SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
PROGRAMME:
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS
ASSIGNMENT:
HEALTH AND WELLNESS
(MPU3313)
SEPTEMBER SEMESTER 2016
NAMA PELAJAR: HAJIS JAPAR ANAK LABAW
NO. KAD PENGENALAN: 670502-13-5507
NO TELEFON : 019-884 7031
E-MEL : hajisjaparlabaw@oum.edu.my
NAMA PENSYARAH:
CHIENG SUI HOON
TARIKH SERAHAN TUGASAN:
27 NOVEMBER 2016
SOALAN TUGASAN 1
Pengenalan.
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap
individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu,
pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan
ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli
dengan langkah yang efektif.
1.0 Tanggungjawab terhadap diri sendiri
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah
berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak
sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan
vitamin kepada tubuh badan kita. Kurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat
penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang
individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat
menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal
ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang
penyakit. Pemeriksaan kesihatan dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya
didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu, individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang
secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan
akan menjadi letih dan lesu.
2.0 Peranan individu dalam keluarga
Setiap individu dalam keluarga perlu memberi kasih sayang dan sentiasa mengambil
berat kebajikan suami isteri dan anak-anak. Ini dapat memastikan keluarga sihat dari segi
emosi dan rohani. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga seperti hari kelahiran anak
dan ulang tahun perkahwinan dapat mengeratkan hubungan yang sihat selain memberi
penghargaan kepada setiap organisasi keluarga.
Sekiranya ingin membeli sesuatu barang, hendaklah dilakukan bersama-sama dan
saling bantu membantu dalam menyediakan keperluan semasa. Tempat tinggal yang selamat
untuk anak-anak perlu disediakan sebaik mungkin bagi menampung keperluan hidup
disamping pakaian yang bersih. Sentiasa menunjukkan contoh amalan kesihatan yang baik,
serta mengamalkan gaya hidup sihat.
3.0 PERANAN INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT
Seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan antara
satu sama lain.
3.1 Menjaga keharmonian masyarakat.
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat
dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala
sosial seperti mengambil dadah, minum minuman keras dan sebagainya dapat
dibendung dengan baik.
3.2 Menjaga kebajikan penduduk setempat
Pelbagai jawatan kuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawatankuasa
Anti Denggi. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi meningkatkan taraf kesihatan
setempat dalam keadaan yang baik. Program ini dapat membanteras penyakit
berjangkit disamping menjana hidup yang lebih sihat.
3.3 Semangat bergotong royong
Aktiviti bergotong royong membersihkan sekitar kediaman sememangnya
dapat mencegah wabak dan pembiakan penyakit berjangkit. Setiap individu dalam
masyarakat perlu bekerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan.
Rumusan
Kesimpulannya,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal
lagi. Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita
bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti
terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(502 patah perkataan)
SOALAN TUGASAN 2
Pengenalan
Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi
dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur
dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.
Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang
agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental,
fizikal, sosial dan fisiologi.
Ciri-ciri kesihatan fizikal.
Kesihatan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian
dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Manusia juga mempunyai
tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila
timbulnya kecemasan.Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko
menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan
merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan
mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk
mencapai tahap kecemerlangan.
Kepercayaan kesihatan fizikal.
Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi sanggup menerima cabaran
fizikal dalam aktiviti harian. Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi
untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera. Tingkah laku atau gaya hidup
yang positif dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa menimbulkan masalah
kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi adalah berusaha bersungguh-
sungguh.
Aktiviti kesihatan fizikal.
Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah
beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari
otot. Fenomena ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan. Kita boleh
meningkatkan keberkesanan sistem ini dengan melakukan aktiviti fizikal.
Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan
sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Contoh aktiviti untuk
meningkatkan daya tahan otot ialah tekan tubi dan burpee.
Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang
terkumpul di bawah kulit. Sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan
gusti Mesomorf pula mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan
yang menarik. Contoh aktiviti seperti melompat dan lari jarak dekat.
Kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang
kemas dalam pergerakan yang maksimum. Hasil pergerakan itu pula ditentukan oleh
penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen. Contoh aktiviti untuk meningkatkan
kelenturan ialah pergerakan kalistenik regangan.
Individu mempunyai kekuatan otot yang tinggi melakukan aktiviti kehidupan harian
dengan lebih berkualiti. Contohnya, angkat berat dan lompat jauh berdiri.
Sikap.
Selalu bangun awal. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat
limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta
memperkuatkan akal fikiran.Gemar berjalan kaki. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir,
roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit
jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu
berbaring.Sentiasa berfikiran possitif dan tidak mudah mengalah. Membuat refleksi kendiri
selalu agar kesilapan lepas dapat diperbaiki.
(478 patah perkataan)
SOALAN TUGASAN 3
Pengenalan.
Media massa menjadi sumber utama kepada masyarakat untuk mendapatkan
maklumat. Sebagai contoh, masyarakat akan mendapat maklumat melalui media
massa khususnya akhbar, televisyen dan internet yang amat berkuasa dalam menyampaikan
maklumat berkaitan dengan kerajaan. Hal ini disebabkan, media massa menjadi orang tengah
antara kerajaan dan rakyat. Menurut Mohd Hamdan (1986), “Melalui media massa, kerajaan
boleh menerangkan dasar-dasar atau projek yang hendak dirancangkan atau dilaksanakan”.
Agen pengantara.
Anugerah Media Kementerian Kesihatan telah diperkenalkan bagi mengiktiraf dan
menghargai jasa serta sumbangan pihak media dalam membantu menyebarluaskan hasrat dan
matlamat Kementerian Kesihatan kepada masyarakat. Penggunaan pelbagai saluran media
cetak dan elektronik menerusi hasil penulisan kreatif dan penerbitan bahan audio visual
merupakan satu pendekatan yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kesihatan kepada
masyarakat. Melalui media massa, Kementerian Kesihatan dapat menyalurkan maklumat
kesihatan kepada masyarakat melalui program- program yang dijalankan. Contohnya Kempen
Cara Hidup Sihat, Promosi Pendermaan Organ, Kempen Anti Merokok, Pencegahan Demam
Denggi dan lain- lain masalah kesihatan.
Pembina entiti.
Parrot (2004) menyatakan bahawa media merupakan salah satu cabang dalam
komunikasi kesihatan yang mana media berperanan sebagai ‘entiti’ yang mempengaruhi dan
membentuk kepercayaan kesihatan, sikap serta tingkah laku kesihatan. Media banyak
mempromosi kesihatan dalam program-program di televisyen, sebagai contoh kajian Tanner,
Evans dan Condrasky (2008) yang melihat keberkesanan program kempen kesihatan di media
untuk meningkatkan kadar pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan
golongan muda. Dengan menggunakan pengukuran kuantitatif dan kualitatif, hasil kajian
mereka mendapati kempen media tersebut berhasil.
Golongan muda dilihat lebih banyak melakukan pembelian buah-buahan serta sayur-
sayuran, dan ini terdorong daripada kempen media tersebut yang berjaya mempengaruhi
tingkah laku dan sikap golongan muda. Menurut Tulloch dan Zinn (2011) media merupakan
medium komunikasi yang diiktiraf dan paling berpengaruh terhadap pembangunan
masyarakat moden kini kerana media itu sendiri mampu membentuk ‘realiti’ terhadap
masyarakat disebabkan kebolehannya mengubah emosi masyarakat.
Peranan media sebagai platform perbincangan profesional.
Melalui kajian Pomerantz et al. (2010), komuniti berdasarkan informasi kesihatan
dapat dibina menerusi media atas talian. Dengan menyatukan semua pengamal kesihatan
seperti pengamal perubatan, literasi dan kesihatan awam secara atas talian, ia mampu
membentuk sebuah komuniti ‘celik’ kesihatan. Hal ini kerana perbincangan serta perkongsian
idea dan pandangan bersama komuniti yang mempunyai kemahiran serta pengetahuan polisi
dan maklumat kesihatan yang sama, mampu meningkatkan tahap literasi mereka.
Perkongsian maklumat kesihatan melalui media atas talian ini juga boleh mewujudkan
pertukaran pengetahuan daripada disiplin dan sektor yang berbeza dalam kesihatan. Sebagai
contoh, penglibatan pediatrik, pegawai perubatan dan clinicians sebagai penyedia literasi
boleh membantu mengintegrasikan kesihatan kepada kelasnya tersendiri. Hal ini juga
mendorong kepada pembelajaran yang mudah dan cepat kerana sokongan ahli yang terlibat
dalam berkongsi maklumat berkaitan kesihatan.
Rumusan
Menurut Parrot (2004), peranan media dalam kesihatan sebagai pengaruh dan
pembentuk kepercayaan, sikap dan tingkah laku golongan muda. Malah, salah satu cara
penyelidikan komunikasi kesihatan terawal melihat bagaimana media digunakan untuk
menyebarkan maklumat kesihatan kepada orang ramai, memaklumkan tentang kepercayaan
berkaitan kesihatan dan membentuk serta mempengaruhi sikap kesihatan (Salmon & Atkin
2003).Media massa kini lebih agresif dalam membangunkan atau membangkitkan kedudukan
masyarakat dalam pembangunan negara. Malah, ia bukan sekadar hanya membaca dan
melihat apa ‘sajian’ yang dipaparkan oleh media malah masyarakat disuntikkan dengan kata-
kata semangat dan sindiran untuk menyedarkan masyarakat agar perlu peka dengan isu
penjagaan kesihatan masing-masing khususnya golongan muda.
(523 patah perkataan)
SOALAN TUGASAN 4
Pengenalan
Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak
dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi.Amalan hidup sihat berkisar tentang dua
kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal
sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini. Berikut ialah beberapa
strategi untuk menjaga kesihatan seperti:
1/. Tubuh badan
1.1 Bersenam setiap hari
Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit
kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat
badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting
untuk keyakinan diri.
1.2 Selaraskan pH tubuh
Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35-7.45.
apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan
menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan badan berasid adalah keletihan,
ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur, sembelit, organ tidak berfungsi dengan
baik dan kadar metabolism yang rendah. Sel-sel kanser juga lebih mudah membiak
dalam keadaan badan yang berasid.
1.3 Tabiat makan dan minum yang baik
Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah
Inggeris yang berbunyi “We are what we eat.” Amalkan cara makan yang sihat seperti
makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan
sebelum makan makanan berat. Minum air yang banyak juga satu cara menjaga suhu
badan kita.
2/. Minda
2.1 Pengurusan stress
Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan
menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu
yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting
untuk mendorong kita melakukan yang terbaik dan juga mengembangkan potensi diri.
Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau
boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.
2.2 Jaga jadual tidur
Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood
seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk
mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan
atau memandu.
2.3 Hubungan intim suami isteri
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk
kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga
yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi
keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.
3/. Rohani
Nyata hari ini, masyarakat kurang mengamalkan pemakanan sihat, gaya hidup
yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada
masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama
melarang manusia mementingkan diri sendiri serta harus bertanggungjawab untuk
menjaga diri dan menjadi penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri.
Oleh itu, gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara
rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan
seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.
Rumusan
Kesimpulannya, kesihatan dari segi tubuh badan, minda dan kerohanian adalah berkait
rapat antara satu sama lain. Mereka yang bahagia biasanya sihat dan kelihatan gembira.
Mereka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan bahagia. Kesihatan dan kebahagiaan
adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi.
Nikmat kedua-dua anugerah tersebut boleh dikecapi dengan berbekalkan minda dan sikap
yang positif.
(507 patah perkataan)
SOALAN TUGASAN 5
Bulima Nervosa.
Bulimia nervosa adalah gangguan pemakanan yang dicirikan oleh kebiasaan menahan
makan untuk suatu tempoh diikuti makan berlebihan yang berlaku secara terus menerus.
Bulimia adalah kelainan pola makan yang sering terjadi pada wanita. Kelainan tersebut
biasanya merupakan suatu bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Yang paling sering
dilakukan oleh pesakit bulimia nervosa adalah untuk membuat dirinya muntah, kadang-
kadang disebut pembersihan; puasa, serta penggunaan laksatif, enema, diuretik, dan sukan
yang berlebihan juga merupakan ciri umum
Ciri-ciri.
Pesakit akan memuntahkan makanan untuk mengurangi rasa benci atau rasa bersalah
terhadap diet. Pesakit berobsesi untuk membersihkan diri mereka dari makanan itu, sehingga
makanan yang dimakan tidak sempat diserap oleh tubuh.
Seperti pengidap anorexia, bulimia selalu berhubungan dengan kawalan diet ataupun
penurunan berat badan. Penderita bulimia biasanya terlalu memperhatikan berat badan, sering
kurang keyakinan diri sehingga cenderung melakukan diet berlebihan. Bezanya dengan
penderita anorexia, penderita bulimia memiliki berat badan yang lebih stabil sehingga
penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.
Faktor-faktor.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang penderita Bulimia Nervosa.
antaranya mementingakan konsep bentuk tubuh badan, rasa rendah diri, pernah mengalami
trauma perubahan dalam hidup. Namun demikian, penyebab yang paling utama adalah karana
rasa rendah diri dan terlalu mementingkan penampilan.
Kesan-kesan.
Kesan penyakit Bulimia terhadap pesakit ialah berlaku pembengkakan kelenjar ludah
di pipi, wujud jaringan parut di buku jari tangan yang digunakan untuk merangsang muntah
dan pengikisan lapisan gigi akibat sering muntah dan mengeluarkan asam nitrik. Penurunan
kadar kalium dalam darah serta gigi menjadi sensitif terhadap suhu panas atau dingin. Ini
disebabkan kelenjar ludah yang berupa rasa nyilu atau menjadi bengkak.
Asid nitrik di dalam perut berlebih pada kerongkongan bisa menyebabkan bengkak,
pecah atau menjadi sempit. Selain itu, proses pencernaan turut terganggu serta berlaku
ketidakseimbangan cairan tubuh akibat stimulus zat diuretic secara berlebih.
Anoreksia
Anoreksia adalah suatu penyakit dimana seseorang membiarkan dirinya sendiri
kelaparan karena merasa tubuhnya terlalu gemuk dan berat badannya berlebih. Penyakit ini
biasanya menyerang remaja-remaja terutama remaja wanita pada masa puber karena di masa
itu lah seorang remaja umumnya mulai menetapkan standar tubuh ideal mereka sendiri,
biasanya langsing dan cenderung kurus. Penderita anoreksia sangat takut gemuk dan
kesannya, mereka mengamalkan cara-cara diet ekstrim untuk menurunkan berat badan secara
drastik dalam waktu sesingkat mungkin.
Ciri-ciri
Para penderita anoreksia berasa bangga amalan diet yang dilakukannya. Berbeza
dengan penderita bulimia yang makan dalam jumlah yang berlebihan kemudian berusaha
membuangnya. Penderita anorexia nervosa makan dalam jumlah sangat sedikit dan
berolahraga berlebihan untuk menjaga berat badan. Meskipun berat badan berkurang, tetapi
sesungguhnya hal itu bukan faktor utama puncanya. Penderita anoreksia memiliki
kebimbangan yang tinggi terhadap obesiti dan berusaha untuk menjadi kurus.
Punca
Penyebab anoreksia nervosa masih belum dapat dijelaskan. Sebahagian besar pakar
percaya bahawa gangguan tersebut berasal dari gabungan sejumlah faktor, seperti psikologi,
serta genetik atau biologi.
Kesan-kesan
Antara kesan-kesan penderita anoreksia ialah berlaku penurunan berat badan secara
mendadak dan kelihatan sangat kurus. Selalu memerhatikan bentuk tubuh badan di depan
cermin dan menimbang berat badan dengan kerap. Sering memuntahkan kembali makanan
yang sudah dimakan dan suka berbohong jika ditanya apakah mereka sudah makan. Sangat
menitikberatkan jumlah kalori, lemak, dan gula pada makanan. bersenam secara berlebihan
disamping suka minum ubat-ubat dan penahan nafsu makan. Pesakit seringkali mudah
tersinggung. Berlaku dehidrasi, tekanan darah rendah, dan kulit kering.
(531 patah perkataan)
RUJUKAN
Rujukan laman web
https://ekspresi14.wordpress.com/2014/12/10/media-massa-pembentuk-minda/
https://www.scribd.com/doc/26348450/Konsep-Kesihatan-Gaya-Hidup
http://rossalvia.blogspot.my/2012/09/pendidikan-kesihatan-dalam-masyarakat.html
http://www.mentorhisham.com/8-cara-bagaimana-mengekalkan-kesihatan/
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7517-gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-
rohani-dan-jasmani
http://www.oocities.org/mef2c/kesihatan.htm
http://sayacikgusukan.blogspot.my/2012/10/kecergasan-fizikal-berlandaskan.html
http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/cara-rasulullah-menjaga-kesihatan-diri/

Contenu connexe

Tendances

Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Siti Zulaikha
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Pak Teh Naim
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Siti Zulaikha
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan
Ismail Hashim
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
Wiween Mihad
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
Zana Idsar
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
Jia Ying
 

Tendances (20)

Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
Domain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajarDomain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajar
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 

Similaire à Health and wellness (mpu3313)

Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Septian Muna Barakati
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Sok Moi Lee
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Operator Warnet Vast Raha
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Operator Warnet Vast Raha
 

Similaire à Health and wellness (mpu3313) (20)

112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Total.wellness
Total.wellnessTotal.wellness
Total.wellness
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
 
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatifPelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
Pelayanan kesehatan promotif,preventif,kuratif dan rehabilitatif
 
Phbs 2
Phbs 2Phbs 2
Phbs 2
 
Phbs 2 AKPER PEMKAB MUNA
Phbs 2 AKPER PEMKAB MUNA Phbs 2 AKPER PEMKAB MUNA
Phbs 2 AKPER PEMKAB MUNA
 

Dernier

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Dernier (20)

Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 

Health and wellness (mpu3313)

  • 1. PROGRAMME: BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS ASSIGNMENT: HEALTH AND WELLNESS (MPU3313) SEPTEMBER SEMESTER 2016 NAMA PELAJAR: HAJIS JAPAR ANAK LABAW NO. KAD PENGENALAN: 670502-13-5507 NO TELEFON : 019-884 7031 E-MEL : hajisjaparlabaw@oum.edu.my NAMA PENSYARAH: CHIENG SUI HOON TARIKH SERAHAN TUGASAN: 27 NOVEMBER 2016
  • 2. SOALAN TUGASAN 1 Pengenalan. Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif. 1.0 Tanggungjawab terhadap diri sendiri Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Kurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit. Di samping itu, individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu. 2.0 Peranan individu dalam keluarga Setiap individu dalam keluarga perlu memberi kasih sayang dan sentiasa mengambil berat kebajikan suami isteri dan anak-anak. Ini dapat memastikan keluarga sihat dari segi emosi dan rohani. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga seperti hari kelahiran anak dan ulang tahun perkahwinan dapat mengeratkan hubungan yang sihat selain memberi penghargaan kepada setiap organisasi keluarga.
  • 3. Sekiranya ingin membeli sesuatu barang, hendaklah dilakukan bersama-sama dan saling bantu membantu dalam menyediakan keperluan semasa. Tempat tinggal yang selamat untuk anak-anak perlu disediakan sebaik mungkin bagi menampung keperluan hidup disamping pakaian yang bersih. Sentiasa menunjukkan contoh amalan kesihatan yang baik, serta mengamalkan gaya hidup sihat. 3.0 PERANAN INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT Seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan antara satu sama lain. 3.1 Menjaga keharmonian masyarakat. Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala sosial seperti mengambil dadah, minum minuman keras dan sebagainya dapat dibendung dengan baik. 3.2 Menjaga kebajikan penduduk setempat Pelbagai jawatan kuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawatankuasa Anti Denggi. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi meningkatkan taraf kesihatan setempat dalam keadaan yang baik. Program ini dapat membanteras penyakit berjangkit disamping menjana hidup yang lebih sihat. 3.3 Semangat bergotong royong Aktiviti bergotong royong membersihkan sekitar kediaman sememangnya dapat mencegah wabak dan pembiakan penyakit berjangkit. Setiap individu dalam masyarakat perlu bekerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. Rumusan Kesimpulannya,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi. Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (502 patah perkataan)
  • 4. SOALAN TUGASAN 2 Pengenalan Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing. Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Ciri-ciri kesihatan fizikal. Kesihatan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Manusia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Kepercayaan kesihatan fizikal. Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi adalah berusaha bersungguh- sungguh. Aktiviti kesihatan fizikal. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Fenomena ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan. Kita boleh meningkatkan keberkesanan sistem ini dengan melakukan aktiviti fizikal.
  • 5. Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Contoh aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot ialah tekan tubi dan burpee. Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit. Sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti Mesomorf pula mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik. Contoh aktiviti seperti melompat dan lari jarak dekat. Kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Hasil pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen. Contoh aktiviti untuk meningkatkan kelenturan ialah pergerakan kalistenik regangan. Individu mempunyai kekuatan otot yang tinggi melakukan aktiviti kehidupan harian dengan lebih berkualiti. Contohnya, angkat berat dan lompat jauh berdiri. Sikap. Selalu bangun awal. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.Gemar berjalan kaki. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Sentiasa berfikiran possitif dan tidak mudah mengalah. Membuat refleksi kendiri selalu agar kesilapan lepas dapat diperbaiki. (478 patah perkataan)
  • 6. SOALAN TUGASAN 3 Pengenalan. Media massa menjadi sumber utama kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, masyarakat akan mendapat maklumat melalui media massa khususnya akhbar, televisyen dan internet yang amat berkuasa dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan kerajaan. Hal ini disebabkan, media massa menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Menurut Mohd Hamdan (1986), “Melalui media massa, kerajaan boleh menerangkan dasar-dasar atau projek yang hendak dirancangkan atau dilaksanakan”. Agen pengantara. Anugerah Media Kementerian Kesihatan telah diperkenalkan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangan pihak media dalam membantu menyebarluaskan hasrat dan matlamat Kementerian Kesihatan kepada masyarakat. Penggunaan pelbagai saluran media cetak dan elektronik menerusi hasil penulisan kreatif dan penerbitan bahan audio visual merupakan satu pendekatan yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kesihatan kepada masyarakat. Melalui media massa, Kementerian Kesihatan dapat menyalurkan maklumat kesihatan kepada masyarakat melalui program- program yang dijalankan. Contohnya Kempen Cara Hidup Sihat, Promosi Pendermaan Organ, Kempen Anti Merokok, Pencegahan Demam Denggi dan lain- lain masalah kesihatan. Pembina entiti. Parrot (2004) menyatakan bahawa media merupakan salah satu cabang dalam komunikasi kesihatan yang mana media berperanan sebagai ‘entiti’ yang mempengaruhi dan membentuk kepercayaan kesihatan, sikap serta tingkah laku kesihatan. Media banyak mempromosi kesihatan dalam program-program di televisyen, sebagai contoh kajian Tanner, Evans dan Condrasky (2008) yang melihat keberkesanan program kempen kesihatan di media untuk meningkatkan kadar pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan golongan muda. Dengan menggunakan pengukuran kuantitatif dan kualitatif, hasil kajian mereka mendapati kempen media tersebut berhasil. Golongan muda dilihat lebih banyak melakukan pembelian buah-buahan serta sayur- sayuran, dan ini terdorong daripada kempen media tersebut yang berjaya mempengaruhi tingkah laku dan sikap golongan muda. Menurut Tulloch dan Zinn (2011) media merupakan medium komunikasi yang diiktiraf dan paling berpengaruh terhadap pembangunan
  • 7. masyarakat moden kini kerana media itu sendiri mampu membentuk ‘realiti’ terhadap masyarakat disebabkan kebolehannya mengubah emosi masyarakat. Peranan media sebagai platform perbincangan profesional. Melalui kajian Pomerantz et al. (2010), komuniti berdasarkan informasi kesihatan dapat dibina menerusi media atas talian. Dengan menyatukan semua pengamal kesihatan seperti pengamal perubatan, literasi dan kesihatan awam secara atas talian, ia mampu membentuk sebuah komuniti ‘celik’ kesihatan. Hal ini kerana perbincangan serta perkongsian idea dan pandangan bersama komuniti yang mempunyai kemahiran serta pengetahuan polisi dan maklumat kesihatan yang sama, mampu meningkatkan tahap literasi mereka. Perkongsian maklumat kesihatan melalui media atas talian ini juga boleh mewujudkan pertukaran pengetahuan daripada disiplin dan sektor yang berbeza dalam kesihatan. Sebagai contoh, penglibatan pediatrik, pegawai perubatan dan clinicians sebagai penyedia literasi boleh membantu mengintegrasikan kesihatan kepada kelasnya tersendiri. Hal ini juga mendorong kepada pembelajaran yang mudah dan cepat kerana sokongan ahli yang terlibat dalam berkongsi maklumat berkaitan kesihatan. Rumusan Menurut Parrot (2004), peranan media dalam kesihatan sebagai pengaruh dan pembentuk kepercayaan, sikap dan tingkah laku golongan muda. Malah, salah satu cara penyelidikan komunikasi kesihatan terawal melihat bagaimana media digunakan untuk menyebarkan maklumat kesihatan kepada orang ramai, memaklumkan tentang kepercayaan berkaitan kesihatan dan membentuk serta mempengaruhi sikap kesihatan (Salmon & Atkin 2003).Media massa kini lebih agresif dalam membangunkan atau membangkitkan kedudukan masyarakat dalam pembangunan negara. Malah, ia bukan sekadar hanya membaca dan melihat apa ‘sajian’ yang dipaparkan oleh media malah masyarakat disuntikkan dengan kata- kata semangat dan sindiran untuk menyedarkan masyarakat agar perlu peka dengan isu penjagaan kesihatan masing-masing khususnya golongan muda. (523 patah perkataan)
  • 8. SOALAN TUGASAN 4 Pengenalan Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi.Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini. Berikut ialah beberapa strategi untuk menjaga kesihatan seperti: 1/. Tubuh badan 1.1 Bersenam setiap hari Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri. 1.2 Selaraskan pH tubuh Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan badan berasid adalah keletihan, ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur, sembelit, organ tidak berfungsi dengan baik dan kadar metabolism yang rendah. Sel-sel kanser juga lebih mudah membiak dalam keadaan badan yang berasid. 1.3 Tabiat makan dan minum yang baik Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah Inggeris yang berbunyi “We are what we eat.” Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat. Minum air yang banyak juga satu cara menjaga suhu badan kita. 2/. Minda 2.1 Pengurusan stress Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang terbaik dan juga mengembangkan potensi diri.
  • 9. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang. 2.2 Jaga jadual tidur Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu. 2.3 Hubungan intim suami isteri Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang. 3/. Rohani Nyata hari ini, masyarakat kurang mengamalkan pemakanan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama melarang manusia mementingkan diri sendiri serta harus bertanggungjawab untuk menjaga diri dan menjadi penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri. Oleh itu, gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur. Rumusan Kesimpulannya, kesihatan dari segi tubuh badan, minda dan kerohanian adalah berkait rapat antara satu sama lain. Mereka yang bahagia biasanya sihat dan kelihatan gembira. Mereka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan bahagia. Kesihatan dan kebahagiaan adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Nikmat kedua-dua anugerah tersebut boleh dikecapi dengan berbekalkan minda dan sikap yang positif. (507 patah perkataan)
  • 10. SOALAN TUGASAN 5 Bulima Nervosa. Bulimia nervosa adalah gangguan pemakanan yang dicirikan oleh kebiasaan menahan makan untuk suatu tempoh diikuti makan berlebihan yang berlaku secara terus menerus. Bulimia adalah kelainan pola makan yang sering terjadi pada wanita. Kelainan tersebut biasanya merupakan suatu bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Yang paling sering dilakukan oleh pesakit bulimia nervosa adalah untuk membuat dirinya muntah, kadang- kadang disebut pembersihan; puasa, serta penggunaan laksatif, enema, diuretik, dan sukan yang berlebihan juga merupakan ciri umum Ciri-ciri. Pesakit akan memuntahkan makanan untuk mengurangi rasa benci atau rasa bersalah terhadap diet. Pesakit berobsesi untuk membersihkan diri mereka dari makanan itu, sehingga makanan yang dimakan tidak sempat diserap oleh tubuh. Seperti pengidap anorexia, bulimia selalu berhubungan dengan kawalan diet ataupun penurunan berat badan. Penderita bulimia biasanya terlalu memperhatikan berat badan, sering kurang keyakinan diri sehingga cenderung melakukan diet berlebihan. Bezanya dengan penderita anorexia, penderita bulimia memiliki berat badan yang lebih stabil sehingga penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum. Faktor-faktor. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang penderita Bulimia Nervosa. antaranya mementingakan konsep bentuk tubuh badan, rasa rendah diri, pernah mengalami trauma perubahan dalam hidup. Namun demikian, penyebab yang paling utama adalah karana rasa rendah diri dan terlalu mementingkan penampilan. Kesan-kesan. Kesan penyakit Bulimia terhadap pesakit ialah berlaku pembengkakan kelenjar ludah di pipi, wujud jaringan parut di buku jari tangan yang digunakan untuk merangsang muntah dan pengikisan lapisan gigi akibat sering muntah dan mengeluarkan asam nitrik. Penurunan kadar kalium dalam darah serta gigi menjadi sensitif terhadap suhu panas atau dingin. Ini disebabkan kelenjar ludah yang berupa rasa nyilu atau menjadi bengkak. Asid nitrik di dalam perut berlebih pada kerongkongan bisa menyebabkan bengkak, pecah atau menjadi sempit. Selain itu, proses pencernaan turut terganggu serta berlaku ketidakseimbangan cairan tubuh akibat stimulus zat diuretic secara berlebih.
  • 11. Anoreksia Anoreksia adalah suatu penyakit dimana seseorang membiarkan dirinya sendiri kelaparan karena merasa tubuhnya terlalu gemuk dan berat badannya berlebih. Penyakit ini biasanya menyerang remaja-remaja terutama remaja wanita pada masa puber karena di masa itu lah seorang remaja umumnya mulai menetapkan standar tubuh ideal mereka sendiri, biasanya langsing dan cenderung kurus. Penderita anoreksia sangat takut gemuk dan kesannya, mereka mengamalkan cara-cara diet ekstrim untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu sesingkat mungkin. Ciri-ciri Para penderita anoreksia berasa bangga amalan diet yang dilakukannya. Berbeza dengan penderita bulimia yang makan dalam jumlah yang berlebihan kemudian berusaha membuangnya. Penderita anorexia nervosa makan dalam jumlah sangat sedikit dan berolahraga berlebihan untuk menjaga berat badan. Meskipun berat badan berkurang, tetapi sesungguhnya hal itu bukan faktor utama puncanya. Penderita anoreksia memiliki kebimbangan yang tinggi terhadap obesiti dan berusaha untuk menjadi kurus. Punca Penyebab anoreksia nervosa masih belum dapat dijelaskan. Sebahagian besar pakar percaya bahawa gangguan tersebut berasal dari gabungan sejumlah faktor, seperti psikologi, serta genetik atau biologi. Kesan-kesan Antara kesan-kesan penderita anoreksia ialah berlaku penurunan berat badan secara mendadak dan kelihatan sangat kurus. Selalu memerhatikan bentuk tubuh badan di depan cermin dan menimbang berat badan dengan kerap. Sering memuntahkan kembali makanan yang sudah dimakan dan suka berbohong jika ditanya apakah mereka sudah makan. Sangat menitikberatkan jumlah kalori, lemak, dan gula pada makanan. bersenam secara berlebihan disamping suka minum ubat-ubat dan penahan nafsu makan. Pesakit seringkali mudah tersinggung. Berlaku dehidrasi, tekanan darah rendah, dan kulit kering. (531 patah perkataan)