SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
1 | P a g e
TIPS-TIPS & PANDUAN LENGKAP CARA RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
(REHAB HATI NEGERI SARAWAK)
KHUSYUK SOLAT
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang
baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah SWT menggelar mereka sebagai orang
mukmin yang Berjaya. Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminuun 23 : 1 - 2

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya”
Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup, manakala khusyukdalam solat adalah menghadirkan hati
kepada Allah SWT di dalam solat. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar- benar bagi suatu solat.
Hakikat zahirnya pula adalah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, rukuk, sujud, duduk dan
sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Sabda Rasulullah saw :“Solat
itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh-
sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Melihat kepada kepentingan khusyuk dalam solat, maka dikemukakan di sini sebahagian tip atau
panduan yang boleh diguna-pakai sebagai panduan ke arah perlaksanaan ibadat solat yang khusyuk.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi
dari aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar solat, sebelum seorang
itu mendirikan solat.
TIPS DAN PANDUAN KHUSYUK SOLAT
Perkara-perkara berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap mukmin bagi
mengekalkan solat yang khusyuk :
A. Sebelum Mendirikan Solat
1) Menjaga makanan, minuman dan pemakaian
Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya
dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu,
pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang
dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah. Sabda Rasulullah saw : “Ketahuilah!
Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan
2 | P a g e
apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.” (Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2) Membersihkan diri dan bersugi
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda“Jika
tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku
menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
3) Wudhuk yang sempurna
Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib
serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan
wudhuk. Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa
beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan
Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu
apabila selesai solat Baginda“Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat
beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk
mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah
wudhuknya.” (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasaie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang
daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar ra berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik
itu mengusir syaitan daripada engkau.”
4) Memakai pakaian yang bersih dan kemas
Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang
sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya. Ditegah bersolat dengan pakaian
yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat
orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah
5) Jangan solat dalam keadaan lapar
Sebolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk
makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan
dan ketidakselesaan ketika menunaikan solat.
3 | P a g e
Sabda Rasulullah saw : “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya)
sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
(Hadis riwayat Muslim)
6) Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil
Sabda Rasulullah saw : “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar
dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
7) Pilih tempat solat yang menenangkan
Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya.
Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat. Imam an-
Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu
lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar ra : “Bahawa Rasulullah saw menegah
mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat
penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air
dan di atas Baitullah.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
8) Gunakan Sejadah Tidak Mengganggu
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran
atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Saidatuna ‘Aisyah RadhiAllahu‘anha bahawa Nabi saw
pernah mendirikan solat di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan,
lalu Baginda bersabda : “Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm
dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.” (Hadits riwayat Muslim)
9) Pastikan tiada gangguan
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah saw pernah bersabda kepada
seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah RadhiAllahu ‘anhu : “Aku lupa untuk
menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya
tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang solat.” (Hadits
riwayat Abu Daud)
4 | P a g e
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa
ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa
yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat. Tersebut di dalam
riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar ra tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau
pedangnya di tempat solatnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya
atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
10) Solat Di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala
masa hampir luput.
B. Ketika Hendak Menunaikan Solat
1) Azan dan iqamah
Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat
bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja
2) Lakukan Solat Secara Berjemaah
Berusahalah melakukan solat secara berjemaah kerana ia adalah suatu tuntutan
dan syi’ar agama Islam. Selain pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri
dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang
solat berjemaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat
daripada perkara yang lagha dan boleh melalaikannya.
3) Menghadirkan Hati
Maksudnya ialah sebelum mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang
boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang
dikerjakan. Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata : “Antara tanda kefahaman
seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk
menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari
perkara yang lain.
5 | P a g e
4) Mengingatkan Mati
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah
amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir
sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham ra bahawa ditanyakan kepadanya tentang
solatnya, beliau beliau menjawab : “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan
wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat. Lalu aku
duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku
berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka’bah di antara dua keningku, titian ash-
shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat
maut di belakangku, aku menyangka solat ini adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku
berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku
membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud
dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki
kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati.
Kemudian aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak?
5) Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh
menjauhkan diri daripada syaitan. Umpamanya seperti membaca
a. Surah an-Nas
b. Ta‘awudz
c. Tahlil :
d. Zikir
6) Berusaha Melawan Gangguan Syaitan
Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa
solat. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang
sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan keikhlasan
ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi ragu dan was-was
tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi
kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “
Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan
mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak
tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.” (Hadits riwayat Muslim)
6 | P a g e
C. Ketika Menunaikan Solat
1) Meneliti Dan Memahami Bacaan Solat
Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-
Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami
makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam
solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca. Membaca dengan baik
(Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk
ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya
(Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus
yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
2) Merendahkan Diri
Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta
dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud. Rasulullah saw bersabda :“Seseorang hamba
paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
3) Mengagungkan Allah SWT
Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan
ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) iaitu
perasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
4) Menghindari Dari Memikirkan Hal Keduniaan
Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala
urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
5) Tumpuan Penuh Pada Solat
Segala perhatian dalam solat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan
menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun solat perlu dilakukan secara
tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih) sambil menyedari bahawa Allah SWT
sentiasa memperhatikan solat itu.
7 | P a g e
6) Mengurangkan Pergerakan Anggota Badan
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
7) Sentiasa Melihat Tempat Sujud
Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam
gelap kecuali ketika membaca perkataan dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan
orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu,
maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang
dijelaskan oleh Imam an-Nawawi
8) Lakukan Solat Dengan Thuma’ninah
Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau
berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi’li’ (perbuatan) di dalam solat
seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi’li seterusnya. Sekurang-
kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir : “SubhanAllah”.
Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah,
cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
Rasulullah saw ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda : “
Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran
yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam
keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah
sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga
kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam
semua solat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
8 | P a g e
PENUTUP
Begitulah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyuk di dalam
solat. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyuk
di dalam solatnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tip atau panduan.
Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk
mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon doa kepada Allah Ta‘ala
supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyu‘ dalam beribadat kepadaNya. Orang-
orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang
diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman
Allah SWT : “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa
mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 45-46).

Contenu connexe

Tendances (20)

Buku panduan peserta kbs
Buku panduan peserta kbsBuku panduan peserta kbs
Buku panduan peserta kbs
 
nota4
nota4nota4
nota4
 
Fiqih Kelas 2 Semester 1
Fiqih Kelas 2 Semester 1Fiqih Kelas 2 Semester 1
Fiqih Kelas 2 Semester 1
 
shalat berjamaah dan mufarid
shalat berjamaah dan mufaridshalat berjamaah dan mufarid
shalat berjamaah dan mufarid
 
Ppt sholat fardhu
Ppt sholat fardhuPpt sholat fardhu
Ppt sholat fardhu
 
RUKUN SHALAT
RUKUN SHALATRUKUN SHALAT
RUKUN SHALAT
 
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
 
Tugas media pembelajaran pai
Tugas media pembelajaran paiTugas media pembelajaran pai
Tugas media pembelajaran pai
 
A
AA
A
 
Ppt sholat
Ppt  sholatPpt  sholat
Ppt sholat
 
Syarat sahnya wudhu
Syarat sahnya wudhuSyarat sahnya wudhu
Syarat sahnya wudhu
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
 
Solat2
Solat2Solat2
Solat2
 
shalat fardhu
shalat fardhushalat fardhu
shalat fardhu
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Pel. 32 doa penyeri kehidupan
Pel. 32 doa penyeri kehidupanPel. 32 doa penyeri kehidupan
Pel. 32 doa penyeri kehidupan
 
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwiSlide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwi
 
DOA PENYERI KEHIDUPAN
DOA PENYERI KEHIDUPANDOA PENYERI KEHIDUPAN
DOA PENYERI KEHIDUPAN
 
Pel. 32 doa penyeri kehidupan
Pel. 32 doa penyeri kehidupanPel. 32 doa penyeri kehidupan
Pel. 32 doa penyeri kehidupan
 
Shalat jamaah
Shalat jamaahShalat jamaah
Shalat jamaah
 

Similaire à Tips khusyuk solat pdf

powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
DELLAMONICA10
 
fiqh 3 - 2010 shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
fiqh 3 - 2010  shalat wajib, jama'ah, sujud-sujudfiqh 3 - 2010  shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
fiqh 3 - 2010 shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
Marhamah Saleh
 
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialSolat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Aidil Syazwan
 
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
huzayfah sulong
 

Similaire à Tips khusyuk solat pdf (20)

Presentasi Fiqh 3
Presentasi Fiqh 3Presentasi Fiqh 3
Presentasi Fiqh 3
 
Sholat
SholatSholat
Sholat
 
Sholat 5 waktu
Sholat 5 waktuSholat 5 waktu
Sholat 5 waktu
 
Manfaat Wudhu & Shalat Bagi Kesehatan Baik Rohani Maupun Jasmani
Manfaat Wudhu & Shalat Bagi Kesehatan Baik Rohani Maupun JasmaniManfaat Wudhu & Shalat Bagi Kesehatan Baik Rohani Maupun Jasmani
Manfaat Wudhu & Shalat Bagi Kesehatan Baik Rohani Maupun Jasmani
 
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptxHADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
 
Power point shalat
Power point shalatPower point shalat
Power point shalat
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
 
Pelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat KhusyuPelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat Khusyu
 
Makalah agama tentang dzikir dan doa
Makalah agama tentang dzikir dan doaMakalah agama tentang dzikir dan doa
Makalah agama tentang dzikir dan doa
 
fiqh 3 - 2010 shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
fiqh 3 - 2010  shalat wajib, jama'ah, sujud-sujudfiqh 3 - 2010  shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
fiqh 3 - 2010 shalat wajib, jama'ah, sujud-sujud
 
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialSolat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
 
Tugas agama
Tugas agamaTugas agama
Tugas agama
 
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
Powerpointshalat 141203010044-conversion-gate01
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
 
BAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptxBAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptx
 
Materi tentang Shalat
Materi tentang ShalatMateri tentang Shalat
Materi tentang Shalat
 
! 4 tips shalat khusyuk baru 8 juli 2011
! 4 tips shalat khusyuk baru   8 juli 2011! 4 tips shalat khusyuk baru   8 juli 2011
! 4 tips shalat khusyuk baru 8 juli 2011
 
Shalat
ShalatShalat
Shalat
 
makalah Shalat
makalah Shalatmakalah Shalat
makalah Shalat
 
Hikmah dan keutamaan sholat menurut Al-Qur'an dan hadits
Hikmah dan keutamaan sholat menurut Al-Qur'an dan haditsHikmah dan keutamaan sholat menurut Al-Qur'an dan hadits
Hikmah dan keutamaan sholat menurut Al-Qur'an dan hadits
 

Dernier (6)

Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
 
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
 
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptxHadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
 

Tips khusyuk solat pdf

  • 1. 1 | P a g e TIPS-TIPS & PANDUAN LENGKAP CARA RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT (REHAB HATI NEGERI SARAWAK) KHUSYUK SOLAT Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah SWT menggelar mereka sebagai orang mukmin yang Berjaya. Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminuun 23 : 1 - 2  “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya” Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup, manakala khusyukdalam solat adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar- benar bagi suatu solat. Hakikat zahirnya pula adalah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, rukuk, sujud, duduk dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Sabda Rasulullah saw :“Solat itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh- sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati” (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Melihat kepada kepentingan khusyuk dalam solat, maka dikemukakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh diguna-pakai sebagai panduan ke arah perlaksanaan ibadat solat yang khusyuk. Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi dari aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar solat, sebelum seorang itu mendirikan solat. TIPS DAN PANDUAN KHUSYUK SOLAT Perkara-perkara berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap mukmin bagi mengekalkan solat yang khusyuk : A. Sebelum Mendirikan Solat 1) Menjaga makanan, minuman dan pemakaian Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah. Sabda Rasulullah saw : “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan
  • 2. 2 | P a g e apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) 2) Membersihkan diri dan bersugi Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) 3) Wudhuk yang sempurna Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan wudhuk. Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda“Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.” (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasaie) Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar ra berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.” 4) Memakai pakaian yang bersih dan kemas Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah 5) Jangan solat dalam keadaan lapar Sebolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan solat.
  • 3. 3 | P a g e Sabda Rasulullah saw : “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim) 6) Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil Sabda Rasulullah saw : “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim) 7) Pilih tempat solat yang menenangkan Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat. Imam an- Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar ra : “Bahawa Rasulullah saw menegah mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi) 8) Gunakan Sejadah Tidak Mengganggu Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud. Diriwayatkan daripada Saidatuna ‘Aisyah RadhiAllahu‘anha bahawa Nabi saw pernah mendirikan solat di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda : “Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.” (Hadits riwayat Muslim) 9) Pastikan tiada gangguan Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah saw pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah RadhiAllahu ‘anhu : “Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang solat.” (Hadits riwayat Abu Daud)
  • 4. 4 | P a g e Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat. Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar ra tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat solatnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya. 10) Solat Di Awal Waktu Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. B. Ketika Hendak Menunaikan Solat 1) Azan dan iqamah Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja 2) Lakukan Solat Secara Berjemaah Berusahalah melakukan solat secara berjemaah kerana ia adalah suatu tuntutan dan syi’ar agama Islam. Selain pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang solat berjemaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat daripada perkara yang lagha dan boleh melalaikannya. 3) Menghadirkan Hati Maksudnya ialah sebelum mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang dikerjakan. Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata : “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.
  • 5. 5 | P a g e 4) Mengingatkan Mati Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik. Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham ra bahawa ditanyakan kepadanya tentang solatnya, beliau beliau menjawab : “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka’bah di antara dua keningku, titian ash- shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak? 5) Membaca Zikir Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan. Umpamanya seperti membaca a. Surah an-Nas b. Ta‘awudz c. Tahlil : d. Zikir 6) Berusaha Melawan Gangguan Syaitan Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa solat. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.” (Hadits riwayat Muslim)
  • 6. 6 | P a g e C. Ketika Menunaikan Solat 1) Meneliti Dan Memahami Bacaan Solat Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al- Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 2) Merendahkan Diri Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud. Rasulullah saw bersabda :“Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim) 3) Mengagungkan Allah SWT Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) iaitu perasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 4) Menghindari Dari Memikirkan Hal Keduniaan Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 5) Tumpuan Penuh Pada Solat Segala perhatian dalam solat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun solat perlu dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih) sambil menyedari bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan solat itu.
  • 7. 7 | P a g e 6) Mengurangkan Pergerakan Anggota Badan Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 7) Sentiasa Melihat Tempat Sujud Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya. Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi 8) Lakukan Solat Dengan Thuma’ninah Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi’li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi’li seterusnya. Sekurang- kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir : “SubhanAllah”. Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks. Rasulullah saw ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda : “ Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • 8. 8 | P a g e PENUTUP Begitulah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyuk di dalam solatnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tip atau panduan. Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon doa kepada Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyu‘ dalam beribadat kepadaNya. Orang- orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah SWT : “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah : ayat 45-46).