SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  38
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI
NEGERI SELANGOR”
Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
PPBM0028-2814/09
A-3-6 Pangsapuri Anggerik
Seksyen 15 jalan tukul 40000
Shah Alam Selangor Darul Ehsan
019-3636394
Emel: abimselangor@hotmail.com
Laman Sesawang:
http://abimselangor.blogspot.com
http://abimselangor.blogspot.com
HARAPAN & CITA-CITA ABIM SELANGOR
Mari bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Dan berselawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. kerana telah memberikan Islam dan iman kepada kita sebagai satu
rahmat dan nikmat yang paling besar. Jutaan terima kasih dan penghargaan buat teman-
teman seperjuangan di dalam ABIM Selangor yang bertungkus-lumus menyediakan lampiran
terbaik untuk dipaparkan kepada masyarakat mengenai “Usaha Dakwah Yang Berterusan Di
Negeri Selangor” sekaligus menggambarkan segala perancangan, cita-cita serta kerja
dakwah yang telah dilakukan oleh ABIM Selangor dalam usaha menjadikan ummah di
Selangor ini tinggi nilai keimanan serta keislamannya.
Harapan kami, dengan terbukunya profil ABIM Selangor ini, akan merancakkan lagi usaha
dakwah yang telah dilakukan dengan sokongan, bantuan serta kerjasama dari pelbagai pihak
dalam pelbagai bentuk. Sama ada berbentuk kerjasama erat, berbentuk material seperti
kewangan dan alatan mahupun ke meja perbincangan dalam memastikan Islam adalah cara
hidup masyarakat di Selangor. Selaku badan organisasi bukan kerajaan, sudah pastinya kami
amat mengharapkan bantuan berbentuk material dan kewangan dan mudah-mudahan
dengan usaha kecil ini akan menggalakkan masyarakat untuk menyumbang, berzakat serta
menginfakkan sebahagian dari kesenangan mereka demi untuk Islam yang diredhai Allah
s.w.t.
Alhamdulillah dan terima kasih.
PPBM0028-2814/09
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR”
Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
http://abimselangor.blogspot.com
TEMA PROFIL ABIM SELANGOR 2013
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI
NEGERI SELANGOR”
Ia secara umumnya menjelaskan kepentingan serta keperluan gerak kerja dakwah ini
dilakukan secara berterusan. Ia juga merupakan sebuah profil catatan pengalaman serta
gerak kerja yang direncanakan bersesuaian dengan isu semasa, pendidikan serta
pembangunan ahli ABIM dan masyarakat khusus di Negeri Selangor dan tidak dilupakan
tentang isu-isu yang bersifat nasional dan luar negara.
http://abimselangor.blogspot.com
OBJEKTIF PROFIL ABIM SELANGOR 2013
1. Memberikan maklumat kepada masyarakat tentang pergerakan serta usaha dakwah
yang dilakukan oleh ABIM Selangor,
2. Menjelaskan fokus kerja dakwah yang perlu digembleng oleh pelbagai pihak,
3. Menjelaskan bahawa tugasan ini adalah tugasan utama dan bersama antara
gerakan dakwah seperti ABIM dan orang lain atau agensi berkenaan serta,
4. Mendapatkan sumbangan atau bantuan berbentuk dana kewangan serta
kemudahan lain yang bersesuaian bagi memenuhi usaha dakwah ini.
http://abimselangor.blogspot.com
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
Visi ABIM
“Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah Abad 21”
Misi ABIM
“Gerakan Islam Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Islamiyyah”
Budaya ABIM
# Menghayati Budaya Ilmu
# Menghayati Amalan Kerohanian
# Menghayati Amalan Shura dan Amal Jama'iyy.
# Memahami dan Melibatkan Diri pada Isu Semasa.
# Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah.
http://abimselangor.blogspot.com
SEJARAH PENUBUHAN ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 sewaktu
berlangsungnya Muktamar ke-10 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM). Ahli Jawatankuasa Penaja dipimpin oleh Wahab Abdullah dan Fauzi
Abdul Rahman sebagai setiausaha.
ABIM kemudiannya berdaftar secara rasmi melalui Pendaftar Pertubuhan pada
tahun 1972, Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Sejak
penubuhannya, ABIM telah dipimpin oleh 7 orang Presiden dan kini ABIM dipimpin
oleh Saudara Amidi Abdul Manan yang mendapat mandat sewaktu Muktamar ke-
40 ABIM.
http://abimselangor.blogspot.com
NADI PENGGERAK ABIM SELANGOR
“SEKRETARIAT ABIM SELANGOR”
Sejarah Penubuhan
Mula beroperasi pada tahun 2008. Hasil
usaha gigih beberapa pimpinan ABIM
Selangor pada ketika itu dengan hasrat untuk
menjadikan sekretariat ini sebagai pusat
maklumat dan operasi juga sebagai pusat
pertemuan. Bersesuaian dengan lokasinya
yang strategik, kini Sekretariat ABIM
SELANGOR masih dalam usaha untuk dinaik
taraf dan diperbaiki.
Visi
“Menjadi Pusat Maklumat ABIM Selangor
Menjelang Tahun 2015”
Misi
• Menjadi pusat perhubungan awam ABIM
Negeri Selangor
• Membina sistem pengurusan sekretariat
yang berkesan
• Mewujudkan arkib untuk ABIM Selangor
http://abimselangor.blogspot.com
NADI PENGGERAK ABIM SELANGOR
“SEKRETARIAT ABIM SELANGOR”
Skuad Sukarelawan SEKRETARIAT ABIM SELANGOR
Cadangan penubuhan Skuad Sukarelawan Anjung Berkat bertujuan untuk merancakkan
lagi usaha untuk mencapai sasaran visi dan misi Sekretariat Anjung Berkat disamping
melatih belia untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan bersama ABIM Selangor dan
sekaligus menyediakan ruang untuk mereka meningkatkan kemahiran bermasyarakat.
Antara latihan yang diperlukan adalah:
PPBM0028-2814/09
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR”
Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
http://abimselangor.blogspot.com
PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR
“LATIHAN & PEMBANGUNAN”
Tamrin Siswazah Muda ABIM
(Tamrin SISMA)
Ia merupakan satu bentuk program latihan untuk ahli baru. Lebih bertujuan untuk
memperkenalkan ABIM sebagai sebuah gerakan ummat yang mementingkan pendidikan
dan pembinaan kepimpinan dikalangan belia khususnya mahasiswa. Ini membolehkan ahli
membentuk pemahaman benar mengenai kehidupan sebagai kepimpinan belia Muslim,
mengetahui peranan dan kepentingan penglibatan belia dalam urusan kepimpinan serta
kesannya pada masa hadapan. Ia juga menjadi medan untuk membina jaringan dan
persefahaman antara pelbagai pihak yang terlibat bagi bersama-sama menggembleng
tenaga dalam mendepani isu-isu gejala sosial di negeri Selangor.
http://abimselangor.blogspot.com
PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR
“LATIHAN & PEMBANGUNAN”
Induksi Saf Qiyadah ABIM Selangor
(In-Saf)
Ia merupakan ruangan untuk membina wibawa pimpinan baru dalam mengurus dan
mentadbir ABIM Selangor. Ia meningkatka kemahiran untuk merancang, mengelola,
mengarah serta mengawal setiap pergerkan organisasi ABIM Selangor. In-Saf
merupakan agenda tahunanbertujuan untuk memantapkan matlamat, merancang
aktiviti, membina kesepakatan serta mengukuhkan jaringan. Disinilah tempatnya untuk
mengembalikan prinsip dan amalan organisasi yang baik, belajar taat kepada
pemimpin, berkomunikasi dengan berkesanserta menghidupkan amalan syura. Selain
itu, ia juga medium untuk mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim,
mengetahui bidang tugas mengikut jawatan yang diamanahkan serta merencana
aktiviti mengikut keperluan KPI dan dakwah semasa.
http://abimselangor.blogspot.com
PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR
“REHLAH DAN KEMBARA”
Eksplorasi Dakwah Dan Misi Bantuan Kemanusian
Menyedari keperluan bergerak untuk beramal ini merupakan satu tuntutan bagi belia
melihat keadaan semasa disamping mengisi masa, dengan pengalaman dan pelajaran
sebagai generasi pelapis untuk pimpinan akan datang. EXPLORASI DAKWAH DAN MISI
BANTUAN KEMANUSIAAN disusun untuk mempersiap belia yang mampu untuk melihat
isu amar maaruf ini satu kewajipan untuk bersama masyarakat dalam membantu
meringankan beban disamping menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang
prihatin. Ini membuka peluang untuk belia mendekati dan memahami penderitaan
masyarakat serta memberi pendedahan pendidikan yang lebih praktikal dilapangan. Selain
itu, ia juga merupakan salah satu usaha untuk melahirkan generasi prihatin di samping
memperkukuh dan memperkuatkan ketahanan belia sebagai pewaris umat.
http://abimselangor.blogspot.com
PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR
“REHLAH DAN KEMBARA”
Eksplorasi Amal Belia Negeri Selangor
Menyedari keperluan bergerak untuk beramal ini merupakan satu tuntutan bagi belia
melihat keadaan semasa disamping mengisi masa dengan pengalaman dan pelajaran
sebagai generasi pelapis untuk pimpinan akan datang. EKSPLORASI AMAL BELIA
NEGERI SELANGOR disusun untuk mempersiap belia yang mampu untuk melihat isu
amalrmaaruf ini satu kewajipan untuk bersama masyarakat dalam membantu
meringankan beban disamping menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang
prihatin. Antara objektif ekplorasi ini dijalankan adalah untuk melatih belia Islam dengan
corak kepimpinan, pengurusan, dan hubungan sosial yang lebih mantap sekali gus
membina jaringan dan solidariti belia Islam serantau. Juga memberi bantuan
kemanusiaan kepada rumah anak yatim serta membuka ruang melibatkan diri belia
dengan isu semasa dan memahami penderitaan umat Islam.
http://abimselangor.blogspot.com
PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR
“MUKHAYYAM”
Mukhayyam SISMA
Siswazah Muda ABIM atau SISMA merupakan salah satu usaha gerakan Islam ABIM
untuk menggalakkan belia-belia khususnya mahasiswa dan mahasiswi universiti untuk
melibatkan diri dalam organisasi yang berbentuk dakwah dan tarbiah. SISMA ditubuhkan
bagi menjadi jambatan kepada ahli-ahli dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul
Ehsan (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang juga
merupakan sayap pelajar bagi ABIM untuk terus bergiat aktif dan diperkenalkan secara
menyeluruh tentang penghayatan Islam, Iman dan Ihsan dalam kehidupan. Di samping
mengharapkan agar, melalui tarbiah ABIM, mereka akan dapat dibentuk jiwa-jiwa yang
kental untuk meneruskan sirah perjuangan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Mukhayyam
SISMA ini merupakan salah satu agenda tarbiyah untuk mendidik jiwa-jiwa ini melalui
proses kekentalan dan keutuhan aqidah dan keyakinan terhadap Allah s.w.t.. Semoga
segala usaha baik ini mendapat keberkatan dan keizinan dari-Nya.
PPBM0028-2814/09
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR”
Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
RUMAH PERLINDUNGAN &
PEMULIHAN WANITA ISLAM
DARUL WARDAH
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN
WANITA ISLAM DARUL WARDAH
Telah ditubuhkan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Selangor yang
mula beroperasi pada 1 September 2008.
VISI
Sebagai „One Stop Crisis Centre‟ atau OSCC yang bertujuan memberikan bantuan kepada
wanita yang memerlukan.
MISI
• Memberi perlindungan sementara dan sokongan moral kepada wanita saudara baru
(muallaf) dan wanita yang teraniaya
• membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar dari cara hidup Islam,
kembali kepada Islam yang syumul
• memberi khidmat bimbingan fardu „ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman
• melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN
WANITA ISLAM DARUL WARDAH
Bilangan penghuni Darul Wardah semenjak 1
September 2008 sehingga 1 Jun 2011
KATEGORI BILANGAN
1. Muallaf dewasa 13
2. Muallaf kanak-kanak 11
3. Keganasan rumah tangga 8
4. Rogol 14
5. Sumbang muhrim 2
6. Zina 41
7. Sosial 5
Aktiviti yang dijalankan untuk penghuni Darul
Wardah
1. Rawatan hati
2. Halaqah
3. Kelas Kaunseling
4. Kemahiran Asas
5. Gotong-royong
6. Khatam Al-Quran
7. Kelas Mengaji Al-Quran
8. Kuliah
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN
WANITA ISLAM DARUL WARDAH
Darul Wardah memerlukan dana sebanyak
RM54,000.00 setahun bagi menampung kos
prasarana, kebajikan, pengendalian program,
perlindungan, pemulihan meliputi aspek sosial,
fizikal, intelektual, emosi dan rohani
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
KOMPLEKS PENDIDIKAN
ABIM SELANGOR
(DARUL UMMAH)
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM
SELANGOR (DARUL UMMAH)
Selaras dengan kepentingan dan keperluan ummah
masa kini, ABIM Selangor berhasrat untuk membina
Kompleks Pendidikan ABIM Selangor di atas tanah
waqaf yang beralamat di Lot 1389, Batu 8,
Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM
SELANGOR
Kompleks ini mengandungi 5 institusi utama
iaitu:
1. Ma’ahad Tahfiz Sains ABIM Selangor
2. Rumah Perlindungan & Pemulihan
Wanita Islam Darul Wardah
3. Rumah Anak-anak Yatim Darul
Hannan
4. Pesantren Warga Tersayang Pondok
An-Nur
5. Pusat Latihan Dakwah
Kos yang diperlukan untuk menyempurnakan
fasa 1 pembinaan kompleks ini adalah
sebanyak RM1juta:
Fasa 1.1. RM150,000.00 bayaran profesional
Fasa 1.2. RM250,000.00 penyediaan
kawasan
Fasa 1.3. RM300,000.00 kerja
pembangunan
Fasa 1.4. RM300,000.00 kerja
penyelenggaraan
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL
MENANGANI GEJALA
SOSIAL
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA
SOSIAL
Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG)
Hasil dari pengalaman menguruskan Darul Wardah, ABIM Selangor sepakat
membangun modul ini bagi memastikan remaja hari ini memahami tentang
pendidikan seksual mengikut perspektif Islam. Selain itu, mereka juga harus
mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan seks
bebas. Ia dilakukan melalui pembentukan sikap asertif dalam situasi tertentu. Ini
akan membantu mereka untuk melindungi diri dari terjebak dengan perkara-
perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA
SOSIAL
Program Aku Teruna Terhebat (ATT)
Berikutan dari bilangan pertambahan remaja perempuan yang perlu diberikan
bantuan dan sokongan, maka ABIM Selangor merasakan, tepuk tangan sebelah
tidak akan berbunyi, maka harus ada juga pembendungan kepada kelompok
penyumbang kepada isu gejala sosial ini iaitu lelaki. Maka modul ini bertujuan
untuk memahamkan mereka tentang pendidikan seksual mengikut perspektif
Islam. Selain itu, mereka juga harus mengetahui cara-cara menangani pergaulan
dan fenomena perlakuan seks bebas. Ia dilakukan melalui pembentukan sikap
asertif dalam situasi tertentu. Ini akan membantu mereka untuk melindungi diri
dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA
SOSIAL
Program Remaja Nafas Baru (RNB)
Modul ini merupakan modul cadangan ABIM Selangor bagi memberikan alternatif
dalam melahirkan remaja yang berdaya saing dan sihat. Modul ini bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada remaja tentang permasalahan ketagihan rokok,
penyalahgunaan dadah, hidu gam, dan jenayah meminum arak dan pada masa
yang sama memberi bantuan kaunseling secara individu dan berkelompok kaedah
untuk berhenti daripada merokok, menjauhi najis dadah, dan meminum arak.
Peserta juga akan diberikan latihan berterusan yang mampu memberikan aktiviti
berfaedah, dan mengisi masa seharian remaja sepanjang kehidupan. Mudah-
mudahan itu akan dapat menjana semangat kesukarelaan dalam jiwa pemuda-
pemudi harapan negara.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL
PENGHAYATAN ISLAM
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL PENGHAYATAN ISLAM
Program SMART START SOLAT (3S)
Modul yang dibangunkan ABIM Selangor untuk memberikan kesedaran kepada
remaja, belia dan ibu bapa tentang keperluan untuk melaksanakan tuntutan
Muslim dengan mendirikan solat. Sekaligus, melahirkan rasa bangga mereka
sebagai Muslim, berdisiplin, bertanggungjawab dan komited untuk memajukan
diri. Kemudian dengannya, mereka dapat mengaplikasi konsep tauhid dan
ibadah dalam kehidupan seharian maka akn lahirlah kebersihan jiwa, hidup
bermakna dan terarah.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL-MODUL PENGHAYATAN ISLAM
Program Ihya’ Un-Nahar @ Ramadhan
Ihya‟ Un-Nahar bermakna menghidupkan siang di bulan Ramadhan.
Bersempena bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini, ABIM
Selangor mengambil peluang untuk mendidik dan membina kekuatan rohani
dan jasmani remaja serta mendidik juga mendorong mereka untuk
memperbanyakkan amalan fardu dan sunat disamping membentuk peribadi
muslim sejati. Secara tidak langsung, mereka akan dapat memperbaiki amalan
solat harian dan menghayati fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan sebagai
bulan keampunan.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL PEMBANGUNAN
KELUARGA
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL PEMBANGUNAN KELUARGA
Program Usrah Marhamah Idaman Ummah
Atas keperluan yang mendesak di dalam membangun keluarga Muslim pada hari ini,
ABIM Selangor tampil dengan mengetengahkan modul keibubapan yang mendedahkan
kepada ibu bapa tentang tanggungajawab dan peranan mereka dalam keluarga.
Mereka juga diberikan kemahiran untuk mempertingkatkan komunikasi yang lebih
berkualiiti antara suami dan isteri yang mampu meneguhkan ikatan cinta yang terjalin
dalam perkahwinan. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang sering membawa pergeseran dan keretakan dalam rumahtangga. Ini akan
memberi ruang untuk peserta mengeluarkan pendapat, berkongsi pengalaman dan
menyediakan ruang untuk pasangan menilai dan mengubah diri untuk kebaikan dalam
rumahtangga.
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL PEMBANGUNAN
BELIA
http://abimselangor.blogspot.com
USAHA DAKWAH BERTERUSAN
MODUL PEMBANGUNAN BELIA
Latihan Kepimpinan Belia Islam
Penyediaan belia berketrampilan dan bersedia memimpin merupakan tuntutan
besar untuk Islam. Latihan ini akan memberikan kefahaman tentang kepentingan
penglibatan generasi muda di dalam gerakan belia di peringkat akar umbi agar
agenda Islamisasi dalam pelbagai kehidupan bermasyarakat dapat
direalisasikan. Mereka akan diberikan kemahiran yang diperlukan untuk
membolehkan generasi belia yang prihatin mendekati kelompok sasaran secara
berkesan. Oleh itu, mereka akan menjayakan program pembangunan
masyarakat setempat melalui pengupayaan kelompok sasaran agar mandiri dan
proaktif menangani isu-isu pembangunan setempat.
PPBM0028-2814/09
“USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR”
Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
http://abimselangor.blogspot.com
PENGALAMAN DAN HUBUNGAN
AKADEMI ZAKAT SELANGOR
Bicara Orang Muda (BOM)
20 Oktober 2011, Seksyen 3 Shah Alam. Akademi Zakat Selangor dengan kerjasama ABIM Selangor dan MPP UNISEL Shah Alam telah
menganjurkan forum Bicara Orang Muda bertajuk 'Mencari Cinta Ilahi'. Forum ini mensasarkan pelajar-pelajar IPT khususnya UNISEL di
WISMA MAIS Seksyen 3 Shah Alam itu sendiri. Forum disambut dengan deraian air hujan membasahi bumi pada awal jam 7.00 petang
di mana forum tersebut dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib, bacaan Yaasin dan solat hajat serta solat Isyak berjemaah.
Forum yang berlangsung dalam pelbagai perasaan dan keadaan itu telah berjaya menarik minat segelintir pelajar juga orang ramai yang
memenuhkan khemah yang disediakan walaupun dalam keadaan hujan dan kebasahan. Forum dilangsungkan di kawasan gelanggang
badminton Wisma MAIS dan mengetengahkan 3 ahli panel muda dan berpandangan jauh.
Panelis yang dijemput adalah Ustaz Mohd Naim Mohd Nor (Timbalan Presiden ABIM), Ustaz Elyas Ismail (Penceramah E-Class
Training), Ustaz Fauzan (Penceramah Mantop Training) serta moderator forum, saudara HAMKA (Penceramah E-Class Training). Forum
dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dr. Ruziah Ghazali, Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor.
Antara objektif utama penganjuran adalah untuk menggiatkan usaha pendakwah muda ABIM serta agensi seperti AZAS dalam kerja-
kerja mengembalikan fitrah rasa bertuhan serta memberi kesedaran mengenai akidah Islam kepada belia dan masyarakat. Majlis
bermula seawal jam 7.00 malam dan tamat pada jam 10.30 malam dalam majlis ringkas penyampaian cenderamata dari pihak penganjur
kepada panelis dan moderator forum.
Semoga dengan penganjuran ini, ABIM bersama AZAS akan dapat menggemblengkan tenaga dengan lebih aktif untuk meneruskan
usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat di WISMA MAIS.
http://abimselangor.blogspot.com
PENGALAMAN DAN HUBUNGAN
AKADEMI ZAKAT SELANGOR
Bengkel Muslimah Waja (BMW)
29 Oktober 2011, Jalan Kebun Shah Alam. Seramai 120 orang wanita dari kalangan sasaran Muslimah di Jalan Kebun telah hadir
memeriahkan Bengkel MUslimah Waja yang dianjurkan bersama diantara Akademi Zakat Selangor (AZAS), ABIM Selangor, Ahli
Jawatankuasa Masjid An-Naim Jalan Kebun dan JKKK Jalan Kebun.
Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi itu telah diisi dengan program yang sangat menarik serta memberikan impak yang
positif kepada mereka yang hadir. Ia bermula dengan sedikit kata-kata dan nasihat bermotivasi yang disampaikan oleh Puan Nurhani
Salwa dari Grup Peguam ABIM yang bertajuk Bahagianya Menjadi Wanita dan selepas rehat pula oleh Dr. Ruziah Ghazali yang
merupakan Pengurus Besar AZAS sendiri.
Bengkel ini bertujuan untuk memotivasi para muslimah atau ibu dalam membina keluarga harmoni dan kasih sayang serta berkongsi tip
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bengkel yang tamat pada jam 1.00 petang itu lebih meriah apabila menerima kunjungan YB
Suhaimi yang turut berkesempatan merasmikan majlis penutup bengkel.
Apa yang menarik di dalam bengkel ini juga ialah kesempatan yang diberikan kepada Saudari Azmiza, Pengurus Darul Wardah untuk
berkongsi cerita suka dan duka serta berita berkenaan dengan usaha ABIM Selangor khususnya tim HELWA Selangor dalam
membangun serta berdakwah melalui DARWA itu sendiri.
Bagi pihak ABIM Selangor, kami amat berbesar hati atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak AZAS untuk melaksana
bengkel ini serta tidak dilupakan juga kepada pihak penyumbang hadiah cabutan bertuah yang menjadikan bengkel ini lebih bermakna
buat mereka yang hadir.
http://abimselangor.blogspot.com
PENGALAMAN DAN HUBUNGAN
RUMAH ANAK YATIM TABAL (AYATA)
Sandang Raya: Sumbangan RM50 Sepasang Baju Raya
Majlis Ibadah Qurban: Kasih Zulhijjah
Kedua-dua majlis dan kutipan sumbangan adalah untuk anak-anak yatim di Rumah Anak
Yatim Tabal Narathiwat. Sumbangan dihulurkan bagi menambahkan kegembiraan syawal dan
aidiladha mereka. ABIM Selangor telah menjalinkan hubungan baik dengan AYATA semenjak
kunjungan Eksplorasi Amal Belia Selangor 2010.

Contenu connexe

Tendances

Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanAurakaya6966
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahSend Er
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABanafarzana30
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahAlifah Ilyana
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian IslamKertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian IslamAzizi Ahmad
 
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-Norafsah Awang Kati
 
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )Syuhadah Jafri
 
Konsep pendidikan islam
Konsep pendidikan islamKonsep pendidikan islam
Konsep pendidikan islamCak Mujib
 
Kedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafKedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafIlyana UKM
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALAmy Syahida
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizatsue2217
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Rukun wudhu
Rukun wudhuRukun wudhu
Rukun wudhuhelmme
 
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasa
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasaTamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasa
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasaImanFitroni_PTSB
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 

Tendances (20)

Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendah
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyah
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusifPerkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
 
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian IslamKertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam
Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam
 
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
 
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )
NOTA ( SYEIKH MUHAMMAD ABDUH )
 
Konsep pendidikan islam
Konsep pendidikan islamKonsep pendidikan islam
Konsep pendidikan islam
 
Kedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafKedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah taraf
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Karya kreatif
Karya kreatifKarya kreatif
Karya kreatif
 
Rukun wudhu
Rukun wudhuRukun wudhu
Rukun wudhu
 
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasa
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasaTamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasa
Tamadun bab 8pemikiran islam dan isu-isu semasa
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
 

Similaire à Profil abim selangor 2013 2014

Dasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmDasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmSuellen Sharif
 
Kertas kerja opkim 14
Kertas kerja opkim  14Kertas kerja opkim  14
Kertas kerja opkim 14Nikmat Yusop
 
Assalwa Profile
Assalwa ProfileAssalwa Profile
Assalwa Profilebro09
 
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Are Matt
 
Dasar belia negara (presentation)
Dasar belia negara (presentation)Dasar belia negara (presentation)
Dasar belia negara (presentation)suriawati
 
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docx
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docxVisi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docx
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docxporsenikkmpaciran
 
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanaeyma
 
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdf
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdfLAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdf
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdfFernando Mirip
 
Faq abim
Faq abimFaq abim
Faq abimasus229
 
Paperwork feskab 15 paling latest
Paperwork feskab  15 paling latestPaperwork feskab  15 paling latest
Paperwork feskab 15 paling latestHui Qin
 
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin Purwakananta
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin PurwakanantaYouthpreneur Academy oleh M. Arifin Purwakananta
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin PurwakanantaMohArifinPurwakanant
 
Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Ummie Zaa
 
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...Wisnu58
 
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialahmadnabil50
 

Similaire à Profil abim selangor 2013 2014 (20)

Dasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmDasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bm
 
Keje afnan
Keje afnanKeje afnan
Keje afnan
 
Kertas kerja opkim 14
Kertas kerja opkim  14Kertas kerja opkim  14
Kertas kerja opkim 14
 
Sejarah awal penubuhan kelab setia
Sejarah awal penubuhan kelab setiaSejarah awal penubuhan kelab setia
Sejarah awal penubuhan kelab setia
 
Assalwa Profile
Assalwa ProfileAssalwa Profile
Assalwa Profile
 
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
 
Dasar belia negara (presentation)
Dasar belia negara (presentation)Dasar belia negara (presentation)
Dasar belia negara (presentation)
 
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docx
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docxVisi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docx
Visi, Misi dan Proker MPKSDI Lamongan.docx
 
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
 
Materi sesi kopsis
Materi sesi kopsisMateri sesi kopsis
Materi sesi kopsis
 
Profil HIMA PUI.ppt
Profil HIMA PUI.pptProfil HIMA PUI.ppt
Profil HIMA PUI.ppt
 
PROPOSAL GDS.pptx
PROPOSAL GDS.pptxPROPOSAL GDS.pptx
PROPOSAL GDS.pptx
 
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdf
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdfLAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdf
LAPORAN PERTANGGUNGJAWABAN HIMAPA KALTENG PERIODE 202-2023.pdf
 
Faq abim
Faq abimFaq abim
Faq abim
 
Paperwork feskab 15 paling latest
Paperwork feskab  15 paling latestPaperwork feskab  15 paling latest
Paperwork feskab 15 paling latest
 
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin Purwakananta
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin PurwakanantaYouthpreneur Academy oleh M. Arifin Purwakananta
Youthpreneur Academy oleh M. Arifin Purwakananta
 
Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012
 
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
 
Hubungan etnik
Hubungan etnik Hubungan etnik
Hubungan etnik
 
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A168781 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
 

Profil abim selangor 2013 2014

  • 1. “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan PPBM0028-2814/09 A-3-6 Pangsapuri Anggerik Seksyen 15 jalan tukul 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 019-3636394 Emel: abimselangor@hotmail.com Laman Sesawang: http://abimselangor.blogspot.com
  • 2. http://abimselangor.blogspot.com HARAPAN & CITA-CITA ABIM SELANGOR Mari bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana telah memberikan Islam dan iman kepada kita sebagai satu rahmat dan nikmat yang paling besar. Jutaan terima kasih dan penghargaan buat teman- teman seperjuangan di dalam ABIM Selangor yang bertungkus-lumus menyediakan lampiran terbaik untuk dipaparkan kepada masyarakat mengenai “Usaha Dakwah Yang Berterusan Di Negeri Selangor” sekaligus menggambarkan segala perancangan, cita-cita serta kerja dakwah yang telah dilakukan oleh ABIM Selangor dalam usaha menjadikan ummah di Selangor ini tinggi nilai keimanan serta keislamannya. Harapan kami, dengan terbukunya profil ABIM Selangor ini, akan merancakkan lagi usaha dakwah yang telah dilakukan dengan sokongan, bantuan serta kerjasama dari pelbagai pihak dalam pelbagai bentuk. Sama ada berbentuk kerjasama erat, berbentuk material seperti kewangan dan alatan mahupun ke meja perbincangan dalam memastikan Islam adalah cara hidup masyarakat di Selangor. Selaku badan organisasi bukan kerajaan, sudah pastinya kami amat mengharapkan bantuan berbentuk material dan kewangan dan mudah-mudahan dengan usaha kecil ini akan menggalakkan masyarakat untuk menyumbang, berzakat serta menginfakkan sebahagian dari kesenangan mereka demi untuk Islam yang diredhai Allah s.w.t. Alhamdulillah dan terima kasih.
  • 3. PPBM0028-2814/09 “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
  • 4. http://abimselangor.blogspot.com TEMA PROFIL ABIM SELANGOR 2013 “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Ia secara umumnya menjelaskan kepentingan serta keperluan gerak kerja dakwah ini dilakukan secara berterusan. Ia juga merupakan sebuah profil catatan pengalaman serta gerak kerja yang direncanakan bersesuaian dengan isu semasa, pendidikan serta pembangunan ahli ABIM dan masyarakat khusus di Negeri Selangor dan tidak dilupakan tentang isu-isu yang bersifat nasional dan luar negara.
  • 5. http://abimselangor.blogspot.com OBJEKTIF PROFIL ABIM SELANGOR 2013 1. Memberikan maklumat kepada masyarakat tentang pergerakan serta usaha dakwah yang dilakukan oleh ABIM Selangor, 2. Menjelaskan fokus kerja dakwah yang perlu digembleng oleh pelbagai pihak, 3. Menjelaskan bahawa tugasan ini adalah tugasan utama dan bersama antara gerakan dakwah seperti ABIM dan orang lain atau agensi berkenaan serta, 4. Mendapatkan sumbangan atau bantuan berbentuk dana kewangan serta kemudahan lain yang bersesuaian bagi memenuhi usaha dakwah ini.
  • 6. http://abimselangor.blogspot.com ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Visi ABIM “Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah Abad 21” Misi ABIM “Gerakan Islam Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Islamiyyah” Budaya ABIM # Menghayati Budaya Ilmu # Menghayati Amalan Kerohanian # Menghayati Amalan Shura dan Amal Jama'iyy. # Memahami dan Melibatkan Diri pada Isu Semasa. # Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah.
  • 7. http://abimselangor.blogspot.com SEJARAH PENUBUHAN ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 sewaktu berlangsungnya Muktamar ke-10 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Ahli Jawatankuasa Penaja dipimpin oleh Wahab Abdullah dan Fauzi Abdul Rahman sebagai setiausaha. ABIM kemudiannya berdaftar secara rasmi melalui Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1972, Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Sejak penubuhannya, ABIM telah dipimpin oleh 7 orang Presiden dan kini ABIM dipimpin oleh Saudara Amidi Abdul Manan yang mendapat mandat sewaktu Muktamar ke- 40 ABIM.
  • 8. http://abimselangor.blogspot.com NADI PENGGERAK ABIM SELANGOR “SEKRETARIAT ABIM SELANGOR” Sejarah Penubuhan Mula beroperasi pada tahun 2008. Hasil usaha gigih beberapa pimpinan ABIM Selangor pada ketika itu dengan hasrat untuk menjadikan sekretariat ini sebagai pusat maklumat dan operasi juga sebagai pusat pertemuan. Bersesuaian dengan lokasinya yang strategik, kini Sekretariat ABIM SELANGOR masih dalam usaha untuk dinaik taraf dan diperbaiki. Visi “Menjadi Pusat Maklumat ABIM Selangor Menjelang Tahun 2015” Misi • Menjadi pusat perhubungan awam ABIM Negeri Selangor • Membina sistem pengurusan sekretariat yang berkesan • Mewujudkan arkib untuk ABIM Selangor
  • 9. http://abimselangor.blogspot.com NADI PENGGERAK ABIM SELANGOR “SEKRETARIAT ABIM SELANGOR” Skuad Sukarelawan SEKRETARIAT ABIM SELANGOR Cadangan penubuhan Skuad Sukarelawan Anjung Berkat bertujuan untuk merancakkan lagi usaha untuk mencapai sasaran visi dan misi Sekretariat Anjung Berkat disamping melatih belia untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan bersama ABIM Selangor dan sekaligus menyediakan ruang untuk mereka meningkatkan kemahiran bermasyarakat. Antara latihan yang diperlukan adalah:
  • 10. PPBM0028-2814/09 “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
  • 11. http://abimselangor.blogspot.com PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR “LATIHAN & PEMBANGUNAN” Tamrin Siswazah Muda ABIM (Tamrin SISMA) Ia merupakan satu bentuk program latihan untuk ahli baru. Lebih bertujuan untuk memperkenalkan ABIM sebagai sebuah gerakan ummat yang mementingkan pendidikan dan pembinaan kepimpinan dikalangan belia khususnya mahasiswa. Ini membolehkan ahli membentuk pemahaman benar mengenai kehidupan sebagai kepimpinan belia Muslim, mengetahui peranan dan kepentingan penglibatan belia dalam urusan kepimpinan serta kesannya pada masa hadapan. Ia juga menjadi medan untuk membina jaringan dan persefahaman antara pelbagai pihak yang terlibat bagi bersama-sama menggembleng tenaga dalam mendepani isu-isu gejala sosial di negeri Selangor.
  • 12. http://abimselangor.blogspot.com PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR “LATIHAN & PEMBANGUNAN” Induksi Saf Qiyadah ABIM Selangor (In-Saf) Ia merupakan ruangan untuk membina wibawa pimpinan baru dalam mengurus dan mentadbir ABIM Selangor. Ia meningkatka kemahiran untuk merancang, mengelola, mengarah serta mengawal setiap pergerkan organisasi ABIM Selangor. In-Saf merupakan agenda tahunanbertujuan untuk memantapkan matlamat, merancang aktiviti, membina kesepakatan serta mengukuhkan jaringan. Disinilah tempatnya untuk mengembalikan prinsip dan amalan organisasi yang baik, belajar taat kepada pemimpin, berkomunikasi dengan berkesanserta menghidupkan amalan syura. Selain itu, ia juga medium untuk mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim, mengetahui bidang tugas mengikut jawatan yang diamanahkan serta merencana aktiviti mengikut keperluan KPI dan dakwah semasa.
  • 13. http://abimselangor.blogspot.com PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR “REHLAH DAN KEMBARA” Eksplorasi Dakwah Dan Misi Bantuan Kemanusian Menyedari keperluan bergerak untuk beramal ini merupakan satu tuntutan bagi belia melihat keadaan semasa disamping mengisi masa, dengan pengalaman dan pelajaran sebagai generasi pelapis untuk pimpinan akan datang. EXPLORASI DAKWAH DAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN disusun untuk mempersiap belia yang mampu untuk melihat isu amar maaruf ini satu kewajipan untuk bersama masyarakat dalam membantu meringankan beban disamping menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang prihatin. Ini membuka peluang untuk belia mendekati dan memahami penderitaan masyarakat serta memberi pendedahan pendidikan yang lebih praktikal dilapangan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha untuk melahirkan generasi prihatin di samping memperkukuh dan memperkuatkan ketahanan belia sebagai pewaris umat.
  • 14. http://abimselangor.blogspot.com PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR “REHLAH DAN KEMBARA” Eksplorasi Amal Belia Negeri Selangor Menyedari keperluan bergerak untuk beramal ini merupakan satu tuntutan bagi belia melihat keadaan semasa disamping mengisi masa dengan pengalaman dan pelajaran sebagai generasi pelapis untuk pimpinan akan datang. EKSPLORASI AMAL BELIA NEGERI SELANGOR disusun untuk mempersiap belia yang mampu untuk melihat isu amalrmaaruf ini satu kewajipan untuk bersama masyarakat dalam membantu meringankan beban disamping menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang prihatin. Antara objektif ekplorasi ini dijalankan adalah untuk melatih belia Islam dengan corak kepimpinan, pengurusan, dan hubungan sosial yang lebih mantap sekali gus membina jaringan dan solidariti belia Islam serantau. Juga memberi bantuan kemanusiaan kepada rumah anak yatim serta membuka ruang melibatkan diri belia dengan isu semasa dan memahami penderitaan umat Islam.
  • 15. http://abimselangor.blogspot.com PRODUK TARBIYAH AHLI ABIM SELANGOR “MUKHAYYAM” Mukhayyam SISMA Siswazah Muda ABIM atau SISMA merupakan salah satu usaha gerakan Islam ABIM untuk menggalakkan belia-belia khususnya mahasiswa dan mahasiswi universiti untuk melibatkan diri dalam organisasi yang berbentuk dakwah dan tarbiah. SISMA ditubuhkan bagi menjadi jambatan kepada ahli-ahli dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang juga merupakan sayap pelajar bagi ABIM untuk terus bergiat aktif dan diperkenalkan secara menyeluruh tentang penghayatan Islam, Iman dan Ihsan dalam kehidupan. Di samping mengharapkan agar, melalui tarbiah ABIM, mereka akan dapat dibentuk jiwa-jiwa yang kental untuk meneruskan sirah perjuangan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Mukhayyam SISMA ini merupakan salah satu agenda tarbiyah untuk mendidik jiwa-jiwa ini melalui proses kekentalan dan keutuhan aqidah dan keyakinan terhadap Allah s.w.t.. Semoga segala usaha baik ini mendapat keberkatan dan keizinan dari-Nya.
  • 16. PPBM0028-2814/09 “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
  • 17. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH
  • 18. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH Telah ditubuhkan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Selangor yang mula beroperasi pada 1 September 2008. VISI Sebagai „One Stop Crisis Centre‟ atau OSCC yang bertujuan memberikan bantuan kepada wanita yang memerlukan. MISI • Memberi perlindungan sementara dan sokongan moral kepada wanita saudara baru (muallaf) dan wanita yang teraniaya • membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar dari cara hidup Islam, kembali kepada Islam yang syumul • memberi khidmat bimbingan fardu „ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman • melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup
  • 19. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH Bilangan penghuni Darul Wardah semenjak 1 September 2008 sehingga 1 Jun 2011 KATEGORI BILANGAN 1. Muallaf dewasa 13 2. Muallaf kanak-kanak 11 3. Keganasan rumah tangga 8 4. Rogol 14 5. Sumbang muhrim 2 6. Zina 41 7. Sosial 5 Aktiviti yang dijalankan untuk penghuni Darul Wardah 1. Rawatan hati 2. Halaqah 3. Kelas Kaunseling 4. Kemahiran Asas 5. Gotong-royong 6. Khatam Al-Quran 7. Kelas Mengaji Al-Quran 8. Kuliah
  • 20. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH Darul Wardah memerlukan dana sebanyak RM54,000.00 setahun bagi menampung kos prasarana, kebajikan, pengendalian program, perlindungan, pemulihan meliputi aspek sosial, fizikal, intelektual, emosi dan rohani
  • 22. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM SELANGOR (DARUL UMMAH) Selaras dengan kepentingan dan keperluan ummah masa kini, ABIM Selangor berhasrat untuk membina Kompleks Pendidikan ABIM Selangor di atas tanah waqaf yang beralamat di Lot 1389, Batu 8, Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
  • 23. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM SELANGOR Kompleks ini mengandungi 5 institusi utama iaitu: 1. Ma’ahad Tahfiz Sains ABIM Selangor 2. Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah 3. Rumah Anak-anak Yatim Darul Hannan 4. Pesantren Warga Tersayang Pondok An-Nur 5. Pusat Latihan Dakwah Kos yang diperlukan untuk menyempurnakan fasa 1 pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM1juta: Fasa 1.1. RM150,000.00 bayaran profesional Fasa 1.2. RM250,000.00 penyediaan kawasan Fasa 1.3. RM300,000.00 kerja pembangunan Fasa 1.4. RM300,000.00 kerja penyelenggaraan
  • 25. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA SOSIAL Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG) Hasil dari pengalaman menguruskan Darul Wardah, ABIM Selangor sepakat membangun modul ini bagi memastikan remaja hari ini memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam. Selain itu, mereka juga harus mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan seks bebas. Ia dilakukan melalui pembentukan sikap asertif dalam situasi tertentu. Ini akan membantu mereka untuk melindungi diri dari terjebak dengan perkara- perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
  • 26. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA SOSIAL Program Aku Teruna Terhebat (ATT) Berikutan dari bilangan pertambahan remaja perempuan yang perlu diberikan bantuan dan sokongan, maka ABIM Selangor merasakan, tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi, maka harus ada juga pembendungan kepada kelompok penyumbang kepada isu gejala sosial ini iaitu lelaki. Maka modul ini bertujuan untuk memahamkan mereka tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam. Selain itu, mereka juga harus mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan seks bebas. Ia dilakukan melalui pembentukan sikap asertif dalam situasi tertentu. Ini akan membantu mereka untuk melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
  • 27. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL-MODUL MENANGANI GEJALA SOSIAL Program Remaja Nafas Baru (RNB) Modul ini merupakan modul cadangan ABIM Selangor bagi memberikan alternatif dalam melahirkan remaja yang berdaya saing dan sihat. Modul ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja tentang permasalahan ketagihan rokok, penyalahgunaan dadah, hidu gam, dan jenayah meminum arak dan pada masa yang sama memberi bantuan kaunseling secara individu dan berkelompok kaedah untuk berhenti daripada merokok, menjauhi najis dadah, dan meminum arak. Peserta juga akan diberikan latihan berterusan yang mampu memberikan aktiviti berfaedah, dan mengisi masa seharian remaja sepanjang kehidupan. Mudah- mudahan itu akan dapat menjana semangat kesukarelaan dalam jiwa pemuda- pemudi harapan negara.
  • 29. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL-MODUL PENGHAYATAN ISLAM Program SMART START SOLAT (3S) Modul yang dibangunkan ABIM Selangor untuk memberikan kesedaran kepada remaja, belia dan ibu bapa tentang keperluan untuk melaksanakan tuntutan Muslim dengan mendirikan solat. Sekaligus, melahirkan rasa bangga mereka sebagai Muslim, berdisiplin, bertanggungjawab dan komited untuk memajukan diri. Kemudian dengannya, mereka dapat mengaplikasi konsep tauhid dan ibadah dalam kehidupan seharian maka akn lahirlah kebersihan jiwa, hidup bermakna dan terarah.
  • 30. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL-MODUL PENGHAYATAN ISLAM Program Ihya’ Un-Nahar @ Ramadhan Ihya‟ Un-Nahar bermakna menghidupkan siang di bulan Ramadhan. Bersempena bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini, ABIM Selangor mengambil peluang untuk mendidik dan membina kekuatan rohani dan jasmani remaja serta mendidik juga mendorong mereka untuk memperbanyakkan amalan fardu dan sunat disamping membentuk peribadi muslim sejati. Secara tidak langsung, mereka akan dapat memperbaiki amalan solat harian dan menghayati fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan sebagai bulan keampunan.
  • 32. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL PEMBANGUNAN KELUARGA Program Usrah Marhamah Idaman Ummah Atas keperluan yang mendesak di dalam membangun keluarga Muslim pada hari ini, ABIM Selangor tampil dengan mengetengahkan modul keibubapan yang mendedahkan kepada ibu bapa tentang tanggungajawab dan peranan mereka dalam keluarga. Mereka juga diberikan kemahiran untuk mempertingkatkan komunikasi yang lebih berkualiiti antara suami dan isteri yang mampu meneguhkan ikatan cinta yang terjalin dalam perkahwinan. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk mengenalpasti faktor- faktor yang sering membawa pergeseran dan keretakan dalam rumahtangga. Ini akan memberi ruang untuk peserta mengeluarkan pendapat, berkongsi pengalaman dan menyediakan ruang untuk pasangan menilai dan mengubah diri untuk kebaikan dalam rumahtangga.
  • 34. http://abimselangor.blogspot.com USAHA DAKWAH BERTERUSAN MODUL PEMBANGUNAN BELIA Latihan Kepimpinan Belia Islam Penyediaan belia berketrampilan dan bersedia memimpin merupakan tuntutan besar untuk Islam. Latihan ini akan memberikan kefahaman tentang kepentingan penglibatan generasi muda di dalam gerakan belia di peringkat akar umbi agar agenda Islamisasi dalam pelbagai kehidupan bermasyarakat dapat direalisasikan. Mereka akan diberikan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan generasi belia yang prihatin mendekati kelompok sasaran secara berkesan. Oleh itu, mereka akan menjayakan program pembangunan masyarakat setempat melalui pengupayaan kelompok sasaran agar mandiri dan proaktif menangani isu-isu pembangunan setempat.
  • 35. PPBM0028-2814/09 “USAHA DAKWAH YANG BERTERUSAN DI NEGERI SELANGOR” Sebuah profil persatuan atau badan bukan kerajaan
  • 36. http://abimselangor.blogspot.com PENGALAMAN DAN HUBUNGAN AKADEMI ZAKAT SELANGOR Bicara Orang Muda (BOM) 20 Oktober 2011, Seksyen 3 Shah Alam. Akademi Zakat Selangor dengan kerjasama ABIM Selangor dan MPP UNISEL Shah Alam telah menganjurkan forum Bicara Orang Muda bertajuk 'Mencari Cinta Ilahi'. Forum ini mensasarkan pelajar-pelajar IPT khususnya UNISEL di WISMA MAIS Seksyen 3 Shah Alam itu sendiri. Forum disambut dengan deraian air hujan membasahi bumi pada awal jam 7.00 petang di mana forum tersebut dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib, bacaan Yaasin dan solat hajat serta solat Isyak berjemaah. Forum yang berlangsung dalam pelbagai perasaan dan keadaan itu telah berjaya menarik minat segelintir pelajar juga orang ramai yang memenuhkan khemah yang disediakan walaupun dalam keadaan hujan dan kebasahan. Forum dilangsungkan di kawasan gelanggang badminton Wisma MAIS dan mengetengahkan 3 ahli panel muda dan berpandangan jauh. Panelis yang dijemput adalah Ustaz Mohd Naim Mohd Nor (Timbalan Presiden ABIM), Ustaz Elyas Ismail (Penceramah E-Class Training), Ustaz Fauzan (Penceramah Mantop Training) serta moderator forum, saudara HAMKA (Penceramah E-Class Training). Forum dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dr. Ruziah Ghazali, Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor. Antara objektif utama penganjuran adalah untuk menggiatkan usaha pendakwah muda ABIM serta agensi seperti AZAS dalam kerja- kerja mengembalikan fitrah rasa bertuhan serta memberi kesedaran mengenai akidah Islam kepada belia dan masyarakat. Majlis bermula seawal jam 7.00 malam dan tamat pada jam 10.30 malam dalam majlis ringkas penyampaian cenderamata dari pihak penganjur kepada panelis dan moderator forum. Semoga dengan penganjuran ini, ABIM bersama AZAS akan dapat menggemblengkan tenaga dengan lebih aktif untuk meneruskan usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat di WISMA MAIS.
  • 37. http://abimselangor.blogspot.com PENGALAMAN DAN HUBUNGAN AKADEMI ZAKAT SELANGOR Bengkel Muslimah Waja (BMW) 29 Oktober 2011, Jalan Kebun Shah Alam. Seramai 120 orang wanita dari kalangan sasaran Muslimah di Jalan Kebun telah hadir memeriahkan Bengkel MUslimah Waja yang dianjurkan bersama diantara Akademi Zakat Selangor (AZAS), ABIM Selangor, Ahli Jawatankuasa Masjid An-Naim Jalan Kebun dan JKKK Jalan Kebun. Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi itu telah diisi dengan program yang sangat menarik serta memberikan impak yang positif kepada mereka yang hadir. Ia bermula dengan sedikit kata-kata dan nasihat bermotivasi yang disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa dari Grup Peguam ABIM yang bertajuk Bahagianya Menjadi Wanita dan selepas rehat pula oleh Dr. Ruziah Ghazali yang merupakan Pengurus Besar AZAS sendiri. Bengkel ini bertujuan untuk memotivasi para muslimah atau ibu dalam membina keluarga harmoni dan kasih sayang serta berkongsi tip untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bengkel yang tamat pada jam 1.00 petang itu lebih meriah apabila menerima kunjungan YB Suhaimi yang turut berkesempatan merasmikan majlis penutup bengkel. Apa yang menarik di dalam bengkel ini juga ialah kesempatan yang diberikan kepada Saudari Azmiza, Pengurus Darul Wardah untuk berkongsi cerita suka dan duka serta berita berkenaan dengan usaha ABIM Selangor khususnya tim HELWA Selangor dalam membangun serta berdakwah melalui DARWA itu sendiri. Bagi pihak ABIM Selangor, kami amat berbesar hati atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak AZAS untuk melaksana bengkel ini serta tidak dilupakan juga kepada pihak penyumbang hadiah cabutan bertuah yang menjadikan bengkel ini lebih bermakna buat mereka yang hadir.
  • 38. http://abimselangor.blogspot.com PENGALAMAN DAN HUBUNGAN RUMAH ANAK YATIM TABAL (AYATA) Sandang Raya: Sumbangan RM50 Sepasang Baju Raya Majlis Ibadah Qurban: Kasih Zulhijjah Kedua-dua majlis dan kutipan sumbangan adalah untuk anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Tabal Narathiwat. Sumbangan dihulurkan bagi menambahkan kegembiraan syawal dan aidiladha mereka. ABIM Selangor telah menjalinkan hubungan baik dengan AYATA semenjak kunjungan Eksplorasi Amal Belia Selangor 2010.