawazun
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 

Similaire à Refleksi harian (20)

Pelantikan pramuka
Pelantikan pramukaPelantikan pramuka
Pelantikan pramuka
 
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetLaporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
 
Aktifitas luar kelas
Aktifitas luar kelasAktifitas luar kelas
Aktifitas luar kelas
 
Indonesia
IndonesiaIndonesia
Indonesia
 
Laporan perjalanan1
Laporan perjalanan1Laporan perjalanan1
Laporan perjalanan1
 
Laporan perjalanan1
Laporan perjalanan1Laporan perjalanan1
Laporan perjalanan1
 
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
 
Laporan perjalanan Pagabe
Laporan perjalanan PagabeLaporan perjalanan Pagabe
Laporan perjalanan Pagabe
 
Bertamasya ke banda
Bertamasya ke bandaBertamasya ke banda
Bertamasya ke banda
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Laporan akhir hp 5
Laporan akhir hp 5Laporan akhir hp 5
Laporan akhir hp 5
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Nama kelompok
Nama kelompokNama kelompok
Nama kelompok
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
 
My Experience
My ExperienceMy Experience
My Experience
 

Plus de jabatan pelajaran malaysia (8)

Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Kohler&gagne
Kohler&gagneKohler&gagne
Kohler&gagne
 
1 alam belajar
1 alam belajar1 alam belajar
1 alam belajar
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Format kertas kerja [compatibility mode]
Format kertas kerja [compatibility mode]Format kertas kerja [compatibility mode]
Format kertas kerja [compatibility mode]
 
Matematik basic baru
Matematik basic baruMatematik basic baru
Matematik basic baru
 
Wawancara dan kertas kerja
Wawancara dan kertas kerjaWawancara dan kertas kerja
Wawancara dan kertas kerja
 

Refleksi harian

  • 1. REFLEKSI HARIAN HARI PERTAMA ISNIN ( 1 APRIL 2012) Pada hari pertama, segala aktiviti dijalankan di Kem Seri Banai. Tepat pukul 7.30 pagi saya melangkah ke Kem Seri Banai dengan penuh semangat. saya bersama rakan-rakan berkumpul di kem seri banai untuk sesi pendaftaran dan sedikit pemberitahuan. Setelah lengkap dan selesai, kami bergerak ke depan bangunan GERKO untuk sesi taklimat bersama kem komanden. Kami melakukan kawad kaki, nyanyian lagu-lagu serta pembaharuan nama kumpulan. Saya yang dahulunya berada dalam kumpulan ikan kacang telah ditukar kepada ikan baracuda. Kemudian acara pemasangan khemah bermula kira-kira pukul 9 pagi. Terdapat 6 khemah lelaki dan 6 khemah perempuan. Saya bersam-sama lima orang rakan daripada kelas yang berlainan telah memulakan pemasangan khemah. Sebelum itu, kem komanden telah membuat satu demostrasi pemasangan dengan bantuan beberapa orang peserta lain. Setelah siap pemasangan khemah, kira-kira pukul 10.30, kami menikmati sedikit kudapan sebelum melanjutkan aktiviti. Setelah siap dalam pukul 11.00 pagi, aktiviti diteruskan dengan ikatan dan simpulan. Sebelum memulakan sesi ini, AJK makanan telah mungumumkan nama-nama yang terlibat untuk memasak pada untuk makan tengahari. Dalam kelas ini, kami belajar simpulan-simpulan asas dan ikatan mudah khusus untuk digunakan ketika membuat rakit nanti. Ikatan dan simpulan seperti buku sila, bunga keti, ikatan pencuri, fisherman knot, ikatan seraya, ikatan balak dan lain-lain lagi antara ikatan asas yang telah saya pelajari ketika menghadiri sesi ini. setelah semua ikatan dipelajari, kira-kira pukul 1.00 petang, kami diberi peluang untuk makan, solat dan berehat sebentar sebelum ke aktiviti seterusnya.
  • 2. setelah kami solat dan kemudian makn tengahari secara berjemaah, aktiviti disambung semula dengan latihan dalam kumpulan(LDK). Aktiviti kali ini dikendalikan oleh faslitator yang tidak asing lagi iaitu En. Rosli Bin Abdul Wahab. Beliau merupakan pensyarah kaunseling di jabatan bimbingan dan kaunseling IPDA. Beliau memulakan aktiviti dengan sedikit permainan memanaskan badan. Kami yang terdiri daripada 8 kumpulan mengasah ketangksan dan sikap kerjasama antara ahli kupulan dengan permaianan yang dinamakan pemburu, harimau dan hakim. Setelah itu, barulah aktivti ice breaking ; topik untuk LDK 1 dijalankan. Setelah itu, IPS atau inventori personaliti Sidek menjadi wahana dalam LDK 2 yang dijalankan selepas minum petang. Tidak semua peserta terlibat untuk aktiviti kali ini kerana ada yang terlibat untuk memasak makan malam. Pada LDK kali ini menghendaki kami untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Kira-kira pukul 600 petang, aktiviti pun tamat dan kami dibenarkan untuk sesi persiapan diri. Saya solat secara berjemaah di dewan dan kemudian bersiap-siap untuk mandi dan makan malam yang disediakan oleh rakan-rakan yang bertugas. Selepas selesai makan malam, saya bersama rakan seagama yang lain solat maghrib secara bejemaah di dewan. Sementara rakan-rakan bukan Islam berkumpul di dewan jabatan GERKO untuk membincangkan tentang bendera kumpulan masing- masing. Setelah solat, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh AJK kerohanian. Kemudian, setelah masuk waktu Isyak, kami solat bersama-sama. Setelah selesai solat dan berkumpul, En. Rosli sekali lagi berbesar hati untuk mengendalikan LDK ketiga ini. pada LDK kali ini, kami diterangkan mengenai inventori yang kami jawab pada LDK 2 tadi. LDK kali ini agak santai kerana En. Rosli hanya memberi penerangan seperti dalam bilik kuliah dan hanya sedikit regangan dibuat. Fasilitator mengupas satu demi satu bahagian yaang tersirat dalam inventori ini dan menerangkan serba sedikit personaliti hasil daripada jawapan kami itu. Saya amat berpuas hati kerana hasil penerangan En. Rosli mengenai personaliti saya tidak menghampakan.
  • 3. Setelah selesai aktiviti LDK yang terakhir untuk hari pertama ini, kami disajikan dengan makan malam yanng santai juga. Lama juga rasanya tidak makan biskut kering bersama air teh-o begini. Terasa kesedapannya melebihi makanan-makanan lain kerana perut saya sudahpun berkeroncong sejak tadi. Kira-kira pukul 10 45 malam, aktiviti diteruskan lagi dengan pertunjukan memasang rakit oleh kem komanden. Setelah selesai menunjukkan cara-cara membuat rakit, Kami dikehendaki membuat praktikal di situ sambil dipantau oleh En. Rahim sendiri. Praktikal ini mengambil masa yang agak lama kerana ramai di kalangan kami yang tidak mahir dalam ikat-mengikat ini. En. Rahim terpaksa memberi tunjuk ajar sekali lagi kepada kami. Bagi pelajar yang sudah mahir, kesempatan ini digunakan untuk membuat logo dan bendera pasukan memandangkan masa semakin suntuk kerana bendera itu perlu dikibarkan pada keesokan harinya. Pada pukul 11.30 malam setelah selesai aktiviti bersama kem komanden, kami diarahkan pula untuk memunggah barang kedalam lori untuk dibawa ke Kg. Teluk Nipah esoknya. Antara barang yang perlu dimasukkan ke dalam lori ialah jaket keselamatan, enjin bot, barang kelengkapan memasak, dan banyak lagi. Kami bekerjasama memunggah barang-barang ke dalam lori sambil diselia oleh abang Sani, pengurus stor GERKO. Dalam kekalutan dan keletihan ini, ada juga yang sempat tidur di kaki lima bangunan GERKO ini. adegan ini sangat melucukan dan sempat dirakam oleh lensa kamera AJK dokumentasi. Hampir ke pukul 1.00 pagi, barulah majoriti dari kami dibenarkan tidur sementara yang lain diminta untuk berkawal malam. Saya terlibat dalam aktiviti berkawal malam ini. saya ditugaskan untuk berjaga pada pukul 2 - 4 pagi. Saya bersama-sama dengan rakan yang berkawal pada malam itu dibenarkan tidur di dewan. Terdapat juga makanan disediakan kepada yang berjaga malam. Alhamdulillah pada malam itu semuanya selamat dan tiada kejadian-kejadina buruk berlaku.
  • 4. HARI KEDUA ISNIN ( 2 APRIL 2012) Kedengaran azan subuh berkumandang diselang - selikan dengan suara rakan- rakan yang sedang berkawal mengejutkan saya dari tidur yang sebentar. Bermulalah hari kedua saya sebagai peserta B.I.G. fasa 1 siri 3 ini. saya bersiap - siap untuk mandi dan mengemaskan diri. Pada pukul 6.15 pagi, saya dan rakan-rakan berjemaah untuk menunaikan solat subuh. Seusai solat, saya terus bergegas untuk mengemaskan barang-barang peribadi yang ingin dibawa ke Kg. Teluk Nipah. Selesai packing, saya terus ke dewan untuk mengumpulkan peserta-peserta bagi menjamu selera. Pada pagi ini makanan kami agak berat kerana selepas ini kami memerlukan banyak tenaga untuk melaksanakan aktiviti seterusnya. Selesai makan kira-kira pukul 7.30 pagi, saya membantu rakan-rakan lain mengangkat kelengkapan dapur dan makanan untuk dimuatkan ke dalam lori. Kerana kami bersiap agak lambat, kami terpaksa mengadakan perhimpuanan sekejap sahaja untuk membahagikan tempat duduk dalambas nanti. Bas yanng dijangka tiba pada pukul 7.30 pagi terlewat satu jam. Kira-kira pukul 8.45 barulah kami bertolak ke Kg. Teluk Nipah. pagi ini amat mencabar kerana kami perlu mengejar masa. Saya menggunakan masa di dalam bas sepenuhnya untuk berehat bagi menempuh satu pengembaraan yang lebih mencabar fizikal dan mental selepas ini. Perjalanan sejauh kira-kira dua jam seperti tidak terasa kerana saya tertidur di dalam bas. Sesampainya kami; menaiki dua buah bas ke Kg. Teluk Nipah, kami semuateru berjalan ke tapak perkhemahan kami. Ketua rumah yang mesra dengan panggilan Pak Darus, menyambut kedatngan kami. Lokasi perkhemahan kami betul- betul di tengah teluk menyebabkan pemandangan yang disajikan sungguh indah. Sementara menanti rakan-rakan lain, saya mengambil kesempatan ini untuk menatap keindahan bumi ciptaan Allah ini. Kira-kira pukul 10.00 pagi, kami berkumpul untuk meneruskan misi aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat. Kumpulan saya, kumpulan Baracuda dipecahkan kepada dua kumpulan kecil sama seperti kumpulan lain.dalam dua kumpulan besar yang terbentuk itu, kami dikehendaki melalui dua jalan yang
  • 5. berbeza menuju ke puncak bukit yang memisahkan pantai Merdeka dengan Kg. Teluk Nipah. Saya termasuk dalam team kedua akan memulakan perjalanan dari pantai Merdeka langsung ke puncak bukit berdekatan. Setelah team 1 memulakan langkah, kami menyusuli mereka menuju ke lori yang sedia menunggu. Kami dibawa menaiki lori ke pantai merdeka. Setelah tiba lebih kurang jam 12.00 tengahari, kami yang diketuai oleh kem komanden dan Ustaz Haji Othman Azumi menyusuri tepian pantai merdeka. Sebelum itu, kami dikehendaki berbaris dan perlu berjalan dalam barisan. Saya dipilih untuk mengetuai barisan itu dan duduk di belakang pensyarah pengiring. Setelah selesai, kami pun berjalan. Pada ketika itu, cuaca agak terik tetapi disebabkan kami berada di tepi laut, angin yang sepoi- sepoi bahasa menghalang keterikan itu dari menjilat kulit mulus kami. Kami sampai di kaki bukit itu. Tebing yang agak curam kami daiki. Perjalanan itu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sesampainya kami di puncak, kami berehat sambil menunggu team 1 tiba. Hampir ke pukul 1 petang, team 1 pun tiba. Kami terus memasak secara berkumpulan. Lauk pada ketika itu hanyalah sardin dalam tin dan kari ayam dalam tin. Akan tetapi saya sangat berselera kerana perut sudah lapar. Sesudah itu, kira-kira pukul 2 petang, saya yang berada di team 2 pun meninggalkan kawasan perkhemahan. Kami mengambil jalan yang telah diambil oleh team 1 tadi begitu juga sebaliknya. Perjalanan kami kali ini bagi saya agak mudah kerana menuruni bukit walaupun terdapat lurah yanng agak sukar untuk dituruni tetapi saya dapat tanganinya dengan baik. kira-kira hampir ke pukul 3.00 petang, saya dan kumpulan tiba di tapak khemah. Sesampainya saya di tapak khemah, saya terus menunaikan solat jamak zohor dan asar. Kemudian saya bersama rakan bergotong royong memasang khemah. Kami tidur dalam satu khemah secara beramai-ramai. Tapak khemah kami terletak di luar rumah yang berdekatan dengan laut. Pastinya satu pengalaman yang terindah bagi saya dapat tidur di kawasan pantai bertatahkan lautan membru di kawasan teluk.
  • 6. Pada pukul 4.30 petang, aktiviti aut pun bermula. Kami semua berkumpul dan dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza jantina. Ada peserta yanng tidak turut serta kerana komitmen untuk memasak juadah makan malam disandang oleh mereka. Ketika itu air surut. Kami ke tengah laut berdekatan dengan kawasan kapal dan bot berlabuh. Sesi ini dipanggil water confident dan dikendalikan oleh jurulatih air iaitu En. Chee Pao Kam. Saya didedahkan dengan cara-cara berenang seperti kuak belakang dan lain-lain lagi. Saya belajar juga teknik apungan. Alhamdulillah saya dapat menguasai teknik-teknik itu denga baik. setelah matahari berlabuh, kami pun kembali ke tapak khemah untuk persiapan diri. Setelah solat jamak di tepi pantai secara berjemaah, saya selaku naib pengerusi mengumpulkan anak buah untuk makan malam. Juadah segera iaitu sardin dalam tin benar-benar membuatkan saya berasa seperti seorang askar. Selepas selesai menikmati makan malam, kami diminta berkumpul untuk aktiviti membina rakit. Setiap kumpulan diminta mengambil 4 paip pvc yang panjang dan 6 paip pvc yang pendek serta seberkas tali. Disebabkan generator yang ada tidak cukup kuasanya, saya mewakili kumpulan mengangkat pam angin ke chalet berdekatan untuk mengepam tiub lori yang akan diletakkan di bawah rakit nanti. Setelah kira-kira 48 tiub dipam, saya kembali ke pasukan saya untuk membuat rakit. Aktiviti ini adalah yang paling mencabar kerana rakit perlu diikat dengan ketat untuk menglakkannya tenggelam. Setelah bertungkus lumus sehingga pukul 4.00 pagi alhamdulillah akhirnya siap rakit kami. Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang menyiapkan rakit. Setelah berhempas pulas, saya pun tidur.
  • 7. HARI KETIGA SELASA ( 3 APRIL 2012) Saya dikejutkan oleh rakan sebelah untuk bangun dan memulakan langkah pada hari ketiga B.I.G. ini. saya bangun dengan penuh semangat. Pada pagi itu saya solat bersama rakan di dalam rumah Pak Darus. Seusai solat, kami beratur untuk bersarapan pagi. Juadah kali ini ialah nasi goreng berlaukkan sosej dan sardin serta telur benar-benar membuka selera saya. “kamu perlu makan banyak pagi ini kerana aktiviti kali ini lebih mencabar berbanding semalam”, kata pensyarah pengiring. Setelah makan kami dikehendaki berkumpul untuk sedikit senaman. Kami dikehendaki membuat aktiviti pumping sebanyak 50 kali. Untuk aktiviti kali ini, semua pelajar akn terlibat kerana makanan telah disediakan oleh pihak luar. Sebelum menguruskan rakit masing-masing, saya bersama rakan-rakan yang gagah mengangkat enjin bot yang untuk dipasang di bot. peserta perempuan pula diminta untuk menolak bot ke laut. Setelah itu, kami diarahkan untuk bersiap-siap dengan lifebuoy dan rakit masing-masing. Rakit kami perlu diangkat ke gigi air bagi mengelakkan tiub daripada bocor. Kemudian, setelah selesai mengaturkan rakit, setiap kumpulan perlu mengaturkan formasi kedudukan supaya rakit masing-masing stabil. Saya diminta untuk duduk di belakang kerana saya agak berat berbanding dengan ahli lain yang kurus-kurus belaka. Rakit kemudian ditolak sehingga ia berlayar dengan sendiri. Kami menaikinya mengikut formasi yang ditetapkan. Setelah itu, kami terus berkayuh ke tengah lautan mengikut arahan jurulatih air. Setelah bebrapa lama, rakit kami tidak dapat mengejar rakit lain. Kemudian saya menawarkan diri untuk berkayuh di tepi dan menukar formasi dengan rakan sekumpulan. Setelah itu, barulah kami dapat mengejar rakit kumpulan lain. Aktiviti ini bagi saya sangat seronok. Setelah beberapa lama, semua rakit dikehendaki untuk merapatkan antara satu sama lain. Perbuatan ini dipanggil rafting atau raft-up. Ketika ini saya dapat rasakan rakit kami betul-betul stabil. Ketika aktiviti air ini, kami melakukan dua rafting iaitu semasa di tengah laut menuju ke pantai merdeka dan ketika hendak pulang ke tapak khemah. Setelah membuat aktiviti rafting yang
  • 8. pertama, kami diarah untuk berdiri di atas rakit dan membuat satu pusingan 360 darjah mengelilingi rakit tersebut. Kumpulan kami pada mulanya telah membuahkan hasil kerana berjaya berpusing sebanyak 180 darjah akan tetapi rakit kami senget dan ada di antara ahli yang jatuh ke dalam laut. Kemudian, kami diarah untuk lompat dari rakit. Saya menunjukkan skil dengan melakukan „lipat‟ terjun ke dalam laut. Aktivit ini sangat mengembirakan. Jurulatih memberi peluang kepada kami untuk berenang dan bermain- main di dalam air buat seketika. Setelah itu, kami diarahkan kembali ke pantai. Sesampainya di pantai, kami perlu membuka dan menceraikan bahagian rakit yang dipasang semalam. Ikatan yang sangat ketat mula memakan diri. Walaupun kumpulan saya merupakan kumpulan yang terawal sampai di pantai, kami mengambil masa yang agak lama untuk membuka ikatan-ikatan tersebut. Setelah selesai membuka ikatan dan memancitkan tiub itu, saya ke khemah untuk membersihkan diri dan mengemaskan peralatan peribadi. Setelah selesai bersiap, kami makan tengahari. Saya ada mendengar ura-ura yang tersebut disedekahkan oleh keluarga salah seorang peserta. Selepas makan tengahari, kami pun berkemas-kemas dan solat jamak. Saya menolong memasukkan baran-barang yang diperlukan ke dalam lori. Kemudian kami bersam-sama membuka khemah dan meletakkannya ke dalam lori. Selepas selesai berkemas, kami sama-sama menunggu bas datang menjemput kami. Kira-kira pukul 3.00 petang, bas yang ditunggu pun tiba. Kami menaiki bas seperti yang telah ditetapkan dan memulakan perjalanan. Setelah sampai ke IPDA kira-kira dua jam kemudian, saya terus menyiapkan diri dan membersihkan khemah. Kemudian saya menolong rakan-rakan memasak untuk malam kebudayaan. Dalam pada itu, saya berlatih dengan watak yang diberikan. Dalam malam kebudayaan nanti, saya memegang watak sebagai bendahara kerajaan Bali, Indonesia. Watak saya agak penting juga dan memerlukan dialog spontan yan banyak. Ketika sedang asyik berlatih, azan maghrib pun berkumandang. Lalu kami solat secara berjemaah. Setelah solat, kami meneruskan latihan.
  • 9. Sebelum memulakan persembahan, kami diarahkan untuk makan terlebih dahulu. Makanan kali ini agak istimewa kerana ada ayam dan udang panggang. Juadah ini ditempah khas dari luar. Kira-kira pukul 10.00 malam, aktiviti malam kebudayaan bermula. Antara tetamu yang sudi memeriahkan suasana ialah kem komanden sendiri, jurulatih, mentor dan fasilitator. Sebanyak 8 kumpulan telah bergabung membentuk 4 kumpulan besar yang akan menjadi kerajaan. Setiap kerajaan akan meminang puteri dari sebuah kerajaan yang diberi nama Kerajaan Jerai. Secara kesuluruhan persembahan ini memang menghiburkan dan mendapat pujian dari kem komanden. Sambil melihat persembahan kami, tetamu undangan menjamu selera. Setelah selesai aktiviti malam kebudayaan, kami masuk ke khemah masing- masing. Pada malam itu, saya secara sukarela ingin berkawal. Saya berkawal sihingga kira-kirra pukul 4.00 pagi sebelum tidur di dewan menanti hari penutup.
  • 10. HARI KEEMPAT RABU ( 4 APRIL 2012) Pada pagi yang hening saya terjaga kerana kesejukan akibat bahana hujan pada petang semalam. Jarum jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Agak terlewat juga. Saya terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian kami solat secara berjemaah buat kali yang terakhir untuk program ini. Selesai solat, saya membantu rakan-rakan menyiapkan sarapan pagi. Kami bersarapan sandwish pada pagi ini. melihat senyuman dan gelak tawa rakan-rakan, saya tersedar bahawa gelak tawa itu akan menghilang kerana sebentar lagi program ini akan melabuhkan tirainya. Tiba-tiba kesedihan menjengah benak saya. Setelah selesai bersarapan, kami terus kepada program kendalian En. Rosli, fasilitator kami dengan program LDK 4. Pada program ini, kami diminta mencari perkataan yang tergolong dalam buah-buahan di sebalik satu set silang kata. “terdapat 30 jenis nama buah yang ada dalam silang kata itu”, kata pensyarah. Kami meneruskan pencarian secara berkumpulan pula. Kumpulan baracuda iaitu kumpulan saya berjaya mencari kesemua 30 perkataan itu. Setelah habis masa diberi, kami diminta memilih satu nama buah dan menerangkan ciri-ciri serta kebaikan buah itu. Kemudian kami perlu olah kebaikan buah itu untuk menggambarkan sifat serta peribadi kumpulan kami dan ciri-ciri keguruan yang ada dalam setiap ahli kumpulan baracuda. Kami berjaya memnuhi setiap permintaan fasilitator itu. Kemudian kami diminta melakarkan di atas satu kertas mahjong dan membentangkannya kepada rakan-rakan dari kumpulan lain. Aktiviti LDK ini amat menyeronokkan dan memerlukan kami berfikir ketika mencari huruf dalam teka silang kata itu. Kumpulan kami sebenarnya telah memilih buah pisang atas sebab-sebab tertentu. Kumpulan kami telah membentangkan hasil kerja kami dengan baik dan En. Rosli memuji kumpulan kami.
  • 11. Setelah selesai aktiviti tersebut kira-kira pukul 10.30 apgi, kami menikmati kudapan yang disediakan. Pada pukul 11.00 pagi, bermulalah majlis penutupan program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 3 2012. Majlis ini dikendalikan oleh setiausaha. Ketika majlis ini, En. Rahim, iaitu kem komanden B.I.G. siri 3 menyampaikan ucapan dan diikuti oleh Puan Norasyikin selaku ketua unit kokurikulum sekaligus merasmikan majlis penutupan ini. banyak hadiah dan cenderahati telah disampaikan kepada pensyarah-pensyarah dan juga setiap kumpulan. Kumpulan kami telah memenangi hadiah bagi kategori kumpulan paling bekerjasama. Saya sebagai ahli kumpulan amat berbangga kerana sikap kerjasama kami mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Ketika tayangan video yang dibuat oleh AJK dokumentasi, kami dibenarkan mengambil makanan yang ditaja khas oleh keluarga salah seorang peserta program. setelah selesai sesi majlis penutupan, kami mengambil kesempatan mengambil beberapa gambar kenangan bersama rakan-rakan dan pensyarah. Kemudian aktiviti terakhir adalah sesi mengemas barang. Kami membersihkan kawasan dan khemah secara bersam-sama. Setelah selesai kira-kira pukul 3.00 petang, barulah kami bersurai. Alhamdulillah