Gerhana matahari berlaku akibat kedudukan bulan di antara bumi dan matahari, menghalang cahaya matahari. Fenomena ini berlangsung kira-kira 6 minit pada petang 22.07.2009, menyebabkan langit gelap dan suhu menurun.
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
Gerhana matahari
1. Pada petang hari 22.07.2009, suatu fenomena
yang istimewa dan menarik berlaku di langit:
Langit yang cerah tiba-tiba bertukar menjadi
gelap dan suhu di sekeliling juga menurun.
Menurut saksi-saksi yang berada di tempat itu
berkata, matahari di atas langit hilang sedikit
demi sedikit sehingga tidak dinampak.
Keadaan ini dikekalkan kira-kira 6 minit.
Murid-murid, fikirkan kenapa
keadaan ini berlaku?
2.
3. Dalam pelajaran ini, murid-murid
harus mengenal pasti:
• Apa itu Gerhana Matahari?
• Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
• Beberapa jenis Gerhana Matahari yang
ada?
• Bila masa Gerhana Matahari akan
berlaku?
• Fenomena yang akan berlaku semasa
Gerhana Matahari.
4. Gerhana matahari berlaku
apabila kedudukan bulan
terletak di antara bumi dan
matahari oleh itu menutup
cahaya matahari sama ada
separa atau sepenuhnya.
5. • Berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan
matahari.
• Bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan
satu garis lulus.
• Bulan menghalang cahaya dari matahari sampai ke
bumi.
8. • Hanya sebahagian bumi mengalami gerhana
penuh dan selainnya mengalami gerhana
separa.
• Keadaan sekeliling menjadi gelap sedikit.
• Suhu sekeliling menurun sedikit.
9. • Gerhana matahari penuh: Berlaku apabila
matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan
disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam
orbit bujurnya.
• Gerhana matahari separa: Berlaku apabila bulan
hanya menutup sebahagian daripada matahari.
• Gerhana matahari cincin/analus: Berlaku apabila
bulan hanya menutup sebahagian daripada
matahari dan cahaya matahari selebihnya
membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan
bulan yang dikenali sebagai 'corona'.