1. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 1
ASAS PANGKALAN DATA
OBJEKTIF
Di akhir Modul ini anda sepatutnya dapat:-
Menerangkan konsep pangkalan data
Membina struktur jadual
Membina Entity - Relationship Diagram (ERD)
TOPIK 1
• Perwakilan Keperluan Pangkalan Data
TOPIK 2
• Bina Struktur Jadual
TOPIK 3
• Bina Entity – Relationship Diagram (ERD)
2. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 2
PERWAKILAN KEPERLUAN PANGKALAN DATA
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-
mengenalpasti permasalahan sistem manual
menamakan sistem yang akan dibangunkan
mendapatkan perisian yang akan digunakan untuk membangunkan
sistem.
1.1 PENGENALAN
Pangkalan Data digunakan secara meluas di dalam setiap sudut kehidupan manusia hari
ini secara sedar atau tidak. Ia boleh didapati di kebanyakan organisasi sama ada kecil atau
besar. Pangkalan Data digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mencapai data di
kebanyakan organisasi. Ia merupakan satu koleksi data yang disimpan dalam format yang
piawai dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan ramai pengguna.
Berikut adalah contoh Pangkalan Data:
a. Kolej
Sistem pangkalan data pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang mengandungi
maklumat berkenaan peribadi, kursus, keputusan peperiksaan dan lain-lain.
Untuk mendaftar kursus, masukkan login id dan katalaluan. Kedua-dua ini
diguna untuk mencapai pangkalan data kursus & pangkalan data peribadi.
Sahkan kursus yang akan diambil, pangkalan data kursus akan
dikemaskinikan.
TOPIK 1
3. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 3
b. Pasaraya
Semasa membuat bayaran barang-barang yang dibeli di TESCO, setiap
barang diimbas menggunakan pembaca bar code.
Ini dihubungkan dengan program aplikasi yang menggunakan bar code untuk
mencapai harga barang dari pangkalan data produk.
Program akan menolak bilangan barang dalam stok. Jika stok di paras perlu
order semula, di mana sistem pangkalan data akan order secara automatik
c. Perpustakaan
Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai pangkalan data mengandungi
maklumat buku, peminjam, tempahan dan lain-lain.
Buku boleh dicari mengikut judul, penulis atau bidang subjek melalui
Gemilang (indeks berkomputer)
Sistem pangkalan data membolehkan penempahan buku.
Sistem ini juga perlu pembaca bar code untuk merekod buku yang keluar
masuk dari perpustakaan
1.2 ISTILAH ASAS PANGKALAN DATA
Istilah Maksud Contoh
Data Fakta asas 1998, Sejarah
Maklumat Data yang telah diproses dan berada
dalam struktur yang berguna untuk
membolehkan keputusan dibuat
Bilangan buku
Sejarah pada tahun
2000
Persekitaran
(Dunia Nyata)
Organisasi di mana pangkalan data
direka bentuk dan dibangunkan.
Perpustakaan
Entiti Suatu objek yang unik dan boleh dikenal
pasti di dalam persekitaran tertentu.
Pengarang
Atribut/ Medan
/ Item Data
Ciri-ciri yang menghuraikan tentang
sesuatu entiti.
NamaPengarang,
4. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 4
Istilah Maksud Contoh
Rekod Sekumpulan atribut/medan/item data yang
ber- hubungkait (secara logik)
AA61.90, Sejarah,
Zain
Fail Sekumpulan rekod-rekod yang
berhubungkait.
Buku
Pangkalan
Data
Koleksi data yang berhubungkait Katalog
1.3 SISTEM FAIL TRADISIONAL
Sistem Fail Tradisional adalah sistem sedia ada yang digunakan iaitu penyimpanan secara
manual. Contoh : Unit Pengambilan menyimpan maklumat pelajar dalam kabinet (sistem
fail manual) di mana fail-fail pelajar dilabel dan disusun mengikut kelas. Kaedah ini sesuai
jika fail-fail hanya diguna untuk stor dan mencapai data biasa. Walaubagaimanapun sistem
fail manual ini akan gagal sekiranya perlu menyilang kait dan memproses maklumat dalam
fail seperti untuk mendapatkan perbandingan keputusan peperiksaan yang lebih baik bagi
pelajar tahun 1 pada semester 2 dan semester 1.
1.3.1 Konsep Sistem Fail
Sistem Fail adalah usaha awal dalam mengkomputerkan sistem fail manual bagi
menbolehkan capaian data yg lebih efisyen. Sistem Fail merupakan koleksi atur cara
aplikasi yang melaksanakan perkhidmatan (contoh: pengiraan, pengisihan data dan
penjanaan laporan) kepada pengguna akhir. Bagi carian sebarang maklumat hanya dengan
membuka Sistem Fail dan mencari satu persatu dari awal hingga maklumat yang
dikehendaki diperolehi dan juga boleh membina sistem indeks utk pencarian lebih pantas.
5. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 5
Rajah 1 Konsep fail biasa untuk persekitaran kilang pembuatan
1.3.2 Kelemahan Konsep Fail Biasa
i. Duplikasi Data (Pertindihan Data)
Data Lewah (Data Redundancy)
Ketidakselarasan Data
Kawalan Data yang Lemah
ii. Pengasingan Data di mana data disimpan di dalam fail yang berbeza
iii. Kebersandaran Format Data iaitu struktur fail sukar dipinda kerana
ditentukan oleh program
iv. Ketidakserasian Fail iaitu berlainan struktur atau program
v. Kesukaran Mewakilkan Data Organisasi dimana data tidak dapat dihasilkan
dapat bentuk yang dikehendaki
FAIL STOK
NoStok, NamaStok,
Kuantiti, ParasMin,
Kos/unit
FAIL JUALAN
NamaPel,Alamat,NoInv ois,
NoItem,NamaStok,Amaun,
Kos/item,KosTempahan,
HadKredit
FAIL AKAUN
NamaPelanggan,
NoInv ois,
KosTempahan,
Bay aran, HadKredit
Aplikasi atur cara
sistem pengeluaran
Aplikasi atur cara
sistem jualan
Aplikasi atur cara
sistem kewangan
6. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 6
1.4 KONSEP PANGKALAN DATA
Pangkalan data sebagai koleksi data logikal yang berkaitan dan koleksi data tersebut
disusun supaya kandungannya dapat dikeluarkan, diurus dan dikemaskini dengan mudah.
Aplikasi pangkalan data adalah satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data
pada masa-masa program execution.
Sistem pangkalan data merupakan satu koleksi program aplikasi yang berinteraksi
dengan pangkalan data.
Rajah 2 Perbezaan Antara Sistem Fail dengan Sistem Pangkalan Data
1.4.1 Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Sistem Pengurusan Pangkalan Data(Database Management System) merupakan
Perisian yang mengurus dan mengawal capaian kepada pangkalan data
7. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 7
Rajah 3 SPPD(DBMS) mengurus interaksi antara pengguna dengan pangkalan data
melalui SPPD
1.4.2 Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)
Terdapat 5 Komponen Utama dalam Persekitaran Pangkalan Data
i. Perkakasan
ii. Perisian
iii. Data
iv. Prosedur
v. Orang/Individu
i. Perkakasan
Perkakasan merupakan alatan fizikal yang perlu digunakan bagi melarikan
sistem pangkalan data. Ia bergantung kepada keperluan organisasi dan DBMS
yang digunakan. Keperluan paling utamanyaa dalah dari segi kapasiti storan
primer (memori) dan storan sekunder yang besar bagi menampung urusan
perkongsian data yang agak kompleks. Perkakasan utama yang diperlukana
dalah sebuah komputer.
8. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 8
ii. Perisian
Komponen perisian terdiri drpd;
a. Perisian SPPD mempunyai 4G tools, membolehkan pembangunan
aplikasi yang cepat, menyediakan query language, penjana laporan,
penjana borang, penjana grafik & penjana aplikasi
b. Program aplikasi dibangunkan menggunakan 3GL (C, C++, VB, Java)
atau 4GL dlm 3GL (SQL)
c. OS (Sistem Pengoperasian) merupakanpPerisian rangkaian (jika SPPD
digunakan pada rangkaian)
iii. Data
Merupakan komponen terpenting dan fakta asas bagi keperluan maklumat
sesuatu organisasi. Maklumat pelajar = keputusan peperiksaan dan lain-lain.
Guru = matapelajaran dan lain-lain
iv. Prosedur
Pengamal dan pengguna akhir bertindak sebagai penggerak sistem pangkalan
data dengan mengikuti beberapa peraturan dan tatacara tertentu. Ianya meliputi
peraturan, piawaian, panduan rekabentuk dan penggunaan pangkalan data.
v. Orang/Individu
Individu yang terlibat:
Pengguna akhir – individu/organisasi yang mencapai dan menggunakan
pangkalan data. contohnya, pelajar, guru dan ibubapa.
Pemilik (pentadbir) data – mengarahkan pembangunan sistem pangkalan
data.
Pentadbir Pangkalan Data (DBA)– menentukan system keselamatan,
pemulihan bencana, kaedah capaian dan memilih DBMS.
Pengaturcara program – bertanggungjawab membuat kod aturcara
9. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 9
Pemasuk data – memasukkan dan mengemaskini data. Contoh; kerani
sekolah
Rajah 4 Persekitaran Sistem Pangkalan Data
1.4.3 Jenis SPPD
a. Bilangan Pengguna - Pengguna Tunggal, Pengguna Berbilang
b. Lokasi – Terpusat, Teragih
c. Kegunaan - Transaksi/Produksi,Sokongan Keputusan
1.4.4 Kebaikan & Kelemahan SPPD
Kebaikan SPPD:
i. Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
(Meminimakan perulangan / lewahan data ).
ii. Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah
dilaksanakan (Mewujudkan data yang kosisten).
iii. Kebebasan data dari program – struktur fail tidak bersandar kepada bahasa
pengaturcaraan yang digunakan untuk bangunkan program mudah untuk
mengubah struktur fail seperti saiz data item.
10. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 10
iv. Perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data dipunyai oleh
organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu (Kebolehcapaian data).
v. Integriti data – data yang sah dan stabil, khidmat baik pulih, sokongan dan
keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta
penambahan kawalan serempak (Penyelarasan keselamatan, privasi dan
integriti)
vi. Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan
pengendalian data terpusat (Penguatkuasaan dan keseragaman piawaian).
vii. Lebih ekonomi dari segi tenaga manusia, storan dan kos (Mengurangkan
penyenggaraan program).
viii. Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah
pengurusan(Integrasi dan kewibawaan data)
ix. Kesediaan data yang lebih baik disebabkan SPPD menyediakan kemudahan
pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah (Menyediakan data berkualiti).
x. Penambahan produktiviti disebabkan pengurangan dari segi atur cara
berbanding dengan kaedah fail biasa.
Kelemahan SPPD:
i. Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi
sistem.
ii. Saiz SPPD yang besar melibatkan storan yang banyak.
iii. Kos pembinaan SPPD dan penyediaan perkakasan lain yang tinggi.
iv. Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa
kepada sistem pangkalan data yang tinggi.
v. Kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung
kepada SPPD.
11. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 11
BINA STRUKTUR JADUAL
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini,pelajar akan dapat:-
mengenalpasti entiti yang terlibat dalam pembinaan struktur jadual
mengenalpasti atribut bagi setiap entiti
mengenalpasti kekunci jadual
menghasilkan jadual
menghasilkan rajah aliran data
2.1 PENGENALAN
Entiti adalah suatu objek yang unik dan boleh dikenal pasti di dalam persekitaran tertentu.
Persekitaran(Dunia Nyata) merupakan organisasi di mana pangkalan data direka bentuk
dan dibangunkan.
Atribut/Medan/ Item Data adalah ciri-ciri yang menghuraikan tentang sesuatu entiti.
Rekod merupakan sekumpulan atribut/medan/item data yang berhubungkait (secara logik)
Fail adalah sekumpulan rekod-rekod yang berhubungkait
TOPIK 2
12. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 12
No. ISBN Tajuk Buku Nama Pengarang Tahun Penerbit
Contoh Analisis Kes Pangkalan Data:
Contoh Data yang
terlibat
Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data
Pasaraya: Barang
Kuantiti
barang
Harga barang
Pembeli
Resit
Pembekal
Sistem Rekod Pembelian
merekod setiap pembelian
yang berlaku
Sistem Inventori menyimpan
rekod inventori barang-barang
yang terdapat di pasaraya.
Merekod transaksi yang
berlaku–pembelian,
pembayaran
Mengawal stok inventori –
tentukan stok sentiasa cukup
Analisa jualan – merekod
jualan yang berlaku untuk
menganalisa prestasi jualan
harian.
Contoh Data yang
terlibat
Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data
Library Buku
jurnal
tajuk
peminjam
tarikh pinjam
due date
Sistem Katalog
menyimpan rekod-rekod
bahan yang disimpan di library
Sistem Carian
menyediakan fungsi
carian untuk mencari
bahan di library
sistem pinjaman
menyimpan rekod-rekod
peminjaman dan
pemulangan bahan
Merekod bahan-bahan yang
terdapat di dalam library
Memudahkan fungsi carian
bahan.
Merekod maklumat bahan
yang dipinjam oleh pengguna
Contoh Persekitaran : Perpustakaan
Atribut Nama
R
E
K
O
D
Fail : Buku
Atribut Nilai
13. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 13
Contoh Data yang
terlibat
Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data
Universiti pelajar
pensyarah
kakitangan
kursus
yuran
gaji
keputusan
Sis. Mak. Pelajar
menyimpan rekod-rekod pelajar
Sis. Mak. Staff
maklumat staff
Sis. pendaftaran pelajar
merekod pendaftaran pelajar.
Sistem Keputusan
Merekod keputusan
Merekod, menyimpan,
kemaskini maklumat pelajar,
pensyarah, kakitangan.
Merekod, memantau rekod
pembayaran yuran pelajar
Merekod, mengira dan
menganalisa keputusan
peperiksaan pelajar.
Contoh Data yang
terlibat
Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data
Klinik Pesakit
Doktor
Ubat
Penyakit
Rawatan
Temujanji
Sistem Mak. Pesakit
menyimpan rekod pesakit
Sistem Iventori
menyimpan rekod ubat.
Sistem Jadual Bertugas
Doktor menyimpan rekod
bertugas doktor atau jururawat.
Sistem Rawatan
menyimpan rekod rawatan
pesakit.
Sistem temujanji.
rekod, simpan, semak rekod
pesakit.
rekod, simpan, kawal stok
pharmacy.
Mengalert temujanji yang
berlaku.
Mendiagnose penyakit
pesakit.
Memudahkan proses
penjandualan bertugas.
2.2 JENIS PANGKALAN DATA
Terdapat empat (4) jenis Pangkalan data, iaitu :-
i. Pangkalan Data Hirarki
Menyusun rekod mengikut pepohon iaitu menggunakan konsep bapa dan anak.
Sesuai digunakan sekiranya terdapat hubungan antara satu ke banyak. Memerlukan
struktur data dinyatakan terlebih dahulu dan berbentuk statik
14. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 14
ii.Pangkalan Data Rangkaian
Membenarkan hubungan banyak ke banyak. Struktur data perlu dinyatakan terlebih
dahulu sebelum digunakan.
iii. Pangkalan Data Hubungan
Mudah dibina dan digunakan. Merupakan jenis pangkalan yang mudah diguna,
mudah urus dan banyak digunakan. Struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan
terlebih dahulu. Data disusun di dalam jadual terdiri daripada lajur dan baris.
iv. Pangkalan Data Berasaskan Objek
Merupakan kaedah baru dalam pengurusan data. Ia akan menakrif objek-objek yang
boleh diguna semula di dalam banyak program dan menggunakan kaedah
encapsulation (teknik dimana atribut dan kaedah ditakrifkan dalam kelas yang
sama).
2.2.1 Ciri-ciri Pangkalan Data Hubungan
Data di dalam pangkalan data disusun dalam bentuk jadual yang terdiri
daripada baris dan lajur
Satu hubungan (jadual) mempunyai nama yang berbeza daripada nama
hubungan-hubungan yang lain
Setiap atribut (lajur) mempunyai nama yang berbeza
Susunan atribut tidak mempunyai kepentingan
Setiap rekod (baris) adalah berbeza
2.2.2 Struktur Data
a. Hubungan
Hanya digunakan di dalam struktur logikal sahaja.
Ciri-ciri hubungan :-
Setiap rekod mewakili kejadian satu entiti berdasarkan set entiti.
Setiap lajur mewakili atribut, dengan nama yang bersesuaian.
Setiap pertindihan rangkap dan lajur mewakili satu nilai data.
15. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 15
▪ Setiap jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut atau kombinasi
atribut yang mengenalpasti setiap baris secara unik. (Kunci utama)
▪ Setiap nilai rangkap hendaklah sama format datanya.
▪ Setiap rangkap mempunyai domain atribut.
▪ Susunan baris dan rangkap dalam SPPD tidak menjadi sesuatu masalah.
Jenis Data :-
i.Numerik
▪ Merupakan perwakilan Aritmatik yang bermakna.
▪ Contoh :CGPA = 3.54 dan Tempoh masa = 20
ii.Character
▪ Juga dikenali sebagai text data atau string data.
▪ Contoh :Nama = Nursafi dan telefon : 89210007
iii.Date
▪ Mewakili tarikh dalam kalendar.
▪ Contoh :29/12/2003 dan 12/29/2003
▪ Kebanyakan DBMS sekarang membenarkan pengguna
mentakrif sendir format tarikh yang dikehendaki.
iv.Logical
▪ Data dinyatakan dalam bentuk true atau false (yes or no)
▪ Contoh :Bayaran = Ya
b. Atribut
Lajur yang dinamakan dlm hubungan.
Ia menerangkan ciri-ciri entiti.
Nama atribut yang digunakan hendaklah memberi pengertian yang jelas
kepada semua pihak.
Cth : staff_no (:- Nombor staf)
stu_phone (:- nombor telefon pelajar.)
16. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 16
Rajah 2.1 Contoh Hubungan Pelajar
c. Istilah alternatif
Formal Terms Alternative 1 Alternative 2
Hubungan Jadual Fail
Rangkap Baris Rekod
Atribut Lajur Medan
2.2.3 Skema Hubungan
Skema hubungan dinyatakan dalam 2 format iaitu
i. Pernyataan teks
NAMA HUBUNGAN(Atribut 1, Atribut 2,….Atribut N)
Contoh: PELAJAR(NoMatrik, Nama, Alamat, Bidang)
ii. Perwakilan grafik
contoh: PELAJAR
sid name login age gpa
53666 Jones jones@cs 18 3.4
53688 Smith smith@eecs 18 3.2
53650 Smith smith@math 19 3.8
NoMatrik BidangAlamatNama
Atribut 1 Atribut NAtribut…..
Nama Hubungan
Atribut
hubungan
STUDENT
Atribut 2
17. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 17
2.2.4 Integriti Data Hubungan
Terdapat dua Kunci hubungan iaitu Kunci Utama dan Kunci Asing.
Kunci Utama adalah satu atau beberapa atribut yg dipilih utk mengenalpasti
rangkap dengan unik dalam hubungan.Ianya digariskan
Kunci asing merupakan kunci utama sesuatu hubungan muncul dalam hubungan
lain. Ianya ditandakan dengan garisan putus-putus.
PEMBEKAL
PRODUK
2.3 RAJAH ALIRAN DATA (DATA FLOW DIAGRAM)
Rajah Aliran Data(DFD) secara grafiknya menerangkan aliran data dalam sesebuah
organisasi. Ia digunakan untuk mendokumen sistem sedia ada dan untuk
merancang dan merekabentuk yang baru. Satu set DFD menyediakan sebuah
model logikal yang menunjukkan apa sistem lakukan, bukan bagaimana ia
dilakukan.
hubungan
*Kunci Utama
Kunci Asing
* Kunci utama tidak boleh “null”
18. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 18
2.3.2 Rajah Konteks
Rajah Konteks merupakan pandangan paras-atas sebuah sistem maklumat
yang menunjukkan sempadan dan skop. Ianya tidak menunjukkan sebarang
storan data di dalam rajah konteks kerana storan data adalah dalaman
kepada sistem. Dimulakan dengan melihat keperluan sistem untuk
mengenalpasti kesemua sumber dan destinasi data luaran. Seterusnya
merekod nama entiti dan nama & kandungan aliran data, dan arah aliran
data. Apa yang membuat satu sistem lebih kompleks daripada yang lain ialah
bilangan komponen, paras, dan darjah interaksi sesama proses, entiti, storan
data, dan aliran datanya
19. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 19
Bina Entity-Relationship Diagram (ERD)
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-
Mengenalpasti simbol-simbol pembinaan ERD
Menerangkan fungsi-fungsi setiap simbol
Jenis-jenis hubungan
Menghasilkan ERD
3.1 PENGENALAN
Entity Relationship Diagram(ERD)merupakan sejenis alatan yang digunakan khusus
untuk memodelkan data. Data Didalam sistem akan dikelaskan kepada beberapa
kumpulan yang dinamakan sebagai entiti. Seterusnya perkaitan diantara dua entiti
dikenalpasti. Jadual,medan dan rekod mempuyai perkaitan yang rapat dengan ERD.
Entiti dapat membantu mengenalpasti jadual yang akan digunakan. Manakala atribut
bagi entiti dapat digunakan untuk mengenalpasti medan didalam jadual
3.2 SIMBOL ERD
Terdapat 3 Komponen yang digunakan:-
a. Entiti
Sesuatu yang mempunyai data untuk disimpan.
Entiti terdiri daripada elemen persekitaran,sumber atau transaksi.
TOPIK 3
20. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 20
Cth: pelanggan,buku,kereta,pasaraya,perpustakaan
Entiti mempunyai attribut yang dikenali sebagai ciri atau sifat.
BIL JENIS CONTOH
1 Orang STAF, PELAJAR, PENSYARAH
2 Tempat DAERAH, BANDAR, NEGERI
3 Objek BANGUNAN, PERALATAN,
PRODUK
4 Peristiwa PENDAFTARAN, PERMOHONAN
5 Konsep KURSUS, AKAUN
b. Hubungan
Perkaitan yang wujud diantara dua entiti.
Hubungan biasanya dilabelkan menggunakan kata kerja.
Contoh: mendaftar,mempunyai,mengisi,meminjam
STAF PELAJAR KURSUS
Contoh Perwakilan Entiti dalam ERD
Contoh Jenis Entiti yang lazim
digunakan
21. MODUL ASAS PANGKALAN DATA
Wizni/KKPG/2013 21
c. Attribut
Diwakili simbol elips.
Setiap set entiti terdiri daripada beberapa atribut.
Merupakan ciri-ciri dalam sesuatu entiti.
3.3 Jenis-Jenis Hubungan Entiti
Jenis
Hubungan
Penerangan
1:1
(one –to- one)
Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan satu kes entiti yang lain.
Contoh : Seorang pelajar mempunyai satu kad matrik sahaja
1:M
(One-to-many)
Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan lebih daripada satu kes
entiti yang lain.
Contoh: Seorang pelajar boleh mendaftar banyak kursus
M:M
(many-to-many)
Banyak kes entiti mempunyai hubungan dengan banyak kes entiti
yang lain.
Contoh: Ramai pelanggan membeli pelbagai jenis barang