1. MOHAMAD ARIFNAIM BIN ROSMAN
[ No K/P : 950118-01-5259]
[Angka Giliran : SJ0601/1109]
Kerja Kursus Sejarah, Kertas 940/4
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat Pontian, Johor
Guru Penasihat: Encik AIRIL AZHAR BIN MUSTAPAR
2. Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan
Sumbangannya Dalam Bidang Pendidikan
Dan Ekonomi Di Daerah Pontian Dari
Tahun 2008 Hingga 2013
3. Nama: YB Datuk HJ Ahmad Bin HJ Maslan
Tarikh Lahir: 30 April 1966
Tempat Lahir: Benut Pontian
Pendidikan:
SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian(1973-1978 )
SM. Sains Johor, Kluang (1979-1983 )
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Jawatan:
Ahli Parlimen Pontian (Mulai 8 Mac 2008)
Timb. Menteri Kewangan (mulai 2013)
4. 1.0 Pengenalan.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, definisi tokoh ialah orang yang terkemuka, pakar,
dan mempunyai sumbangan. Tokoh yang paling mudah dicontohi ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke
4 iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Beliau telah membawa perubahan yang sangat ketara ketika
zaman pemerintahannya seperti beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan
berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha
sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian.
Tokoh yang dipilih oleh pengkaji amat sesuai kerana beliau merupakan insan yang telah
banyak mencurahkan idea dan memberi sumbangan dalam bentuk yang pelbagai bagi memastikan
kesejahteraan rakyat dipelihara. Kajian ini menjelaskan sumbangan YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
dalam aspek pembangunan pendidikan dan ekonomi di daerah Pontian. Beliau merupakan Timbalan
Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Parlimen Pontian dari tahun 2008 hingga 2013. Pelantikan
YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan telah membawa pelbagai perubahan dan kemajuan dalam pelbagai
bidang di daerah Pontian khususnya bidang pendidikan dan ekonomi. Hasrat beliau ingin menjadikan
kawasan Parlimen Pontian maju setanding daerah-daerah di negeri Johor memerlukan kerjasama semua
lapisan masyarakat
5. 2.0 Latar Belakang Tokoh
YB Dato’ Hj Ahmad Bin Maslan telah mengharungi pelbagai kisah suka dan duka dalam kehidupan
yang membuatkan beliau sentiasa matang dalam membuahkan pemikiran yang kreatif. Lahir pada 30 Appril 1996
di Benut Pontian Johor, anak kelahiran kampung Lubuk Sipat Benut Pontian ini membesar dalam keadaan yang
serba kekurangan kerana keluarganya yang miskin,namun tidak pernah sesekali membuatkan YB Dato’ Hj
Ahmad Bin Hj Maslan patah semangat untuk meneruskan kehidupan malah kemiskinan menjadikan beliau
sentiasa bersemangat dan berazam ingin mengubah taraf kehidupan keluarganya. Hj Maslan dan Hjh Aminah
adalah seorang penoreh getah yang miskin ketika muda hingga umur mereka 50an, namun kemiskinan yang Hj
Maslan dan Hjh Aminah hadapi tidak membataskan mereka membesarkan anaknya hingga ke menara gading
walaupun pada ketika itu kehidupan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana tiada kemudahan
seperti paip air, elektrik, jalan raya dan kesempitan dari segi kewangan. Melihat kecekalan ibu bapa
membesarkannya dengan gigih membuatkan beliau berazam untuk mengubah latar belakang keluarganya untuk
menikmati kehidupan yang selesa.
YB Dato’ Hj Ahmad Bin Hj Maslan merupakan seorang sangat komited dalam segala tugasan yag
diberikan kepadanya. Sifat kepimpinan yang ada di dalam diri beliau semenjak kecil lagi merupakan langkah
permulaan beliau menyusun langkah dalam membina kejayaan diri. Sewaktu zaman sekolah rendah di SK Lubuk
Sipat Benut Pontian beliau telah menerima banyak anugerah kecemerlangan seperti anugerah tokoh murid.
Setelah tamat sekolah rendah beliau menerima tawaran ke sekolah Sains kluang untuk melanjutkan pelajarannya
di peringkat menengah. Semasa di peringkat menengah, beliau juga telah menunjukkan kejayaan dalam dirinya
apabila telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sifat kerajinan dan keberanian yang
ada dalam dirinya menyebabkan beliau dipilih untuk menyertai Pertandingan Pembahas Piala Perdana Menteri.
Keazaman untuk membantu ibu bapa menyebabkan beliau sentiasa berusaha memastikan dirinya sentiasa
berada didalam kalangan pelajar cemerlang. Seterusnya, setelah tamat sekolah menengah dan memperolehi
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar.
6. Berat dihatinya untuk meninggalkan kampung halaman tetapi keazaman untuk mengubah kehidupan
keluarga dan dirinya mendorong beliau mengorbankan jiwa raga untuk berhijrah mencari ilmu di bumi asing. Pada
tahun 1986-1988 YB Dato’ Hj Ahmad Bin Hj Maslan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Victoria New Zealand
dalam bidang ekonomi dan sains politik. Pada pandangannya, tidak mudah untuk mengecapi satu kejayaan tetapi
tidak mustahil untuk mengecapi kejayaan dengan usaha yang gigih. Misi mencari ilmu tidak terhenti disini sahaja,
setelah tamat pengajian di luar negara beliau pulang ke tanah air dan menyambung pelajaran ke Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) . Sekali lagi beliau telah
dianugerahkan anugerah Emas Siswi Terbaik daripada 177 orang pelajar. Ketekunan dan semangat serta dorongan
ibu bapa membuatkan beliau sentiasa berusaha sehingga mencapai pelbagai kejayaan dan anugerah.
Setelah tamat pengajian, beliau menempuhi satu lagi cabaran dalam membentuk kerjayanya. Pelbagai
jawatan yang pernah beliau sandang diantaranya ialah dilantik sebagai pengurus operasi Persatuan Pertubuhan
Islam New Zealand, Wellington, New Zealand selama hampir setahun1989-1990. Semangat cinta akan tanah air
mendorong beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia sebagai
penolong pengarah Biro TataNegara, Jabatan Perdana Menteri 1990-1999. Sifat keikhlasan dan kejujuran yang ada
di dalam dirinya menyebabkan beliau telah dilantik untuk menjadi Setiusaha Sulit kanan dan seterusnya Setiusaha
Politik kepada YB Dato Mustapa Bin Mohamed yang merupakan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.
Seterusnya, Bbeliau telah dilantik sebagai pengarah SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri pada Mac2005 -
FEB2008 sebelum mengubah haluan kerjayanya ke bidang politik negara.
7. Sepanjang kerjayanya, pelbagai ilmu yang dipelajari membuatkan beliau seorang yang matang dan
berfikiran jauh kehadapan.YB Dato’ Hj Ahmad Bin Hj Maslan juga aktif dalam bidang politik, pelbagai jawatan
dalam bidang politik yang pernah disandang olehnya seperti pengerusi kelab UMNO wellington New Zealand
1986-1990, Timb Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia 1995, Ketua Penerangan UMNO bahagian
Pontian. Pengalaman yang banyak dalam bidang politik kerana pernah bekerja dengan beberapa menteri di
dalam kementerian dan memegang banyak jawatan dalam UMNO memyebabkan rakyat khususnya di Daerah
Pontian percaya dengan kredibiliti yang ada pada diri beliau sebagai Wakil Rakyat di kawasan Parlimen Pontian.
YB Dato’ Hj Ahmad Bin Hj Maslan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai misi, visi dan
semangat untuk menjadikan daerah Pontian sebagai Parlimen contoh dalam pelbagai bidang seperti bidang
pendidikan, bidang ekonomi, bidang keagamaan, bidang keusahawanan dan menarik minat belia negara
khususnya belia daerah Pontian untuk meningkatkan ekonomi diri . Selain itu, beliau juga telah diberi
kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’Sri Hj Mohammad Najib Bin Tun Hj Abdul Razak untuk
menyandang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2009-2013 seterusnya menjadi
Timbalan Menteri Kewangan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di Parlimen Pontian pelbagai
kejayaan dan penganugerahan yang membawa nama Parlimen Pontian ke peringkat negeri mahupun
kebangsaan.
9. 3.1 Program-program pendidikan
1. Pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC)
-SMK Benut Pontian muncul sebagai juara
2. Program Bengkel kesihatan bersama penduduk kampung mukim Api-api
-kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia
- mahasiswa mendekati masyarakat
3. Pogram E-Kasih (pembelajaran dalam talian)
-melibatkan 23 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah
-Membantu golongan kurang berkemampuan meningkatkan ilmu pengetahua
-Sebanyak 40 unit komputer disediakan di Terminal Sejahtera yang dikendalikan
oleh seorang penyelia dan dua orang pemudah cara bagi membantu pelajar mengakses
pembelajaran.
10. 3.2 Sumbangan Bidang Pendidikan
1. Peruntukan wang sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
-RM 20 000 sekolah menengah manakala RM 10 000 untuk sekolah rendah dan agama
-Peruntukan bertujuan membantu pihak sekolah merancang program-program
kecemrlangan pelajar
2. Mencadangkan pembinaan bangunan baru untuk sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD)
-SMK Bandar Pontian, SMK Parit Kudus, Pejabat Pendidikn Daerah Pontian (PPD)
-Bertujuan untuk memastikan tahap keselesaan murid dan guru berada pada tahap
yang memuaskan serta dapat menampung jumlah pelajar yang kian bertambah
11. 3.3 Kejayaan Bidang Pendidikan
Hasrat beliau ingin menjadikan daerah Pontian maju dalam bidang pendidikan dapat
direalisasikan dengan kerjasama pelbagai pihak, Rancangan pembinaan bangunan baru untuk
sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah pon siap sepenuhnya. Impak yang
positif dapat kita lihat hasil daripada cadangan beliau membina bangunan baru Pontian telah
mencatatkan peningkatan Gred Purata Sekolah bagi UPSR daripada 2.24 kepada 2.25 pada
tahun 2008 iaitu seramai 259 calon memperolehi 5A atau 7A.
Selain itu, beliau juga telah mewujudkan Perpustakaan Desa di kawasan
pendalaman seperti Perpustakaan Desa Parit Hj Siraj Kayu Ara Pasong yang memberi manfaat
terhadap masyarakat di kawasan pendalaman. Kewujudan perpustakaan desa ini memberi
peluang kepada pelajar-pelajar di kawasan pendalaman yang sukar untuk pergi ke perpustakaan
awam di bandar. Dengan cara ini pelajar yang berada di luar bandar berpeluang mencari bahan
rujukan dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
14. 4.1 Program Pembangunan Ekonomi
1. Industri Kecil Sederhana (IKS)
-ingin menjadikan Pontian sebagai pengeluar Industri Kecil Sederhana terbesar di johor
-membina pusat pengumpulan produk IKS
-contoh produk IKS ialah sate, kerepek, keropok lekor, air berkarbonat
2. Mencadang membina Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M)
-Memberi peluang kepada penduduk kampung menceburi bidang perniagaan
-kadar sewa gerai serendah RM100 sebulan
-memudahkan penduduk kampung membeli barang keperluan seperti ikan, sayur-sayuran
dll
15. 4.2 Sumbangan Bidang Ekonomi
1. Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian( Program Matching Grant)
-Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parimen Pontian
-Memberi peluang para peladang menggiatkan usaha mengeluarkan hasil tanaman
-Peladang diberi Grant pembelian peralatan atau jentera dengan harga yang lebih
murah
2. Menyediakan kemudahan asas para petani
-menyediakan pusat pengumulan hasil tani
-menyediakan pusat timbang kelapa sawit dan pengangkutan
3. Menempatkan 2 buah bank di Benut
-Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional
-memudahkan para peniaga di Benut berurusan dengan pihak bank
16. 4.3 Kejayaan Bidang Eknomi
Usaha YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan membantu meningkatkan ekonomi di daerah Pontian
melalui program-program yang direncanakan menemui kejayaan apabila pembinaan Gerai Rakyat
1Malaysia (GR1M) telah berjaya disiapkan sepenuhnya di 5 Mukim di kawasan Parlimen Pontian.
GR1M merupakan usaha memberi peluang usahawan kecil memulakan perniagaan di lokasi strategik
manakala pengurusannya diserahkan kepada JKKK.
Selain itu, pusat pengumpulan produk IKS juga telah siap sepenuhnya bagi memudahkan produk ini
dipasarkan dan dibeli oleh orang ramai. Bagi menggalakkan orang ramai menceburi bidang perniagaan
beliau telah mencadangkan meembina bangunan yang menempatkan gerai-gerai bazar dan telah siap
sepenuhnya melalui MARA. Seterusnya, beliau telah mewujudkan Anugerah Desa Cemerlang (ADC)
kampung yang memenuhi kriteria pemilihan. Melalui anugerah ini secara tidak langsung dapat
menigkatkan ekonomi penduduk kampung melalui produk pelancongan. Pelancong asing dalam dan luar
negara boleh mengunjungi kampung-kampung yang telah memenangi anugerah ini seperti KG Permatang
Duku, KG Parit Mastar dll.
18. Kesimpulan
Pelantikan YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan sebagai ahli Parlimen Pontian
merangkap Timbalan Menteri Kewangan memberi impak yang positif terhadap pembangunan
pendidikan dan ekonomi di daerah Pontian. Segala program yang direncanakan berjaya
mensejahterakan dan memberi inspirasi kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hdup mereka.
Selain itu, dalam bidang pendidikan pula telah berjaya menaik taraf mutu pendidikan secara tidak
langsung melahirkan murid yang berguna kepada bangsa dan negara.
Kajian ini telah menjelaskan sumbangan YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan dalam
pembangunan bidang pendidikan dan ekonomi di kawasan Parlimen Pontian. Pengkaji telah
menemuramah beliau untuk memperolehi bahan-bahan yang berkaitan dengan pendidikan dan
ekonomi. Ternyata YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan seorang yang sangat optimis dan komited
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di Parlimen Pontian sehinggakan
pelbagai kemajuan yang dapat kita lihat hingga kini. Dengan usaha pengorbanan YB Dato Hj
Ahmad Bin Hj Maslan, rakyat di kawasan Parlimen Pontian sangat beruntung dengan pelantikan
beliau sebagai wakil rakyat di kawasan mereka kerana semenjak beliau menjadi wakil rakyat di
kawasan Parlimen Pontian, nasib mereka terbela dan mereka dapat menikmati segala kemudahan
yang ada tanpa mengira bangsa dan agama.
19. Hasil soal selidik mendapati bahawa masyarakat di daerah Pontian
menyokong dan berpuas hati dengan pembangunan pendidikan dan ekonomi di daerah
Pontian. Semangat untuk berubah yang ditanamkan oleh beliau semenjak kecil lagi
membuatkan YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan sentiasa berusaha mencurahkan khidmat
bakti beliau dengan jayanya. Jesteru itu, YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan merupakan
pemimpin yang berwibawa, berwawasan dan mempunyai misi dan visi tersendiri untuk
menjadikan Parlimen Pontian sebagai Parlimen contoh dalam pelbagai bidang khususnya
bidang pendidikan dan ekonomi.
20. Nota Hujung
1 Temuramah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan: Dipetik daripada kata-kata YB, untuk mengubah taraf hidup rakyat
Malaysia ianya mestilah melalui pendidikan .
1 http://www.ahmadmaslan.com/p/biodata-yb-datuk-hj-ahmad-maslan
1 Temuramah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1 Temuramah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1 http://www.malaysia-terkini.com/masyarakat-perlu-bersama-majukan-pendidikan/
1 Temurammah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1 http://www.ahmadmaslan.com/2011_12_01_archive.html
1 http://www.utusan.com.my/utusan/johor/20121015/wj_03/500-pelajar-e-kasih
1 Temuramah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia
1 Temuramah Dao Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1 http://www.ahmadmaslan.com/2012/04/parlimen-pontian-wujudkan-gr1m.html
1 http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/tingkat-hasil-tani-johor.html
1 Temuramah Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan
1 http://www.ahmadmaslan.com/2012/04/parlimen-pontian-wujudkan-gr1m.html
21. Bibliografi
Sumber Primer
Temuramah YB Dato Hj Ahmad Bin Hj Maslan. SUMBANGANNYA DALAM
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN EKONOMI DARI TAHUN 2008 HINGGA 2013,
14 Februari 2014
Kaji selidik penduduk kawasan Parlimen Pontian. Soalan soal selidik , 3 Mac 2014
Sumber Sekunder
Tan Sri Fatimah. Potret Seorang Pemimpin,Nik Safiah Karim Rokiah Talib,2003
Chamil Wariyah , Abdullah Ahmad Badawi. Perjalanan Politik Perdana Menteri Ke-
5,2004
Zaharah Mahmud, Dokumentasi Konvensyen Sejarah, Negeri Kedah Darul Aman,1994
Faizal Yusup, Bicara Tentang Mahathir, 2002
Mohd Rumaizuddin Ghazali ,10 Tokoh Sarrjana Islam Paling Berpengaruh, , 2009
Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan , blog Rasmi, Ahli Parlimen Pontian Merangkap Timb.
Menteri Kewangan Malaysia http://www.ahmadmaslan.com,2008-2013