SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
FOLIO BAHASA MELAYU 2013
SEMESTER 1
TAJUK : CERPEN – Melissa
KELAS : KV 2-1
NAMA AHLI KUMPULAN : (1) Amir Bin Nazri
(2) Muhammad Fitri Bin Mohd Fauzi
(3) Nik Danial Aiman Bin Nik Rahiman
Penghargaan
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada kami untuk menyiapkan folio
Bahasa Melayu kami ini yang bertajuk Melissa. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada Miss Nur Shida iaitu instructor matapelajaran Bahasa Melayu ini
kami atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa kami membuat
folio ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan kami, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana
mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki
lagimutu folio kami ini.
Sekian, terima kasih
Sinopsis
Melissa baru sahaja pulang dari pejabat surat khabar. Dia berasa tidak tenteram setelah
bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu.Peristiwa tersebut
membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu,
Hisyam.Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main
bersama-sama. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan
bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisterikan Melissa. Malangnya Hisyam telah
terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969.
Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau.Tarikh 13 Mei
juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam
bidang sejarahnya.Melissa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau
dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat
telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian
Melissa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan
kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk
Tanah Melayu bersatu ketika itu.Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung-
kampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang
perniagaan.
Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh
ladang.Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin
menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.Untuk menyiapkan kajiannya,
Melissa juga menjalankan kajian secara menebual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk
mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.Hubungan Melissa dengan Syahid semakin
intim.Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Melissa menyertai angkatan
tentera Malaysia.Melissa lebih sayangkan negaranya daripada persahabatan dengan
Syahid.Kejadian ini menyebabkan Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa
dengan sikap Melissa. Melissa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada
negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan
jiwanya adalah anak Malaysia yang sejatiDia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran
ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi
untuk mempertahankan ibu pertiwi.
Tema
Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-
kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput
Hisyam akibat rusuhan 13 Mei.Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga
pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa
berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.
Persoalan
Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai
untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
Persoalan persengketaan antara kaum
Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling
semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.
Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya
hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.
Watak Dan Perwatakan
Melissa
Seorang gadis Cina yang terlah berkawan dengan kaum lain sejak dari kecil lagi.Dia bersikap
terbuka dalam hal perkahwinan.Melissa merupakan mahasiswa lulusan bidang sejarah dari
Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.Dia seorang yang mempunyai
semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.Dia telah
membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Hisyam
Seorang anak lelaki keturunan Minang.Hisyam merupakan rakan sepermainan Melissa dan
sangat sayang kepada Melissa.Dia telah terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota
keluarganya.Hisyam seorang yang berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti
menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Melissa.
Syahid
Pengarang sebuah akhbar.Syahid telah terpikat kepada Melissa walaupun akhirnya berasa
kecewa kerana Melissa menjadi anggota tentera.Wajahnya seiras Hisyam, yang menjadi
punca Melissa tertarik kepadanya
Farid
Pensyarah kepada Melissa sewaktu di universiti dahulu.Kini menjadi rakan kerana Melissa
sedang sambung pelajarannya dalam bidang sarjana sejarah.Seorang yang penyabar.
Latar
Latar Masa
Siang
Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
Senja atau waktu Maghrib
Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
13 Mei
berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.
Latar Masyarakat
Masyarakat muda yang amat cinta akan negara
Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam
dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
Masyarakat pelajar yang gigih.
Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan
menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
Masyarakat miskin
Hisyam tinggal di rumah setinggan.
Masyarakat majmuk yang bersengketa
Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan
rusuhan kaum berlaku.
Latar Tempat
Pejabat Syahid
Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja
Rumah Mellisa
Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.
Kampung Baru
tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969,
yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa
bergelut dengan perusuh.
Jalan Petaling
tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh
Plot
Binaan Plot
Permulaan
Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-
kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-
olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei
menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta
pandang pertama kepada Syahid.
Perkembangan
Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga
keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila
dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya
menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa
tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
Klimaks
Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam
bidang Sejarah.Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya
membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-
mainkan oleh Mei.
Peleraian
Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi
kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan
aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar
peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.
Teknik Plot
Imbas kembali
“Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti
suka.Aku akan ajar kau agama Islam.”
Dia tersenyum.Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.
Teknik Pemeriaan
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan
deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di
samping Farid.
Teknik Monolog Dalaman
Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.
Teknik Dialog
“Siapa?”
“Mei! Ada telefon.”
“Okey.Saya datang.”
Gaya Bahasa
Simile
Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
Peribahasa
Bertegang urat leher
Tidak lari gunung dikejar.
Pesonifikasi
Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.
Metafora
Bisul rusuhan
Nilai
Nilaikasih sayang
Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang
akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.
Nilai kegigihan.
Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada
pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara
terus dengan peristiwa berdarah itu.
Nilai keberanian.
Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang
memegang tangan Mellisa.
Cinta akan tanah air
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya
terhadap negara dengan menjadi tentera
Pengajaran
1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan
masalah.
2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan
yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.
3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan
terhadap kita.
4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah
kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.
Rujukan
 Internet – www.EncikNazriBM.blogspot/novel/Melissa.com
 Buku – Buku rujukan komsas tingkatan 4,antologi harga remaja,sasbadi
Lampiran

Contenu connexe

Tendances

Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelMinggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelShamimi Jamudin
 
Biografi r
Biografi rBiografi r
Biografi rYUNIANI
 
Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)Smpit Al Mughni
 
Presentasi kartini
Presentasi kartiniPresentasi kartini
Presentasi kartiniNazmahFP
 
Makalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. KartiniMakalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. KartiniAngela Pris
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Nurkamilah Saiful Bahari
 
Raden ajeng kartini
Raden ajeng kartiniRaden ajeng kartini
Raden ajeng kartinijatisari3
 
Cerpen Maaf Kupinta
Cerpen Maaf KupintaCerpen Maaf Kupinta
Cerpen Maaf Kupintanajwanabila
 
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan nota dan penerangan
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan   nota dan peneranganJERIJI KASIH : Watak dan perwatakan   nota dan penerangan
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan nota dan peneranganNeddy nadia
 
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)hasril ariel
 

Tendances (19)

Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelMinggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
 
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbananAspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
 
Tugas Biografi kartini
Tugas Biografi kartiniTugas Biografi kartini
Tugas Biografi kartini
 
Biografi r
Biografi rBiografi r
Biografi r
 
Ra kartini
Ra kartiniRa kartini
Ra kartini
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)
 
Raden adjeng kartini
Raden adjeng kartiniRaden adjeng kartini
Raden adjeng kartini
 
Presentasi kartini
Presentasi kartiniPresentasi kartini
Presentasi kartini
 
Makalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. KartiniMakalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. Kartini
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
 
Biarkan samudera
Biarkan samuderaBiarkan samudera
Biarkan samudera
 
Raden ajeng kartini
Raden ajeng kartiniRaden ajeng kartini
Raden ajeng kartini
 
Cerpen Maaf Kupinta
Cerpen Maaf KupintaCerpen Maaf Kupinta
Cerpen Maaf Kupinta
 
Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2
 
Kartini (sarah)
Kartini (sarah)Kartini (sarah)
Kartini (sarah)
 
BIOGRAFI R. A KARTINI
BIOGRAFI R. A KARTINIBIOGRAFI R. A KARTINI
BIOGRAFI R. A KARTINI
 
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan nota dan penerangan
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan   nota dan peneranganJERIJI KASIH : Watak dan perwatakan   nota dan penerangan
JERIJI KASIH : Watak dan perwatakan nota dan penerangan
 
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)
bahasa indonesia - resensi (novel Rindu & Callista)
 

Plus de Nik Danial Aiman (13)

M7 Maintenance Practices essay (CAT A1)
M7 Maintenance Practices essay (CAT A1) M7 Maintenance Practices essay (CAT A1)
M7 Maintenance Practices essay (CAT A1)
 
Module 2 Physic - Quick Note (CAT A1)
Module 2 Physic - Quick Note (CAT A1)Module 2 Physic - Quick Note (CAT A1)
Module 2 Physic - Quick Note (CAT A1)
 
Mathematics c ircle
Mathematics c ircleMathematics c ircle
Mathematics c ircle
 
Ga t tail
Ga t tailGa t tail
Ga t tail
 
Control surface
Control surfaceControl surface
Control surface
 
Spruce goose 2
Spruce goose 2Spruce goose 2
Spruce goose 2
 
Koordinasi badan
Koordinasi badanKoordinasi badan
Koordinasi badan
 
Mathematics circle
Mathematics circleMathematics circle
Mathematics circle
 
my photoshop collection
my photoshop collectionmy photoshop collection
my photoshop collection
 
Recorder song collection
Recorder song collectionRecorder song collection
Recorder song collection
 
Sejarah sekolah
Sejarah sekolahSejarah sekolah
Sejarah sekolah
 
Sejarah keluarga
Sejarah keluargaSejarah keluarga
Sejarah keluarga
 
Sheikh muszaphar
Sheikh muszapharSheikh muszaphar
Sheikh muszaphar
 

Melissa

  • 1. FOLIO BAHASA MELAYU 2013 SEMESTER 1 TAJUK : CERPEN – Melissa KELAS : KV 2-1 NAMA AHLI KUMPULAN : (1) Amir Bin Nazri (2) Muhammad Fitri Bin Mohd Fauzi (3) Nik Danial Aiman Bin Nik Rahiman
  • 2. Penghargaan Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada kami untuk menyiapkan folio Bahasa Melayu kami ini yang bertajuk Melissa. Kami juga ingin mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada Miss Nur Shida iaitu instructor matapelajaran Bahasa Melayu ini kami atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa kami membuat folio ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan kami, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagimutu folio kami ini. Sekian, terima kasih
  • 3. Sinopsis Melissa baru sahaja pulang dari pejabat surat khabar. Dia berasa tidak tenteram setelah bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu.Peristiwa tersebut membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu, Hisyam.Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main bersama-sama. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisterikan Melissa. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969. Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau.Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya.Melissa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Melissa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu.Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung- kampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan.
  • 4. Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang.Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.Untuk menyiapkan kajiannya, Melissa juga menjalankan kajian secara menebual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.Hubungan Melissa dengan Syahid semakin intim.Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Melissa menyertai angkatan tentera Malaysia.Melissa lebih sayangkan negaranya daripada persahabatan dengan Syahid.Kejadian ini menyebabkan Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa dengan sikap Melissa. Melissa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya adalah anak Malaysia yang sejatiDia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi untuk mempertahankan ibu pertiwi.
  • 5. Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak- kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei.Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Persoalan Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara. Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. Persoalan persengketaan antara kaum Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara. Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.
  • 6. Watak Dan Perwatakan Melissa Seorang gadis Cina yang terlah berkawan dengan kaum lain sejak dari kecil lagi.Dia bersikap terbuka dalam hal perkahwinan.Melissa merupakan mahasiswa lulusan bidang sejarah dari Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.Dia seorang yang mempunyai semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.Dia telah membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Hisyam Seorang anak lelaki keturunan Minang.Hisyam merupakan rakan sepermainan Melissa dan sangat sayang kepada Melissa.Dia telah terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota keluarganya.Hisyam seorang yang berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Melissa. Syahid Pengarang sebuah akhbar.Syahid telah terpikat kepada Melissa walaupun akhirnya berasa kecewa kerana Melissa menjadi anggota tentera.Wajahnya seiras Hisyam, yang menjadi punca Melissa tertarik kepadanya
  • 7. Farid Pensyarah kepada Melissa sewaktu di universiti dahulu.Kini menjadi rakan kerana Melissa sedang sambung pelajarannya dalam bidang sarjana sejarah.Seorang yang penyabar. Latar Latar Masa Siang Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar. Senja atau waktu Maghrib Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah. 13 Mei berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.
  • 8. Latar Masyarakat Masyarakat muda yang amat cinta akan negara Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. Masyarakat pelajar yang gigih. Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah. Masyarakat miskin Hisyam tinggal di rumah setinggan. Masyarakat majmuk yang bersengketa Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku.
  • 9. Latar Tempat Pejabat Syahid Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja Rumah Mellisa Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa. Kampung Baru tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh. Jalan Petaling tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh
  • 10. Plot Binaan Plot Permulaan Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak- kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah- olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid. Perkembangan Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, Klimaks Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah.Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain- mainkan oleh Mei.
  • 11. Peleraian Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi. Teknik Plot Imbas kembali “Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka.Aku akan ajar kau agama Islam.” Dia tersenyum.Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. Teknik Pemeriaan Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.
  • 12. Teknik Monolog Dalaman Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Teknik Dialog “Siapa?” “Mei! Ada telefon.” “Okey.Saya datang.” Gaya Bahasa Simile Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam Peribahasa Bertegang urat leher Tidak lari gunung dikejar. Pesonifikasi Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. Metafora Bisul rusuhan
  • 13. Nilai Nilaikasih sayang Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. Nilai kegigihan. Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. Nilai keberanian. Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. Cinta akan tanah air Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera
  • 14. Pengajaran 1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. 2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. 3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita. 4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Rujukan  Internet – www.EncikNazriBM.blogspot/novel/Melissa.com  Buku – Buku rujukan komsas tingkatan 4,antologi harga remaja,sasbadi