2. 7.1 PENGENALAN
• Negara kita merupakan sebuah entiti politik yang
merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai
banyak keseragaman dan beberapa perbezaan yang
tersendiri.
– Keseragaman - bentuk populasi, iaitu jenis etnik dalam
masyarakat, amalan agama, dan adat resam,
– Perbezaan - pengaruh politik dan corak pembangunan.
• Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu atau
Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.
3. • Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan
Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri
yang berada di Semenanjung.
• Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
4. 7.2 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN
MALAYSIA
• Terdapat empat faktor utama yang mendorong
penubuhan Malaysia,
– imbangan kaum,
– kemerdekaan bagi negara-negara baru,
– meningkatkan taraf hidup bumiputera, Sabah dan
Sarawak,
– mengeratkan hubungan yang sedia ada.
5. 7.2.1 Imbangan Kaum
• Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan
pelbagai reaksi dari banyak pihak - paling
diperdebatkan ialah kemasukan Singapura.
• UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan
mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum
Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu.
• Singapura pada masa itu dipengaruhi oleh parti Barisan
Sosialis.
• Dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat
anti-Komunis dan pro-Barat.
6. • Kajian Nordin Sopiee menggariskankan kebaikan-
kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu
dengan Borneo berjaya dilakukan.
• Dato’ Senu Abdul Rahman menyatakan penduduk
Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan
sebagai Melayu.
• Penduduk Borneo dan Tanah Melayu merupakan
sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami
Nusantara yang sama dari segi ras dan kebudayaan.
• 1961, People’s Action Party (PAP) di Singapura telah
kalah di kawasan Hong Lim (kubu kuat parti) tersebut
kerana perpecahan di kalangan ahli PAP.
– Sayap kirinya yang diketuai oleh Ong Eng Guan
membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah
dipengaruhi oleh komunis.
7. • Tunku Abdul Rahman merasakan kemasukan
Singapura adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai
dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu
di Tanah Melayu.
• Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang
menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya
sekiranya Singapura dibiarkan berada di luar Tanah
Melayu. Penyatuan dapat mengawal keselamatan
Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi
bersama.
• Sabah dan Sarawak juga perlu diajak menganggotai
Malaysia untuk mewujudkan keseimbangan dari segi
komposisi kaum di negara ini.
8. 7.2.2 Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru
• Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu
untuk membantu negara-negara yang masih
dijajah untuk mencapai kemerdekaan.
• Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah
Melayu yang ingin menolong negara-negara yang
sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan.
• Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514
Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960.
9. 7.2.3 Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan
Sarawak
• Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak
adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan
golongan yang sama di Semenanjung Malaysia.
• Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di
wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang.
• Mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka
golongan pendatang lebih berjaya dalam pendidikan dan
menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.
• Bumiputera merupakan golongan yang terbiar di tanah
air mereka sendiri.
10. • Mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu berhasrat
untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak yang kedudukan
mereka cukup merosot dan tidak ada hak
keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan
Bumiputera tempatan.
• Masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap
mereka sebagai “saudara” dan berkemungkinan
mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan
Malaysia dan Parti Perikatan.
11. 7.2.4 Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada
• Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan
Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih
mengeratkan hubungan baik yang telah sedia
terjalin.
• Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta
hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan
di Kuala Lumpur.
• Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang
sama memang telah wujud di antara Tanah
Melayu dan Sabah serta Sarawak.
12. 7.3 REAKSI-REAKSI AWAL PENUBUHAN MALAYSIA
• Pada masa awal penubuhan Malaysia, terdapat
beberapa reaksi daripada pelbagai pihak seperti dari
parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin barat.
7.3.1 Parti-Parti Politik
• Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan ini
dan menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme.
• Sabah, Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah
mengecam Tunku Abdul Rahman.
13. • Sarawak, semua parti politik telah menentang idea
penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen
Yong.
• Brunei juga menentang gagasan ini. Antara pihak yang
menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh
Hafiz Laksamana.
• Membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada Julai
1961 yang bertujuan mencabar Malaysia - dianggotai
oleh Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP, A.M. Azahari dari
Parti Rakyat Brunei, dan Donald Stephens yang
kemudiannya menubuhkan United National Kadazan
Organization (UNKO).
14. • Ingin merdeka secara bersendirian tanpa
Tanah Melayu dan salah tanggapan bahawa
penubuhan Malaysia adalah sebagai satu jalan
bagi Tanah Melayu meluaskan kuasa.
15. 7.3.2 Pemimpin-Pemimpin Barat
• Di peringkat antarabangsa – Australia telah
menyokong cadangan penubuhan Malaysia.
• Britain dan Amerika Syarikat tidak menyatakan
sokongan mereka lebih awal kerana bimbangkan
tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia
adalah lebih merupakan idea dari mereka dan
bersifat neo-kolonialisme.
• Jun 1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan
telah menyatakan pandangannya bahawa idea
penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang
menarik.
16. 7.4 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA
1. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (Malaysian Solidarity Council Comitee - JPPM)
• Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang telah
dipengerusikan oleh Donald Stephen.
– Wakil Tanah Melayu di Persidangan Komanwel di Singapura
yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan berpeluang
menerangkan tentang gagasan penubuhan Malaysia.
• Bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan
persetujuan dari pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah,
dan Sarawak.
17. • Untuk mendapatkan pandangan-pandangan yang berkesan
mengenai penubuhan Malaysia.
• Menerangkan kepada rakyat mengenai gagasan
pembentukan Malaysia.
• Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi
yang besar dan pembuka jalan kepada rundingan-
rundingan selanjutnya. Empat rundingan yang telah
dijalankan;
• (i) 21 Ogos 1961 di Jeselton;
• (ii) 18 Disember 1961 di Kucing;
• (iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan
• (iv) 1 Februari 1962 di Singapura.
18. • Brunei tidak menghantar wakil dan pada tahun 1962
telah menyatakan pendirian mereka tidak berminat
terhadap rancangan ini.
• Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari
Tanah Melayu seperti Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke
Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew
telah memainkan peranan yang penting dalam
memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah dan
Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan
Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang
dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan
diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan
yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang
tempoh kemerdekaannya.
19. 2. Suruhanjaya Cobbold
• Dibentuk pada 16 Januari 1962 untuk meninjau
dan mengkaji pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak.
• Dipengerusikan oleh Lord Cobbold, Britain
melantik Sir Anthony Abell dan Sir David
Watherston dan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu melantik Ghazali Shafie dan Datuk Wong
Pow Nee sebagai ahli.
• Hasil tinjauan menunjukkan 81 peratus penduduk
Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu
menyertai Malaysia.
20. • Sabah dan Sarawak akan mencapai
kemerdekaan lebih awal dari Britain.
• Bimbangkan ancaman komunis yang semakin
merbahaya dan lebih mudah diatasi dengan
bantuan Kuala Lumpur.
• Kemajuan dan kemakmuran yang telah
dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak
mencapai kemerdekaan.
21. • Satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut;
(i) Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(ii)Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk.
(iii) Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri
mahupun dari Semenanjung dan Singapura, di mana
kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa
dalam menentukan kemasukan orang luar.
(iv) Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi
hak untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan
agama.
(v) Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua
negeri.
22. 3. Pungutan Suara Singapura
• Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf
berkerajaan sendiri, maka tidak termasuk dalam bidang
penyiasatan Suruhanjaya Cobbold.
• Pemimpin Singapura mengalu-alukan rancangan
penubuhan Malaysia dan kesediaan untuk bergabung,
namun kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis menentang
hebat rancangan ini.
• Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan
dalam menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas
rakyatnya, maka satu pungutan suara telah dibuat dan
mendapati bahawa 71 peratus penduduk Singapura
memilih untuk menyertai Malaysia.
23. 4. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
• Satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta
membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan
yang terperinci.
• Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk -
dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh
Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha,
Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta
seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.
• Pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan
masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20
dipertimbangkan yang mengandungi perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa,
dan perwakilan ke Parlimen.
24. • telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi
mengkaji dan meneliti aspek-aspek
perlembagaan, kewangan, perundangan,
kehakiman, dan organisasi jabatan.
• Satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi
asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan
Persekutuan Malaysia kemudiannya
diisytiharkan di Stadium Negara pada 16
September 1963.
25. 7.5 REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
• Walaupun telah diisytiharkan penubuhan
Malaysia, namun terdapat juga reaksi-reaksi
negatif daripada beberapa pihak.
• Antaranya, tentangan-tentangan dari
– Dalam negara
– Kerajaan Brunei
– Kerajaan Filipina
– Kerajaan Indonesia
26. 7.5.1 Tentangan Dalaman
• Tentangan dari dalam negeri telah diterima
dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang
telah mengambil tindakan mahkamah dan
mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak
sah ke atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan
oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh 10
September 1963. Walau bagaimanapun,
tuntutan saman tersebut telah gagal.
27. 7.5.2 Kerajaan Brunei
• Persetujuan awal atas pertimbangan Sultan Brunei, Sultan
Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei
adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan
perlindungan.
• Brunei menolak pelawaan penggabungan kerana tentangan
rakyat Brunei melalui Parti Rakyat Brunei yang dipimpin
oleh A.M. Azahari yang mendapat sokongan dari Partai
Komunis Indonesia.
• Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan
terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan
Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan
Malaysia.
28. • Sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi
pemberontakan akan lebih merebak.
– Pemberontakan ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan
bantuan Britain.
• Keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke
atas petroleum.
– Pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun.
• Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai
raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong.
– Mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh
pemerintahan yang lebih lama.
29. 7.5.3 Kerajaan Filipina
• Menentang penubuhan Malaysia.
• Tuntutan ke atas Sabah.
– Presiden Machapagal mendakwa Sabah sebagai
sebahagian dari wilayah Filipina.
– Menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang
pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas
negeri ini.
• Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan
kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah
berpindah milik kepada British.
30. • Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya
telah menerima bayaran $5,000,000 setahun.
Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini
telah selesai.
• Kerajaan Malaysia dengan bantuan PBB telah
membuat tinjauan dari rakyat Sabah dan
mendapati majoriti rakyat negeri Sabah
memilih untuk berada di bawah kerajaan
Malaysia.
– Kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan
tersebut.
31. 7.5.4 Kerajaan Indonesia
• Tentangan yang paling hebat berhubung penubuhan Malaysia
ialah dari Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari
tahun 1963 hingga 1966.
• Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan
dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak melibatkan
wilayah negara itu.
• Pada 20 November 1961, Menteri Indonesia Luar, Dr.
Subandrio pernah mendoakan selamat maju jaya kepada
usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
menubuhkan Malaysia dalam satu ucapannya di Perhimpunan
Agong Bangsa-Bangsa Bersatu.
32. • Pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan
Indonesia telah mengecam penubuhan Malaysia dan
menganggap ia sebagai neo-kolonialisme atau satu
bentuk penjajahan baru yang didalangi oleh Parti
Komunis Indonesia.
• 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr.
Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas
Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang
Malaysia!”.
• Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas
Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi.
33. • Keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-
tentera Indonesia menyusup masuk ke wilayah-wilayah
Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di
Johor.
• Usaha bagi menamatkan konfrontasi Indonesia dan
Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia dan
Filipina.
• Gagasan Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di
adakan di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 -
gagal
• Perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin ini juga
turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964 - buntu.
34. • Konfrotasi Indonesia ke atas Malaysia tamat
dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan
cubaan coup-de-tet yang telah dilancarkan
oleh Parti Komunis Indonesia pada 30
September 1965 dalam satu peristiwa yang
dikenali sebagai G30S/PKI.
• Rundingan perdamaian dan pemulihan
hubungan Indonesia dengan Malaysia telah
diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
35. 7.6 KESIMPULAN
• Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat
Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk
mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia.
• Penubuhkan Malaysia menghadapi banyak halangan, namun
penggabungan wilayah-wilayah ini adalah secara demokratik,
iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari
mana-mana pihak.
• Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah
kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar
dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.