SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  28
Télécharger pour lire hors ligne
PENGANGGURAN
                      DEWAN RAKYAT
                 SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN



1. SOALAN NO: 43 - Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
   JAWAPAN

2. SOALAN TAMBAHAN 1
   JAWAPAN

3. SOALAN TAMBAHAN 2
   JAWAPAN

4. SOALAN TAMBAHAN 3
   JAWAPAN

5. MAKLUMAT TAMBAHAN

6. SOALAN NO: 86 - Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN
   JAWAPAN

7. SOALAN TAMBAHAN 1
   JAWAPAN

8. SOALAN TAMBAHAN 2
   JAWAPAN

9. SOALAN NO: 55 - Y.B. PUAN FONG PO KUAN
   JAWAPAN

10. SOALAN TAMBAHAN 1
    JAWAPAN

11. SOALAN TAMBAHAN 2
    JAWAPAN

12. MAKLUMAT TAMBAHAN

13. SOALAN NO: 100 - Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR
    JAWAPAN

14. SOALAN TAMBAHAN 1
    JAWAPAN
                                                         Kembali


                                                              1
15. SOALAN TAMBAHAN 2
    JAWAPAN

16. SOALAN NO: 19 - Y.B. DR. TAN SENG GIAW
    JAWAPAN




                                             Kembali




                                                  2
SOALAN NO: 43 (S43)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

TARIKH:                30 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri-
negeri. Apakah kesan pakej rangsangan yang dilaksanakan setakat ini dapat menangani
masalah peningkatan jumlah dan kadar pengangguran ini.



                                                                      PR-022-L18929




JAWAPAN (J43):



Tuan Yang di-Pertua,


Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran aktif negara
bagi tahun 2008 adalah 368,500 orang atau 3.3 peratus. Pada suku ketiga tahun 2008,
kadar pengangguran adalah 343,700 orang atau 3.1 peratus.          Jumlah dan kadar
pengangguran mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 adalah seperti berikut:


                                                                              Kembali




                                                                                   3
Negeri                  Bilangan            Kadar Pengangguran (%)

 Johor                               29,300                         2.2

 Kedah                               27,000                         3.8

 Kelantan                            14,500                         2.9

 Melaka                              3,200                          1.1

 Negeri Sembilan                     12,200                         3.1

 Pahang                              15,800                         2.6

 Pulau Pinang                        13,400                         2.0

 Perak                               33,600                         3.8

 Perlis                              2,500                          2.9

 Selangor                            67,800                         3.1

 Terengganu                          13,200                         3.4

 Sabah                               63,800                         4.9

 Sarawak                             51,300                         5.3

 W.P Kuala Lumpur                    18,800                         2.7

 W.P Labuan                          1,900                          5.6

 Jumlah                             368,300                         3.3



Tuan Yang Di Pertua,

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Kementerian telah disediakan peruntukan oleh
Kerajaan bagi melaksanakan Program bagi Pekerja Yang Diberhentikan, Graduan
Menganggur, Belia, JobsMalaysia Centre (JMC),/ Community-Based Employment
Support Service (CESS), Kursus Modular dan Job Creation bagi membantu pekerja
yang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Program tersebut telah
berjaya membantu pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pekerjaan serta



                                                                               4
mengurangkan pengangguran terutamanya yang disebabkan oleh krisis ekonomi global
yang melanda negara. Ini dapat dilihat dari bilangan penempatan yang berjaya dibuat
melalui program tersebut. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 24 Jun 2009 Kementerian
telah berjaya membuat 20,049 penempatan pekerjaan. Bilangan penempatan ini dijangka
akan meningkat apabila pelatih yang sedang mengikuti latihan kemahiran dan
penempatan di bawah program pakej rangsangan tersebut menamatkan kursus mereka
dengan jayanya dan dibuat penempatan.



                                                                           Kembali




                                                                                 5
SOALAN TAMBAHAN 1 (ST43-1)

Kesan daripada kegawatan ekonomi global, berapakah jumlah pekerja tempatan
yang diberhentikan mengikut negeri-negeri dan gender.

Jawapan (J43-1)

Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM), mulai 1 Oktober 2008 sehingga
25 Jun 2009, seramai 30, 111 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja. Daripada
jumlah tersebut, sejumlah 15,716 atau 52.2 peratus adalah pekerja lelaki dan 14, 395 atau
47.8 peratus pekerja wanita.


Dalam tempoh yang sama, jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan mengikut negeri

adalah seperti berikut:


                                                   PEMBERHENTIAN
                           NEGERI
                                                 PEKERJA ( TEMPATAN )

             JOHOR                                                     4,502
             KEDAH                                                     2,066
             KELANTAN                                                   170
             MELAKA                                                    1,769
             N. SEMBILAN                                                947
             PAHANG                                                     338
             PULAU PINANG                                              7,727
             PERAK                                                     1,304
             PERLIS                                                     255
             SELANGOR                                                  6,459
             TERENGGANU                                                 294
             KUALA LUMPUR                                              2,081
             W.P. LABUAN                                                109
             SABAH                                                      188
             SARAWAK                                                   1,902
             JUMLAH                                                   30,111
                                                                                Kembali


                                                                                       6
Soalan Tambahan 2 (ST43-2)

Apakah tindakan Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadar
pengangguran di negara ini melalui pembangunan modal insan yang berkemahiran,
berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi global pada masa
ini.


Jawapan (J43-2) :


Tuan Yang Dipertua,


Ke arah mencapai aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,
kualiti modal insan negara telah dikenal pasti sebagai elemen penting bagi merealisasikan
hasrat tersebut. Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan
usaha berterusan dalam membangunkan modal insan negara yang lebih berkemahiran dan
berdaya saing dalam pasaran buruh sekaligus mengurangkan kadar pengangguran
terutama dalam persekitaran ekonomi global pada masa ini.


Antara strategi-strategi dan pelan tindakan yang sedang diambil bagi membangunkan
modal insan yang berkemahiran dan kompetitif adalah:


       •   Memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran kebangsaan
           melalui penyelarasan dan kerjasama di antara agensi dan industri, pengukuhan
           maklumat Pasaran Sumber Manusia Mahir, peningkatan kapasiti latihan, peluasan
           pelaksanaan   e-latihan,   pembangunan   program   latihan   peringkat    tinggi,
           peningkatan dan peluasan pelaksanaan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN) dan
           program keusahawanan;


       •   Mempertingkatkan Kualiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran antaranya
           dengan mempergiatkan pembangunan NOSS, penambahan tenaga pakar dalam
           pembangunan kurikulum dan penyeragaman peralatan latihan.
                                                                                    Kembali


                                                                                          7
•   Memperluaskan akses dan Peluang untuk Individu antaranya dengan
       meningkatkan akses dari pelbagai sumber, kebolehan dan bakat, serta peningkatan
       program promosi.

   •   Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Mahir oleh Industri antaranya melalui
       peningkatan pengiktirafan pekerja mahir/pakar industri dan memperkukuh jalinan
       kerjasama dengan pihak industri.

   •   Mempertingkatkan Martabat dan Pengiktirafan Kelayakan dan Kerjaya
       Berasaskan Kemahiran antaranya melalui pengiktirafan kemahiran kerajaan dan
       swasta dan penggalakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi tujuan
       perancangan sumber manusia mahir berdasarkan kepada pasaran industri dan
       perkembangan teknologi.


KSM melaksanakan strategi-strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang bagi
memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan tenaga kerja mahir yang
berdaya saing dan berdaya tahan mengikut acuan sendiri. Pengukuhan sistem latihan dan
pembangunan kemahiran yang lebih bersistematik dapat membangunkan tenaga kerja
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai yang positif. Ini
bukan sahaja dapat menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran di negara ini,
malah akan dapat membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan
dan antarabangsa.


                                                                             Kembali




                                                                                    8
Soalan Tambahan 3 (ST43-3)


Apakah faktor-faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengangguran di kalangan
graduan?


Jawapan (J43-3) :
Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan di pasaran pekerjaan. Ini disebabkan
oleh kualiti pendidikan negara yang telah meningkat di mana ramai pelajar berjaya
menamatkan pelajaran di peringkat tinggi sama ada diploma atau ijazah. Dalam keadaan
ini, pasaran bagi sesetengah pekerjaan menjadi terhad dan menyebabkan sebahagian
graduan tidak memperoleh pekerjaan mengikut kelayakan mereka.


Ramai graduan tidak mempunyai sikap dan komitmen yang positif yang mampu
meyakinkan majikan. Sikap dan tanggapan negatif majikan terhadap graduan yang terlalu
memilih pekerjaan dari segi gaji, tempat kerja dan masa bekerja masih menjadi faktor
utama mempengaruhi tanggapan majikan sebelum menggaji graduan. Ramai graduan
yang suka bertukar-tukar kerja kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang boleh
memberikan kepuasan dan faedah secara optimum.


Sikap kurang survival terhadap pekerjaan di kalangan graduan berlaku apabila mereka
tidak begitu serius memasuki pasaran pekerjaan. Ini disebabkan taraf hidup keluarga yang
tinggi mendorong mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan apabila tiba keperluan
untuk bekerja.


Sesetengah majikan juga menawarkan gaji yang tidak setanding dengan kelulusan dan
kelayakan graduan dengan alasan graduan masih baru dan tidak berpengalaman.


Graduan juga tidak menyediakan diri dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam
Bahasa Inggeris dan soft-skill sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang
pekerjaan.
                                                                               Kembali


                                                                                      9
MAKLUMAT TAMBAHAN (MT43)



Kadar Pengangguran

Berdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia, kadar pengangguran meningkat pada Januari 2009 kepada 3.8 peratus
berbanding 3.4 peratus pada Disember 2008. Peningkatan sebanyak 0.4 mata peratus ini
disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur daripada 380.2 ribu orang
kepada 432.7 ribu orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja daripada 10.85 juta
orang kepada 10.82 juta orang. Kadar pengangguran mencatatkan peningkatan signifikan
pada Februari 2009 kepada 4.1 peratus daripada 3.8 peratus pada Januari 2009.
Peningkatan kadar pengangguran ini disebabkan oleh peningkatan berterusan bilangan
penganggur daripada 333.5 ribu orang pada November 2008 kepada 463.9 ribu orang
pada Februari 2009. Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus pada
Mac 2009 iaitu kepada 4.0 peratus daripada 4.1 peratus pada Februari 2009. Ini
disumbangkan oleh penurunan bilangan penganggur sebanyak 20,400 orang iaitu
daripada 463.9 ribu kepada 443.5 ribu orang.



Pemberhentian Pekerja

Persekitaran    ekonomi   global   semasa      menyebabkan    syarikat-syarikat   terpaksa
memberhenti     atau   mengurangkan    operasi    yang   menyumbang       kepada    kadar
pengangguran.     Rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM) menunjukkan jumlah
pekerja yang diberhentikan mulai Januari hingga 24 Jun 2009 adalah seramai 26,922
orang. Data menunjukkan terdapat peningkatan jumlah perberhentian pekerja pada bulan
Februari (7,132) berbanding Januari 2009 (5,812).            Walau bagaimanapun, tren
perberhentian pekerja mulai bulan Februari hingga Mei telah menunjukkan penurunan di
mana jumlah pekerja yang diberhentikan pada bulan Mei 2009 adalah seramai 3,085
orang.

                                                                                  Kembali




                                                                                        1
Penempatan Pencari Kerja

1 Januari-25 Jun 2009 -     20,049 (9,098 melalui JobsMalaysia dan 10,951 melalui
Program Penempatan Pekerjaan (3P) )

Bagi menangani masalah peningkatan kadar pengangguran sejak 1 Oktober 2008,
pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan di bawah pakej rangsangan
ekonomi. Pelaksanaan portal atau sistem JobsMalaysia membantu para pencari kerja
dipadankan mengikut kelayakan dengan jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-
syarikat yang    berdaftar dengan sistem ini. Penubuhan Jawatankuasa Tripartite
Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri turut membantu
pencari kerja mendapatkan pekerjaan di mana secara langsung ia membantu
mengurangkan masalah pengangguran.



Kementerian juga telah menubuhkan 80 Bilik Operasi di seluruh negara bertujuan untuk:

   i)     Membantu penganggur dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

   ii)    Mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan.

   iii)   Memantau secara proaktif kekosongan jawatan di sektor awam dan swasta dan
          seterusnya menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak
          majikan.

   iv)    Memantau insiden laporan pemberhentian pekerja yang menyebabkan
          berlakunya pengangguran.

   v)     Mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian
          secara sukarela (VSS) dan pemberhentian sentara (lay-off).

   vi)    Memberi     khidmat    nasihat   kepada   majikan   dalam    garis   panduan
          pemberhentian pekerja, antara lainnya, memberhentikan pekerja asing terlebih
          dahulu sebelum pekerja tempatan diberhentikan sekiranya pemberhentian
          pekerja tidak dapat dielakkan.



                                                                               Kembali


                                                                                    1
SOALAN NO: 86 (S86)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN

TARIKH:                30 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN [ Alor Gajah ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kesan langkah-langkah Kementerian untuk
menarik minat pekerja tempatan untuk mengisi lebih 209,600 peluang pekerjaan dalam
lima sektor pada tahun ini seperti diumumkan Y.B. Menteri bulan lalu.

                                                                        PR-022-L18470



JAWAPAN (J86):



Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Penggantian Pekerja
Asing dengan Pekerja Tempatan yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan
terhadap tenaga kerja asing serta membantu menempat dan meningkatkan pendapatan
pekerja tempatan secara tetap atau separuh masa. KSM mensasarkan seramai 209,675
pekerja asing dapat digantikan dengan pekerja tempatan ataupun 20,000 penempatan
pekerja tempatan sebulan.


                                                                              Kembali




                                                                                   1
Sektor-sektor yang terlibat dalam program ini adalah sektor pembuatan, perkhidmatan,
perladangan, pertanian dan pembinaan. Pekerja-pekerja tempatan kurang berminat untuk
bekerja di dalam sektor tersebut kerana ianya kurang menarik di samping persekitaran
kerja yang kurang kondusif. KSM telah mengenalpasti majikan yang menggajikan
pekerja asing yang bekerja lebih daripada 3 tahun, termasuk yang telah mendapat
Perakuan Kemahiran untuk bekerja lebih daripada 5 tahun oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selepas
mengenalpasti syarikat yang terlibat, pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja akan
membuat lawatan ke syarikat-syarikat ini dan mempromosikan program ini.


Memandangkan program ini baru sahaja dilancarkan, bilangan pekerja asing yang
digantikan dengan pekerja tempatan adalah kecil. Walau bagaimanapun, KSM akan terus
menjalankan promosi termasuk mengadakan program untuk mengubah minda pekerja
dan majikan. Kementerian percaya program ini akan mencapai kejayaan dengan adanya
komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.


                                                                           Kembali




                                                                                  1
Soalan Tambahan 1 (ST86-1)


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan majikan lebih cenderung menggajikan
pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu.


JAWAPAN (J86-1):


Tuan Yang Di Pertua,


Majikan tempatan lebih cenderung menggaji pekerja asing atas sebab-sebab seperti
berikut:-

   i) Sikap memilih pekerjaaan di kalangan pencari kerja tempatan serta kurang minat
       untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan;

   ii) Kesukaran untuk mengekalkan pekerja tempatan bekerja di tempat mereka dan
       kekerapan pekerja tempatan bertukar pekerjaan kerana mencari peluang yang
       lebih baik samaada dari segi gaji dan persekitaran. Berbanding pekerja asing di
       mana mereka terikat dengan kontrak yang melarang mereka bertukar majikan
       sesuka hati;

   iii) Pekerja asing mudah dikawal dari segi kehadiran, masa bekerja dan displin
       disamping mereka lebih komited kepada pekerjaan mereka.



                                                                               Kembali




                                                                                       1
Soalan Tambahan 2 (ST86-2)

Apakah    langkah-langkah     yang    diambil    oleh   Kerajaan    supaya    majikan
mengutamakan penggajian rakyat tempatan berbanding pekerja asing.

Jawapan (J86-2) :

Tuan Yang Dipertua,


Penggajian pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di
industri-industri tertentu terutamanya di sektor yang tidak dapat di penuhi oleh rakyat
tempatan. Untuk memastikan penggajian pekerja asing ini tidak menjejaskan peluang
pekerjaan rakyat tempatan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dan sedang
mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan pekerja asing seperti berikut:



   •   Mewajibkan majikan      mengiklankan kekosongan jawatan melalui portal
       JobsMalaysia dan mengambil calon-calon yang sedia berdaftar di dalamnya
       sebelum permohonan untuk menggajikan pekerja asing boleh dipertimbangkan.



   •   Menetapkan siling penggajian pekerja asing mengikut sektor berasaskan
       keperluan sebenar majikan dan selaras dengan keperluan guna tenaga negara;



   •   Mengkaji semula amalan outsourcing dalam penggajian bagi mengelakkan
       lambakan pekerja asing di dalam pasaran pekerjaan;



   •   Meletakkan tanggungjawab pembayaran levi ke atas majikan bagi tujuan
       mengurangkan kecenderungan majikan untuk menggaji pekerja asing berbanding
       pekerja tempatan;

                                                                              Kembali




                                                                                     1
•   Menggalakkan industri-industri    yang berintensifkan buruh meningkatkan
    penggunaan teknologi dan automasi dalam operasi mereka serta menggiatkan lagi
    pelaksanaan industrialised building system (IBS) dalam indusri pembinaan.
    Sehubungan dengan ini, program latihan kemhiran akan dipertingkatkan bagi
    menyediakan tenaga kerja tempatan yang akan diperlukan oleh industri ini.



                                                                           Kembali




                                                                                1
SOALAN NO: 55 (S55)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. PUAN FONG PO KUAN

TARIKH:                30 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. PUAN FONG PO KUAN [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untuk
bekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak,
mengapa. Jika ya, apakah bentuk galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akan
dikurangkan.



                                                                      PR-022-L18520

JAWAPAN (J55):



Tuan Yang di-Pertua,


Malaysia merupakan sebuah negara ke arah mengamalkan mobiliti modal insan secara
terbuka. Sehubungan dengan itu Kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranya
warganegara Malaysia ingin bekerja di luar negara walaupun ketika negara sedang
mengalami krisis ekonomi global. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan
untuk memilih pekerjaan sama ada di dalam mahupun di luar negara dan Kerajaan tidak
dapat menghalang mereka daripada bekerja di luar negara.


                                                                             Kembali



                                                                                    1
Tuan Yang di Pertua,


Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak bercadang mengadakan
langkah-langkah tertentu untuk menyekat pengaliran tenaga profesional tempatan ke luar
negara. Walau bagaimanapun, KSM sentiasa berusaha dan menggalakkan supaya
warganegara Malaysia berkepakaran yang bermastautin dan bekerja di luar negara untuk
kembali ke Malaysia bagi tujuan memanfaatkan kepakaran mereka yang diperoleh di luar
negara ke Malaysia dan membantu memajukan negara kita. Dalam usaha ini, KSM telah
menyediakan program dan insentif untuk menarik mereka kembali berkhidmat di
Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan pakar dan seterusnya mewujudkan
kumpulan tenaga kerja bertaraf dunia di Malaysia.


                                                                             Kembali




                                                                                    1
Soalan Tambahan 1 (ST55-1)


Apakah punca-punca utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama daripada
golongan profesional untuk bekerja di luar negara.


Jawapan (J55-1)


Di antara faktor-faktor utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama golongan
profesional bekerja di luar negara adalah seperti berikut:


iv)    Gaji dan lain-lain faedah pekerjaan yang lebih menarik ditawarkan oleh syarikat-
       syarikat di luar negara seperti Singapura, Timur Tengah, Eropah dan Amerika
       Syarikat dalam bidang seperti perubatan, hospitaliti, pembinaan, kewangan,
       perniagaan, ICT, dan kejururawatan bekerja di negara tersebut; dan
v)     Keinginan rakyat Malaysia terutamanya pelajar untuk bekerja di luar negara
       setelah    menamatkan pengajian bagi menimba pengalaman, meningkatkan
       kemahiran dan memperoleh pendapatan yang tinggi.


                                                                              Kembali




                                                                                     1
Soalan Tambahan 2 (ST55-2)


Apakah insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kementerian untuk menarik tenaga
pakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara kembali bekerja di Malaysia.


Jawapan (J55-2):


Kerajaan menawarkan insentif kepada rakyat Malaysia yang berkepakaran untuk pulang
dan berkhidmat di Negara ini. Antara insentif yang ditawarkan adalah:


•   Semua barangan persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai;


•   Dua (2) buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais
    dan cukai jualan. Bagi permohonan oleh suami isteri, bilangan kereta yang
    dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan adalah dihadkan
    kepada dua (2) buah kereta sahaja;



•   Isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf
    Pemastautin Tetap (PR) dalam tempoh enam (6) bulan selepas balik ke Malaysia;



•   Anak-anak pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah
    antarabangsa apabila kembali ke Malaysia. Kemudahan ini tidak terpakai bagi anak-
    anak pemohon yang lahir di Malaysia selepas daripada tarikh kembali bermastautin
    di Malaysia;



•   Pemohon-pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem pemanduan
    sebelah kiri (left-hand drive) dibenarkan membeli dan membawa masuk kereta
    daripada negara ketiga (menggunakan pemanduan sebelah kanan). Berkuat kuasa
    mulai 15 Januari 2005; dan
                                                                               Kembali


                                                                                      2
•   Bagi pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta import ke Malaysia atas apa-
    apa sebab, dibenarkan membeli kereta yang dipasang/di kilang di dalam negara dan
    layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kereta dihadkan
    kepada dua (2) buah sahaja termasuk kereta yang telah dibawa balik dari luar negara.
    Insentif ini adalah layak diperoleh oleh pemohon yang telah diluluskan di bawah
    Program Khas ini selepas 2 Mac 2005 serta pemohon yang telah diluluskan sebelum
    2 Mac 2005 tetapi kembali ke Malaysia selepas 2 Mac 2005 dan masih dalam
    tempoh sah laku kelulusan dari Kementerian Sumber Manusia.


                                                                               Kembali




                                                                                      2
Maklumat Tambahan (MT55)


Bilangan rakyat Malaysia yang memohon untuk menukar kerakyatan kepada
kerakyatan Singapura


Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Singapura, mulai Januari hingga Mac 2009, seramai 1210 rakyat Malaysia yang bekerja
di Singapura memohon untuk menukar kerakyatan antaranya disebabkan mereka telah
lama bekerja di Negara tersebut..




Bilangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar Negara


Dalam kajian oleh Winters, et al. pada tahun 2007, seramai 785, 000 atau 3.3% orang
rakyat Malaysia tinggal di luar Negara iaitu kira-kira 314,00 (40%) di Singapura, 235,500
(30%) di USA, Canada, New Zealand dan UK, 157,000 (20%) di Brunei, Filipina dan
Indonesia dan 78,500 (10%) di lain-lain Negara .


                                                                                Kembali




                                                                                       2
SOALAN NO: 100 (S100)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR

TARIKH:                24 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagi
tahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjaya
mendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur.



                                                                 PR-022-L19588



JAWAPAN (J100):



Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan portal JobsMalaysia yang berfungsi
sebagai hub pencarian pekerjaan dan penawaran pekerjaan secara online. Melalui
perkhidmatan ini, permohonan pencari kerja akan dipadankan dengan kekosongan
jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian kelayakan
akademik dan pengalaman kerja.


                                                                        Kembali




                                                                              2
Jumlah pencari kerja baru yang mendaftar dengan JobsMalaysia pada tahun 2008 adalah
seramai 172,772 orang. Bagi suku pertama tahun 2009, seramai 75,090 pendaftar baru
telah direkodkan dalam sistem ini.

Penempatan yang telah berjaya dilakukan oleh sistem ini bagi tahun 2008 adalah seramai
25,911 atau 15%. Bagi suku pertama tahun ini pula, seramai 5,464 orang atau 7.3% telah
berjaya ditempatkan. Bilangan mereka yang berjaya dibuat penempatan mungkin lebih
tinggi sekiranya semua yang berjaya mendapat pekerjaan melaporkan kepada KSM.



Disamping itu, KSM juga berjaya membantu seramai 29,417 orang pencari kerja
mendapatkan pekerjaan melalui aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan seperti Program
Penempatan Pekerjaan (3P) mulai bulan Februari 2009. Pada suku pertama tahun 2009,
melalui aktiviti yang sama, seramai 8,081 orang telah berjaya mendapat pekerjaan.


                                                                               Kembali




                                                                                    2
Soalan Tambahan 1 (ST100-1)


Apakah program yang dirangka Kementerian bagi mempertingkatkan peluang
mendapatkan      pekerjaan     kepada      golongan   siswazah   dan   pekerja    yang
diberhentikan dalam menghadapi krisis ekonomi global.


JAWAPAN (J100-1)


Tuan Yang Di Pertua,

KSM telah merancang strategi yang tertentu dalam usaha menjamin peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global yang mengakibatkan
banyak syarikat yang memberhentikan pekerja serta membekukan pengambilan pekerja
baru. Antara langkah yang diambil bagi membantu gulongan siswazah dan pekerja yagn
diberhentikan dalam konteks ini adalah :


   vi) Pelaksanaan Program Penempatan Pekerjaan di seluruh negara. Program ini telah
       dilancarkan pada 28 Februari 2009 di Shah Alam, Selangor.

   vii) Pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) bagi pekerja
       yang diberhentikan serta graduan menganggur. Di samping itu KSM juga akan
       melaksanakan Program Melatih dan Mengekalkan Pekerja (Train and Retain)
       dengan kerjasama industri bagi mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan.

   viii)Membekukan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi        sektor elektrik dan
        elektronik, pakaian dan tekstil serta perkhidmatan.


                                                                             Kembali




                                                                                     2
SOALAN TAMBAHAN 2 (ST100-2)


Berapakah jumlah pencari kerja yang berdaftar mengikut pecahan kaum dan
jantina di Malaysia.



JAWAPAN (J100-2):


Tuan Yang di-Pertua,


Portal JobsMalaysia YANG dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi
membolehkan pencari kerja mendaftar untuk memperolehi pekerjaan. Sistem ini
berupaya merekodkan bilangan pencari kerja yang mendaftar dan menggunakan aplikasi
ini.

Bilangan pencari kerja berdaftar sehingga 19 Jun 2009 adalah seperti berikut:



       BILANGAN PENCARI KERJA BERDAFTAR MENGIKUT KAUM DAN
                    JANTINA SEHINGGA 19 JUN 2009

           KAUM                                           JANTINA
                                          LELAKI                        PEREMPUAN
           Melayu                          128,151                          156,077

             Cina                           4,794                               4,676

            India                           6,750                               8,623

          Lain_Lain                         14,663                          17,793

         Jumlah Besar                      154,358                          187,169



                                                                                   Kembali



                                                                                        2
SOALAN NO: 19 (S19)


         PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            BERTULIS

DARIPADA:              Y.B. DR. TAN SENG GIAW



SOALAN:

Y.B. DR. TAN SENG GIAW [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan keadaan pengangguran di negara ini dan cara-cara untuk mengatasinya.


                                                                     PR-022-T20144



JAWAPAN (J19):



Tuan Yang di-Pertua,


Kadar pengangguran negara yang dicatatkan hasil dari Penyiasatan Tenaga Buruh yang
dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008 adalah 3.3% atau
368,500 orang. Kadar ini menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun
2007 iaitu 3.2% atau 351,400 orang.


Bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membantu penganggur mendapatkan
pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan pelbagai strategi
seperti berikut:
                                                                            Kembali




                                                                                  2
i.     Mewujudkan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di
       peringkat kebangsaan dan negeri yang bertujuan untuk memantau dan mengatasi
       impak krisis ekonomi terhadap pekerja yang diberhentikan.


ii     Penubuhan 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja di seluruh
       negara bagi membantu penempatan pekerjaan.


iii.   Menyediakan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja (GPPP) sebagai panduan
       kepada majikan berkaitan pengurusan pemberhentian pekerja.


iv.    Menganjurkan Program Penempatan Pekerjaaan (3P) (Jobs Placement Program)
       sekali sebulan di 15 lokasi seluruh negara dengan menyediakan kemudahan bagi
       majikan mengadakan temu duga terbuka.


v.     Melaksanakan program latihan dan penempatan (Train & Place) bagi    pekerja-
       pekerja yang diberhentikan kerja, belia dan siswazah menganggur untuk
       membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran
       pekerjaan semasa.


vi     mengadakan program CESS (Community Based Employment Support Services)
       yang bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar
       melalui pelbagai aktiviti dan program yang diatur dengan menggunakan
       JobsMalaysia serta dibantu oleh pegawai pembimbing kerjaya dari Kementerian
       saya.


                                                                           Kembali




                                                                                 2

Contenu connexe

En vedette

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

En vedette (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Pengaliran sumber manusia

  • 1. PENGANGGURAN DEWAN RAKYAT SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN 1. SOALAN NO: 43 - Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM JAWAPAN 2. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN 3. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN 4. SOALAN TAMBAHAN 3 JAWAPAN 5. MAKLUMAT TAMBAHAN 6. SOALAN NO: 86 - Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN JAWAPAN 7. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN 8. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN 9. SOALAN NO: 55 - Y.B. PUAN FONG PO KUAN JAWAPAN 10. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN 11. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN 12. MAKLUMAT TAMBAHAN 13. SOALAN NO: 100 - Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR JAWAPAN 14. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN Kembali 1
  • 2. 15. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN 16. SOALAN NO: 19 - Y.B. DR. TAN SENG GIAW JAWAPAN Kembali 2
  • 3. SOALAN NO: 43 (S43) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM TARIKH: 30 JUN 2009 SOALAN: Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri- negeri. Apakah kesan pakej rangsangan yang dilaksanakan setakat ini dapat menangani masalah peningkatan jumlah dan kadar pengangguran ini. PR-022-L18929 JAWAPAN (J43): Tuan Yang di-Pertua, Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran aktif negara bagi tahun 2008 adalah 368,500 orang atau 3.3 peratus. Pada suku ketiga tahun 2008, kadar pengangguran adalah 343,700 orang atau 3.1 peratus. Jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 adalah seperti berikut: Kembali 3
  • 4. Negeri Bilangan Kadar Pengangguran (%) Johor 29,300 2.2 Kedah 27,000 3.8 Kelantan 14,500 2.9 Melaka 3,200 1.1 Negeri Sembilan 12,200 3.1 Pahang 15,800 2.6 Pulau Pinang 13,400 2.0 Perak 33,600 3.8 Perlis 2,500 2.9 Selangor 67,800 3.1 Terengganu 13,200 3.4 Sabah 63,800 4.9 Sarawak 51,300 5.3 W.P Kuala Lumpur 18,800 2.7 W.P Labuan 1,900 5.6 Jumlah 368,300 3.3 Tuan Yang Di Pertua, Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Kementerian telah disediakan peruntukan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Program bagi Pekerja Yang Diberhentikan, Graduan Menganggur, Belia, JobsMalaysia Centre (JMC),/ Community-Based Employment Support Service (CESS), Kursus Modular dan Job Creation bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Program tersebut telah berjaya membantu pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pekerjaan serta 4
  • 5. mengurangkan pengangguran terutamanya yang disebabkan oleh krisis ekonomi global yang melanda negara. Ini dapat dilihat dari bilangan penempatan yang berjaya dibuat melalui program tersebut. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 24 Jun 2009 Kementerian telah berjaya membuat 20,049 penempatan pekerjaan. Bilangan penempatan ini dijangka akan meningkat apabila pelatih yang sedang mengikuti latihan kemahiran dan penempatan di bawah program pakej rangsangan tersebut menamatkan kursus mereka dengan jayanya dan dibuat penempatan. Kembali 5
  • 6. SOALAN TAMBAHAN 1 (ST43-1) Kesan daripada kegawatan ekonomi global, berapakah jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan mengikut negeri-negeri dan gender. Jawapan (J43-1) Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM), mulai 1 Oktober 2008 sehingga 25 Jun 2009, seramai 30, 111 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 15,716 atau 52.2 peratus adalah pekerja lelaki dan 14, 395 atau 47.8 peratus pekerja wanita. Dalam tempoh yang sama, jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan mengikut negeri adalah seperti berikut: PEMBERHENTIAN NEGERI PEKERJA ( TEMPATAN ) JOHOR 4,502 KEDAH 2,066 KELANTAN 170 MELAKA 1,769 N. SEMBILAN 947 PAHANG 338 PULAU PINANG 7,727 PERAK 1,304 PERLIS 255 SELANGOR 6,459 TERENGGANU 294 KUALA LUMPUR 2,081 W.P. LABUAN 109 SABAH 188 SARAWAK 1,902 JUMLAH 30,111 Kembali 6
  • 7. Soalan Tambahan 2 (ST43-2) Apakah tindakan Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadar pengangguran di negara ini melalui pembangunan modal insan yang berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi global pada masa ini. Jawapan (J43-2) : Tuan Yang Dipertua, Ke arah mencapai aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, kualiti modal insan negara telah dikenal pasti sebagai elemen penting bagi merealisasikan hasrat tersebut. Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan usaha berterusan dalam membangunkan modal insan negara yang lebih berkemahiran dan berdaya saing dalam pasaran buruh sekaligus mengurangkan kadar pengangguran terutama dalam persekitaran ekonomi global pada masa ini. Antara strategi-strategi dan pelan tindakan yang sedang diambil bagi membangunkan modal insan yang berkemahiran dan kompetitif adalah: • Memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran kebangsaan melalui penyelarasan dan kerjasama di antara agensi dan industri, pengukuhan maklumat Pasaran Sumber Manusia Mahir, peningkatan kapasiti latihan, peluasan pelaksanaan e-latihan, pembangunan program latihan peringkat tinggi, peningkatan dan peluasan pelaksanaan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN) dan program keusahawanan; • Mempertingkatkan Kualiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran antaranya dengan mempergiatkan pembangunan NOSS, penambahan tenaga pakar dalam pembangunan kurikulum dan penyeragaman peralatan latihan. Kembali 7
  • 8. Memperluaskan akses dan Peluang untuk Individu antaranya dengan meningkatkan akses dari pelbagai sumber, kebolehan dan bakat, serta peningkatan program promosi. • Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Mahir oleh Industri antaranya melalui peningkatan pengiktirafan pekerja mahir/pakar industri dan memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak industri. • Mempertingkatkan Martabat dan Pengiktirafan Kelayakan dan Kerjaya Berasaskan Kemahiran antaranya melalui pengiktirafan kemahiran kerajaan dan swasta dan penggalakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi tujuan perancangan sumber manusia mahir berdasarkan kepada pasaran industri dan perkembangan teknologi. KSM melaksanakan strategi-strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang bagi memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan berdaya tahan mengikut acuan sendiri. Pengukuhan sistem latihan dan pembangunan kemahiran yang lebih bersistematik dapat membangunkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai yang positif. Ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran di negara ini, malah akan dapat membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kembali 8
  • 9. Soalan Tambahan 3 (ST43-3) Apakah faktor-faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengangguran di kalangan graduan? Jawapan (J43-3) : Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan di pasaran pekerjaan. Ini disebabkan oleh kualiti pendidikan negara yang telah meningkat di mana ramai pelajar berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi sama ada diploma atau ijazah. Dalam keadaan ini, pasaran bagi sesetengah pekerjaan menjadi terhad dan menyebabkan sebahagian graduan tidak memperoleh pekerjaan mengikut kelayakan mereka. Ramai graduan tidak mempunyai sikap dan komitmen yang positif yang mampu meyakinkan majikan. Sikap dan tanggapan negatif majikan terhadap graduan yang terlalu memilih pekerjaan dari segi gaji, tempat kerja dan masa bekerja masih menjadi faktor utama mempengaruhi tanggapan majikan sebelum menggaji graduan. Ramai graduan yang suka bertukar-tukar kerja kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang boleh memberikan kepuasan dan faedah secara optimum. Sikap kurang survival terhadap pekerjaan di kalangan graduan berlaku apabila mereka tidak begitu serius memasuki pasaran pekerjaan. Ini disebabkan taraf hidup keluarga yang tinggi mendorong mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan apabila tiba keperluan untuk bekerja. Sesetengah majikan juga menawarkan gaji yang tidak setanding dengan kelulusan dan kelayakan graduan dengan alasan graduan masih baru dan tidak berpengalaman. Graduan juga tidak menyediakan diri dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan soft-skill sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang pekerjaan. Kembali 9
  • 10. MAKLUMAT TAMBAHAN (MT43) Kadar Pengangguran Berdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran meningkat pada Januari 2009 kepada 3.8 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2008. Peningkatan sebanyak 0.4 mata peratus ini disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur daripada 380.2 ribu orang kepada 432.7 ribu orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja daripada 10.85 juta orang kepada 10.82 juta orang. Kadar pengangguran mencatatkan peningkatan signifikan pada Februari 2009 kepada 4.1 peratus daripada 3.8 peratus pada Januari 2009. Peningkatan kadar pengangguran ini disebabkan oleh peningkatan berterusan bilangan penganggur daripada 333.5 ribu orang pada November 2008 kepada 463.9 ribu orang pada Februari 2009. Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus pada Mac 2009 iaitu kepada 4.0 peratus daripada 4.1 peratus pada Februari 2009. Ini disumbangkan oleh penurunan bilangan penganggur sebanyak 20,400 orang iaitu daripada 463.9 ribu kepada 443.5 ribu orang. Pemberhentian Pekerja Persekitaran ekonomi global semasa menyebabkan syarikat-syarikat terpaksa memberhenti atau mengurangkan operasi yang menyumbang kepada kadar pengangguran. Rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM) menunjukkan jumlah pekerja yang diberhentikan mulai Januari hingga 24 Jun 2009 adalah seramai 26,922 orang. Data menunjukkan terdapat peningkatan jumlah perberhentian pekerja pada bulan Februari (7,132) berbanding Januari 2009 (5,812). Walau bagaimanapun, tren perberhentian pekerja mulai bulan Februari hingga Mei telah menunjukkan penurunan di mana jumlah pekerja yang diberhentikan pada bulan Mei 2009 adalah seramai 3,085 orang. Kembali 1
  • 11. Penempatan Pencari Kerja 1 Januari-25 Jun 2009 - 20,049 (9,098 melalui JobsMalaysia dan 10,951 melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P) ) Bagi menangani masalah peningkatan kadar pengangguran sejak 1 Oktober 2008, pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi. Pelaksanaan portal atau sistem JobsMalaysia membantu para pencari kerja dipadankan mengikut kelayakan dengan jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat- syarikat yang berdaftar dengan sistem ini. Penubuhan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri turut membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan di mana secara langsung ia membantu mengurangkan masalah pengangguran. Kementerian juga telah menubuhkan 80 Bilik Operasi di seluruh negara bertujuan untuk: i) Membantu penganggur dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan. ii) Mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan. iii) Memantau secara proaktif kekosongan jawatan di sektor awam dan swasta dan seterusnya menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak majikan. iv) Memantau insiden laporan pemberhentian pekerja yang menyebabkan berlakunya pengangguran. v) Mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian secara sukarela (VSS) dan pemberhentian sentara (lay-off). vi) Memberi khidmat nasihat kepada majikan dalam garis panduan pemberhentian pekerja, antara lainnya, memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan diberhentikan sekiranya pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan. Kembali 1
  • 12. SOALAN NO: 86 (S86) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN TARIKH: 30 JUN 2009 SOALAN: Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kesan langkah-langkah Kementerian untuk menarik minat pekerja tempatan untuk mengisi lebih 209,600 peluang pekerjaan dalam lima sektor pada tahun ini seperti diumumkan Y.B. Menteri bulan lalu. PR-022-L18470 JAWAPAN (J86): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Penggantian Pekerja Asing dengan Pekerja Tempatan yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing serta membantu menempat dan meningkatkan pendapatan pekerja tempatan secara tetap atau separuh masa. KSM mensasarkan seramai 209,675 pekerja asing dapat digantikan dengan pekerja tempatan ataupun 20,000 penempatan pekerja tempatan sebulan. Kembali 1
  • 13. Sektor-sektor yang terlibat dalam program ini adalah sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembinaan. Pekerja-pekerja tempatan kurang berminat untuk bekerja di dalam sektor tersebut kerana ianya kurang menarik di samping persekitaran kerja yang kurang kondusif. KSM telah mengenalpasti majikan yang menggajikan pekerja asing yang bekerja lebih daripada 3 tahun, termasuk yang telah mendapat Perakuan Kemahiran untuk bekerja lebih daripada 5 tahun oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selepas mengenalpasti syarikat yang terlibat, pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja akan membuat lawatan ke syarikat-syarikat ini dan mempromosikan program ini. Memandangkan program ini baru sahaja dilancarkan, bilangan pekerja asing yang digantikan dengan pekerja tempatan adalah kecil. Walau bagaimanapun, KSM akan terus menjalankan promosi termasuk mengadakan program untuk mengubah minda pekerja dan majikan. Kementerian percaya program ini akan mencapai kejayaan dengan adanya komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Kembali 1
  • 14. Soalan Tambahan 1 (ST86-1) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan majikan lebih cenderung menggajikan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu. JAWAPAN (J86-1): Tuan Yang Di Pertua, Majikan tempatan lebih cenderung menggaji pekerja asing atas sebab-sebab seperti berikut:- i) Sikap memilih pekerjaaan di kalangan pencari kerja tempatan serta kurang minat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan; ii) Kesukaran untuk mengekalkan pekerja tempatan bekerja di tempat mereka dan kekerapan pekerja tempatan bertukar pekerjaan kerana mencari peluang yang lebih baik samaada dari segi gaji dan persekitaran. Berbanding pekerja asing di mana mereka terikat dengan kontrak yang melarang mereka bertukar majikan sesuka hati; iii) Pekerja asing mudah dikawal dari segi kehadiran, masa bekerja dan displin disamping mereka lebih komited kepada pekerjaan mereka. Kembali 1
  • 15. Soalan Tambahan 2 (ST86-2) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya majikan mengutamakan penggajian rakyat tempatan berbanding pekerja asing. Jawapan (J86-2) : Tuan Yang Dipertua, Penggajian pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri-industri tertentu terutamanya di sektor yang tidak dapat di penuhi oleh rakyat tempatan. Untuk memastikan penggajian pekerja asing ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dan sedang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan pekerja asing seperti berikut: • Mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan melalui portal JobsMalaysia dan mengambil calon-calon yang sedia berdaftar di dalamnya sebelum permohonan untuk menggajikan pekerja asing boleh dipertimbangkan. • Menetapkan siling penggajian pekerja asing mengikut sektor berasaskan keperluan sebenar majikan dan selaras dengan keperluan guna tenaga negara; • Mengkaji semula amalan outsourcing dalam penggajian bagi mengelakkan lambakan pekerja asing di dalam pasaran pekerjaan; • Meletakkan tanggungjawab pembayaran levi ke atas majikan bagi tujuan mengurangkan kecenderungan majikan untuk menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan; Kembali 1
  • 16. Menggalakkan industri-industri yang berintensifkan buruh meningkatkan penggunaan teknologi dan automasi dalam operasi mereka serta menggiatkan lagi pelaksanaan industrialised building system (IBS) dalam indusri pembinaan. Sehubungan dengan ini, program latihan kemhiran akan dipertingkatkan bagi menyediakan tenaga kerja tempatan yang akan diperlukan oleh industri ini. Kembali 1
  • 17. SOALAN NO: 55 (S55) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: Y.B. PUAN FONG PO KUAN TARIKH: 30 JUN 2009 SOALAN: Y.B. PUAN FONG PO KUAN [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untuk bekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak, mengapa. Jika ya, apakah bentuk galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akan dikurangkan. PR-022-L18520 JAWAPAN (J55): Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah negara ke arah mengamalkan mobiliti modal insan secara terbuka. Sehubungan dengan itu Kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranya warganegara Malaysia ingin bekerja di luar negara walaupun ketika negara sedang mengalami krisis ekonomi global. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih pekerjaan sama ada di dalam mahupun di luar negara dan Kerajaan tidak dapat menghalang mereka daripada bekerja di luar negara. Kembali 1
  • 18. Tuan Yang di Pertua, Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak bercadang mengadakan langkah-langkah tertentu untuk menyekat pengaliran tenaga profesional tempatan ke luar negara. Walau bagaimanapun, KSM sentiasa berusaha dan menggalakkan supaya warganegara Malaysia berkepakaran yang bermastautin dan bekerja di luar negara untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan memanfaatkan kepakaran mereka yang diperoleh di luar negara ke Malaysia dan membantu memajukan negara kita. Dalam usaha ini, KSM telah menyediakan program dan insentif untuk menarik mereka kembali berkhidmat di Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan pakar dan seterusnya mewujudkan kumpulan tenaga kerja bertaraf dunia di Malaysia. Kembali 1
  • 19. Soalan Tambahan 1 (ST55-1) Apakah punca-punca utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama daripada golongan profesional untuk bekerja di luar negara. Jawapan (J55-1) Di antara faktor-faktor utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama golongan profesional bekerja di luar negara adalah seperti berikut: iv) Gaji dan lain-lain faedah pekerjaan yang lebih menarik ditawarkan oleh syarikat- syarikat di luar negara seperti Singapura, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat dalam bidang seperti perubatan, hospitaliti, pembinaan, kewangan, perniagaan, ICT, dan kejururawatan bekerja di negara tersebut; dan v) Keinginan rakyat Malaysia terutamanya pelajar untuk bekerja di luar negara setelah menamatkan pengajian bagi menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran dan memperoleh pendapatan yang tinggi. Kembali 1
  • 20. Soalan Tambahan 2 (ST55-2) Apakah insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kementerian untuk menarik tenaga pakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara kembali bekerja di Malaysia. Jawapan (J55-2): Kerajaan menawarkan insentif kepada rakyat Malaysia yang berkepakaran untuk pulang dan berkhidmat di Negara ini. Antara insentif yang ditawarkan adalah: • Semua barangan persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai; • Dua (2) buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Bagi permohonan oleh suami isteri, bilangan kereta yang dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan adalah dihadkan kepada dua (2) buah kereta sahaja; • Isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf Pemastautin Tetap (PR) dalam tempoh enam (6) bulan selepas balik ke Malaysia; • Anak-anak pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah antarabangsa apabila kembali ke Malaysia. Kemudahan ini tidak terpakai bagi anak- anak pemohon yang lahir di Malaysia selepas daripada tarikh kembali bermastautin di Malaysia; • Pemohon-pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem pemanduan sebelah kiri (left-hand drive) dibenarkan membeli dan membawa masuk kereta daripada negara ketiga (menggunakan pemanduan sebelah kanan). Berkuat kuasa mulai 15 Januari 2005; dan Kembali 2
  • 21. Bagi pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta import ke Malaysia atas apa- apa sebab, dibenarkan membeli kereta yang dipasang/di kilang di dalam negara dan layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kereta dihadkan kepada dua (2) buah sahaja termasuk kereta yang telah dibawa balik dari luar negara. Insentif ini adalah layak diperoleh oleh pemohon yang telah diluluskan di bawah Program Khas ini selepas 2 Mac 2005 serta pemohon yang telah diluluskan sebelum 2 Mac 2005 tetapi kembali ke Malaysia selepas 2 Mac 2005 dan masih dalam tempoh sah laku kelulusan dari Kementerian Sumber Manusia. Kembali 2
  • 22. Maklumat Tambahan (MT55) Bilangan rakyat Malaysia yang memohon untuk menukar kerakyatan kepada kerakyatan Singapura Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mulai Januari hingga Mac 2009, seramai 1210 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memohon untuk menukar kerakyatan antaranya disebabkan mereka telah lama bekerja di Negara tersebut.. Bilangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar Negara Dalam kajian oleh Winters, et al. pada tahun 2007, seramai 785, 000 atau 3.3% orang rakyat Malaysia tinggal di luar Negara iaitu kira-kira 314,00 (40%) di Singapura, 235,500 (30%) di USA, Canada, New Zealand dan UK, 157,000 (20%) di Brunei, Filipina dan Indonesia dan 78,500 (10%) di lain-lain Negara . Kembali 2
  • 23. SOALAN NO: 100 (S100) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR TARIKH: 24 JUN 2009 SOALAN: Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagi tahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjaya mendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur. PR-022-L19588 JAWAPAN (J100): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan portal JobsMalaysia yang berfungsi sebagai hub pencarian pekerjaan dan penawaran pekerjaan secara online. Melalui perkhidmatan ini, permohonan pencari kerja akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Kembali 2
  • 24. Jumlah pencari kerja baru yang mendaftar dengan JobsMalaysia pada tahun 2008 adalah seramai 172,772 orang. Bagi suku pertama tahun 2009, seramai 75,090 pendaftar baru telah direkodkan dalam sistem ini. Penempatan yang telah berjaya dilakukan oleh sistem ini bagi tahun 2008 adalah seramai 25,911 atau 15%. Bagi suku pertama tahun ini pula, seramai 5,464 orang atau 7.3% telah berjaya ditempatkan. Bilangan mereka yang berjaya dibuat penempatan mungkin lebih tinggi sekiranya semua yang berjaya mendapat pekerjaan melaporkan kepada KSM. Disamping itu, KSM juga berjaya membantu seramai 29,417 orang pencari kerja mendapatkan pekerjaan melalui aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan seperti Program Penempatan Pekerjaan (3P) mulai bulan Februari 2009. Pada suku pertama tahun 2009, melalui aktiviti yang sama, seramai 8,081 orang telah berjaya mendapat pekerjaan. Kembali 2
  • 25. Soalan Tambahan 1 (ST100-1) Apakah program yang dirangka Kementerian bagi mempertingkatkan peluang mendapatkan pekerjaan kepada golongan siswazah dan pekerja yang diberhentikan dalam menghadapi krisis ekonomi global. JAWAPAN (J100-1) Tuan Yang Di Pertua, KSM telah merancang strategi yang tertentu dalam usaha menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global yang mengakibatkan banyak syarikat yang memberhentikan pekerja serta membekukan pengambilan pekerja baru. Antara langkah yang diambil bagi membantu gulongan siswazah dan pekerja yagn diberhentikan dalam konteks ini adalah : vi) Pelaksanaan Program Penempatan Pekerjaan di seluruh negara. Program ini telah dilancarkan pada 28 Februari 2009 di Shah Alam, Selangor. vii) Pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) bagi pekerja yang diberhentikan serta graduan menganggur. Di samping itu KSM juga akan melaksanakan Program Melatih dan Mengekalkan Pekerja (Train and Retain) dengan kerjasama industri bagi mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan. viii)Membekukan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi sektor elektrik dan elektronik, pakaian dan tekstil serta perkhidmatan. Kembali 2
  • 26. SOALAN TAMBAHAN 2 (ST100-2) Berapakah jumlah pencari kerja yang berdaftar mengikut pecahan kaum dan jantina di Malaysia. JAWAPAN (J100-2): Tuan Yang di-Pertua, Portal JobsMalaysia YANG dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi membolehkan pencari kerja mendaftar untuk memperolehi pekerjaan. Sistem ini berupaya merekodkan bilangan pencari kerja yang mendaftar dan menggunakan aplikasi ini. Bilangan pencari kerja berdaftar sehingga 19 Jun 2009 adalah seperti berikut: BILANGAN PENCARI KERJA BERDAFTAR MENGIKUT KAUM DAN JANTINA SEHINGGA 19 JUN 2009 KAUM JANTINA LELAKI PEREMPUAN Melayu 128,151 156,077 Cina 4,794 4,676 India 6,750 8,623 Lain_Lain 14,663 17,793 Jumlah Besar 154,358 187,169 Kembali 2
  • 27. SOALAN NO: 19 (S19) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: BERTULIS DARIPADA: Y.B. DR. TAN SENG GIAW SOALAN: Y.B. DR. TAN SENG GIAW [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan keadaan pengangguran di negara ini dan cara-cara untuk mengatasinya. PR-022-T20144 JAWAPAN (J19): Tuan Yang di-Pertua, Kadar pengangguran negara yang dicatatkan hasil dari Penyiasatan Tenaga Buruh yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008 adalah 3.3% atau 368,500 orang. Kadar ini menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007 iaitu 3.2% atau 351,400 orang. Bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membantu penganggur mendapatkan pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan pelbagai strategi seperti berikut: Kembali 2
  • 28. i. Mewujudkan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri yang bertujuan untuk memantau dan mengatasi impak krisis ekonomi terhadap pekerja yang diberhentikan. ii Penubuhan 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja di seluruh negara bagi membantu penempatan pekerjaan. iii. Menyediakan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja (GPPP) sebagai panduan kepada majikan berkaitan pengurusan pemberhentian pekerja. iv. Menganjurkan Program Penempatan Pekerjaaan (3P) (Jobs Placement Program) sekali sebulan di 15 lokasi seluruh negara dengan menyediakan kemudahan bagi majikan mengadakan temu duga terbuka. v. Melaksanakan program latihan dan penempatan (Train & Place) bagi pekerja- pekerja yang diberhentikan kerja, belia dan siswazah menganggur untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan semasa. vi mengadakan program CESS (Community Based Employment Support Services) yang bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar melalui pelbagai aktiviti dan program yang diatur dengan menggunakan JobsMalaysia serta dibantu oleh pegawai pembimbing kerjaya dari Kementerian saya. Kembali 2