SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Télécharger pour lire hors ligne
INFORMASI
KARPET
BERKAITAN
DENGAN
SIRIM
Apakah kaitan SIRIM dengan karpet?
Kenapa Lesen SIRIM penting?
SIRIM adalah penting bagi memastikan produk yang dikilangkan berada dalam satu sistem yang efektif
terdiri daripada ujian produk, penyeliaan dan kawalan. Perkara ini ialah untuk keselamatan dan
keyakinan terhadap produk. Produk yang telah dilsesenkan oleh SIRIM adalah produk yang mematuhi
kualiti piawaian.
Apakah perlesenan produk?
Perlesenan produk adalah satu langkah untuk mendapatkan lesen secara bertulis yang mana ia
memberi jaminan bahawa produk tersebut telah melalui prosedur tertentu dan telah terjamin
keselamatannya.
Apakah SIRIM Malaysia Standard (MS)?
Malaysia Standard (MS) ialah badan standard dan akreditasi kebangsaan. MS dibangunkan oleh
Standard Development Comitte (SDCs) dalam Sistem Pembangunan Piawaian Malaysia. Kelulusan
sesuatu standard sebagai Malaysian Standard diperakui oleh Menteri Sains, Teknologi dan inovasi
berdasarkan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549].
MS adalah untuk merangsang dan menggalakkan standard, penstandardan dan akreditasi sebagai
cara bagi memajukan ekonomi negara, menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri yang
bermanfaat kepada kesihatan dan keselamatan awam, melindungi pengguna, memudahkan
perdagangan dalam negeri dan antarabangsa serta melanjutkan kerjasama antarabangsa
berhubung dengan standard dan penstandardan.
Piawaian ini adalah mandatori bagi pihak penguatkuasa bagi tujuan tindakan penguatkuasaan dan
perundangan.
Malaysian Standard (MS) dibangunkan melalui sepersetujuan jawatankuasa-jawatankuasa yang
dianggotai oleh perwakilan yang seimbang daripada pengeluar, pengguna dan pihak lain yang
kepentingannya relevan, sebagaimana yang sesuai dengan perkara yang sedang diusahakan.
Malaysian Standard adalah sejajar atau diterima guna daripada standard antarabangsa, seboleh
mungkin. Malaysian Standard dikaji semula secara berkala. Penggunaan Malaysian Standard adalah
secara sukarela, melainkan diwajibkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia melalui peraturan,
undang-undang kecil tempatan atau apa-apa cara lain yang serupa.
Apakah SIRIM Eco-Label?
Perlabelan Eco sesuatu produk menunjukkan bahawa produk tersebut mempunyai kelebihan terhadap
persekitaran dan mesra alam terhadap pengguna sekaligus membolehkan mereka membuat keputusan
untuk membeli dan melabur.
Dibawah Skim SIRIM ECO-Labeling, sesuatu produk akan diuji dan dinilai berdasarkan kriteria tertentu
sebelum organisasi/syarikat pengeluaran dibenarkan untuk menggunakan SIRIM Eco-Labeling pada
produk, bungkusan dan pengiklanan produk.
SIRIM Eco-Labeling adalah satu alat pemasaran yang berkesan dimana ia akan mengesahkan produk
keluaran organisasi/syarikat adalah mesra alam dan tidak mendatangkan kemudaratan pada alam dan
kesihatan . Produk yang memiliki label ini mempunyai daya saing yang tinggi mengatasi produk-produk
yang biasa dipasaran yang mana pasaran pengguna kini lebih peka dengan alam.
ANCAMAN KARPET TERHADAP KESIHATAN. BACA SELANJUTNYA UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA
IA TERJADI.
Pada masa kini, isu kesihatan menjadi topik utama dalam masyarakat. Isu ini berkait rapat dengan situasi
keberadaan masyarakat seperti, berada disesebuah ruang yang bertutup samaada mempunyai sistem
pengaliran udara yang baik ataupun tidak. Setelah diteliti, terdapat beberapa ancaman yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada individu iaitu Volatile Organic Compunds VOCs dan formaldehyde.
Secara purata kita berada dalam sesebuah ruang pejabat selama 8 jam hingga ke 9 jam sehari. Perkara
ini akan menyebabkan kita terdedah dengan ancaman VOCs dan formaldehyde
Apa itu VOCs? Ia adalah bahan organik yang mudah terurai dalam bentuk gas dan wap. Wap ini
mengeluarkan karbon dan turut mengandungi elemen-elemen seperti hidrogen, oksigen, fluorine, klorin,
bromine dan sulfur atau nitrogen. VOCs ini tidak dapat dilihat, dirasa atau dihidu. Elemen-elemen yang
berbahaya ini berlergar diruangan bersama oksigen yang setiap hari kita bernafas tanpa kita menyedari
kehadirannya.
Apakah formaldehyde? Ia adalah bahan organik semulajadi. Cuba kita perhatikan kembali, sebagai
contoh ketika membeli almari yang baru atau pun kabinet dapur dirumah, akan ada satu bau yang kita
tidak selesa dan kadang kala sukar untuk kita bernafas. Itulah bauan yang bersumberkan daripada VOCs
dan formaldehyde. Dalam jangka masa yang lama, ianya boleh memberikan kesan kepada kesihatan dan
berisiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya. Berdasarkan statistik terkini, jumlah kematian akibat
kanser semakin meningkat berbanding dengan merokok dan lain-lain. Sekalipun mengamalkan diet yang
seimbang dan melakukan senaman, risiko untuk mendapat kanser juga tetap ada. Salah satu faktor
utama yang menjadi penyumbang penyakit ini adalah daripada industri pemprosessan yang
menggunakan pelarut seperti perabot, karpet, cat dan sebagainya termasuklah, asap kenderaan yang
melepaskan gas-gas beracun serta penyejatan daripada tapak pelupusan sampah.
Bagi individu yang berkerja di pejabat, mereka lebih banyak masa berada dalam ruang yang berhawa
dingin dimana oksigen telah pun terurai bersama elemen-elemen yang berbahaya iaitu VOCs dan
formaldehyde. Perkara ini berpunca daripada barang-barang pejabat seperti karpet yang tidak mesra
alam dan mesra pengguna. Keadaan persekitaran yang lama terdedah kepada VOCs dan formaldehyde
boleh mengganggu pernafasan dan mendedahkan paru-paru kepada risiko penyakit.
Karpet adalah satu item yang boleh dikatakan hampir kesemua syarikat/organisasi menggunakannya
dalam bangunan. Penggunaany.a adalah untuk menghidupkan suasana dekorasi yang menarik dan
memberi imej kepada syarikat/organisasi. Namun karpet juga adalah punca penglibatan VOCs dan
formaldehyde yang mana kita sentiasa akan terdedah dengannya melalui pernafasan dan sebagainya.
Disini SIRIM dan SIRIM QAS International memainkan peranan untuk memastikan produk yang
dihasilkan terutamanya karpet berada pada tahap piawaian yang telah ditetapkan supaya karpet
tersebut selamat untuk digunapakai dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan
pengguna.
Banyak agensi yang mengeluarkan perkhidmatan ujian bahan terhadap produk namun ianya tidak
setanding dengan SIRIM. SIRIM bukan sahaja melaksanakan ujian terhadap produk tetapi juga
mengaudit syarikat pengeluaran bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian ISO. Perlesenan
produk hanya akan diberi kepada syarikat yang mengeluarkan produk dan perkilangan mengikut
piawaian ISO atau standard yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia.
PERBEZAAN ANTARA
LESEN SIRIM
DENGAN
TEST REPORT
(LAPORAN UJIAN)
SIRIM
LESEN SIRIM
TEST REPORT
(LAPORAN UJIAN)
SIRIM
Laporan Ujian ini hanya merujuk kepada contoh barang yang dihantar oleh pemohon kepada
SIRIM QAS International Sdn Bhd dan diuji oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd. Laporan
ujian ini tidak boleh dicetak semula, melainkan secara penuh dan tidak boleh digunakan
untuk pengiklanan/Pemasaran dengan apa cara atau bentuk, atau tanpa kebenaran bertulis
Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd. Sila rujuk lampiran berkaitan kegunaan
Laporan Ujian.
TERMA DAN SYARAT
KEGUNAAN
TEST REPORT
(LAPORAN UJIAN)
SIRIM
1.1 Laporan ujian akan diberi berhubung dengan perkhidmatan ujian yang dijalankan dan berkaitan
dengan ujian sampel yang sebenar. SIRIM QAS International Sdn Bhd, tiada apa-apa jaminan,
dan pemohon tidak boleh mewakilkan laporan ujian ini dalam apa-apa tindakan duplikasi atau
menyatakan produk yang dikeluarkan secara besar-besaran adalah sama dengan sampel
sebenar yang diuji atau SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menguji duplikasi produk atau
produk yang dihasilkan/dikilangkan.
1.2 Laporan ujian tidak sepatutnya dipinda, ditukar, diubah, atau diubah dalam apa-apa cara
sekalipun oleh pemohon atau sebaliknya.
1.3 Jika laporan ujian diberikan kepada pihak ketiga atau kepada orang awam, setiap laporan
hendaklah diberikan sepenuhnya, dan boleh dibaca sepenuhnya.
1.4 Laporan ujian sepatutnya tidak boleh dicetak semula dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa
cara yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan pengiklanan atau apa-apa jua, tanpa
mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd
daripada alamat yang dipaparkan.
1.5 Sebarang tambahan dan apa jua alternatif adalah dilarang kecuali mendapat kelulusan bertulis
daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, mewakili apa jua cara bahawa
SIRIM dan/atau subsidiari-subsidiari SIRIM telah megesahkan, tidak meluluskan atau tidak
mengesakan hasil daripada pemohon dalam apa jua cara.
1.6 Penggunaan SIRIM QAS International, SIRIM atau logo Subsidiari SIRIM yang lain dan/atau
perkataan seperti “SIRIM: Diuji dan terbukti” dan kenyataan serupa dilarang sama sekali dalam
apa-apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah Urusan SIRIM QAS International
Sdn Bhd.
1.7 Sekiranya pemohon didapati melanggar peruntukan ini, SIRIM QAS International Sdn Bhd, SIRIM
dan/atau anak-anak syarikat SIRIM lain tanpa menjejaskan apa-apa hak dan remedi boleh
mengambil apa-apa tindakan, tetapi tindakan tersebut tidak terhad kepada:
a) Memaklumkan dan meletakkan notis dalam media.
b) Mendapatkan injuksi dari mahkamah (kos atas dasar peguamcara – klien yang perlu
ditanggung oleh pemohon.)
c) Enggan menerima apa-apa produk tambahan untuk ujian Perkhidmatan pemohon atau
apa sahaja yang berkaitan dengan pemohon, sama ada subsidiari atau sebaliknya.
d) Mengajar pemohon untuk membatalkan dan menarik balik iklan, penyata atau dokumen
berkenaan dan mengiklankan penjelasan dan meminta maaf kepada SIRIM QAS
International, SIRIM dan/atau subsidiari-subsidiari lain SIRIM sebanyak dua kali dalam
satu penerbitan negara pilihan SIRIM QAS International dan kepada pemohon beberapa
kos.
e) Memaklumkan atau lodging laporan berkaitan laporan ujian pemohon dengan pihak
berkuasa yang berkenaan.
1.8 Jika berlaku siasatan dari mana-mana pihak ketiga yang berkaitan laporan ujian pemohon, SIRIM
QAS International boleh mendedahkan laporan yang sama untuk tujuan penyiasatan tersebut.
1.9 Jika kelulusan diperolehi daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International, pemohon hanya
boleh memasukkan frasa “ Sampel produk ini telah diuji oleh SIRIM QAS International ... (No
laporan ujian) ...... (bertarikh) .... (ujian untuk apa) ..... ( Untuk standard apa)” atau apa-apa
perkataan yang sama dengan menekankan bahawa hanya sampel sebenar yang diuji.
1.10 Salinan yang diperakui benar bagi laporan ujian boleh dikeluarkan atas permintaan oleh
pemohon berserta bayaran yang dikenakan.

Contenu connexe

En vedette

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

En vedette (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Kaitan sirim dengan karpet

  • 2. Apakah kaitan SIRIM dengan karpet? Kenapa Lesen SIRIM penting? SIRIM adalah penting bagi memastikan produk yang dikilangkan berada dalam satu sistem yang efektif terdiri daripada ujian produk, penyeliaan dan kawalan. Perkara ini ialah untuk keselamatan dan keyakinan terhadap produk. Produk yang telah dilsesenkan oleh SIRIM adalah produk yang mematuhi kualiti piawaian. Apakah perlesenan produk? Perlesenan produk adalah satu langkah untuk mendapatkan lesen secara bertulis yang mana ia memberi jaminan bahawa produk tersebut telah melalui prosedur tertentu dan telah terjamin keselamatannya. Apakah SIRIM Malaysia Standard (MS)? Malaysia Standard (MS) ialah badan standard dan akreditasi kebangsaan. MS dibangunkan oleh Standard Development Comitte (SDCs) dalam Sistem Pembangunan Piawaian Malaysia. Kelulusan sesuatu standard sebagai Malaysian Standard diperakui oleh Menteri Sains, Teknologi dan inovasi berdasarkan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]. MS adalah untuk merangsang dan menggalakkan standard, penstandardan dan akreditasi sebagai cara bagi memajukan ekonomi negara, menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri yang bermanfaat kepada kesihatan dan keselamatan awam, melindungi pengguna, memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa serta melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubung dengan standard dan penstandardan. Piawaian ini adalah mandatori bagi pihak penguatkuasa bagi tujuan tindakan penguatkuasaan dan perundangan. Malaysian Standard (MS) dibangunkan melalui sepersetujuan jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai oleh perwakilan yang seimbang daripada pengeluar, pengguna dan pihak lain yang kepentingannya relevan, sebagaimana yang sesuai dengan perkara yang sedang diusahakan. Malaysian Standard adalah sejajar atau diterima guna daripada standard antarabangsa, seboleh mungkin. Malaysian Standard dikaji semula secara berkala. Penggunaan Malaysian Standard adalah secara sukarela, melainkan diwajibkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia melalui peraturan, undang-undang kecil tempatan atau apa-apa cara lain yang serupa.
  • 3. Apakah SIRIM Eco-Label? Perlabelan Eco sesuatu produk menunjukkan bahawa produk tersebut mempunyai kelebihan terhadap persekitaran dan mesra alam terhadap pengguna sekaligus membolehkan mereka membuat keputusan untuk membeli dan melabur. Dibawah Skim SIRIM ECO-Labeling, sesuatu produk akan diuji dan dinilai berdasarkan kriteria tertentu sebelum organisasi/syarikat pengeluaran dibenarkan untuk menggunakan SIRIM Eco-Labeling pada produk, bungkusan dan pengiklanan produk. SIRIM Eco-Labeling adalah satu alat pemasaran yang berkesan dimana ia akan mengesahkan produk keluaran organisasi/syarikat adalah mesra alam dan tidak mendatangkan kemudaratan pada alam dan kesihatan . Produk yang memiliki label ini mempunyai daya saing yang tinggi mengatasi produk-produk yang biasa dipasaran yang mana pasaran pengguna kini lebih peka dengan alam.
  • 4. ANCAMAN KARPET TERHADAP KESIHATAN. BACA SELANJUTNYA UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA IA TERJADI. Pada masa kini, isu kesihatan menjadi topik utama dalam masyarakat. Isu ini berkait rapat dengan situasi keberadaan masyarakat seperti, berada disesebuah ruang yang bertutup samaada mempunyai sistem pengaliran udara yang baik ataupun tidak. Setelah diteliti, terdapat beberapa ancaman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu iaitu Volatile Organic Compunds VOCs dan formaldehyde. Secara purata kita berada dalam sesebuah ruang pejabat selama 8 jam hingga ke 9 jam sehari. Perkara ini akan menyebabkan kita terdedah dengan ancaman VOCs dan formaldehyde Apa itu VOCs? Ia adalah bahan organik yang mudah terurai dalam bentuk gas dan wap. Wap ini mengeluarkan karbon dan turut mengandungi elemen-elemen seperti hidrogen, oksigen, fluorine, klorin, bromine dan sulfur atau nitrogen. VOCs ini tidak dapat dilihat, dirasa atau dihidu. Elemen-elemen yang berbahaya ini berlergar diruangan bersama oksigen yang setiap hari kita bernafas tanpa kita menyedari kehadirannya. Apakah formaldehyde? Ia adalah bahan organik semulajadi. Cuba kita perhatikan kembali, sebagai contoh ketika membeli almari yang baru atau pun kabinet dapur dirumah, akan ada satu bau yang kita tidak selesa dan kadang kala sukar untuk kita bernafas. Itulah bauan yang bersumberkan daripada VOCs dan formaldehyde. Dalam jangka masa yang lama, ianya boleh memberikan kesan kepada kesihatan dan berisiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya. Berdasarkan statistik terkini, jumlah kematian akibat kanser semakin meningkat berbanding dengan merokok dan lain-lain. Sekalipun mengamalkan diet yang seimbang dan melakukan senaman, risiko untuk mendapat kanser juga tetap ada. Salah satu faktor utama yang menjadi penyumbang penyakit ini adalah daripada industri pemprosessan yang menggunakan pelarut seperti perabot, karpet, cat dan sebagainya termasuklah, asap kenderaan yang melepaskan gas-gas beracun serta penyejatan daripada tapak pelupusan sampah. Bagi individu yang berkerja di pejabat, mereka lebih banyak masa berada dalam ruang yang berhawa dingin dimana oksigen telah pun terurai bersama elemen-elemen yang berbahaya iaitu VOCs dan formaldehyde. Perkara ini berpunca daripada barang-barang pejabat seperti karpet yang tidak mesra alam dan mesra pengguna. Keadaan persekitaran yang lama terdedah kepada VOCs dan formaldehyde boleh mengganggu pernafasan dan mendedahkan paru-paru kepada risiko penyakit. Karpet adalah satu item yang boleh dikatakan hampir kesemua syarikat/organisasi menggunakannya dalam bangunan. Penggunaany.a adalah untuk menghidupkan suasana dekorasi yang menarik dan memberi imej kepada syarikat/organisasi. Namun karpet juga adalah punca penglibatan VOCs dan formaldehyde yang mana kita sentiasa akan terdedah dengannya melalui pernafasan dan sebagainya. Disini SIRIM dan SIRIM QAS International memainkan peranan untuk memastikan produk yang dihasilkan terutamanya karpet berada pada tahap piawaian yang telah ditetapkan supaya karpet tersebut selamat untuk digunapakai dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pengguna. Banyak agensi yang mengeluarkan perkhidmatan ujian bahan terhadap produk namun ianya tidak setanding dengan SIRIM. SIRIM bukan sahaja melaksanakan ujian terhadap produk tetapi juga mengaudit syarikat pengeluaran bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian ISO. Perlesenan produk hanya akan diberi kepada syarikat yang mengeluarkan produk dan perkilangan mengikut piawaian ISO atau standard yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia.
  • 5. PERBEZAAN ANTARA LESEN SIRIM DENGAN TEST REPORT (LAPORAN UJIAN) SIRIM
  • 7.
  • 8.
  • 9.
  • 10.
  • 12.
  • 13. Laporan Ujian ini hanya merujuk kepada contoh barang yang dihantar oleh pemohon kepada SIRIM QAS International Sdn Bhd dan diuji oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd. Laporan ujian ini tidak boleh dicetak semula, melainkan secara penuh dan tidak boleh digunakan untuk pengiklanan/Pemasaran dengan apa cara atau bentuk, atau tanpa kebenaran bertulis Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd. Sila rujuk lampiran berkaitan kegunaan Laporan Ujian.
  • 14.
  • 15. TERMA DAN SYARAT KEGUNAAN TEST REPORT (LAPORAN UJIAN) SIRIM
  • 16.
  • 17. 1.1 Laporan ujian akan diberi berhubung dengan perkhidmatan ujian yang dijalankan dan berkaitan dengan ujian sampel yang sebenar. SIRIM QAS International Sdn Bhd, tiada apa-apa jaminan, dan pemohon tidak boleh mewakilkan laporan ujian ini dalam apa-apa tindakan duplikasi atau menyatakan produk yang dikeluarkan secara besar-besaran adalah sama dengan sampel sebenar yang diuji atau SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menguji duplikasi produk atau produk yang dihasilkan/dikilangkan. 1.2 Laporan ujian tidak sepatutnya dipinda, ditukar, diubah, atau diubah dalam apa-apa cara sekalipun oleh pemohon atau sebaliknya. 1.3 Jika laporan ujian diberikan kepada pihak ketiga atau kepada orang awam, setiap laporan hendaklah diberikan sepenuhnya, dan boleh dibaca sepenuhnya. 1.4 Laporan ujian sepatutnya tidak boleh dicetak semula dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa cara yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan pengiklanan atau apa-apa jua, tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd daripada alamat yang dipaparkan. 1.5 Sebarang tambahan dan apa jua alternatif adalah dilarang kecuali mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, mewakili apa jua cara bahawa SIRIM dan/atau subsidiari-subsidiari SIRIM telah megesahkan, tidak meluluskan atau tidak mengesakan hasil daripada pemohon dalam apa jua cara. 1.6 Penggunaan SIRIM QAS International, SIRIM atau logo Subsidiari SIRIM yang lain dan/atau perkataan seperti “SIRIM: Diuji dan terbukti” dan kenyataan serupa dilarang sama sekali dalam apa-apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd. 1.7 Sekiranya pemohon didapati melanggar peruntukan ini, SIRIM QAS International Sdn Bhd, SIRIM dan/atau anak-anak syarikat SIRIM lain tanpa menjejaskan apa-apa hak dan remedi boleh mengambil apa-apa tindakan, tetapi tindakan tersebut tidak terhad kepada: a) Memaklumkan dan meletakkan notis dalam media. b) Mendapatkan injuksi dari mahkamah (kos atas dasar peguamcara – klien yang perlu ditanggung oleh pemohon.) c) Enggan menerima apa-apa produk tambahan untuk ujian Perkhidmatan pemohon atau apa sahaja yang berkaitan dengan pemohon, sama ada subsidiari atau sebaliknya. d) Mengajar pemohon untuk membatalkan dan menarik balik iklan, penyata atau dokumen berkenaan dan mengiklankan penjelasan dan meminta maaf kepada SIRIM QAS International, SIRIM dan/atau subsidiari-subsidiari lain SIRIM sebanyak dua kali dalam satu penerbitan negara pilihan SIRIM QAS International dan kepada pemohon beberapa kos. e) Memaklumkan atau lodging laporan berkaitan laporan ujian pemohon dengan pihak berkuasa yang berkenaan.
  • 18. 1.8 Jika berlaku siasatan dari mana-mana pihak ketiga yang berkaitan laporan ujian pemohon, SIRIM QAS International boleh mendedahkan laporan yang sama untuk tujuan penyiasatan tersebut. 1.9 Jika kelulusan diperolehi daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International, pemohon hanya boleh memasukkan frasa “ Sampel produk ini telah diuji oleh SIRIM QAS International ... (No laporan ujian) ...... (bertarikh) .... (ujian untuk apa) ..... ( Untuk standard apa)” atau apa-apa perkataan yang sama dengan menekankan bahawa hanya sampel sebenar yang diuji. 1.10 Salinan yang diperakui benar bagi laporan ujian boleh dikeluarkan atas permintaan oleh pemohon berserta bayaran yang dikenakan.