SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Télécharger pour lire hors ligne
PK 2.2
KERAJAAN MALAYSIA
Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek
Kerajaan Tahun 2022 dan 2023
(Pindaan pada 1 Ogos 2022)
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
KANDUNGAN
PK 2.2 Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022 dan 2023 ................3
1. Pendahuluan ..................................................................................................................3
2. Perancangan dan Pelaksanaan Perolehan Tahunan 2022 dan 2023 ..........................3
3. Kebenaran Mempakejkan Perolehan Tahunan Bagi Perolehan Bekalan,
Perkhidmatan dan Kerja ................................................................................................3
4. Kaedah Perolehan Kerja ................................................................................................4
5. Had Nilai Bagi Pihak Berkuasa Melulus........................................................................8
6. Taklimat Tender/Sebut Harga/Lawatan Tapak..............................................................8
7. Kaedah Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan.......................................9
8. Tarikh Kuat Kuasa..........................................................................................................9
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 3 / 9
PK 2.2 Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022 dan 2023
1. Pendahuluan
1.1 Kementerian Kewangan mulai suku kedua tahun 2020 telah memberi
beberapa kelonggaran tatacara dan peraturan perolehan bagi
menyokong usaha Kerajaan merancakkan aktiviti ekonomi agar
pelaksanaannya dapat dipercepatkan dan seterusnya mampu memberi
kesan berganda kepada ekonomi negara serta kesejahteraan Rakyat.
1.2 Kementerian Kewangan berpandangan kelonggaran tersebut masih
relevan untuk menyokong pertumbuhan dan pemulihan ekonomi
negara ekoran ketidaktentuan ekonomi global serta ketegangan
geopolitik antarabangsa.
2. Perancangan dan Pelaksanaan Perolehan Tahunan 2022 dan 2023
2.1. Agensi hendaklah merancang dan melaksanakan proses perolehan
lebih awal bagi memastikan semua perolehan dan projek dapat
disiapkan dan bayaran disempurnakan menggunakan peruntukan
tahunan 2022 dan 2023 sepertimana yang telah diluluskan oleh
Parlimen.
2.2. Pelawaan perolehan lebih awal iaitu selewat-lewatnya pada suku
kedua tahun 2022 dan 2023 akan benar-benar membantu pencapaian
objektif Kerajaan memberi kelonggaran tatacara ini. Kegagalan Agensi
memanfaatkan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian
Kewangan ini akan menjejaskan bukan sahaja usaha merancakkan
aktiviti ekonomi negara malah sebarang pertimbangan kelonggaran
tatacara pada masa hadapan.
2.3. Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) 2022 dan 2023 seboleh-
bolehnya mengambil kira kelonggaran had nilai yang dibenarkan di
bawah Pekeliling ini.
3. Kebenaran Mempakejkan Perolehan Tahunan Bagi Perolehan Bekalan,
Perkhidmatan dan Kerja
3.1. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan perolehan Kerajaan
dapat dilaksanakan dengan segera di samping membuka lebih banyak
peluang perolehan, Agensi Kerajaan dibenarkan untuk mempakej
perolehan tahunan kepada pakej yang lebih kecil untuk dilaksanakan
secara sebut harga atau undian (bagi perolehan kerja) berbanding tender.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 4 / 9
Agensi TIDAK dibenarkan untuk mempakejkan perolehan yang perlu
dilaksanakan secara tender/sebut harga kepada pembelian terus atau
lantikan terus.
3.2. Had nilai perolehan yang dibenarkan untuk dipakejkan adalah bagi
perolehan bernilai melebihi RM20,000 sahaja.
3.3. Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang dipakejkan untuk
dilaksanakan secara sebut harga adalah tertakluk kepada syarat berikut:
(i) perolehan sebut harga tersebut hendaklah dilaksanakan
sepenuhnya melalui Sistem ePerolehan; dan
(ii) jika PPT Agensi mencatatkan perancangan pelaksanaan secara
tender, PPT tersebut hendaklah dikemaskini di dalam Sistem
ePerolehan dengan memilih ‘Inactive’ pada perolehan yang dipinda
dan ‘Create’ perolehan baharu bagi mengelakkan pertindihan data
(double counting). Kedua-dua maklumat perlu disahkan oleh
Pengesah dan diluluskan oleh Pelulus yang telah ditetapkan.
3.4. Mana-mana perolehan yang telah dipecahkan kepada pakej lebih kecil
dalam tempoh sehingga 30 Jun 2023, kaedah perolehan bagi baki pakej
perolehan/projek yang belum dilaksanakan selepas tarikh tersebut adalah
berdasarkan had nilai perolehan sedia ada berkuat kuasa.
4. Kaedah Perolehan Kerja
4.1 Bagi mempercepatkan proses perolehan dan meningkatkan aktiviti
ekonomi, had nilai perolehan kerja Kerajaan dinaikkan ke nilai ambang
baharu seperti dalam Jadual 1 berikut:
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 5 / 9
Jadual 1
Kaedah
Perolehan
Had Nilai Syarat Perolehan
a. Lantikan
terus
Sehingga
RM20,000
(Kekal had
nilai sedia
ada seperti
dalam
PP/PK2.1)
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Gred G1.
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK),
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
serta Sijil Taraf Bumiputera (STB); atau
ii) mempunyai PPK dan Sijil Pusat
Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil Unit
Pendaftaran Kerja dan Juruperunding
(UPKJ) (di Sarawak).
b. Kerja
requisition
secara
undian
Sehingga
RM100,000
 Menggunakan Jadual Kadar Kerja.
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G1.
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
PPK, SPKK serta STB; atau
ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di
Sarawak).
 Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan
kerja mekanikal khas untuk sembilan (9)
sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1
dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual
1, PK2.2.
c. Sebut harga Melebihi
RM20,000
sehingga
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G1.
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 6 / 9
Kaedah
Perolehan
Had Nilai Syarat Perolehan
RM200,000 dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
PPK serta SPKK; atau
ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di
Sarawak).
 Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan
kerja mekanikal khas untuk sembilan (9)
sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1
dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual
1, PK2.2.
Melebihi
RM200,000
sehingga
RM500,000
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G2.
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
PPK serta SPKK; atau
ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di
Sarawak).
 Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan
kerja mekanikal khas untuk sembilan (9)
sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1
dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual
1, PK2.2.
Melebihi
RM500,000
sehingga
RM800,000
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G3
(negeri berkenaan).
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
PPK serta SPKK; atau
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 7 / 9
Kaedah
Perolehan
Had Nilai Syarat Perolehan
ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di
Sarawak).
 Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan
kerja mekanikal khas untuk sembilan (9)
sistem mekanikal dikekalkan seperti PK 1.1
dan PK 2.1 dengan had nilai seperti di Jadual
1, PK2.2.
d. Tender Melebihi
RM800,000
 Kontraktor tempatan.
 Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G3
hingga G7.
 Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
dalam kategori dan pengkhususan yang
berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran
seperti berikut:
i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai
PPK serta SPKK; atau
ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di
Sabah); atau
iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di
Sarawak).
 Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan
kerja mekanikal khas untuk sembilan (9)
sistem mekanikal dikekalkan seperti PK 1.1
dan PK 2.1 dengan had nilai seperti di Jadual
1, PK2.2.
Nota: Had nilai perolehan sebut harga bagi
bekalan dan perkhidmatan adalah kekal iaitu
melebihi RM20,000 sehingga RM500,000
sebagaimana PK2.1.
4.2 Bagi kerja requisition menggunakan Jadual Kadar Kerja sehingga
RM100,000 yang dilaksanakan secara undian, Agensi Kerajaan
hendaklah mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam PPK, SPKK
atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar dan menghadiri proses
undian dan tidak mewakilkan pegawai selain daripada penama yang
dinamakan dalam sijil.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 8 / 9
4.3 Bagi perolehan kerja secara sebut harga yang bernilai di antara
RM20,000 hingga RM800,000 dan tempoh pembinaan kurang daripada
tiga (3) bulan, Agensi Kerajaan boleh menggunakan Inden Kerajaan
mengikut format seperti dalam PP/PK4.2. Sekiranya tempoh pembinaan
melebihi tiga (3) bulan, Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Surat
Setuju Terima (SST) seperti dalam PP/PK4.2.
4.4 Selain itu, Agensi Kerajaan diberi pengecualian khas kepada Arahan
Perbendaharaan (AP) 182, tanpa perlu merujuk kepada JabatanTeknik
bagi projek bernilai sehingga RM500,000. Agensi Kerajaan yang telah
dikenal pasti bagi projek ini adalah dilantik sebagai Agensi Pelaksana
Projek dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan mematuhi peraturan
kewangan dan perolehan yang berkuat kuasa.
5. Had Nilai Bagi Pihak Berkuasa Melulus
5.1 Had nilai untuk memutuskan sebut harga oleh Jawatankuasa Sebut
Harga adalah melebihi RM20,000 sehingga RM800,000 bagi perolehan
kerja yang tertakluk kepada Pekeliling ini.
5.2 Had nilai untuk memutuskan sebut harga oleh Jawatankuasa Sebut
Harga adalah kekal melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 bagi
perolehan bekalan dan perkhidmatan.
6. Taklimat Tender/Sebut Harga/Lawatan Tapak
6.1. tatacara taklimat tender/sebut harga/lawatan tapak bagi perolehan
bekalan, perkhidmatan, perunding dan kerja adalah seperti berikut:
(i) taklimat atau lawatan tapak boleh dilaksanakan secara fizikal,
dalam talian atau hibrid;
(ii) jika taklimat tender dilaksanakan dalam talian, maklumat
berkaitan spesifikasi/terma rujukan/ brif projek berkenaan perlu
jelas, dan terperinci untuk membantu syarikat yang menyertai
sebut harga/tender memahami kehendak Agensi; dan
(iii) Agensi boleh memberi satu tempoh yang munasabah bagi
syarikat melawat sendiri kawasan atau tapak yang dinyatakan
dalam dokumen sebut harga/tender berkenaan. Lawatan tapak
ini dapat membantu syarikat mendapat maklumat yang lebih
tepat serta mengetahui keadaan dan memperoleh maklumat
tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran sebut
harga/tender.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2
M. S. 9 / 9
7. Kaedah Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
7.1 Mesyuarat Lembaga Perolehan (LP) dan Jawatankuasa Sebut Harga
(JKSH) boleh dilaksanakan secara fizikal, dalam talian ataupun hibrid.
8. Tarikh Kuat Kuasa
8.1 Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2023
sahaja.
8.2 Bagi maksud pelaksanaan Pekeliling ini, Surat Setuju Terima hendaklah
dikeluarkan selewat-lewatnya pada30 Jun2023.
8.3 Sekiranya terdapat perbezaan arahan Kementerian Kewangan, peraturan
dan tatacara perolehan dalam pekeliling khusus lain, maka peraturan yang
digariskan melalui pekeliling ini adalah terpakai dan berkuat kuasa bagi
tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Contenu connexe

Tendances

KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...azman_awan9
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
Manual penetapan subjek apdm
Manual penetapan subjek apdmManual penetapan subjek apdm
Manual penetapan subjek apdmHermanus Neil
 
sistem mata kredit KPM.pptx
sistem mata kredit KPM.pptxsistem mata kredit KPM.pptx
sistem mata kredit KPM.pptxULDPIPGKTB
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanAziyan Bakar
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerAhmad Fadhli
 
Maklumbalas Minit 2 2022.docx
Maklumbalas Minit 2 2022.docxMaklumbalas Minit 2 2022.docx
Maklumbalas Minit 2 2022.docxAiniSuhaidan1
 
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdf
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdfBORANG SKOR PBPPP 2022.pdf
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdfrsy
 
Pengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangPengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangmohdmazli
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUAnnis Salwa Tajudin
 
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERIS
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERISLAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERIS
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERISJayalaxmi83
 
Slide cara penggunaan tandas
Slide cara penggunaan tandasSlide cara penggunaan tandas
Slide cara penggunaan tandasdeanArif
 
My portfolio azman bin awang ft19
My portfolio azman bin awang ft19My portfolio azman bin awang ft19
My portfolio azman bin awang ft19azman_awan9
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)Safiah Sulaiman
 
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2NORILYANABINTIMDARIF
 

Tendances (20)

KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Sijil penghargaan dana
Sijil penghargaan danaSijil penghargaan dana
Sijil penghargaan dana
 
Pengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolahPengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolah
 
Manual penetapan subjek apdm
Manual penetapan subjek apdmManual penetapan subjek apdm
Manual penetapan subjek apdm
 
sistem mata kredit KPM.pptx
sistem mata kredit KPM.pptxsistem mata kredit KPM.pptx
sistem mata kredit KPM.pptx
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatan
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputer
 
Maklumbalas Minit 2 2022.docx
Maklumbalas Minit 2 2022.docxMaklumbalas Minit 2 2022.docx
Maklumbalas Minit 2 2022.docx
 
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdf
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdfBORANG SKOR PBPPP 2022.pdf
BORANG SKOR PBPPP 2022.pdf
 
Pbppp
PbpppPbppp
Pbppp
 
Pengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangPengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlang
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
 
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERIS
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERISLAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERIS
LAPORAN PROGRAM BAHASA INGGERIS
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Slide cara penggunaan tandas
Slide cara penggunaan tandasSlide cara penggunaan tandas
Slide cara penggunaan tandas
 
My portfolio azman bin awang ft19
My portfolio azman bin awang ft19My portfolio azman bin awang ft19
My portfolio azman bin awang ft19
 
Format laporan plc
Format laporan plcFormat laporan plc
Format laporan plc
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
 
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2
Kertas kerja hari anugerah kecemerlangan 2
 

Similaire à PK 2.2 28072022 (1).pdf

SEBUTHARGA.pptx
SEBUTHARGA.pptxSEBUTHARGA.pptx
SEBUTHARGA.pptxAnaHafidz1
 
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdfHIDAYATIABDJALIL1
 
kursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfkursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfOliviaOng25
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehanaimm reka
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehanaimm reka
 
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfSLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfmashitah22
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrakParidz Abdullah
 
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanPrinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanIszwan Shah
 
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptxJPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptxssuserc989c81
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara KaedahIszwan Shah
 
4002 kaedah perolehan
4002 kaedah perolehan4002 kaedah perolehan
4002 kaedah perolehanaimm reka
 
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdf
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdfPK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdf
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdfMohamadHuzaimiAbdull
 
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadHerawaty Arifin
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadHerawaty Arifin
 

Similaire à PK 2.2 28072022 (1).pdf (20)

SEBUTHARGA.pptx
SEBUTHARGA.pptxSEBUTHARGA.pptx
SEBUTHARGA.pptx
 
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf
05-taklimat-garis-panduan-penggunaan-sistem-eperolehan.pdf
 
kursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfkursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdf
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehan
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehan
 
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfSLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
 
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanPrinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
 
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptxJPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx
JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
 
4002 kaedah perolehan
4002 kaedah perolehan4002 kaedah perolehan
4002 kaedah perolehan
 
Perolehan kerajaan
Perolehan kerajaanPerolehan kerajaan
Perolehan kerajaan
 
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdf
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdfPK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdf
PK3.1 Perolehan Perunding Secara AM (pindaan 31122020).pdf
 
Cth sharga
Cth shargaCth sharga
Cth sharga
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Sarawak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - SarawakLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Sarawak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Sarawak
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SABAH
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SABAHLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SABAH
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SABAH
 
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SABAH
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SABAHLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SABAH
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SABAH
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
 

PK 2.2 28072022 (1).pdf

  • 1. PK 2.2 KERAJAAN MALAYSIA Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022 dan 2023 (Pindaan pada 1 Ogos 2022) PERBENDAHARAAN MALAYSIA
  • 2. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 KANDUNGAN PK 2.2 Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022 dan 2023 ................3 1. Pendahuluan ..................................................................................................................3 2. Perancangan dan Pelaksanaan Perolehan Tahunan 2022 dan 2023 ..........................3 3. Kebenaran Mempakejkan Perolehan Tahunan Bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja ................................................................................................3 4. Kaedah Perolehan Kerja ................................................................................................4 5. Had Nilai Bagi Pihak Berkuasa Melulus........................................................................8 6. Taklimat Tender/Sebut Harga/Lawatan Tapak..............................................................8 7. Kaedah Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan.......................................9 8. Tarikh Kuat Kuasa..........................................................................................................9
  • 3. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 3 / 9 PK 2.2 Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022 dan 2023 1. Pendahuluan 1.1 Kementerian Kewangan mulai suku kedua tahun 2020 telah memberi beberapa kelonggaran tatacara dan peraturan perolehan bagi menyokong usaha Kerajaan merancakkan aktiviti ekonomi agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan dan seterusnya mampu memberi kesan berganda kepada ekonomi negara serta kesejahteraan Rakyat. 1.2 Kementerian Kewangan berpandangan kelonggaran tersebut masih relevan untuk menyokong pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negara ekoran ketidaktentuan ekonomi global serta ketegangan geopolitik antarabangsa. 2. Perancangan dan Pelaksanaan Perolehan Tahunan 2022 dan 2023 2.1. Agensi hendaklah merancang dan melaksanakan proses perolehan lebih awal bagi memastikan semua perolehan dan projek dapat disiapkan dan bayaran disempurnakan menggunakan peruntukan tahunan 2022 dan 2023 sepertimana yang telah diluluskan oleh Parlimen. 2.2. Pelawaan perolehan lebih awal iaitu selewat-lewatnya pada suku kedua tahun 2022 dan 2023 akan benar-benar membantu pencapaian objektif Kerajaan memberi kelonggaran tatacara ini. Kegagalan Agensi memanfaatkan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan ini akan menjejaskan bukan sahaja usaha merancakkan aktiviti ekonomi negara malah sebarang pertimbangan kelonggaran tatacara pada masa hadapan. 2.3. Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) 2022 dan 2023 seboleh- bolehnya mengambil kira kelonggaran had nilai yang dibenarkan di bawah Pekeliling ini. 3. Kebenaran Mempakejkan Perolehan Tahunan Bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja 3.1. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan perolehan Kerajaan dapat dilaksanakan dengan segera di samping membuka lebih banyak peluang perolehan, Agensi Kerajaan dibenarkan untuk mempakej perolehan tahunan kepada pakej yang lebih kecil untuk dilaksanakan secara sebut harga atau undian (bagi perolehan kerja) berbanding tender.
  • 4. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 4 / 9 Agensi TIDAK dibenarkan untuk mempakejkan perolehan yang perlu dilaksanakan secara tender/sebut harga kepada pembelian terus atau lantikan terus. 3.2. Had nilai perolehan yang dibenarkan untuk dipakejkan adalah bagi perolehan bernilai melebihi RM20,000 sahaja. 3.3. Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang dipakejkan untuk dilaksanakan secara sebut harga adalah tertakluk kepada syarat berikut: (i) perolehan sebut harga tersebut hendaklah dilaksanakan sepenuhnya melalui Sistem ePerolehan; dan (ii) jika PPT Agensi mencatatkan perancangan pelaksanaan secara tender, PPT tersebut hendaklah dikemaskini di dalam Sistem ePerolehan dengan memilih ‘Inactive’ pada perolehan yang dipinda dan ‘Create’ perolehan baharu bagi mengelakkan pertindihan data (double counting). Kedua-dua maklumat perlu disahkan oleh Pengesah dan diluluskan oleh Pelulus yang telah ditetapkan. 3.4. Mana-mana perolehan yang telah dipecahkan kepada pakej lebih kecil dalam tempoh sehingga 30 Jun 2023, kaedah perolehan bagi baki pakej perolehan/projek yang belum dilaksanakan selepas tarikh tersebut adalah berdasarkan had nilai perolehan sedia ada berkuat kuasa. 4. Kaedah Perolehan Kerja 4.1 Bagi mempercepatkan proses perolehan dan meningkatkan aktiviti ekonomi, had nilai perolehan kerja Kerajaan dinaikkan ke nilai ambang baharu seperti dalam Jadual 1 berikut:
  • 5. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 5 / 9 Jadual 1 Kaedah Perolehan Had Nilai Syarat Perolehan a. Lantikan terus Sehingga RM20,000 (Kekal had nilai sedia ada seperti dalam PP/PK2.1)  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Gred G1.  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB); atau ii) mempunyai PPK dan Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak). b. Kerja requisition secara undian Sehingga RM100,000  Menggunakan Jadual Kadar Kerja.  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G1.  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK, SPKK serta STB; atau ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di Sarawak).  Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan kerja mekanikal khas untuk sembilan (9) sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1 dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual 1, PK2.2. c. Sebut harga Melebihi RM20,000 sehingga  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G1.  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar
  • 6. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 6 / 9 Kaedah Perolehan Had Nilai Syarat Perolehan RM200,000 dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK serta SPKK; atau ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di Sarawak).  Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan kerja mekanikal khas untuk sembilan (9) sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1 dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual 1, PK2.2. Melebihi RM200,000 sehingga RM500,000  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G2.  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK serta SPKK; atau ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di Sarawak).  Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan kerja mekanikal khas untuk sembilan (9) sistem mekanikal dikekalkan seperti PK1.1 dan PK2.1 dengan had nilai seperti di Jadual 1, PK2.2. Melebihi RM500,000 sehingga RM800,000  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G3 (negeri berkenaan).  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK serta SPKK; atau
  • 7. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 7 / 9 Kaedah Perolehan Had Nilai Syarat Perolehan ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di Sarawak).  Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan kerja mekanikal khas untuk sembilan (9) sistem mekanikal dikekalkan seperti PK 1.1 dan PK 2.1 dengan had nilai seperti di Jadual 1, PK2.2. d. Tender Melebihi RM800,000  Kontraktor tempatan.  Kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G3 hingga G7.  Kontraktor yang dipelawa hendaklah berdaftar dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut: i) berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK serta SPKK; atau ii) mempunyai PPK dan Sijil PUKONSA (di Sabah); atau iii) mempunyai PPK dan Sijil UPKJ (di Sarawak).  Bagi pelaksanaan kerja kategori elektrik dan kerja mekanikal khas untuk sembilan (9) sistem mekanikal dikekalkan seperti PK 1.1 dan PK 2.1 dengan had nilai seperti di Jadual 1, PK2.2. Nota: Had nilai perolehan sebut harga bagi bekalan dan perkhidmatan adalah kekal iaitu melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 sebagaimana PK2.1. 4.2 Bagi kerja requisition menggunakan Jadual Kadar Kerja sehingga RM100,000 yang dilaksanakan secara undian, Agensi Kerajaan hendaklah mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam PPK, SPKK atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar dan menghadiri proses undian dan tidak mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil.
  • 8. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 8 / 9 4.3 Bagi perolehan kerja secara sebut harga yang bernilai di antara RM20,000 hingga RM800,000 dan tempoh pembinaan kurang daripada tiga (3) bulan, Agensi Kerajaan boleh menggunakan Inden Kerajaan mengikut format seperti dalam PP/PK4.2. Sekiranya tempoh pembinaan melebihi tiga (3) bulan, Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Surat Setuju Terima (SST) seperti dalam PP/PK4.2. 4.4 Selain itu, Agensi Kerajaan diberi pengecualian khas kepada Arahan Perbendaharaan (AP) 182, tanpa perlu merujuk kepada JabatanTeknik bagi projek bernilai sehingga RM500,000. Agensi Kerajaan yang telah dikenal pasti bagi projek ini adalah dilantik sebagai Agensi Pelaksana Projek dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan mematuhi peraturan kewangan dan perolehan yang berkuat kuasa. 5. Had Nilai Bagi Pihak Berkuasa Melulus 5.1 Had nilai untuk memutuskan sebut harga oleh Jawatankuasa Sebut Harga adalah melebihi RM20,000 sehingga RM800,000 bagi perolehan kerja yang tertakluk kepada Pekeliling ini. 5.2 Had nilai untuk memutuskan sebut harga oleh Jawatankuasa Sebut Harga adalah kekal melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan. 6. Taklimat Tender/Sebut Harga/Lawatan Tapak 6.1. tatacara taklimat tender/sebut harga/lawatan tapak bagi perolehan bekalan, perkhidmatan, perunding dan kerja adalah seperti berikut: (i) taklimat atau lawatan tapak boleh dilaksanakan secara fizikal, dalam talian atau hibrid; (ii) jika taklimat tender dilaksanakan dalam talian, maklumat berkaitan spesifikasi/terma rujukan/ brif projek berkenaan perlu jelas, dan terperinci untuk membantu syarikat yang menyertai sebut harga/tender memahami kehendak Agensi; dan (iii) Agensi boleh memberi satu tempoh yang munasabah bagi syarikat melawat sendiri kawasan atau tapak yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga/tender berkenaan. Lawatan tapak ini dapat membantu syarikat mendapat maklumat yang lebih tepat serta mengetahui keadaan dan memperoleh maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran sebut harga/tender.
  • 9. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.2 M. S. 9 / 9 7. Kaedah Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan 7.1 Mesyuarat Lembaga Perolehan (LP) dan Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH) boleh dilaksanakan secara fizikal, dalam talian ataupun hibrid. 8. Tarikh Kuat Kuasa 8.1 Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2023 sahaja. 8.2 Bagi maksud pelaksanaan Pekeliling ini, Surat Setuju Terima hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya pada30 Jun2023. 8.3 Sekiranya terdapat perbezaan arahan Kementerian Kewangan, peraturan dan tatacara perolehan dalam pekeliling khusus lain, maka peraturan yang digariskan melalui pekeliling ini adalah terpakai dan berkuat kuasa bagi tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan.