1.
JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN
DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
BUKU PANDUAN
KELAB RUKUN NEGARA
2. KANDUNGAN
1. Prinsip‐Prinsip Rukun Negara
2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara
3. Pendahuluan
4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara
5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara
6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara
7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara
8. Sumber Kewangan
9. Kesimpulan
10. Peraturan Kelab Rukun Negara
10.1 Pendahuluan
10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara
10.3 Peraturan
11. Lampiran B ‐ Aktiviti
Kelab Rukun Negara
12. Lampiran C ‐ Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara
2
3. Rukun Negara
Pengisytiharan
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita‐cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita
tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
3
4. Lima Prinsip Rukun Negara
Lima Prinsip Rukun Negara
Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Chorus:
Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara
Ikrar:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang‐Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
4
5.
Lagu Ciptaan : Dato’ Wah Idris
Lirik Oleh : Dato’ Cosmas J. Abah
Dato’ Azman Amin Hassan
5
6. 1. PENDAHULUAN
1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah
mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika
itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan
darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem
kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk
mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang‐undang
negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai
di kalangan rakyat.
1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah
menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan‐
Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk
membincangkan serta meneliti isu‐isu perpaduan nasional dan
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah‐masalah berkaitan
dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan
dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan
bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh
seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu
padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah
Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di‐Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi
pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke
arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan
dan kecintaan kepada bangsa dan negara.
6
7. 1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid‐murid
mengenai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah‐
sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan
diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 11 Ogos 2004.
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan
disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa
merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari
Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah
menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada
prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun
Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip
tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta
menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup
seharian.
2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan
pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab
Rukun Negara di sekolah‐sekolah menengah seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7
8. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah‐sekolah
bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan
Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara
ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci
dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan
pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.
2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan
meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip‐prinsip
Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).
3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
3.1 Memperkenalkan prinsip‐prinsip Rukun Negara;
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun
Negara;
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
3.4 Menjadikan prinsip‐prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan
cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang
mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,
bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
8
9. 4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA
Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan
Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah adalah seperti berikut:‐
TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN
1. Jabatan - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Perpaduan - Bahagian Perpaduan - Cadangan aktiviti
Negara Dan Masyarakat Dan - Kepegawaian /
Integrasi Integrasi Negara Fasilitator
Nasional - Bahan cetak
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan
9
10. TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN
2. Kementerian - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Pelajaran Pelajaran Malaysia - Cadangan aktiviti
Malaysia - Pengarah Bahagian - Kepegawaian /
Sekolah Fasilitator
- Pengarah Bahagian - Bahan cetak
Pendidikan Guru - Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan
3. Jabatan - Pengarah Jabatan - Arahan
Perpaduan Perpaduan Negara - Kewangan
Negara Dan Dan Integrasi - Cadangan dan
Integrasi Nasional Negeri pelaksanaan aktiviti
Nasional - Pengarah Pelajaran - Pemantauan
Negeri /Jabatan Negeri - Pelaporan
Pelajaran
Negeri
4. Pejabat - Pegawai Perpaduan - Pelaporan
Perpaduan Daerah/Bahagian - Penyelarasan
Daerah - Pegawai Pelajaran
/Bahagian/ Daerah/Bahagian
Pejabat
Pelajaran
Daerah/
Bahagian
10
11. TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN
5. Sekolah - Pengetua/Guru Besar - Penubuhan kelab
- Guru Penasihat - Pelaksanaan aktiviti
- Pemantauan
- Pelaporan
- Sumber Kewangan
11
12. 5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah‐sekolah akan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada
pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan
pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid
tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan
sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai
kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip
Rukun Negara iaitu:
* Kepercayaan Kepada Tuhan
* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang‐Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
5.2 Antara aktiviti‐aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab
Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan
Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah
seperti di Lampiran B.
5.3 Selain daripada aktiviti‐aktiviti yang dinyatakan di atas, dari
semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan
merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan,
12
13. mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu,
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di
sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang
menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai‐
nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan
semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di
kalangan murid.
6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan
peruntukan kokurikulum sedia ada);
6.2 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;
6.3 Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;
6.4 Sumbangan daripada agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐
pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;
6.5 Perkongsian bijak dengan agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐
pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan
6.6 Sumbangan individu dan lain‐lain yang difikirkan sesuai.
7. KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara
akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang
unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa
13
14. ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian
matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu
dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan
mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam
sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan
Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
14
15. PERATURAN‐PERATURAN KELAB RUKUN
NEGARA
1. PENDAHULUAN
1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua
sekolah rendah dan menengah.
1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan
dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak
sekolah.
1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu
jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri.
Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada
perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara
yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.
2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di
peringkat sekolah masing‐masing.
2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu
permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing‐
masing.
15
16. 2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru
Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung
untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli‐ahli
jawatankuasa.
2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat
agung.
2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada
Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan‐laporan
seperti berikut:‐
i) Perlembagaan kelab;
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.
2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat
sekurang‐kurangnya 3 kali setahun.
3. PERATURAN
Peraturan 1: Nama Pertubuhan
1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang
terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah
1997.
16
17.
1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti
dengan nama sekolah masing‐masing.
1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut
ditubuhkan.
Peraturan 2 : Objebtif
2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya
mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta
prinsip‐prinsip Rukun Negara;
2.1.2 Menyemai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara di kalangan murid;
2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid
tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;
2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan
mengamalkan Rukun Negara;
2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan
di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya‐
mempercayai, hormat‐menghormati, toleransi dan
kerjasama antara kaum;
17
18. 2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,
adat resam dan pantang larang kaum‐kaum di Malaysia.
Peraturan 3 : Keahlian
3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan
menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah
terlibat secara aktif dengan aktiviti‐aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.
3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai
kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali
bagi sekolah‐sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum
sahaja.
3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji
mentaati perkara‐perkara berikut:‐
3.3.1 Saling hormat‐menghormati di antara satu kaum dengan
kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana‐
mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.
18
19. 3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab;
3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain
membuat propaganda yang boleh memecah‐belahkan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;
3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum
dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak
diamalkan.
3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara
terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga
menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Peraturan 4 : Aktiviti
4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan
aktiviti‐aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara
seperti berikut:‐
4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;
19
20. 4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;
4.1.3 Keluhuran Perlembagaan
- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
4.1.4 Kedaulatan Undang‐Undang
‐ Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang‐
undang;
4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan
‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai
tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.
4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku
Panduan Kelab Rukun Negara.
Peraturan 5 : Pentadbiran
5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat
Kebangsaan
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal
dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.
20
21. Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
1. Penaung ‐ Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Bersama
‐ Menteri Pelajaran Malaysia
2. Pengerusi ‐ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
‐ Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional
3. Timbalan ‐ Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional
4. Setiausaha ‐ Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
‐ Pengarah
Bahagian Perpaduan Masyarakat
dan Integrasi Negara
5. Ahli ‐ a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan
Integrasi Negara
b) Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
d) Jabatan Penerangan Malaysia
e) Bahagian Teknik dan Vokasional
21
22. Kementerian Pelajaran Malaysia
f) Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional Negeri
5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan
aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu,
peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau
pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan
sekolah‐sekolah.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Penaung ‐ Exco Perpaduan
ii. Pengerusi bersama ‐ Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri/
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Negeri
iii. Setiausaha ‐ Penolong Pengarah JPNIN
Negeri
Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri
iv. Ahli ‐ Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri
‐ Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
22
23. ‐ Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian
1. Penasihat ‐ Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/
Pengarah JPNIN Negeri
2. Pengerusi ‐ Pegawai Pelajaran Daerah/
Bersama Pegawai Perpaduan Daerah
3. Setiausaha ‐ Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah
Pembantu Pembangunan Masyarakat
JPNIN
5. Ahli ‐ Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)
5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah
Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat
sekolah adalah seperti berikut:
i) Penaung ‐ Pengetua/Guru Besar
ii) Penasihat ‐ Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Penyelaras ‐ Guru Penasihat
iv) Pengerusi ‐ Seorang murid
v) Timbalan Pengerusi ‐ Seorang murid
vi) Setiausaha ‐ Seorang murid
23
24.
vii) Penolong Setiausaha ‐ Seorang murid
viii) Bendahari ‐ Seorang murid
ix) Ahli Jawatankuasa ‐ 10 orang murid
x) Juru Audit Dalam ‐ 2 orang
(seorang guru dan seorang murid)
Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa
Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan
yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan
Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.
Peraturan 6 : Tugas Jawata tankuasa
Pengerusi ‐ Bertanggungjawab ke atas keseluruhan
perjalanan kelab.
‐ Mempengerusikan mesyuarat kelab.
‐ Menyusun dan merangka aktiviti kelab.
‐ Merapatkan hubungan dengan Kelab‐
kelab Rukun Negara yang lain.
‐ Berhubung dengan Pejabat Perpaduan
Negeri / Daerah / Bahagian untuk
mendapatkan bahan penerbitan dan
sebagainya.
‐ Lain‐lain tugas pentadbiran kelab.
Timbalan Pengerusi ‐ Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
‐ Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
‐ Mempengerusikan kelab semasa
ketiadaan Pengerusi.
24
25. ‐ Membantu Pengerusi merancang aktiviti
kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi.
Setiausaha ‐ Mencatat minit mesyuarat.
‐ Menyediakan laporan kegiatan dan
aktiviti.
‐ Menguruskan urusan surat‐menyurat.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala fail‐
fail kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Penolong Setiausaha ‐ Membantu Setiausaha menjalankan
tugas‐tugas kesetiausahaan.
‐ Menjalankan tugas Setiausaha semasa
ketiadaan Setiausaha.
Bendahari ‐ Bertanggungjawab menguruskan urusan
kewangan kelab.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala
urusan kewangan kelab.
‐ Mengusahakan sumber kewangan kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
AJK ‐ Bertanggungjawab sepenuhnya kepada
Pengerusi/Timbalan Pengerusi.
‐ Membantu Jawatankuasa Eksekutif
menjalankan urusan kelab.
‐ Menghadiri mesyuarat kelab apabila
dipanggil.
‐ Membantu Pengerusi menambah
keahlian kelab.
‐ Membantu pengerusi menjalankan
aktiviti kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi.
25
26.
‐ Memeriksa dan mengesahkan penyata
Juru Audit Dalam
perbelanjaan Kelab Rukun Negara
sekurang‐kurangnya dua kali setahun.
Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara
7.1 Akaun bagi tiap‐tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah
kawalan Pengetua /Guru Besar.
7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan
supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah
menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari
enam bulan setelah berakhir tiap‐tiap tahun kewangan dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.
7.3 Apa‐apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah
hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar
Peraturan 8 : Mesyuarat Agung
8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung
pada setiap tahun.
8.2 Peranan Mesyuarat Agung
a) Memilih Jawatankuasa Kelab;
26
27. b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal‐hal lain.
Peraturan 9:
9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal,
meminda dan menambah mana‐mana peraturan yang terkandung di
dalam buku ini pada bila‐bila masa dan tanpa terikat kepada mana‐
mana pihak.
27
28.
28
29. PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid • Arahan daripada • Pengetua/ Guru Besar
RUKUN sentiasa Kementerian Pelajaran • Semua murid
NEGARA menghayati Malaysia. (KPM) • AJK Kelab Rukun Negara
falsafah serta • Pegawai Perpaduan
• Setiap perhimpunan
prinsip‐prinsip Daerah (Pemantauan)
sekolah.
Rukun Negara
• Hari Korikulum
• Majlis rasmi.
• Sambutan Bulan
Kemerdekaan
• Sambutan Bulan
Perpaduan.
• Kumpulan pembaca
ikrar terdiri daripada
pelbagai kaum.
2. MEMPAMERK Supaya murid • Di pintu masuk • Pengetua/Guru Besar
AN sentiasa hadapan sekolah. • AJK KRN
PRINSIP‐ mengingati • Sudut khas dalam
PRINSIP prinsip‐prinsip kelas dan pejabat.
RUKUN Rukun Negara. • Mural di dinding
NEGARA • Papan kenyataan
3. NYANYIAN Menyemai rasa • Semasa majlis sekolah. • Pengetua/Guru Besar
LAGU cinta dan bangga • Setiap perjumpaan • AJK KRN
KEBANGSAAN terhadap raja dan kelab.
’NEGARAKU’ negara
DAN NEGERI
29
30. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
4. FORUM‐ 1. Memperkenalkan nilai‐ • Menjemput ahli • Semua murid
MEMAHAMI nilai sejagat dalam agama. panel yang • AJK KRN
KEPELBAGAIAN 2. Menghormati mewakili agama
AGAMA kepercayaan agama lain. masing‐masing.
3. Menghormati penganut‐
penganut agama lain.
5. CERAMAH‐ 1. Mendedahkan nilai‐nilai • Menjemput panel • Pengetua/Guru
Penerapan nilai sejagat dalam agama. penceramah Besar
sejagat dalam bertauliah • PIBG
agama 2. Menerapkan unsur‐unsur daripada JPNIN, • JPNIN
positif dalam kehidupan. KPM dan Jabatan
Penerangan
Malaysia.
6. PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan • Pertandingan • KPM
PIDATO/DEBAT mencungkil bakat murid terbuka kepada • JPNIN
PERPADUAN 2. Memupuk minat setiap murid. • Sekolah
DAN INTEGRASI membaca. • Sempena Bulan • AJK KRN
NASIONAL 3. Menggalakkan Kemerdekaan /
penggunaan ICT untuk Bulan Perpaduan
mencari bahan. • Peringkat Daerah,
Negeri dan
Kebangsaan.
30
31. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
7. LAWATAN KE 1. Mengenali secara • Menganjurkan • Sekolah
RUMAH‐RUMAH lebih dekat rumah‐ lawatan ke rumah‐ • AJK KRN
IBADAT rumah ibadat rumah ibadat
penganut agama lain. yang dibuka
untuk
2. Menyemai lawatan/seperti di
perasaan/sikap Masjid
menghormati prinsip Negara/Putrajaya,
kebebasan beragama Batu Caves
di kalangan setiap Selangor, Sam Poh
warganegara. Tong di Ipoh,
Perak.
• Mendapatkan
kebenaran
bertuulis daripada
ibu bapa.
• Mendapat
kebenaran
daripada rumah‐
rumah ibadat.
8. MERAIKAN HARI Mendedahkan murid • Mengadakan • Pengetua/Guru
PERAYAAN kepada pelbagai hari majlis sambutan di Besar
PELBAGAI KAUM perayaan seperti Hari Raya sekolah. Murid • AJK KRN
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, digalakkan
Deepavali, Krismas, Hari melibatkan diri di
Gawai dan Pesta Kaamatan. dalam aktiviti‐
aktiviti yang
dianjurkan.
• Program
dianjurkan dalam
bulan‐bulan
berkaitan.
31
32. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
9. PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap • Pertandingan • Guru
PENYEDIAAN mencintai dan Buku Skrap Agama/Guru
FOLIO/BUKU menghargai tentang Pendidikan
SKRAP anugerah Tuhan di kepercayaan Moral
kalangan murid. kepada Tuhan. • AJK KRN
• Sebelum dan
2. Memberi kesedaran
selepas Hari
dan keinsafan
Perayaan Agama;
kepada murid
contoh: pada hari
tentang kesan
Maulidur Rasul.
terhadap alam sekitar
akibat daripada
• Mengumpul
perbuatan manusia.
bahan‐bahan
berkaitan dengan
keindahan dan
3. Menggalakkan
kemusnahan alam
penggunaan ICT
ciptaan Tuhan.
untuk mencari
bahan.
10. KEM BINA Mempertingkatkan Mengadakan • Pengetua/Guru
INSAN kerohanian dan nilai‐nilai ceramah, forum, Besar
murni di kalangan murid. bengkel dan • AJK KRN
sebagainya. • JPNIN
Mengadakan
11. BAHAN Mempertingkatkan ceramah, forum, • Pengetua/Guru
PENERBITAN kerohanian dan nilai‐nilai bengkel dan Besar
murni di kalangan murid. sebagainya. • AJK KRN
• JPNIN
32
33. PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip – prinsip Rukun • Semua murid
• Setiap
Negara • AJK Kelab
perhimpunan
Rukun Negara
sekolah.
• (KRN)
• Pegawai
• Hari
Perpaduan
Kokurikulum.
Daerah
• Majlis rasmi. (Pemantauan)
• Sambutan Bulan
Perpaduan.
• Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. • AJK KRN
• Setiap perjumpaan
’NEGARAKU’
kelab.
DAN NEGERI
33
34. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
3. LAWATAN Memberi pendedahan • Lawatan ke Istana, • Semua murid
mengenai Sistem Muzium DiRaja • AJK KRN
Pemerintahan Raja dan Muzium
Berperlembagaan. Negeri
• Lawatan Integrasi
semasa Hari
Keputeraan
Agong.
• Lawatan semasa
Persidangan
Parlimen dan
Dewan Undangan
Negeri.
4. PERTANDINGAN 1. Menyemai rasa cinta dan • Bersifat • Pengetua/Guru
BUKU bangga kepada Raja dan pertandingan Besar
SKRAP/FOLIO Negara. • AJK KRN
• Kerja kumpulan.
SALASILAH
KESULTANAN 2. Memberi pendedahan
• Dijalankan di
NEGERI mengenai sistem
peringkat sekolah.
pemerintahan negeri‐
negeri di Malaysia.
3.
34
35. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
5. KEMPEN KIBAR Menyemai dan memupuk • Mengadakan • Pengetua/Guru
JALUR semangat patriotisme di majlis pelancaran Besar
GEMILANG DAN kalangan murid. Kempen Kibar
BENDERA Jalur Gemilang • AJK KRN
NEGERI dan Bendera
Negeri.
• JPNIN
• Nyanyian lagu
Jalur Gemilang
dan patriotik
• Tayangan gambar
berunsurkan
patriotik untuk
semua kaum.
• Ahli KRN
menyertai
Perbarisan
sempena ulang
tahun Hari
Kemerdekaan.
• Sempena
Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
• Majlis rasmi yang
lain.
6. PENGKISAHAN 1. Mengingati dan • Bersifat • Pengetua/Guru
SEJARAH menghayati sejarah pertandingan Besar
NEGARA OLEH dan pembangunan
• Kerja kumpulan.
TOKOH‐TOKOH negara. • AJK KRN
NEGARA DAN
• Dijalankan di
TEMPATAN 2. Menghargai jasa‐jasa
peringkat sekolah.
pemimpin negara.
35
36. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
7. PAMERAN 1. Mengenali dan • Mengadakan • Pengetua/Guru
(Sejarah Negara) menghayati sejarah pameran. Besar
negara.
• Menyediakan
• AJK KRN
bahan.
2. Memupuk perasaan
cintakan negara.
• Mengadakan
lawatan ke
3. Menghargai jasa‐jasa
pameran yang
pemimpin tempatan
dianjurkan oleh
dan pejuang negara.
agensi‐agensi lain.
8. PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. • Menguruskan • Pengetua/Guru
KEBUDAYAAN/ pertandingan:‐ Besar
KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan • AJK KRN
a) puisi
WARISAN diri.
b) drama
36
37. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
3. Memberi pendedahan c) mencipta lagu • Pengetua/Guru
kepada murid tentang patriotik Besar
kebudayaan dan
d) menyanyi
kesenian kaum‐kaum • AJK KRN
lain.
e) tarian
f) buku skrap
g) cerpen
h) kata bestari
kenegaraan
i) pertandingan
pertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsip‐
prinsip Rukun
Negara.
9. KARNIVAL 1. Memupuk semangat Koir, sajak, pentomen dan • Pengetua/Guru
PATRIOTIK patriotik dan sebagainya. Besar
menyuburkan • AJK KRN
semangat perpaduan
di kalangan murid.
2. Menyemarakkan jati
diri murid.
37
38. PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip – prinsip Rukun
• Setiap
Negara • Semua murid
perhimpunan
sekolah.
• AJK Kelab
• Hari
• Rukun Negara
Kokurikulum.
(KRN)
• Majlis rasmi.
• Pegawai
• Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
(Pemantauan)
• Sambutan Bulan
Perpaduan.
• Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. • AJK KRN
• Setiap perjumpaan
’NEGARAKU’
kelab.
DAN NEGERI
38
39. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
3. CERAMAH Memberi kesedaran dan • Semasa kempen/ • Semua murid
kefahaman tentang minggu kesedaran
keluhuran sivik. • AJK KRN
perlembagaan/pembentuk
• Salah satu aktiviti
an perlembagaan/kontrak • JPNIN
Kursus
sosial.
Kepimpinan/
Perkhemahan.
• Salah satu aktiviti
Bulan Patriotisme.
4. LAWATAN 1. Memberi peluang • Menganjurkan • Pengetua/Guru
KENEGARAAN kepada murid lawatan ke Sidang Besar
menyaksikan Dewan Undangan • AJK KRN
proses sistem Negeri/Parlimen
perundangan
Negara dijalankan.
2. Mempertingkatkan
kefahaman murid
mengenai sistem
perundangan
negara.
5. KUIZ / 1. Memupuk • Menganjurkan • Pengetua/Guru
PERBAHASAN kemahiran lawatan Besar
(PERLEMBAGAAN) pengucapan awam. pertandingan
peringkat • AJK KRN
2. Menilai/menguji sekolah/daerah
tahap pengetahuan
murid tentang
perlembagaan.
39
40.
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
6. PERKHEMAHAN 1. Memupuk sifat‐ • Aktiviti luar • Pengetua/Guru
(MOTIVASI) sifat kepimpinan sekolah/ceramah Besar
berlandaskan motivasi.
prinsip‐prinsip • AJK KRN
• Kerjasama dengan
Rukun negara.
agensi kerajaan /
swasta.
2. Meningkatkan
pengetahuan murid
tentang sistem
perlembagaan
negara.
7. PERMAINAN 1. Menggalakkan • Permainan Mencari • Pengetua/Guru
BERASASKAN integrasi kaum. Harta Karun Besar
PRINSIP KETIGA (Treasure Hunt)
RUKUN NEGARA 2. Memupuk • AJK KRN
• ’Clue’ yang
perpaduan dan nilai
digunakan
kerjasama.
berdasarkan sistem
perlembagaan
3. Menambah
negara.
pengetahuan dan
pengalaman tentang
• Pelaksanaan
sistem
agensi‐agensi
perlembagaan
kerajaan/swasta.
negara.
40
41. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
8. PERTANDINGAN 1. Memupuk • Pertandingan • Pengetua/Guru
MENULIS kemahiran kreatif Menulis Esei Besar
menulis tentang Cerpen / Puisi
isu‐isu peringkat sekolah, • AJK KRN
perlembagaan daerah, negeri dan
negara. kebangsaan
• Berkala
2. Mencungkil bakat‐
bakat dalam
bidang berkaitan.
3. Kesedaran tentang
isu‐isu semasa
perlembagaan
negara.
9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya • Dalam bentuk • Pengetua/Guru
kreativiti. pertandingan. Besar
• Berkala
2. Menghayati sistem • AJK KRN
perlembagaan
negara.
3. Sebagai pemangkin
percambahan
fikiran.
4. Menggalakkan
integrasi kaum.
41
42. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
10. FORUM 1. Meningkat • Dianjurkan di • Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN pengetahuan peringkat sekolah. Besar
tentang
• Kerjasama dengan
perlembagaan. • AJK KRN
agensi luar.
2. Perkongsian • JPNIN
pengetahuan dan
pengalaman.
3. Memperjelaskan
isu‐isu semasa
yang timbul
(kurang
difahami/keliru)
11. PERTANDINGAN 1. Memupuk daya • Bersifat • Pengetua/Guru
BUKU SKRAP kreativiti murid. pertandingan. Besar
• Kerja kumpulan
2. Kesedaran tentang • AJK KRN
isu‐isu semasa
• Peringkat sekolah.
dalam sistem
perlembagaan.
42
43. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
12. PAMERAN 1. Memupuk daya • Kerja keumpulan • Pengetua/Guru
KENEGARAAN kreativiti murid. untuk Besar
mengendalikan
2. Kesedaran isu‐isu pameran. • AJK KRN
semasa dalam
• Menonjolkan
sistem
pencapaian
perlembagaan.
individu/syarikat
yan berjaya.
• Melibatkan PIBG.
.
13. BULAN 1. Memupuk • Kerja keumpulan • Pengetua/Guru
KEMERDEKAAN kesedaran untuk Besar
kebangsaan yang mengendalikan
merangkumi pameran. • AJK KRN
Prinsip Rukun
• Menonjolkan
Negara.
pencapaian
individu/syarikat
2. Menghayati idea
yan berjaya.
kebebasan dan
demokrasi.
• Melibatkan PIBG.
3. Mengetahui • Menganjurkan
tentang latar aktiviti‐aktiviti
belakang kronologi yang boleh
penggubalan menyemarakkan
perlembagaan semangat
Malaysia. patriotisme.
Contoh:
4. Memupuk Pertandingan
semangat setia dan mencipta lagu
cintakan negara patriotik, melukis
poster dan lain‐
lain.
.
43
44. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
14. MENGADAKAN 1. Mencungkil bakat • Melibatkan semua • Pengetua/Guru
AKTIVITI ALA murid sebagai murid Besar
MINI PARLIMEN pemimpin negara.
• Peringkat antara
DI SEKOLAH • AJK KRN
sekolah.
2. Memberi
kebebasan
.
membahas isu
penting untuk
pembangunan
negara.
15. BULAN 1. Memberi kesedaran • Mempamerkan • Pengetua/Guru
KESEDARAN dan kefahaman naskhah Besar
PERLEMBAGAAN tentang Perlembagaan
pembentukan Negeri/Persekutua • AJK KRN
perlembagaan/kelu n dalam Pusat • JPNIN
huran Sumber Sekolah
perlembagaan/kont dan di papan
rak sosial kenyataan.
• Menganjurkan
2. Memperjelaskan
ceramah mengenai
isu‐isu yang timbul
perlembagaan
yang kurang
daripada agensi‐
difahami/keliru.
agensi yang
terlibat.
3. Perkongsian
pengetahuan dan
.
pengalaman.
44
45. STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
16. KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan • Penyeragaman • Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN pengetahuan dan dalam penyediaan Besar
kefahaman murid soalan kuiz.
tentang • AJK KRN
• Hadiah disediakan
perlembagaan
oleh JPN
negara.
KPM/JPNIN.
.
45