SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM

        Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik




                     PSW251

      RETHORICS OF SCREENWRITING


              Nujum Pak Belalang




                  Disediakan untuk:

                   En. Wiramanja

                   01 March 2010



                  Disediakan oleh:

          Nur Amirah Aidura Binti Tamam

                    2008231376

         CT112 Diploma Penulisan Artistik




                        1
1.0    Pengenalan.


       Takrifan retorik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa membawa maksud, kajian

mengenai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik

juga ialah penggunaan bahasa yang indah dan menarik dalam percakapan mahupun penulisan

untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca. Menurut

Aristotelian, retorik ditakrifkan sebagai satu cara pengumpulan bahan secara berkesan dalam

menyampaikan fakta atau kenyataan melalui ucapan bagi menarik daya intelek pendengar.

Secara holistiknya, retorik ialah percakapan mahupun penulisan yang menggunakan bahasa-

bahasa indah dan menarik bagi memanipulasikan pemikiran pendengar serta pembaca lantas

mewujudkan elemen pemujukan secara halus.


       Filem Nujum Pak Belalang merupakan sebuah filem bahasa Melayu pada tahun 1959

yang bergenre komedi di bawah naungan Shaw Brothers Ltd. Filem ini telah diarahkan dan

dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan dibantu oleh S. Sudarmaji sebagai

pembantu pengarah. Filem ini turut memenangi Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia

ke-7 di Tokyo, Jepun. Barisan pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai Pak Belalang, Bad Latiff sebagai Belalang,

Hashimah Yon sebagai Tuan Puteri Sri Bujur Sirih, Ahmad Nisfu sebagai Sultan Shahrul

Nizam, Aziz Sattar sebagai Badan, S. Shamsuddin sebagai Nyawa serta beberapa barisan

pelakon tanah air yang lain.




2.0    Objektif Kajian.


       Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa retorik dalam Filem

Nujum Pak Belalang bagi mengkritik cara pemikiran masyarakat Melayu lama.




                                            2
3.0   Sinopsis.


      Filem Nujum Pak Belalang berkisar mengenai dongeng epik yang berlatar

belakangkan budaya masyarakat Melayu lama. Pak Belalang merupakan seorang bapa yang

pemalas dan mempunyai anak yang rajin bernama Belalang. Belalang telah melakukan tugas

untuk mencari rezeki bagi menyara mereka dua beranak. Suatu hari, Belalang telah

terserempak dengan dua orang pencuri lembu serta kambing yang bernama Badan dan Nyawa

lantas menakutkan mereka. Belalang telah menyuruh Pak Belalang menyamar menjadi ahli

nujum untuk memulangkan semula kambing serta lembu orang kampung yang hilang

tersebut. Tok Penghulu telah berjumpa dengan Pak Belalang bagi menyelesaikan masalah

orang kampung lantas mempercayai Pak Belalang sebagai ahli nujum yang handal.


      Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah mencuri mahkota Sultan Shahrul Nizam

dan rantai pusaka Tuan Puteri Sri Bujur Sireh serta harta istana. Pak Belalang dipanggil

menghadap sultan serta diberi tempoh selama satu malam bagi menemui harta tersebut. Pak

Belalang telah menyembunyikan diri di dalam Gua Tunggal kerana takut dipancung. Secara

kebetulan, Pak Belalang menemui harta sultan. Keesokan harinya, beliau telah dilantik

sebagai Ahli Nujum Negara.


      Raja Masai telah datang menghadap Sultan Shahrul Nizam dengan membawa empat

soalan untuk menguji kehebatan Ahli Nujum Negara dan negara menjadi pertaruhan. Belalang

telah menolong Pak Belalang menyelesaikan keempat-empat soalan tersebut. Raja Masai telah

mengemukan satu soalan kerana berasa ditipu. Pak Belalang beraya meneka apa yang berada

di dalam genggaman tangan baginda Masai. Kekalahan Raja Masai telah dibantu oleh Badan

dan Nyawa dengan menculik Tuan Puteri Sri Bujur Sireh. Sekali lagi Pak Belalang berjaya

menyelamatkan Tuan Puteri lantas dikahwinkan oleh Sultan Shahrul Nizam.




                                           3
4.0    Hasil Kajian.


       Filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini telah memaparkan retorik zaman

Melayu dahulu di mana telah menggunakan prinsip-prinsip umum retorik. Prinsip-prinsip

umum ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, tema yang terfokus, reka cipta fakta yang sahih,

kronologi idea, nada, dan gaya bahasa yang berkualiti. Minit (07:26) hingga minit (08:23)

telah memaparkan penggunaan gaya bahasa, nada dan tema yang terfokus dalam perbualan di

antara Pak Belalang dengan Cik Kacuk dan Cik Kaduk. Perhatikan skrip perbualan Filem

Nujum Pak Belalang seperti di bawah:


                                     PAK BELALANG
                                Apa hajatnya datang kemari?


                                        CIK KACUK
        Begini Pak Belalang, esok, Tok Penghulu nak buka tanah baru. Dia minta
        banyak orang-orang bekerja. Marilah kita pergi bekerja bersama-sama Pak
        Belalang. Bolehlah kita dapat hasilnya sedikit sebanyak Pak Belalang.


                                     PAK BELALANG
         Saya tu, bukan tak mahu bekerja Cik Kacuk. Tapi, badan pun dah naik uzur.


                                        CIK KADUK
        Kami tu bukan apa Pak Belalang. Kami kesian lihat Belalang bekerja hari-
        hari tak berhenti. Kalaulah dia sakit nanti, Pak Belalang juga yang susah.


                                     PAK BELALANG
        Belalang tu memang degil budaknya Cik Kaduk. Berapa kali saya kasi tahu,
        jangan kerja Belalang, jangan kerja...dia nak kerja juga. Dia degil budak tu
        sampai tak boleh nak kata apa langsung.

                                        CIK KACUK
        Yalah.. Kalau si Belalang tak kerja, Pak Belalang nak makan apa dua
        beranak?

                                              4
PAK BELALANG
        Hai Cik Kaduk...sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, takkan kita
        yang dalam rumah ni tak dapat makan?


                              CIK KADUK & CIK KACUK
                                  Yalah Pak Belalang.......




       Penggunaan ayat “...sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, takkan kita

yang dalam rumah ni tak dapat makan?”. Ayat ini sebenarnya ialah bahasa figuratif atau

bahasa kiasan. Penggunaan bahasa kiasan ini bertujuan untuk memantapkan sesebuah

penulisan mahupun percakapan bagi mengukuhkan hujah yang kita sampaikan. Retoriknya di

sini, Pak Belalang telah menggunakan kiasan untuk memberi alasan agar dia tidak bekerja

mencari rezeki. Ulat yang lumrahnya tinggal di dalam batu dijadikan alasan agar Cik Kaduk

dan Cik Kacuk mati kutu supaya mereka berdua tidak memaksa Pak Belalang untuk bekerja.


       Jika kita lihat dari sudut temanya pula, Cik Kaduk dan Cik Kacuk menyampaikan

temanya secara terfokus. Hal ini kerana mereka berdua menyatakan mesej yang jelas dan

nyata. Terfokus yang dimaksudkan di sini ialah dari awal hingga akhir pertuturan mereka

berdua mengarah pada satu landasan sahaja dan tidak berubah kepada perkara-perkara yang

lain. Cik Kacuk telah menyatakan hasratnya untuk mengajak Pak Belalang bekerja apabila

ditanya oleh Pak Belalang. Selain itu, retorik Cik Kacuk dan Cik Kaduk di sini adalah dengan

mengggunakan nada melankolik iaitu nada yang mendayu dan mengundang perasaan simpati

kepada Belalang yang bekerja setiap hari untuk menyara kehidupan Pak Belalang dua

beranak. Secara tuntasnya, gaya bahasa bagi minit ini adalah adalah gaya pertengahan di

mana menggunakan diksi sederhana, namun dapat menimbulkan keseronokan kepada

pendengar.

                                             5
Minit (48:49) memaparkan retorik Pak Belalang terhadap janjinya untuk mencari harta

Sultan Shahrul Nizam. Retorik yang ingin ditonjolkan di sini adalah struktur ayat dan nada.

Perhatikan skrip di bawah:


                                    PAK BELALANG
        Sabar tuaku. Janganlah tuanku mengapa-apakan kepada anak patik
        Belalang. Sebenarnya, bukanlah patik lari sembunyikan diri. Patik adalah
        manusia yang berpegang teguh kepada janji. Patik janji hari ini, patik datang
        hari ini. Ampun tuanku..


                              SULTAN SHAHRUL NIZAM
                     Aaa..Bagaimana harta benda beta yang hilang itu?


                                    PAK BELALANG
        Aaa..Sebenarnya harta benda tuanku tidak hilang. Tapi telah disembunyikan
        oleh jin tuanku.


                              SULTAN SHAHRUL NIZAM
                                    Jin yang mana pula?


                                    PAK BELALANG
                                     Jin Miskin tuanku.


                              SULTAN SHAHRUL NIZAM
        Rupanya banyak jin dalam dunia ni. Ada yang lapar, ada yang miskin.
        Baiklah, di mana harta benda beta sekarang?


                                    PAK BELALANG
        Harta benda tuanku yang hilang, sekarang sedang berada di dalam sebuah
        gua di Bukit Tunggal. Tetapi untuk mengambil kembali harta tuanku yang
        hilang itu mesti menggunakan dua syarat tuanku.




                                             6
SULTAN SHAHRUL NIZAM
                           Dua syarat? Baiklah, apa syaratnya?

                                   PAK BELALANG
        Pertama, tuanku boleh pergi seberapa banyak orang yang tuanku suka.
        Tetapi, hanya empat orang sahaja yang di izinkan masuk ke dalam gua
        Bukit Tunggal. Iani tuanku sendiri, Tengku Permaisuri, Dato’ Perdana
        Menteri, dan Tuanku.....


                             SULTAN SHAHRUL NIZAM
                         Syarat yang kedua? Syarat yang kedua?!


                                   PAK BELALANG
        Syarat yang kedua tuanku. Apabila tuanku masuk ke dalam Gua Bukit
        Tunggal, tidak dibenarkan sesiapapun berdiri tegak. Mestilah merangkak
        berterus-terusan. Andai kata, salah seorang melanggar perintah ahlil nujum,
        ehm..pendek umur tuanku.


       Kata-kata yang digunakan oleh Pak Belalang adalah kata-kata yang bertenaga. Apa

yang dimaksudkannya ialah, ayat-ayat ini menyerlahkan kekuatan pada pendengaran kita.

Contoh perbandingan konkrit dan abstraknya ialah:


              *Lemah        : Patik adalah manusia yang berpegang kuat kepada janji.


              *Kuat         : Patik adalah manusia yang berpegang teguh kepada janji.


       Ayat yang digunakan oleh Pak Belalang adalah struktur ayat yang kuat dan bertenaga

agar Sultan Shahrul Nizam percaya dan yakin terhadap Pak Belalang. Pak Belalang telah

menggunakan beberapa intonasi nada. Nada merupakan emosi-emosi penutur yang

tergambar dari ayat-ayat yang diucapkan. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi

perasaan pendengar atau audien. Apa yang dapat dilihat, dialog di atas telah dituturkan

dengan menggunakan nada semangat atau dikenali sebagai nada ambisi yang disamapaikan

dengan penuh bertenaga. Selain itu, Pak Belalang telah memasukkan elemen-elemen jenaka

                                            7
dengan penambahan ayat seperti ‘ehm...pendek umur’ dan ‘jin miskin’. Unsur-unsur ini

sebenarnya menggambarkan sikap orang Melayu dahulu yang sering percaya kepada

perkara-perkara tahyul dan mengarut. Retorik yang di gunakan di sini menonjolkan

penggunaan ayat yang tidak konotatif dan mempunyai bentuk frasa yang lemah.


       Bukan itu sahaja, Filem Nujum Pak Belalang ini juga telah memaparkan

pembahagian terhadap klasifikasi retorik yang di gunakan. Pembahagian ini telah

membezakan di antara retorik rakyat jelata dan retorik golongan bangsawan. Jika kita lihat,

retorik Pak Belalang rata-ratanya menggunakan nada yang bersemangat, dan menggunakan

beberapa gaya bahasa yang berbeza. Struktur ayat yang kuat mampu menyakinkan sesiapa

sahaja yang mendengarnya.




                                             8
5.0    Kesimpulan.


       Filem Nujum Pak Belalang memaparkan perbezaan retorik yang agak ketara di antara

pemikiran rakyat melayu zaman dahulu dan sekarang. Penggunaan nada melankolik, ayat-ayat

konkrit dan abstrak, nada yang bersemangat, tema yang terfokus, penggunaan gaya bahasa

yang figuratif atau kiasan serta elemen-elemen jenaka telah membuktikan bahawa filem ini

menggunakan retorik sepenuhnya bagi membuat audien menghayati dan terhibur serta

terpujuk dengan ayat-ayat yang dituturkan oleh barisan pelakon.


       Tuntasnya, nada yang melankolik mampu menimbulkan perasaan simpati, nada

semanat akan menwujudkan keyakinan, ayat yang kuat akan menambahkan hujah yang

dikemukakan, tema yang terfokus akan membawa cerita kepada tujuannya dengan jelas, dan

penggunaan gaya bahasa seperti ayat figuratif atau kiasan akan menambahkan tarikan para

pendengar. Holistiknya, retorik yang bagus haruslah mengandungi kesemua elemen-elemen

ini agar fikiran audien akan terpengaruh dan terpujuk dengan apa yang didengarinya.




                                             9

Contenu connexe

Tendances

Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Karen So Yongfen
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Nurhaliza Hamid
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
Ning Fan
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Syed Ahmad Azhar
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Emma Subpei Shafie
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
mothy
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
ardiya_izwani
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
darminladiro
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembanganKesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
ami_nah
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
nur fara
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
Yuvarani Subramaniam
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Fanera Jeffery
 

Tendances (20)

Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembanganKesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
Kesan masalah pendengaran terhadap perkembangan
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 

Dernier

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 

Dernier (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

RETHORICS OF SCREENWRITING

  • 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik PSW251 RETHORICS OF SCREENWRITING Nujum Pak Belalang Disediakan untuk: En. Wiramanja 01 March 2010 Disediakan oleh: Nur Amirah Aidura Binti Tamam 2008231376 CT112 Diploma Penulisan Artistik 1
  • 2. 1.0 Pengenalan. Takrifan retorik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa membawa maksud, kajian mengenai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga ialah penggunaan bahasa yang indah dan menarik dalam percakapan mahupun penulisan untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca. Menurut Aristotelian, retorik ditakrifkan sebagai satu cara pengumpulan bahan secara berkesan dalam menyampaikan fakta atau kenyataan melalui ucapan bagi menarik daya intelek pendengar. Secara holistiknya, retorik ialah percakapan mahupun penulisan yang menggunakan bahasa- bahasa indah dan menarik bagi memanipulasikan pemikiran pendengar serta pembaca lantas mewujudkan elemen pemujukan secara halus. Filem Nujum Pak Belalang merupakan sebuah filem bahasa Melayu pada tahun 1959 yang bergenre komedi di bawah naungan Shaw Brothers Ltd. Filem ini telah diarahkan dan dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan dibantu oleh S. Sudarmaji sebagai pembantu pengarah. Filem ini turut memenangi Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun. Barisan pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai Pak Belalang, Bad Latiff sebagai Belalang, Hashimah Yon sebagai Tuan Puteri Sri Bujur Sirih, Ahmad Nisfu sebagai Sultan Shahrul Nizam, Aziz Sattar sebagai Badan, S. Shamsuddin sebagai Nyawa serta beberapa barisan pelakon tanah air yang lain. 2.0 Objektif Kajian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa retorik dalam Filem Nujum Pak Belalang bagi mengkritik cara pemikiran masyarakat Melayu lama. 2
  • 3. 3.0 Sinopsis. Filem Nujum Pak Belalang berkisar mengenai dongeng epik yang berlatar belakangkan budaya masyarakat Melayu lama. Pak Belalang merupakan seorang bapa yang pemalas dan mempunyai anak yang rajin bernama Belalang. Belalang telah melakukan tugas untuk mencari rezeki bagi menyara mereka dua beranak. Suatu hari, Belalang telah terserempak dengan dua orang pencuri lembu serta kambing yang bernama Badan dan Nyawa lantas menakutkan mereka. Belalang telah menyuruh Pak Belalang menyamar menjadi ahli nujum untuk memulangkan semula kambing serta lembu orang kampung yang hilang tersebut. Tok Penghulu telah berjumpa dengan Pak Belalang bagi menyelesaikan masalah orang kampung lantas mempercayai Pak Belalang sebagai ahli nujum yang handal. Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah mencuri mahkota Sultan Shahrul Nizam dan rantai pusaka Tuan Puteri Sri Bujur Sireh serta harta istana. Pak Belalang dipanggil menghadap sultan serta diberi tempoh selama satu malam bagi menemui harta tersebut. Pak Belalang telah menyembunyikan diri di dalam Gua Tunggal kerana takut dipancung. Secara kebetulan, Pak Belalang menemui harta sultan. Keesokan harinya, beliau telah dilantik sebagai Ahli Nujum Negara. Raja Masai telah datang menghadap Sultan Shahrul Nizam dengan membawa empat soalan untuk menguji kehebatan Ahli Nujum Negara dan negara menjadi pertaruhan. Belalang telah menolong Pak Belalang menyelesaikan keempat-empat soalan tersebut. Raja Masai telah mengemukan satu soalan kerana berasa ditipu. Pak Belalang beraya meneka apa yang berada di dalam genggaman tangan baginda Masai. Kekalahan Raja Masai telah dibantu oleh Badan dan Nyawa dengan menculik Tuan Puteri Sri Bujur Sireh. Sekali lagi Pak Belalang berjaya menyelamatkan Tuan Puteri lantas dikahwinkan oleh Sultan Shahrul Nizam. 3
  • 4. 4.0 Hasil Kajian. Filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini telah memaparkan retorik zaman Melayu dahulu di mana telah menggunakan prinsip-prinsip umum retorik. Prinsip-prinsip umum ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, tema yang terfokus, reka cipta fakta yang sahih, kronologi idea, nada, dan gaya bahasa yang berkualiti. Minit (07:26) hingga minit (08:23) telah memaparkan penggunaan gaya bahasa, nada dan tema yang terfokus dalam perbualan di antara Pak Belalang dengan Cik Kacuk dan Cik Kaduk. Perhatikan skrip perbualan Filem Nujum Pak Belalang seperti di bawah: PAK BELALANG Apa hajatnya datang kemari? CIK KACUK Begini Pak Belalang, esok, Tok Penghulu nak buka tanah baru. Dia minta banyak orang-orang bekerja. Marilah kita pergi bekerja bersama-sama Pak Belalang. Bolehlah kita dapat hasilnya sedikit sebanyak Pak Belalang. PAK BELALANG Saya tu, bukan tak mahu bekerja Cik Kacuk. Tapi, badan pun dah naik uzur. CIK KADUK Kami tu bukan apa Pak Belalang. Kami kesian lihat Belalang bekerja hari- hari tak berhenti. Kalaulah dia sakit nanti, Pak Belalang juga yang susah. PAK BELALANG Belalang tu memang degil budaknya Cik Kaduk. Berapa kali saya kasi tahu, jangan kerja Belalang, jangan kerja...dia nak kerja juga. Dia degil budak tu sampai tak boleh nak kata apa langsung. CIK KACUK Yalah.. Kalau si Belalang tak kerja, Pak Belalang nak makan apa dua beranak? 4
  • 5. PAK BELALANG Hai Cik Kaduk...sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, takkan kita yang dalam rumah ni tak dapat makan? CIK KADUK & CIK KACUK Yalah Pak Belalang....... Penggunaan ayat “...sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, takkan kita yang dalam rumah ni tak dapat makan?”. Ayat ini sebenarnya ialah bahasa figuratif atau bahasa kiasan. Penggunaan bahasa kiasan ini bertujuan untuk memantapkan sesebuah penulisan mahupun percakapan bagi mengukuhkan hujah yang kita sampaikan. Retoriknya di sini, Pak Belalang telah menggunakan kiasan untuk memberi alasan agar dia tidak bekerja mencari rezeki. Ulat yang lumrahnya tinggal di dalam batu dijadikan alasan agar Cik Kaduk dan Cik Kacuk mati kutu supaya mereka berdua tidak memaksa Pak Belalang untuk bekerja. Jika kita lihat dari sudut temanya pula, Cik Kaduk dan Cik Kacuk menyampaikan temanya secara terfokus. Hal ini kerana mereka berdua menyatakan mesej yang jelas dan nyata. Terfokus yang dimaksudkan di sini ialah dari awal hingga akhir pertuturan mereka berdua mengarah pada satu landasan sahaja dan tidak berubah kepada perkara-perkara yang lain. Cik Kacuk telah menyatakan hasratnya untuk mengajak Pak Belalang bekerja apabila ditanya oleh Pak Belalang. Selain itu, retorik Cik Kacuk dan Cik Kaduk di sini adalah dengan mengggunakan nada melankolik iaitu nada yang mendayu dan mengundang perasaan simpati kepada Belalang yang bekerja setiap hari untuk menyara kehidupan Pak Belalang dua beranak. Secara tuntasnya, gaya bahasa bagi minit ini adalah adalah gaya pertengahan di mana menggunakan diksi sederhana, namun dapat menimbulkan keseronokan kepada pendengar. 5
  • 6. Minit (48:49) memaparkan retorik Pak Belalang terhadap janjinya untuk mencari harta Sultan Shahrul Nizam. Retorik yang ingin ditonjolkan di sini adalah struktur ayat dan nada. Perhatikan skrip di bawah: PAK BELALANG Sabar tuaku. Janganlah tuanku mengapa-apakan kepada anak patik Belalang. Sebenarnya, bukanlah patik lari sembunyikan diri. Patik adalah manusia yang berpegang teguh kepada janji. Patik janji hari ini, patik datang hari ini. Ampun tuanku.. SULTAN SHAHRUL NIZAM Aaa..Bagaimana harta benda beta yang hilang itu? PAK BELALANG Aaa..Sebenarnya harta benda tuanku tidak hilang. Tapi telah disembunyikan oleh jin tuanku. SULTAN SHAHRUL NIZAM Jin yang mana pula? PAK BELALANG Jin Miskin tuanku. SULTAN SHAHRUL NIZAM Rupanya banyak jin dalam dunia ni. Ada yang lapar, ada yang miskin. Baiklah, di mana harta benda beta sekarang? PAK BELALANG Harta benda tuanku yang hilang, sekarang sedang berada di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal. Tetapi untuk mengambil kembali harta tuanku yang hilang itu mesti menggunakan dua syarat tuanku. 6
  • 7. SULTAN SHAHRUL NIZAM Dua syarat? Baiklah, apa syaratnya? PAK BELALANG Pertama, tuanku boleh pergi seberapa banyak orang yang tuanku suka. Tetapi, hanya empat orang sahaja yang di izinkan masuk ke dalam gua Bukit Tunggal. Iani tuanku sendiri, Tengku Permaisuri, Dato’ Perdana Menteri, dan Tuanku..... SULTAN SHAHRUL NIZAM Syarat yang kedua? Syarat yang kedua?! PAK BELALANG Syarat yang kedua tuanku. Apabila tuanku masuk ke dalam Gua Bukit Tunggal, tidak dibenarkan sesiapapun berdiri tegak. Mestilah merangkak berterus-terusan. Andai kata, salah seorang melanggar perintah ahlil nujum, ehm..pendek umur tuanku. Kata-kata yang digunakan oleh Pak Belalang adalah kata-kata yang bertenaga. Apa yang dimaksudkannya ialah, ayat-ayat ini menyerlahkan kekuatan pada pendengaran kita. Contoh perbandingan konkrit dan abstraknya ialah: *Lemah : Patik adalah manusia yang berpegang kuat kepada janji. *Kuat : Patik adalah manusia yang berpegang teguh kepada janji. Ayat yang digunakan oleh Pak Belalang adalah struktur ayat yang kuat dan bertenaga agar Sultan Shahrul Nizam percaya dan yakin terhadap Pak Belalang. Pak Belalang telah menggunakan beberapa intonasi nada. Nada merupakan emosi-emosi penutur yang tergambar dari ayat-ayat yang diucapkan. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi perasaan pendengar atau audien. Apa yang dapat dilihat, dialog di atas telah dituturkan dengan menggunakan nada semangat atau dikenali sebagai nada ambisi yang disamapaikan dengan penuh bertenaga. Selain itu, Pak Belalang telah memasukkan elemen-elemen jenaka 7
  • 8. dengan penambahan ayat seperti ‘ehm...pendek umur’ dan ‘jin miskin’. Unsur-unsur ini sebenarnya menggambarkan sikap orang Melayu dahulu yang sering percaya kepada perkara-perkara tahyul dan mengarut. Retorik yang di gunakan di sini menonjolkan penggunaan ayat yang tidak konotatif dan mempunyai bentuk frasa yang lemah. Bukan itu sahaja, Filem Nujum Pak Belalang ini juga telah memaparkan pembahagian terhadap klasifikasi retorik yang di gunakan. Pembahagian ini telah membezakan di antara retorik rakyat jelata dan retorik golongan bangsawan. Jika kita lihat, retorik Pak Belalang rata-ratanya menggunakan nada yang bersemangat, dan menggunakan beberapa gaya bahasa yang berbeza. Struktur ayat yang kuat mampu menyakinkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. 8
  • 9. 5.0 Kesimpulan. Filem Nujum Pak Belalang memaparkan perbezaan retorik yang agak ketara di antara pemikiran rakyat melayu zaman dahulu dan sekarang. Penggunaan nada melankolik, ayat-ayat konkrit dan abstrak, nada yang bersemangat, tema yang terfokus, penggunaan gaya bahasa yang figuratif atau kiasan serta elemen-elemen jenaka telah membuktikan bahawa filem ini menggunakan retorik sepenuhnya bagi membuat audien menghayati dan terhibur serta terpujuk dengan ayat-ayat yang dituturkan oleh barisan pelakon. Tuntasnya, nada yang melankolik mampu menimbulkan perasaan simpati, nada semanat akan menwujudkan keyakinan, ayat yang kuat akan menambahkan hujah yang dikemukakan, tema yang terfokus akan membawa cerita kepada tujuannya dengan jelas, dan penggunaan gaya bahasa seperti ayat figuratif atau kiasan akan menambahkan tarikan para pendengar. Holistiknya, retorik yang bagus haruslah mengandungi kesemua elemen-elemen ini agar fikiran audien akan terpengaruh dan terpujuk dengan apa yang didengarinya. 9