Kurikulum dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti falsafah pendidikan, politik, pembangunan negara, perubahan sosial, perancang kurikulum, kebutuhan murid dan masyarakat, perkembangan ilmu, dan psikologi pendidikan. Terdapat beberapa jenis kurikulum seperti tersembunyi, yang dihasratkan, sokongan, yang diajarkan, dan yang diuji.
1. KURIKULUM
• FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKKAN, PERKEMBANGAN DAN
ISU 1 PERUBAHAN KURIKULUM.
• JENIS-JENIS KURIKULUM.
ISU 2
2. PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang
sentiasa mengalami perubahan. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, perancangan
dan pembentukan kurikulum ( khususnya
KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh
falsafah dan matlamat pendidikan negara
yang menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan.
3. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu
pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah
negara yang sedang pesat membangun,
Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang
kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang dinamik serta selaras
dengan cita-cita dan kehendak negara
( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )
4. KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA DALAM
SEBUAH KURIKULUM
Kandungan
kurikulum
Komponen-komponen
Proses penilaian utama dlm sebuah
Objektif
kurikulum kurikulum
kurikulum
Aktiviti P&P
5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKKAN, PERKEMBANGAN DAN
PERUBAHAN KURIKULUM
1. • FALSAFAH PENDIDIKAN
2 • FAKTOR POLITIK.
3 • FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA
DAN PERKEMBANGAN DUNIA.
4 • FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.
6. 5 • FAKTOR PERANCANG DAN
PELAKSANA KURIKULUM.
6 • FAKTOR MURID , KEHENDAK
DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.
7 • FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU
DAN KEPENTINGANNYA.
8 • PENGARUH PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
7. FAKTOR PERTAMA :
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah pendidikan negara mempunyai
implikasi yang besar terhadap
pembentukan kurikulum. KBSR dan
KBSM adalah hasil perubahan yang
diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Di antara
perubahan-perubahan yang jelas
terdapat dalam kedua-dua kurilkulum
tersebut ialah :
8. 1. Sukatan pelajaran yang digubal
memberi penekanan kepada aspek
kesepaduan dan keseimbangan.
2. Penekanan baru diberikan kepada
penerapan nilai-nilai murni.
3. Melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
4. Pendidikan umum diperkenalkan.
5. Pendidikan teknik dan vokasional.
9. 6. Bahasa merentasi kurikulum.
7. Pemupukan budaya sains dan
teknologi.
8. Pemupukan budaya keusahawanan
dan budaya niaga ditegaskan.
9. Pengukuhan dan perluasan bahasa
Melayu sebagai satu cabang ilmu
pengetahuan.
10. Peningkatan pendedahan dan
penguasaan bahasa Inggeris.
11. Penekanan kepada melahirkan
individu yang berkeyakinan diri dan
bersikap berdikari.
10. FAKTOR KEDUA :
FAKTOR POLITIK
Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya
"Currikulum Planning menyatakan " :
"Curriculum Development is also a political
process. It requires dealing with people and
their various power bases and their views of
what makes for good education“
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya
`Curriculum Development : A Guide to
Practice’ turut menjelaskan pengaruh
politik dalam pembentukan dan
perkembangan sesuatu kurikulum.
11. FAKTOR KETIGA :
FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN
PERKEMBANGAN DUNIA.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi
oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju
dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus
diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida
Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the
face of the earth and the institutions of our society,
but man itself "
12. perkembangan kurikulum haruslah sejajar
dengan pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Kandungan kurikulum
pendidikan perlu menitikberatkan mata
pelajaran sains dan kemahiran teknik atau
vokasional kerana tenaga kerja yang mahir
diperlukan dalam zaman yang berteknologi
dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
13. FAKTOR KEEMPAT :
FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
Selain menjadi tempat menyalurkan
pengetahuan dan melatih kemahiran
akademik, sekolah juga merupakan agen
sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-
nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar
negara diserapkan.
Dengan itu perkembangan kurikulum harus
sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-
nilai murni dalam diri individu tidak pupus
ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor,
1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
14. FAKTOR KELIMA :
FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA
KURIKULUM
Perubahan yang begitu pesat dalam
masyarakat dan dunia membuat kurikulum
hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran
masa. Sehubungan dengan itu perancang
kurikulum bertanggungjawab menyemak
semula dari masa ke semasa.
Pengguguran, perubahan atau pertambahan
terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut
peredaran masa, kehendak masyarakat dan
kemajuan negara.
15. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu
pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara
pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat
diperkemaskinikan. Masalah pertambahan
pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah
pemilihan apa yang hendak dipelajari serta
pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus
berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus
disediakan untuk menyesuaikan diri dengan
permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru
dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa
yang mereka kemukakan kepada murid-murid
(Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
16. FAKTOR KEENAM :
FAKTOR MURID,KEHENDAK DAN
KEPERLUAN MASYARAKAT
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan
keperluan asas yang melibatkan kehendak dan
keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan
kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya
dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan
individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang
dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang merangsang perkembangan
potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi
intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
17. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil
kira keperluan murid serta mampu memberi faedah
secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan
perkembangan individu dalam bidang kognitif,
psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa
membentuk kurikulum tersebut.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian
daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum
haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid
dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat
di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat
yang akan mereka hadapi kelak.
18. FAKTOR KETUJUH :
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN
KEPENTINGANNYA.
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada
masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima
pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan
kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik
menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini
disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan
kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak
masyarakat dan negara.
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti
perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu
terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam
pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari
masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan
kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman
19. FAKTOR KELAPAN :
PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep
falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle
banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad
ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting
ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai
pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa
matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak.
Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap
pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang
terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan
tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan strategi
pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran
kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan
utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah
matematik diajar semata-mata dengan menggunakan
teknik latih tubi
( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
20. Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah
bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik
sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah
dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan
memasukkan pengetahuan matematik ke dalam
gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan
aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus
membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap
matematik.
Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum
matematik yang memberikan tumpuan kepada
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah
diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an.
Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran
Matematik ditekankan kepada fahamanND binaan
(konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis.
(Nik Aziz Nik Pa )
21. Kurikulum
tersembunyi
Kurikulum Kurikulum yang
masa depan dialami/dipelajari
Kurikulum JENIS-JENIS Kurikulum
sokongan yang diuji
KURIKULUM
Kurikulum Kurikulum
bertulis/yang yang
dihasratkan diajarkan
Cadangan
kurikulum
22. JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum tersembunyi
- Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara
implisit
- Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat
resam, nilai budaya yang dikenali sebagai
sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan
jujur
- Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi
dan latar belakang pengalaman guru dan murid
Cadangan kurikulum
- Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar
pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya
pembentuk dan pembuat dasar
23. JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum bertulis/yang dihasratkan
- Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum
negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan iaitu
KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
Kurikulum sokongan
- Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh
sumber yang disediakan untuk menyokong atau
menyampaikannya.
24. JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum yang diajarkan
- Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati
pengajaran guru.
Kurikulum yang diuji
- Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal
oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian
piawaian.
Kurikulum yang dialami/dipelajari
- Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah
laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman
persekolahan.
25. JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum masa depan
- Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan
mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta
berupaya belajar sepanjang hayat
- Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan
pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal
melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis
- Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan
pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat
keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan
futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.
- 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:
1. kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian
dengan menggunkana pelbagai strategi.
2. kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui
rangkaian jaringan.
3. bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada
pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras
kurikulum.