SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
NAMA: SITI SYATINI SYARBAINI
NO. MATRIK: D20091034787


1. Apakah yang dimaksudkan Mathematics Anxiety?
Mathematics anxiety atau kebimbangan matematik merupakan suatu masalah bagi
kebanyakan individu. Mathematics anxiety ini didefinasikan sebagai satu perasaan
ketidaktentuan, tertekan dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.
Ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh seseorang apabila diminta melakukan sesuatu
aktiviti yang berkaitan dengan matematik juga merupakan               mathematics anxiety.
Kebimbangan matematik ini dilihat lebih kepada aspek emosi berbanding dengan masalah
kognitif atau intelektual seseorang individu. Walau bagaimanapun, kebimbangan matematik
mengganggu keupayaan seseorang untuk belajar matematik dan menyebabkan berlakunya
masalah intelektual.

     Selain itu, kebimbangan matematik juga merujuk kepada seseorang yang merasa takut,
hilang keyakinan dan bersikap negatif terhadap pembelajaran matematik yang dipelajari.
Tahap keyakinan seseorang mempengaruhi tahap kebimbangan yang terdapat dalam diri
mereka. Seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi akan dapat mengawal tahap
kebimbangan mereka dan jika seseorang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, maka
mereka akan mengalami tahap kebimbangan yang melampau dan secara tidak langsung
mewujudkan kebimbangan matematik sekiranya seseorang itu tidak yakin dapat
menyelesaikan soalan atau aktiviti yang berkaitan dengan matematik.

     Di samping itu, kebimbangan matematik ini merupakan satu fenomena yang melibatkan
satu perasaan kurang upaya dan minda yang tidak terancang dalam memanipulasikan nombor
dan soalan-soalan matematik dalam kehidupan seharian atau dalam bidang akademik.
Seseorang yang menderita fenomena kebimbangan matematik yang melampau akan
merasakan bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan dalam melakukan aktiviti dan
pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran matematik. Mereka lebih rela memilih
bidang pekerjaan atau kursus yang mempunyai kaitan yang paling minima dalam penggunaan
pengetahuan matematik.

     Kebimbangan matematik juga dikenali sebagai suatu keadaan kurang kemampuan atau
upaya apabila berhadapan dengan matematik. Keadaan ini adalah spesifik dan merupakan
ketakutan sebenar matematik yang menyebabkan pelajar menjadi terlampau ingin mengelak
dan menjauhi matematik sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Seseorang yang mempunyai
kebimbangan yang tinggi dalam matematik mempunyai motivasi yang rendah dan sebaliknya
seseorang yang mempunyai kebimbangan matematik yang rendah mempunyai motivasi yang
tinggi. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kebimbangan matematik berkait rapat dengan tahap
motivasi seseorang individu.



2. Kenapakah fenomena ini berlaku?

Fenomena mathematics anxiety ini berlaku disebabkan pelbagai punca atau faktor. Antara
faktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi adalah personaliti guru dan kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru, peperiksaan awam dan kesannya, domain afektif iaitu faktor diri
seperti personaliti dan persepsi terhadap matematik, perasaan, kebimbangan dan kesulitan dari
segi memori dan ketidakupayaan semula jadi, jangkaan dan harapan ibu bapa (aspirasi dan
piawaian mereka), pengaruh rakan sebaya dan penggunaan matematik itu sendiri dalam
kehidupan seharian.

       Personaliti dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar mempengaruhi
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran matematik. Guru merupakan faktor yang paling
banyak mempengaruhi tahap kebimbangan matematik seseorang pelajar. Kecenderungan
seseorang guru yang hanya memberi penekanan kepada satu kaedah penyelesaian masalah
matematik merupakan satu punca yang mungkin menyebabkan kebimbangan dalam
matematik. Pengajaran guru yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat memahami
pengajaran matematik yang diajar oleh guru. Keadaan yang berterusan ini menyebabkan
pelajar gagal dalam mata pelajaran matematik seterusnya akan mencetuskan kebimbangan
matematik dalam diri pelajar setiap kali mempelajari matematik.

     Tambahan pula, guru perlu menghabiskan silibus pelajaran dalam masa yang
ditetapkan. Hal ini membuatkan guru mengajar matematik dengan kadar yang cepat
menyebabkan pelajar tidak memahami sepenuhnya satu-satu unit pelajaran yang diajar oleh
guru. Pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh dalam sesuatu kemahiran matematik yang
diajar kerana guru telah berpindah ke unit yang lain untuk mengejar silibus pelajaran bagi
menghadapi peperiksaan. Hal ini menyukarkan pelajar kerana setiap kemahiran yang diajar
adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam matematik. Keadaan ini akan
menimbulkan perasaan tertekan kepada pelajar untuk menguasai matematik dan mewujudkan
fenomena mathematics anxiety ini.
Kebimbangan matematik ini berpunca daripada penguasaan matematik yang lemah
dan dari itu maka lahirlah satu sikap takut, tertekan, bimbang dan tidak berminat terhadap
mata pelajaran matematik. Asas penguasaan matematik adalah bermula daripada perkara-
perkara asas yang diajar di tahap sekolah rendah seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.
Perkara yang sering menjadi masalah kepada para pelajar adalah apabila berdepan dengan
masalah mendarab dan mereka akan menjadi lebih bimbang apabila berdepan dengan nombor
atau angka yang besar.

       Selain itu, kebimbangan matematik ini berlaku disebabkan pelajar merasakan
mempelajari matematik adalah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan walaupun
mempelajari konsep yang mudah dalam matematik. Mereka merasa sukar dalam
menyelesaikan soalan-soalan yang mudah dan seterusnya melenyapkan minat terhadap
matematik dan mereka melabelkan matematik adalah satu subjek yang sukar dan
membosankan.

       Sikap ibu bapa yang negatif terhadap matematik menyebabkan anak-anak merasakan
matematik itu sesuatu yang sukar dan menyumbang kepada mathematics anxiety. Pengaruh
ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak mereka sangat penting kerana ibu bapa menjadi
model kepada anak-anak. Anak-anak melakukan sesuatu perkara berdasarkan pandangan dan
tafsiran mereka melalui tingkah laku yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa. Sebagai
contohnya, anak-anak mungkin melihat matematik sebagai tidak penting sekiranya ibu bapa
mereka melihat matematik sebagai sia-sia ataupun tidak dapat digunakan dalam kehidupan
seharian.

      Seringkali kita mendengar sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa mereka tidak
pandai matematik atau menyatakan matematik adalah sukar dan menyangkakan anak mereka
juga tidak mampu untuk menguasai matematik seperti mereka. Oleh itu, tanggapan seperti itu
turut memberi kesan kepada anak-anak dan mereka juga akan berpendapat seperti ibu bapa
mereka dan seterusnya menyebabkan berlakunya kebimbangan apabila setiap kali berdepan
dengan matematik terutamanya ketika berada di dalam kelas.

     Ada sesetengah mitos mengatakan bahawa lelaki lebih mahir dalam menguasai
kemahiran matematik berbanding perempuan. Hal ini turut menyumbang berlakunya
kebimbangan matematik ini. Sikap ibu bapa dan guru yang cenderung kepada jantina ini
boleh mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Mitos mengatakan bahawa
anak-anak perempuan dipandang rendah dan tidak digalakkan untuk mempelajari matematik
berbanding daripada anak-anak lelaki. Hal ini mungkin menjadi penghalang kepada anak-
anak perempuan untuk mengembangkan potensi matematik mereka.



3. Siapa ada fenomena ini?

Mathematics anxiety boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina sama ada lelaki
atau perempuan dan umur sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Seseorang individu
yang mempunyai simptom-simptom fizikal seperti perut mual, tangan dan kaki kejang,
denyutan jantung meningkat dan tidak teratur, rasa ingin pitam, sesak nafas, sakit kepala dan
berpeluh secara berlebihan sama ada di tangan atau kaki merupakan individu yang
mempunyai fenomena kebimbangan matematik.

      Individu yang mempunyai simptom-simptom psikologi seperti berfikiran negatif
terhadap diri sendiri, panik dan takut, merasa bimbang dan gelisah, keinginan untuk
melarikan diri daripada sesuatu situasi matematik, mental yang tidak teratur, mempunyai
pemikiran yang tidak keruan, mempunyai perasaan kegagalan atau merasa diri tidak berguna,
perasaan yang tegang dan cemas yang melampau dan mempunyai ketidakupayaan dalam
mengingat semula kemahiran matematik yang telah dipelajari juga merupakan individu yang
terlibat dalam kebimbangan matematik ini.

      Guru juga merupakan salah satu individu yang mempunyai kebimbangan matematik.
Pelajar sering mendapat fenomena kebimbangan matematik ini di sekolah disebabkan oleh
hasil pembelajaran daripada guru-guru yang mempunyai kebimbangan mengenai kebolehan
dan kemahiran matematik mereka dalam bidang-bidang tertentu. Seseorang guru yang takut,
tertekan atau kurang pemahaman ketika mengajar matematik menyebabkan secara tidak
langsung, perasaan tersebut turut terdedah kepada pelajar-pelajar mereka.



4. Bilakah perkara ini bermula dan berlaku?

Perkara ini bermula apabila mereka berasa tidak selesa dalam mempelajari sesuatu aktiviti
yang berkaitan dengan matematik itu sendiri. Sesetengah individu mengatakan bahawa
fenomena kebimbangan matematik ini bermula daripada rumah iaitu bermula daripada ibu
bapa itu sendiri. Ibu bapa didapati mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi
tahap kebimbangan anak-anak dalam matematik. Ibu bapa yang mempunyai sikap negatif
terhadap matematik akan menyebabkan anak-anak mencontohi sikap tersebut. Hal ini kerana
kanak-kanak menyangkakan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya mereka tidak suka atau
cemerlang dalam bidang matematik.

       Selain itu, kebimbangan matematik ini juga turut berpunca daripada pendedahan awal
pembelajaran matematik di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Sesetengah kajian
menunjukkan hanya segelintir pelajar sahaja yang mempunyai pengalaman yang positif dalam
pembelajaran matematik sepanjang tempoh persekolahan yang mereka lalui. Kebanyakan
daripada mereka pula mengalami pengalaman yang menimbulkan kebimbangan mereka
dalam matematik semasa di pra sekolah sehinggalah di institusi pengajian tinggi.

       Pengajaran matematik yang lemah, harapan yang tidak realistik, persekitaran di dalam
bilik darjah yang tidak kondusif, mempunyai pengalaman dimalukan di depan rakan-rakan
mereka ketika menjawab soalan matematik dan sikap guru yang tidak prihatin kepada pelajar
daripada peringkat awal persekolahan menyebabkan fenomena ini berlaku. Fenomena ini
bermula apabila seseorang pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam matematik
pada peringkat awal. Hal ini kerana apabila pelajar melangkah ke unit seterusnya, pelajar
tidak dapat memahami konsep dan kemahiran matematik yang lain disebabkan kemahiran-
kemahiran tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka akan menggunakan
kemahiran yang dipelajari sebelumnya apabila berpindah ke unit seterusnya.



5. Apakah yang mencipta fenomena ini?

Fenomena ini mungkin berlaku disebabkan oleh sifat matematik (The Nature of Mathematics)
itu sendiri. Pelajar perlu mengkaji jenis dan hubungan soalan matematik yang ingin dijawab
terlebih dahulu. Hal ini akan membantu pelajar mengembangkan konsep dan membuat
generalisasi seterusnya dapat menyelesaikan soalan matematik yang ditanya. Namun begitu,
disebabkan pelajar tidak dapat membuat hubungkait antara konsep dan generalisasi tersebut,
membuatkan mereka tidak memahami bentuk soalan yang diberikan. Hal ini jika berterusan
akan mewujudkan fenomena kebimbangan matematik ini.

       Selain itu, pelajar perlu mengembangkan dan menggunakan strategi untuk
mengorganisasi, menganalisis dan mensintesiskan data. Proses-proses seperti meneroka,
memanipulasi, mengkategori, mengira, membilang dan meramal perlu ada pada seseorang
pelajar untuk menguasai matematik dengan baik. Namun begitu, kemahiran tersebut tidak
dapat dikuasai oleh pelajar menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikan
aktiviti berkaitan matematik. Jika masalah ini berlarutan akan menyebabkan fenomena
kebimbangan matematik tersebut berlaku.

      Di samping itu, pelajar perlu mengetahui istilah-istilah dan simbol yang digunakan
dalam matematik dengan baik agar tidak tersalah dalam membina ayat matematik yang betul.
Hal ini perlu diambil berat kerana masih ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan
matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah berayat. Tambahan pula sesetengah
topik yang terdapat dalam matematik melibatkan nombor dan huruf di mana pelajar tidak
dapat memahami mengapa topik tersebut diajar seperti topik penfaktoran. Sebagai contoh,
guru tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai gabungan nombor dan huruf dalam soalan
penfaktoran dan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami dan tertanya-tanya mengenai
perkara tersebut. Hal ini akan mencipta fenomena mathematics anxiety dalam diri pelajar
tersebut jika dibiarkan berlarutan.



6. Bagaimanakah untuk mengurangkan fenomena ini?

Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perasaan, sikap dan persediaan peperiksaan mereka
sendiri. Cara yang paling efektif yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengurangkan
fenomena kebimbangan matematik ini adalah dengan membuat persediaan. Guru tidak hanya
bertanggungjawab terhadap pengajaran konsep matematik sahaja tetapi bertanggungjawab
membantu pelajar dalam mempelajari cara-cara belajar matematik dengan betul. Guru perlu
mengambil kira gaya pembelajaran setiap pelajar, meningkatkan keyakinan pelajar bahawa
mereka mempunyai kebolehan matematik dan sentiasa bergerak dan menghampiri pelajar di
dalam kelas untuk memastikan semua pelajar dapat memahami matematik yang diajar.

      Guru boleh memberitahu pelajar bahawa mereka tidak keseorangan kerana ramai yang
mempunyai perasaan kebimbangan matematik. Guru matematik mestilah peka dan
mengambil serius terhadap kebolehan afektif pelajar sebelum meneruskan pengajaran
matematik untuk mengurangkan kebimbangan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Sikap,
kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalam
pembelajaran matematik.

      Kebolehan afektif seseorang pelajar bertindak sebagai pencetus ingatan yang secara
langsung mempengaruhi kebolehan kognitif, seterusnya dapat mengurangkan kebimbangan
dalam matematik. Guru perlu mengurangkan tahap kebimbangan pelajar terhadap matematik
dengan memberi motivasi yang positif terhadap pelajar. Selain itu, guru perlu merancang
strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran
bagi membantu pelajar dalam membina konsep dan menguasai kemahiran yang terdapat
dalam matematik seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

        Bagi mengurangkan kebimbangan, guru perlu mewujudkan persekitaran yang mana
pelajar berada dalam keadaan selesa dan tidak merasa terancam. Selain itu, guru juga boleh
membantu mengurangkan kebimbangan matematik pelajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran kooperatif. Dengan menggunakan strategi pembelajaran ini dapat membantu
pelajar memahami sebarang permasalahan dan menyelesaikan soalan matematik secara
bekerjasama bersama rakan-rakan dengan dibantu oleh guru.

        Di samping itu, guru perlu mengajar matematik secara langkah demi langkah kerana hal
ini dapat membantu pelajar memahami topik yang diajar dengan baik seterusnya dapat
mengurangkan kebimbangan pelajar dalam matematik. Guru boleh mengadakan sesi kelas
tambahan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam matematik dan dapat mengurangkan
tahap kebimbangan matematik seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian
pelajar.

       Penglibatan dan peranan ibu bapa penting dalam menukar sikap anak-anak terhadap
matematik. Ibu bapa perlu mengambil peranan proaktif dalam pendidikan anak-anak mereka.
Sokongan ibu bapa menyumbang kepada kejayaan anak-anak mereka dan ibu bapa yang tidak
mempedulikan anak-anak akan menyebabkan masalah akademik lebih-lebih lagi terhadap
mata pelajaran matematik. Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak untuk mengetahui
mengenai kebimbangan yang dihadapi oleh mereka, mereka perlu berbincang mengenai
perasaan yang berkaitan dengan matematik dan cuba mencari punca bila anak-anak mereka
mula merasai perasaan bimbang terhadap matematik dan mencari jalan penyelesaiannya.
Semua pihak berperanan untuk membantu pelajar dalam mengurangi kebimbangan matematik
ini.



7. Bagaimanakah untuk menghapuskan fenomena ini?

Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan matematik ini adalah bergantung kepada diri
seseorang individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu merasakan takut dan bimbang setiap
kali berhadapan dengan matematik, sampai bila-bila pun fenomena ini tidak akan hilang
dalam diri. Seseorang itu perlu berhadapan dengan ketakutan itu sendiri. Seseorang yang
mempunyai mathematics anxiety ini perlu mengkaji diri sendiri dari mana perasaan takut ini
berakar umbi dan memastikan sama ada ketakutan dan kebimbangan tersebut sememangnya
wujud atau sekadar imiginasi semata-mata.

     Selain itu, individu tersebut perlu menyingkirkan pemikiran negatif yang terdapat dalam
diri kerana pemikiran yang negatif akan membuatkan seseorang itu tidak berkeyakinan
dengan diri sendiri. Jika kita menyatakan bahawa kita tidak pandai dalam matematik maka
kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita perlu
menukarkan pemikiran yang negatif kepada pemikiran yang positif. Kita mestilah sentiasa
berfikir bahawa matematik bukanlah satu kemahiran semula jadi setiap insan sejak lahir tetapi
kemahiran matematik boleh dipupuk, dibina dan dikembangkan dalam setiap diri. Semua
orang mempunyai potensi untuk mahir dalam matematik dan tidak terkecuali diri kita sendiri.

     Di samping itu, guru perlu memainkan peranan dan mengambil berat mengenai emosi
pelajar dan persekitaran bilik darjah. Sikap guru terhadap pelajar amat penting dalam
menghapuskan kebimbangan matematik ini. Guru perlu bersikap positif, menggalakkan
pelajar bertanya soalan dan sentiasa sensitif tentang perubahan pelajar ketika berada di dalam
kelas. Guru-guru perlu meletakkan diri dalam keadaan pelajar-pelajar mereka, mengakui
kebimbangan mereka dan mempunyai penerimaan keseluruhan semua pelajar. Guru tidak
boleh memilih kasih antara pelajar-pelajar mereka. Para guru perlu melayan dan memberi
perhatian sama adil sama ada pelajar pandai atau lemah. Hal ini untuk mengelakkan
berlakunya kebimbangan matematik bagi pelajar yang lemah seterusnya dapat mewujudkan
persaingan yang sihat antara pelajar dalam mempelajari matematik.

     Guru juga perlu menfokuskan kepada pengajaran matematik untuk menghapuskan
fenomena ini. Guru harus menggunakan manipulatif seboleh mungkin untuk mengukuhkan
konsep dan minda pelajar mereka. Guru perlu menerangkan kepada pelajar mengenai
kepentingan mempelajari matematik dengan kehidupan seharian. Sesetengah pelajar tidak
mengetahui mengapa sesetengah topik dalam matematik perlu dipelajari dan menyebabkan
mereka tidak mempunyai minat dan merasa bosan untuk mempelajari matematik. Oleh itu,
dalam usaha memperlihatkan matematik sebagai satu pengetahuan yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan seharian, guru perlu sentiasa mengkaji bahan yang lalu, memberi contoh-
contoh, aktiviti yang bermakna dan mengaitkan matematik dengan dunia sebenar.
Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang, matematik menjadi
tuntutan dalam kebanyakan bidang pekerjaan dan industri. Permintaan dalam bidang
matematik ini menyebabkan tahap kebimbangan matematik semakin tinggi. Justeru itu,
kebimbangan matematik ini boleh dikurangkan dan dihapuskan jika ibu bapa dan guru-guru
bekerjasama untuk memahami faktor dan punca kebimbangan matematik ini berlaku dan
seterusnya mencari penyelesaiannya dengan melaksanakan strategi-strategi yang tertentu
untuk menghapuskan kesannya. Guru dan ibu bapa mestilah menunjukkan sikap menerima,
ikhlas dan positif dalam membina keyakinan pelajar-pelajar mereka supaya mempelajari
matematik dan tidak menganggap matematik sebagai musuh dan sebagainya.

Contenu connexe

Tendances

Haieri
HaieriHaieri
Haierihaieri
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasnamoshi89
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifermoshi89
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaAdilah Yahaya
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifahmoshi89
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math AnxietyHasnidi Fara
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayatiAtie Sakura
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikawww.didiarsandi.com
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 

Tendances (15)

Haieri
HaieriHaieri
Haieri
 
Math anxiety
Math anxietyMath anxiety
Math anxiety
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasna
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math Anxiety
 
mathematics anxiety
mathematics anxietymathematics anxiety
mathematics anxiety
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Similaire à Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayatimoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajaOlivia Tifani
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)Novriheriyani
 
Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikAtiqah Aizan
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematikaimasniranuryani
 
Best practice matematika SMA
Best practice matematika SMABest practice matematika SMA
Best practice matematika SMAzaskya laksmitha
 
Erda sazwani nadia bt suhami
Erda sazwani nadia bt suhamiErda sazwani nadia bt suhami
Erda sazwani nadia bt suhamiAdilah Yahaya
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...Alorka 114114
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMela Azizah
 

Similaire à Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI (16)

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
 
Onday
OndayOnday
Onday
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 
Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematik
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Esei gc
Esei gcEsei gc
Esei gc
 
Mathofobia
MathofobiaMathofobia
Mathofobia
 
Tesis pmri bab i
Tesis pmri bab iTesis pmri bab i
Tesis pmri bab i
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
 
Best practice matematika SMA
Best practice matematika SMABest practice matematika SMA
Best practice matematika SMA
 
Erda sazwani nadia bt suhami
Erda sazwani nadia bt suhamiErda sazwani nadia bt suhami
Erda sazwani nadia bt suhami
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI

  • 1. NAMA: SITI SYATINI SYARBAINI NO. MATRIK: D20091034787 1. Apakah yang dimaksudkan Mathematics Anxiety? Mathematics anxiety atau kebimbangan matematik merupakan suatu masalah bagi kebanyakan individu. Mathematics anxiety ini didefinasikan sebagai satu perasaan ketidaktentuan, tertekan dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan matematik. Ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh seseorang apabila diminta melakukan sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan matematik juga merupakan mathematics anxiety. Kebimbangan matematik ini dilihat lebih kepada aspek emosi berbanding dengan masalah kognitif atau intelektual seseorang individu. Walau bagaimanapun, kebimbangan matematik mengganggu keupayaan seseorang untuk belajar matematik dan menyebabkan berlakunya masalah intelektual. Selain itu, kebimbangan matematik juga merujuk kepada seseorang yang merasa takut, hilang keyakinan dan bersikap negatif terhadap pembelajaran matematik yang dipelajari. Tahap keyakinan seseorang mempengaruhi tahap kebimbangan yang terdapat dalam diri mereka. Seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi akan dapat mengawal tahap kebimbangan mereka dan jika seseorang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, maka mereka akan mengalami tahap kebimbangan yang melampau dan secara tidak langsung mewujudkan kebimbangan matematik sekiranya seseorang itu tidak yakin dapat menyelesaikan soalan atau aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Di samping itu, kebimbangan matematik ini merupakan satu fenomena yang melibatkan satu perasaan kurang upaya dan minda yang tidak terancang dalam memanipulasikan nombor dan soalan-soalan matematik dalam kehidupan seharian atau dalam bidang akademik. Seseorang yang menderita fenomena kebimbangan matematik yang melampau akan merasakan bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan dalam melakukan aktiviti dan pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran matematik. Mereka lebih rela memilih bidang pekerjaan atau kursus yang mempunyai kaitan yang paling minima dalam penggunaan pengetahuan matematik. Kebimbangan matematik juga dikenali sebagai suatu keadaan kurang kemampuan atau upaya apabila berhadapan dengan matematik. Keadaan ini adalah spesifik dan merupakan ketakutan sebenar matematik yang menyebabkan pelajar menjadi terlampau ingin mengelak
  • 2. dan menjauhi matematik sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Seseorang yang mempunyai kebimbangan yang tinggi dalam matematik mempunyai motivasi yang rendah dan sebaliknya seseorang yang mempunyai kebimbangan matematik yang rendah mempunyai motivasi yang tinggi. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kebimbangan matematik berkait rapat dengan tahap motivasi seseorang individu. 2. Kenapakah fenomena ini berlaku? Fenomena mathematics anxiety ini berlaku disebabkan pelbagai punca atau faktor. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi adalah personaliti guru dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru, peperiksaan awam dan kesannya, domain afektif iaitu faktor diri seperti personaliti dan persepsi terhadap matematik, perasaan, kebimbangan dan kesulitan dari segi memori dan ketidakupayaan semula jadi, jangkaan dan harapan ibu bapa (aspirasi dan piawaian mereka), pengaruh rakan sebaya dan penggunaan matematik itu sendiri dalam kehidupan seharian. Personaliti dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran matematik. Guru merupakan faktor yang paling banyak mempengaruhi tahap kebimbangan matematik seseorang pelajar. Kecenderungan seseorang guru yang hanya memberi penekanan kepada satu kaedah penyelesaian masalah matematik merupakan satu punca yang mungkin menyebabkan kebimbangan dalam matematik. Pengajaran guru yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat memahami pengajaran matematik yang diajar oleh guru. Keadaan yang berterusan ini menyebabkan pelajar gagal dalam mata pelajaran matematik seterusnya akan mencetuskan kebimbangan matematik dalam diri pelajar setiap kali mempelajari matematik. Tambahan pula, guru perlu menghabiskan silibus pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Hal ini membuatkan guru mengajar matematik dengan kadar yang cepat menyebabkan pelajar tidak memahami sepenuhnya satu-satu unit pelajaran yang diajar oleh guru. Pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh dalam sesuatu kemahiran matematik yang diajar kerana guru telah berpindah ke unit yang lain untuk mengejar silibus pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Hal ini menyukarkan pelajar kerana setiap kemahiran yang diajar adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam matematik. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan tertekan kepada pelajar untuk menguasai matematik dan mewujudkan fenomena mathematics anxiety ini.
  • 3. Kebimbangan matematik ini berpunca daripada penguasaan matematik yang lemah dan dari itu maka lahirlah satu sikap takut, tertekan, bimbang dan tidak berminat terhadap mata pelajaran matematik. Asas penguasaan matematik adalah bermula daripada perkara- perkara asas yang diajar di tahap sekolah rendah seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Perkara yang sering menjadi masalah kepada para pelajar adalah apabila berdepan dengan masalah mendarab dan mereka akan menjadi lebih bimbang apabila berdepan dengan nombor atau angka yang besar. Selain itu, kebimbangan matematik ini berlaku disebabkan pelajar merasakan mempelajari matematik adalah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan walaupun mempelajari konsep yang mudah dalam matematik. Mereka merasa sukar dalam menyelesaikan soalan-soalan yang mudah dan seterusnya melenyapkan minat terhadap matematik dan mereka melabelkan matematik adalah satu subjek yang sukar dan membosankan. Sikap ibu bapa yang negatif terhadap matematik menyebabkan anak-anak merasakan matematik itu sesuatu yang sukar dan menyumbang kepada mathematics anxiety. Pengaruh ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak mereka sangat penting kerana ibu bapa menjadi model kepada anak-anak. Anak-anak melakukan sesuatu perkara berdasarkan pandangan dan tafsiran mereka melalui tingkah laku yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa. Sebagai contohnya, anak-anak mungkin melihat matematik sebagai tidak penting sekiranya ibu bapa mereka melihat matematik sebagai sia-sia ataupun tidak dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Seringkali kita mendengar sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa mereka tidak pandai matematik atau menyatakan matematik adalah sukar dan menyangkakan anak mereka juga tidak mampu untuk menguasai matematik seperti mereka. Oleh itu, tanggapan seperti itu turut memberi kesan kepada anak-anak dan mereka juga akan berpendapat seperti ibu bapa mereka dan seterusnya menyebabkan berlakunya kebimbangan apabila setiap kali berdepan dengan matematik terutamanya ketika berada di dalam kelas. Ada sesetengah mitos mengatakan bahawa lelaki lebih mahir dalam menguasai kemahiran matematik berbanding perempuan. Hal ini turut menyumbang berlakunya kebimbangan matematik ini. Sikap ibu bapa dan guru yang cenderung kepada jantina ini boleh mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Mitos mengatakan bahawa
  • 4. anak-anak perempuan dipandang rendah dan tidak digalakkan untuk mempelajari matematik berbanding daripada anak-anak lelaki. Hal ini mungkin menjadi penghalang kepada anak- anak perempuan untuk mengembangkan potensi matematik mereka. 3. Siapa ada fenomena ini? Mathematics anxiety boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina sama ada lelaki atau perempuan dan umur sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Seseorang individu yang mempunyai simptom-simptom fizikal seperti perut mual, tangan dan kaki kejang, denyutan jantung meningkat dan tidak teratur, rasa ingin pitam, sesak nafas, sakit kepala dan berpeluh secara berlebihan sama ada di tangan atau kaki merupakan individu yang mempunyai fenomena kebimbangan matematik. Individu yang mempunyai simptom-simptom psikologi seperti berfikiran negatif terhadap diri sendiri, panik dan takut, merasa bimbang dan gelisah, keinginan untuk melarikan diri daripada sesuatu situasi matematik, mental yang tidak teratur, mempunyai pemikiran yang tidak keruan, mempunyai perasaan kegagalan atau merasa diri tidak berguna, perasaan yang tegang dan cemas yang melampau dan mempunyai ketidakupayaan dalam mengingat semula kemahiran matematik yang telah dipelajari juga merupakan individu yang terlibat dalam kebimbangan matematik ini. Guru juga merupakan salah satu individu yang mempunyai kebimbangan matematik. Pelajar sering mendapat fenomena kebimbangan matematik ini di sekolah disebabkan oleh hasil pembelajaran daripada guru-guru yang mempunyai kebimbangan mengenai kebolehan dan kemahiran matematik mereka dalam bidang-bidang tertentu. Seseorang guru yang takut, tertekan atau kurang pemahaman ketika mengajar matematik menyebabkan secara tidak langsung, perasaan tersebut turut terdedah kepada pelajar-pelajar mereka. 4. Bilakah perkara ini bermula dan berlaku? Perkara ini bermula apabila mereka berasa tidak selesa dalam mempelajari sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan matematik itu sendiri. Sesetengah individu mengatakan bahawa fenomena kebimbangan matematik ini bermula daripada rumah iaitu bermula daripada ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa didapati mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi tahap kebimbangan anak-anak dalam matematik. Ibu bapa yang mempunyai sikap negatif
  • 5. terhadap matematik akan menyebabkan anak-anak mencontohi sikap tersebut. Hal ini kerana kanak-kanak menyangkakan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya mereka tidak suka atau cemerlang dalam bidang matematik. Selain itu, kebimbangan matematik ini juga turut berpunca daripada pendedahan awal pembelajaran matematik di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Sesetengah kajian menunjukkan hanya segelintir pelajar sahaja yang mempunyai pengalaman yang positif dalam pembelajaran matematik sepanjang tempoh persekolahan yang mereka lalui. Kebanyakan daripada mereka pula mengalami pengalaman yang menimbulkan kebimbangan mereka dalam matematik semasa di pra sekolah sehinggalah di institusi pengajian tinggi. Pengajaran matematik yang lemah, harapan yang tidak realistik, persekitaran di dalam bilik darjah yang tidak kondusif, mempunyai pengalaman dimalukan di depan rakan-rakan mereka ketika menjawab soalan matematik dan sikap guru yang tidak prihatin kepada pelajar daripada peringkat awal persekolahan menyebabkan fenomena ini berlaku. Fenomena ini bermula apabila seseorang pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam matematik pada peringkat awal. Hal ini kerana apabila pelajar melangkah ke unit seterusnya, pelajar tidak dapat memahami konsep dan kemahiran matematik yang lain disebabkan kemahiran- kemahiran tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka akan menggunakan kemahiran yang dipelajari sebelumnya apabila berpindah ke unit seterusnya. 5. Apakah yang mencipta fenomena ini? Fenomena ini mungkin berlaku disebabkan oleh sifat matematik (The Nature of Mathematics) itu sendiri. Pelajar perlu mengkaji jenis dan hubungan soalan matematik yang ingin dijawab terlebih dahulu. Hal ini akan membantu pelajar mengembangkan konsep dan membuat generalisasi seterusnya dapat menyelesaikan soalan matematik yang ditanya. Namun begitu, disebabkan pelajar tidak dapat membuat hubungkait antara konsep dan generalisasi tersebut, membuatkan mereka tidak memahami bentuk soalan yang diberikan. Hal ini jika berterusan akan mewujudkan fenomena kebimbangan matematik ini. Selain itu, pelajar perlu mengembangkan dan menggunakan strategi untuk mengorganisasi, menganalisis dan mensintesiskan data. Proses-proses seperti meneroka, memanipulasi, mengkategori, mengira, membilang dan meramal perlu ada pada seseorang pelajar untuk menguasai matematik dengan baik. Namun begitu, kemahiran tersebut tidak
  • 6. dapat dikuasai oleh pelajar menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikan aktiviti berkaitan matematik. Jika masalah ini berlarutan akan menyebabkan fenomena kebimbangan matematik tersebut berlaku. Di samping itu, pelajar perlu mengetahui istilah-istilah dan simbol yang digunakan dalam matematik dengan baik agar tidak tersalah dalam membina ayat matematik yang betul. Hal ini perlu diambil berat kerana masih ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah berayat. Tambahan pula sesetengah topik yang terdapat dalam matematik melibatkan nombor dan huruf di mana pelajar tidak dapat memahami mengapa topik tersebut diajar seperti topik penfaktoran. Sebagai contoh, guru tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai gabungan nombor dan huruf dalam soalan penfaktoran dan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami dan tertanya-tanya mengenai perkara tersebut. Hal ini akan mencipta fenomena mathematics anxiety dalam diri pelajar tersebut jika dibiarkan berlarutan. 6. Bagaimanakah untuk mengurangkan fenomena ini? Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perasaan, sikap dan persediaan peperiksaan mereka sendiri. Cara yang paling efektif yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengurangkan fenomena kebimbangan matematik ini adalah dengan membuat persediaan. Guru tidak hanya bertanggungjawab terhadap pengajaran konsep matematik sahaja tetapi bertanggungjawab membantu pelajar dalam mempelajari cara-cara belajar matematik dengan betul. Guru perlu mengambil kira gaya pembelajaran setiap pelajar, meningkatkan keyakinan pelajar bahawa mereka mempunyai kebolehan matematik dan sentiasa bergerak dan menghampiri pelajar di dalam kelas untuk memastikan semua pelajar dapat memahami matematik yang diajar. Guru boleh memberitahu pelajar bahawa mereka tidak keseorangan kerana ramai yang mempunyai perasaan kebimbangan matematik. Guru matematik mestilah peka dan mengambil serius terhadap kebolehan afektif pelajar sebelum meneruskan pengajaran matematik untuk mengurangkan kebimbangan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Sikap, kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalam pembelajaran matematik. Kebolehan afektif seseorang pelajar bertindak sebagai pencetus ingatan yang secara langsung mempengaruhi kebolehan kognitif, seterusnya dapat mengurangkan kebimbangan
  • 7. dalam matematik. Guru perlu mengurangkan tahap kebimbangan pelajar terhadap matematik dengan memberi motivasi yang positif terhadap pelajar. Selain itu, guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi membantu pelajar dalam membina konsep dan menguasai kemahiran yang terdapat dalam matematik seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bagi mengurangkan kebimbangan, guru perlu mewujudkan persekitaran yang mana pelajar berada dalam keadaan selesa dan tidak merasa terancam. Selain itu, guru juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan matematik pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif. Dengan menggunakan strategi pembelajaran ini dapat membantu pelajar memahami sebarang permasalahan dan menyelesaikan soalan matematik secara bekerjasama bersama rakan-rakan dengan dibantu oleh guru. Di samping itu, guru perlu mengajar matematik secara langkah demi langkah kerana hal ini dapat membantu pelajar memahami topik yang diajar dengan baik seterusnya dapat mengurangkan kebimbangan pelajar dalam matematik. Guru boleh mengadakan sesi kelas tambahan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam matematik dan dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar. Penglibatan dan peranan ibu bapa penting dalam menukar sikap anak-anak terhadap matematik. Ibu bapa perlu mengambil peranan proaktif dalam pendidikan anak-anak mereka. Sokongan ibu bapa menyumbang kepada kejayaan anak-anak mereka dan ibu bapa yang tidak mempedulikan anak-anak akan menyebabkan masalah akademik lebih-lebih lagi terhadap mata pelajaran matematik. Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak untuk mengetahui mengenai kebimbangan yang dihadapi oleh mereka, mereka perlu berbincang mengenai perasaan yang berkaitan dengan matematik dan cuba mencari punca bila anak-anak mereka mula merasai perasaan bimbang terhadap matematik dan mencari jalan penyelesaiannya. Semua pihak berperanan untuk membantu pelajar dalam mengurangi kebimbangan matematik ini. 7. Bagaimanakah untuk menghapuskan fenomena ini? Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan matematik ini adalah bergantung kepada diri seseorang individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu merasakan takut dan bimbang setiap
  • 8. kali berhadapan dengan matematik, sampai bila-bila pun fenomena ini tidak akan hilang dalam diri. Seseorang itu perlu berhadapan dengan ketakutan itu sendiri. Seseorang yang mempunyai mathematics anxiety ini perlu mengkaji diri sendiri dari mana perasaan takut ini berakar umbi dan memastikan sama ada ketakutan dan kebimbangan tersebut sememangnya wujud atau sekadar imiginasi semata-mata. Selain itu, individu tersebut perlu menyingkirkan pemikiran negatif yang terdapat dalam diri kerana pemikiran yang negatif akan membuatkan seseorang itu tidak berkeyakinan dengan diri sendiri. Jika kita menyatakan bahawa kita tidak pandai dalam matematik maka kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita perlu menukarkan pemikiran yang negatif kepada pemikiran yang positif. Kita mestilah sentiasa berfikir bahawa matematik bukanlah satu kemahiran semula jadi setiap insan sejak lahir tetapi kemahiran matematik boleh dipupuk, dibina dan dikembangkan dalam setiap diri. Semua orang mempunyai potensi untuk mahir dalam matematik dan tidak terkecuali diri kita sendiri. Di samping itu, guru perlu memainkan peranan dan mengambil berat mengenai emosi pelajar dan persekitaran bilik darjah. Sikap guru terhadap pelajar amat penting dalam menghapuskan kebimbangan matematik ini. Guru perlu bersikap positif, menggalakkan pelajar bertanya soalan dan sentiasa sensitif tentang perubahan pelajar ketika berada di dalam kelas. Guru-guru perlu meletakkan diri dalam keadaan pelajar-pelajar mereka, mengakui kebimbangan mereka dan mempunyai penerimaan keseluruhan semua pelajar. Guru tidak boleh memilih kasih antara pelajar-pelajar mereka. Para guru perlu melayan dan memberi perhatian sama adil sama ada pelajar pandai atau lemah. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya kebimbangan matematik bagi pelajar yang lemah seterusnya dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara pelajar dalam mempelajari matematik. Guru juga perlu menfokuskan kepada pengajaran matematik untuk menghapuskan fenomena ini. Guru harus menggunakan manipulatif seboleh mungkin untuk mengukuhkan konsep dan minda pelajar mereka. Guru perlu menerangkan kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari matematik dengan kehidupan seharian. Sesetengah pelajar tidak mengetahui mengapa sesetengah topik dalam matematik perlu dipelajari dan menyebabkan mereka tidak mempunyai minat dan merasa bosan untuk mempelajari matematik. Oleh itu, dalam usaha memperlihatkan matematik sebagai satu pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, guru perlu sentiasa mengkaji bahan yang lalu, memberi contoh- contoh, aktiviti yang bermakna dan mengaitkan matematik dengan dunia sebenar.
  • 9. Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang, matematik menjadi tuntutan dalam kebanyakan bidang pekerjaan dan industri. Permintaan dalam bidang matematik ini menyebabkan tahap kebimbangan matematik semakin tinggi. Justeru itu, kebimbangan matematik ini boleh dikurangkan dan dihapuskan jika ibu bapa dan guru-guru bekerjasama untuk memahami faktor dan punca kebimbangan matematik ini berlaku dan seterusnya mencari penyelesaiannya dengan melaksanakan strategi-strategi yang tertentu untuk menghapuskan kesannya. Guru dan ibu bapa mestilah menunjukkan sikap menerima, ikhlas dan positif dalam membina keyakinan pelajar-pelajar mereka supaya mempelajari matematik dan tidak menganggap matematik sebagai musuh dan sebagainya.