SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
aedah Menabung
   Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

   Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu,
kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan
makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

   Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan
untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu,
wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa
pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

    Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu
juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika
 ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada
orang lain.

   Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam
bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan
untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak
menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat
sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana
'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN
  Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik akan
mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam
pelajaran.

   Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid
juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan
kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

  Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu
bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-anak memahami
pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan
untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam
pelajaran.

  Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan
sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan
yang yang hanya inginkan keseronokan.

  Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih
akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-
sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah
berjaya sebagai idola mereka.

  Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan
kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal,
sebaliknya terus berusaha dengan gigih.
Punca-punca kemalangan di rumah
   Rumah merupakan tempat tinggal kita dan perlu dijaga dengan baik. Rumah yang kemas dan
teratur menjadikan kita lebih selesa. Namun begitu, di rumah juga boleh berlaku kemalangan.

    Kemalangan yang sering berlaku di rumah adalah tersiram air atau minyak panas. Kedua-dua
situasi ini menjadikan mangsa mengalami kecacatan dan trauma. ibu bapa perlu memastikan
peralatan memasak berada di tempat yang selamat. Kecuaian mereka menyebabkan anak-anak
menjadi                                                                              mangsa.

   Pisau, gunting dan peralatan yang tajam juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Oleh
sebab itu, benda-benda itu perlulah disimpan di dalam laci atau di tempat yang selamat. Mancis pula
boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Justeru, ibubapa perlu menasihati anak-anak agar tidak
bermain                          mancis                          sesuka                        hati.

   Ubat-ubatan penting untuk menyembuhkan sesuatu jenis penyakit. Namun begitu, ubat yang
dimakan tanpa pengawasan ibubapa boleh mendatangkan bahaya. Apatah lagi, jika dimakan dalam
kandungan yang melebihi sukatan yang dibenarkan. Oleh sebab itu, ibubapa perlu memastikan ubat-
ubatan    disimpan     dalam      tempat     khas     seperti      di   dalam     peti    ubat.

   Barang permainan juga adalah salah satu punca berlakunya kemalangan di rumah. Pastikan
barang permainan yang dibelikan untuk anak bersesuaian dengan umur mereka. Barang permainan
yang dibiarkan bersepah-sepah boleh menyebabkan anak-anak tercedera apabila terpijak. Latihlah
anak-anak         menyimpan         barang         permaian        selapas         digunakan.

   Kesimpulannya, terdapat beberapa punca berlakunya kemalangan di rumah. Ibubapa perlu
mengambil berat tentang keselamatan di rumah. Oleh sebab itu perlakuan anak-anak di rumah
mesti diawasi supaya kemalangan tidak berlaku.
Berita: Banjir
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum
kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk
kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir
berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan
tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung
mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat.
Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah
penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di
kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan
motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan
ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes
kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan
menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang
terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada
bagi menghadapi situasi banjir.
Cerita: Kampungku dilanda banjir
Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu
dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.

     _______________________________________________________________________


Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala
Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami
sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya mula mengemaskan barang-barang
yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.

Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami
bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan
selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air.
Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih
seperti biasa.

Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh
pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong
untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa
tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain
dengan beberapa orang kawan sebaya.

Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa
sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur.
Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.

Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa
agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.
Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar
Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa
yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya
rumah Pak Abu berlaku kebakaran.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta
pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka
bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu,
aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat
kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah
Pak Abu telah pun musnah sama sekali.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paip
dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ
pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian
dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih
kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.

Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga
menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu
kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat
gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka.
Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.
Melengkapkan Cerita: Alia
Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku
terdengar jeritan. Aku pun…

Mulakan cerita dengan:
Aku pun…

                     _____________________________________________


Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di
belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang
kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.

Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera menunjukkan
kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku
berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari
meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka
tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. “Kaki Alia cuma
terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan
Alia tidaklah begitu teruk.

Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat
Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu
Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai
menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar
supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan
kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .
Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang
Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak
basikal. Tiba-tiba .....

                                       *** *** *** *** ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak
basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan
aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku
menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku
menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke
dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku.
Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati
aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah
lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke
sekolah bersama rakan-rakanku lagi.
Rencana: Banjir

Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan :

Pendahuluan - bencana alam
            -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.
            -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)

Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai.
                  - banyak harta benda musnah
                  - haiwan ternakan dan tanaman mati
                  - kerugian besar

Perenggan ke-3 - mengancam nyawa
               - aliran air deras dan dalam
               - lemas

Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air
               - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda
                    merbahaya
               - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit

Penutup - berhati-hati
    - berpindah segera sebelum air naik

                     *****************************************

                                      Banjir

       Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita
terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.
Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap
akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan
banjir di kawasan tersebut.

     Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan
berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang
ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan
mengalami kerugian besar.

     Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana
bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika
mereka tidak tahu berenang.

       Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya
seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar
atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air
banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan,
bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit.
Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak
dimasak.

        Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih
baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa
lapang
Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang
belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda sedang
lakukan kini. Balas surat abang anda.



                                     *** *** *** *** ***

                                                                   No. 74, RPS Merapoh,
                                                                   28000 Merapoh,
                                                                   Pahang. Darul Makmur.

                                                                  6 Februari 2011

      Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga dalam
keadaan sihat sejahtera.

Kakanda yang dikasihi,

        Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda
serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

        Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur
kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat adinda
jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh debaran.
Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Diharap
kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan itu nanti.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa dengan
membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah atau daripada
rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan masa yang banyak
terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.

Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda akan
melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat-
tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping
menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan kakanda.
Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.

Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah salam sayang
daripada adinda dan keluarga.

                                                                       Adindamu,
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan
   pengalaman di tempat baru
   Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat
   kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.

           _________________________________________________________________________

   Rangka karangan

   Pendahuluan
   -Alamat pengirim
   -Tarikh
   -Kata-kata aluan dan bertanya khabar

   Isi utama
1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagaipunca rezeki
2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi kepantai untuk
   melihat nelayan pergi dan pulang
3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah
   dengan dengan saya
4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering
   membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihatdan peransang

   Penutup
   - menjemput rakan untuk bercuti


        ______________________________________________________________________________

                                                           No. 13,
                                                           Kampung Nelayan,
                                                           Kuantan, Pahang.

                                                           30 April 2012

         Assalamualaikum,


   Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga.
   Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman
   baru saya.

             Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat
   di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di
   sini berhampiran dengan pantai.

         Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok
   kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah
untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.

       Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya
mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya
untuk memahami loghat Pahang.

       Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah
saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering
membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu
memberi nasihat dan peransang kepada saya.

      Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat
saya dan bercuti di sini.

                                                          Sahabatmu
                                                           Amirull
Karngan upsr

Contenu connexe

Tendances

Karangan pendek (jiran baru saya)
Karangan pendek (jiran baru saya)Karangan pendek (jiran baru saya)
Karangan pendek (jiran baru saya)Konflake Madu
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi sayaMei Yee
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanyachneeju
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditharshini1010
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahChe'gu Eni
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaharris-7575
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiKamarudin Jaafar
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 

Tendances (20)

Karangan pendek (jiran baru saya)
Karangan pendek (jiran baru saya)Karangan pendek (jiran baru saya)
Karangan pendek (jiran baru saya)
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanya
 
Lirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotikLirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotik
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi diedit
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan Sekolah
 
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALIPERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmi
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 

En vedette

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Modul gerak gempur pemahaman
Modul gerak gempur pemahamanModul gerak gempur pemahaman
Modul gerak gempur pemahamanyatimahsalleh
 
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)Adam Dunford
 
Nola marraztu seinale bat geometria
Nola marraztu seinale bat geometriaNola marraztu seinale bat geometria
Nola marraztu seinale bat geometrialauroteknologia
 
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slideshare
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slideshareMunduko lantegiak ausoko tailerrak slideshare
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slidesharelauroteknologia
 
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...Adam Dunford
 
Computer basics for all . jangid ml
Computer basics for all . jangid mlComputer basics for all . jangid ml
Computer basics for all . jangid mlJANGID_ML
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1Đàm Tư
 
Itis pentest slides hyd
Itis pentest slides  hydItis pentest slides  hyd
Itis pentest slides hydRama krishna
 
Computer virus
Computer  virusComputer  virus
Computer virusJANGID_ML
 
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013Rich Carr
 
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01Axu Batax
 
Computer basics
Computer basicsComputer basics
Computer basicsJANGID_ML
 
Tablet pc by jangid
Tablet pc  by jangidTablet pc  by jangid
Tablet pc by jangidJANGID_ML
 
Computer basics
Computer basicsComputer basics
Computer basicsJANGID_ML
 
Softwares . jangid ml
Softwares . jangid mlSoftwares . jangid ml
Softwares . jangid mlJANGID_ML
 
2011 Reclame Presentatie V5 2011
2011 Reclame Presentatie V5 20112011 Reclame Presentatie V5 2011
2011 Reclame Presentatie V5 2011Jo van den Berg
 

En vedette (20)

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Modul gerak gempur pemahaman
Modul gerak gempur pemahamanModul gerak gempur pemahaman
Modul gerak gempur pemahaman
 
Kat.ppt
Kat.pptKat.ppt
Kat.ppt
 
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)
Does This Theme Make My Website Look Fat? (Wordcamp SLC 2013)
 
Scs5export
Scs5exportScs5export
Scs5export
 
Nola marraztu seinale bat geometria
Nola marraztu seinale bat geometriaNola marraztu seinale bat geometria
Nola marraztu seinale bat geometria
 
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slideshare
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slideshareMunduko lantegiak ausoko tailerrak slideshare
Munduko lantegiak ausoko tailerrak slideshare
 
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...
Improving Your Website's Usability for Happier Visitors & Stickier User Exper...
 
Computer basics for all . jangid ml
Computer basics for all . jangid mlComputer basics for all . jangid ml
Computer basics for all . jangid ml
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Itis pentest slides hyd
Itis pentest slides  hydItis pentest slides  hyd
Itis pentest slides hyd
 
Computer virus
Computer  virusComputer  virus
Computer virus
 
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013
Max Muscle Sports Nutrition Supplement Guide for 2013
 
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01
Enginemanagementsystemfinal 141115224136-conversion-gate01
 
Computer basics
Computer basicsComputer basics
Computer basics
 
Tablet pc by jangid
Tablet pc  by jangidTablet pc  by jangid
Tablet pc by jangid
 
Computer basics
Computer basicsComputer basics
Computer basics
 
Softwares . jangid ml
Softwares . jangid mlSoftwares . jangid ml
Softwares . jangid ml
 
2011 Reclame Presentatie V5 2011
2011 Reclame Presentatie V5 20112011 Reclame Presentatie V5 2011
2011 Reclame Presentatie V5 2011
 
Html tags
Html tagsHtml tags
Html tags
 

Similaire à Karngan upsr

Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian bnurul yusof
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014filzahsyafiqah
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxcepuah
 
Laporan karya tulis
Laporan karya tulisLaporan karya tulis
Laporan karya tulisfarihnr
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...LAZNas Chevron
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahMAJALAH HIDAYATULLAH
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060widodoarif
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompokwidodoarif
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNORINSON
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017Stephen Tan
 

Similaire à Karngan upsr (20)

Penulisan bahagian b
Penulisan bahagian bPenulisan bahagian b
Penulisan bahagian b
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Fakta
FaktaFakta
Fakta
 
Paragraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasiParagraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasi
 
Laporan karya tulis
Laporan karya tulisLaporan karya tulis
Laporan karya tulis
 
Karangan eksposisi
Karangan eksposisiKarangan eksposisi
Karangan eksposisi
 
3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...
Laporan Serambi Nyaman dan Trauma Healing LAZNas Karyawan Muslim Chevron Indo...
 
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah HidayatullahRubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompok
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
 

Karngan upsr

  • 1. aedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
  • 2. CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran. Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan. Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh- sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka. Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.
  • 3. Punca-punca kemalangan di rumah Rumah merupakan tempat tinggal kita dan perlu dijaga dengan baik. Rumah yang kemas dan teratur menjadikan kita lebih selesa. Namun begitu, di rumah juga boleh berlaku kemalangan. Kemalangan yang sering berlaku di rumah adalah tersiram air atau minyak panas. Kedua-dua situasi ini menjadikan mangsa mengalami kecacatan dan trauma. ibu bapa perlu memastikan peralatan memasak berada di tempat yang selamat. Kecuaian mereka menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Pisau, gunting dan peralatan yang tajam juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Oleh sebab itu, benda-benda itu perlulah disimpan di dalam laci atau di tempat yang selamat. Mancis pula boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Justeru, ibubapa perlu menasihati anak-anak agar tidak bermain mancis sesuka hati. Ubat-ubatan penting untuk menyembuhkan sesuatu jenis penyakit. Namun begitu, ubat yang dimakan tanpa pengawasan ibubapa boleh mendatangkan bahaya. Apatah lagi, jika dimakan dalam kandungan yang melebihi sukatan yang dibenarkan. Oleh sebab itu, ibubapa perlu memastikan ubat- ubatan disimpan dalam tempat khas seperti di dalam peti ubat. Barang permainan juga adalah salah satu punca berlakunya kemalangan di rumah. Pastikan barang permainan yang dibelikan untuk anak bersesuaian dengan umur mereka. Barang permainan yang dibiarkan bersepah-sepah boleh menyebabkan anak-anak tercedera apabila terpijak. Latihlah anak-anak menyimpan barang permaian selapas digunakan. Kesimpulannya, terdapat beberapa punca berlakunya kemalangan di rumah. Ibubapa perlu mengambil berat tentang keselamatan di rumah. Oleh sebab itu perlakuan anak-anak di rumah mesti diawasi supaya kemalangan tidak berlaku.
  • 4. Berita: Banjir PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.
  • 5. Cerita: Kampungku dilanda banjir Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu. _______________________________________________________________________ Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah. Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa. Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya. Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah. Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.
  • 6. Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran. Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali. Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka. Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya. Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.
  • 7. Melengkapkan Cerita: Alia Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun… Mulakan cerita dengan: Aku pun… _____________________________________________ Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat. Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ. Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut. Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. “Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk. Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut. Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya. Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .
  • 8. Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba ..... *** *** *** *** *** Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang. Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut. Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah. Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta. Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi. Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.
  • 9. Rencana: Banjir Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka Karangan : Pendahuluan - bencana alam -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur. -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh) Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai. - banyak harta benda musnah - haiwan ternakan dan tanaman mati - kerugian besar Perenggan ke-3 - mengancam nyawa - aliran air deras dan dalam - lemas Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda merbahaya - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit Penutup - berhati-hati - berpindah segera sebelum air naik ***************************************** Banjir Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang
  • 10. ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar. Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang. Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak. Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik
  • 11. Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda sedang lakukan kini. Balas surat abang anda. *** *** *** *** *** No. 74, RPS Merapoh, 28000 Merapoh, Pahang. Darul Makmur. 6 Februari 2011 Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Kakanda yang dikasihi, Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti. Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah atau daripada rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat- tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut. Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera. Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah salam sayang daripada adinda dan keluarga. Adindamu,
  • 12. Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana. _________________________________________________________________________ Rangka karangan Pendahuluan -Alamat pengirim -Tarikh -Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi utama 1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagaipunca rezeki 2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi kepantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang 3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah dengan dengan saya 4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihatdan peransang Penutup - menjemput rakan untuk bercuti ______________________________________________________________________________ No. 13, Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang. 30 April 2012 Assalamualaikum, Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya. Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai. Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah
  • 13. untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar. Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang. Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya. Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini. Sahabatmu Amirull