SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  30
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
1
PENGENALAN
Kemajuan dan pemodenan sebuah negara bergantung kepada individu-individu yang bergelar
pemimpin. Pemimpin merupakan ketua dalam sesebuah institusi sama ada besar atau kecil.
Negara Malaysia juga turut diterajui oleh empat pemimpin yang berwibawa dan mempunyai
sifat-sifat kepimpinan yang membantu Malaysia untuk berada seiring dengan negara-negara
lain.
Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mendapat kemerdekaan selepas usaha-usaha tanpa
henti oleh para pemimpin termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan
“Bapa kemerdekaan” negara Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan
Malaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan lagi pembinaan negara Malaysia sehingga
kini.Walaupun penubuhan gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari negara –negara
jiran seperti Filipina, Indonesia, dan Brunei. Selepas kemerdekaan yang dikecapi Malaysia,
Perdana Menteri yang pertama menerajui Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, diikuti Perdana
Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ketiga dan
Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Setiap daripada keempat-empat
Perdana Menteri Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dalam
membangunkan Negara Malaysia agar berdaya saing dan maju seperti Negara membangun
yang lain. Namun, rentak politik yang serius bermula pada era Perdana Menteri Keempat dan
oleh sebab itu beliau seorang dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” yang membawa Malaysia di
pentas dunia.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
2
1.0 LATAR BELAKANG TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”kerana perjuangan
beliau dalam mendapatkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajah.(Hng Hung Yong,
2004) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan sebagai seorang putera raja bagi negeri
Kedah namun begitu watak dan keperibadiannya lebih berkembang sebagai pemimpin rakyat
berbanding perwatakannya sebagai seorang putera raja.
Tunku mulai bersekolah ketika berusia empat tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu di
Alor Setar dan kemudian bersekolah di sekolah Inggeris yang bernama Government Modern
School.Pada tahun 1915 semasa Tunku belajar di Siam, Tunku Yusuf telah kembali ke
rahmatullah dan Tunku pulang ke Kedah dan selama setahun beliau belajar di sekolah Melayu
sebelum masuk ke Penang Free School pada tahun yang berikutnya. (Yu Chuan Choon, 2009)
Pelajaran Tunku yang tergendala sebelum ini disambung kembali pengajiannya pada
tahun 1947 di Inns Of Court.Tidak lama selepas Tunku pulang ke Kedah, beliau telah dilantik
menjadi Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Kedah.(Yu Chuan
Choon, 2009)
1.1 DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN
SEPANJANG PEMERINTAHAN
Di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, keadaan ekonomi Malaysia masih
lagi dalam keadaan yang rendah dan tidak begitu banyak program pembangunan rakyat
Malaysia dijalankan.(Shukor Omar, 2006)
Sebaliknya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih mementingkan keadaan politik
negara sehingga melahirkan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka serta
berdikari.Malahan, Tunku mengamalkan sikap pro-Barat. (Abdullah Dahana, 2002)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkan Dasar Kemajmukan iaitu
melambangkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong iaitu sebagai
Raja pelbagai kaum di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, toleransi di dalam
agama dan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat sekolah rendah. Agenda
beliau dalam meningkatkan semangat nasionalisme di dalam kalangan rakyat ialah setiap kaum
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
3
di Malaysia haruslah bergaul di antara satu sama lain iaitu bukan hanya di dalam suasana
bekerja bersama-sama namun dalam aktiviti seharian seperti bersukan dan juga amalan
kunjung-mengunjungi semasa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Thaipusam dan
juga Hari Krismas yang diistiyarkan sebagai cuti umum di Malaysia. (Cheah Boon Keng, 2002)
Selain daripada berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj juga berperanan sebagai Menteri Luar Negara di dalam negara kita iaitu
Malaysia.Beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sepanjang perkhidmatan beliau
semenjak Tanah Melayu merdeka sehinggalah September 1970. Dasar luar negara yang
ditetapkan oleh beliau ialah mengenai isu-isu penting dalam arena politik antarabangsa
termasuk isu-isu Perang Dingin, hubungan keserantauan, dasar Apartheid dan hubungan antara
Malaya dengan Republik Rakyat China (RRC) dan juga Konfrontasi Indonesia. (Nor Azizan Idris,
1990)
Tunku telah mengilhamkan penubuhan Association of South-east Asia (ASEAN) melalui
pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini
kemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 di Bangkok
dengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN) iaitu negara Indonesia dan Singapura. (A.M Healy,1982)
Dalam menetapkan Dasar Luar Negara Malaysia, Tunku yang juga berperanan sebagai
Perdana Menteri telah melibatkan diri dalam proses pembentukan dasar luar negara yang
melibatkan kepentingan negara terutamanya dalam menjaga hubungan serantau dengan
negara-negara luar yang lain. (Nor Azizan Idris, 1990)Malahan, Tunku juga membentuk Dasar
Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 yang digunakan oleh sistem pendidikan negara kita
sehingga ke hari ini. (Cheah Boon Keng,2002)
1.2 PERKEMBANGAN POLITIK DI BAWAH PIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN
1.2.1 UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANISATION (UMNO)
Nama Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj bukanlah nama asing kepada masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah politik tanah air. Kepimpinan beliau amat terserlah terutama
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
4
dalam bidang politik iaitu apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Agong United Malayan
National Organisation (UMNO). Setelah perletakan jawatan oleh Dato‟ Onn bin Jaafar sebagai
Yang Dipertuan UMNO, pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dipilih berdasarkan
kepada pengalaman yang dimiliki, keikhlasan dan keperibadian yang tinggi untuk mengambil
alih pucuk pimpinan UMNO. Beliau telah menerima tugas menyediakan UMNO bagi
mengadakan pilihan raya pada tahun 1952.Oleh yang demikian, Parti Perikatan telah dibentuk
pada tahun 1951 sebaik sahaja pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan.Dalam
pilihan raya ini, telah memperlihatkan persaingan di antara beberapa parti politik di Tanah
Melayu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal. (N.a, 1987)
Justeru itu, Tunku Abdul Rahman telah menyusun strategi bagi meraih kemenangan
dalam pilihan raya yang akan datang, oleh yang demikian Tunku Abdul Rahman telah mewakili
UMNO dan mengadakan pakatan dengan MCA Selangor yang diketuai H.S.Lee, dan hasilnya
perikatan UMNO-MCA telah berjaya mengalahkan Parti Independence of Malaya Party (IMP)
yang telah ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO iaitu Dato‟ Onn Jaafar pada 16 September
1951 dengan teruk dalam pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada 12
kerusi yang ditandinginya manakala 3 kerusi lagi dimenangi oleh IMP. (Zainal Abidin Abdul
Wahid,1992)
Pada tahun 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di seluruh Tanah
Melayu, walaupun pilihan raya itu bukannya untuk semua anggota Majlis Perundangan
Persekutuan, tetapi pada tahun itu juga tiga buah parti politik yang mewakili bangsa Melayu
dan dua kaum lain di Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan satu perikatan dan
menghadapi pilihan raya atas rancangan politik yang sama. Pada tahun itu jugalah Persekutuan
Tanah Melayu mulai menjadi Negara yang mempunyai pemerintahan sendiri.(N.a, 1987)
Perikatan UMNO dan MCA telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pilihan raya
yang telah diadakan di peringkat tempatan ataupun dalam negeri. Parti Perikatan telah
meminta kerajaan British mengadakan pilihan raya di peringkat kebangsaan dan perikatan juga
menuntut agar 60 peratus ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipillih oleh rakyat dan 40
peratus dilantik oleh kerajaan British. Kerajaan British tidak bersetuju dengan cadangan
Perikatan yang bukan sahaja meminta supaya ahli-ahli yang dipilih hendaklah lebih ramai
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
5
daripada ahli yang dilantik dan perikatan tetap juga menuntut supaya pilihan raya diadakan
pada tahun 1954.(Zainal Abidin Abdul Wahid,1992)
Keengganan kerajaan Brisih menerima cadangan Perikatan itu selepas berunding
beberapa kali di Tanah Melayu dan di London telah menyebabkan Perikatan mengambil
keputusan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri
mahupun Persekutuan. Kongres India Tanah Melayu (MIC), pada masa yang sama telah
menyatakan simpati kepada UMNO dan MCA tetapi tidak menyertai pemulauan itu. Pada Julai
1955, MIC kemudiannya menyertai Perikatan dan dalam pilihan raya yang diadakan pada 27
Julai 1955, parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak
komprehensif iaitu parti Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat
tahun dan merancang menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak Tanah
Melayu yang akan dilaksanakan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya. (Zainal
Abidin Abdul Wahid, 1992)
Tambahan lagi, sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dalam
satu ucapan dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 telah mengatakan bahawa
Perikatan telah mebuat keputusan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahun
dan beliau juga yakin bahawa dalam tempoh tersebut bahasa Melayu akan digunakan dalam
segala aspek pentadbiran, termasuk penggunaannya dalam mahkamah.
1.3 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERHADAP MALAYSIA
1.3.1 MENUNTUT KEMERDEKAAN
Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 telah menjulang tinggi
nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah
Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald Mac Gillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955
merupakan langkah pertamanya dalam proses menuntut kemerdekaan. (N.a, 1978)
Pada bulan September 1955, Raja-raja Melayu telah megeluarkan persetujuan mereka
untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948,
bagaimanapun mereka tidak bersetuju dan hanya perikatan yang akan berunding dengan
kerajaan British.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
6
1.3.2 ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN DI LONDON
Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato‟
Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki
kapal M.V. Asia di pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dan bersama-sama dengan Tunku ialah
dua orang wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato‟ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul
Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato‟ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu
menaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato‟ Mohd Seth dua hari selepas itu. (N.a, 1978)
Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8
Februari 1956. Tunku bersetuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawatankuasa-
jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan, sementara itu, Tunku mengadakan
mesyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaan
dengan hal-hal pentadbiran.
Rombongan Tunku Abdul Rahman menjadi kebanggaan bagi ahli-ahli UMNO Singapura
sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar
Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa
Kerja itu kemudian dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan
mudah diperolehi dan hanya kerana terdapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, Haji
Ahmad Husien, beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus bagi
bumiputera kerana kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos 1957, namun bangkangan
beliau tidak diendahkan.
1.3.3 UPACARA KEMERDEKAAN
Pada 31 Ogos 1957, pada waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untuk
memilih Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Kesemua
kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang Di-Pertuan Agong menjadi
Ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Brisih kerana kedudukan Persekutuan Tanah
Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka, bagi Pulau Pinang dan Melaka satu
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
7
perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu
diteruskan sebagai satu peralihan. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah
sebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satu
jawatankuasa sambutan besar-besaran diatur.Bendera Persekutuan Tanah Melayu mendaki
gagah menuju kemuncak tiang bendera.Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku
Abdul Rahman telah menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di
Persekutuan Tanah Melayu.Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang Di-Pertuan
Agong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, yang merupakan tempat
parlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang Di-
Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana
Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang
gemilangnya kerana ini kali pertama sebuah kerajaan yang berdaulat dilantik dan disahkan
dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan.
1.4 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN
1.4.1 SUMBANGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South EastAsian
States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada 11 Julai 1962,
MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina telah dibentuk, akan tetapi
persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina
sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku
dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada
9 Ogos 1956. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan
Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966, beliau juga dilantik menjadi
Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari
Jeddah. (N.a, 1978)
1.4.2 PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia, beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran serta menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
8
Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960, atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjaya
meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua
umat Islam. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1957 dengan bantuan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden
Regional Islamic Coucil for South East Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh
perwakilan di persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan,
Tunku mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983
dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.
2.0 LATAR BELAKANG TUN RAZAK BIN DATO’HUSSEION AL-HAJ
Tun Haji Abdul Razak Bin Dato‟ Husseion Al-Haj telah dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pekan,
Pahang Kampung Langgar (Shariff Ahmad, 1999).Beliau dilahirkan daripada golongan keluarga
yang elit bapanya, Dato‟ Hussein Mohd.Taib merupakan Orang Besar Diraja Pahang.(Paridah
Abd.Samad, 2008).Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak pula merupakan sekolah menengah
yang dihadiri oleh Tun Razak.Beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej Singapura
iaitu Raffles College pada tahun 1940.Pengajiannya diteruskan sehingga kepada peringkat
Universiti iaitu, pada tahun 1947 beliau telah menuntut di sebuah Universiti Kingdom dalam
jurusan Undang-Undang. Pada tahun 1950 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan
Negeri dan menjawat jawatan sebagai MAS atau Malay Administrative Service.Beliau telah
melibatkan diri dan bersama-sama menerajui kecemerlangan UMNO semasa UMNO di bawah
pimpinan Datuk Onn Jaafar. Pengalaman beliau yang dari usia muda sudah menerajui bidang
politik telah membantu menjadikan beliau seorang yang sangat berpengalaman. Pada usia yang
sangat muda 28 tahun beliau telah menjadi Ketua Pemuda UMNO, pada usia 29 tahun pula
beliau telah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Semasa usia 30 tahun jawatan sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang turut disandang oleh Tun Razak. Selepas tiga tahun berlalu,
di usia 33 tahun beliau telah menjadi Menteri Besar Pahang. Manakala, selang setahun
kemudian beliau telah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan. Pada usia yang sangat muda
juga iaitu di usia 35 tahun beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya
menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri di Tanah Melayu ketika berusia 48 tahun..
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
9
Pada 22 September 1970, beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan
sah dan membawa perubahan yang ketara kepada politik, ekonomi dan juga dalam luar Negara
kita. Pengalaman yang diperolehinya dengan menyandang pelbagai jawatan sejak beberapa
tahun dahulu menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang sangat bijaksana dalam
pengendalian urusan negara.Oleh hal yang demikian, beliau amat disanjung tinggi oleh
masyarakat daripada pelbagai kaum dan juga daripada tumpuan pemimpin-pemimpin seantero
dunia pada waktu tersebut.
2.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG
PEMERINTAHAN.
2.1.1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN
Semasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau
telah melantik Tun Razak sebagaikabinet pertama yang menyandang jawatan sebagai Menteri
Pelajaran.Perlantikan beliau ini sebagai Menteri Pelajaran pada ketika itu menyebabkan beliau
perlu memikul tugasan dalam membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu dasar
pelajaran kebangsaan.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk
membentuk generasi muda dengan satu hala pendidikan dan menanamkan dalam jiwa pemuda
dan pemudi dengan satu bahawa untuk pelbagai bangsa dan keturunan yang terdapat di Tanah
Melayu pada ketika itu. Pada ketika itu, sekolah telah dibahagikan kepada empat aliran, maka
Tun Razak hendak menjadikan ia sebagai sebuah sekolah dengan sebuah aliran sahaja. Beliau
telah menyeru kepada seluruh bangsa akan usaha dan persetujuan pihak untuk melaksanakan
dasar tersebut. Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Pendidikan tersebut telah menyediakan
sebuah penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak dan telah mula dilancarkan pada tahun
1956.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah diumumkan oleh Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Pada ketika itu juga, Encik Abdul Rahman Talib telah menjadi pengerusi dalam Menteri
Pelajaran Malaysia dan beliau telah mengemaskinikan Dasar tersebut kedalam Penyata
Razak.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mengutamakan murid-murid agar
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai sebuah bahasa yang perlu dikuasai terutama dari
keempat-empat jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan
(Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Dasar ini menjamin di peringkat rendah
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
10
sekolah-sekolah pilihan ibu-bapa manakala di peringkat menengah diintergrasikan kepada dua
jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran
Inggeris.
Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ini telah memberi
kesan kepada rakyat Malaysia terutamanya, ramai rakyat Malaysia yang fasih bertutur, menulis
serta membaca dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan ini juga digunakan sebagai cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk
menyatukan kaum-kaum di negara ini ialah menerusi satu sistem pelajaran bercorak Tanah
Melayu. Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satu
matlamat yang perlu dicapai.Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan
dijadikan teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbillang kaum. Oleh kerana masyarakat di Malaysia
berupaya masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu
difahamkan sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras
dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Pencapaian matlamat perpaduan ini boleh dilaksanakan melalui sistem pendidikan,
Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi
semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan aspek-aspek
yang disentuh adalah seperti berikut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980):
a. Sistem Persekolahan:
i. Struktur masa persekolahan, dan penjurusan.
ii. Rancangan alih bahasa.
iii. Peperiksaana yang sama.
iv. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat.
v. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.
vi. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran.
b. Kurikulum:
i. Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang sama.
ii. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan
iii. Buku-buku Teks.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
11
iv. Pendidikan Sivik.
v. Pendidikan agama, moral dan etika.
vi. Pembentukan disiplin.
vii. Kegiatan ko-kurikulum.
Kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai lingua
franca dalam kalangan rakyat yang berbilang keturunan di Malaysia. Semenjak tahun 1957,
berjuta-juta pelajar telah menempuh proses pendidikan mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita melihat bahawa pada hari ini sudah
ramai yang fasih sama ada bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Keadaan
ini dapat menyatakan bahawa mereka ini adalah anak-anak Malayisa.Iniliah sumbangan Tun
Razak sepanjang pemerintahannya.
2.1.2 DASAR EKONOMI BARU
Pelbagai masalah kemiskinan dan ketaksamaan masih wujud dengan kadar yang tinggi
pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah ini maka Dasar Ekonomi Baru
(DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan
dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan
kaum di negara ini. Namun dalam karya Mohd.Foad Soakan, menyatakan bahawa DEB ini telah
dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK) (1971-
1975) (Mohd. Foad Sakdan, 1999). DEB yang diperkenalkan ini menekankan serampang dua
mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat.(Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988)
Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-
2000, 1980 iaitu tujuan utama perlaksanaan DEB ini adalah bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi
serampang dua mata untuk:
(a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum; dan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
12
(b) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
2.1.3 PEMBASMIAN KEMISKINAN
Pada ketika itu, jurang ekonomi penduduk adalah sangat berbeza. Bilangan isi rumah miskin
yang terbesar adalah di luar Bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus
berbanding kemiskinan di bandar. Hal ini berlaku disebabkan oleh kadar penurunan harga getah
di kawasan luar bandar.
Usaha yang dijalankan terus dipertingkatkan sehingga kepada penglibatan daripada
golongan ralyat yang kurang bernasib baik dalam proses pembangunan terutama melalui
program seperti berikut:
a) Pembukaan tanah secara besar-besaran;
Pada tahun 1956 FELDA telah ditubuhkan untuk membuka tanah baru untuk tanaman
getah dan kelapa sawit serta menempatkan isirumah yang tidak mempunyai rancangan
tanah.FELDA yang telah ditubuhkan sebelum merdeka ini telah membuka 839 405
hektar tanah baru untuk tanaman baru. (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988)
b) Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) serta
Program Input dan Pelbagai Pertanian;
Pembangunan in-situ yang menekankan pembinaan infrastruktur dan penyebaran
teknologi pada umumnya member faedah kepada para petani. Pemberian subsidi input,
kredit pengeluaran dan subsidi keluaran oleh kerajaan berasaskan jumlah tanah yang
dikerjakan atau jumlah jualan tanaman yang secara langsung member faedah kepada
golongan petani (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988).
c) Pengenalan konsep Halacara Baru(1984) melalui program bersepadu iaitu;
i. pengelompokan kampung-kampung terpencil.
ii. penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung.
iii. menjalankan aktiviti pertanian secara komersial.
Misalnya, penanaman padi dan penoreh getah.Pemilikan tanah yang ada untuk
digunakan oleh penanaman padi dan hasil yang boleh didapati daripadanya adalah sangat
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
13
rendah.Oleh hal yang demikian, untuk memberi mereka pendapatan yang mencukupi, hasil
penanaman perlu dinaikkan.Telah dibuktikan bahawa penoreh getah boleh dibantu dengan
penanaman semula pokok getah dengan sepsis yang berpengeluaran yang tinggi.
2.1.4 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Antara usaha-usaha yang dijalankan ini termasuklah:
a) memodenkan kawasan Bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya pengeluaran;
b) menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melalui
pertumbuhan ekonomi;
c) menambah dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stok
masyarakat;
Matlamat ini penting kerana, ketika DEB dilancarkan, unsur yang sangat penting adalah
dalam strategi penyusunan semula masyarakat melalui pembentukan MPPB dalam
memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektor
moden. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa generasi Bumiputera boleh memiliki
dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan
perindustiran dalam ekonomi negara (Ghazali Bin Jaini, 1991).
Sesungguhnya, Dasar Ekonomi Baru adalah merupakan sebuah program Social
Economic Engineering yang unik dan yang pernah dilakukan. Dasar seperti ini haruslah
dilaksana dan diperkenalkan terutama bagi negara seperti negara Malaysia kerana sebarang
perpaduan negara, kestabilan politik dan ekonomi tidak mungkin tercapai sekiranya
ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan wilayah tidak diatasi melalui satu proses
diskriminasi positif ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Hakikatnya, DEB itu sendiri dari awal dahulu sehingga kepada masa sekarang perlu
dilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan ke arah masyarakat yang
berjaya dan makmur.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
14
2.1.5 RUKUNEGARA
Rukunegara ini tidak bersifat undang-undang dan ia adalah sama ertinya dengan Rukun Hidup
yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Rukunegara telah diisytiharkan oleh Yang di-
Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira
latar belakang pemerintahan mahupun pihak pembangkang.
Rukunegara terdiri daripada lima prinsip yang perlu diamalkan iaitu;(Shariff Ahmad,
1999)
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Rukunegara ini merupakan landasan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat menetukan
masa depan mereka. Rukunegara ini bagaikan daging dalam diri mereka yang sebati dan perlu
diamalkan bagi menaikkan semangat dan sifat yang perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia.
3.0 LATAR BELAKANG TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (1976-1981)
Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia kedua, digelar sebagai „Bapa Perpaduan‟ kerana
jasa-jasa beliau dalam melihat pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bharu yang dilahirkan pada 12 Februari
1922.Beliau mendapat pendidikan awal di Telok Kurau School Singapura dan meneruskan
pengajiannya ke English College Johor Bharu sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun
1940.
Sifat kepimpinan yang diwarisinya dari kedua-dua ketua keluarganya iaitu ayah dan
datuknya. Ayah dan datuknya pernah menjadi Menteri Besar Johor. Ayahnya, Dato‟ Onn Bin
Jaafar yang merupakan pemimpin penubuhan UMNO.Beliau juga merupakan salah seorang
pengasas UMNO.Beliau telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketiga pada
15 Januari 1976 (Samani Mohd.Amin, 1953).Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
15
kesihatan. Pada 29 Mei 1990, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan beliau
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
3.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG
PEMERINTAHAN.
Tun Hussein Onn menjalankan dasar luar yang mempunyai matlamat berkecuali dan
berpendirian sama jarak. Antara dasar yang dilaksanakan adalah termasuk kerjasama dengan
negara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial yang diamalkan oleh negara tersebut.Dasar
yang telah dibentuk oleh Tun Hussein Onn adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat-
menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia
telah menjalinkan hubungan dengan negara Asia Tenggara dan negara-negara IndoChina
seperti Republik Demokratik Vietnam. Hubungan diplomatik negara Malaysia dengan Vietnam
adalah sebagai sumbangan terhadap perkembangan dan kekuatan kerjasama antara negara-
negara serantau.
Malaysia turut menaja konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) malah
mempertahankan Deklarasi Berkecuali 1971 Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN).Dasar luar Malaysia telah ditumpukan dengan negara Vietnam.Pada tahun 1976,
Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi dengan Republik Sosialis Vietnam (penyatuan
negara Vietnam Selatan dan Vietnam Utara). Hubungan diplomatik Malaysia dengan Vietnam
merupakan sebahagian dari matlamat tempoh jangka panjang dasar luar Malaysia dalam
mengekalkan konsep zon berkecuali
Pada tahun 1978, hubungan Kuala Lumpur-Hanoi termeterai secara rasminya. Pham Van
Dong, Perdana Menteri Vietnam telah melawat ke Malaysia dan dua buah negara ASEAN
merupakan isyarat Vietnam berazam untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan
Malaysia. Hubungan Hanoi dengan China dan Kampuchea semakin merosot. Perdana Menteri
Vietnam membuat pengumuman rasmi tidak akan membantu pergerakan komunis di negara
Thailand dan Malaysia. Persengketaan China-Vietnam dan Vietnam-Kampuchea semakin
membimbangkan disebabkan pertikaian China-Rusia.Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak
mengadakan lawatan ke Beijing adalah bertujuan untuk mengenetepikan pengaruh Vietnam
dan Rusia di serantau.Selain itu adalah sebagai jaminan bahawa China tidak menyokong
PKM.Perdana Menteri China menegaskan bahawa penduduk yang berbangsa Cina tidak diiktiraf
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
16
kewarganeraan kembar walaupun bermastautin di Malaysia.Malaysia juga tidak menyenangi
pendirian Deng Xiaopeng mengenai hubungan dia antara Parti Komunis China dan Parti
Komunis Malaya (PKM).Semasa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn lebih
menumpukan kepada keselamatan negara dan kerjasama serantau khususnya dalam kalangan
negara-negara ASEAN.
3.2 SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN
Di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau banyak memperkenalkan dasar yang tidak lari
dari Dasar Ekonomi Baru.Dasar Ekonomi Baru yang dirancang untuk tempoh 20 tahun yang
bermula pada tahun 1971 sehingga 1990. Beliau memperkenalkan Amanah Saham Nasional
(ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera bertujuan meningkatkan ekuiti
bumiputera. Selain itu, semasa rantau Asia Tenggara cemas ekoran Vietnam Selatan yang
jatuh ke tangan pihak komunis, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dimodenisasi. Beliau berusaha untuk membasmi komunis di hutan dan bandar bagi memastikan
rakyat Malaysia selamat dari ancaman komunis.Keupayaan beliau yang pakar dalam ilmu
ketenteraan dipratikkan dalam pentadbirannya dalam mengatasi masalah ancaman
komunis.Satu daripada perkara-perkara yang pertama dilakukan oleh Tun Hussein Onn sebaik
sahaja beliau mengambil alih teraju jabatan Perdana Menteri ialah untuk memesatkan dan
memperbaiki pusat-nadi kerajaan yang telah sedia ada di Bilik Gerakan Negara. (Samani Mohd.
Amin:1953)
Bilik Gerakan Negara bertujuan untuk membaiki dan memesatkan pusat nadi Kerajaan
yang telah sedia ada.Bilik tersebut ditempatkan di Bangunan Pusat Komputer di Jabatan
Perdana Menteri yang dilengkapi dengan suatu sistem komputer yang tersergam.Beliau
mengarahkan untuk membaiki sistem pengesanan dan taksiran Kerajaan kepada sistem yang
mempunyai keupayaan untuk menganalisa, menghalang, dan menentukan perancangan-
perancangan program dan projek bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.Beliau juga
membuat keputusan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan dalam Bilik Gerakan Negara
supaya dapat mewujudkan suatu sistem perkhidmatan bercorak pembangunan.
Sistem yang baru telah dijalankan secara manual telah membantu kerajaan mengenai
proses pembangunan yang memberi kesan terhadap golongan berpendapatan miskin.
Pembangunan luar bandar telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama dan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
17
Kedua.Sistem ini dalam bentuk sistem komputer dan tayangan filem video.Hal ini dapat
memudahkan menunjukkan kemajuan semasa dan dapat diperiksa secara tepat.Keputusan baru
dapat dibuat secara tepat berdasarkan rujukan daripada Bilik Gerakan Negara kerana sistem-
sistem telah dicipta khas untuk mencipta keputusan yang memberikan faedah yang baik kepada
rakyat. Kerajaan menggunakan sistem pengesanan dan pentaksiran yang mempunyai kelebihan
untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan proses pembangunan negara dengan
berkesan. Kebaikan sistem ini dapat menambah data baru untuk mendapatkan keputusan-
keputusan yang lebih baik.
Pada 17 Ogos 1978, Tun Hussein Onn telah membuka Bangunan Pusat Komputer. Pusat
ini berperanan untuk memerhati kemajuan rancangan-rancangan pada masa ini dan akan
datang. Tun Hussein Onn memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbirannya.Beliau
mendesak Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negeri untuk mengadakan
sesi bertemu dengan rakyat bagi mengetahui hasrat-hasrat serta keperluan
rakyat.Pemerintahan Tun Hussein Onn merupakan kerajaan rakyat kerana beliau
mengutamakan perpaduan rakyat dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengar
luahan daripada rakyat.
Dalam mengatasi masalah korupsi, beliau memandang perkara tersebut secara serius
kerana isu-isu korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat sahaja malah berlaku
dalam kalangan pemimpin parti politik. Kerajaan telah menubuhkan satu jemaah penyiasat awal
tahun 1975 untuk menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi.Isu rungutan pekebun-pekebun kecil
tentang baja-baja yang dibekalkan melalui Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun
Kecil Getah (RISDA) menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Tan Sri Kadir mengarahkan
pegawai-pegawai RISDA menerangkan rungutan-rungutan pekebun kecil tersebut dan
menyuruh Biro Siasatan Negara menyiasat pembelian $2 juta pembelian baja dengan Syarikat
Korea Selatan.
Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional yang disertai
oleh UMNO, MIC, MCA, PAS, Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu Rakyat
Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Pada awalnya pembentukan
Barisan Nasional tidak mendatang masalah namun pada tahun 1977, cetusan politik telah
berlaku di Kelantan. Proses pembentukan Kerajaan campur antara Perikatan dan Parti Islam Se
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
18
Malaya (PAS) yang kemudiannya barulah menjadi Barisan Nasional. Perselisihan pendapat di
kalangan pemimpin-pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan dengan penubuhan
satu parti baru yang dikenali sebagai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau lebih dikenali
sebagai Berjasa.(Zainal Abidin Abdul Wahid et al.,1996) Hal ini menyebabkan PAS keluar
daripada Barisan Nasional.Pergolakan politik tersebut menyebabkan PAS dipinggirkan kerana
pergolakan tersebut berpunca dari perselisihan antara pemimpin-pemimpin dalam parti
tersebut.
Selain itu, golongan bukan bumiputera merasakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak
mendatangkan keuntungan terhadap mereka.Mereka mengemukakan cadangan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar.Cadangan yang dikemukakan mendapat sambutan yang baik dari Barisan
Nasional.Dapat disimpulkan, kepimpinan Tun Hussein Onn membuktikan perpaduan rakyat
merupakan keutamaan kerana beliau sangat mementingkan keamanan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
4.0 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIR
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan mendapat
gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malasyia. Beliau merupakan anak ke sembilan kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar seorang guru besar Sekolah Inggeris dan Wan Tempawan
binti Wan Hanafi dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar. Beliau
berpendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada 1930. Kemudian beliau
melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali
sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.
Dasar kerajaan Kedah yang memulakan pendidikan Inggeris pada awal kurun ke-20 telah
berjaya melayakkan ramai anak-anak negeri Kedah menggantikan pegawai-pegawai British
yang berhenti. Tun Dr. Mahathir merupakan antara anak jati Kedah yang menerima manfaat
dasar kerajaan Kedah tersebut. Beliau juga seorang yang minat berniaga sehingga beliau
pernah berniaga kecil-kecilan di Pekan Rabu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada
ketika itu, beliau sedang menangguhkan pengajian di King Edward VII College OF Medicine,
Singapura yang tergendala akibat daripada pendudukan Jepun. Pada tahun 1953, beliau telah
dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
19
Tun Dr. Mahathir menjinak-jinakkan diri dengan arena politik bermula pada tahun 1945
dengan menyertai SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan
seterusnya UMNO (Dr. Zahidi, 2003). Beliau juga aktif dalam penentangan Malayan Union dan
beliau sendirilah menampal poster-poster di jalanan bagi menaikkan semangat orang Melayu
agar tidak menyokong Malayan Union. Semasa berada di dalam UMNO, beliau pernah dilantik
sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1972), Menteri Pelajaran (1974-1977), Menteri
Perdagangan dan Perindustrian (1978-, Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali Perdana
Menteri (1981-2003).
Di sini, kita akan membincangkan apa dasar-dasar yang beliau pernah cadangkan dan
laksanakan untuk Malaysia sepanjang kepimpinan beliau, sumbangan yang telah beliau berikan
kepada Malaysia, cabaran-cabaran yang beliau hadapi dan bagaimana tampuk kepimpinan
Perdana Menteri beliau bertukar tangan.
4.1 KERJAYA AWAL
Pada tahun 1957, Dr. Mahathir dan isterinya telah membuka klinik persendirian Melayu pertama
di negeri Kedah iaitu Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Selain memberi
perkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau juga turut berminat dengan bidang penulisan.
Minat beliau tidak dipersiakan begitu sahaja malah beliau juga turut menyumbang keringat
sebagai penyunting sebuah majalah perubatan The Couldron terbitan kolej pengajian beliau
dahulu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, sejak itulah
keprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam titipan
rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena yang sebati dengan
dirinya sejak kecil lagi iaitu „C.H.E Det‟ antara tahun 1946-1950.
4.2 AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN MENTERI PELAJARAN
Kehadiran Dr.Mahathir dalam masa pemerintahan Tun Razak merupakan suatu peristiwa besar
dalam sejarah UMNO. Kembalinya Dr. Mahathir dalam arena politik telah menggemparkan
seluruh masyarakat UMNO pada waktu itu. Setelah diterima kembali menjadi anggota UMNO,
beliau telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi UMNO. Atas kemampuan beliau dan keyakinan
Tun Razak terhadap kebolehan Dr. Mahathir maka mulalah beliau merasakan nikmat dari
perjuangan politiknya apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah pentadbiran
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
20
Allahyarham Tun Abdul Razak. Dr. Mahathir merupakan orang yang pertama menjadi Menteri
Pelajaran dalam kabinet Barisan Nasional. Salah satu usaha beliau adalah membawa perubahan
kampus Universiti Kebangsaan. Ucapan semasa beliau dilantik Pengerusi Ahli Majlis Universiti
Kebangsaan antara lain menyentuh tentang pembiayaan universiti tersebut menelan belanja
hampir $95 juta menjelang tahun 1980.
Selain itu, usaha lain sebagai permulaan semasa Dr. Mahathir bertugas dengan Tun Razak,
perhatiannya ditumpukan pada masalah yang terdapat di sekolah-sekolah rendah luar bandar.
Antara perkara yang diberi perhatian adalah berhubung dengan penyusunan semula
pentadbiran di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan masalah keciciran pelajar, tentang ini Dr.
Mahathir mengarahkan agar kajian dilaksanakan supaya masalah itu dapat diatasi. Masalah
kekurangan guru-guru juga mendapat perhatian yang serius dari Dr. Mahathir. Hal ini demikian
kerana masalah kekurangan guru sangat mudah diatasi oleh beliau dengan mengimport guru-
guru dari Indonesia dan peningkatan mutu guru-guru sementara telah dapat mengurangkan
beban masalah tersebut. Masalah buku-buku teks sekolah telah mendapat perhatian utama dari
Dr. Mahathir. Beliau telah melancarkan skim pinjaman buku-buku teks bagi membantu
golongan masyarakat yang tidak mampu membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Antara sumbangan lain, beliau menyeru pada ahli-ahli sejarah menulis buku-buku sejarah
tentang pejuang-pejuang bangsa tanah air. Menerusi penulisan tersebut haruslah dari sudut
atau mengikut „Malaysian Centric‟. Selain itu, beliau telah mengemukakan suatu sistem
pangambilan pelajar tingkatan enam menurut satu ketetapan dasar, di mana pengambilan
tersebut dari golongan bumiputera dan bukan bumiputera menurut standard yang telah
ditentukan. Standard tersebut ialah pelajar yang bukan bumiputera memperolehi kelulusan
yang tinggi untuk memasuki tingkatan enam. Menurut beliau perbezaan ini dibuat kerana
berdasarkan kepada fasiliti pelajaran yang terdapat pada murid-murid bukan bumiputera adalah
lebih baik dari murid-murid bumiputera yang kekurangan fasiliti dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana kebanyakkan murid bukan bumiputera berasal daripada bandar, sedangkan
murid-murid bumiputera kebanyakkan datang dari desa. Oleh sebab itulah pencapaian
kelulusan mereka tidak sebaik murid-murid bukan bumiputera. Lebih ramai murid bumiputera
diambil adalah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyusun semula
masyarakat dan membasmi kemiskinan.
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
21
Seterusnya, Dr. Mahathir turut berusaha untuk mengimbangkan bilangan bumiputera dan
bukan bumiputera dalam bidang pelajaran dengan memperlihatkan sikap yang tegas dalam
masalah Institut Teknologi Mara (ITM). ITM ditubuhkan untuk mengisi kekurangan bumiputera
dalam bidang pelajaran profesional dan salah satu daripada asas perpaduan ialah pembahagian
kekayaan negara secara adil. Pembahagian kekayaan negara adalah melalui bidang profesional.
Kalau bidang pelajaran profesional tidak ditanamkan pada anggota masyarakat bumiputera
maka sudah tentu kehidupan ekonomi negara akan terancam.
Seterusnya, sumbangan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ialah melaksanakan Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU). Akta tersebut lahir akibat demonstrasi besar-
besaran pelajar pada 3 Disember 1974. Akta tersebut sebagai langkah untuk melemahkan
kegiatan pelajar. Antara tujuan lain akta tersebut adalah untuk mengharamkan para penuntut
dari memegang sebarang jawatan dalam kesatuan-kesatuan sekerja, parti-parti politik dan
persatuan-persatuan penuntut bersekutu. Walaupun akta tersebut mendapat tentangan
daripada pertubuhan pelajar, parti-parti politik dan orang perseorangan, namun akhirnya
dinyatakan sebagai mendapat sokongan dari rakyat. Selain itu, beliau juga turut mengubah
kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan
biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4.4 TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERDAGANGAN DAN
PERINDUSTRIAN
Di arena politik pula, kemenangan beliau dalam pemilihan salah satu daripada kerusi Naib
Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada
tahun 1975 telah menjadi batu loncatan kepada asas kejayaan politik beliau sehingga kini.
Ketika Allahyarham Tun Hussein Onn menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden
UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekaligus menjawat
jawatan Timbalan Presiden Parti. Kemenangan Dr. Mahathir buat kesekian kalinya dalam pilihan
raya umum pada tahun 1978 telah melayakkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam
kabinet kerajaan dan parti.
Pada dasarnya, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telah
mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli UMNO, malah seluruh lapisan rakyat Malaysia
telah menyokongnya atas sikap percaya kepada pemilihan yang telah dibuat oleh pucuk
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
22
pimpinan. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian
Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa
Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan
asing.
4.5 PERDANA MENTERI
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau
mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan
perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir
telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50
individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai
yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia
ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis mata wang melanda kebanyakan negara di
dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir
berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu
pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti
Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-
satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa
perlu „mengikat diri‟ kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku
kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji
tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau
sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau
rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada
sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara
pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit,
timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.
Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi
negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang
beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
23
komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga mata wang Yen
yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantungan
ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan
membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada
8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar
Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat
dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah
diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Semasa pentadbirannya
banyak syarikat utiliti seperti Lembaga elektrik negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah
disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan
prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.
Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor
perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan
Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam
porfolio PNB. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek
gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy
Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan
memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun
negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing
dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi
pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas
penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan
terkawal.
Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus
ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-
projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi „CEO‟ Malaysia
antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil,
Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
24
Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak
pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana
Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana
Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah
melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang
disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun
dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang
ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
4.6 DASAR-DASAR YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN
4.6.1 DASAR EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1971 oleh Tun Abdul
Razak. Usaha mantan Perdana Menteri Malaysia ini diteruskan oleh Tun Dr. Mahathir semasa
kepimpinan beliau. Tun membentuk perancangan dalam bentuk Pelan Rangka Perspektif yang
merangkumi satu siri rancangan lima tahun. Pelan Rangka Perspektif Pertama (RPR1) pada
tahun 1971 hingga tahun 1990 mengemukakan rangka sosioekonomi yang luas bagi
memastikan objektif DEB dapat dicapai. Tun menekankan penyerapan sains dan teknologi
dalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan daya pengeluran yang menyeluruh.
Tun memastikan DEB dicapai dengan melaksanakan beberapa penyelidikan dan pembangunan
(R&D) bagi meningkatkan daya saing eksport Malaysia. Penggunaan teknologi tinggi digalakkan
bagi meningkatkan keupayaan perindustrian dan teknologi negara (Abdul Aziz Abdul Rahman
dan Sumangala Pillai, 1997). Dr. Mahathir pernah menjelaskan semasa beliau menjadi Menteri
Pelajaran bahawa 60% ekonomi negara adalah di tangan pemodal asing, 35% pula di tangan
bukan bumiputera, sementara hanya kira-kira 5% sahaja di tangan bumiputera. “Dalam hal ini,
bumiputera terpaksa berusaha mencari 25% lagi untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi
Baru, sementara bukan bumiputera hanya 5% sahaja” (Drs. Rahmanmat, 1982).
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
25
4.6.2 DASAR LUAR
Beliau terlibat aktif dalam mana-mana persidangan, pertubuhan, pertemuan, konferens
dan mesyuarat lain di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Komanwel,
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Neara Berkecuali (NAM),
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, selaku pengerusi), Asia-Pacific Economic Coorporation
(APEC), East Asia Economic Caucus (AEAC), World Trade Organization (WTO), Mesyuarat Asia-
Eropah, Organisasi Perdagangan Antarabangsa dan Dasar Luar Islam: Bosnia. Menurut Milne
dan Mauzy, semasa sesi perhimpunan agung PBB yang ke-50, Tun menyifatkan bahawa hanya
pada perhimpunan tersebut sahaja suara-suara kecil dunia dapat didengari (Milne dan Mauzy,
1999). Dasar luar inilah yang menyebabkan beliau dan Malaysia begitu dikenali di mata dunia
sehingga beliau dijemput untuk menghadiri beberapa pertemuan dengan individu-individu dan
pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti George W. Bush, Kolonel Muammar Gadaffi, dan
Ketua Gereja Katolik, Pope John Paul II (Dr. Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, 2003).
4.6.3 DASAR PANDANG KE TIMUR
Dasar Pandang ke Timur pernah menjadi kontroversi kerana Tun memilih Jepun dan Korea
Selatan sebagai role-model kepada pemodenan Malaysia (Milne dan Mauzy, 1999). Pada zaman
kepimpinan beliau, rakyat masih bersikap prejudis terhadap Jepun dan tidak pernah terfikir
akan mencontohi bangsa yang pernah mengkhianati mereka. Apabila beliau mengumumkan
mengenai Dasar Pandang ke Timur, beliau mengemukakan kenyataan Buy British Last.
Kenyataan ini menyebabkan ramai pihak yang kurang senang hati. Perkara ini boleh
menyebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Britain terjejas. Malaysia mempunyai
kepentingan ke atas Britain di mana 70 peratus daripada pelajar asing yang menuntut di sana
ialah rakyat Malaysia. Tun menganggap bahawa ini adalah risiko yang harus diterima bagi
menyemai semangat keTimuran akyat Malaysia (Aziz Zariza Ahmad, 1990). Malaysia dan Jepun
bermula melalui pelaburan bidang elektronik dan barangan elektrik. Jepun dan Malaysia juga
berkongsi projek mega kilang keluli, Malayawata yang merupakan projek indutri berat di
Malaysia. Kerjasama ini merupakan kali pertama Jepun mengeksport tenaga mahir kepada
Negara Dunia Ketiga (M. Rajendran, 1993). Kerjasama ini sebenarnya berlaku sebelum dasar ini
dilaksanakan. Hubungan yang baik inilah yang mengukuhkan Dasar Pandang ke Timur.
Kerjasama dan dasar yang berorientasikan Jepun ini telah melahirkan industri otomobil Malaysia
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
26
yang pertama. Beliau melawat ke ibu pejabat Mitsubishi di Jepun dan meminta kerjasama
syarikat ini untuk memulakan perindustrian kereta buatan Malaysia. Usaha ini telah
membuahkan hasil dengan tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad
(PROTON) dan Heavy Industries Corporation Malaysia (HICOM). Pada tahun 1985, Malaysia
mengeluarkan kereta nasioanalnya yang pertama, Proton Saga (M. Rajendran, 1993). Dr.
Mahathir bukan sekadar mencedok kemahiran dari Jepun, malah beliau ingin seluruh rakyat
Malaysia mnegamalkan budaya bekerja sogo sosha orang Jepun.
4.6.4 WAWASAN 2020
Di dalam penulisan beliau, The Way Forward, Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa masa
hadapan Malaysia terletak pada matlamat kebangsaan iaitu mencapai status sebagai negara
maju pada tahun 2020. Pada pendapat John Hilley, matlamat yang ditentukan oleh Tun ini
merupakan fahaman pemodenisasi, mobiliti sosial, dan kekayaan tanpa mengira bangsa dan
seterusnya membantu rejim politik negara membina pembangunan ekonomi yang kuat (Khoo
Boo Teik, 2003).
Antara maklumat asas mengenai Wawasan 2020 adalah bersifat suatu cetusan fikiran
bukan satu dasar khas yang merupakan mukadimah kepada pembentukan beberapa dasar baru
atau teras kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baharu
(Ahmad Sarji, 2003). Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa tiga
dekad. Menerusi Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran strategik untuk membentuk sebuah
negara maju mengikut cita rasa tempatan iaitu:
Negara Malaysia yang bersatu.
Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, yakin diri, gagah,
dan dihormati.
Masyarakat demokratik yang matang dan wajar dicontohi.
Masyarakat yang bermoral, beretika dan beragama.
Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
Masyarakat yang saintifik, inovatif, progresif dan
berpandangan jauh
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
27
Masyarakat yang penyayang dan mempunyai sistem
keluarga yang kukuh.
Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi yang
kukuh dan dinamik.
4.6.6 DASAR PENSWASTAAN
Pada tahun 1983, Tun mengumumkan mengenai perlaksanaan dasar penswastaan yang bakal
dijalankan. Beliau melihat bahawa dasar ini akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan,
keberkesanan dan memberi peluang kepada syarikat tempatan berdikari selain daripada
membantu melonjakkan ekonomi negara. Golongan bumiputera dilatih untuk melibatkan diri
dalam bidang perniagaan. Kaum bumiputera diberi latihan dan pinjaman bagi membangunkan
perniagaan kecil-kecilan daripada MARA. Dasar ini juga dilihat membantu memenuhi DEB. Pada
akhir 1990-an, beberapa penswastaan dibuat seperti Sabah Electricity Board, pembinaan
empangan hidro-elektrik Bakun di Sarawak, dan pengkoperasian Universiti Malaya dan
Bernama. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan
perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
4.6.7 MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR
MSC merupakan projek mega yang dilaksanakan pada tahun 1994 sebagai fasa terakhir
program pengindustrian negara. Skala pembangunannya adalah sangat besar dan mungkin
memberi kesan kepada negara-negara ASEAN yang lain selain daripada Malaysia. MSC
dipercayai mampun menjadi periuk nasi kepada Malaysia. Zon MSC merangkumi bahagian
selatan Kuala Lumpur berukuran 15 Kilometer x 50 Kilometer persegi. Zon ini akan
menyediakan persekitaran beberapa syarikat baharu berkembang dan membangun. Tujuh ribu
hektar digunakan untuk membangunkan beberapa struktur mega seperti Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Litar Lumba Sepang, bandar berteknologi tinggi
Cyberjaya dan pusat pentadbiran, Putrajaya.
4.6.8 BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
Slogan yang dilaungkan bermula pada tahun 1982 ini merupakan antisipasi untuk
menggalakkan pekerja-pekerja agar tidak mengamalkan amalan rasuah. Beliau risau dengan
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
28
wabak rasuah yang kian menular lebih lagi dalam kalangan penjawat awam. Skandal terbesar
yang pertama melibatkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan melibatkan kerugian hampir
RM2.5 billion kepada kerajaan. Rasuah dalam kalangan pegawai bank diketahui oleh
masyarakat melalui laporan-laporan yang disediakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin. Rasuah dilihat
seperti memeras golongan yang miskin demi kepentingan sendiri. Tun tidak mahu gejala tidak
sihat ini menular dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, Bersih, Cekap dan
Amanah merupakan slogan yang harus dipatuhi oleh semua penjawat awam demi menjaga
ketelusan perkhidmatan awam.
5.0 PERALIHAN KUASA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA TUN AHMAD
BADAWI BIN ABDULLAH
5.1 PERLETAKAN JAWATAN TUN DR MAHATHIR DAN PENANGGUHAN
Kenyataan perletakan jawatan Tun Mahathir sungguh mengejutkan semua pihak yang berada di
dalam dan di luar dewan sewaktu perhimpunan UMNO sehinggakan suasana menjadi kelam
kabut, Oleh disebabkan permintaan UMNO dan perkara-perkara lain menyebabkan beliau
terpaksa meneruskan jawatannya untuk 16 bulan lagi dan perletakan jawatan secara sah pada
31 Oktober 2003. Namun, secara umumnya pada tahun 1998, beliau pernah menyatakan hasrat
hendak meletakkan jawatan tetapi memandangkan berlaku krisis ekonomi pada masa tersebut
dan juga skandal politik beliau pada ketika itu membuatkan beliau membatalkan hasrat beliau
itu.
Dikatakan Pertubuhan Persidangan Islam atau dalam bahasa Inggerisnya Organization
of Islamic Conference (OIC) dan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
merupakan salah satu sebab penangguhan kepada perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri
ke-4 yang ditangguhkan selama 16 bulan selepas tarikh beliau mengeluarkan kenyataan
perletakan jawatan tersebut. Beliau telah mempengerusikan kedua-dua persidangan semasa
Negara Malaysia menjadi ketua rumah bagi persidangan tersebut di mana Tun Dr Mahathir
mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-13 NAM di Kuala Lumpur pada Februari 2003. Selain
mempengerusikan NAM, beliau juga telah mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-10 bagi
Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya pada Oktober 2003. Kedua-dua persidangan ini
menyaksikan Tun Dr Mahathir sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupun
beliau tahu, beliau akan meletakkan jawatan dan beliau bukanlah seorang yang bersifat
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
29
“melepaskan batuk di tangga”. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan dan sifat kepimpinan Tun
Dr Mahathir sangat dikagumi oleh pemimpin negara-negara yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah
beliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Negara Malaysia” yang banyak menyumbangkan
kepada pembangunan dan seterusnya memodenkan Negara Malaysia sehinggakan nama
Malaysia gah di mata dunia dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau baik dari aspek
ekonomi, malah dari aspek ekonomi dan sosial.
KESIMPULAN
Dapat disimpulkan di sini bahawa negara Malaysia di bawah kepimpinan empat Perdana Menteri
telah mencapai pelbagai kemajuan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Para
pemimpin Malaysia berusaha dengan sedaya upaya mereka dalam mengangkat nama Malaysia
di mata dunia setanding dengan negara-negara membangun yang lain dan menjadi negara
maju sejajar dengan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Malahan, dengan pengorbanan dan harapan yang tidak pernah putus,
akhirnya kemerdekaan dapat diperolehi oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku
Abdul Rahman dari tangan penjajah dengan kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yang
berbilang kaum dan sokongan padu rakyat Malaysia dalam menubuhkan gagasan Malaysia
walaupun menghadapi pelbagai onak dan cabaran. Ini menjadikan politik negara kita stabil dan
melalui pimpinan Tun Razak dalam mewujudkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasil
mengukuhkan ekonomi negara kita serta membantu rakyat tempatan dari segi ekonomi dan
sosial agar terus maju ke hadapan bersaing dengan negara-negara yang lain. Manakala, Tunku
Hussien Onn yang mementingkan dan mengamalkan sifat prihatin dan kemanusiaan serta
mengambil rakyat akan rakyat jelata dalam membasmi kemiskinan dan memastikan keamanan
Malaysia dengan menjaga hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar menjadikan
Malaysia sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Tambahan
pula, perpaduan kaum yang kuat dan sikap bersepadu rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia dari tahun ke tahun. Manakala, melalui
pimpinan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke
persada kecemerlangan dan Malaysia di bawah pemerintahan beliau telah berjaya memperolehi
pembangunan yang jauh ke hadapan dan dikenali di mata dunia. Ini adalah melalui pelbagai
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT
PERDANA MENTERI
30
pembaharuan fizikal, mental dan sosial serta telah menjadi negara yang disegani dan dihormati
di pentas dunia. Kini, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan
negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara
Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia dan disanjung tinggi kerana keamanan
negara yang kukuh hasil kerjasama pemimpin dan rakyat yang bersatu padu menjaga
keamanan negara. Malahan, warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita
lihat berada di mana sahaja dan warisan tersebut lah yang harus kita pelihara sampai bila-bila.

Contenu connexe

Tendances

Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)Nur Farahin Samsudin
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayufiro HAR
 
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggaraStrategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggarafiro HAR
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Dg Suhaili
 
Peranan yang di-Pertuan Agong
Peranan yang di-Pertuan AgongPeranan yang di-Pertuan Agong
Peranan yang di-Pertuan AgongASEANFamily
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1Kushahrul1
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agongmunnianwar
 
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)Noha Fiq
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELnasywah79
 
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)Llina70
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakanzumaliah
 

Tendances (20)

Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
 
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggaraStrategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
 
Peranan yang di-Pertuan Agong
Peranan yang di-Pertuan AgongPeranan yang di-Pertuan Agong
Peranan yang di-Pertuan Agong
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agong
 
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)
Pertubuhan perjanjian atlantik utara (nato)
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
 
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di PortugalTema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
 
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
 
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI PerakCARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Contoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian AmContoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian Am
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakan
 

En vedette

Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirSuhailah Fauzi
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaCk Chan
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysianorhizal
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayuNur Az
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 skMohd Rizal
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pcik noorlyda
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasanCid Hamdan
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 

En vedette (20)

Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Konsep dasar politik
Konsep dasar politikKonsep dasar politik
Konsep dasar politik
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
 
Perdana menteri pertama
Perdana menteri pertamaPerdana menteri pertama
Perdana menteri pertama
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 

Similaire à Empat Perdana Menteri Di Malaysia

Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Nur Bazilah Amna
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKAien Mingle
 
Tun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onnTun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onnMaria Nordin
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5the NERD
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaSEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaFasyah Tutor
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnikizuan21
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraRayyan Ikhwan
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanUmi Jauhar
 

Similaire à Empat Perdana Menteri Di Malaysia (20)

Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
 
Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
malaysian malaysia
malaysian malaysiamalaysian malaysia
malaysian malaysia
 
Sivik
SivikSivik
Sivik
 
Tun Hussein Bin Dato’ Onn
Tun Hussein Bin Dato’ OnnTun Hussein Bin Dato’ Onn
Tun Hussein Bin Dato’ Onn
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
 
Tun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onnTun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onn
 
Tun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onnTun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onn
 
Masyarakat pluralistik alam melayu
Masyarakat pluralistik alam melayuMasyarakat pluralistik alam melayu
Masyarakat pluralistik alam melayu
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaSEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Tun Hussein Onn
Tun Hussein OnnTun Hussein Onn
Tun Hussein Onn
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran Singapura
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 

Empat Perdana Menteri Di Malaysia

  • 1. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 1 PENGENALAN Kemajuan dan pemodenan sebuah negara bergantung kepada individu-individu yang bergelar pemimpin. Pemimpin merupakan ketua dalam sesebuah institusi sama ada besar atau kecil. Negara Malaysia juga turut diterajui oleh empat pemimpin yang berwibawa dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang membantu Malaysia untuk berada seiring dengan negara-negara lain. Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mendapat kemerdekaan selepas usaha-usaha tanpa henti oleh para pemimpin termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan “Bapa kemerdekaan” negara Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan lagi pembinaan negara Malaysia sehingga kini.Walaupun penubuhan gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari negara –negara jiran seperti Filipina, Indonesia, dan Brunei. Selepas kemerdekaan yang dikecapi Malaysia, Perdana Menteri yang pertama menerajui Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, diikuti Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ketiga dan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Setiap daripada keempat-empat Perdana Menteri Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dalam membangunkan Negara Malaysia agar berdaya saing dan maju seperti Negara membangun yang lain. Namun, rentak politik yang serius bermula pada era Perdana Menteri Keempat dan oleh sebab itu beliau seorang dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” yang membawa Malaysia di pentas dunia.
  • 2. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 2 1.0 LATAR BELAKANG TUNKU ABDUL RAHMAN Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”kerana perjuangan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajah.(Hng Hung Yong, 2004) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan sebagai seorang putera raja bagi negeri Kedah namun begitu watak dan keperibadiannya lebih berkembang sebagai pemimpin rakyat berbanding perwatakannya sebagai seorang putera raja. Tunku mulai bersekolah ketika berusia empat tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu di Alor Setar dan kemudian bersekolah di sekolah Inggeris yang bernama Government Modern School.Pada tahun 1915 semasa Tunku belajar di Siam, Tunku Yusuf telah kembali ke rahmatullah dan Tunku pulang ke Kedah dan selama setahun beliau belajar di sekolah Melayu sebelum masuk ke Penang Free School pada tahun yang berikutnya. (Yu Chuan Choon, 2009) Pelajaran Tunku yang tergendala sebelum ini disambung kembali pengajiannya pada tahun 1947 di Inns Of Court.Tidak lama selepas Tunku pulang ke Kedah, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Kedah.(Yu Chuan Choon, 2009) 1.1 DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN SEPANJANG PEMERINTAHAN Di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, keadaan ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan yang rendah dan tidak begitu banyak program pembangunan rakyat Malaysia dijalankan.(Shukor Omar, 2006) Sebaliknya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih mementingkan keadaan politik negara sehingga melahirkan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka serta berdikari.Malahan, Tunku mengamalkan sikap pro-Barat. (Abdullah Dahana, 2002) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkan Dasar Kemajmukan iaitu melambangkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong iaitu sebagai Raja pelbagai kaum di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, toleransi di dalam agama dan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat sekolah rendah. Agenda beliau dalam meningkatkan semangat nasionalisme di dalam kalangan rakyat ialah setiap kaum
  • 3. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 3 di Malaysia haruslah bergaul di antara satu sama lain iaitu bukan hanya di dalam suasana bekerja bersama-sama namun dalam aktiviti seharian seperti bersukan dan juga amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Thaipusam dan juga Hari Krismas yang diistiyarkan sebagai cuti umum di Malaysia. (Cheah Boon Keng, 2002) Selain daripada berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga berperanan sebagai Menteri Luar Negara di dalam negara kita iaitu Malaysia.Beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sepanjang perkhidmatan beliau semenjak Tanah Melayu merdeka sehinggalah September 1970. Dasar luar negara yang ditetapkan oleh beliau ialah mengenai isu-isu penting dalam arena politik antarabangsa termasuk isu-isu Perang Dingin, hubungan keserantauan, dasar Apartheid dan hubungan antara Malaya dengan Republik Rakyat China (RRC) dan juga Konfrontasi Indonesia. (Nor Azizan Idris, 1990) Tunku telah mengilhamkan penubuhan Association of South-east Asia (ASEAN) melalui pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini kemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu negara Indonesia dan Singapura. (A.M Healy,1982) Dalam menetapkan Dasar Luar Negara Malaysia, Tunku yang juga berperanan sebagai Perdana Menteri telah melibatkan diri dalam proses pembentukan dasar luar negara yang melibatkan kepentingan negara terutamanya dalam menjaga hubungan serantau dengan negara-negara luar yang lain. (Nor Azizan Idris, 1990)Malahan, Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 yang digunakan oleh sistem pendidikan negara kita sehingga ke hari ini. (Cheah Boon Keng,2002) 1.2 PERKEMBANGAN POLITIK DI BAWAH PIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1.2.1 UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANISATION (UMNO) Nama Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj bukanlah nama asing kepada masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah politik tanah air. Kepimpinan beliau amat terserlah terutama
  • 4. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 4 dalam bidang politik iaitu apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Agong United Malayan National Organisation (UMNO). Setelah perletakan jawatan oleh Dato‟ Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertuan UMNO, pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dipilih berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki, keikhlasan dan keperibadian yang tinggi untuk mengambil alih pucuk pimpinan UMNO. Beliau telah menerima tugas menyediakan UMNO bagi mengadakan pilihan raya pada tahun 1952.Oleh yang demikian, Parti Perikatan telah dibentuk pada tahun 1951 sebaik sahaja pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan.Dalam pilihan raya ini, telah memperlihatkan persaingan di antara beberapa parti politik di Tanah Melayu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal. (N.a, 1987) Justeru itu, Tunku Abdul Rahman telah menyusun strategi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang, oleh yang demikian Tunku Abdul Rahman telah mewakili UMNO dan mengadakan pakatan dengan MCA Selangor yang diketuai H.S.Lee, dan hasilnya perikatan UMNO-MCA telah berjaya mengalahkan Parti Independence of Malaya Party (IMP) yang telah ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO iaitu Dato‟ Onn Jaafar pada 16 September 1951 dengan teruk dalam pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang ditandinginya manakala 3 kerusi lagi dimenangi oleh IMP. (Zainal Abidin Abdul Wahid,1992) Pada tahun 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di seluruh Tanah Melayu, walaupun pilihan raya itu bukannya untuk semua anggota Majlis Perundangan Persekutuan, tetapi pada tahun itu juga tiga buah parti politik yang mewakili bangsa Melayu dan dua kaum lain di Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya atas rancangan politik yang sama. Pada tahun itu jugalah Persekutuan Tanah Melayu mulai menjadi Negara yang mempunyai pemerintahan sendiri.(N.a, 1987) Perikatan UMNO dan MCA telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pilihan raya yang telah diadakan di peringkat tempatan ataupun dalam negeri. Parti Perikatan telah meminta kerajaan British mengadakan pilihan raya di peringkat kebangsaan dan perikatan juga menuntut agar 60 peratus ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipillih oleh rakyat dan 40 peratus dilantik oleh kerajaan British. Kerajaan British tidak bersetuju dengan cadangan Perikatan yang bukan sahaja meminta supaya ahli-ahli yang dipilih hendaklah lebih ramai
  • 5. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 5 daripada ahli yang dilantik dan perikatan tetap juga menuntut supaya pilihan raya diadakan pada tahun 1954.(Zainal Abidin Abdul Wahid,1992) Keengganan kerajaan Brisih menerima cadangan Perikatan itu selepas berunding beberapa kali di Tanah Melayu dan di London telah menyebabkan Perikatan mengambil keputusan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri mahupun Persekutuan. Kongres India Tanah Melayu (MIC), pada masa yang sama telah menyatakan simpati kepada UMNO dan MCA tetapi tidak menyertai pemulauan itu. Pada Julai 1955, MIC kemudiannya menyertai Perikatan dan dalam pilihan raya yang diadakan pada 27 Julai 1955, parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak komprehensif iaitu parti Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun dan merancang menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu yang akan dilaksanakan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992) Tambahan lagi, sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 telah mengatakan bahawa Perikatan telah mebuat keputusan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahun dan beliau juga yakin bahawa dalam tempoh tersebut bahasa Melayu akan digunakan dalam segala aspek pentadbiran, termasuk penggunaannya dalam mahkamah. 1.3 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERHADAP MALAYSIA 1.3.1 MENUNTUT KEMERDEKAAN Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 telah menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald Mac Gillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955 merupakan langkah pertamanya dalam proses menuntut kemerdekaan. (N.a, 1978) Pada bulan September 1955, Raja-raja Melayu telah megeluarkan persetujuan mereka untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948, bagaimanapun mereka tidak bersetuju dan hanya perikatan yang akan berunding dengan kerajaan British.
  • 6. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 6 1.3.2 ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN DI LONDON Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato‟ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dan bersama-sama dengan Tunku ialah dua orang wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato‟ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato‟ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato‟ Mohd Seth dua hari selepas itu. (N.a, 1978) Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Tunku bersetuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawatankuasa- jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan, sementara itu, Tunku mengadakan mesyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaan dengan hal-hal pentadbiran. Rombongan Tunku Abdul Rahman menjadi kebanggaan bagi ahli-ahli UMNO Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudian dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan mudah diperolehi dan hanya kerana terdapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, Haji Ahmad Husien, beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus bagi bumiputera kerana kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos 1957, namun bangkangan beliau tidak diendahkan. 1.3.3 UPACARA KEMERDEKAAN Pada 31 Ogos 1957, pada waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untuk memilih Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Brisih kerana kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka, bagi Pulau Pinang dan Melaka satu
  • 7. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 7 perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan sebagai satu peralihan. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satu jawatankuasa sambutan besar-besaran diatur.Bendera Persekutuan Tanah Melayu mendaki gagah menuju kemuncak tiang bendera.Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman telah menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu.Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang Di-Pertuan Agong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, yang merupakan tempat parlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang Di- Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang gemilangnya kerana ini kali pertama sebuah kerajaan yang berdaulat dilantik dan disahkan dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan. 1.4 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1.4.1 SUMBANGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South EastAsian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina telah dibentuk, akan tetapi persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1956. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966, beliau juga dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah. (N.a, 1978) 1.4.2 PERKEMBANGAN ISLAM Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia, beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran serta menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan
  • 8. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 8 Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960, atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1957 dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Coucil for South East Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, Tunku mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama. 2.0 LATAR BELAKANG TUN RAZAK BIN DATO’HUSSEION AL-HAJ Tun Haji Abdul Razak Bin Dato‟ Husseion Al-Haj telah dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pekan, Pahang Kampung Langgar (Shariff Ahmad, 1999).Beliau dilahirkan daripada golongan keluarga yang elit bapanya, Dato‟ Hussein Mohd.Taib merupakan Orang Besar Diraja Pahang.(Paridah Abd.Samad, 2008).Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak pula merupakan sekolah menengah yang dihadiri oleh Tun Razak.Beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej Singapura iaitu Raffles College pada tahun 1940.Pengajiannya diteruskan sehingga kepada peringkat Universiti iaitu, pada tahun 1947 beliau telah menuntut di sebuah Universiti Kingdom dalam jurusan Undang-Undang. Pada tahun 1950 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan menjawat jawatan sebagai MAS atau Malay Administrative Service.Beliau telah melibatkan diri dan bersama-sama menerajui kecemerlangan UMNO semasa UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Pengalaman beliau yang dari usia muda sudah menerajui bidang politik telah membantu menjadikan beliau seorang yang sangat berpengalaman. Pada usia yang sangat muda 28 tahun beliau telah menjadi Ketua Pemuda UMNO, pada usia 29 tahun pula beliau telah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Semasa usia 30 tahun jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang turut disandang oleh Tun Razak. Selepas tiga tahun berlalu, di usia 33 tahun beliau telah menjadi Menteri Besar Pahang. Manakala, selang setahun kemudian beliau telah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan. Pada usia yang sangat muda juga iaitu di usia 35 tahun beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri di Tanah Melayu ketika berusia 48 tahun..
  • 9. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 9 Pada 22 September 1970, beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan sah dan membawa perubahan yang ketara kepada politik, ekonomi dan juga dalam luar Negara kita. Pengalaman yang diperolehinya dengan menyandang pelbagai jawatan sejak beberapa tahun dahulu menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang sangat bijaksana dalam pengendalian urusan negara.Oleh hal yang demikian, beliau amat disanjung tinggi oleh masyarakat daripada pelbagai kaum dan juga daripada tumpuan pemimpin-pemimpin seantero dunia pada waktu tersebut. 2.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG PEMERINTAHAN. 2.1.1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN Semasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah melantik Tun Razak sebagaikabinet pertama yang menyandang jawatan sebagai Menteri Pelajaran.Perlantikan beliau ini sebagai Menteri Pelajaran pada ketika itu menyebabkan beliau perlu memikul tugasan dalam membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu dasar pelajaran kebangsaan.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk membentuk generasi muda dengan satu hala pendidikan dan menanamkan dalam jiwa pemuda dan pemudi dengan satu bahawa untuk pelbagai bangsa dan keturunan yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada ketika itu, sekolah telah dibahagikan kepada empat aliran, maka Tun Razak hendak menjadikan ia sebagai sebuah sekolah dengan sebuah aliran sahaja. Beliau telah menyeru kepada seluruh bangsa akan usaha dan persetujuan pihak untuk melaksanakan dasar tersebut. Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Pendidikan tersebut telah menyediakan sebuah penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak dan telah mula dilancarkan pada tahun 1956.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada ketika itu juga, Encik Abdul Rahman Talib telah menjadi pengerusi dalam Menteri Pelajaran Malaysia dan beliau telah mengemaskinikan Dasar tersebut kedalam Penyata Razak.Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mengutamakan murid-murid agar menjadikan bahasa kebangsaan sebagai sebuah bahasa yang perlu dikuasai terutama dari keempat-empat jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Dasar ini menjamin di peringkat rendah
  • 10. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 10 sekolah-sekolah pilihan ibu-bapa manakala di peringkat menengah diintergrasikan kepada dua jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Inggeris. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ini telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutamanya, ramai rakyat Malaysia yang fasih bertutur, menulis serta membaca dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini juga digunakan sebagai cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di negara ini ialah menerusi satu sistem pelajaran bercorak Tanah Melayu. Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai.Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbillang kaum. Oleh kerana masyarakat di Malaysia berupaya masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahamkan sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Pencapaian matlamat perpaduan ini boleh dilaksanakan melalui sistem pendidikan, Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan aspek-aspek yang disentuh adalah seperti berikut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980): a. Sistem Persekolahan: i. Struktur masa persekolahan, dan penjurusan. ii. Rancangan alih bahasa. iii. Peperiksaana yang sama. iv. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat. v. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta. vi. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran. b. Kurikulum: i. Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang sama. ii. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan iii. Buku-buku Teks.
  • 11. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 11 iv. Pendidikan Sivik. v. Pendidikan agama, moral dan etika. vi. Pembentukan disiplin. vii. Kegiatan ko-kurikulum. Kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca dalam kalangan rakyat yang berbilang keturunan di Malaysia. Semenjak tahun 1957, berjuta-juta pelajar telah menempuh proses pendidikan mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita melihat bahawa pada hari ini sudah ramai yang fasih sama ada bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Keadaan ini dapat menyatakan bahawa mereka ini adalah anak-anak Malayisa.Iniliah sumbangan Tun Razak sepanjang pemerintahannya. 2.1.2 DASAR EKONOMI BARU Pelbagai masalah kemiskinan dan ketaksamaan masih wujud dengan kadar yang tinggi pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah ini maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan kaum di negara ini. Namun dalam karya Mohd.Foad Soakan, menyatakan bahawa DEB ini telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK) (1971- 1975) (Mohd. Foad Sakdan, 1999). DEB yang diperkenalkan ini menekankan serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.(Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988) Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991- 2000, 1980 iaitu tujuan utama perlaksanaan DEB ini adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: (a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • 12. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 12 (b) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. 2.1.3 PEMBASMIAN KEMISKINAN Pada ketika itu, jurang ekonomi penduduk adalah sangat berbeza. Bilangan isi rumah miskin yang terbesar adalah di luar Bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus berbanding kemiskinan di bandar. Hal ini berlaku disebabkan oleh kadar penurunan harga getah di kawasan luar bandar. Usaha yang dijalankan terus dipertingkatkan sehingga kepada penglibatan daripada golongan ralyat yang kurang bernasib baik dalam proses pembangunan terutama melalui program seperti berikut: a) Pembukaan tanah secara besar-besaran; Pada tahun 1956 FELDA telah ditubuhkan untuk membuka tanah baru untuk tanaman getah dan kelapa sawit serta menempatkan isirumah yang tidak mempunyai rancangan tanah.FELDA yang telah ditubuhkan sebelum merdeka ini telah membuka 839 405 hektar tanah baru untuk tanaman baru. (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988) b) Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) serta Program Input dan Pelbagai Pertanian; Pembangunan in-situ yang menekankan pembinaan infrastruktur dan penyebaran teknologi pada umumnya member faedah kepada para petani. Pemberian subsidi input, kredit pengeluaran dan subsidi keluaran oleh kerajaan berasaskan jumlah tanah yang dikerjakan atau jumlah jualan tanaman yang secara langsung member faedah kepada golongan petani (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988). c) Pengenalan konsep Halacara Baru(1984) melalui program bersepadu iaitu; i. pengelompokan kampung-kampung terpencil. ii. penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung. iii. menjalankan aktiviti pertanian secara komersial. Misalnya, penanaman padi dan penoreh getah.Pemilikan tanah yang ada untuk digunakan oleh penanaman padi dan hasil yang boleh didapati daripadanya adalah sangat
  • 13. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 13 rendah.Oleh hal yang demikian, untuk memberi mereka pendapatan yang mencukupi, hasil penanaman perlu dinaikkan.Telah dibuktikan bahawa penoreh getah boleh dibantu dengan penanaman semula pokok getah dengan sepsis yang berpengeluaran yang tinggi. 2.1.4 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT Antara usaha-usaha yang dijalankan ini termasuklah: a) memodenkan kawasan Bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya pengeluaran; b) menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melalui pertumbuhan ekonomi; c) menambah dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stok masyarakat; Matlamat ini penting kerana, ketika DEB dilancarkan, unsur yang sangat penting adalah dalam strategi penyusunan semula masyarakat melalui pembentukan MPPB dalam memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa generasi Bumiputera boleh memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan perindustiran dalam ekonomi negara (Ghazali Bin Jaini, 1991). Sesungguhnya, Dasar Ekonomi Baru adalah merupakan sebuah program Social Economic Engineering yang unik dan yang pernah dilakukan. Dasar seperti ini haruslah dilaksana dan diperkenalkan terutama bagi negara seperti negara Malaysia kerana sebarang perpaduan negara, kestabilan politik dan ekonomi tidak mungkin tercapai sekiranya ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan wilayah tidak diatasi melalui satu proses diskriminasi positif ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Hakikatnya, DEB itu sendiri dari awal dahulu sehingga kepada masa sekarang perlu dilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan ke arah masyarakat yang berjaya dan makmur.
  • 14. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 14 2.1.5 RUKUNEGARA Rukunegara ini tidak bersifat undang-undang dan ia adalah sama ertinya dengan Rukun Hidup yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Rukunegara telah diisytiharkan oleh Yang di- Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang pemerintahan mahupun pihak pembangkang. Rukunegara terdiri daripada lima prinsip yang perlu diamalkan iaitu;(Shariff Ahmad, 1999) Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Rukunegara ini merupakan landasan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat menetukan masa depan mereka. Rukunegara ini bagaikan daging dalam diri mereka yang sebati dan perlu diamalkan bagi menaikkan semangat dan sifat yang perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia. 3.0 LATAR BELAKANG TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (1976-1981) Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia kedua, digelar sebagai „Bapa Perpaduan‟ kerana jasa-jasa beliau dalam melihat pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bharu yang dilahirkan pada 12 Februari 1922.Beliau mendapat pendidikan awal di Telok Kurau School Singapura dan meneruskan pengajiannya ke English College Johor Bharu sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1940. Sifat kepimpinan yang diwarisinya dari kedua-dua ketua keluarganya iaitu ayah dan datuknya. Ayah dan datuknya pernah menjadi Menteri Besar Johor. Ayahnya, Dato‟ Onn Bin Jaafar yang merupakan pemimpin penubuhan UMNO.Beliau juga merupakan salah seorang pengasas UMNO.Beliau telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketiga pada 15 Januari 1976 (Samani Mohd.Amin, 1953).Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab
  • 15. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 15 kesihatan. Pada 29 Mei 1990, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan beliau disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. 3.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG PEMERINTAHAN. Tun Hussein Onn menjalankan dasar luar yang mempunyai matlamat berkecuali dan berpendirian sama jarak. Antara dasar yang dilaksanakan adalah termasuk kerjasama dengan negara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial yang diamalkan oleh negara tersebut.Dasar yang telah dibentuk oleh Tun Hussein Onn adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat- menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara Asia Tenggara dan negara-negara IndoChina seperti Republik Demokratik Vietnam. Hubungan diplomatik negara Malaysia dengan Vietnam adalah sebagai sumbangan terhadap perkembangan dan kekuatan kerjasama antara negara- negara serantau. Malaysia turut menaja konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) malah mempertahankan Deklarasi Berkecuali 1971 Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).Dasar luar Malaysia telah ditumpukan dengan negara Vietnam.Pada tahun 1976, Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi dengan Republik Sosialis Vietnam (penyatuan negara Vietnam Selatan dan Vietnam Utara). Hubungan diplomatik Malaysia dengan Vietnam merupakan sebahagian dari matlamat tempoh jangka panjang dasar luar Malaysia dalam mengekalkan konsep zon berkecuali Pada tahun 1978, hubungan Kuala Lumpur-Hanoi termeterai secara rasminya. Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam telah melawat ke Malaysia dan dua buah negara ASEAN merupakan isyarat Vietnam berazam untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Hubungan Hanoi dengan China dan Kampuchea semakin merosot. Perdana Menteri Vietnam membuat pengumuman rasmi tidak akan membantu pergerakan komunis di negara Thailand dan Malaysia. Persengketaan China-Vietnam dan Vietnam-Kampuchea semakin membimbangkan disebabkan pertikaian China-Rusia.Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke Beijing adalah bertujuan untuk mengenetepikan pengaruh Vietnam dan Rusia di serantau.Selain itu adalah sebagai jaminan bahawa China tidak menyokong PKM.Perdana Menteri China menegaskan bahawa penduduk yang berbangsa Cina tidak diiktiraf
  • 16. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 16 kewarganeraan kembar walaupun bermastautin di Malaysia.Malaysia juga tidak menyenangi pendirian Deng Xiaopeng mengenai hubungan dia antara Parti Komunis China dan Parti Komunis Malaya (PKM).Semasa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn lebih menumpukan kepada keselamatan negara dan kerjasama serantau khususnya dalam kalangan negara-negara ASEAN. 3.2 SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN Di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau banyak memperkenalkan dasar yang tidak lari dari Dasar Ekonomi Baru.Dasar Ekonomi Baru yang dirancang untuk tempoh 20 tahun yang bermula pada tahun 1971 sehingga 1990. Beliau memperkenalkan Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera bertujuan meningkatkan ekuiti bumiputera. Selain itu, semasa rantau Asia Tenggara cemas ekoran Vietnam Selatan yang jatuh ke tangan pihak komunis, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dimodenisasi. Beliau berusaha untuk membasmi komunis di hutan dan bandar bagi memastikan rakyat Malaysia selamat dari ancaman komunis.Keupayaan beliau yang pakar dalam ilmu ketenteraan dipratikkan dalam pentadbirannya dalam mengatasi masalah ancaman komunis.Satu daripada perkara-perkara yang pertama dilakukan oleh Tun Hussein Onn sebaik sahaja beliau mengambil alih teraju jabatan Perdana Menteri ialah untuk memesatkan dan memperbaiki pusat-nadi kerajaan yang telah sedia ada di Bilik Gerakan Negara. (Samani Mohd. Amin:1953) Bilik Gerakan Negara bertujuan untuk membaiki dan memesatkan pusat nadi Kerajaan yang telah sedia ada.Bilik tersebut ditempatkan di Bangunan Pusat Komputer di Jabatan Perdana Menteri yang dilengkapi dengan suatu sistem komputer yang tersergam.Beliau mengarahkan untuk membaiki sistem pengesanan dan taksiran Kerajaan kepada sistem yang mempunyai keupayaan untuk menganalisa, menghalang, dan menentukan perancangan- perancangan program dan projek bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.Beliau juga membuat keputusan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan dalam Bilik Gerakan Negara supaya dapat mewujudkan suatu sistem perkhidmatan bercorak pembangunan. Sistem yang baru telah dijalankan secara manual telah membantu kerajaan mengenai proses pembangunan yang memberi kesan terhadap golongan berpendapatan miskin. Pembangunan luar bandar telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama dan
  • 17. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 17 Kedua.Sistem ini dalam bentuk sistem komputer dan tayangan filem video.Hal ini dapat memudahkan menunjukkan kemajuan semasa dan dapat diperiksa secara tepat.Keputusan baru dapat dibuat secara tepat berdasarkan rujukan daripada Bilik Gerakan Negara kerana sistem- sistem telah dicipta khas untuk mencipta keputusan yang memberikan faedah yang baik kepada rakyat. Kerajaan menggunakan sistem pengesanan dan pentaksiran yang mempunyai kelebihan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan proses pembangunan negara dengan berkesan. Kebaikan sistem ini dapat menambah data baru untuk mendapatkan keputusan- keputusan yang lebih baik. Pada 17 Ogos 1978, Tun Hussein Onn telah membuka Bangunan Pusat Komputer. Pusat ini berperanan untuk memerhati kemajuan rancangan-rancangan pada masa ini dan akan datang. Tun Hussein Onn memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbirannya.Beliau mendesak Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negeri untuk mengadakan sesi bertemu dengan rakyat bagi mengetahui hasrat-hasrat serta keperluan rakyat.Pemerintahan Tun Hussein Onn merupakan kerajaan rakyat kerana beliau mengutamakan perpaduan rakyat dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengar luahan daripada rakyat. Dalam mengatasi masalah korupsi, beliau memandang perkara tersebut secara serius kerana isu-isu korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat sahaja malah berlaku dalam kalangan pemimpin parti politik. Kerajaan telah menubuhkan satu jemaah penyiasat awal tahun 1975 untuk menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi.Isu rungutan pekebun-pekebun kecil tentang baja-baja yang dibekalkan melalui Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA) menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Tan Sri Kadir mengarahkan pegawai-pegawai RISDA menerangkan rungutan-rungutan pekebun kecil tersebut dan menyuruh Biro Siasatan Negara menyiasat pembelian $2 juta pembelian baja dengan Syarikat Korea Selatan. Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional yang disertai oleh UMNO, MIC, MCA, PAS, Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Pada awalnya pembentukan Barisan Nasional tidak mendatang masalah namun pada tahun 1977, cetusan politik telah berlaku di Kelantan. Proses pembentukan Kerajaan campur antara Perikatan dan Parti Islam Se
  • 18. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 18 Malaya (PAS) yang kemudiannya barulah menjadi Barisan Nasional. Perselisihan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan dengan penubuhan satu parti baru yang dikenali sebagai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai Berjasa.(Zainal Abidin Abdul Wahid et al.,1996) Hal ini menyebabkan PAS keluar daripada Barisan Nasional.Pergolakan politik tersebut menyebabkan PAS dipinggirkan kerana pergolakan tersebut berpunca dari perselisihan antara pemimpin-pemimpin dalam parti tersebut. Selain itu, golongan bukan bumiputera merasakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mendatangkan keuntungan terhadap mereka.Mereka mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.Cadangan yang dikemukakan mendapat sambutan yang baik dari Barisan Nasional.Dapat disimpulkan, kepimpinan Tun Hussein Onn membuktikan perpaduan rakyat merupakan keutamaan kerana beliau sangat mementingkan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia. 4.0 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIR Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan mendapat gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malasyia. Beliau merupakan anak ke sembilan kepada pasangan Mohamad bin Iskandar seorang guru besar Sekolah Inggeris dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar. Beliau berpendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada 1930. Kemudian beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Dasar kerajaan Kedah yang memulakan pendidikan Inggeris pada awal kurun ke-20 telah berjaya melayakkan ramai anak-anak negeri Kedah menggantikan pegawai-pegawai British yang berhenti. Tun Dr. Mahathir merupakan antara anak jati Kedah yang menerima manfaat dasar kerajaan Kedah tersebut. Beliau juga seorang yang minat berniaga sehingga beliau pernah berniaga kecil-kecilan di Pekan Rabu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada ketika itu, beliau sedang menangguhkan pengajian di King Edward VII College OF Medicine, Singapura yang tergendala akibat daripada pendudukan Jepun. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.
  • 19. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 19 Tun Dr. Mahathir menjinak-jinakkan diri dengan arena politik bermula pada tahun 1945 dengan menyertai SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan seterusnya UMNO (Dr. Zahidi, 2003). Beliau juga aktif dalam penentangan Malayan Union dan beliau sendirilah menampal poster-poster di jalanan bagi menaikkan semangat orang Melayu agar tidak menyokong Malayan Union. Semasa berada di dalam UMNO, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1972), Menteri Pelajaran (1974-1977), Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1978-, Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali Perdana Menteri (1981-2003). Di sini, kita akan membincangkan apa dasar-dasar yang beliau pernah cadangkan dan laksanakan untuk Malaysia sepanjang kepimpinan beliau, sumbangan yang telah beliau berikan kepada Malaysia, cabaran-cabaran yang beliau hadapi dan bagaimana tampuk kepimpinan Perdana Menteri beliau bertukar tangan. 4.1 KERJAYA AWAL Pada tahun 1957, Dr. Mahathir dan isterinya telah membuka klinik persendirian Melayu pertama di negeri Kedah iaitu Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Selain memberi perkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau juga turut berminat dengan bidang penulisan. Minat beliau tidak dipersiakan begitu sahaja malah beliau juga turut menyumbang keringat sebagai penyunting sebuah majalah perubatan The Couldron terbitan kolej pengajian beliau dahulu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, sejak itulah keprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam titipan rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena yang sebati dengan dirinya sejak kecil lagi iaitu „C.H.E Det‟ antara tahun 1946-1950. 4.2 AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN MENTERI PELAJARAN Kehadiran Dr.Mahathir dalam masa pemerintahan Tun Razak merupakan suatu peristiwa besar dalam sejarah UMNO. Kembalinya Dr. Mahathir dalam arena politik telah menggemparkan seluruh masyarakat UMNO pada waktu itu. Setelah diterima kembali menjadi anggota UMNO, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi UMNO. Atas kemampuan beliau dan keyakinan Tun Razak terhadap kebolehan Dr. Mahathir maka mulalah beliau merasakan nikmat dari perjuangan politiknya apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah pentadbiran
  • 20. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 20 Allahyarham Tun Abdul Razak. Dr. Mahathir merupakan orang yang pertama menjadi Menteri Pelajaran dalam kabinet Barisan Nasional. Salah satu usaha beliau adalah membawa perubahan kampus Universiti Kebangsaan. Ucapan semasa beliau dilantik Pengerusi Ahli Majlis Universiti Kebangsaan antara lain menyentuh tentang pembiayaan universiti tersebut menelan belanja hampir $95 juta menjelang tahun 1980. Selain itu, usaha lain sebagai permulaan semasa Dr. Mahathir bertugas dengan Tun Razak, perhatiannya ditumpukan pada masalah yang terdapat di sekolah-sekolah rendah luar bandar. Antara perkara yang diberi perhatian adalah berhubung dengan penyusunan semula pentadbiran di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan masalah keciciran pelajar, tentang ini Dr. Mahathir mengarahkan agar kajian dilaksanakan supaya masalah itu dapat diatasi. Masalah kekurangan guru-guru juga mendapat perhatian yang serius dari Dr. Mahathir. Hal ini demikian kerana masalah kekurangan guru sangat mudah diatasi oleh beliau dengan mengimport guru- guru dari Indonesia dan peningkatan mutu guru-guru sementara telah dapat mengurangkan beban masalah tersebut. Masalah buku-buku teks sekolah telah mendapat perhatian utama dari Dr. Mahathir. Beliau telah melancarkan skim pinjaman buku-buku teks bagi membantu golongan masyarakat yang tidak mampu membiayai persekolahan anak-anak mereka. Antara sumbangan lain, beliau menyeru pada ahli-ahli sejarah menulis buku-buku sejarah tentang pejuang-pejuang bangsa tanah air. Menerusi penulisan tersebut haruslah dari sudut atau mengikut „Malaysian Centric‟. Selain itu, beliau telah mengemukakan suatu sistem pangambilan pelajar tingkatan enam menurut satu ketetapan dasar, di mana pengambilan tersebut dari golongan bumiputera dan bukan bumiputera menurut standard yang telah ditentukan. Standard tersebut ialah pelajar yang bukan bumiputera memperolehi kelulusan yang tinggi untuk memasuki tingkatan enam. Menurut beliau perbezaan ini dibuat kerana berdasarkan kepada fasiliti pelajaran yang terdapat pada murid-murid bukan bumiputera adalah lebih baik dari murid-murid bumiputera yang kekurangan fasiliti dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana kebanyakkan murid bukan bumiputera berasal daripada bandar, sedangkan murid-murid bumiputera kebanyakkan datang dari desa. Oleh sebab itulah pencapaian kelulusan mereka tidak sebaik murid-murid bukan bumiputera. Lebih ramai murid bumiputera diambil adalah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
  • 21. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 21 Seterusnya, Dr. Mahathir turut berusaha untuk mengimbangkan bilangan bumiputera dan bukan bumiputera dalam bidang pelajaran dengan memperlihatkan sikap yang tegas dalam masalah Institut Teknologi Mara (ITM). ITM ditubuhkan untuk mengisi kekurangan bumiputera dalam bidang pelajaran profesional dan salah satu daripada asas perpaduan ialah pembahagian kekayaan negara secara adil. Pembahagian kekayaan negara adalah melalui bidang profesional. Kalau bidang pelajaran profesional tidak ditanamkan pada anggota masyarakat bumiputera maka sudah tentu kehidupan ekonomi negara akan terancam. Seterusnya, sumbangan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ialah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU). Akta tersebut lahir akibat demonstrasi besar- besaran pelajar pada 3 Disember 1974. Akta tersebut sebagai langkah untuk melemahkan kegiatan pelajar. Antara tujuan lain akta tersebut adalah untuk mengharamkan para penuntut dari memegang sebarang jawatan dalam kesatuan-kesatuan sekerja, parti-parti politik dan persatuan-persatuan penuntut bersekutu. Walaupun akta tersebut mendapat tentangan daripada pertubuhan pelajar, parti-parti politik dan orang perseorangan, namun akhirnya dinyatakan sebagai mendapat sokongan dari rakyat. Selain itu, beliau juga turut mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 4.4 TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN Di arena politik pula, kemenangan beliau dalam pemilihan salah satu daripada kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada tahun 1975 telah menjadi batu loncatan kepada asas kejayaan politik beliau sehingga kini. Ketika Allahyarham Tun Hussein Onn menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekaligus menjawat jawatan Timbalan Presiden Parti. Kemenangan Dr. Mahathir buat kesekian kalinya dalam pilihan raya umum pada tahun 1978 telah melayakkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet kerajaan dan parti. Pada dasarnya, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telah mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli UMNO, malah seluruh lapisan rakyat Malaysia telah menyokongnya atas sikap percaya kepada pemilihan yang telah dibuat oleh pucuk
  • 22. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 22 pimpinan. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. 4.5 PERDANA MENTERI Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis mata wang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu- satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu „mengikat diri‟ kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan. Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan
  • 23. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 23 komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga mata wang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Semasa pentadbirannya banyak syarikat utiliti seperti Lembaga elektrik negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek- projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi „CEO‟ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan
  • 24. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 24 Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja. 4.6 DASAR-DASAR YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN 4.6.1 DASAR EKONOMI BARU Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1971 oleh Tun Abdul Razak. Usaha mantan Perdana Menteri Malaysia ini diteruskan oleh Tun Dr. Mahathir semasa kepimpinan beliau. Tun membentuk perancangan dalam bentuk Pelan Rangka Perspektif yang merangkumi satu siri rancangan lima tahun. Pelan Rangka Perspektif Pertama (RPR1) pada tahun 1971 hingga tahun 1990 mengemukakan rangka sosioekonomi yang luas bagi memastikan objektif DEB dapat dicapai. Tun menekankan penyerapan sains dan teknologi dalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan daya pengeluran yang menyeluruh. Tun memastikan DEB dicapai dengan melaksanakan beberapa penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan daya saing eksport Malaysia. Penggunaan teknologi tinggi digalakkan bagi meningkatkan keupayaan perindustrian dan teknologi negara (Abdul Aziz Abdul Rahman dan Sumangala Pillai, 1997). Dr. Mahathir pernah menjelaskan semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran bahawa 60% ekonomi negara adalah di tangan pemodal asing, 35% pula di tangan bukan bumiputera, sementara hanya kira-kira 5% sahaja di tangan bumiputera. “Dalam hal ini, bumiputera terpaksa berusaha mencari 25% lagi untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, sementara bukan bumiputera hanya 5% sahaja” (Drs. Rahmanmat, 1982).
  • 25. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 25 4.6.2 DASAR LUAR Beliau terlibat aktif dalam mana-mana persidangan, pertubuhan, pertemuan, konferens dan mesyuarat lain di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Komanwel, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Neara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, selaku pengerusi), Asia-Pacific Economic Coorporation (APEC), East Asia Economic Caucus (AEAC), World Trade Organization (WTO), Mesyuarat Asia- Eropah, Organisasi Perdagangan Antarabangsa dan Dasar Luar Islam: Bosnia. Menurut Milne dan Mauzy, semasa sesi perhimpunan agung PBB yang ke-50, Tun menyifatkan bahawa hanya pada perhimpunan tersebut sahaja suara-suara kecil dunia dapat didengari (Milne dan Mauzy, 1999). Dasar luar inilah yang menyebabkan beliau dan Malaysia begitu dikenali di mata dunia sehingga beliau dijemput untuk menghadiri beberapa pertemuan dengan individu-individu dan pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti George W. Bush, Kolonel Muammar Gadaffi, dan Ketua Gereja Katolik, Pope John Paul II (Dr. Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, 2003). 4.6.3 DASAR PANDANG KE TIMUR Dasar Pandang ke Timur pernah menjadi kontroversi kerana Tun memilih Jepun dan Korea Selatan sebagai role-model kepada pemodenan Malaysia (Milne dan Mauzy, 1999). Pada zaman kepimpinan beliau, rakyat masih bersikap prejudis terhadap Jepun dan tidak pernah terfikir akan mencontohi bangsa yang pernah mengkhianati mereka. Apabila beliau mengumumkan mengenai Dasar Pandang ke Timur, beliau mengemukakan kenyataan Buy British Last. Kenyataan ini menyebabkan ramai pihak yang kurang senang hati. Perkara ini boleh menyebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Britain terjejas. Malaysia mempunyai kepentingan ke atas Britain di mana 70 peratus daripada pelajar asing yang menuntut di sana ialah rakyat Malaysia. Tun menganggap bahawa ini adalah risiko yang harus diterima bagi menyemai semangat keTimuran akyat Malaysia (Aziz Zariza Ahmad, 1990). Malaysia dan Jepun bermula melalui pelaburan bidang elektronik dan barangan elektrik. Jepun dan Malaysia juga berkongsi projek mega kilang keluli, Malayawata yang merupakan projek indutri berat di Malaysia. Kerjasama ini merupakan kali pertama Jepun mengeksport tenaga mahir kepada Negara Dunia Ketiga (M. Rajendran, 1993). Kerjasama ini sebenarnya berlaku sebelum dasar ini dilaksanakan. Hubungan yang baik inilah yang mengukuhkan Dasar Pandang ke Timur. Kerjasama dan dasar yang berorientasikan Jepun ini telah melahirkan industri otomobil Malaysia
  • 26. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 26 yang pertama. Beliau melawat ke ibu pejabat Mitsubishi di Jepun dan meminta kerjasama syarikat ini untuk memulakan perindustrian kereta buatan Malaysia. Usaha ini telah membuahkan hasil dengan tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) dan Heavy Industries Corporation Malaysia (HICOM). Pada tahun 1985, Malaysia mengeluarkan kereta nasioanalnya yang pertama, Proton Saga (M. Rajendran, 1993). Dr. Mahathir bukan sekadar mencedok kemahiran dari Jepun, malah beliau ingin seluruh rakyat Malaysia mnegamalkan budaya bekerja sogo sosha orang Jepun. 4.6.4 WAWASAN 2020 Di dalam penulisan beliau, The Way Forward, Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa masa hadapan Malaysia terletak pada matlamat kebangsaan iaitu mencapai status sebagai negara maju pada tahun 2020. Pada pendapat John Hilley, matlamat yang ditentukan oleh Tun ini merupakan fahaman pemodenisasi, mobiliti sosial, dan kekayaan tanpa mengira bangsa dan seterusnya membantu rejim politik negara membina pembangunan ekonomi yang kuat (Khoo Boo Teik, 2003). Antara maklumat asas mengenai Wawasan 2020 adalah bersifat suatu cetusan fikiran bukan satu dasar khas yang merupakan mukadimah kepada pembentukan beberapa dasar baru atau teras kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baharu (Ahmad Sarji, 2003). Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa tiga dekad. Menerusi Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran strategik untuk membentuk sebuah negara maju mengikut cita rasa tempatan iaitu: Negara Malaysia yang bersatu. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, yakin diri, gagah, dan dihormati. Masyarakat demokratik yang matang dan wajar dicontohi. Masyarakat yang bermoral, beretika dan beragama. Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur. Masyarakat yang saintifik, inovatif, progresif dan berpandangan jauh
  • 27. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 27 Masyarakat yang penyayang dan mempunyai sistem keluarga yang kukuh. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi yang kukuh dan dinamik. 4.6.6 DASAR PENSWASTAAN Pada tahun 1983, Tun mengumumkan mengenai perlaksanaan dasar penswastaan yang bakal dijalankan. Beliau melihat bahawa dasar ini akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan, keberkesanan dan memberi peluang kepada syarikat tempatan berdikari selain daripada membantu melonjakkan ekonomi negara. Golongan bumiputera dilatih untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Kaum bumiputera diberi latihan dan pinjaman bagi membangunkan perniagaan kecil-kecilan daripada MARA. Dasar ini juga dilihat membantu memenuhi DEB. Pada akhir 1990-an, beberapa penswastaan dibuat seperti Sabah Electricity Board, pembinaan empangan hidro-elektrik Bakun di Sarawak, dan pengkoperasian Universiti Malaya dan Bernama. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. 4.6.7 MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR MSC merupakan projek mega yang dilaksanakan pada tahun 1994 sebagai fasa terakhir program pengindustrian negara. Skala pembangunannya adalah sangat besar dan mungkin memberi kesan kepada negara-negara ASEAN yang lain selain daripada Malaysia. MSC dipercayai mampun menjadi periuk nasi kepada Malaysia. Zon MSC merangkumi bahagian selatan Kuala Lumpur berukuran 15 Kilometer x 50 Kilometer persegi. Zon ini akan menyediakan persekitaran beberapa syarikat baharu berkembang dan membangun. Tujuh ribu hektar digunakan untuk membangunkan beberapa struktur mega seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Litar Lumba Sepang, bandar berteknologi tinggi Cyberjaya dan pusat pentadbiran, Putrajaya. 4.6.8 BERSIH, CEKAP DAN AMANAH Slogan yang dilaungkan bermula pada tahun 1982 ini merupakan antisipasi untuk menggalakkan pekerja-pekerja agar tidak mengamalkan amalan rasuah. Beliau risau dengan
  • 28. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 28 wabak rasuah yang kian menular lebih lagi dalam kalangan penjawat awam. Skandal terbesar yang pertama melibatkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan melibatkan kerugian hampir RM2.5 billion kepada kerajaan. Rasuah dalam kalangan pegawai bank diketahui oleh masyarakat melalui laporan-laporan yang disediakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin. Rasuah dilihat seperti memeras golongan yang miskin demi kepentingan sendiri. Tun tidak mahu gejala tidak sihat ini menular dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, Bersih, Cekap dan Amanah merupakan slogan yang harus dipatuhi oleh semua penjawat awam demi menjaga ketelusan perkhidmatan awam. 5.0 PERALIHAN KUASA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA TUN AHMAD BADAWI BIN ABDULLAH 5.1 PERLETAKAN JAWATAN TUN DR MAHATHIR DAN PENANGGUHAN Kenyataan perletakan jawatan Tun Mahathir sungguh mengejutkan semua pihak yang berada di dalam dan di luar dewan sewaktu perhimpunan UMNO sehinggakan suasana menjadi kelam kabut, Oleh disebabkan permintaan UMNO dan perkara-perkara lain menyebabkan beliau terpaksa meneruskan jawatannya untuk 16 bulan lagi dan perletakan jawatan secara sah pada 31 Oktober 2003. Namun, secara umumnya pada tahun 1998, beliau pernah menyatakan hasrat hendak meletakkan jawatan tetapi memandangkan berlaku krisis ekonomi pada masa tersebut dan juga skandal politik beliau pada ketika itu membuatkan beliau membatalkan hasrat beliau itu. Dikatakan Pertubuhan Persidangan Islam atau dalam bahasa Inggerisnya Organization of Islamic Conference (OIC) dan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) merupakan salah satu sebab penangguhan kepada perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 yang ditangguhkan selama 16 bulan selepas tarikh beliau mengeluarkan kenyataan perletakan jawatan tersebut. Beliau telah mempengerusikan kedua-dua persidangan semasa Negara Malaysia menjadi ketua rumah bagi persidangan tersebut di mana Tun Dr Mahathir mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-13 NAM di Kuala Lumpur pada Februari 2003. Selain mempengerusikan NAM, beliau juga telah mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-10 bagi Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya pada Oktober 2003. Kedua-dua persidangan ini menyaksikan Tun Dr Mahathir sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupun beliau tahu, beliau akan meletakkan jawatan dan beliau bukanlah seorang yang bersifat
  • 29. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 29 “melepaskan batuk di tangga”. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan dan sifat kepimpinan Tun Dr Mahathir sangat dikagumi oleh pemimpin negara-negara yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah beliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Negara Malaysia” yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan dan seterusnya memodenkan Negara Malaysia sehinggakan nama Malaysia gah di mata dunia dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau baik dari aspek ekonomi, malah dari aspek ekonomi dan sosial. KESIMPULAN Dapat disimpulkan di sini bahawa negara Malaysia di bawah kepimpinan empat Perdana Menteri telah mencapai pelbagai kemajuan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Para pemimpin Malaysia berusaha dengan sedaya upaya mereka dalam mengangkat nama Malaysia di mata dunia setanding dengan negara-negara membangun yang lain dan menjadi negara maju sejajar dengan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malahan, dengan pengorbanan dan harapan yang tidak pernah putus, akhirnya kemerdekaan dapat diperolehi oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dari tangan penjajah dengan kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yang berbilang kaum dan sokongan padu rakyat Malaysia dalam menubuhkan gagasan Malaysia walaupun menghadapi pelbagai onak dan cabaran. Ini menjadikan politik negara kita stabil dan melalui pimpinan Tun Razak dalam mewujudkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasil mengukuhkan ekonomi negara kita serta membantu rakyat tempatan dari segi ekonomi dan sosial agar terus maju ke hadapan bersaing dengan negara-negara yang lain. Manakala, Tunku Hussien Onn yang mementingkan dan mengamalkan sifat prihatin dan kemanusiaan serta mengambil rakyat akan rakyat jelata dalam membasmi kemiskinan dan memastikan keamanan Malaysia dengan menjaga hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula, perpaduan kaum yang kuat dan sikap bersepadu rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia dari tahun ke tahun. Manakala, melalui pimpinan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan dan Malaysia di bawah pemerintahan beliau telah berjaya memperolehi pembangunan yang jauh ke hadapan dan dikenali di mata dunia. Ini adalah melalui pelbagai
  • 30. SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI 30 pembaharuan fizikal, mental dan sosial serta telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kini, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia dan disanjung tinggi kerana keamanan negara yang kukuh hasil kerjasama pemimpin dan rakyat yang bersatu padu menjaga keamanan negara. Malahan, warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja dan warisan tersebut lah yang harus kita pelihara sampai bila-bila.