4. Felda Kemasul tidak mempunyai banyak
pengangkutan awam yang disediakan seperti di
bandar. Hal ini kerana Felda Kemasul adalah kawasan
luar bandar. Oleh hal demikian, para penduduk di
kawasan ini hanya menggunakan kenderaan mereka
sendiri seperti kereta dan motorsikal.
Penduduk di kawasan ini menggunakan kereta dan
motorsikal untuk berjalan-jalan, mencari barang
dapur dan sebagainya.
Cadangan: Cadangan saya adalah supaya
menambahkan perkhidmatan seperti grab, teksi dan
uber car bagi memudahkan para penduduk disini
untuk keluar.
Cadangan: Selain itu, menambahkan lorong
motorsikal untuk mengelakkan kemalangan.
MASALAH & CADANGAN
5. Kawasan Felda Kemasul mempunyai ramai
penduduk yang bekerja sebagai Peneroka
Felda. Oleh hal demikian, penduduk di sini
banyak menggunakan lori sebagai
pengangkutan mereka bekerja untuk
mengangkat buah kelapa sawit. Tetapi,
masalah yang dihadapi oleh mereka adalah
jalan yang tidak bertar di dalam kebun kelapa
sawit. Ini boleh berlakunya kemalangan atau
kerosakan pada lori ketika waktu hujan
Cadangan: Supaya membaiki jalan dengan tar
jalan supaya dapat memudahkan para petani
untuk bekerja serta dapat mengelakkan
perkara yang tidak diingi berlaku.
MASALAH & CADANGAN
6. Terdapat kemudahan bas yang disediakan untuk
memudahkan para penduduk pergi ke bandar atau
perjalanan yang jauh. Tetapi bas ini hanya
disediakan secara berjadual untuk para penduduk
Felda Kemasul.
Ini menjadi satu kesusahan yang dialami oleh
mereka untuk pergi kemana-mana. Bas berjadual ini
juga tidak menentu.
Cadangan: Cadangan saya supaya bas berjadual itu
ditetapkan pada masa yang betul setiap hari. Selain
itu, bagi memudahkan para pegguna boleh juga
melakukan satu pembaharuan supaya menyediakan
perkhidmatan bas secara ulang-alik seperti di
bandar pada setiap jam.
MASALAH & CADANGAN