SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Télécharger pour lire hors ligne
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
SOALAN: Anda adalah seorang penyelaras ICT di sekolah. Bagaimanakah anda menjadikan budaya
pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT menjadi realiti dan realistik di sekolah?
Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Dengan
itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang
sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia
( Multimedia Super Corridor atau MSC ).
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentu akan merubah kandungan
dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Pendidikan
komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang
menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar
( Jamaluddin,1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan
berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program
komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam
bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan pemudahcara. Semua peranan ini boleh
diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer
melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993;
Jamaludin, 1989 ).
Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik
yang berkesan maka Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet
kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS,
Kementerian Pelajaran telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam
perlaksanaan projek ini, Kementerian Pelajaran telah;
• menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan
pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan
• melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang
disediakan
• merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan
rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping
menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi
maklumat
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
Komputer Dalam Pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi
tajuk yang diajar. Sebagai contoh, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980)
mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh
komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran bukan
sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah penggunaan komputer juga boleh merubah
kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus mata pelajaran.
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah
terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung
dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al
Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Selain dari itu, dengan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dapat
membantunya dalam pencarian bahan, menyediakan kit pembelajaran dan mencapai maklumat
dengan mudah dan berkesan. Antara kelebihan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar
adalah ;
• Pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan
• Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara
• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan
maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain.
Kelebihan penggunaan komputer ini juga disokong oleh beberapa kajian yang telah dijalankan seperti
(Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987)
Tidak tertakluk kelebihan pembelajaran, dalam pendidikan penggunaan komputer juga boleh
berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut dengan lebih berkesan dan menarik minat
pelajar;
• Penghasilan Bahan Kurikulum
• Latih Tubi
• Tutorial
• Ulangkaji
• Pemulihan dan Pengayaan
• Simulasi
• Pengiraan
• Alat Bantu Mengajar
• Tutee
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
Penggunaan komputer ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dengan bantuan bahan yang pelbagai bagi menarik minat pelajar disamping dapat
menyampaikan dengan lebih berkesan.
Penggunaan multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi
video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping
membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh &
Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai
peranan penting dalam pendidikan. Antaranya ialah multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep isi pelajaran.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali
Penggunaan Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer
diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh
dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada
160 buah negara ( Zoraini, 1995 ).
Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya.
Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan
sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau dari komputer
yang menyimpannya. Sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya
boleh didapati dalam Internet.
Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini
mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang
perkara yang sama. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke
Zoologi.
Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi
maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang
kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini,
terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua
peringkat.
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
Teknologi Multimedia Dalam Membantu Pengajaran Dan Pembelajaran
Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan
banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah
pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan
sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia
boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan,
dan emosinya.
Di dalam sesebuah sekolah, guru ICT memainkan peranan yang penting dalam pengurusan
dan pengendalian bahan ICT, alatan ICT dan kelengkapan ICT yang lain. Selain daripada
mengambilkira program-program menjurus dalam penyediaan penggunaan multimedia.
Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna
tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh
menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang
kali.
Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar,
memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan
berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu , multimedia menjadi sangat berguna
keada pelajar. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej
multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.
Guru ICT yang bertanggungjawab perlu memastikan kekemaskinian bahan dari masa ke
semasa bagi menjaga kualiti pengajaran dan sebagai bahan rujukan oleh guru ataupun pelajar.
Penyediaan bahan seperti CD atau berbentuk Slaid yang ada dalam simpanan komputer.
Walaupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia
adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan
pembelajaran antaranya;
1.motivasi pelajar
2.keadaan sosial
3.ekonomi dan pendidikan keluarga
4.situasi pada saat pembelajaran
5.kurikulum dan guru.
Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik
dan berjaya menguasai bahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya, maka media tersebut bukannya
mudah untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran.
Lebih jelas lagi, menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi
terhadap tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol
dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan.
Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir, berfikir,
belajar dan memahami akan sesuatu perkara. Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan
keupayaan komputer dalam pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan
menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan video.
Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan
pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih. Ini akan menjadikan
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif
dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi.
Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat, ia juga bertindak sebagai
alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi
teks,grafik, bunyi dan vedio. Yang paling jelas, ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan
(encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM.
Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh guru ICT dan teknologi maklumat dalam pendidikan
sekolah iaitu :
a) Kurikulum
Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu,
berkesinambungan dan reflektif. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multimedia dan
jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Guru ICT mesti membina satu budaya sekolah yang
akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi yang terkini dan tercanggih.
b) Pedagogi
Dari segi pedagogi, guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah
menjadi fasilitator, mentor, dan pembimbing kepada pelajar. Amalan pengajaran secara kelas akan
diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif,
dan pembelajaran koperatif. Pengurusan bahan dan penyediaan bahan oleh guru ICT perlu cekap bagi
memastikan penggunaan bahan tersebut mencapai tahap maksima dalam penyampaian pengajaran
dan pembelajaran.
c) Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan
yang menghubungkan seluruh dunia. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk
semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut ;
1. pukal disket yang lengkap, interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir.
2. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam
bentuk peperiksaan, projek dan tugasan.
Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada pelajar-
pelajar yang berbagai kebolehan .Lazimnya setiap perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan
pelajar yang mempunyai kebolehan yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang
guru ICT menggunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum
memberikannya kepada guru atau pelajar. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan
sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan
perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.
Pelbagaian multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan - kelemahan yang
terdapat di dalam pengajaran yang biasa :
a) Tahap interaktif yang tinggi
Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan
secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan
tertentu.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan
apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan
kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan
prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih
dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran
pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-
bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu
untuk melayannya. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar
tidak merasa bosan.
c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya
Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran
pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain" dengan
melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi komputer.
d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran
Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik,
animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar
untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi
pelajaran yang dipelajari.
Penutup
Kemampuan teknologi komputer dan multimedia tidak dapat dinafikan dalam melancarkan dan
membina pembelajaran yang berkesan namun ia juga mempunyai kekangan tersendiri dalam
merealisasikan penggunaan yang maksima dikalangan guru-guru mahupun pelajar. Ketidakcekapan
pengurusan oleh guru ICT yang dipertanggungjawabkan mampu membantutkan sumber bahan dan
kemaskinian peralatan. Kerancakkan pasaran dunia komputer dan multimedia begitu laju sekali dan
guru ICT perlu peka terhadap perkembangan tersebut.
Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi
impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk
menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat
menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam
menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
Namun begitu, sesebuah sekolah yang dilengkapi peralatan ICT dan sumber ICT mampu memacu
kemahiran penggunaan komputer dan multimedia serta menguasai pembelajaran di kalangan guru-
guru dan pelajar-pelajar. Selain itu juga, interaksi guru dan guru atau guru dan pelajar lebih efektif
dan efisen dengan penggunaan internet untuk tujuan perbincangan atau bertukar pendapat. Jelas
sekali, dunia ICT menerusi pendidikan mampu melahirkan satu warganegara yang
berilmu,berpengetahuan dan berkemahiran.
CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b
RUJUKAN
1. Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic
recedence conventions.Doctoral Dissertation, Florida State University.
2. Jamaludin Ibrahim. (1989). ”Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi
Kepada Pengajaran dan Pembelajaran”. Proceedings of the National Symposium on Educational
Computing. USM : MCCE.
3. KPM (1997).Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur.
4. Nik Azis Nik Pa (1989).” Komputer Dalam Pendidikan “. Proceedings of the National Symposiu
on Educational Computing. USM : MCCE
5. Zoraini Wati Abas (1995). ” Internet Untuk Pengajaran Matematik “. Kertas yang dibentangkan
dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG.
6. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). ” Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik” . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan
Matematik Ke 4. Kuantan: BPG.
7. Ahmad Zaharuddin Idrus (eds.). 2001.Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Trasformasi &
Cabaran UTM.Skudai: Penerbit UTM.

Contenu connexe

Tendances

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
Emiey Mieysagie
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
Sohib AlQuran
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
Jane Oon
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
Fatiha Khaidzir
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
shockgadof
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
ISMAILMAMAT
 
Pengalaman pembelajaran
Pengalaman pembelajaranPengalaman pembelajaran
Pengalaman pembelajaran
cik noorlyda
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
Awatif Atif
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
NurSyahirahSyaza
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Cikgu Nurol
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
Yuvarani Subramaniam
 

Tendances (20)

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
 
Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadahPenyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah
 
Andragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogiAndragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogi
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Statistik asas
Statistik asasStatistik asas
Statistik asas
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Pengalaman pembelajaran
Pengalaman pembelajaranPengalaman pembelajaran
Pengalaman pembelajaran
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 
Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak Kanak
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 

En vedette

En vedette (8)

Issues when implementing ict
Issues when implementing ictIssues when implementing ict
Issues when implementing ict
 
Conole creativity
Conole creativityConole creativity
Conole creativity
 
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara PelaporanPenyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
 
Model Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan MasalahModel Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan Masalah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Acidentes ósseos
Acidentes ósseosAcidentes ósseos
Acidentes ósseos
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 

Similaire à PERANAN ICT

Peranan komputer
Peranan komputerPeranan komputer
Peranan komputer
Nasa Idris
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
Mohamad Ishak
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Farah Liyana Sholehhuddin
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
peggylau9318
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learning
Ngan Jiaing
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
Aj Ze
 

Similaire à PERANAN ICT (20)

Peranan komputer
Peranan komputerPeranan komputer
Peranan komputer
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Phototalk rosmawani
Phototalk rosmawaniPhototalk rosmawani
Phototalk rosmawani
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Report trends 6
Report trends 6Report trends 6
Report trends 6
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Ict
IctIct
Ict
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learning
 
Modul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorialModul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorial
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
 

Plus de Jenry Saiparudin

Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
Jenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 

Plus de Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
 

Dernier

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Dernier (20)

7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 

PERANAN ICT

  • 1. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b SOALAN: Anda adalah seorang penyelaras ICT di sekolah. Bagaimanakah anda menjadikan budaya pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT menjadi realiti dan realistik di sekolah? Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentu akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 ); 1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer 2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data 3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ). Komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pelajaran telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pelajaran telah; • menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan • melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan • merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat
  • 2. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Komputer Dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sebagai contoh, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus mata pelajaran. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ). Selain dari itu, dengan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dapat membantunya dalam pencarian bahan, menyediakan kit pembelajaran dan mencapai maklumat dengan mudah dan berkesan. Antara kelebihan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar adalah ; • Pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang- bidang lain. Kelebihan penggunaan komputer ini juga disokong oleh beberapa kajian yang telah dijalankan seperti (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) Tidak tertakluk kelebihan pembelajaran, dalam pendidikan penggunaan komputer juga boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar; • Penghasilan Bahan Kurikulum • Latih Tubi • Tutorial • Ulangkaji • Pemulihan dan Pengayaan • Simulasi • Pengiraan • Alat Bantu Mengajar • Tutee
  • 3. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Penggunaan komputer ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan bantuan bahan yang pelbagai bagi menarik minat pelajar disamping dapat menyampaikan dengan lebih berkesan. Penggunaan multimedia Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan. Antaranya ialah multimedia boleh; 1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. 2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep isi pelajaran. 3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan 4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar 5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali Penggunaan Internet Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau dari komputer yang menyimpannya. Sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.
  • 4. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b Teknologi Multimedia Dalam Membantu Pengajaran Dan Pembelajaran Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya. Di dalam sesebuah sekolah, guru ICT memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan pengendalian bahan ICT, alatan ICT dan kelengkapan ICT yang lain. Selain daripada mengambilkira program-program menjurus dalam penyediaan penggunaan multimedia. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu , multimedia menjadi sangat berguna keada pelajar. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran. Guru ICT yang bertanggungjawab perlu memastikan kekemaskinian bahan dari masa ke semasa bagi menjaga kualiti pengajaran dan sebagai bahan rujukan oleh guru ataupun pelajar. Penyediaan bahan seperti CD atau berbentuk Slaid yang ada dalam simpanan komputer. Walaupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran antaranya; 1.motivasi pelajar 2.keadaan sosial 3.ekonomi dan pendidikan keluarga 4.situasi pada saat pembelajaran 5.kurikulum dan guru. Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan berjaya menguasai bahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya, maka media tersebut bukannya mudah untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran. Lebih jelas lagi, menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi terhadap tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan. Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir, berfikir, belajar dan memahami akan sesuatu perkara. Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan keupayaan komputer dalam pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih. Ini akan menjadikan
  • 5. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi. Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat, ia juga bertindak sebagai alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi teks,grafik, bunyi dan vedio. Yang paling jelas, ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan (encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM. Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh guru ICT dan teknologi maklumat dalam pendidikan sekolah iaitu : a) Kurikulum Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, berkesinambungan dan reflektif. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Guru ICT mesti membina satu budaya sekolah yang akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini dan tercanggih. b) Pedagogi Dari segi pedagogi, guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor, dan pembimbing kepada pelajar. Amalan pengajaran secara kelas akan diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, dan pembelajaran koperatif. Pengurusan bahan dan penyediaan bahan oleh guru ICT perlu cekap bagi memastikan penggunaan bahan tersebut mencapai tahap maksima dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. c) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut ; 1. pukal disket yang lengkap, interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir. 2. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam bentuk peperiksaan, projek dan tugasan. Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada pelajar- pelajar yang berbagai kebolehan .Lazimnya setiap perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang guru ICT menggunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada guru atau pelajar. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Pelbagaian multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan - kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa : a) Tahap interaktif yang tinggi Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.
  • 6. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila- bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan. c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi komputer. d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Penutup Kemampuan teknologi komputer dan multimedia tidak dapat dinafikan dalam melancarkan dan membina pembelajaran yang berkesan namun ia juga mempunyai kekangan tersendiri dalam merealisasikan penggunaan yang maksima dikalangan guru-guru mahupun pelajar. Ketidakcekapan pengurusan oleh guru ICT yang dipertanggungjawabkan mampu membantutkan sumber bahan dan kemaskinian peralatan. Kerancakkan pasaran dunia komputer dan multimedia begitu laju sekali dan guru ICT perlu peka terhadap perkembangan tersebut. Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Namun begitu, sesebuah sekolah yang dilengkapi peralatan ICT dan sumber ICT mampu memacu kemahiran penggunaan komputer dan multimedia serta menguasai pembelajaran di kalangan guru- guru dan pelajar-pelajar. Selain itu juga, interaksi guru dan guru atau guru dan pelajar lebih efektif dan efisen dengan penggunaan internet untuk tujuan perbincangan atau bertukar pendapat. Jelas sekali, dunia ICT menerusi pendidikan mampu melahirkan satu warganegara yang berilmu,berpengetahuan dan berkemahiran.
  • 7. CT112 10669 JENRY BIN SAIPARUDIN TZ20006b RUJUKAN 1. Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning algebraic recedence conventions.Doctoral Dissertation, Florida State University. 2. Jamaludin Ibrahim. (1989). ”Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran: Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran”. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE. 3. KPM (1997).Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur. 4. Nik Azis Nik Pa (1989).” Komputer Dalam Pendidikan “. Proceedings of the National Symposiu on Educational Computing. USM : MCCE 5. Zoraini Wati Abas (1995). ” Internet Untuk Pengajaran Matematik “. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG. 6. Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). ” Pendekatan Alternatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik” . Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG. 7. Ahmad Zaharuddin Idrus (eds.). 2001.Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Trasformasi & Cabaran UTM.Skudai: Penerbit UTM.