SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
PEMAHAMAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka
dengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan
tentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidak
hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka.
Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar.
Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di
bandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai
masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagian
daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengan
demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yang
tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu.
Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu
tiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kita
perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibu
terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome yang mengalir dalam saluran darah.
Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang
disebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan
protein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran
bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripada
dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman.
Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu
merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan
menjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra.
1 Bagaimanakah susu ibu terhasil?
A Melalui percampuran protein dan asid
amino
B Melalui percampuran estrogen,
progestron, dan prome
C Melalui percampuran “kolustrum” dan
pertambahan darah
D Melalui percampuran kimia dan
prolaktin serta pertambahan darah
2 Mengapakah kebanyakan ibu yang bekerja
lebih suka memberi bayi mereka susu
tiruan?
A Kerana mereka kesuntukan waktu
B Kerana mereka mengutamakan
kecantikan
C Kerana mereka tidak tahu khasiat susu
ibu
D Kerana mereka menganggap proses
penyusuan perkara kecil
3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebih
terpengaruh kepada iklan?
A Kerana mereka banyak terdedah
kepada media massa
B Kerana masyarakat bandar mudah
dipengaruhi
C Kerana kebanyakan mereka terdiri
daripada wanita yang bekerja
D Kerana mereka menganggap susu
tiruan lebih berkhasiat
4 Yang manakah BUKAN kebaikan susu
ibu?
A Menjimatkan masa
B Mencegah penyakit
C Menjarangkan kelahiran anak
D Mempercepatkan proses pembesaran
bayi
5 Kata cenderung dalam petikan boleh
digantikan dengan kata
A memilih. C berminat.
B berpihak. D menyebelahi.
Jawapan: 1 B 2 A 3 A 4 A 5 C
PEMAHAMAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Dia bangun dan memberitahukan cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengan
gelak ketawa. Semua kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan
“peguam” amat luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung.
Tun Abdul Hamid bin Omar lahir pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkan
dalam lingkungan keluarga Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorang
guru kampung yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu,
Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga seorang guru.
Pada tahun 1940, Abdul Hamid memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapi
pengajiannya terbantut sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunya
peperangan itu, dia menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan Senior
Cambridge.
Dia menjadi mangsa pilih kasih kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya
ke universiti. Dia pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Rais
membantunya untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadi
majistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang
pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang
Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, bel bidang perundangan.
Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak,
Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984,
beliau dilantik menjadi Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan Ketua
Hakim Negara pada 10 November 1988.
Walaupun menjadi seorang hakim memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalang
Abdul Hamid untuk bergiat dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan Golf
Asia, Kusta Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia.
Abdul Hamid dianugerahi pingat Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun
1989 yang membawa gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Utara
Malaysia mulai tahun 1988 hingga kini.
1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpan
cita-cita untuk menjadi peguam?
A Semasa bersekolah di kampungnya
B Semasa belajar di Maktab Sultan
Abdul Hamid
C Setelah lulus Senior Cambridge
D Sekembalinya dari England
2 Mengapakah ayah Abdul Hamid
menyerahkan beliau di bawah jagaan bapa
saudaranya?
A Demi mencapai cita-citanya
B Agar dapat belajar bahasa Inggeris
C Supaya Abdul Hamid dapat
menyambung pelajarannya
D Kerana berlakunya Perang Dunia
Kedua
3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omar
membiayai pengajian di luar negara?
A Melalui biasiswa
B Melalui pinjaman
C Melalui perbelanjaan sendiri
D Melalui bantuan Tan Sri Jamil Rais
4 Apakah jawatan tertinggi dalam bidang
undang-undang yang pernah dijawat oleh
Tun Abdul Hamid Omar?
A Hakim Besar Malaya
B Ketua Hakim Negara
C Hakim Mahkamah Persekutuan
D Ketua Pendaftar Mahkamah
Persekutuan
5 Pernyataan yang berikut BENAR tentang
Abdul Hamid Omar, kecuali
A dia anak seorang pendidik.
B dia mendapat anugerah kebesaran.
C dia seorang ahli sukan yang berjaya.
D dia dapat menguasai lebih daripada
satu bahasa.
Jawapan:
1 A 2 A 3 A 4 B 5 C
PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pengerusi : Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan cara-cara memupuk
tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah menjemput tiga orang rakan
kita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing. Mereka ialah Saudara Hasan,
Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang masa, saya menjemput
Saudara Hasan untuk memulakan perbincangan.
Hasan : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik untuk
memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan menggalakkan
mereka menggunakan perpustakaan.
Pengerusi : Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara Ismail?
Ismail : Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk tabiat membaca
adalah dengan mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiap
hari kita mesti membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiat
membaca akan berterusan.
Pengerusi : Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz?
Mahfuz : Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca adalah
dengan menubuhkan “Kelab Buku”. Melalui kelab ini, kita dapat bertukar-tukar buku
dan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca. Tiap-tiap orang hendaklah
menderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini sebagai permulaan. Kelas
kita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah mempunyai 40 buah buku.
Hasan : Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya.
Pengerusi : Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut dibincangkan
dengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail?
Ismail : Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari yang kosong di
sudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku kita. Saya percaya
Cikgu Munirah akan bersetuju.
Pengerusi : Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan Kelab Buku.
1 Apakah tujuan perbincangan ini diadakan?
A Untuk menubuhkan Kelab Buku di
sekolah
B Untuk mencari jalan menggalakkan
murid-murid membaca
C Untuk menanam semangat membaca
di kalangan murid-murid
D Untuk menggalakkan murid-murid
menggunakan perpustakaan
2 Kita mengetahui ahli panel telah membuat
persediaan terlebih dahulu melalui
A pembacaan buku.
B cadangan Mahfuz.
C hujah masing-masing.
D penerangan Pengerusi.
3 Apakah cadangan yang perlu mendapt
kebenaran Cikgu Munirah?
A Mengutip derma
B Mengumpulkan buku
C Menggunakan almari
D Mengadakan perbincangan lanjut
4 Penyataan yang berikut BENAR tentang
cara memupuk minat membaca, kecuali
A mengadakan sudut membaca.
B menyediakan jadual khas membaca.
C menggalakkan murid-murid membaca
di perpustakaan.
D bertukar-tukar bahan bacaan di
kalangan murid.
5 Frasa lebih mendalam dalam petikan
membawa maksud
A tertib. C tersusun.
B teratur. D terperinci.
Jawapan:
1 C 2 C 3 C 4 B 5 D
PEMAHAMAN 4
Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ingat pesanku wahai belia,
Jangan berdusta jangan memperdaya,
Jangan kikir kasihkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia.
Jangan mengata jangan mengeji,
Jangan aniaya, bengis, dan benci,
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sesekali mungkir janji.
Judi dan arak jangan dirasa,
Dengki khianat jangan selesa,
Usah bermain ular yang bisa,
Lambat bangat akan binasa.
Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantuan si piutang,
Tabiat meminjam hendaklah pantang,
Bebas kehidupan sentiasa ditatang.
Meminjam jangan meminjamkan jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam, renggang di tangan,
Hutang merosakkan maruah pandangan.
Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini tersembah ke sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut tergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
1 Apakah akibatnya orang yang suka
berhutang?
A Akan dipandang rendah
B Tidak suka hidup berdikari
C Hidup sentiasa terkongkong
D Persahabatan menjadi renggang
2 Mengapakah keupayaan seseorang
terencat?
A Kerana selalu meminjam
B Kerana selalu membesarkan diri
C Kerana selalu mungkir janji
D Kerana selalu mengharapkan bantuan
3 Bagaimanakah seharusnya seseorang itu
mengurus hartanya?
A Jangan memberikan pinjaman
B Selalu memberikan bantuan
C Berbelanja secara berhermat
D Berikhtiar sepenuh tenaga
4 Belia dinasihatkan menghindari sifat-sifat
yang berikut, kecuali
A kedekut. C pembazir.
B pemurah. D pembohong.
5 Maksud usah bermain ular yang bisa
dalam petikan ialah
A jangan boros dan fikir.
B jangan suka berhutang.
C jangan melakukan kekejian.
D jangan bermain benda bahaya.
Jawapan:
1 A 2 D 3 A 4 A 5 D
PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusia
semakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda.
Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang,
sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumi
meningkat dan lapisan ozon semakin nipis.
Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukis
dan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkan
Kelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memulihara
alam sekitar.
Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perlu
dilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab dan
prihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dan
semangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan.
Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telah
dibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkan
diri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kita
telah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untuk
membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakat
yang melakukan kesalahan.
Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara
perindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yang
selamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demi
mewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni.
1 Apakah faktor utama yang menyebabkan
berlakunya pencemaran alam?
A Bencana alam
B Ancaman haiwan
C Perubahan masa
D Perbuatan manusia
2 Mengapakah undang-undang perlu dibuat
bagi mengawal pencemaran alam sekitar?
A Untuk memelihara alam sekitar
B Untuk menanamkan sikap
bertanggung jawab
C Kerana ada golongan yang masih
berdegil
D Kerana kurangnya kesedaran di
kalangan orang ramai
3 Bagaimanakah kesedaran tentang perlunya
menjaga alam sekitar diwujudkan di
kalangan pelajar-pelajar?
A Dengan memberikan ceramah
kesedaran
B Dengan menubuhkan persatuan-
persatuan dan kelab-kelab
C Dengan mengadakan peraturan-
peraturan
D Dengan mengadakan pertandingan-
pertandingan
4 Dana Hidupan Liar Malaysia telah
mencadangkan agar orang ramai
mengambil tindakan-tindakan yang
berikut bagi memulihara alam sekitar,
kecuali
A mempelajari cara-cara menggunakan
sumber alam.
B sentiasa bekerjasama membersihkan
alam sekitar.
C selalu mengambil berat tentang
kebersihan alam sekitar.
D mengawal kegiatan masyarakat
berkaitan dengan alam sekitar.
5 Kata perindustian bermaksud
A perusahaan. C pertanian.
B maju. D moden.
Jawapan:
1 D 2 B 3 B 4 D 5 A
PEMAHAMAN 6
Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Terbongkok-bongkok di tepi jalan,
Membawa tempurung di tapak tangan,
Bertongkat buluh sebagai teman,
Meminta sedekah menadah tangan.
Pakaian buruk carik pula,
Panasnya kaki alas tiada,
Sesuap rezeki meminta-minta,
Hilanglah lapar hilanglah dahaga.
Wahai nasib bilakah gerangan,
Nikmat Ilahi datang menjelang,
Oh, Tuhan aku pohonkan,
Anugerahilah aku dengan ketabahan.
Waktu malam gelap gelita,
Angin bertiup hujan pun tiba,
Badan letih amat terasa,
Penat berjalan tidak terhingga.
Tidur si miskin di kaki lima,
Kepada Tuhan dia berdoa,
Derita ini janganlah lama,
Cepatlah bahagia datang menjelma.
1 Siapakah yang bertongkat?
A Dia C Seorang miskin
B Seorang tua D Peminta sedekah
2 Mengapakah “dia” memohon kepada Ilahi
agar dirinya cekal?
A Supaya mampu berhujan
B Supaya mampu menahan lapar
C Supaya hidup meminta-minta
D Supaya mampu menghadapi dugaan
3 Maksud Cepatlah bahagia datang
menjelma dalam petikan tersebut ialah
A mengharapkan rezeki.
B mengharapkan nikmat.
C mengharapkan kekayaan.
D mengharapkan kesenangan.
4 Mengapakah “dia” berasa sangat letih?
A Kerana hari gelap
B Kerana jauh berjalan
C Kerana kakinya panas
D Kerana tidur di kaki lima
5 Nada syair ini berbentuk
A aduan. C keluhan.
B rayuan. D pujukan.
Jawapan:
1 D 2 D 3 A 4 B 5 C
PEMAHAMAN 7
Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jonet : Bapak, ini sahabat saya, Rosli. Dia datang dari Semenanjung.
Rosli : Apa khabar, pak cik? Saya gembira dapat bertemu dengan pak cik.
Pak Atem: Khabar baik, nak!
Jonet : Pak, Rosli ingin tahu tentang Pesta Menuai. Boleh bapak ceritakan kepadanya?
Pak Atem: Boleh. Pesta Menuai ialah satu perayaan yang diraikan pada bulan Mei setiap tahun
sebagai memuja semangat padi. Sejak tahun 1960, penduduk negeri Sabah diberi cuti
umum pada hari perayaan tersebut.
Rosli : Bagaimana perayaan ini dijalankan, pak cik?
Pak Atem: Mula-mula diadakan upacara yang ada kaitannya dengan kepercayaan orang-orang
Kadazan atau Dusun. Kemudian, mereka dijamu minuman tapai dan diajak menari
tarian Sumazau. Kedua-dua ini merupakan acara tradisi pesta ini.
Rosli : Apakah acara kemuncak pesta ini, pak cik?
Pak Atem: Acara kemuncaknya ialah pertandingan memalu gong dan minum tapai.
Rosli : Wah, hebat juga pesta ini dirayakan! Orang Kadazan atau Dusun sajakah yang
merayakan pesta ini?
Pak Atem: Tidak, Rosli. Sekarang Pesta Menuai ini dirayakan secara besar-besaran di
kebanyakan daerah di Sabah. Pesta ini sebenarnya pesta kaum tani. Sabah memang
banyak golongan petani.
Jonet : Acara-acara lain ada juga dijalankan, misalnya sukan darat dan sukan laut,
pertandingan bayi sihat, pameran hasil-hasil pertanian, kraf tangan, dan pertunjukan
kebudayaan.
Rosli : Oh, begitu!
Pak Atem: Pesta Menuai ini bukan sahaja untuk bergembira, Rosli, tetapi untuk memupuk rasa
muhibah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Rosli : Betul kata pak cik tu. Saya pun tidak begitu tahu tentang pesta ini.
1 Mengapakah pesta ini dirayakan pada
bulan Mei setiap tahun?
A Kerana kaum tani berhimpun pada
bulan ini
B Kerana telah diberi cuti umum
C Kerana bulan Mei bulan yang mulia
D Kerana padi mereka telah masak pada
bulan ini
2 Apakah acara yang dijalankan turun-
temurun dalam Pesta Menuai?
A Upacara menuai
B Upacara penyembahan
C Upacara minum tapai dan memalu
gong
D Upacara minum tapai dan menari
tarian Sumazau
3 Tujuan utama Pesta Menuai diadakan
adalah untuk
A bersuka ria.
B memupuk rasa muhibah.
C memuja semangat padi.
D mengeratkan perpaduan kaum.
4 Bagaimanakah Rosli mendapatkan
maklumat tentang Pesta Menuai?
A Dengan berkunjung ke Sabah
B Dengan menyaksikan sendiri pesta itu
C Dengan bertanya kepada Pak Atem
D Dengan bertandang ke rumah panjang
5 Perkataan diraikan boleh digantikan
dengan perkataan
A dilaksanakan C dirayakan
B dipujakan D dijalankan
Jawapan:
1 D 2 D 3 C 4 C 5 C
PEMAHAMAN 8
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sekolah Kebangsaan Kajang,
Jalan Low Ti Kok,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
27 September 2005.
Menemui Saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai
rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.
Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah Tinggi
Kajang bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apa
yang telah berlaku pada hari itu.
Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid
Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada
pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai percubaan
sains.
Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan
perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung
menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan ini dihias dengan indah.
Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Pengetua dan
guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran.
Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan
permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewan
untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Saya
tertarik dengan tarian zapin dan inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjung
dipersilakan menikmati jamuan ringan.
Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang
lain, sambutlah salam mesra daripada saya.
Yang benar,
Hanafi
1 Apakah tujuan Hanafi menulis surat
kepada Loqman?
A Untuk meminta maaf
B Untuk mengajak melawat pameran
C Untuk menceritakan apa yang berlaku
D Untuk membatalkan rancangannya
pergi ke Langkawi
2 Apakah acara yang paling diminati oleh
Hanafi pada hari itu?
A Hiasan dewan
B Acara sambutan
C Pameran masakan
D Tarian tradisional
3 Di manakah persembahan kebudayaan
diadakan?
A Di dewan
B Di bilik makmal
C Di bilik pameran
D Di kawasan lapang
4 Apakah atur cara pertama yang disusun
oleh pihak sekolah untuk orang ramai?
A Menikmati jamuan
B Melihat hasil-hasil pelajar
C Melawat ke kawasan perkhemahan
D Menyaksikan pertunjukan kebudayaan
5 Di bilik pameran, para pengunjung dapat
menyaksikan perkara-perkara berikut,
kecuali
A hasil-hasil seni.
B permainan pancaragam.
C kuih-muih dan lauk-pauk.
D hasil-hasil percubaan sains.
Jawapan:
1 A 2 D 3 A 4 B 5 B
PEMAHAMAN 9
Baca berita di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA SELANGOR, Isnin – Usaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) memasukkan
pesta sukan air dalam diari tahunan negeri itu sudah menampakkan kejayaan. Hal ini dapat dilihat
menerusi sambutan orang ramai, terutamanya penduduk tempatan. Jika pada tahun lalu, kegiatan
yang mula diperkenalkan berjaya menarik minat kira-kira 3 000 pengunjung, tetapi jumlah itu
meningkat kepada 4 500 pengunjung pada tahun ini.
Pesta yang diadakan pada bulan September lalu bukan sekadar memenuhi diari tahunan,
tetapi juga berjaya memperkenalkan pelbagai jenis sukan air yang belum pernah diadakan
sebelum ini. Tarik tali perahu ialah acara baru yang disenaraikan. Acara itu berjaya menarik
banyak peminat selain daripada acara merentas Sungai Selangor, menghambat itik, lumba perahu
berdayung, meniti balak, dan perlumbaan jet ski.
Walaupun semua acara bermula pada jam 2.45 petang, tetapi orang ramai sudah mula
membanjiri tebing Sungai Selangor sejak jam 11.00 pagi lagi. Kedatangan mereka bukan sahaja
untuk melihat pesta air tersebut, tetapi juga untuk mengunjungi destinasi pelancongan yang tidak
asing lagi daerah itu, iaitu Bukit Melawati.
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi menyelamat mangsa dalam sungai
oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shah Alam. Demonstrasi dan
mencegah penyeludupan oleh anggota Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dengan menggunakan
dua bot laju turut diadakan. Dalam demonstrasi itu, orang ramai didedahkan kepada kecekapan
pihak terbabit dalam bidang masing-masing.
1 Berapakah pertambahan pengunjung Pesta
Sukan Air pada tahun ini jika
dibandingkan dengan tahun lepas?
A 7 500 orang C 1 500 orang
B 1 000 orang D 2 000 orang
2 Apakah jenis sukan air yang baru
diperkenalkan?
A Menghambat itik
B Lumba perahu berdayung
C Tarik tali perahu
D Meniti balak
3 Di manakah Pesta Sukan Air itu diadakan?
A Di pinggir sungai Kuala Selangor
B Di Bukit Melawati
C Di Sungai Selangor
D D Shah Alam
4 Kata demonstrasi dalam petikan ini
bermaksud
A pendedahan. C perlawanan.
B pertunjukan. D peraduan.
5 Antara pernyataan yang berikut, yang
manakah tidak benar tentang Pesta
Sukan Air dalam petikan itu?
A Beberapa jenis sukan baru telah
diperkenalkan
B Mendapat sambutan yang menggalak-
kan daripada orang ramai
C Demonstrasi menyelamat oleh
anggota polis telah diadakan
D Bilangan pengunjung semakin
bertambah
Jawapan:
1 C 2 C 3 C 4 B 5 C
SOALAN PEMAHAMAN 10
Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jumlah Pertambahan Murid di Sekolah Kebangsaan Semenyih bagi Tahun 2000-2004
Tahun
Bangsa
Melayu Cina India Bangsa lain Jumlah
2000 21 12 6 3 42
2001 24 13 8 4 49
2002 30 16 10 5 61
2003 31 21 11 11 73
2004 37 22 19 12 90
1 Jika pelajar keseluruhan pada tahun 2000
ialah 400 orang, berapakah jumlah pelajar
pada tahun 1999?
A 442 orang C 422 orang
B 358 orang D 458 orang
2 Berapakah pertambahan murid berbangsa
India antara tahun 2002 hingga 2004?
A 40 orang C 19 orang
B 9 orang D 11 orang
3 Bangsa apakah yang memperlihatkan
peningkatan yang paling ketara?
A Cina C India
B Melayu D Bangsa lain
4 Berapakah pertambahan murid Cina pada
tahun 2001 berbanding tahun sebelumnya?
A 1 orang C 22 orang
B 13 orang D 2 orang
5 Yang manakah BENAR tentang jadual di
atas?
A Murid Melayu lebih ramai daripada
murid lain
B Murid Cina lebih ramai daripada
murid Melayu
C Pertambahan pada tahun 2002 lebih
tinggi berbanding tahun 2004
D Berbanding tahun 2000, pertambahan
murid berbangsa lain pada tahun 2001
hanya tujuh orang
Jawapan:
1 B 2 A 3 B 4 A 5 A
SOALAN PEMAHAMAN 11
Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Amir : Semalam saya dan Tapa pergi ke perpustakaan.
Dani : Apa yang kalian buat di sana?
Amir : Kami membuat kamus kecil.
Dani : Bagaimanakah cara kalian membuatnya?
Amir : Mula-mula kami mengumpulkan kata-kata yang sukar, kemudian kami menyusunnya
mengikut abjad. Selepas itu, kami mencari makna-maknanya. Akhir sekali, kami
membina ayat-ayat yang sesuai dengan kata-kata tersebut.
Dani : Siapakah yang menyuruh kalian membuat kamus kecil itu?
Amir : Cikgu Sidik, sebagai aktiviti pengayaan.
Dani : Apa gunanya kamus kecil itu?
Amir : Kamus kecil itu dapat membantu kita meningkatkan perbendaharaan kata dan mengingat
makna kata-kata yang sukar. Jadi, apabila kita membaca buku atau petikan yang
mengandungi kata-kata tersebut,kita telah sedia maklum akan maknanya dan kita akan
memahami bacaan kita itu dengan lebih mudah.
Dani : Bolehkah cara yang sama digunakan untuk membuat kamus bagi mata pelajaran yang
lain?
Amir : Boleh! Caranya iaitu dengan mengumpulkan semua kata atau istilah mata pelajaran
tersebut dan cari makna atau ejaannya, susun mengikut abjad.
Dani : Bagaimana pula dengan pelajaran bahasa Inggeris?
Amir : Kamus bahasa Inggeris boleh juga dibina sama seperti kamus bahasa Melayu. Kalau
kamu tidak percaya, cubalah.
Dani : Boleh saya pinjam kamus awak yang sudah siap itu?
Amir : Tidak boleh, kamus ini dibuat dengan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.
Perbendaharaan kata kamu mungkin tidak sama dengan perbendaharaan kata saya. Saya
mencadangkan kamu membuatnya sendiri.
Dani : Baiklah, saya akan cuba membuatnya bersama rakan saya.
1 Yang manakah antara langkah-langkah
yang berikut merupakan langkah yang
betul untuk membuat kamus?
A Menyenaraikan kata, mencari makna,
dan menyusun kata-kata tersebut
mengikut abjad
B Menyenaraikan kata dan menyusun-
nya mengikut abjad
C Menyenaraikan kata, menyusunnya
mengikut abjad, mencari maknanya,
dan membina ayat
D Menyenaraikan kata, membina ayat,
dan mencari makna
2 Pembinaan kamus seperti yang dibuat oleh
Amir dan Tapa dapat
A Mempertingkat perbendaharaan kata
B Mempertingkat pemahaman
C Mempertingkat kemahiran
D Mempertingkat bahasa
3 Apakah mata pelajaran yang diajarkan
oleh Cikgu Sidik?
A Bahasa Inggeris
B Bahasa Melayu
C Sains
D Kajian Tempatan
4 Mengapakah ayat-ayat dibina untuk setiap
kata yang telah dipilih?
A Untuk melengkapkan usaha
pembinaan kamus
B Untuk menjelaskan lagi maksud kata
itu
C Untuk memantapkan pemahaman
tentang penggunaan kata yang dipilih
D Untuk memberikan maknanya yang
khusus
5 Mengapakah Amir tidak mahu meminjam-
kan kamusnya kepada Dani?
A Kerana dia perlu mendapat
persetujuan daripada Tapa terlebih
dahulu
B Kerana kamus itu baru dibuatnya
C Kerana kamus itu kepunyaannya
D Kerana kamus itu dibina mengikut
tahap perbendaharaan masing-masing
Jawapan:
1 C 2 A 3 B 4 B 5 D
SOALAN PEMAHAMAN 12
Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kisah nelayan di tengah lautan,
Mencari rezeki menangkap ikan,
Membawa umpan berserta joran,
Hasil tangkapan diharap lumayan.
Ketika itu cuaca cerah,
Berada di tengah lautan nan indah,
Tidak diduga bagai disergah,
Awan hitam membawa gundah.
Angin bertiup bukan kepalang,
Sehingga nelayan berhati walang,
Ketika itu berasa malang,
Suratan takdir sukar dihalang.
Anak-anak berasa cemas,
Teringat ayah di lautan luas,
Ombak pula bertindak ganas,
Takut ayah mendapat nahas.
Perahu kecil teroleng-oleng,
Nelayan ngeri bercampur pening,
Berkat doa anakanda mengiring,
Suasana ribut bertukar hening.
Berkayuh nelayan ke arah pantai,
Anak isteri melambai-lambai,
Tidak mengira hujan nan renyai,
Perlu lagi kasih dan belai.
1 Apakah tajuk yang sesuai untuk syair di
atas?
A Nelayan Malang
B Nelayan Dihempas Badai
C Nasib Nelayan
D Nelayan Pinggir Pantai
2 Apakah faedah yang digunakan oleh
nelayan itu untuk menangkap ikan?
A Menggunakan jala
B Menggunakan pukat
C Menggunakan bubu
D Menggunakan pancing
3 Mengapakah anak dan isteri nelayan
berasa cemas?
A Kerana nelayan itu berada di lautan
ketika hujan ribut
B Kerana nelayan tidak mendapat
tangkapan
C Kerana mereka hidup miskin
D Kerana mereka bergantung hidup pada
nelayan
4 Kata walang dalam petikan membawa
maksud
A iri hari. C besar hati.
B susah hati. D kecil hati.
5 Pilih penyataan yang TIDAK BENAR.
A Angin bertiup kencang di lautan.
B Keluarga nelayan bimbang akan
keselamatan nelayan.
C Keluarga nelayan menunggu
kepulangannya di pantai.
D Nelayan berjaya mendapat hasil
tangkapan yang lumayan.
Jawapan:
1 C 2 D 3 A 4 B 5 D
SOALAN PEMAHAMAN 13
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
La Nina berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud budak perempuan. Gelaran lain
bagi La Nina ialah “El Viejo” yang bermaksud lelaki tua. La Nina merujuk kepada suhu yang
keterlaluan di permukaan laut di Pasifik Tropika. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
perubahan cuaca.
Fenomena La Nina ini berlaku semasa tiupan Angin Timuran menjadi bertambah kuat di
sebelah timur Lautan Pasifik di sepanjang pesisir pantai Ecuador, Chile, dan Peru. Fenomena ini
hanya berlaku di Lautan Pasifik. Lautan Pasifik menyimpan 50 peratus daripada kandungan jisim
air di dunia.
Di Lautan Pasifik ini, terdapat dua perbezaan yang ketara, iaitu sejuk di bahagian timur dan
panas di bahagian barat. Apabila La Nina berlaku, Suhu Permukaan Laut (SST) dan Indeks
Ayunan Selatan (SOI) berubah. Hal ini menjadikan tekanan di Tahiti, Hawaii (timur) lebih tinggi
daripada di Darwin (barat). Lanjutan daripada itu, suhu sejuk di bahagian timur ditolak oleh
tekanan tinggi ke arah barat yang biasanya mengalami suhu panas. Keadaan ini menyebabkan
angin bertiup dari timur ke barat Pasifik menjadi dominan. Dengan kata lain, suhu sejuk yang
membawa dan menerima menguasai kawasan barat.
Tiupan Angin Timuran semakin meningkat menyebabkan suhu permukaan laut semakin
rendah. Cuaca akan menjadi sejuk dan kering di bahagian barat laut dan menjadi lembap di
bahagian barat Pasifik.
Malaysia juga mengalami fenomena La Nina ini. Hujan turun pada kadar yang melebihi
kebiasaan. Kematangan cuaca seperti ini berlaku pada hujung tahun dan memberikan kesan yang
besar kepada Monsun Timur Laut. Negeri-negeri yang berhampiran dengan Indo-Australia akan
mengalami kesan penuh La Nina ini.
1 La Nina bermaksud
A seorang budak perempuan.
B seorang lelaki tua.
C suhu yang melampau di permukaan
laut.
D perubahan cuaca di Pasifik Tropika.
2 Bilakah berlakunya fenomena ini?
A Semasa tiupan Angin Timuran
bertambah kencang di sebelah timur
Lautan Pasifik
B Semasa Angin Timuran bertiup di
sepanjang pantai Ecuador, Chile, dan
Peru
C Ketika Lautan Pasifik mengalami
suhu yang berbeza
D Ketika 50 peratus jisim air berada di
Lautan Pasifik
3 Mengapakah tekanan di Tahiti lebih tinggi
daripada tekanan di Darwin?
A Kerana Suhu Permukaan Laut dan
Indeks Ayunan Selatan berubah
B Kerana Indeks Ayunan Selatan tetap
C Kerana Suhu Permukaan Laut dan
Indeks Ayunan Selatan tetap
D Kerana Suhu Permukaan Laut
berubah-ubah
4 Pilih penyataan yang BENAR.
A Dalam bahasa Melayu, La Nina
bermaksud lelaki tua.
B Di Lautan Pasifik, cuaca di bahagian
timurnya sejuk manakala di bahagian
baratnya panas.
C Negara-negara di Indo-China akan
mengalami kesan penuh La Nina.
D Suhu Permukaan Laut akan meningkat
apabila tiupan Angin Timuran
semakin kuat.
5 Kematangan cuaca Monsun Timur Laut
berlaku pada bulan
A Ogos. C Januari.
B November. D Disember.
Jawapan:
1 A 2 A 3 D 4 B 5 D
SOALAN PEMAHAMAN 14
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KEK
Bahan-bahannya:
200 g mentega
1 cawan gula hangus
2 cawan tepung naik sendiri
8 biji pisang emas
5 biji telur ayam
1 sudu teh soda bikarbonat
sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya:
1 Pukul gula dan mentega sehingga kembang di dalam bekas yang besar. Masukkan telur sebiji
demi sebiji sambil dipukul dengan rata hingga habis.
2 Pisang emas dilecek hingga lumat. Masukkan pisang sedikit demi sedikit, sambil kacau hingga
rata. Kemudian, masukkan esen vanilla. Tepung dan soda bikarbonat diayak bersama-sama.
Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau mengikut bentuk yang
digemari.
3 Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega atau minyak. Bakarlah
dengan kepanasan 190 ° C atau 375 ° F selama satu jam.
1 Apakah nama yang sesuai diberikan
kepada kek tersebut?
A Kek Gula
B Kek Pisang
C Kek Mentega
D Kek Gula Hangus
2 Berapa banyak mentegakah yang
diperlukan untuk membuat dua adunan
kek tersebut?
A 0.2 kg C 200 kg
B 0.4 kg D 2 kg
3 Cara yang betul memasukkan tepung ke
dalam adunan ialah
A Mengikut sukatan yang ditetapkan
B Memasukkannya sedikit demi sedikit
C Memasukkannya sekali gus
D Memasukkannya mengikut cita rasa
sendiri
4 Mengapakah tepung dan soda bikarbonat
perlu diayak?
A Untuk memudahkan campuran
B Untuk memesrakan kedua-dua bahan
C Untuk mendapatkan hasil yang halus
D Untuk memanfaatkan ayak
5 Mengapakah adunan itu perlu dibakar
pada kepanasan hingga 190 ° C?
A Untuk memanaskan oven
B Supaya adunan masak dengan betul
C Kerana tahap kepanasan telah
ditetapkan mengikut tempoh tertentu
D Agar adunan boleh dibakar
Jawapan:
1 B 2 B 3 B 4 A 5 B
PEMAHAMAN 15
Baca biografi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kamaluddin bin Muhammad lebih dikenali dengan nama penanya Keris Mas. Beliau
dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu moden. Beliau dapat disifatkan sebagai cerpenis yang
terkemuka dan paling mengagumkan selepas Perang Dunia Kedua.
Keris Mas anak watan negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam aliran Melayu
hingga darjah lima. Keputusan peperiksaan beliau yang baik melayakkan beliau melanjutkan
pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Akan tetapi, beliau tidak mendapat peluang itu
kerana maktab tersebut dikhaskan kepada golongan bangsawan sahaja. Keris Mas tidak berputus
asa. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam, Padang Panjang, Sumatera.
Keris Mas menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada tahun 1947
dengan bertugas sebagai pengarang di syarikat percetakan Utusan Melayu. Salah satu sumbangan
besar yang diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketika
itu hampir tidak mendapat sambutan. Setelah Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor
Bahru pada tahun 1956, Keris Mas diterima sebagai pengarang umum. Beliau kemudiannya
dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarang. Sejak tahun 1971, beliau menjadi Ketua Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, dan bertanggung jawab sebagai Ketua Pengarang majalah
Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga bersara pada
tahun 1977.
Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 69 buah cerpen. Beliau telah mengemukakan
pelbagai persoalan seperti peristiwa cinta, kepincangan masyarakat, dan perjuangan kebangsaan.
Dua buah antologi cerpennya yang terkenal ialah Mekar dan Segar dan Patah
Tumbuh.Keseluruhan hidup Keris Mas ditumpukan kepada bidang kesusasteraan. Oleh sebab
jasa-jasa beliau itu, beliau telah menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan
Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981.
1 Mengapakah Kamaluddin bin Muhammad
tidak belajar di Maktab Melayu Kuala
Kangsar?
A Kerana dia anak rakyat biasa
B Kerana dia ingin ke Kolej Islam
C Kerana dia hanya tamat darjah lima
D Kerana dia anak watan negeri Pahang
2 Apakah jawatan terakhir yang disandang
oleh Kamaluddin bin Muhammad?
A Pengarang Umum
B Ketua Pengarang
C Ketua Bahagian Pembinaan dan
Pengembangan Sastera
D Ketua Pengarang majalah Dewan
Bahasa dan Dewan Sastera
3 Pilih pernyataan yang BENAR tentang
Keris Mas.
A Beliau merupakan pengasas majalah
Mastika.
B Beliau seorang Sasterawan Negara.
C Beliau ialah penerbit majalah Dewan
Bahasa.
D Beliau mula menulis semasa di Johor
Bahru.
4 Berapa lamakah Kamaluddin bin
Muhammad berkhidmat di Dewan Bahasa
dan Pustaka?
A Enam tahun C 24 tahun
B 21 tahun D 30 tahun
5 Kata pelopor juga sinonim dengan
perkataan
A pejuang. C perintis.
B peneroka. D peninjau.
Jawapan:
1 A 2 D 3 B 4 B 5 C
PEMAHAMAN 16
Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AHAD, 26 JUN 2005
Bertolak dari KLIA ke Kuching dengan menaiki pesawat MAS MH 1043. Hari ini merupakan
hari yang bersejarah dalam hidupku kerana pertama kali menaiki kapal terbang. Pukul 11.30 pagi,
kira-kira dua jam kemudian, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Oh, alangkah
indahnya Bumi Kenyalang!
ISNIN, 27 JUN 2005
Malam tadi menginap di rumah Saniah, sahabat penaku di Petra Jaya. Pagi, Saniah menemaniku
berjalan-jalan di Bandar Kuching. Kami menaiki bas melalui Jambatan Datuk Patinggi Haji
Abdul Rahman Yaakub. Kemudian, kami menaiki perahu penambang menyeberangi Sungai
Sarawak. Naik gentar aku kerana pelbagai gambaran tentang Bujang Senang bermain di
benakku. Kami melawat Fort Margherita.
SELASA, 28 JUN 2005
Baru kuketahui Saniah mempunyai saudara kembar, Sani namanya. Dia malu-malu denganku.
Sani ada hati untuk belajar di Semenanjung.
RABU, 29 JUN 2005
Bersama-sama Saniah dan Sani, kami melawat Muzium Sarawak. Amboi, banyaknya barang
purba yang dipamerkan!
KHAMIS, 30 JUN 2005
Melawat pameran buku di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Jalan Tun Abang
Haji Openg. Banyak buku dan majalah yang dipamerkan. Malam, bersama dengan keluarga
Saniah, aku makan ikan terubuk bakar di Batu Lintang. Alangkah enaknya!
JUMAAT, 1 JULAI 2005
Hari ini tidak ke mana-mana. Bapa Saniah membeli dua kilogram telur ikan terubuk.
SABTU, 2 JULAI 2005
Petang, bapa Saniah membawa aku, Saniah, dan Sani ke Tasik Biru di Bau. Pada masa dahulu,
tasik ini merupakan kawasan perlombongan emas.Waktu balik, kami singgah sebentar di
Kilometer 8 untuk membeli pasu Sarawak.
AHAD, 3 JULAI 2005
Pukul 5.00 petang, aku berada di Lapangan Terbang Kuching. Aku berangkat pulang ke Kuala
Lumpur dengan pesawat MAS MH 1021. Selamat tinggal Bumi Kenyalang.
1 Penulis berlepas ke Kuching pada pukul
A 9.30 pagi.
B 10.30 pagi.
C 11.30 pagi.
D 12.30 tengah hari.
2 Apakah ole-ole yang dibawa oleh penulis
dari Sarawak?
A Barang purba
B Pasu Sarawak
C Buku dan majalah
D Telur ikan terubuk
3 Di manakah tempat yang dilawati oleh
penulis tanpa Sani?
A Tasik Biru
B Batu Lintang
C Muzium Sarawak
D Bandar Kuching
4 Penyataan yang berikut BENAR tentang
lawatan penulis, kecuali
A Dia menginap di rumah Sani.
B Dia melihat bekas lombong emas.
C Dia meninggalkan Sarawak pada
pukul 5.00 petang.
D Dia menyeberangi Sungai Sarawak
pada hari kedua.
5 Maksud gentar dalam petikan ialah
A sedih. C murung.
B takut. D terharu.
Jawapan:
1 A 2 B 3 D 4 C 5 B
PEMAHAMAN 17
Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak
ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan
Pada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak telah
mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55 orang ahli rombongan
yang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru lelaki, enam orang guru
wanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang murid lelaki, dan lima orang pekerja. Mereka
tiba di perkarangan sekolah dengan sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikut
surat yang dikirimkan seminggu sebelum tarikh lawatan.
Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan guru-guru
Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan dipersilakan ke Bilik
Gerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinar
Harapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga menyentuh tentang
disiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama guru-guru yang telah menghasilkan kejayaan
sekolah dalam peperiksaan UPSR selama tiga tahun berturut-turut.
Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh guru-guru berkenaan. Ahli
rombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan
Sinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang,
mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah.
Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat sumber, taman
bacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mereka
telah diberi penerangan oleh guru pengiring.
Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru dan murid-
murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak sekolah.
Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada di sekolah ini
kira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah bertukar-tukar cenderahati
sebagai tanda kenangan.
Yang menjalankan tugas, 17 MAC 2005.
Ismail
(ISMAIL BIN ABDULLAH)
Setiausaha Guru,
Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan,
Johor Bahru, Johor.
1 Bilakah Sekolah Kebangsaan Sinar
Harapan dimaklumkan tentang lawatan
itu?
A 24 Februari 2004
B 25 Februari 2004
C 26 Februari 2004
D 27 Februari 2004
2 Mengapakah ahli rombongan itu dibawa
ke Bilik Gerakan?
A Untuk menikmati jamuan ringan
B Untuk berkenal mesra
C Untuk mendengar takllimat
D Untuk bertukar-tukar hadiah
3 Apakah yang mendorong Sekolah
Kebangsaan Seri Andika mengadakan
lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar
harapan?
A Kerjasama ibu bapa
B Kecemerlangan sekolah
C Kesungguhan murid-murid
D Melihat kawasan sekitar sekolah
4 Tempat yang tidak dilawati oleh rombong-
an Sekolah Seri Andika semasa lawatan
itu ialah
A bilik guru. C taman bacaan.
B perpustakaan. D bilik darjah.
5 Apakah yang membanggakan pihak
Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan
daripada lawatan itu?
A Mendapat penghormatan
B Dapat menyambut tetamu
C Dapat menyambung silaturrahim
D Mengetahui rahsia kejayaan sekolah
Jawapan:
1 A 2 C 3 B 4 A 5 C
PEMAHAMAN 18
Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Burung jelatik burung jaladan,
Hinggap terkukur di pohon ceri;
Ilmu dituntut tiada sempadan,
Nilainya mahal tidak terperi.
Burung merpati terbang ke hulu,
Terbangnya tinggi melewa-lewa;
Semasa belajar janganlah jemu,
Pabila tua tidak kecewa.
Burung nuri hinggap di dahan,
Burung merbuk bersarang rendah;
Orang berilmu dikasihi Tuhan,
Ke mana pergi tidak menadah.
Terbang helang menjangkau angkasa,
Kembali ke bumi hilangkan dahaga;
Ilmu dunia bagaikan perkasa,
Ilmu akhirat bawa ke syurga.
Burung kedidi burung ketitir,
Kenari terbang bersama pipit;
Andai berilmu janganlah kikir,
Hidup di dunia tidaklah sempit.
Burung punai memakan padi,
Mengigal merak di hari senja;
Jika berilmu taburlah budi,
Dipandang mulia di mana saja.
1 Mengapakah kita mesti rajin dan tekun
menuntut ilmu?
A Agar kita dihormati masyarakat
B Kerana nilainya amat tinggi
C Kerana ilmu tiada batasannya
D Agar berbahagia pada masa depan
2 Apakah yang diharapkan kepada orang
yang berilmu?
A Membawa ke syurga
B Sanggup berkorban
C Hidup senang di dunia
D Bersedia menyebarkannya
3 Pembayang maksud dalam rangkap
keempat menceritakan tentang
A sifat burung. C habitat burung.
B fizikal burung. D lumrah burung.
4 Perkara yang berikut BENAR tentang
maksud pantun di atas, kecuali
A Orang yang berilmu hidup mewah
B Orang yang berilmu tidak meminta
C Orang yang berilmu dirahmati Tuhan
D Orang yang berilmu dipandang mulia
5 Frasa tidak terperi juga membawa
maksud
A tidak tersirat. C tidak ternilai.
B tidak terakam. D tidak terungkai.
Jawapan:
1 B 2 C 3 A 4 A 5 C
PEMAHAMAN 19
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA LUMPUR, Selasa – Kejadian banjir di kawasan hutan kekal di negara ini berpunca
daripada masalah ekologi semula jadi yang tidak dijangka dan bukan kerana aktiviti manusia.
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Saiful Ariffin berkata, dalam tempoh tertentu, hutan
mengalami perubahan semula jadi seperti pokok tua tumbang. Beliau menambah, pokok itu
mewujudkan takungan air yang menyekat air hujan daripada mengalir ke sungai yang
berhampiran. Katanya, pertambahan hujan juga menjadikan tanah lembap sehingga
melonggarkan struktur akar pokok dan memudahkan pokok tumbang.
Pertambahan hujan juga menyebabkan lantai hutan ditakungi air. Apabila takungan terlalu
besar, banjir lumpur akan berlaku. “Mengikut pengalaman lalu, kejadian banjir lumpur di
kawasan hutan berpunca daripada ekologi hutan dan bukan disebabkan aktiviti manusia,” katanya
ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kejadian banjir lumpur di kawasan hutan simpan di negara ini pada
setiap musim tengkujuh. Minggu lalu, 14 buah rumah dihanyutkan air akibat banjir lumpur dan
kejadian tanah runtuh di Kampung Sri Gunung Pulai di Kaki Gunung Pulai, kira-kira lapan
kilometer dari Pekan Nanas, Pontian.
Dalam kejadian jam 11.00 malam tadi, timbunan balak, tunggul kayu, dan sampah
dihanyutkan air deras ke kaki Gunung Pulai. Lima sekeluarga maut dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, setakat ini, hanya empat mayat ditemui.
1 Apakah tajuk berita yang paling tepat
digunakan bagi berita di atas?
A Kejadian Banjir
B Masalah ekologi punca banjir di hutan
simpan
C Hutan mengalami perubahan semula
jadi
D Lima sekeluarga maut dalam kejadian
banjir Lumpur
2 Kejadian banjir di hutan simpan
disebabkan oleh
A masalah ekologi semula jadi yang
sudah dijangka.
B masalah ekologi semula jadi luar
jangka.
C pertambahan hujan yang banyak.
D banjir lumpur dan tanah runtuh.
3 Pokok-pokok tua yang tumbang di hutan
simpan itu telah menyebabkan
A banyak rumah yang hanyut.
B pengaliran air hujan ke sungai
tersekat.
C struktur tanah menjadi longgar.
D berlakunya musim tengkujuh.
4 Di manakah kejadian banjir lumpur dan
tanah runtuh berlaku?
A Kuala Lumpur
B Kampung Sri Gunung Pulai
C Pekan Nanas, Pontian
D Kaki Gunung Pulai
5 Berapakah anggota mangsa banjir dan
tanah runtuh itu yang belum ditemui?
A Seorang C Dua orang
D Empat orang D Lima orang
Jawapan:
1 B 2 B 3 B 4 B 5 A
PEMAHAMAN 20
Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru,
dan rakan seperjuangan sekalian.
“Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah” begitulah tajuk syarahan saya pada
pagi ini.
Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan para peniaga.
Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan. Kenaikan harga barangan
sering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan pembangunan ekonomi bagai taut
dengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena. Begitulah sebaliknya.
Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka
sebagai pengguna.Di sinilah pentingnya satu persatuan yang dapat membimbing dan memberi
pendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijaksana.
Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu memilih sesuatu barangan
yang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh yang demikian, mereka tidak mudah
terpedaya.
Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadi
pengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Sikap yang
demikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi.
Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar. Kempen
ini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara. Langkah sebegini
amat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini, Persatuan Pengguna dapat
memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu di
sekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan slogan “Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan”.
Sekian, terima kasih.
1 Mengapakah Persatuan Pengguna perlu
ditubuhkan di sekolah?
A Untuk melatih pelajar berjimat cermat
B Untuk mengasuh pelajar membendung
inflasi
C Untuk memberi pendidikan
kepenggunaan kepada pelajar
D Untuk melatih pelajar membuat
penilaian harga barang
2 Mengapakah pemidato mengatakan
bahawa pengguna sering tertindas?
A Kerana pengguna sering terpedaya
oleh jualan murah
B Kerana pengguna ialah tempat
pengusaha mengaut untung
C Kerana pengguna tidak dapat
dipisahkan daripada pengusaha
D Kerana pengguna sering menjadi
mangsa kenaikan harga barang
3 Pilihan yang bijak menurut pemidato ialah
A pengguna yang pandai memilih
barangan yang baik.
B pengguna yang bijak menawar harga
barangan yang dibelinya.
C pengguna yang dapat menilai buatan
barangan yang dbelinya.
D pengguna yang pandai menilai mutu
dengan harga barangan.
4 Maksud bagai taut dengan umpan dalam
petikan di atas ialah
A saling memerlukan.
B saling berkaitan.
C saling bermusuhan.
D saling membantu.
5 Kenaikan harga hanya dapat dikawal jika
A pengguna tidak berbelanja.
B pengguna bijak berbelanja.
C pengguna berbelanja pada hari sabtu
sahaja.
D pengguna membeli barangan yang
murah sahaja.
Jawapan:
1 C 2 B 3 D 4 A 5 B
Pemahaman

Contenu connexe

Tendances

BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)
BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)
BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)Jul Zulkarnain
 
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggi
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggiContoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggi
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggiLuki Baluntu
 
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)Deni Kurnia
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaMuhammad Nazri
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanlombkTBK
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraannixma zizah
 
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)BMG Training Indonesia
 
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)AstriAmalia6
 

Tendances (13)

BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)
BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)
BANGKITKAN PERTANIAN (TEXT PIDATO/PENYULUHAN)
 
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggi
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggiContoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggi
Contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan di hari besar pendidikan. anggi
 
Soal um 2015
Soal um 2015Soal um 2015
Soal um 2015
 
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)
Contoh Rangkuman Buku (SMP N 1 Ciawi)
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Konsep islam tentang persudaraan
Konsep islam tentang persudaraanKonsep islam tentang persudaraan
Konsep islam tentang persudaraan
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesia
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraan
 
Pendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraanPendidikan kewarganegaraan
Pendidikan kewarganegaraan
 
Pidato sumpah pemuda
Pidato sumpah pemudaPidato sumpah pemuda
Pidato sumpah pemuda
 
Extro girls
Extro girlsExtro girls
Extro girls
 
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
 
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)
ASTRI AMALIA AMIR (05180300001)
 

En vedette

Naea 12-12 (2)
Naea 12-12 (2)Naea 12-12 (2)
Naea 12-12 (2)Cate8364
 
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaam
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum DuurzaamDutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaam
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaamduurzame verhalen
 
Realigned - Finding God's Purpose for Your Money
Realigned - Finding God's Purpose for Your MoneyRealigned - Finding God's Purpose for Your Money
Realigned - Finding God's Purpose for Your MoneyJosh Lawson
 
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5Shogo Tamura
 
Classification of morphemes
Classification of morphemesClassification of morphemes
Classification of morphemesAyesha Aslam
 
Walking on Troubled Water
Walking on Troubled WaterWalking on Troubled Water
Walking on Troubled WaterRay Pack
 
Lectura de frases
Lectura de frasesLectura de frases
Lectura de frasesmonik3mng
 
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...linioti
 
20 steps to build an awesome personal brand
20 steps to build an awesome personal brand20 steps to build an awesome personal brand
20 steps to build an awesome personal brandThe Virtual Specialist
 
Preliminary story board
Preliminary story boardPreliminary story board
Preliminary story boardshuffyshah
 
Every step you take... We'll be watching you
Every step you take... We'll be watching youEvery step you take... We'll be watching you
Every step you take... We'll be watching youThirtyThree
 
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...North Hollywood Toyota
 

En vedette (20)

ocd ppt ASSIGNMENT
ocd ppt ASSIGNMENTocd ppt ASSIGNMENT
ocd ppt ASSIGNMENT
 
Hivarv
HivarvHivarv
Hivarv
 
Naea 12-12 (2)
Naea 12-12 (2)Naea 12-12 (2)
Naea 12-12 (2)
 
Pollution
PollutionPollution
Pollution
 
Chapter 08
Chapter 08Chapter 08
Chapter 08
 
Task media
Task mediaTask media
Task media
 
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaam
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum DuurzaamDutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaam
Dutch Cuisine | Dag van de Duurzaamheid 2016 | Centrum Duurzaam
 
Realigned - Finding God's Purpose for Your Money
Realigned - Finding God's Purpose for Your MoneyRealigned - Finding God's Purpose for Your Money
Realigned - Finding God's Purpose for Your Money
 
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5
レスポンシブWebデザイン@マカベンvol.5
 
Classification of morphemes
Classification of morphemesClassification of morphemes
Classification of morphemes
 
Walking on Troubled Water
Walking on Troubled WaterWalking on Troubled Water
Walking on Troubled Water
 
Cbc p2 saldaña
Cbc p2 saldañaCbc p2 saldaña
Cbc p2 saldaña
 
Lectura de frases
Lectura de frasesLectura de frases
Lectura de frases
 
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...
Transparent, playful and easy – identifying creative ways to facilitate and s...
 
20 steps to build an awesome personal brand
20 steps to build an awesome personal brand20 steps to build an awesome personal brand
20 steps to build an awesome personal brand
 
BRE-CASE Seminarium 105 - Credit Crunch w Polsce
BRE-CASE Seminarium 105 - Credit Crunch w PolsceBRE-CASE Seminarium 105 - Credit Crunch w Polsce
BRE-CASE Seminarium 105 - Credit Crunch w Polsce
 
Preliminary story board
Preliminary story boardPreliminary story board
Preliminary story board
 
folder management
folder managementfolder management
folder management
 
Every step you take... We'll be watching you
Every step you take... We'll be watching youEvery step you take... We'll be watching you
Every step you take... We'll be watching you
 
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...
2012 prius vs. 2012 nissan leaf - north hollywood toyota, los angeles new use...
 

Similaire à Pemahaman

Similaire à Pemahaman (20)

3. soalan sepontan hijrah rasulullah
3. soalan sepontan  hijrah rasulullah3. soalan sepontan  hijrah rasulullah
3. soalan sepontan hijrah rasulullah
 
karangan umum 2
karangan umum 2karangan umum 2
karangan umum 2
 
Sambungan
SambunganSambungan
Sambungan
 
Kelompok 3-Bahasa Indonesia Paragraf Persuasi
Kelompok 3-Bahasa Indonesia Paragraf PersuasiKelompok 3-Bahasa Indonesia Paragraf Persuasi
Kelompok 3-Bahasa Indonesia Paragraf Persuasi
 
B. inggrijjkk
B. inggrijjkkB. inggrijjkk
B. inggrijjkk
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsr
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Kehidupan anak kos tugas AGAMA ISLAM
Kehidupan anak kos tugas AGAMA ISLAMKehidupan anak kos tugas AGAMA ISLAM
Kehidupan anak kos tugas AGAMA ISLAM
 
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdfNOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
 
Soal Ujian Sekolah Paket 1 (Paket Utama) Beserta Kunci Tahun 2019
Soal Ujian Sekolah Paket 1 (Paket Utama) Beserta Kunci Tahun 2019Soal Ujian Sekolah Paket 1 (Paket Utama) Beserta Kunci Tahun 2019
Soal Ujian Sekolah Paket 1 (Paket Utama) Beserta Kunci Tahun 2019
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Teks Persuasi 1
Teks Persuasi 1Teks Persuasi 1
Teks Persuasi 1
 
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
 
1
11
1
 
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
 
Paragraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasiParagraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasi
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 

Plus de Jerry Saribun

327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdfJerry Saribun
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdfJerry Saribun
 
50 communicationactivitiesicebreakersandexercises
50 communicationactivitiesicebreakersandexercises50 communicationactivitiesicebreakersandexercises
50 communicationactivitiesicebreakersandexercisesJerry Saribun
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]Jerry Saribun
 
35215368 perintah-am-bab-f
35215368 perintah-am-bab-f35215368 perintah-am-bab-f
35215368 perintah-am-bab-fJerry Saribun
 

Plus de Jerry Saribun (12)

Saraubat (rln)
Saraubat (rln)Saraubat (rln)
Saraubat (rln)
 
Bmthn5
Bmthn5Bmthn5
Bmthn5
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
 
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
327155295 panduan-pentadbiran-pentaksiran-ppsi-i ke-p-2016-pdf
 
50 communicationactivitiesicebreakersandexercises
50 communicationactivitiesicebreakersandexercises50 communicationactivitiesicebreakersandexercises
50 communicationactivitiesicebreakersandexercises
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
 
35215368 perintah-am-bab-f
35215368 perintah-am-bab-f35215368 perintah-am-bab-f
35215368 perintah-am-bab-f
 
Surat psikometrik
Surat psikometrikSurat psikometrik
Surat psikometrik
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Soalan bm t5 2011
Soalan bm t5 2011Soalan bm t5 2011
Soalan bm t5 2011
 
Bm penulisan
Bm penulisanBm penulisan
Bm penulisan
 

Pemahaman

  • 1. PEMAHAMAN 1 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka dengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan tentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka. Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar. Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di bandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagian daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengan demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yang tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu. Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu tiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kita perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibu terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome yang mengalir dalam saluran darah. Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang disebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan protein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripada dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman. Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan menjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra. 1 Bagaimanakah susu ibu terhasil? A Melalui percampuran protein dan asid amino B Melalui percampuran estrogen, progestron, dan prome C Melalui percampuran “kolustrum” dan pertambahan darah D Melalui percampuran kimia dan prolaktin serta pertambahan darah 2 Mengapakah kebanyakan ibu yang bekerja lebih suka memberi bayi mereka susu tiruan? A Kerana mereka kesuntukan waktu B Kerana mereka mengutamakan kecantikan C Kerana mereka tidak tahu khasiat susu ibu D Kerana mereka menganggap proses penyusuan perkara kecil 3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebih terpengaruh kepada iklan? A Kerana mereka banyak terdedah kepada media massa B Kerana masyarakat bandar mudah dipengaruhi C Kerana kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang bekerja D Kerana mereka menganggap susu tiruan lebih berkhasiat 4 Yang manakah BUKAN kebaikan susu ibu? A Menjimatkan masa B Mencegah penyakit C Menjarangkan kelahiran anak D Mempercepatkan proses pembesaran bayi 5 Kata cenderung dalam petikan boleh digantikan dengan kata A memilih. C berminat. B berpihak. D menyebelahi.
  • 2. Jawapan: 1 B 2 A 3 A 4 A 5 C PEMAHAMAN 2 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dia bangun dan memberitahukan cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengan gelak ketawa. Semua kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan “peguam” amat luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung. Tun Abdul Hamid bin Omar lahir pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorang guru kampung yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu, Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga seorang guru. Pada tahun 1940, Abdul Hamid memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapi pengajiannya terbantut sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunya peperangan itu, dia menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan Senior Cambridge. Dia menjadi mangsa pilih kasih kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti. Dia pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Rais membantunya untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadi majistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, bel bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, beliau dilantik menjadi Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 10 November 1988. Walaupun menjadi seorang hakim memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalang Abdul Hamid untuk bergiat dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan Golf Asia, Kusta Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Abdul Hamid dianugerahi pingat Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun 1989 yang membawa gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia mulai tahun 1988 hingga kini. 1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpan cita-cita untuk menjadi peguam? A Semasa bersekolah di kampungnya B Semasa belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid C Setelah lulus Senior Cambridge D Sekembalinya dari England 2 Mengapakah ayah Abdul Hamid menyerahkan beliau di bawah jagaan bapa saudaranya? A Demi mencapai cita-citanya B Agar dapat belajar bahasa Inggeris C Supaya Abdul Hamid dapat menyambung pelajarannya D Kerana berlakunya Perang Dunia Kedua 3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omar membiayai pengajian di luar negara? A Melalui biasiswa B Melalui pinjaman C Melalui perbelanjaan sendiri D Melalui bantuan Tan Sri Jamil Rais 4 Apakah jawatan tertinggi dalam bidang undang-undang yang pernah dijawat oleh Tun Abdul Hamid Omar? A Hakim Besar Malaya B Ketua Hakim Negara C Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 3. D Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan 5 Pernyataan yang berikut BENAR tentang Abdul Hamid Omar, kecuali A dia anak seorang pendidik. B dia mendapat anugerah kebesaran. C dia seorang ahli sukan yang berjaya. D dia dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Jawapan: 1 A 2 A 3 A 4 B 5 C PEMAHAMAN 3 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pengerusi : Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan cara-cara memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah menjemput tiga orang rakan kita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing. Mereka ialah Saudara Hasan, Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang masa, saya menjemput Saudara Hasan untuk memulakan perbincangan. Hasan : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan menggalakkan mereka menggunakan perpustakaan. Pengerusi : Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara Ismail? Ismail : Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk tabiat membaca adalah dengan mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiap hari kita mesti membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiat membaca akan berterusan. Pengerusi : Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz? Mahfuz : Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca adalah dengan menubuhkan “Kelab Buku”. Melalui kelab ini, kita dapat bertukar-tukar buku dan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca. Tiap-tiap orang hendaklah menderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini sebagai permulaan. Kelas kita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah mempunyai 40 buah buku. Hasan : Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya. Pengerusi : Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut dibincangkan dengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail? Ismail : Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari yang kosong di sudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku kita. Saya percaya Cikgu Munirah akan bersetuju. Pengerusi : Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan Kelab Buku. 1 Apakah tujuan perbincangan ini diadakan? A Untuk menubuhkan Kelab Buku di sekolah B Untuk mencari jalan menggalakkan murid-murid membaca C Untuk menanam semangat membaca di kalangan murid-murid D Untuk menggalakkan murid-murid menggunakan perpustakaan 2 Kita mengetahui ahli panel telah membuat persediaan terlebih dahulu melalui A pembacaan buku. B cadangan Mahfuz. C hujah masing-masing. D penerangan Pengerusi. 3 Apakah cadangan yang perlu mendapt kebenaran Cikgu Munirah? A Mengutip derma B Mengumpulkan buku
  • 4. C Menggunakan almari D Mengadakan perbincangan lanjut 4 Penyataan yang berikut BENAR tentang cara memupuk minat membaca, kecuali A mengadakan sudut membaca. B menyediakan jadual khas membaca. C menggalakkan murid-murid membaca di perpustakaan. D bertukar-tukar bahan bacaan di kalangan murid. 5 Frasa lebih mendalam dalam petikan membawa maksud A tertib. C tersusun. B teratur. D terperinci. Jawapan: 1 C 2 C 3 C 4 B 5 D PEMAHAMAN 4 Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan memperdaya, Jangan kikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya, bengis, dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sesekali mungkir janji. Judi dan arak jangan dirasa, Dengki khianat jangan selesa, Usah bermain ular yang bisa, Lambat bangat akan binasa. Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantuan si piutang, Tabiat meminjam hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa ditatang. Meminjam jangan meminjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam, renggang di tangan, Hutang merosakkan maruah pandangan. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut tergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. 1 Apakah akibatnya orang yang suka berhutang? A Akan dipandang rendah B Tidak suka hidup berdikari C Hidup sentiasa terkongkong D Persahabatan menjadi renggang 2 Mengapakah keupayaan seseorang terencat? A Kerana selalu meminjam B Kerana selalu membesarkan diri C Kerana selalu mungkir janji D Kerana selalu mengharapkan bantuan 3 Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengurus hartanya? A Jangan memberikan pinjaman B Selalu memberikan bantuan C Berbelanja secara berhermat D Berikhtiar sepenuh tenaga
  • 5. 4 Belia dinasihatkan menghindari sifat-sifat yang berikut, kecuali A kedekut. C pembazir. B pemurah. D pembohong. 5 Maksud usah bermain ular yang bisa dalam petikan ialah A jangan boros dan fikir. B jangan suka berhutang. C jangan melakukan kekejian. D jangan bermain benda bahaya. Jawapan: 1 A 2 D 3 A 4 A 5 D PEMAHAMAN 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusia semakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda. Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang, sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumi meningkat dan lapisan ozon semakin nipis. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukis dan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memulihara alam sekitar. Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perlu dilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dan semangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan. Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telah dibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kita telah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakat yang melakukan kesalahan. Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yang selamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demi mewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni. 1 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam? A Bencana alam B Ancaman haiwan C Perubahan masa D Perbuatan manusia 2 Mengapakah undang-undang perlu dibuat bagi mengawal pencemaran alam sekitar? A Untuk memelihara alam sekitar B Untuk menanamkan sikap bertanggung jawab C Kerana ada golongan yang masih berdegil D Kerana kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai 3 Bagaimanakah kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar diwujudkan di kalangan pelajar-pelajar? A Dengan memberikan ceramah kesedaran B Dengan menubuhkan persatuan- persatuan dan kelab-kelab C Dengan mengadakan peraturan- peraturan
  • 6. D Dengan mengadakan pertandingan- pertandingan 4 Dana Hidupan Liar Malaysia telah mencadangkan agar orang ramai mengambil tindakan-tindakan yang berikut bagi memulihara alam sekitar, kecuali A mempelajari cara-cara menggunakan sumber alam. B sentiasa bekerjasama membersihkan alam sekitar. C selalu mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar. D mengawal kegiatan masyarakat berkaitan dengan alam sekitar. 5 Kata perindustian bermaksud A perusahaan. C pertanian. B maju. D moden. Jawapan: 1 D 2 B 3 B 4 D 5 A PEMAHAMAN 6 Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Terbongkok-bongkok di tepi jalan, Membawa tempurung di tapak tangan, Bertongkat buluh sebagai teman, Meminta sedekah menadah tangan. Pakaian buruk carik pula, Panasnya kaki alas tiada, Sesuap rezeki meminta-minta, Hilanglah lapar hilanglah dahaga. Wahai nasib bilakah gerangan, Nikmat Ilahi datang menjelang, Oh, Tuhan aku pohonkan, Anugerahilah aku dengan ketabahan. Waktu malam gelap gelita, Angin bertiup hujan pun tiba, Badan letih amat terasa, Penat berjalan tidak terhingga. Tidur si miskin di kaki lima, Kepada Tuhan dia berdoa, Derita ini janganlah lama, Cepatlah bahagia datang menjelma. 1 Siapakah yang bertongkat? A Dia C Seorang miskin B Seorang tua D Peminta sedekah 2 Mengapakah “dia” memohon kepada Ilahi agar dirinya cekal? A Supaya mampu berhujan B Supaya mampu menahan lapar C Supaya hidup meminta-minta D Supaya mampu menghadapi dugaan 3 Maksud Cepatlah bahagia datang menjelma dalam petikan tersebut ialah A mengharapkan rezeki. B mengharapkan nikmat. C mengharapkan kekayaan. D mengharapkan kesenangan. 4 Mengapakah “dia” berasa sangat letih? A Kerana hari gelap B Kerana jauh berjalan C Kerana kakinya panas D Kerana tidur di kaki lima
  • 7. 5 Nada syair ini berbentuk A aduan. C keluhan. B rayuan. D pujukan. Jawapan: 1 D 2 D 3 A 4 B 5 C PEMAHAMAN 7 Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jonet : Bapak, ini sahabat saya, Rosli. Dia datang dari Semenanjung. Rosli : Apa khabar, pak cik? Saya gembira dapat bertemu dengan pak cik. Pak Atem: Khabar baik, nak! Jonet : Pak, Rosli ingin tahu tentang Pesta Menuai. Boleh bapak ceritakan kepadanya? Pak Atem: Boleh. Pesta Menuai ialah satu perayaan yang diraikan pada bulan Mei setiap tahun sebagai memuja semangat padi. Sejak tahun 1960, penduduk negeri Sabah diberi cuti umum pada hari perayaan tersebut. Rosli : Bagaimana perayaan ini dijalankan, pak cik? Pak Atem: Mula-mula diadakan upacara yang ada kaitannya dengan kepercayaan orang-orang Kadazan atau Dusun. Kemudian, mereka dijamu minuman tapai dan diajak menari tarian Sumazau. Kedua-dua ini merupakan acara tradisi pesta ini. Rosli : Apakah acara kemuncak pesta ini, pak cik? Pak Atem: Acara kemuncaknya ialah pertandingan memalu gong dan minum tapai. Rosli : Wah, hebat juga pesta ini dirayakan! Orang Kadazan atau Dusun sajakah yang merayakan pesta ini? Pak Atem: Tidak, Rosli. Sekarang Pesta Menuai ini dirayakan secara besar-besaran di kebanyakan daerah di Sabah. Pesta ini sebenarnya pesta kaum tani. Sabah memang banyak golongan petani. Jonet : Acara-acara lain ada juga dijalankan, misalnya sukan darat dan sukan laut, pertandingan bayi sihat, pameran hasil-hasil pertanian, kraf tangan, dan pertunjukan kebudayaan. Rosli : Oh, begitu! Pak Atem: Pesta Menuai ini bukan sahaja untuk bergembira, Rosli, tetapi untuk memupuk rasa muhibah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Rosli : Betul kata pak cik tu. Saya pun tidak begitu tahu tentang pesta ini. 1 Mengapakah pesta ini dirayakan pada bulan Mei setiap tahun? A Kerana kaum tani berhimpun pada bulan ini B Kerana telah diberi cuti umum C Kerana bulan Mei bulan yang mulia D Kerana padi mereka telah masak pada bulan ini 2 Apakah acara yang dijalankan turun- temurun dalam Pesta Menuai? A Upacara menuai B Upacara penyembahan C Upacara minum tapai dan memalu gong D Upacara minum tapai dan menari tarian Sumazau 3 Tujuan utama Pesta Menuai diadakan adalah untuk A bersuka ria. B memupuk rasa muhibah. C memuja semangat padi. D mengeratkan perpaduan kaum.
  • 8. 4 Bagaimanakah Rosli mendapatkan maklumat tentang Pesta Menuai? A Dengan berkunjung ke Sabah B Dengan menyaksikan sendiri pesta itu C Dengan bertanya kepada Pak Atem D Dengan bertandang ke rumah panjang 5 Perkataan diraikan boleh digantikan dengan perkataan A dilaksanakan C dirayakan B dipujakan D dijalankan Jawapan: 1 D 2 D 3 C 4 C 5 C PEMAHAMAN 8 Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Kebangsaan Kajang, Jalan Low Ti Kok, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 27 September 2005. Menemui Saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari. Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah Tinggi Kajang bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu. Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai percubaan sains. Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan ini dihias dengan indah. Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Pengetua dan guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran. Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Saya tertarik dengan tarian zapin dan inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan. Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya. Yang benar, Hanafi 1 Apakah tujuan Hanafi menulis surat kepada Loqman? A Untuk meminta maaf B Untuk mengajak melawat pameran
  • 9. C Untuk menceritakan apa yang berlaku D Untuk membatalkan rancangannya pergi ke Langkawi 2 Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu? A Hiasan dewan B Acara sambutan C Pameran masakan D Tarian tradisional 3 Di manakah persembahan kebudayaan diadakan? A Di dewan B Di bilik makmal C Di bilik pameran D Di kawasan lapang 4 Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai? A Menikmati jamuan B Melihat hasil-hasil pelajar C Melawat ke kawasan perkhemahan D Menyaksikan pertunjukan kebudayaan 5 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara berikut, kecuali A hasil-hasil seni. B permainan pancaragam. C kuih-muih dan lauk-pauk. D hasil-hasil percubaan sains. Jawapan: 1 A 2 D 3 A 4 B 5 B PEMAHAMAN 9 Baca berita di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA SELANGOR, Isnin – Usaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) memasukkan pesta sukan air dalam diari tahunan negeri itu sudah menampakkan kejayaan. Hal ini dapat dilihat menerusi sambutan orang ramai, terutamanya penduduk tempatan. Jika pada tahun lalu, kegiatan yang mula diperkenalkan berjaya menarik minat kira-kira 3 000 pengunjung, tetapi jumlah itu meningkat kepada 4 500 pengunjung pada tahun ini. Pesta yang diadakan pada bulan September lalu bukan sekadar memenuhi diari tahunan, tetapi juga berjaya memperkenalkan pelbagai jenis sukan air yang belum pernah diadakan sebelum ini. Tarik tali perahu ialah acara baru yang disenaraikan. Acara itu berjaya menarik banyak peminat selain daripada acara merentas Sungai Selangor, menghambat itik, lumba perahu berdayung, meniti balak, dan perlumbaan jet ski. Walaupun semua acara bermula pada jam 2.45 petang, tetapi orang ramai sudah mula membanjiri tebing Sungai Selangor sejak jam 11.00 pagi lagi. Kedatangan mereka bukan sahaja untuk melihat pesta air tersebut, tetapi juga untuk mengunjungi destinasi pelancongan yang tidak asing lagi daerah itu, iaitu Bukit Melawati. Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi menyelamat mangsa dalam sungai oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shah Alam. Demonstrasi dan mencegah penyeludupan oleh anggota Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dengan menggunakan dua bot laju turut diadakan. Dalam demonstrasi itu, orang ramai didedahkan kepada kecekapan pihak terbabit dalam bidang masing-masing. 1 Berapakah pertambahan pengunjung Pesta Sukan Air pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas? A 7 500 orang C 1 500 orang B 1 000 orang D 2 000 orang 2 Apakah jenis sukan air yang baru diperkenalkan? A Menghambat itik B Lumba perahu berdayung C Tarik tali perahu D Meniti balak
  • 10. 3 Di manakah Pesta Sukan Air itu diadakan? A Di pinggir sungai Kuala Selangor B Di Bukit Melawati C Di Sungai Selangor D D Shah Alam 4 Kata demonstrasi dalam petikan ini bermaksud A pendedahan. C perlawanan. B pertunjukan. D peraduan. 5 Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang Pesta Sukan Air dalam petikan itu? A Beberapa jenis sukan baru telah diperkenalkan B Mendapat sambutan yang menggalak- kan daripada orang ramai C Demonstrasi menyelamat oleh anggota polis telah diadakan D Bilangan pengunjung semakin bertambah Jawapan: 1 C 2 C 3 C 4 B 5 C SOALAN PEMAHAMAN 10 Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jumlah Pertambahan Murid di Sekolah Kebangsaan Semenyih bagi Tahun 2000-2004 Tahun Bangsa Melayu Cina India Bangsa lain Jumlah 2000 21 12 6 3 42 2001 24 13 8 4 49 2002 30 16 10 5 61 2003 31 21 11 11 73 2004 37 22 19 12 90 1 Jika pelajar keseluruhan pada tahun 2000 ialah 400 orang, berapakah jumlah pelajar pada tahun 1999? A 442 orang C 422 orang B 358 orang D 458 orang 2 Berapakah pertambahan murid berbangsa India antara tahun 2002 hingga 2004? A 40 orang C 19 orang B 9 orang D 11 orang 3 Bangsa apakah yang memperlihatkan peningkatan yang paling ketara? A Cina C India B Melayu D Bangsa lain 4 Berapakah pertambahan murid Cina pada tahun 2001 berbanding tahun sebelumnya? A 1 orang C 22 orang B 13 orang D 2 orang 5 Yang manakah BENAR tentang jadual di atas? A Murid Melayu lebih ramai daripada murid lain B Murid Cina lebih ramai daripada murid Melayu C Pertambahan pada tahun 2002 lebih tinggi berbanding tahun 2004 D Berbanding tahun 2000, pertambahan murid berbangsa lain pada tahun 2001 hanya tujuh orang Jawapan: 1 B 2 A 3 B 4 A 5 A
  • 11. SOALAN PEMAHAMAN 11 Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amir : Semalam saya dan Tapa pergi ke perpustakaan. Dani : Apa yang kalian buat di sana? Amir : Kami membuat kamus kecil. Dani : Bagaimanakah cara kalian membuatnya? Amir : Mula-mula kami mengumpulkan kata-kata yang sukar, kemudian kami menyusunnya mengikut abjad. Selepas itu, kami mencari makna-maknanya. Akhir sekali, kami membina ayat-ayat yang sesuai dengan kata-kata tersebut. Dani : Siapakah yang menyuruh kalian membuat kamus kecil itu? Amir : Cikgu Sidik, sebagai aktiviti pengayaan. Dani : Apa gunanya kamus kecil itu? Amir : Kamus kecil itu dapat membantu kita meningkatkan perbendaharaan kata dan mengingat makna kata-kata yang sukar. Jadi, apabila kita membaca buku atau petikan yang mengandungi kata-kata tersebut,kita telah sedia maklum akan maknanya dan kita akan memahami bacaan kita itu dengan lebih mudah. Dani : Bolehkah cara yang sama digunakan untuk membuat kamus bagi mata pelajaran yang lain? Amir : Boleh! Caranya iaitu dengan mengumpulkan semua kata atau istilah mata pelajaran tersebut dan cari makna atau ejaannya, susun mengikut abjad. Dani : Bagaimana pula dengan pelajaran bahasa Inggeris? Amir : Kamus bahasa Inggeris boleh juga dibina sama seperti kamus bahasa Melayu. Kalau kamu tidak percaya, cubalah. Dani : Boleh saya pinjam kamus awak yang sudah siap itu? Amir : Tidak boleh, kamus ini dibuat dengan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Perbendaharaan kata kamu mungkin tidak sama dengan perbendaharaan kata saya. Saya mencadangkan kamu membuatnya sendiri. Dani : Baiklah, saya akan cuba membuatnya bersama rakan saya. 1 Yang manakah antara langkah-langkah yang berikut merupakan langkah yang betul untuk membuat kamus? A Menyenaraikan kata, mencari makna, dan menyusun kata-kata tersebut mengikut abjad B Menyenaraikan kata dan menyusun- nya mengikut abjad C Menyenaraikan kata, menyusunnya mengikut abjad, mencari maknanya, dan membina ayat D Menyenaraikan kata, membina ayat, dan mencari makna 2 Pembinaan kamus seperti yang dibuat oleh Amir dan Tapa dapat A Mempertingkat perbendaharaan kata B Mempertingkat pemahaman C Mempertingkat kemahiran D Mempertingkat bahasa 3 Apakah mata pelajaran yang diajarkan oleh Cikgu Sidik? A Bahasa Inggeris B Bahasa Melayu C Sains D Kajian Tempatan 4 Mengapakah ayat-ayat dibina untuk setiap kata yang telah dipilih? A Untuk melengkapkan usaha pembinaan kamus B Untuk menjelaskan lagi maksud kata itu C Untuk memantapkan pemahaman tentang penggunaan kata yang dipilih D Untuk memberikan maknanya yang khusus
  • 12. 5 Mengapakah Amir tidak mahu meminjam- kan kamusnya kepada Dani? A Kerana dia perlu mendapat persetujuan daripada Tapa terlebih dahulu B Kerana kamus itu baru dibuatnya C Kerana kamus itu kepunyaannya D Kerana kamus itu dibina mengikut tahap perbendaharaan masing-masing Jawapan: 1 C 2 A 3 B 4 B 5 D SOALAN PEMAHAMAN 12 Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kisah nelayan di tengah lautan, Mencari rezeki menangkap ikan, Membawa umpan berserta joran, Hasil tangkapan diharap lumayan. Ketika itu cuaca cerah, Berada di tengah lautan nan indah, Tidak diduga bagai disergah, Awan hitam membawa gundah. Angin bertiup bukan kepalang, Sehingga nelayan berhati walang, Ketika itu berasa malang, Suratan takdir sukar dihalang. Anak-anak berasa cemas, Teringat ayah di lautan luas, Ombak pula bertindak ganas, Takut ayah mendapat nahas. Perahu kecil teroleng-oleng, Nelayan ngeri bercampur pening, Berkat doa anakanda mengiring, Suasana ribut bertukar hening. Berkayuh nelayan ke arah pantai, Anak isteri melambai-lambai, Tidak mengira hujan nan renyai, Perlu lagi kasih dan belai. 1 Apakah tajuk yang sesuai untuk syair di atas? A Nelayan Malang B Nelayan Dihempas Badai C Nasib Nelayan D Nelayan Pinggir Pantai 2 Apakah faedah yang digunakan oleh nelayan itu untuk menangkap ikan? A Menggunakan jala B Menggunakan pukat C Menggunakan bubu D Menggunakan pancing 3 Mengapakah anak dan isteri nelayan berasa cemas? A Kerana nelayan itu berada di lautan ketika hujan ribut B Kerana nelayan tidak mendapat tangkapan C Kerana mereka hidup miskin D Kerana mereka bergantung hidup pada nelayan 4 Kata walang dalam petikan membawa maksud A iri hari. C besar hati. B susah hati. D kecil hati.
  • 13. 5 Pilih penyataan yang TIDAK BENAR. A Angin bertiup kencang di lautan. B Keluarga nelayan bimbang akan keselamatan nelayan. C Keluarga nelayan menunggu kepulangannya di pantai. D Nelayan berjaya mendapat hasil tangkapan yang lumayan. Jawapan: 1 C 2 D 3 A 4 B 5 D SOALAN PEMAHAMAN 13 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. La Nina berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud budak perempuan. Gelaran lain bagi La Nina ialah “El Viejo” yang bermaksud lelaki tua. La Nina merujuk kepada suhu yang keterlaluan di permukaan laut di Pasifik Tropika. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perubahan cuaca. Fenomena La Nina ini berlaku semasa tiupan Angin Timuran menjadi bertambah kuat di sebelah timur Lautan Pasifik di sepanjang pesisir pantai Ecuador, Chile, dan Peru. Fenomena ini hanya berlaku di Lautan Pasifik. Lautan Pasifik menyimpan 50 peratus daripada kandungan jisim air di dunia. Di Lautan Pasifik ini, terdapat dua perbezaan yang ketara, iaitu sejuk di bahagian timur dan panas di bahagian barat. Apabila La Nina berlaku, Suhu Permukaan Laut (SST) dan Indeks Ayunan Selatan (SOI) berubah. Hal ini menjadikan tekanan di Tahiti, Hawaii (timur) lebih tinggi daripada di Darwin (barat). Lanjutan daripada itu, suhu sejuk di bahagian timur ditolak oleh tekanan tinggi ke arah barat yang biasanya mengalami suhu panas. Keadaan ini menyebabkan angin bertiup dari timur ke barat Pasifik menjadi dominan. Dengan kata lain, suhu sejuk yang membawa dan menerima menguasai kawasan barat. Tiupan Angin Timuran semakin meningkat menyebabkan suhu permukaan laut semakin rendah. Cuaca akan menjadi sejuk dan kering di bahagian barat laut dan menjadi lembap di bahagian barat Pasifik. Malaysia juga mengalami fenomena La Nina ini. Hujan turun pada kadar yang melebihi kebiasaan. Kematangan cuaca seperti ini berlaku pada hujung tahun dan memberikan kesan yang besar kepada Monsun Timur Laut. Negeri-negeri yang berhampiran dengan Indo-Australia akan mengalami kesan penuh La Nina ini. 1 La Nina bermaksud A seorang budak perempuan. B seorang lelaki tua. C suhu yang melampau di permukaan laut. D perubahan cuaca di Pasifik Tropika. 2 Bilakah berlakunya fenomena ini? A Semasa tiupan Angin Timuran bertambah kencang di sebelah timur Lautan Pasifik B Semasa Angin Timuran bertiup di sepanjang pantai Ecuador, Chile, dan Peru C Ketika Lautan Pasifik mengalami suhu yang berbeza D Ketika 50 peratus jisim air berada di Lautan Pasifik 3 Mengapakah tekanan di Tahiti lebih tinggi daripada tekanan di Darwin? A Kerana Suhu Permukaan Laut dan Indeks Ayunan Selatan berubah B Kerana Indeks Ayunan Selatan tetap C Kerana Suhu Permukaan Laut dan Indeks Ayunan Selatan tetap D Kerana Suhu Permukaan Laut berubah-ubah
  • 14. 4 Pilih penyataan yang BENAR. A Dalam bahasa Melayu, La Nina bermaksud lelaki tua. B Di Lautan Pasifik, cuaca di bahagian timurnya sejuk manakala di bahagian baratnya panas. C Negara-negara di Indo-China akan mengalami kesan penuh La Nina. D Suhu Permukaan Laut akan meningkat apabila tiupan Angin Timuran semakin kuat. 5 Kematangan cuaca Monsun Timur Laut berlaku pada bulan A Ogos. C Januari. B November. D Disember. Jawapan: 1 A 2 A 3 D 4 B 5 D SOALAN PEMAHAMAN 14 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. KEK Bahan-bahannya: 200 g mentega 1 cawan gula hangus 2 cawan tepung naik sendiri 8 biji pisang emas 5 biji telur ayam 1 sudu teh soda bikarbonat sedikit esen vanilla Cara-cara membuatnya: 1 Pukul gula dan mentega sehingga kembang di dalam bekas yang besar. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan rata hingga habis. 2 Pisang emas dilecek hingga lumat. Masukkan pisang sedikit demi sedikit, sambil kacau hingga rata. Kemudian, masukkan esen vanilla. Tepung dan soda bikarbonat diayak bersama-sama. Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau mengikut bentuk yang digemari. 3 Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega atau minyak. Bakarlah dengan kepanasan 190 ° C atau 375 ° F selama satu jam. 1 Apakah nama yang sesuai diberikan kepada kek tersebut? A Kek Gula B Kek Pisang C Kek Mentega D Kek Gula Hangus 2 Berapa banyak mentegakah yang diperlukan untuk membuat dua adunan kek tersebut? A 0.2 kg C 200 kg B 0.4 kg D 2 kg 3 Cara yang betul memasukkan tepung ke dalam adunan ialah A Mengikut sukatan yang ditetapkan B Memasukkannya sedikit demi sedikit C Memasukkannya sekali gus D Memasukkannya mengikut cita rasa sendiri 4 Mengapakah tepung dan soda bikarbonat perlu diayak? A Untuk memudahkan campuran B Untuk memesrakan kedua-dua bahan
  • 15. C Untuk mendapatkan hasil yang halus D Untuk memanfaatkan ayak 5 Mengapakah adunan itu perlu dibakar pada kepanasan hingga 190 ° C? A Untuk memanaskan oven B Supaya adunan masak dengan betul C Kerana tahap kepanasan telah ditetapkan mengikut tempoh tertentu D Agar adunan boleh dibakar Jawapan: 1 B 2 B 3 B 4 A 5 B PEMAHAMAN 15 Baca biografi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kamaluddin bin Muhammad lebih dikenali dengan nama penanya Keris Mas. Beliau dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu moden. Beliau dapat disifatkan sebagai cerpenis yang terkemuka dan paling mengagumkan selepas Perang Dunia Kedua. Keris Mas anak watan negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam aliran Melayu hingga darjah lima. Keputusan peperiksaan beliau yang baik melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Akan tetapi, beliau tidak mendapat peluang itu kerana maktab tersebut dikhaskan kepada golongan bangsawan sahaja. Keris Mas tidak berputus asa. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam, Padang Panjang, Sumatera. Keris Mas menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada tahun 1947 dengan bertugas sebagai pengarang di syarikat percetakan Utusan Melayu. Salah satu sumbangan besar yang diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketika itu hampir tidak mendapat sambutan. Setelah Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1956, Keris Mas diterima sebagai pengarang umum. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarang. Sejak tahun 1971, beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, dan bertanggung jawab sebagai Ketua Pengarang majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga bersara pada tahun 1977. Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 69 buah cerpen. Beliau telah mengemukakan pelbagai persoalan seperti peristiwa cinta, kepincangan masyarakat, dan perjuangan kebangsaan. Dua buah antologi cerpennya yang terkenal ialah Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh.Keseluruhan hidup Keris Mas ditumpukan kepada bidang kesusasteraan. Oleh sebab jasa-jasa beliau itu, beliau telah menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. 1 Mengapakah Kamaluddin bin Muhammad tidak belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar? A Kerana dia anak rakyat biasa B Kerana dia ingin ke Kolej Islam C Kerana dia hanya tamat darjah lima D Kerana dia anak watan negeri Pahang 2 Apakah jawatan terakhir yang disandang oleh Kamaluddin bin Muhammad? A Pengarang Umum B Ketua Pengarang C Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera D Ketua Pengarang majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera 3 Pilih pernyataan yang BENAR tentang Keris Mas. A Beliau merupakan pengasas majalah Mastika. B Beliau seorang Sasterawan Negara. C Beliau ialah penerbit majalah Dewan Bahasa. D Beliau mula menulis semasa di Johor Bahru.
  • 16. 4 Berapa lamakah Kamaluddin bin Muhammad berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka? A Enam tahun C 24 tahun B 21 tahun D 30 tahun 5 Kata pelopor juga sinonim dengan perkataan A pejuang. C perintis. B peneroka. D peninjau. Jawapan: 1 A 2 D 3 B 4 B 5 C PEMAHAMAN 16 Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. AHAD, 26 JUN 2005 Bertolak dari KLIA ke Kuching dengan menaiki pesawat MAS MH 1043. Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupku kerana pertama kali menaiki kapal terbang. Pukul 11.30 pagi, kira-kira dua jam kemudian, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Oh, alangkah indahnya Bumi Kenyalang! ISNIN, 27 JUN 2005 Malam tadi menginap di rumah Saniah, sahabat penaku di Petra Jaya. Pagi, Saniah menemaniku berjalan-jalan di Bandar Kuching. Kami menaiki bas melalui Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub. Kemudian, kami menaiki perahu penambang menyeberangi Sungai Sarawak. Naik gentar aku kerana pelbagai gambaran tentang Bujang Senang bermain di benakku. Kami melawat Fort Margherita. SELASA, 28 JUN 2005 Baru kuketahui Saniah mempunyai saudara kembar, Sani namanya. Dia malu-malu denganku. Sani ada hati untuk belajar di Semenanjung. RABU, 29 JUN 2005 Bersama-sama Saniah dan Sani, kami melawat Muzium Sarawak. Amboi, banyaknya barang purba yang dipamerkan! KHAMIS, 30 JUN 2005 Melawat pameran buku di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Jalan Tun Abang Haji Openg. Banyak buku dan majalah yang dipamerkan. Malam, bersama dengan keluarga Saniah, aku makan ikan terubuk bakar di Batu Lintang. Alangkah enaknya! JUMAAT, 1 JULAI 2005 Hari ini tidak ke mana-mana. Bapa Saniah membeli dua kilogram telur ikan terubuk. SABTU, 2 JULAI 2005 Petang, bapa Saniah membawa aku, Saniah, dan Sani ke Tasik Biru di Bau. Pada masa dahulu, tasik ini merupakan kawasan perlombongan emas.Waktu balik, kami singgah sebentar di Kilometer 8 untuk membeli pasu Sarawak. AHAD, 3 JULAI 2005 Pukul 5.00 petang, aku berada di Lapangan Terbang Kuching. Aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat MAS MH 1021. Selamat tinggal Bumi Kenyalang.
  • 17. 1 Penulis berlepas ke Kuching pada pukul A 9.30 pagi. B 10.30 pagi. C 11.30 pagi. D 12.30 tengah hari. 2 Apakah ole-ole yang dibawa oleh penulis dari Sarawak? A Barang purba B Pasu Sarawak C Buku dan majalah D Telur ikan terubuk 3 Di manakah tempat yang dilawati oleh penulis tanpa Sani? A Tasik Biru B Batu Lintang C Muzium Sarawak D Bandar Kuching 4 Penyataan yang berikut BENAR tentang lawatan penulis, kecuali A Dia menginap di rumah Sani. B Dia melihat bekas lombong emas. C Dia meninggalkan Sarawak pada pukul 5.00 petang. D Dia menyeberangi Sungai Sarawak pada hari kedua. 5 Maksud gentar dalam petikan ialah A sedih. C murung. B takut. D terharu. Jawapan: 1 A 2 B 3 D 4 C 5 B PEMAHAMAN 17 Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan Pada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55 orang ahli rombongan yang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru lelaki, enam orang guru wanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang murid lelaki, dan lima orang pekerja. Mereka tiba di perkarangan sekolah dengan sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikut surat yang dikirimkan seminggu sebelum tarikh lawatan. Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan dipersilakan ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga menyentuh tentang disiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama guru-guru yang telah menghasilkan kejayaan sekolah dalam peperiksaan UPSR selama tiga tahun berturut-turut. Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh guru-guru berkenaan. Ahli rombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang, mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah. Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat sumber, taman bacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mereka telah diberi penerangan oleh guru pengiring.
  • 18. Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru dan murid- murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak sekolah. Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada di sekolah ini kira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan. Yang menjalankan tugas, 17 MAC 2005. Ismail (ISMAIL BIN ABDULLAH) Setiausaha Guru, Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan, Johor Bahru, Johor. 1 Bilakah Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan dimaklumkan tentang lawatan itu? A 24 Februari 2004 B 25 Februari 2004 C 26 Februari 2004 D 27 Februari 2004 2 Mengapakah ahli rombongan itu dibawa ke Bilik Gerakan? A Untuk menikmati jamuan ringan B Untuk berkenal mesra C Untuk mendengar takllimat D Untuk bertukar-tukar hadiah 3 Apakah yang mendorong Sekolah Kebangsaan Seri Andika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar harapan? A Kerjasama ibu bapa B Kecemerlangan sekolah C Kesungguhan murid-murid D Melihat kawasan sekitar sekolah 4 Tempat yang tidak dilawati oleh rombong- an Sekolah Seri Andika semasa lawatan itu ialah A bilik guru. C taman bacaan. B perpustakaan. D bilik darjah. 5 Apakah yang membanggakan pihak Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan daripada lawatan itu? A Mendapat penghormatan B Dapat menyambut tetamu C Dapat menyambung silaturrahim D Mengetahui rahsia kejayaan sekolah Jawapan: 1 A 2 C 3 B 4 A 5 C PEMAHAMAN 18 Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Burung jelatik burung jaladan, Hinggap terkukur di pohon ceri; Ilmu dituntut tiada sempadan, Nilainya mahal tidak terperi. Burung merpati terbang ke hulu, Terbangnya tinggi melewa-lewa; Semasa belajar janganlah jemu, Pabila tua tidak kecewa. Burung nuri hinggap di dahan, Burung merbuk bersarang rendah;
  • 19. Orang berilmu dikasihi Tuhan, Ke mana pergi tidak menadah. Terbang helang menjangkau angkasa, Kembali ke bumi hilangkan dahaga; Ilmu dunia bagaikan perkasa, Ilmu akhirat bawa ke syurga. Burung kedidi burung ketitir, Kenari terbang bersama pipit; Andai berilmu janganlah kikir, Hidup di dunia tidaklah sempit. Burung punai memakan padi, Mengigal merak di hari senja; Jika berilmu taburlah budi, Dipandang mulia di mana saja. 1 Mengapakah kita mesti rajin dan tekun menuntut ilmu? A Agar kita dihormati masyarakat B Kerana nilainya amat tinggi C Kerana ilmu tiada batasannya D Agar berbahagia pada masa depan 2 Apakah yang diharapkan kepada orang yang berilmu? A Membawa ke syurga B Sanggup berkorban C Hidup senang di dunia D Bersedia menyebarkannya 3 Pembayang maksud dalam rangkap keempat menceritakan tentang A sifat burung. C habitat burung. B fizikal burung. D lumrah burung. 4 Perkara yang berikut BENAR tentang maksud pantun di atas, kecuali A Orang yang berilmu hidup mewah B Orang yang berilmu tidak meminta C Orang yang berilmu dirahmati Tuhan D Orang yang berilmu dipandang mulia 5 Frasa tidak terperi juga membawa maksud A tidak tersirat. C tidak ternilai. B tidak terakam. D tidak terungkai. Jawapan: 1 B 2 C 3 A 4 A 5 C PEMAHAMAN 19 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA LUMPUR, Selasa – Kejadian banjir di kawasan hutan kekal di negara ini berpunca daripada masalah ekologi semula jadi yang tidak dijangka dan bukan kerana aktiviti manusia. Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Saiful Ariffin berkata, dalam tempoh tertentu, hutan mengalami perubahan semula jadi seperti pokok tua tumbang. Beliau menambah, pokok itu mewujudkan takungan air yang menyekat air hujan daripada mengalir ke sungai yang berhampiran. Katanya, pertambahan hujan juga menjadikan tanah lembap sehingga melonggarkan struktur akar pokok dan memudahkan pokok tumbang. Pertambahan hujan juga menyebabkan lantai hutan ditakungi air. Apabila takungan terlalu besar, banjir lumpur akan berlaku. “Mengikut pengalaman lalu, kejadian banjir lumpur di
  • 20. kawasan hutan berpunca daripada ekologi hutan dan bukan disebabkan aktiviti manusia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas kejadian banjir lumpur di kawasan hutan simpan di negara ini pada setiap musim tengkujuh. Minggu lalu, 14 buah rumah dihanyutkan air akibat banjir lumpur dan kejadian tanah runtuh di Kampung Sri Gunung Pulai di Kaki Gunung Pulai, kira-kira lapan kilometer dari Pekan Nanas, Pontian. Dalam kejadian jam 11.00 malam tadi, timbunan balak, tunggul kayu, dan sampah dihanyutkan air deras ke kaki Gunung Pulai. Lima sekeluarga maut dalam kejadian itu. Bagaimanapun, setakat ini, hanya empat mayat ditemui. 1 Apakah tajuk berita yang paling tepat digunakan bagi berita di atas? A Kejadian Banjir B Masalah ekologi punca banjir di hutan simpan C Hutan mengalami perubahan semula jadi D Lima sekeluarga maut dalam kejadian banjir Lumpur 2 Kejadian banjir di hutan simpan disebabkan oleh A masalah ekologi semula jadi yang sudah dijangka. B masalah ekologi semula jadi luar jangka. C pertambahan hujan yang banyak. D banjir lumpur dan tanah runtuh. 3 Pokok-pokok tua yang tumbang di hutan simpan itu telah menyebabkan A banyak rumah yang hanyut. B pengaliran air hujan ke sungai tersekat. C struktur tanah menjadi longgar. D berlakunya musim tengkujuh. 4 Di manakah kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh berlaku? A Kuala Lumpur B Kampung Sri Gunung Pulai C Pekan Nanas, Pontian D Kaki Gunung Pulai 5 Berapakah anggota mangsa banjir dan tanah runtuh itu yang belum ditemui? A Seorang C Dua orang D Empat orang D Lima orang Jawapan: 1 B 2 B 3 B 4 B 5 A PEMAHAMAN 20 Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. “Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah” begitulah tajuk syarahan saya pada pagi ini. Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan para peniaga. Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan. Kenaikan harga barangan sering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan pembangunan ekonomi bagai taut dengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena. Begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.Di sinilah pentingnya satu persatuan yang dapat membimbing dan memberi pendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
  • 21. Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijaksana. Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu memilih sesuatu barangan yang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh yang demikian, mereka tidak mudah terpedaya. Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadi pengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Sikap yang demikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi. Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar. Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara. Langkah sebegini amat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini, Persatuan Pengguna dapat memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu di sekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan slogan “Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan”. Sekian, terima kasih. 1 Mengapakah Persatuan Pengguna perlu ditubuhkan di sekolah? A Untuk melatih pelajar berjimat cermat B Untuk mengasuh pelajar membendung inflasi C Untuk memberi pendidikan kepenggunaan kepada pelajar D Untuk melatih pelajar membuat penilaian harga barang 2 Mengapakah pemidato mengatakan bahawa pengguna sering tertindas? A Kerana pengguna sering terpedaya oleh jualan murah B Kerana pengguna ialah tempat pengusaha mengaut untung C Kerana pengguna tidak dapat dipisahkan daripada pengusaha D Kerana pengguna sering menjadi mangsa kenaikan harga barang 3 Pilihan yang bijak menurut pemidato ialah A pengguna yang pandai memilih barangan yang baik. B pengguna yang bijak menawar harga barangan yang dibelinya. C pengguna yang dapat menilai buatan barangan yang dbelinya. D pengguna yang pandai menilai mutu dengan harga barangan. 4 Maksud bagai taut dengan umpan dalam petikan di atas ialah A saling memerlukan. B saling berkaitan. C saling bermusuhan. D saling membantu. 5 Kenaikan harga hanya dapat dikawal jika A pengguna tidak berbelanja. B pengguna bijak berbelanja. C pengguna berbelanja pada hari sabtu sahaja. D pengguna membeli barangan yang murah sahaja. Jawapan: 1 C 2 B 3 D 4 A 5 B