SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
1
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
LT. KOL. MOHD TAHIR BIN MUSTAPHA
PENGETUA CEMERLANG SMK TUNKU BESAR
SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013
PADA 26 JUN 2013; PUKUL 8:00 A.M - 12:00 P.M
BERTEMPAT DI DEWAN SMK TUNKU BESAR.
Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Bukan lebah sobarang lebah,
Lebah bosarang dirumpun buloh;
Bukan sembah sobarang sembah,
Sombah menyusun dari sepuluh.
Ampun Tuanku,
Patik dengan takzimnya merafak sembah mengalu-alukan keberangkatan tiba ke
bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al-
Qadri, Tunku Besar Tampin bercemar kaus di majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013
Sekolah Mennengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada pagi nan sepagi ini.
Patik dan warga sekolah begitu berbesar hati kerana Yang Teramat Mulia Tunku telah
dapat meluangkan masa untuk bersama-sama di majlis pagi ini. Seterusnya sudi
2
menyempurnakan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 dan menyampaikan
anugerah kecemerlangan kepada pelajar. Patik sangat terharu atas keprihatinan Yang
Teramat Mulia Tunku kepada sekolah ini.
Patik sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana Yang Teramat Mulia Tunku sudi
meluangkan waktu melawat seterusnya merasmikan bangunan MPV yang baharu sekolah
ini sebentar tadi. Dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku pada pagi nan sepagi ini
telah memberi suautu rangsangan dan suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah
dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian dalam semua bidang dan
aspek.
Ampun Tuanku,
Patik Merafak sembah memohon izin untuk menympaikan ucapan kepada hadirin
dan hadirat yang berkesempatan hadir pada pagi ini.
Ampun Tuanku,
Patik mohon izin.
Saudara/Saudari Pengacara Majlis,
Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al- Qadri, D.T.N.S.,
P.H.F., J.P., Tunku Besar Tampin
Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Tampin.
3
Yang Berusaha Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Abu, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin,
Yang Berusaha Tn Pegawai Polis Daerah Tampin.
Yang Mulia Dato’ Penasihat Adat Tunku Besar Tampin.
Yang Mulia Dato’Penghulu Pusaka Adat Nan Empat.
Yang Mulia Dato’ Pembesar Balai Nan Lapan.
Yang Dihormati Tn. Hj. Fadhil bin A. Bakar, Yang Dipertua PIBG SMK Tunku Besar,
Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, para ibu bapa
seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian.
Saya ingin melafazkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan
hidayah-Nya, masih diberi peluang untuk bersama-sama tuan-tuan, puan-puan serta
hadirin dan hadirat sekalian dalam majlis yang penuh bersejarah kepada seluruh warga
SMK Tunku Besar Tampin pada hari ini. Perkara paling manis bagi pihak sekolah, saya
dan warga sekolah ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri,
Tunku Besar Tampin kerana sudi mencemar kaus hadir bagi merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang 2013 ini.
Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dikasihi,
Tujuan
1. Hari Anugerah Cemerlang merupakan acara tahunan yang tercatat dalam takwim
sekolah bermatlamat untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang
4
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum, dan kokurikulum.
Pengiktirafan kejayaan murid-murid ini turut mempamerkan impak yang bermakna bagi
pembinaan sahsiah. Hal ini khususnya pembentukan daya saing yang tinggi dalam diri
murid untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Lakaran kejayaan ini seterusnya
membentuk warganegara berkualiti yang bakal menjadi aset kepada kemajuan negara kita,
malah perangsang untuk murid-murid lain agar meneruskan usaha untuk meningkat dan
menjaga imej sekolah yang baik dan cemerlang.
Latar belakang Sekolah
2. Untuk makluman semua, enrolmen murid-murid di SMK Tunku Besar pada masa ini
berjumlah 1,154 orang murid yang terdiri daripada murid-murid arus perdana, iaitu
daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan murid-murid prauniversiti.
3. Guru-guru pula terdiri daripada 62 orang guru arus perdana dan seramai 21 orang guru
prauniversiti.
Hal Ehwal Murid Menerusi Pembentukan Sahsiah
4. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dari segi pembangunan modal insan,
aspek penjenamaan sekolah tidak kami dipinggirkan. Hal ini demikian kerana
penjenamaan ini dapat membina identiti atau keperibadian warga SMK Tunku Besar
Tampin. Rentetan itu, kami warga sekolah ini sedang mengorak langkah untuk
memartabatkan sekolah yang tercinta ini supaya memiliki etos atau kebitaraannya yang
tersendiri. Oleh yang demikian, sebagai langkah awal, penampilan diri diutamakan, iaitu
kami mewajibkan setiap murid lelaki dan murid perempuan bukan muslim di sekolah ini
5
bertali leher khas yang bermotif lencana sekolah. Peraturan ini dikuatkuasakan adalah
untuk meningkatkan motivasi diri murid-murid agar sentiasa menampilkan personaliti
kemas dan penuh berdisiplin serta mempamerkan identiti murid SMK Tunku Besar
Tampin ini. Sehubungan itu, kami turut akan mewajibkan semua murid lelaki muslim
untuk memakai samping rekaan khas pada setiap hari jumaat yang menunjukkan
penampilan murid di SMK Tunku Besar Tampin ini tidak lama lagi sebagai satu lagi
cabang penjenamaan sekolah.
5. Pembangunan modal insan ini turut diberi penekanan terhadap peningkatan
ketrampilan dan kemahiran guru serta staf sokongan. Sebenarnya kami tidak beromong
kosong dalam mengejar kecemerlangan yang dihasratkan, kerana usaha-usaha awal telah
banyak kami jalankan. Kami secara konsisten mengadakan sesi profesional bagi
memastikan guru-guru dan staf sokongan sentiasa malar segar memperoleh input-input
baharu dalam usaha meningkatkan kualiti kerja. Misalnya guru telah diberi pendedahan
tentang laman Frog VLE dalam LDP. Guru-guru juga sentiasa berlebihan tenaga fizikal
dan mindanya dengan mengadakan kelas tambahan dan juga bengkel mata pelajaran
peperiksaan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid yang bakal menempuh
peperiksaan PMR dan SPM khasnya. Malah baru-baru ini SMK Tunku Besar telah
dikunjungi oleh rombongan Silang Budaya yang disertai guru-guru dan murid-murid serta
ibu bapa dari SMP Payakumbuh, Sumatera, Indonesia dengan tujuan utama sebagai
lawatan perkongsian ilmu antara kedua-dua buah sekolah.
6. Pada 29 Jun 2013 ini, SMK Tunku Besar sekali lagi bakal melakar sejarah dalam usaha
pembangunan modal insan ini. Hal ini demikian kerana, kami akan menganjurkan
program sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Asrama SMK Tunku Besar. Kerjasama
6
dan kesungguhan warga SMK Tunku Besar Tampin diharap dapat menyerlahkan
kemampuan terutamanya murid-murid menonjolkan imej generasi gemilang dalam
pelbagai aspek melalui aktiviti jualan kelak. Kami turut mengalu-alukan kehadiran ibu
bapa, penjaga dan masyarakat setempat bagi menjayakan program ini.
7. Jelasnya, kami tidak pernah alpa dalam mewujudkan prasyarat untuk melahirkan
generasi yang terbilang dan sesekali tidak akan berundur untuk mencapai cita-cita murni
penjenamaan SMK Tunku Besar Tampin ini.
Yang Teramat Mulia dan hadirin sekalian,
Kejayaan Akademik SMK Tunku BesarTahun 2012-2013
8. Tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Tunku Besar atas kecemerlangan yang telah
dicapai dalam peperiksaan awam. Berdasarkan keputusan PMR 2012 seramai 52 orang
calon memperoleh 6A dan ke atas dan berdasarkan jumlah ini sejumlah 22 orang
memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Keputusan Lulus Penuh Mata Pelajaran juga
meningkat iaitu 85.0%, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 berbanding 81.0% pada
tahun 2011. Perkara yang lebih manis ialah keputusan PMR 2012 SMK Tunku Besar ini
mengatasi GPS peringkat Daerah Tampin, iaitu 2.86 dan GPS peringkat Negeri Sembilan,
iaitu 2.65.
9. Bagi SPM 2012 pula, kita mencatatkan penurunan kelulusan Layak Mendapat Sijil
iaitu 91.4% berbanding 95.0% pada tahun 2011. Hal ini demikian kerana peratusan calon
gagal mata pelajaran Bahasa Melayu agak meningkat. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi
SPM 2012 ialah 4.86 berbanding 4.36 pada tahun 2011, iaitu sedikit menurun. Tahniah
7
dan syabas kepada 7 orang murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2012 dengan memperoleh semua A dalam setiap mata pelajaran
didudukinya, manakala sejumlah 29 orang calon SPM 2012 yang mendapat keputusan 6A
dan ke atas.
10. Seterusnya bagi STPM 2012 pula, Gred Purata Sekolah ialah 2.05 dengan sebanyak
97.22% Lulus Penuh berbanding GPS 1.75 dan hanya 81.25% Lulus Penuh pada tahun
2011. Tahniah kepada 4 orang pelajar terbaik STPM 2011 yang telah mencatatkan PNGK
3.67 dan ke atas. Untuk makluman hadirin calon STPM 2012 merupakan calon terakhir
yang mengguna pakai Sistem Terminal. Bermula sesi 2012/2013 murid prauniversiti yang
mendaftar pada pertengahan Jun 2012, mereka telah dinilai mengikut Sistem Modular,
iaitu kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang menduduki peperiksaan
penggal 1 persekolahan PPU pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
11. Saya bersyukur kerana pelbagai program yang telah dijalankan, iaitu pembestarian
PMR, SPM dan STPM dengan memberi fokus terhadap aktiviti kecemerlangan akademik
seperti MBMMBI (Memperkasa Bahasa Melayu, Mempertingkatkan Bahasa Inggeris,
Kem-kem Bestari, Tautan Kasih, Solat Hajat Perdana, Program Guru Penyayang dan
Akujanji Pelajar telah memberi impak yang positif dalam merealisasikan kejayaan para
pelajar. Oleh itu, program-program ini akan diperkasakan lagi bagi meneruskan
kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.
12. Peribahasa ada menyatakan bahawa yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih
takkan datang melayang, justeru, sesungguhnya kejayaan yang dicipta ini merupakan
hasil gabungan komitmen guru, kegigihan murid, keprihatinan ibu bapa dan kepekaan
8
pihak PIBG SMK Tunku Besar Tampin. Kesepakatan ini diharapkan berterusan dan tidak
bermusim kerana muafakat membawa berkat, sebaliknya jika seseorang bekerja atau
berusaha secara sendirian hanya mengundang kepayahan dan akhirnya kita hanya
mendapat letih semata-mata.
Yang Teramat Mulia dan hadirin yang dikasihi,
Kejayaan Kokurikulum SMK Tunku BesarTahun 2012-2013
13. Pendekatan yang disebutkan sebelum ini merupakan daya kreativiti dan inovasi
daripada pihak kami. Namun begitu, kami tidak pernah mengabaikan program yang
diarahkan oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang dengan
memperkasa kegiatan kokurikulum bagi pelengkap terhadap kejayaan murid-murid. Saya
amat berbangga kerana sekolah ini telah meraih pelbagai lakaran kejayaan.
14. Sukan hoki menggambarkan watak kepada SMK Tunku Besar Tampin ini. Sukan ini
telah berkembang jaya seiring tersergamnya padang hoki Astroturf di sekolah ini.
Pelbagai lakaran kejayaan telah terukir oleh pemain-pemin hoki sekolah ini daripada
peringkat daerah hingga peringkat kebangsaan. Baru-baru ini, pihak SMK Tunku Besar
telah malaksanakan program hoki antarabangsa yang menerima perlawanan persahabatan
dengan pasukan hoki dari King College, New Zealand sebagai usaha memantapkan
kemahiran pemain hoki kami di samping mengeratkan hubungan antara sekolah dengan
negara luar. Walau bagaimanapun sukan-sukan lain seperti badminton, bola keranjang,
olah raga dan tenis turut mendapat kedudukan sama ada peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan sepanjang tahun 2012-2013 ini.
9
15. Dalam pertandingan-pertandingan kokurikulum akademik yang melibatkan kelab dan
persatuan pula, SMK Tunku Besar Tampin telah menguasai keempat-empat bidang utama,
iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kebanyakan acara
menempatkan murid-murid dari sekolah ini sebagai pemenang, malah ada juga wakil
sekolah yang mendapat kedudukan pada peringkat Negeri.
16. Kegiatan kokurikulum bukan akademik pula, SMK Tunku Besar Tampin setakat ini
menyerlah dalam Persatuan Muzik. Baru-baru ini, Persatuan Muzik telah menggondol
kedudukan Naib Johan pada peringkat Negeri pada 13 Jun yang lalu. Sasaran kami pada
masa akan datang persatuan-persatuan lain diharap akan mencapai kejayaan yang turut
menyerlahkan diri sebagai murid SMK Tunku Besar Tampin ini.
17. Badan beruniform kebanyakannya bergiat aktif dalam menyumbang pembentukan
murid-murid sekolah ini. Misalnya, baru-baru ini, Unit Beruniform Pengakap telah
mencapai tahap tertingginya dengan menyertai program sehingga peringkat antarabangsa.
Begitu juga Unit Pandu Puteri yang mengukir nama menerusi seorang murid kami ,iaitu
Patricia Qiu Wan Yu. Murid ini telah menerima anugerah PANDU PUTERI RAJA@
Queen Guide daripada YTM Permaisuri Agung pada 26 Mei 2013 yang lalu kerana telah
tamat semua kursus yang dianjurkan dalam Pandu Puteri. Sejarah manisnya, murid ini
merupakan murid pertama dalam sejarah Persatuan Pandu Puteri daerah Tampin dan
SMK Tunku Besar Tampin yang telah menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.
18. Jelaslah, SMK Tunku Besar Tampin melahirkan generasi terbilang yang membentuk
insan seimbang menerusi kegiatan kokurikulum. Kita berharap agar murid-murid ini
menjadi ayam tambatan sekolah agar dapat mengekalkan kegemilangan yang telah dicipta
terus-menerus bak peribahasa yang berbunyi harimau mati meninggalkan belang,
10
manusia mati meninggalkan nama.
Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dirahmati sekalian,
Penutup
19. Kami dan pihak PIBG berharap agar ibu bapa mengambil bahagian dalam saranan
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah sama ada menerusi sumbangan atau tenaga.
Kesemua ini ialah ramuan yang dapat membantu pihak sekolah merealisasikan program
kementerian pendidikan dalam usaha membentuk generasi gemilang. Warga pendidik
SMK Tunku Besar Tampin pula dituntut mengamalkan budaya kerja cemerlang, bersikap
kebertanggungjawaban, dan semangat mujahadah bagi menggalas tugas untuk
menjayakan transformasi dan pembaharuan dalam pendidikan. Marilah kita sama-sama
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar sentiasa diberika kekuatan untuk menjunjung
amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara.
20. Akhir sekali, apa-apa yang diperkatakan sebentar tadi akan menjadi petunjuk
sepanjang jalan untuk kita berganding bahu dalam usaha mencipta kejayaan secara
kolaboratif. Mudah-mudahan majlis yang diadakan pada hari ini menjadi pengorak
langkah demi terus menggapai kejayaan.
Ampun Tunku,
Dengan kesudian Yang Teramat Mulia Tunku hadir dan atas kesudian Yang Teramat
Mulia menyempurnakan majlis Anugerah Kecemerlangan ini, in shaa Allah akan dapat
11
menyuntik dan memberi rangsangan kepada pelajar dan juga guru-guru ke arah
meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah ini dari semasa ke semasa. Akhir kata,
patik dan semua warga sekolah sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang
Teramat Mulia Tunku dan Yang Amat Mulia Tunku Isteri bersama biarpun separuh hari,
tetapi tersangatlah bermakna buat patik semua.
Ampun Tunku,
Bukan lombah sobarang lombah,
Lombah mengalir di tepi koto;
bukan sombah sobarang sombah,
sombah patik menutop kato.
Ampun Tunku.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Contenu connexe

Tendances

Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
kujeqbrutal
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
T Karin
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
Miz Jieha
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Azman Adnan
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Azmie Trip
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
ariv792002
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
ssuser3fe836
 

Tendances (20)

Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraan
 
Surat makluman kpd ibubapa aktiviti koko 2019
Surat makluman kpd ibubapa aktiviti koko 2019Surat makluman kpd ibubapa aktiviti koko 2019
Surat makluman kpd ibubapa aktiviti koko 2019
 
Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)
 
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Laporan post mortem program anti dadah
Laporan post mortem  program anti dadahLaporan post mortem  program anti dadah
Laporan post mortem program anti dadah
 
Surat mohon sumbangan
Surat mohon sumbanganSurat mohon sumbangan
Surat mohon sumbangan
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
 
buku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdfbuku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdf
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 

Similaire à Teks ucapan alu-aluan

Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
Khair Hazm
 
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
Mardiana Nor
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
timbanghawai
 
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUMBEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
Sofia Wati
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
sardrina85
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Cikgu Syahidon
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
nadzrah
 
SMK Jalan Kebun, Klang
SMK Jalan Kebun, KlangSMK Jalan Kebun, Klang
SMK Jalan Kebun, Klang
gpbsmkjk
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramah
Fazil Aziz
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
iyiriz
 

Similaire à Teks ucapan alu-aluan (20)

Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
 
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
Hr anugerah 2010-teks_pengetua[1]
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdfMODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
 
Graduasi 2012
Graduasi 2012Graduasi 2012
Graduasi 2012
 
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUMBEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
BEST EVENT 2013_HARI ANUGERAH KOKURIKULUM
 
Anugerah 2013 (1)
Anugerah 2013 (1)Anugerah 2013 (1)
Anugerah 2013 (1)
 
Sejarah sekolah
Sejarah sekolahSejarah sekolah
Sejarah sekolah
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012
 
Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
 
SMK Jalan Kebun, Klang
SMK Jalan Kebun, KlangSMK Jalan Kebun, Klang
SMK Jalan Kebun, Klang
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramah
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Anjakan feb 2015
Anjakan feb 2015Anjakan feb 2015
Anjakan feb 2015
 

Teks ucapan alu-aluan

  • 1. 1 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN LT. KOL. MOHD TAHIR BIN MUSTAPHA PENGETUA CEMERLANG SMK TUNKU BESAR SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013 PADA 26 JUN 2013; PUKUL 8:00 A.M - 12:00 P.M BERTEMPAT DI DEWAN SMK TUNKU BESAR. Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Bukan lebah sobarang lebah, Lebah bosarang dirumpun buloh; Bukan sembah sobarang sembah, Sombah menyusun dari sepuluh. Ampun Tuanku, Patik dengan takzimnya merafak sembah mengalu-alukan keberangkatan tiba ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin bercemar kaus di majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 Sekolah Mennengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada pagi nan sepagi ini. Patik dan warga sekolah begitu berbesar hati kerana Yang Teramat Mulia Tunku telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama di majlis pagi ini. Seterusnya sudi
  • 2. 2 menyempurnakan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 dan menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar. Patik sangat terharu atas keprihatinan Yang Teramat Mulia Tunku kepada sekolah ini. Patik sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana Yang Teramat Mulia Tunku sudi meluangkan waktu melawat seterusnya merasmikan bangunan MPV yang baharu sekolah ini sebentar tadi. Dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku pada pagi nan sepagi ini telah memberi suautu rangsangan dan suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian dalam semua bidang dan aspek. Ampun Tuanku, Patik Merafak sembah memohon izin untuk menympaikan ucapan kepada hadirin dan hadirat yang berkesempatan hadir pada pagi ini. Ampun Tuanku, Patik mohon izin. Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al- Qadri, D.T.N.S., P.H.F., J.P., Tunku Besar Tampin Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Tampin.
  • 3. 3 Yang Berusaha Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Abu, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Yang Berusaha Tn Pegawai Polis Daerah Tampin. Yang Mulia Dato’ Penasihat Adat Tunku Besar Tampin. Yang Mulia Dato’Penghulu Pusaka Adat Nan Empat. Yang Mulia Dato’ Pembesar Balai Nan Lapan. Yang Dihormati Tn. Hj. Fadhil bin A. Bakar, Yang Dipertua PIBG SMK Tunku Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian. Saya ingin melafazkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, masih diberi peluang untuk bersama-sama tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian dalam majlis yang penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK Tunku Besar Tampin pada hari ini. Perkara paling manis bagi pihak sekolah, saya dan warga sekolah ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin kerana sudi mencemar kaus hadir bagi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2013 ini. Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dikasihi, Tujuan 1. Hari Anugerah Cemerlang merupakan acara tahunan yang tercatat dalam takwim sekolah bermatlamat untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang
  • 4. 4 menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum, dan kokurikulum. Pengiktirafan kejayaan murid-murid ini turut mempamerkan impak yang bermakna bagi pembinaan sahsiah. Hal ini khususnya pembentukan daya saing yang tinggi dalam diri murid untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Lakaran kejayaan ini seterusnya membentuk warganegara berkualiti yang bakal menjadi aset kepada kemajuan negara kita, malah perangsang untuk murid-murid lain agar meneruskan usaha untuk meningkat dan menjaga imej sekolah yang baik dan cemerlang. Latar belakang Sekolah 2. Untuk makluman semua, enrolmen murid-murid di SMK Tunku Besar pada masa ini berjumlah 1,154 orang murid yang terdiri daripada murid-murid arus perdana, iaitu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan murid-murid prauniversiti. 3. Guru-guru pula terdiri daripada 62 orang guru arus perdana dan seramai 21 orang guru prauniversiti. Hal Ehwal Murid Menerusi Pembentukan Sahsiah 4. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dari segi pembangunan modal insan, aspek penjenamaan sekolah tidak kami dipinggirkan. Hal ini demikian kerana penjenamaan ini dapat membina identiti atau keperibadian warga SMK Tunku Besar Tampin. Rentetan itu, kami warga sekolah ini sedang mengorak langkah untuk memartabatkan sekolah yang tercinta ini supaya memiliki etos atau kebitaraannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, sebagai langkah awal, penampilan diri diutamakan, iaitu kami mewajibkan setiap murid lelaki dan murid perempuan bukan muslim di sekolah ini
  • 5. 5 bertali leher khas yang bermotif lencana sekolah. Peraturan ini dikuatkuasakan adalah untuk meningkatkan motivasi diri murid-murid agar sentiasa menampilkan personaliti kemas dan penuh berdisiplin serta mempamerkan identiti murid SMK Tunku Besar Tampin ini. Sehubungan itu, kami turut akan mewajibkan semua murid lelaki muslim untuk memakai samping rekaan khas pada setiap hari jumaat yang menunjukkan penampilan murid di SMK Tunku Besar Tampin ini tidak lama lagi sebagai satu lagi cabang penjenamaan sekolah. 5. Pembangunan modal insan ini turut diberi penekanan terhadap peningkatan ketrampilan dan kemahiran guru serta staf sokongan. Sebenarnya kami tidak beromong kosong dalam mengejar kecemerlangan yang dihasratkan, kerana usaha-usaha awal telah banyak kami jalankan. Kami secara konsisten mengadakan sesi profesional bagi memastikan guru-guru dan staf sokongan sentiasa malar segar memperoleh input-input baharu dalam usaha meningkatkan kualiti kerja. Misalnya guru telah diberi pendedahan tentang laman Frog VLE dalam LDP. Guru-guru juga sentiasa berlebihan tenaga fizikal dan mindanya dengan mengadakan kelas tambahan dan juga bengkel mata pelajaran peperiksaan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid yang bakal menempuh peperiksaan PMR dan SPM khasnya. Malah baru-baru ini SMK Tunku Besar telah dikunjungi oleh rombongan Silang Budaya yang disertai guru-guru dan murid-murid serta ibu bapa dari SMP Payakumbuh, Sumatera, Indonesia dengan tujuan utama sebagai lawatan perkongsian ilmu antara kedua-dua buah sekolah. 6. Pada 29 Jun 2013 ini, SMK Tunku Besar sekali lagi bakal melakar sejarah dalam usaha pembangunan modal insan ini. Hal ini demikian kerana, kami akan menganjurkan program sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Asrama SMK Tunku Besar. Kerjasama
  • 6. 6 dan kesungguhan warga SMK Tunku Besar Tampin diharap dapat menyerlahkan kemampuan terutamanya murid-murid menonjolkan imej generasi gemilang dalam pelbagai aspek melalui aktiviti jualan kelak. Kami turut mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, penjaga dan masyarakat setempat bagi menjayakan program ini. 7. Jelasnya, kami tidak pernah alpa dalam mewujudkan prasyarat untuk melahirkan generasi yang terbilang dan sesekali tidak akan berundur untuk mencapai cita-cita murni penjenamaan SMK Tunku Besar Tampin ini. Yang Teramat Mulia dan hadirin sekalian, Kejayaan Akademik SMK Tunku BesarTahun 2012-2013 8. Tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Tunku Besar atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam. Berdasarkan keputusan PMR 2012 seramai 52 orang calon memperoleh 6A dan ke atas dan berdasarkan jumlah ini sejumlah 22 orang memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Keputusan Lulus Penuh Mata Pelajaran juga meningkat iaitu 85.0%, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 berbanding 81.0% pada tahun 2011. Perkara yang lebih manis ialah keputusan PMR 2012 SMK Tunku Besar ini mengatasi GPS peringkat Daerah Tampin, iaitu 2.86 dan GPS peringkat Negeri Sembilan, iaitu 2.65. 9. Bagi SPM 2012 pula, kita mencatatkan penurunan kelulusan Layak Mendapat Sijil iaitu 91.4% berbanding 95.0% pada tahun 2011. Hal ini demikian kerana peratusan calon gagal mata pelajaran Bahasa Melayu agak meningkat. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2012 ialah 4.86 berbanding 4.36 pada tahun 2011, iaitu sedikit menurun. Tahniah
  • 7. 7 dan syabas kepada 7 orang murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 dengan memperoleh semua A dalam setiap mata pelajaran didudukinya, manakala sejumlah 29 orang calon SPM 2012 yang mendapat keputusan 6A dan ke atas. 10. Seterusnya bagi STPM 2012 pula, Gred Purata Sekolah ialah 2.05 dengan sebanyak 97.22% Lulus Penuh berbanding GPS 1.75 dan hanya 81.25% Lulus Penuh pada tahun 2011. Tahniah kepada 4 orang pelajar terbaik STPM 2011 yang telah mencatatkan PNGK 3.67 dan ke atas. Untuk makluman hadirin calon STPM 2012 merupakan calon terakhir yang mengguna pakai Sistem Terminal. Bermula sesi 2012/2013 murid prauniversiti yang mendaftar pada pertengahan Jun 2012, mereka telah dinilai mengikut Sistem Modular, iaitu kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan PPU pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 11. Saya bersyukur kerana pelbagai program yang telah dijalankan, iaitu pembestarian PMR, SPM dan STPM dengan memberi fokus terhadap aktiviti kecemerlangan akademik seperti MBMMBI (Memperkasa Bahasa Melayu, Mempertingkatkan Bahasa Inggeris, Kem-kem Bestari, Tautan Kasih, Solat Hajat Perdana, Program Guru Penyayang dan Akujanji Pelajar telah memberi impak yang positif dalam merealisasikan kejayaan para pelajar. Oleh itu, program-program ini akan diperkasakan lagi bagi meneruskan kejayaan-kejayaan pada masa akan datang. 12. Peribahasa ada menyatakan bahawa yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang, justeru, sesungguhnya kejayaan yang dicipta ini merupakan hasil gabungan komitmen guru, kegigihan murid, keprihatinan ibu bapa dan kepekaan
  • 8. 8 pihak PIBG SMK Tunku Besar Tampin. Kesepakatan ini diharapkan berterusan dan tidak bermusim kerana muafakat membawa berkat, sebaliknya jika seseorang bekerja atau berusaha secara sendirian hanya mengundang kepayahan dan akhirnya kita hanya mendapat letih semata-mata. Yang Teramat Mulia dan hadirin yang dikasihi, Kejayaan Kokurikulum SMK Tunku BesarTahun 2012-2013 13. Pendekatan yang disebutkan sebelum ini merupakan daya kreativiti dan inovasi daripada pihak kami. Namun begitu, kami tidak pernah mengabaikan program yang diarahkan oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang dengan memperkasa kegiatan kokurikulum bagi pelengkap terhadap kejayaan murid-murid. Saya amat berbangga kerana sekolah ini telah meraih pelbagai lakaran kejayaan. 14. Sukan hoki menggambarkan watak kepada SMK Tunku Besar Tampin ini. Sukan ini telah berkembang jaya seiring tersergamnya padang hoki Astroturf di sekolah ini. Pelbagai lakaran kejayaan telah terukir oleh pemain-pemin hoki sekolah ini daripada peringkat daerah hingga peringkat kebangsaan. Baru-baru ini, pihak SMK Tunku Besar telah malaksanakan program hoki antarabangsa yang menerima perlawanan persahabatan dengan pasukan hoki dari King College, New Zealand sebagai usaha memantapkan kemahiran pemain hoki kami di samping mengeratkan hubungan antara sekolah dengan negara luar. Walau bagaimanapun sukan-sukan lain seperti badminton, bola keranjang, olah raga dan tenis turut mendapat kedudukan sama ada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sepanjang tahun 2012-2013 ini.
  • 9. 9 15. Dalam pertandingan-pertandingan kokurikulum akademik yang melibatkan kelab dan persatuan pula, SMK Tunku Besar Tampin telah menguasai keempat-empat bidang utama, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kebanyakan acara menempatkan murid-murid dari sekolah ini sebagai pemenang, malah ada juga wakil sekolah yang mendapat kedudukan pada peringkat Negeri. 16. Kegiatan kokurikulum bukan akademik pula, SMK Tunku Besar Tampin setakat ini menyerlah dalam Persatuan Muzik. Baru-baru ini, Persatuan Muzik telah menggondol kedudukan Naib Johan pada peringkat Negeri pada 13 Jun yang lalu. Sasaran kami pada masa akan datang persatuan-persatuan lain diharap akan mencapai kejayaan yang turut menyerlahkan diri sebagai murid SMK Tunku Besar Tampin ini. 17. Badan beruniform kebanyakannya bergiat aktif dalam menyumbang pembentukan murid-murid sekolah ini. Misalnya, baru-baru ini, Unit Beruniform Pengakap telah mencapai tahap tertingginya dengan menyertai program sehingga peringkat antarabangsa. Begitu juga Unit Pandu Puteri yang mengukir nama menerusi seorang murid kami ,iaitu Patricia Qiu Wan Yu. Murid ini telah menerima anugerah PANDU PUTERI RAJA@ Queen Guide daripada YTM Permaisuri Agung pada 26 Mei 2013 yang lalu kerana telah tamat semua kursus yang dianjurkan dalam Pandu Puteri. Sejarah manisnya, murid ini merupakan murid pertama dalam sejarah Persatuan Pandu Puteri daerah Tampin dan SMK Tunku Besar Tampin yang telah menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan. 18. Jelaslah, SMK Tunku Besar Tampin melahirkan generasi terbilang yang membentuk insan seimbang menerusi kegiatan kokurikulum. Kita berharap agar murid-murid ini menjadi ayam tambatan sekolah agar dapat mengekalkan kegemilangan yang telah dicipta terus-menerus bak peribahasa yang berbunyi harimau mati meninggalkan belang,
  • 10. 10 manusia mati meninggalkan nama. Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dirahmati sekalian, Penutup 19. Kami dan pihak PIBG berharap agar ibu bapa mengambil bahagian dalam saranan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah sama ada menerusi sumbangan atau tenaga. Kesemua ini ialah ramuan yang dapat membantu pihak sekolah merealisasikan program kementerian pendidikan dalam usaha membentuk generasi gemilang. Warga pendidik SMK Tunku Besar Tampin pula dituntut mengamalkan budaya kerja cemerlang, bersikap kebertanggungjawaban, dan semangat mujahadah bagi menggalas tugas untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan dalam pendidikan. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar sentiasa diberika kekuatan untuk menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara. 20. Akhir sekali, apa-apa yang diperkatakan sebentar tadi akan menjadi petunjuk sepanjang jalan untuk kita berganding bahu dalam usaha mencipta kejayaan secara kolaboratif. Mudah-mudahan majlis yang diadakan pada hari ini menjadi pengorak langkah demi terus menggapai kejayaan. Ampun Tunku, Dengan kesudian Yang Teramat Mulia Tunku hadir dan atas kesudian Yang Teramat Mulia menyempurnakan majlis Anugerah Kecemerlangan ini, in shaa Allah akan dapat
  • 11. 11 menyuntik dan memberi rangsangan kepada pelajar dan juga guru-guru ke arah meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah ini dari semasa ke semasa. Akhir kata, patik dan semua warga sekolah sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Teramat Mulia Tunku dan Yang Amat Mulia Tunku Isteri bersama biarpun separuh hari, tetapi tersangatlah bermakna buat patik semua. Ampun Tunku, Bukan lombah sobarang lombah, Lombah mengalir di tepi koto; bukan sombah sobarang sombah, sombah patik menutop kato. Ampun Tunku. Sekian, terima kasih. Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.