Sajak ini membahas tentang pentingnya masa remaja bagi pembentukan jati diri dan penentuan arah kehidupan, serta menasihati remaja untuk menggunakan masa itu dengan bijak dengan menuntut ilmu dan berani menghadapi tantangan.
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Sajak harga remaja
1. Sajak Harga Remaja {Rahman Shaari}
Rangkap 1 :: Penyajak menerangkan kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya meniti kehidupan.
Rangkap 2 :: Penyajak mempersoalkan pengisian kehidupan remaja sama ada dengan kelalaian atau
ilmu.
Rangkap 3 :: Penyajak menerangkan bahawa kehidupan remaja tinggi nilainya dan tidak dapat dibeli
dengan wang ringgit tetapi remaja mestilah teguh pendirian,berani serta gigih menuntut
ilmu.
Rangkap 4 :: Penyajak menasihati remaja supaya mempunyai matlamat hidup.
PERSOALAN
1. Kehidupan remaja yang penuh dengan dugaan
2. Remaja perlu ada jati diri.
3. Keberanian menempuh dugaan
4. Remaja perlu ada matlamat hidup.
NILAI
1. Kebijaksanaan – Remaja mestilah bijak menentukan hala tuju kehidupan.
2. Kegigihan – Remaja haruslah gigih menuntut ilmu
3. Keberanian – Remaja mestilah berani menempuh dugaan hidup
4. Keyakinan – Remaja mestilah yakin akan kebolehan diri.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah menggunakan kebijaksanaan akal untuk menilai sesuatu.
2. Kita mestilah gigih menuntut ilmu pengetahuan.
3. Kita mestilah yakin akan kebolehan diri.
4. Kita mestilah berani menempuh dugaan.