1. Pensyarah: Mohd.
Yusri bin Bakir
Disediakan oleh:
Nurmaziah binti
Mohd Alias
Nur Saffawati binti
2. Bahasa Arab mufrad, jamak
Adalah perkara yang berkisar tentang sunnah
Rasulullah s.a.w. dan apa yang disandarkan
kepada Rasul s.a.w. dari segi
perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat
akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya
3. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah
sumber rujukan kedua selepas al-Quran.
4.
5. Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul
s.a.w. seperti hadis berikut :
"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan
niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap
seseorang itu mengikut apa yang
diniatkannya“
(Hadis Riwayat Bukhari).
6. Setiap perbuatan yang diucapkan oleh Rasul
s.a.w. seperti hadis berikut :
"bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu
melihat aku sembahyang.“
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
7. 1. Nabi membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang
sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan
serta menunjukkan keredhaannya.
2. Menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta
dikuatkan pula.
Khalid al-Walid pernah memakan dhab(serupa biawak)
kemudian dikemukakan orang kepada nabi. NABI
SENDIRI ENGGAN MEMAKANNYA,MAKA BERTANYA
SEBAHAGIAN SAHABAT:
"adakah diharamkan makannya ya Rasulullah?Lalu ia
bersabda tidak! Cuma binatang itu tidak ada di
negeri kaumku,kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."
8. Sunan Sittah
Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari
Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim
Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i
Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam
Abu Daud
Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) -
karya Imam Tirmidzi
Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu
Majah
Kitab Musnad - karya Imam Ahmad
9. Hadis Mutawatir
Hadis Sahih
Hadis Hasan
Hadis Dha'if
Hadis Maudhuk
Hadis Ahad
10. Nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh
beberapa bilangan orang yang sampai
menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah
pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai
menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta
tentangnya.
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan
sengaja, maka tempatnya dalam neraka.”
(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu
Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan
Hakim).
11. Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam
Darimi, ialah Darimi menerima
dari
1. Ishak bin Ibrahim,
dari
2. Itab bin Basir,
dari
3. Ubaidillah bin Abu Ziyad,
dari
4. Abu Zubair,
dari
5. Jabir,
dari Nabi Muhammad s.a.w.
Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nomor 3
(Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang
yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.
12. Hadith yang tidak bersambung sanadnya, atau di
antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat
yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau
belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau
pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.
"Barangsiapa yang berkata kepada orang
miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya
surga.“
(H.R. Ibnu 'Adi).
Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali
bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia
pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya
sebagai pemalsu hadis.
13. Apa sahaja yang disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan
dan pendustaan berhubung dengan sesuatu
yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan
dan ikrarkan.
“Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di
negeri Cina sekalipun”.
(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak
menghukumkannya maudhu’)
14. Hadith yang mempunyai sanad yang
bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil
dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama
ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan
catatannya), dan terselamat daripada syaz dan
kecacatan.
An-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku telah
mendengar Nabi SAW. bersabda:
Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka di
hari kiamat, ialah orang yang di bawah telapak
kakinya diletakkan bara api yang dapat
mendidihkan otaknya.
(Bukhari, Muslim).
15. Hadis yang berhubung/bersambungan sanad
dari permulaan hingga akhir dan periwayat-
periwayat tersebut bersifat seperti Hadis
Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai
ingatan yang kuat.
"Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam
perut ibunya {janin} cukuplah dengan
sembelihan ibunya saja.“
(H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim
dan Darimi).
16. Hadith yang bilangan periwayatnya tidak
mencapai bilangan hadith Mutawatir.
”Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat
dan setiap orang itu bergantung pada perkara
yang diniatkan”.
(Hadith Bukhari dan Muslim)
17. Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu
yang tidak dapat diragukan kerana terdapat
penegasan yang banyak di dalam al Quran
tentang hadith – di dalam al Quran disebut
sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak
tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab
ataupun al Quran.
Di dalam al-Quran juga disebutkan dengan
ketaatan terhadap Rasulullah saw yang
disebutkan bersama dengan ketaataan kepada
Allah.
18. Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu
adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang
mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang
mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan
suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain
bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada
kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)