2. OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
• 1. Memahami erti jentera pentadbiran
kerajaan di negara ini.
• 2. Menghuraikan kewujudan dan keperluan
jentera pentadbiran kerajaan sama ada di
peringkat persekutuan ataupun negeri.
• 3. Mengenali dan menghayati prosedur
jentera pentadbiran kerajaan yang ada.
3. 9.1 PENGENALAN
• Ciri utama wujudnya sesebuah negara.
• Satu lambang kepada negara Malaysia yang merdeka.
• Tanda diuruskan oleh rakyat negara ini sendiri.
• Memelihara keamanan serta melaksanakan
pembangunan sosioekonomi demi kepentingan rakyat.
• Pentadbir awam merupakan jentera utama kepada
kelancaran pembangunan negara.
– Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran
harian.
– Terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan
dasar-dasar awam.
– Kekal walaupun bertukar pemerintah melalui pilihanraya.
4. 9.2 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
• Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Kuasa
Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang
Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara.
• Organisasi tertinggi yang menjalankan Kuasa Eksekutif ialah
Kabinet atau Jemaah Menteri.
• Segala dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh
pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam organisasi-
organisasi kerajaan yang berkaitan.
– a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa
Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Majlis Tanah
Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan
– (b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa atau
budi bicara kerajaan dan pihak pentadbiran seperti
Kementerian, jabatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam.
5. 9.2.1 Kabinet
• Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa
eksekutif Kerajaan Persekutuan dan ini dilakukan di atas
nama Yang Di Pertuan Agong (YDPA).
• Dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di
dalam Dewan Rakyat.
• Diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Perdana
Menteri.
• Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong
daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat dan mendapat
kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut.
• Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memaklumkan
dan menjelaskan kepada Yang Di Pertuan Agong tentang
pentadbiran negara.
6. • Tugas utama Perdana Menteri ialah
mempengerusikan kabinet serta mengetuai
kerajaan dalam hal-hal berkaitan dasar negara.
• Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri.
• Dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen
iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap
keputusan dasar yang dibuat oleh kabinet.
• Lazimnya kabinet bermesyuarat sekali seminggu
• Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara
(KSN).
7. 9.2.2 Organisasi Kerajaan yang Ditubuhkan Atas
Budi Bicara
• Organisasi-organisasi ini dibentuk atas budi
bicara kerajaan bagi membantu melicinkan lagi
kelancaran pentadbiran.
9.2.2.1 Kementerian
• Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
8. (a) Jabatan Perdana Menteri
• Diketuai oleh Perdana Menteri sendiri
• Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri utama
dan Timbalan-timbalan Menteri yang khusus bagi Jabatan Perdana
Menteri.
• Jabatan Perdana Menteri merupakan kementerian yang amat
penting.
• Sebagai perancang, perumus dan penyelaras segala dasar negara
• Menentukan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar oleh
kementerian-kementerian
• Terdapat berbagai unit, bahagian atau jabatan tertentu dibawahnya
– (i) Bahagian Perancangan Ekonomi – Unit Perancangan Ekonomi
Negara (EPU)
– (ii) SERU – Sosio-Economy Research Unit
– (iii) MAMPU – Manpower Administration & Modernisation Planning
Unit
– (iv) JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
9. (b) Kementerian-Kementerian
• Khususan untuk sektor-sektor penting di dalam negara.
• Diketuai oleh seorang menteri yang bertanggungjawab di dalam
melaksanakan bidang kuasa yang disebut Portfolio.
• Bertanggungjawab menggubal dasar, merancang program dan
melaksanakannya di bawah arahan polisi seorang menteri.
• Struktur organisasi terdiri daripada ibu pejabat kementerian,
jabatan dan perbadanan di bawah kawalannya.
• Pegawai Tadbir Utama di kementerian pada kebiasaannya ialah
Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan dibantu oleh beberapa
orang pegawai kanan terutamanya dari Perkhidmatan Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD).
• Menteri yang memegang portfolio pula selalunya dibantu oleh
seorang atau kadang kala dua orang Timbalan Menteri dan juga
Setiausaha Parlimen.
• Setiausaha Parlimen dilantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan
Rakyat atau Dewan Negara
10. 9.2.2.2 Jabatan
• Agensi pentadbiran kerajaan di bawah tanggungjawab
sesebuah kementerian.
• Melaksanakan perkara-perkara dan dasar-dasar seperti
yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian
masing-masing.
• Kebanyakannya mempunyai ibu pejabat di peringkat
kementerian dan cawangan-cawangan di peringkat negeri.
• Cawangan diwujudkan untuk membantu ibu pejabat
kementerian, melancarkan pentadbiran dan juga
memudahkan rakyat.
• Gelaran ketua jabatan berbeza-beza menurut tugas
masing-masing
– Ketua Polis Negara (KPN).
– Pengarah Negeri dan pegawai daerah
11. 9.2.2.3 Perbadanan Awam
• Ditubuhkan untuk membantu kelancaran pentadbiran kerajaan
dengan memberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas beberapa
perkara.
• Diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah Akta
Syarikat.
• Terdapat dua jenis Perbadanan Awam iaitu
– (a) Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen
dan Enakmen DewaUndangan Negeri. Sebagai contoh ialah Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga Kemajuan
Terengganu Tengah (KETENGAH).
– (b) Badan-badan yang Tidak Berkanun yang ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat, 1965. taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat
sektor swasta dan bergerak secara bebas di dalam kegiatan ekonomi.
Apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki sama
ada sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti MAS, PERNAS,
BBMB dan MISC.
12. 9.2.3 Organisasi di Bawah Peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
• Dua organisasi penting yang ditubuhkan mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu
Suruhanjaya, dan Majlis. (a) Suruhanjaya
• Terdapat dua jenis suruhanjaya yang tetap dalam
Kerajaan Persekutuan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya,
dan Suruhanjaya Perkhidmatan.
• Kerajaan juga boleh menubuhkan Suruhanjaya Khas
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah
memperuntukkan penubuhan tiga suruhanjaya
– (i) Suruhanjaya Pilihan Raya
– (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan
– (iii) Suruhanjaya Khas untuk tujuan tertentu
13. • Suruhanjaya Perkhidmatan pula ditubuhkan untuk memberi layanan yang
adil kepada semua anggota perkhidmatan dari segi pelantikan, kenaikan
pangkat dan tindakan tatatertib.
• Terdapat lima Suruhanjaya Perkhidmatan
– (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
– (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pasukan Polis
– (iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
– (iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
– (v) Majlis Angkatan Tentera
• Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong
setelah berunding dengan majlis Raja-Raja.
• Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong
setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
• Ahli-ahli Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan kerana sebab-sebab tertentu
dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat
Perdana Menteri.
14. (b) Majlis-Majlis
Terdapat dua jenis Majlis yang ditubuhkan di dalam system
kerajaan iaitu
• (i) Majlis yang ditubuhkan di bawah peruntukan
Perlembagaan Malaysia.
– Ditubuhkan untuk melicinkan tugas-tugas pentadbiran seperti
strategi dan menyelaras sesuatu dasar.
– Terdapat empat buah majlis yang telah ditubuhkan di bawah
peruntukan ini, iaitu Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan
Negara, Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis
Angkatan Tentera.
15. • (ii) Majlis yang ditubuhkan untuk membantu
melicinkan perjalanan jentera pentadbiran
kerajaan.
– Ditubuhkan berasaskan kepentingan atau keperluan
pentadbiran kerana sesuatu atau kejadian atau perkara
penting seperti:
• Majlis Tindakan Negara – ditubuhkan untuk menyelaras
perlaksanaan semua program dan projek pembangunan.
• Majlis Ekonomi Negara – ditubuhkan untuk bertanggungjawab
mengenai semua aspek ekonomi negara seperti jawatankuasa ad-
hoc MAPEN yang pernah mewujudkan dasar-dasar seperti Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang
diwujudkan bagi membantu menguruskan dan mencari jalan
untuk mengatasi kegawatan ekonomi.
• Majlis Keselamatan Negara – ditubuhkan untuk bertanggungjawab
dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan
keselamatan negara.
16. 9.3 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
• Lazimnya struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan
negeri di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang sama.
• Berbeza sedikit di negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.
9.3.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan
• Kuasa Eksekutif terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua
Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
• Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dijalankan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan (EXCO) atas nama raja atau Sultan atau Yang Di
Pertua Negeri bagi negeri masing-masing.
• Sarawak dijalankan oleh Majlis Tertinggi.
• Sabah pula badan yang sama taraf disebut kabinet.
17. • Organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat
pentadbiran negeri.
• Dalam banyak perkara Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri
harus bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
• Diketuai oleh Menteri Besar bagi negeri-negeri yang diperintah oleh
Raja atau Sultan. Ketua Menteri bagi negeri-negeri yang tidak
mempunyai pemerintahan beraja.
• Dilantik di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri dan mendapat
kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan tersebut.
• Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mestilah atas nasihat
Menteri Besar atau Ketua Menteri melantik tidak lebih daripada
lapan atau kurang daripada empat orang ahli lain dari kalangan ahli-
ahli Dewan Undangan Negeri.
• Di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdapat tiga ahli
pegawai (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai
Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.
• Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Setiausaha kepada Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri.
18. 9.3.2 Jabatan
• Terdapat dua jenis jabatan di peringkat negeri, iaitu jabatan negeri, dan
cawangan jabatan persekutuan.
• Jabatan-jabatan negeri dibahagikan kepada jabatan negeri yang
bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, dan jabatan negeri yang
bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
9.3.2.1 Jabatan Negeri
• Hubungan secara langsung dengan pentadbiran utama kerajaan negeri. Di
antara jabatan negeri yang paling penting ialah Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-
Undang Negeri, dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.
19. (a) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
• Merupakan jabatan negeri yang utama dan merupakan nadi
pentadbiran di peringkat negeri.
• Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri - pegawai pentadbir
utama dan penasihat pentadbir utama kepada Menteri Besar
atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
• Di Sarawak dikenali sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
• Di Sabah dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri.
• Pusat untuk merancang dan menyelaras dasar negeri di
samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh
agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk pejabat-
pejabat daerah.
20. (b) Pejabat Kewangan Negeri
• Pejabat Kewangan Negeri merancang dan melaksanakan dasar-
dasar kewangan dan belanjawan kerajaan negeri bagi memastikan
kelancaran pembangunan ekonomi negeri yang pesat.
• Mengusahakan cara-cara untuk mencari dan mendapatkan sumber
kewangan wang untuk kegunaan Kerajaan Negeri.
(c) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
• Bertanggungjawab untuk memberikan nasihat mengenai berbagai-
bagai perkara berkaitan dengan undang-undang kepada Menteri
Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
21. (d) Unit Perancang Ekonomi Negeri
• Bertanggungjawab merancang dan menyelaras usaha-usaha
pembangunan ekonomi negeri.
• Menyelaraskan penyediaan rancangan-rancangan pembangunan negeri
lima tahun.
• Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri atas masalah-masalah
ekonomi negeri yang umum.
9.3.2.2 Jabatan Negeri dan Persekutuan
• Terdapat jabatan-jabatan yang mempunyai tanggungjawab kepada kedua-
dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
– Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jabatan Parit dan Taliair.
22. 9.3.2.3 Jabatan Persekutuan di Negeri-Negeri
• Untuk memudahkan dan melancarkan lagi proses pentadbiran selain
memberi kemudahan kepada rakyat.
– Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri.
9.3.2.4 Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Pejabat Kewangan
Persekutuan
• Menyelaras aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan dan perbadanan-perbadanan
awam persekutuan di negeri.
• Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai-pegawai awam persekutuan
dan menjaga kepentingan kerajaan persekutuan termasuk harta benda.
• Diketuai oleh seorang Setiausaha Persekutuan.
• Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada Kementerian
Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas tugas kewangan seperti
pemeriksaan anggaran belanjawan agensi-agensi persekutuan di Sabah
dan Sarawak.
23. 9.3.3 Suruhanjaya
• Kerajaan-Kerajaan Negeri boleh menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya
berbentuk tetap atau khas.
• Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau Sultan atau yang
Di Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau ketua Menteri.
– Contoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi negeri yang
tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri ini,
pelantikan ke jawatan-jawatan negeri dibuat oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Persekutuan.
9.3.4 Perbadanan Awam
• Kerajaan Negeri juga mempunyai perbadanan-perbadanan awam yang
merangkumi badan-badan tidak berkanun (syarikat kepunyaan kerajaan).
– Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri
Kedah (PKNK) atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
24. 9.3.5 Pentadbiran Negeri di Semenanjung Malaysia
Tiga peringkat iaitu daerah, mukim, dan kampung.
(a) Daerah
• Kebanyakan projek kerajaan dilaksanakan di peringkat ini.
• Pejabat pentadbiran yang utama ialah Pejabat Daerah. Kelantan
pejabat pentadbiran daerah dikenali sebagai Pejabat Jajahan.
• Menyelaras usaha-usaha pembangunan daerah dengan
kerjasama cawangan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan
Persekutuan di peringkat tersebut.
• Pegawai pentadbir utama ialah Pegawai Daerah dan
bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
25. (b) Mukim
• Daerah itu terbahagi kepada beberapa mukim.
• Di Kelantan dikenali sebagai daerah.
• Diketuai oleh seorang Penghulu ataupun Penggawa di negeri
Kelantan.
• Di setiap mukim atau daerah di Kelantan terdapat Pejabat
Penghulu atau Pejabat Penggawa bagi memudahkan lagi urusan
pentadbiran antara rakyat dan kerajaan.
• Peranan utama Penghulu ialah membantu pejabat daerah dan
agensi-agensi kerajaan melaksanakan projek-projek
pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan
sosioekonomi di kampung-kampung yang berada di bawah
jagaannya.
26. 9.3.6 Pentadbiran Peringkat Negeri di Sabah
• Dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung.
• Ketua pentadbir di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah.
• Beliau dibantu oleh penolong-penolong pegawai daerah dan
seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab bagi
pentadbiran yang berkaitan hal-ehwal suku kaum di daerah
berkenaan.
• Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Anak Negeri (dikenali
juga sebagai Ketua Bumiputera) yang bertanggungjawab
kepada Ketua Daerah.
• Ketua-Ketua Anak Negeri adalah merupakan personel awam
manakala Ketua Kampung yang mengetuai kampung bukan
sebahagian daripada personel awam.
27. 9.3.7 Pentadbiran Peringkat Negeri di Sarawak
• Dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah, daerah kecil,
dan kampung.
• Terdapat sembilan Bahagian di negeri Sarawak dan tiap-tiap satu diketuai
oleh Residen.
• Sesuatu Bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah yang diketuai oleh
Pegawai Daerah.
• Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Masyarakat yang bergelar Pemanca.
Beliau bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah.
• Sesebuah daerah pula dipecahkan kepada daerah-daerah kecil yang
diketuai oleh Pegawai-Pegawai Perkhidmatan tadbir Sarawak.
• Ketua pentadbir di peringkat kampung ialah Penghulu.
28. 9.3.8 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
• Satu ciri utama Persekutuan menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan
Malaysia ialah Pembahagian Kuasa yang jelas dan bertulis dengan kerajaan negeri.
• Jadual Kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga senarai:
• (i) Senarai Persekutuan – menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di
mana kerajaan persekutuan sahaja mempunyai kuasa ke atasnya. Ia
mengandungi 27 bidang kuasa antaranya ialah hubungan luar, pertahanan
dan kewangan.
• (ii) Senarai Negeri – menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada
negeri di mana kerajaan negeri sahaja mempunyai kuasa ke atasnya. Ia
mengandungi 12 bidang kuasa antaranya ialah kanun tanah, perhutanan dan
pertanian juga pengurusan air.
• (iii) Senarai Bersama – menyenaraikan bidang kuasa bersama Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Di dalam bidang perkara di bawah senarai
ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa ke atasnya. Ia mengandungi 18
bidang kuasa antaranya ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perancangan
bandar dan perlindungan binatang liar.
29. 9.4 KESIMPULAN
• Jentera pentadbiran kerajaan penting kerana ;
– alat untuk memastikan kelancaran dan kemantapan pentadbiran
– alat yang menghubungkan antara rakyat dan kerajaan.
• John Locke seorang ahli falsafah dan undang-undang mengatakan kerajaan diwujudkan atas
kehendak dan aspirasi rakyat, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan
keselesaan dan keselamatan rakyat terjamin.
• Justeru, sekiranya rakyat tidak mendapat hak-hak mereka adalah menjadi satu hak kepada
rakyat untuk mengubah kerajaan yang sedia ada.
• Ketua pelaksana kuasa eksekutif adalah dilantik menerusi proses pemilihan oleh rakyat atau
pilihan raya untuk memastikan suara rakyat diwakili dalam pentadbiran negara ini.
• Jentera pentadbiran negara berjalan lancar biarpun kerajaan telah bertukar kerana pentadbir
bukan dipilih melalui politik.
• Para pentadbir awam akan tetap kekal biarpun kerajaan yang sedia ada akan digantikan oleh
kumpulan politik yang lain yang berjaya menewaskan kerajaan sedia ada dalam satu pilihan
raya yang adil dan bebas.
• Kelancaran proses pentadbiran ini akan mewujudkan jentera pentadbiran kerajaan yang
mantap dan akhirnya menjadikan negara ini lebih teguh dan kuat dalam mewujudkan masa
depan yang lebih cemerlang.