1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
Melayu?
bangsa Melayu?
bahasa Melayu?
salasilah bahasa Melayu?
2. Melayu?
definisi istilah “MELAYU”
tinjauan dari sudut etimologi
- kajian asal usul
- sejarah sesuatu perkataan
• sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih
kabur
• perlukan kajian berterusan secara lebih
mendalam
3. Istilah awal
• dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan
• malaikurram atau malayakolam (perkataan
Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan
(M.Ptolemy)
• dalam kitab Hindu purba zaman Gautama
Buddha, Purana, wujud istilah Malaya
dvipa, sebuah tempat bernama Pulau
Sumatera.
4. • pada zaman Dinasti T’ang 644 – 645 M wujud
istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah kerajaan
di Jambi di dalam daerah Palembang – utusan
persembahkan hasil pertanian kepada raja
China
• berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing) dari
Canton ke India dalam tahun 675 M
• Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya
• bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama
Buddha
• bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya
5. • dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa
Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu
Kuno atau K’un-lun (merujuk kepada
hamba abdi di China) atau bangsa yang
tinggal di Pulau Kundur
• perkataan “Melayu” juga tertulis di
belakang sebuah patung yang dijumpai di
Padang Rocore, Sumatera Selatan pada
1286 M
6. • dalam buku Sejarah Melayu, bukti
“Melayu” dikaitkan dengan Sungai Melayu
di Palembang
• ada kajian menunjukkan perkataan
“Melayu” dipinjam daripada bahasa Jawa
kuno, iaitu mlayu (mengembara) – orang
Melayu berpindah dari Yunan ke kawasan
selatan
• wujud perkataan Malayapura (Kota
Melayu atau Kerajaan Melayu) pada Batu
Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera
Barat
7. • rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa
istilah “Melayu” bermula di Jambi yang
kemudiannya berkembang pada zaman
kerajaan Sriwijaya
• perkembangan tersebut menjadi semakin
meluas pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka dalam pentadbiran dan adat
istiadat
8. Bangsa Melayu
Bahasa Melayu
• menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153,
istilah “Melayu” merujuk kepada seseorang yang dapat
menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan menganut
agama Islam
• dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira
1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah
kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa
• nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah
dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto
• Melayu ialah penduduk asal di Nusantara
9. • pada abad ke-17, istilah “Melayu”
digunakan secara lebih meluas yang
mencakupi suku bangsa serumpun di
Nusantara
• pada tahun 1972, UNESCO memberikan
pengertian terhadap istilah “Melayu” yang
merujuk kepada suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand,
Indonesia, Filipina dan Madagaskar
10. • bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan
Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah
(termasuk berdekatan Brunei), Sarawak
(Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei,
Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat,
Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera,
kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda,
Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand,
terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta
gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di
selatan Indo-China dan kawasan-kawasan
penghijrahan bangsa Melayu seperti di
Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan
11. Salasilah Bahasa Melayu
• beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli
arkeologi dan linguistik untuk memperoleh
kepastian tentang asal usul penutur
bahasa Melayu
• terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan
Asia Tengah dan Nusantara
12. kawasan ASIA TENGAH
• berdasarkan teori ini, orang Melayu berasal dari
selatan China atau Yunan atau Burma melalui
dua kelompok perpindahan dari utara ke
selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F.
Sarasin) dan Melayu Deutro – diperkuat oleh
kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932
• ini dibuktikan dengan terjumpanya beliung-
beliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang
Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai
Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk
beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di
Nusantara
13. • J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam
berpendapat wujud persamaan antara adat
resam orang Melayu dengan kaum Naga di
Assam, Burma yang disokong oleh G. K.
Nieman dan R. M. Clark
• Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu
mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina,
Madagaskar dan Taiwan
• Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L.
Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasa-
bahasa Austronesia mendapati ada persejajaran
bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara
14. kawasan NUSANTARA
• orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi
memang sedia ada di Nusantara
• buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai
kekerabatan dengan bahasa Polinesia,
Melanesia dan Mikronesia – persamaan dari
segi bentuk kata dan struktur bahasa (William
Marsden)
• C. A. Mees juga mendapati bahasa dari rumpun
Austronesia mempunyai banyak persamaan dari
segi tatabahasa, sistem imbuhan dan susunan
tatabahasa
15. • John Crawfurd mendapati tanah asal orang
Melayu adalah di Sumatera dan Jawa
berasaskan perkembangan kebudayaan yang
sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan
lain di Nusantara
• pencairan glasier menyebabkan beberapa
wilayah terpisah yang menyebabkan
perpindahan kelompok masyarakat dari satu
daratan ke satu daratan – buktinya ialah
pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan
Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)
16. • bukti daripada kajian tengkorak
tengkorak Pithecanthropus Mojokerta di
Nusantara berusia 670 000 tahun;
tengkorak Pithecanthropus Trinil berusia
600 000 tahun
BERBANDING
tengkorak Sinanthropus Pekinensis
(Manusia Peking) hanya berusia kira-kira
550 000 tahun