Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar dilancarkan untuk meningkatkan akses pendidikan di kawasan luar bandar. Ini termasuk membina infrastruktur sekolah baru, menyediakan bekalan elektrik dan air, serta membekalkan peralatan IT. Program ini bertujuan mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan berkualiti.
1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
TUGASAN 1 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1.
1.0 PENGENALAN JURNAL
PROGRAM LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI SEMPORNA
Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras
utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan
Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai
matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.
Merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar merupakan salah satu
teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sehubungan dengan itu berbagai
usaha telah dijalankan antaranya ialah pelancaran Program Lonjakan Perdana Pendidikan
Luar Bandar di sekolah pusat SK Bum Bum, Semporna,Sabah oleh Y.A.B Dato‟ Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 15 februari 2007
Usaha ini bertujuan memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan
keadilan dalam menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar.
Peluang ini amat perlu bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing
dan mampu bersaing dengan murid di Bandar
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam merapatkan jurang
pendidikan ini membuktikan bahawa pendidikan di Negara kita menitikberatkan semua
lapisan masyarakat.
Ini dapat dilihat dalam pembentukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang
terbahagi kepada empat(4) teras utama dan salah satunya adalah mengenai pembangunan
pendidikan luar Bandar. Teras ke-4 iaitu merapatkan jurang pendidikan yang memfokuskan
kepada pendidikan di luar Bandar bagi membantu memacu pencapaian di peringkat
nasional.
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang
MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah
antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang
menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5 / 14
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi
usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak,
menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan
jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah
2. dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk
bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit.
Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan
norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus
seterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan
empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang
upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan.
Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baik
Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur.
Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan
penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah menengah harian.
Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti
autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan
program pendidikan pelajar kurang upaya
2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL
Dato‟ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri telah melancarkan Program
Lonjakan Perdana Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah pada 15
Februari 2007.
Program tersebut telah disertai oleh lebih 5000 orang yang terdiri daripada warga
Kementerian Pelajaran dari peringkat pusat dan negeri serta daerah Sabah dan Sarawak,
agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri, NGO‟s, pihak swasta, UNICEF, pemimpin
politik, komuniti setempat, ibubapa, pengetua dan guru besar, guru-guru dan murid.
Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan
dan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di
bandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan
keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Selain itu,
sekolah luar bandar diberikan peluang menikmati kemudahan yang baik boleh menjadikan
mereka warganegara yang berilmu pengetahuan dan akhirnya menjadi pekerja yang
menyumbang kepada kemajuan Negara.
Beliau juga menyatakan bahawa anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Peruntukkan tambahan sebanyak RM2.6 billion bagi
pembangunan pendidikan luar Bandar menjadikan keseluruhan peruntukkan berjumlah
RM12.3 billion.
Antara jentera pemacu pencapaian yang turut membantu pendidikan luar bandar adalah
projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan
murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT. Selain itu, model solar hybrid
bagi menjana elektrik dan model bilik darjah berbentuk kabin adalah antara penyediaan
kemudahan yang sejajar dengan keperluan murid dan guru serta ibubapa.
3. ‘ PROJEK IMPAK TINGGI LONJAKAN PERDANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR ‘
Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program Lonjakan
Perdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam
usaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkan
perkhidmatan perguruan luar bandar.
Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya:
1. Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak
2. Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah
3. Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah
4. Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah
5. Menyediakan kemudahan computer
6. Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar
7. Menyediakan kelengkapan web tv
8. Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian
Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaan
mengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luar
bandar.
3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL
Sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawa
dan berminda kelas pertama. Seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat „berfikir di
luar kotak‟ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif.
Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini yang dilaksanakan
untuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luar
bandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya
mengalu-alukan usaha melakukan lonjakan perdana berkenaan dan Kerajaan Negeri akan
sentiasa memberikan sokongan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
Negeri Sabah.
Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara.
Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-
mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perlu
diusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. Ibu bapa tidak harus meletakkan
tanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibu
bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak-
anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa
itu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya
dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.
Pendidikan adalah wadah untuk membentuk insan yang berguna kepada bangsa,
agama dan negara. Cita-cita negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun
2020 tidak akan tercapai jika hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah
bilangan sumber tenaga manusia yang murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini
memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Ini dapat dicapai
melalui pembinaan modal insan yang berwibawa, bermaruah, berdaya usaha dan berdaya
saing sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Misi
Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.
4. 4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL
Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian,
masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat
masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan
mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di
kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan
perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di
Malaysia.
Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia
lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan
tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar
telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan
Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek
masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi
manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan
dapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan
sosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka.
Justeru, para pengkaji terus menerus membuat kajian bagi membantu pihak-pihak
tertentu merangka dasar-dasar awam untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat
luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal
insan khususnya dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara
lainnya kajian ini dapat membantu mengenal pasti peluang lain yang boleh diguna pakai
untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam bidang pendidikan dalam kalangan
masyarakat di luar bandar.
Kajian ini juga penting kerana kajian tentang cabaran dan masalah pendidikan dalam
kalangan masyarakat luar bandar dibuat seiring dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan pembangunan modal insan di negara kita. Oleh itu diharapkan kajian ini
mampu mempelbagaikan kajian geografi khususnya dalam kajian geografi manusia dan
geografi sosial di Malaysia. Hal ini seterusnya mampu memperkayakan ilmu dalam bidang
geografi penduduk di samping meningkatkan sumbangan geografi manusia ke dalam
penggubalan dasar.
Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-
sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan
mendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan
sepenuhnya.
Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber
manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi
mempastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India
berbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan
penduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan
tanpa mengira sosio-ekonomi atau social dapat melahirkan pekerja yang produktif dan
inovatif.
Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem
pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar.
Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer,
kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah
peluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan
mereka.
5. Keciciran di kalangan pelajar luar bandar akan memberi kesan besar terhadap masa
depan mereka. Bilangan yang ramai akan memberi masalah sosial dari segi peluang
pekerjaan, jenayah dan pembangunan modal insan. Tahap pendidikan yang rendah akan
menghasilkan rakyat yang terhad pemikiran, rendah cita-cita dan tidak ada impian yang
besar.
Kanak-kanak luar bandar yang membesar dengan tahap pendidikan yang rendah tidak
mampu bersaing seterusnya ketinggalan dalam banyak aspek. Secara langsung
menyebabkan keadaan sosio-ekonomi dan social mereka akan terganggu.
Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan. Disamping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi
berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Dari mana mereka hendak mendapatkan pekerjaan yang baik? Tidak cukup dengan
memotong getah atau menuai padi kerana pekerjaan sedemikian tidak mendatangkan
pendapatan yang lumayan jika dibuat dalam skala yang kecil dan menggunakan teknologi
tradisional. Bagi yang mempunyai harta yang banyak tidaklah menjadi masalah kerana
mereka boleh mengusahakannya tetapi bagaimana pula dengan yang sebatang kara dan
tidak berharta?.
Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandar
merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih
daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan
golongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut:
Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT
telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan
makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga
menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan
PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan
kebawah.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutan
pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu
murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada
sistem persekolahan akibat kemiskinan.
Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah
dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan
isi rumah RM1,000 dan ke bawah.
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanan
dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar
dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang
mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan
sebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini
digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Prosiding “Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Beverly, Kota
Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University
Malaysia Sabah
6. Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang
menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah
membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-
sekolah.
Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang
upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima
bantuan ini.
Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga
yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM
1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun
2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah
yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak
dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT
setahun.
Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ).
KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang
menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun
dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.
Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di
kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama
harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.
PENUTUP
Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Ini
termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya
budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang
dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan
banyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan
bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap
pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.
Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakang
pendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impian
yang ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah
telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran
perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam
pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah
pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
7. RUJUKAN
1. Buletin Pendidik; „ Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ( BIL.2/2007
ISSN 1394 – 7958 )
2. Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006.
3. Program-Outreach-Pendidikan-Luar-Bandar-Sentuhan-Kasih-UMS-di-kampung-
Malubang Pitas ( Program PKPGB )
4. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari
2009, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan
Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah
6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dalam merealisasikan pendidikan luar bandar