SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  29
Télécharger pour lire hors ligne
KPP 3014 D20121058364
1
TAJUK :
MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA
KURSUS:
PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR
TUGASAN:
TUGASAN INDIVIDU
KOD KURSUS :
KPP 3014
NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR
NO. MATRIK : D20121058364
NO. KAD PENGENALAN : 920111 – 02 – 5342
NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH EFTAH BINTI ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 22 MAC 2013
KPP 3014 D20121058364
2
ISI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Muka surat
1. Pendahuluan 1
2. Jenis-jenis dadah 3
3. Perbandingan isu masalah penyalahgunaan dadah di dalam negara dan di
luar negara
12
4. Kaitan di antara masalah penyalahgunaan dadah dengan tingkah laku dan
teori perkembangan remaja di dalam bilik darjah
15
5. Peranan guru dalam merangka strategi keseluruhan dan spesifik bagi
memahami pelajar remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan
dadah
20
6. Kerangka kerja peranan guru dalam mengatasi masalah penyalahgunaan
dadah
23
7. Kesimpulan 26
8. Rujukan 27
KPP 3014 D20121058364
3
1.0 PENDAHULUAN
Remaja dan masalah-masalah berkaitan dengan moral adalah tidak dapat dipisahkan malahan
semakin memburuk. Dengan teknologi yang semakin canggih, pelbagai perkara dapat dipelajari
di alam maya sesuai dengan kata-kata yang sering diungkapkan kini iaitu “ilmu dihujung jari”.
Tetapi bagi remaja, dengan kewujudan teknologi kini membuatkan mereka lebih mudah untuk
meneroka apa sahaja perkara baru, bersesuaian dengan perkembangan mereka yang terarah
kepada sifat ingin tahu yang tinggi. Perkara-perkara seperti rempit, vandalisme, gangsterisme,
dan dadah dapat di pelajari melalui teknologi terkini contohnya internet. Penggunaan internet
yang semakin popular di kalangan remaja membolehkan mereka untuk meneroka lebih jauh
mengenai sesuatu perkara sebagai contohnya berkaitan dengan tajuk iaitu mengenai penggunaan
dadah. Di dalam internet kini terdapat pelbagai maklumat mengenai dadah daripada am
sehinggalah kepada spesifik. Terdapat laman web yang memaparkan mengenai cara-cara untuk
menghasilkan dadah dan perkara ini boleh memberi impak negatif kepada remaja. Definisi
dadah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sejenis bahan yang digunakan sebagai
ubat yang boleh menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri dan ketagih. Namun begitu, setiap
kandungan dadah di dalam ubat adalah berlainan. Sekiranya sesuatu ubat itu di ambil dalam
kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sesorang itu berada dalam keadaan khayal dan tidak
sedarkan diri. Terdapat pelbagai jenis dadah yang terdapat di seluruh dunia ini. Ada dadah yang
berbentuk pil mahupun cecair. Kini, dadah yang paling popular di kalangan remaja adalah ubat
batuk dan daun ketum. Hal ini kerana kedua-dua jenis bahan ini adalah mudah didapati di
sekitar mereka. Dengan teknologi yang canggih serta dengan bantuan daripada internet
memudahkan remaja kini untuk membuat dadah sintetik sendiri. Dadah sintetik merupakan
sejenis dadah yang lebih berbahaya. Jenis-jenis dadah yang lain akan di terangkan dengan lebih
lanjut di dalam tajuk yang seterusnya. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja
semakin runcing saban tahun. Hal ini dibuktikan dengan statistik penglibatan remaja terhadap
dadah sepanjang tahun adalah meningkat. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, statistik
pada tahun 1998 sehingga 2003 terdapat seramai 255, 725 penagih dadah di mana merangkumi
1.02 peratus jumlah penduduk Malaysia. Manakala purata pertambahan penagih baru pada tahun
1999 sehingga 2003 adalah seramai 17,174 setahun. Jika perkara ini berlaku secara berterusan,
dijangka kadar jumlah penagih akan meningkat sehingga 461, 000 pada tahun 2015. Jika
dianalisis profil penagih pada tahun 1999 sehingga 2003 seramai 72% sehingga 76% adalah dari
KPP 3014 D20121058364
4
kalangan remaja. Beralih pula kepada definisi seorang remaja, remaja merujuk Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka adalah seorang individu yang sudah cukup umur ataupun akil baligh.
Manakala bagi Dr. Awang Sudji (1977) pula, remaja adalah di mana seseorang itu mulai dewasa,
sudah cukup umur serta sudah cukup umur untuk berkahwin berlainan pula bagi Khadijah Haidi
Khalid (1994) yang menyatakan bahawa remaja adalah zaman peralihan dalam proses
perkembangan manusia di antara belia dan remaja. Ahli-ahli psikologi membahagikan remaja
kepada empat peringkat umur iaitu pra-remaja (11 tahun sehingga 13 tahun), awal remaja (13
tahun sehingga 15tahun), remaja pertengahan (15tahun sehingga 18 tahun) dan remaja akhir (18
tahun sehingga 20 tahun). Setiap remaja akan melalui setiap peringkat perkembangan iaitu
perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, serta perkembangan sosio-emosi. Melalui
perkembangan inilah yang boleh menjadi punca atau sebab sesuatu masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja. Apabila menyentuh hal ini, remaja masih terbelenggu dan merasa diri
mereka sentiasa benar dan berada di jalan betul. Oleh itu, penulisan ilmiah ini akan
membincangkan mengenai isu masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja serta
kaitannya dengan teori serta perkembangan remaja itu sendiri. Selain daripada itu, penulisan ini
turut akan menyentuh kepada peranan guru dalam memahami serta mengatasi masalah
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar remaja.
KPP 3014 D20121058364
5
2.0 JENIS-JENIS DADAH
2.1 Jenis dadah Depressant
Pengenalan
- Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat
Rajah 2.1 : Contoh gambar dadah jenis Depressant
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBILAN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
Methaqualone
- Traquliser
- Rohypnol
Dimakan dalam
bentuk
tablet/kapsul,
kapsul barbiturat
dipecah, dilarut
ke dalam air dan
disuntik,
dicampur dengan
heroin, dimakan
dalam
bentuk/kapsul.
Pil / Kapsul
Pertuturan kurang
jelas, berjalan
terhuyung-
hayang, hilang
pertimbangan,
hilang daya
ransangan
Muntah, susah
tidur, ketakutan,
perasaan sensitif
Tidak boleh
tidur, lemah
/lesu, suhu
badan
meningkat,
tekanan darah
rendah,
muntah-
muntah, tidak
sedar diri
Bimbang,
ketakutan,
susah tidur
Mengurangkan
kegiatan urat
saraf / otot /
jantung,
penafasan.
Menurunkan
tekanan darah,
tidak sedar diri,
anak mata
membesar,
tekanan darah
meningkat , mati
Mati apabila
bahan itu
dicampur dengan
alkhohol
KPP 3014 D20121058364
6
2.2 Jenis dadah Opiat
Pengenalan
- Bahan perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan.
- Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan
Rajah 2.2 : Contoh gambar dadah jenis Opiat
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBILAN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
Asli
- CANDU
- Candu
mentah
- Candu
masak
- Tahi candu
Dihisap dengan
paip,telan, makan
Khayal-
halusinasi,
Euforia -
kesugulan,
pemikiran/
pertimbangan
berkurangan
Mengantuk,
badan menjadi
lemah,
mengalami
gangguan jiwa
Ketagihan,
kelemahan
fizikal dan
mental
MORFIN
- White powder
- White stuff
- Morfin
mentah
- Base morfin
- Pil morfin
Dicairkan,
Disuntik ke
dalam pembuluh
darah dengan
jarum suntikan.
Pergerakan tidak
seimbang, tindak
balas lambat,
mata hitam
mengecil, hidung
berair,
mual/muntah,
hilang selera
makan
Rasa resah, cirit
birit, sakit perut,
rasa sejuk,
berpeluh
HIV/AIDS,
gangguan jiwa,
lebih dose, mati
KPP 3014 D20121058364
7
HEROIN NO.3
HEROIN NO.4
BROWN
HEROIN
HEROIN
BLACK TAR
KODEIN
Masuk dalam
rokok, dihisap,
chasing the
dragon, disuntik,
dicair
Diminum dlm
ubat batuk
Muka jadi merah,
mata hitam
menjadi kecil,
tiada
pertimbangan,
hilang selera
makan, bersifat
hyperaktif,
bertambah risau
dan terlalu
sensitif, tekanan
darah, suhu
badan, diameter
anak mata
mengalami
perubahan,
keseluruhan
penagih
mengalami emosi
yang negatif.
Tanggapan
Menjadi kurang
terang, tidak
dapat
menumpukan
perhatian penuh
dan pengguna
akan menjadi
tidak sedar,
bingung/
berkelakuan
seperti orang
mabuk, ambil
berlebihan
kekejangan,
tiada wujud
muforia,
menjadi ketagih,
berlebihan
kepada dadah
pengurusan diri
lebih mudah
Hepatitis,
Kancing gigi,
Keracunan
darah, HIV /
AIDS. Mati
KPP 3014 D20121058364
8
2.3 Jenis dadah Halusinogen
Pengenalan
- Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual dimana seseorang itu susah untuk
membezakan yang benar atau tidak.
Rajah 2.3 : Contoh gambar dadah jenis Halusinogen
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBILA
N
TANDA
PENGAMBILA
N
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
HALLUCENO- GENIC
MUSHROME
LYSERGIC ACID
DIETTHYLAMIDE (LSD)
DIYMETHYLTRYPTAMI
NE (DMT)
PHENLYCLIDINE (PCP)
KETAMINE
Di makan
dalam bentuk
tablet/kapsul,
dicampurkan
dalam minuman
Anak mata
membesar,
tekanan darah
meningkat,
penerapan deria
yang berubah,
pengalaman
psikik
menyeronokan
dan
menakutkan.
Pencerapan
deria yang
berubah,
menyeronoka
n,
menakutkan,
keadaan
'flashback'
dimana
penagih
masih
dipengaruhi
oleh
hallusinogen.
Tidak dapat
mengawal
diri, tidak
dapat
membezak
an antara
yang benar
atau tidak,
panik,
paranoia,
psikosis
KPP 3014 D20121058364
9
2.4 Jenis dadah Inhalant
Pengenalan
- Tidak ditakrifkan sebagai dadah.
- Walau bagaimanapun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.
Rajah 2.4 : Contoh gambar dadah jenis Inhalant
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBILAN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
Gam, ubat
nyamuk, minyak
petrol, cat cair,
thiner, cecair
pemetik api, spray
rambut, krim
pencuci
Dihidu melalui
hidung.
Nota :
Kebanyakan
pengambilan ini
dilakukan oleh
remaja dan belia
Bertindak di atas
sistem saraf
pusat, khayal,
halusinasi
Loya, bersin,
hidung
berdarah, letih
tidak bertenaga,
hilang selera
makan, tubuh
menggeletar,
Susut berat
badan,
pendarahan
dalam otak,
hapetitis B,
sistem saraf
tunjang rosak,
ganguan paru-
paru dan saluran
penafasan, mati
KPP 3014 D20121058364
10
2.5 Jenis dadah Kanabis
Pengenalan
- Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus kanabis
Rajah 2.5 : Contoh gambar dadah jenis Kanabis
NAMA/
BENTUK
CARA
PENGAMBILAN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA PANJANG
GANJA
HASHISH
MARIJUAN
A
Dikenali
sebagai
ganja,Marijua
na kanabis
ganja merujuk
kepada
bahagian daun
dan pucuk
berbunga
pokok kanabis
di jadikan
dalam bentuk
blok atau sate.
Ia menyerupai
tembakau .
Dihisap dalam
rokok dan
dikunyah,
dicampur dalam
makanan seperti
nasi dan biskut
Khayal,
sugul/kecewa,
tindakbalas
kelakuan berubah
macam mabuk,
bila berdepan
dengan rasa
cemas dan takut,
mata merah, tidak
boleh tidur, sakit
perut, hilang
selera makan
Pergantungan,
ketagihan,
tekanan jiwa,
halusinasi,
bertambah
selera makan,
pergerakan
tidak agresif
Peribadi merosot dan
kadang kala sakit otak
akan menyerang
sekiranya penyalah-
gunaannya
berpanjangan,
kerosakan dibahagian
paru-paru, jantung,
otak
Lelaki
Pengeluaran hormon
merosot, kurang
bilangan sperma, mati
pucuk
PEREMPUAN
Kedatangan haid tidak
menentu, kurang
bilangan telur dalam
ovari, melemahkan
daya penyusuan
kepada bayi.
KPP 3014 D20121058364
11
2.6 Jenis dadah Psikotrapik
Pengenalan
- Adalah dadah yang bertindak kepada otak dan meransang fizikal
Rajah 2.6 : Contoh gambar dadah jenis Psikotrapik
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBILA
N
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
METHAMPHETA
MINE
Dikenali sebagai
syabu, ice, batu
kristal, kaca
diamond.
Pil/kapsul
chasing the
dragon.
Tingkah laku yang
agresif, tekanan
darah tinggi.
Perasaan
yakin pada
diri sendiri
boleh
berjaga
tanpa tidur
2-3 hari.
Penurunan berat
badan, penyakit
saraf, jarang
tidur, hilang
selera makan,
bimbang
berpanjangan,
kulit kering dan
gatal-gatal,
hilang daya
ingatan
stroke/mati.
AMPHETAMINE
Tujuan asal untuk
perubatan
perangsang kepada
sistem saraf pusat.
Menahan rasa
mengantuk dan
keletihan .
Pil/kapsul
dimakan
Keletihan, tidor
berlebihan, reaksi
psikolik, lapar,
despresi, sentiasa
resah, kemurungan.
Perasaan
yakin pada
diri sendiri
boleh
berjaga
tanpa tidur
2-3 hari.
Penurunan berat
badan, penyakit
saraf, jarang
tidur, hilang
selera makan,
bimbang
berpanjangan,
kulit kering dan
gatal-gatal,
hilang daya
ingatan
stroke/mati.
KPP 3014 D20121058364
12
MDMA
(METHYLENE
DIOXYMETHAM
PHE TAMINE)
PIL ECSTASY
(XTC)
Pink lady, playboy
Pil , kapsul
(makan)
Menggeletar,resah
gelisah,tidak boleh
tidur, paranoia.
Resah, tidak
boleh tidur,
tidak rasa
lapar,
bercakap
berlebihan.
Penurunan berat
badan, penyakit
saraf, jarang
tidur, hilang
selera makan,
bimbang
berpanjangan,
kulit kering dan
gatal-gatal,
hilang daya
ingatan,
pendarahan
dalaman,
stroke/mati
KPP 3014 D20121058364
13
2.7 Jenis dadah Stimulan
Pengenalan
- Phetamin Kokain
o Daun koka
o Paste koka
o Kokain freebase
o Crack kokain
Rajah 2.7 : Contoh gambar dadah jenis Stimulan
NAMA/BENTUK CARA
PENGAMBIL
AN
TANDA
PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA
PENDEK
JANGKA
PANJANG
Kokain juga dikenali
sebagai kokain rock
adalah nama untuk
sejenis kokain tulen
(freebase) yang dihisap.
Crack kokain adalah
campuran kokain dengan
serbuk yang hasilnya
berbentuk granules.
Crack yang mempunyai
ketulenan sehingga 90%
adalah sangat berbahaya
kerana ia mendatangkan
ketagihan teruk selepas
penggunaan yang agak
singkat..
Disuntik,
dimakan,
dihidu,
dihisap
Depresi, ketagihan
teruk, keletihan
mental, fizikal,
keresahan dan
fikiran sering
terganggu
Kurang selera
makan,
degupan
jantung yang
laju, suhu
badan yang
tinggi, tidak
dapat tidur,
halusinasi,
paranoia,
tidak
menghiraukan
kesihatan dan
kebersihan
diri
Boleh berjaga
tanpa tidur 2-3
hari, penurunan
berat badan,
tingkahlaku yang
agresif, kesan
psikologi
halusinasi dan
paranoid, kesan
pada otak,
kematian
KPP 3014 D20121058364
14
3.0 PERBANDINGAN ISU MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI DALAM
NEGARA DAN DI LUAR NEGARA.
Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja bukan sahaja berlaku di dalam negara Malaysia
bahkan perkara ini turut berlaku di negara luar. Masalah sosial remaja ini turut mempunyai
faktor yang sama iaitu faktor daripada keluarga dan juga persekitaran. Permasalahan ini menjadi
bualan masyarakat di serata dunia tidak kira bangsa, negara dan agama. Daripada dahulu
sehingga kini, masalah ini masih berlaku dan tidak ada tanda-tanda untuk berkurang. Hal ini
mungkin disebabkan oleh kemudahan untuk mendapatkan bekalan dadah yang mudah kerana
ramai orang dewasa sendiri yang menjadi pengedar dadah kepada remaja.
Di Malaysia, remaja yang banyak terlibat dengan dadah adalah daripada bangsa
Melayu. Hampir majoriti daripada remaja yang terlibat dengan masalah ini adalah remaja
Melayu yang mempunyai masalah keluarga serta pengaruh rakan. Begitu juga dengan negara
luar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Poland menyatakan bahawa remaja yang
terlibat dengan dadah adalah daripada kalangan remaja yang tidak boleh berdikari atau dalam erti
kata lain remaja tersebut inginkan perhatian. Fitrah seorang manusia inginkan kasih sayang,
apatah lagi bagi remaja.
Seterusnya, melihat pula kepada faktor-faktor yang menyebakan berlakunya
masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kini. Di antara faktor yang
mempengaruhi remaja adalah faktor keluarga. Berdasarkan setiap aspek ruang kehidupan remaja
yang cemerlang adalah berpunca daripada keluarga sempurna serta didikan dan ikatan kasih
sayang yang akrab di antara ahli keluarga. Berlainan pula dengan apa yang berlaku kepada
remaja yang terlibat dengan masalah ini. Remaja ini majoritinya berasal daripada keluarga yang
berpecah belah, tidak mempunyai ibu bapa, mangsa penderaan keluarga dan sebagainya.
Berdasarkan kajian yang telah di lakukan di dalam negara kepada pelatih
institusi pemulihan dadah menunjukkan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelatih
mempunyai masalah keluarga dan 33 peratus daripadanya adalah daripada kalangan remaja di
antara umur kurang daripada 18 tahun sehingga 23 tahun. Manakala kajian di Poland pula
menunjukkan 42.4 peratus daripada responden remaja mengambil dadah disebabkan oleh
keretakan insitusi keluarga mereka.
KPP 3014 D20121058364
15
Kajian Rokiah (2010) menunjukkan bahawa terdapat pelatih yang mempunyai
sejarah ahli keluarga yang pernah menagih atau menjadi penagih. Kekerapan yang paling tinggi
adalah abang yang menjadi penagih dalam keluarga iaitu sebanyak 10 peratus dan 7 peratus
dicatatkan oleh adik. Jelas dibuktikan ahli keluarga turut menjadi perkra penting dalam hal
penyalahgunaan dadah ini. Keluarga adalah merupakan tonggak utama dalam diri remaja.
Tersilap acuan yang dibentuk maka silaplah hasilnya nanti. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’.
Berdasarkan kajian oleh Marian (2005), remaja yang terlibat dengan dadah ini
mempunyai sebab yang kuat berkaitan dengan keluarga mereka. Ikatan keluarga yang lemah
meyebabkan remaja tersebut merasakan bahawa diri mereka tidak penting di dalam keluarga.
Ikatan kekeluargaan yang lemah ini turut disebabkan oleh perlakuan remaja yang menipu kedua
remaja untuk meminta wang. Selain daripada itu, ibu bapa juga tidak memahami dengan apa
yang berlaku kepada anak-anak mereka atau dalam bahasa mudahnya mereka tidak
menghiraukan mengenai perkembangan anak mereka.
Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar ruamh
selain daripada adik beradiknya sendiri. Menurut Berk (1989), rakan sebaya adalah mereka yang
sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Menurut Abd. Majid
dan Rahil (1997) dan Santrock (2007), remaja lebih rapat dengan rakan sebaya daripada ibu
bapanya. Mereka lebih selesa, spontan, dan terbuka apabila bersama rakan dan merasakan lebih
mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Perkara di atas dapat diyakinkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa
64 peratus responden yang menjalankan kajian di sebuah institusi pemulihan dadah di Malaysia
adalah berpunca daripada kawan sebaya yang rapat dan 15 peratus adalah disebabkan perngaruh
rakan dan untuk keseronokan. Jelas kajian ini menepati perbincangan pada perenggan sebelum
ini. Perkara ini membimbangkan semua pihak kerana setiap individu tidak akan lari daripada
berkawan apatah lagi bagi remaja yang memang sedang melalui tahap perkembangan tersebut.
KPP 3014 D20121058364
16
Sebagai contoh realiti yang berlaku kini, seorang remaja yang berkawan dengan
seorang remaja akhir atau remaja dewasa yang merupakan seorang pengedar dadah tanpa
pengetahuan remaja tersebut. Lelaki (remaja dewasa) tersebut pada suatu hari telah mempelawa
remaja tersebut sekotak rokok untuk dan kononnya dijadikan sebagai hadiah kepada remaja
tersebut. Tanpa pengetahuan remaja tersebut, lelaki itu telah meletakkan dadah ke dalam rokok
tersebut dan secara terusnya menyebabkan remaja tersebut telah mula ke kancah dunia penagihan
dadah.
Remaja tersebut kemudiaannya pasti akan meminta lagi kepada lelaki tersebut
kerana dia telah pun mengalami ketagihan dadah. Dengan itu, lelaki tersebut akan menjualkan
dadah tersebut kepada dia dan sekiranya remaja itu adalah merupakan pelanggan tetap, mungkin
sahaja remaja itu juga akan menjadi orang bawahan lelaki itu sebagai pengedar dadah dan
mencari mangsa lain untuk turut terjerumus menghisap dadah. Perkara ini turut berlaku di luar
negara. Kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa 94 peratus daripada
penagih dadah remaja di sana mempunyai rakan yang menjual dadah.
Berbeza dengan negara Malaysia, penggunaan minuman beralkohol adalah
dilarang sama sekali dan tidak meluas jika mahu dibandingkan dengan negara luar yang lebih
bersifat terbuka mengenai perkara ini. Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan di Kanada
hampir 30 peratus daripada remaja terlibat dengan minuman beralkohol tegar yang meliputi bir,
arak dan wain. Manakala peratusan tertinggi penagih dadah remaja yang teribat dengan alkohol
adalah 45 peratus dengan dadah jenis kanabis.
Kesemua faktor ini ada berkaitan dengan perkembangan remaja. Pada topik
yang seterusnya akan dibincangkan mengenai kaitan di antara tingkah laku dan teori
perkembangan remaja. Satu persatu tahap perkembangan akan diterangkan dan bagaimana satu-
satu teori boleh dikaitkan dengan masalah sosial yang di hadapi oleh remaja.
KPP 3014 D20121058364
17
4.0 KAITAN DI ANTARA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DENGAN
TINGKAH LAKU DAN TEORI PERKEMBANGAN REMAJA DI DALAM BILIK
DARJAH.
Tingkah laku seseorang remaja dipengaruhi oleh perkembangan mereka pada ketika itu.
Sesorang remaja mula mempunyai masalah tingkah laku apabila mencapai umur 15 tahun dan ke
atas. Mereka mula mencari identiti berdasarkan pemerhatian mereka terhadap individu di
hadapan mereka sahaja. Namun begitu, ada juga remaja yang akur dengan kehendak ibu bapa
mereka dan meninggalkan cita-cita mereka. Kebanyakan remaja gemar untuk bersifat melulu
dalam membuat keputusan tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sesorang remaja akan melalui beberapa peringkat perkembangan remaja iatitu
peringkat perkembangan fizikal, kognitif serta perkembangan sosio-emosi. Perkembangan
fizikal adalah merujuk kepada perkembangan luaran remaja yang boleh dilihat dengan mata
kasar. Di antara perkembangan fizikal remaja ialah perubahan pada bentuk muka yang akan
lebih berbentuk seperti muka orang dewasa. Selain daripada itu, remaja turut mengalami
perubahan drastik pada ketinggian tubuh badan mereka terutamanya bagi remaja lelaki yang
berkembang pesat pada umur 16 tahun dan ke atas.
Pada peringkat perkembangan inilah remaja mula untuk risau dengan perubahan
yang berlaku pada diri mereka. Mereka risau sekiranya tubuh badan mereka tidak secantik dan
tidak segagah remaja lain. Hal ini turut boleh menyebabkan tekanan kepada seseetengah remaja.
Remaja yang tertekan mudah untuk membuat dan mencari solusi yang mudah untuk
menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang singkat. Oleh itu, mereka sering menggunakan
dadah sebagai salah satu daripada alat atau ubat untuk tekanan mereka itu. Dengan cara
pengambilan dadah tersebut maka mereka tidak lagi perlu memikirkan mengenai masalah
mereka lagi.
Perkara di atas tadi adalah merupakan permasalahan tekanan yang berlaku
kepada remaja sekolah. Bagaimana pula bagi remaja yang melanjutkan pengajian. Pelajar yang
melanjutkan pengajian sama ada di institusi awam mahupun swasta sering dibebani dengan
tugasan sehingga kadang kala menyebabkan pelajar tersebut mengalami tekanan perasaan. Hali
ini kemudiannya akan menyebabkan remaja akan mencari dadah untuk melupakan masalah
KPP 3014 D20121058364
18
mereka. Dengan sekali pengambilan dadah, masa depan remaja tersebut secara amnya akan
musnah.
Pada tahap umur 12 sehingga 23 tahun adalah merupakan zaman yang dipenuhi
dengan pergolakan dan tekanan yang menyebabkan konflik dan perubahan ragam yang tidak
menentu. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, remaja yang merokok boleh mendorong
kepada ketagihan dadah. Manakala dadah dan rokok berkait rapat dengan definisi remaja yang
mengatakan kedua-dua bahan tersebut boleh mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapi
oleh mereka sesuai dengan Teori Tekanan Perasaan Mc Auliffe.
Menurut Feigelmen dan Feigelemen (1993), zaman kanak-kanak ke alam remaja
merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk
cabaran. Cabaran disini boleh dikaitkan dengan cabaran pengaruh rakan dan juga cabaran
pembangunan teknologi. Pengaruh rakan dikaitkan dengan cabaran adalah kerana setiap remaja
memerlukan ssesorang di samping mereka dan di antara yang rapat dengan diri seseorang
individu adalah rakan. Rakan yang tidak baik akan mempengaruhi remaja untuk terjerumus
kepada masalah sosial seperti masalah penyalahgunaan dadah.
Cabaran pembangunan teknologi pula merujuk kepada pembangunan teknologi
yang memudahkan remaja untuk mengakses ke dunia maya. Cara pembuatan dadah kini tersebar
dengan meluas sama ada di dalam bentuk video atau secara penulisan. Kebangkitan I-Pad dan
aplikasi Android kini lebih memudahkan remaja untuk mengakses apa-apa maklumat di internet.
Remaja tidak lagi perlu untuk ke kedai komputer atau pun mana-mana pusat siber untuk
menggunakan internet. Jelas disini, bahawa pembangunan teknologi menjadi cabaran kepada
remaja kini.
Berikutnya beralih pula kepada perkembangan kognitif remaja. Pada tahap
perkembangan ini, remaja mula menjadi serius dan dapat memberikan tumpuan mengikut
kehendak sendiri, sudah berupaya memikirkan mengenai perkara-perkara yang abstrak serta
terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup sebenar dan persoalan mencari identiti yang
tersendiri. Di sini dapat dilihat bahawa remaja mula untuk memberikan persepsi sendiri mereka
terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa ingin cuba untuk melakukakan
sesuatu perkara baru.
KPP 3014 D20121058364
19
Menurut pandangan Jean Piaget (1969), remaja mampu melakukan beberapa
perkara seperti menyelesaikan masalah yang konkrit, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri,
mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah, membentuk hipotesi-hipotesis
ketika menyelesaikan masalah, serta srtuktur mental atau skemata akan bertambah. Namun
berbeza dengan keadaan dunia sebenar di mana remaja suka untuk mencari jalan penyelesaian
yang mudah serta mudah untuk berputus asa, sebagai contoh menggunakan dadah untuk
menenangkan perasaan dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Remaja menggunakan dadah dengan alasan untuk menghilangkan tekanan
belajar dan sebagai perangsang untuk melakukan sesuatu perkara (Utusan Malaysia,2010).
Sebagai seorang remaja yang juga menjadi seorang pelajar pada masa yang sama tidak terlepas
daripada menghadapi tekanan belajar sama ada tekanan dari segi latihan, tugasan dan juga
peperiksaan. Pelajar mengambil dadah untuk meghilangakan rasa mengantuk ketika sedang
belajar ataupun membuat sebarang tugasan.
Terdapat satu konsep yang diperkenalkan oleh Hall (1904) iaitu “konsep storm
and stress”. Konsep ini menyatakan bahawa tempoh remaja adalah merupakan ssatu tempoh
masa yang huru-hara serta penuh cabaran yang menyebabkan pemberontakan terhadap autoriti
orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan emosi. Berdasarkan konsep yang telah
dikemukakan itu, satu aspek yang dapat dilihat dengan ketara adalah aspek pemberontakan
terhadap autoriti orang dewasa. Remaja gemar untuk memberontak apabila sesuatu kehendak
mereka tidak dituruti. Selain daripada itu, mereka jugak rasa tercabar apabila seseorang yang
lebih tua daripada nereka mampu melakukan sesuatu dengan kebenaran ibu bapa tetapi tidak
kepada mereka. Ada juga remaja yang memberontak dengan cara memuat sesuatu perkara yang
di larang sebagai tanda protes.
Remaja juga mudah terpengaruh dengan personaliti yang berada di sekeliling
mereaka. Sebagai contoh, sekiranya Ahmad (seorang remaja) berasal daripada keluarga yang
retak di mana kedua ibu bapanya telah bercerai dan adik-beradiknya pula liar dan tidak terjaga.
Abang Ahmad adalah merupakan seorang penagih dadah tegar dan telah membunuh ibunya
hanya disebabkan tidak mendapat wang untuk membeli dadah. Setelah bertahun-tahun,
abangnya masih tidak berubah menyebabkan Ahmad tertekan dan akhirnya bertekad untuk
mengikuti abangnya setelah beberapa kali dipujuk oleh abangnya. Di sini dapat kita lihat
KPP 3014 D20121058364
20
bahawa Ahmad terperngaruh dan mengikuti abangnya, ini dapat membuktikan bahawa Teori
Permodelan Albert Bandura adalah tepat.
Teori Permodelan Albert Bandura adalah berkaitan dengan perlakuan yang
mengikut kepada model yang telah ditunjukkan. Teori ini menekankan bahawa sesuatu
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu adalah bergantung kepada apa yang dilihat dan
ditiru dan kadang kala lebih teruk daripada itu sekiranya model tersebut melakukan perkara yang
tidak sepatunya. Remaja lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat oleh mereka, jika
baik pemerhatian mereka, maka baiklah tingkah laku yang cuba dicontohi dan sebaliknya.
Seterusnya beralih pula kepada perkembangan sosio-emosi remaja. Bagi aspek
perkembangan sosial, remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan jantina
sejenis, mula menuntut kebebasan, mula membina identiti dan personaliti pada tahap usia mereka
menjangkau remaja, selalu berkumpul dengan kumpulan yang sama, serta memperlihatkan rasa
kasih sayang yang lebih matang. Perkara ini lebih kepada dalaman individu yang berkait dengan
diri serta sekeliling mereka.
Remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan sejenis ini
bermaksud remaja lelaki akan mula untuk bergaul sesama mereka serta berkumpul dengan
kumpulan yang sama pada satu-satu masa. Seiring dengan penjelasan sebelum ini, remaja lelaki
mudah terikut dengan rakan mereka serta gemar mencuba. Di sinilah bermulanya percubaan
mereka untuk merokok serta mencuba untuk dekat dengan dadah. Remaja lelaki mudah terdedah
dengan perkara ini kerana mereka sering bergaul tanpa mengira had umur, berbeza dengan
remaja perempuan yang hanya akan bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka sahaja.
Dalam pada itu, perkembangan emosi turut berlaku dalam usia remaja. Emosi
remaja kerap terganggu ketika ini. Perasaan mereka meluap-luap dan perungus serta tidak tetap
dan sentiasa berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Pada tahap perkembangan ini,
remaja turut mempamerkan perasaan mereka melalui perbuatan yang mengekspresikan perasaan
mereka ketika itu sama ada mereka marah, suka, sedih ataupun kecewa. Apabila kehendak
mereka terhalang dan tersekat sama ada kerana bertentangan dengan undang-undang masyarakat,
remaja akan mual dibaluti denagn perasaan kecewa.
KPP 3014 D20121058364
21
Terdapat beberapa bentuk emosi yang ketara pada waktu remaja iaitu takut,
kecenderungan untuk mengkritik, kekecewaan, cemburu, perasaan ingin tahu, perasaan kasih
sayang, serta bersedih hati. Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang adalah
merupakan perkara terpenting yang perlu ada pada setiap individu terutamanya kepada remaja.
Remaja yang merasakan diri mereka disisih dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa
akan mula memberontak dan melakukan hal-hal yang tidak diingini. Perkara ini juga boleh
menyebabkan remaja mula mencari alternatif lain seperti bergaul dengan samseng jalanan yang
bersifat melindung dan remaja tersebut dapat merasa selamat. Namun begitu remaja tersebut
tidak sedar bahawa mereka sedang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti menjadi
pengedar dadah kepada orang lain.
Setelah melalui beberapa penjelasan mengenai teori, perkembangan serta tingkah
laku remaja sebelum ini, beralih pula kepada kesan dalam bilik darjah. Remaja yang terlibat
dengan dadah ini selalunya sering tidak hadir ke sekolah. Remaja ini tidak lagi menghiraukan
mengenai pelajaran mereka di sekolah serta tidak menghiraukan mengenai peraturan sekolah.
Kadang kala sekiranya mereke ke sekolah, mereka tetap akan membawa bekalan mereka ke
sekolah. Sebagai contoh mereka akan membawa air daun ketum yang telah direbus. Daun
ketum sebenarnya adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan secara tradisional oleh orang
kampung untuk mengubati beberapa penyakit.
Mutu kerja pelajar yang terlibat dengan dadah juga mersosot di sekolah. Akibat
mereka tidak hadir ke sekolah maka mereka tidak boleh untuk membuat kerja dengan sebaiknya.
Remaja ini juga sering meradang tanpa sebab, selalu menguap dan tidak bermaya kettika di
dalam bilik darjah. Mereka juga tidak suka apabila dibebani dengan tanggungjawab serta tidak
mempunyai tahap kekemasan yang sepatutnya. Mata mereka berkaca, redup, kuyu serta
namapak seperti tidak sihat dan kurus. Parut dan bekas suntikan di lengan dan hujung jari
bertukar warna akibat menghisap ganja.
Disebabkan oleh masalah ini, guru perlu bijak untuk memahami dan membawa
remaja tersebut untuk pulang ke jalan yang benar. Seseorang guru itu perlu melaksanakan
beberapa perkara yang berlainan dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Perkara ini akan
dibincangkan pada topik yang seterusnya.
KPP 3014 D20121058364
22
5.0 PERANAN GURU DALAM MERANGKA STRATEGI KESELURUHAN DAN
SPESIFIK BAGI MEMAHAMI PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN MASALAH
PENYALAHGUNAAN DADAH.
Guru adalah merupakan orang kedua terpenting kepada seoarang remaja kerana hampir 6
sehingga 10 jam pelajar akan menghabiskan masa di sekolah dan selebihnya di rumah. Oleh itu
seorang guru perlu mengambil berat akan segala perkara yang berlaku kepada setiap pelajar
mereka di sekolah. Ada sessetengah remaja yang kadang kala menganggap guru adalah
segalanya kerana tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi di rumah ataupun ibu bapa yang
sibuk bekerja tanpa mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Sekiranya ibu bapa seseorang pelajar itu tidak mengambil berat mengenai anak
mereka, maka guru akan mengambil tempat tersebut. Jika ini tidak berlaku maka akan
pincanglah peribadi remaja tersebut dan akan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang tidak
baik. Mengapa hal ini berlaku?. Hal ini berlaku kerana remaja memerlukan perhatian, mereka
sering ingin merasa disayangi serta menyayangi. Berbeza dengan apa yang belaku kepada
remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana mereka tidak mengalami situasi di
atas.
Berdasarkan teori yang telah dikemukan daripada Lev Semanovach Vygotsky
menyatakan bahawa komunikasi berkesan mampu utnuk menyokong perkembangan kognitif,
identiti, dan sosialnya terutamanya ketika remaja meluahkan perasaan ketika mereka
menghadapi stress, kecewa, marah dan sunyi. Tujuan teori ini diterapkan dalam proses untuk
memahami remaja bermasalah ini supaya mereka boleh berubah dengan kehendak hati sendiri
tanpa paksaan kepada mereka. Melalui teknik ini, guru mudah untuk memahami remaja
bermasalah ini untuk bercerita mengenai stress mereka, mengenai ketakutan, masa lampau serta
keinginan mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Selain daripada itu, seorang guru juga perlu memahami naluri remaja yang sering
inginkan kebebasan. Oleh itu, guru perlu bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
mereka(P&P) di sekolah supaya remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah
atau mana-mana masalah sosial yang lain mudah atau berminat untuk belajar di sekolah. Guru
boleh bertanya kepada pelajar apa yang mereka inginkan ketika belajar, konsep pengajaran yang
KPP 3014 D20121058364
23
mereka inginkan serta bahan-bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan itu, pelajar akan
lebih berminat untuk berada di sekolah dan tidak lagi menganggap bahawa P&P adalah
merupakan satu pengajaran yang membosankan serta masih dalam keadaan kekampungan.
Kaedah penagajaran terbuka iaitu perbincangan secara aktif di antara pelajar dan
guru adalah ditekankan. Menurut Peterson (1979), pelajar yang mengalami pengajaran terbuka
adalah lebih baik dalam ujian tentang pemikiran abstrak, kreativiti dan penyelesaian masalah.
Mereka juga lebih bebas, bersifat ingin tahu dan bersikap positif terhadap sekolah. Dengan itu,
pemikiran seseorang remaja akan lebih baik dan tidak lagi terkongkong dengan dunia di papan
putih sahaja selain pendapat mereka dapat didengari oleh semua.
Seseorang yang kurang pendidikan mempamerkan kebolehan yang lebih tinggi
dalam pemikiran kreatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai ego yang tinggi untuk
mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan jawapan yang seratus peratus tepat dalam segala hal.
Begitu jugalah yang berlaku kepada remaja yang bermasalah tingkah laku penyalahgunaan dadah
ini. Mereka akan sedaya upaya untuk membohongi sesiapa sahaja dalam usaha untuk
mandapatkan wang untuk mendapatkan bekalan dadah mereka.
Oleh itu, seorang guru perlu lebih bijak dalam menangani remaja tersebut.
Seorang guru perlu lebih kreatif dalam berfikir serta menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagai
sumber yang boleh digunakan oleh guru seperti bertanyakan kepada rakan remaja bermasalah
tersebut ataupun belajar untuk memahami lebih mengenai remaja melalui buku atau mana-mana
sumber lain. Dalam pada masa yang sama, guru boleh mencari pendekatan pengajaran yang
lebih baik daripada sebelum ini dan dapat merangka P&P yang lebih berkualiti.
Tambahan lagi, seorang guru dalam proses mamahami pelajar bermasalah ini
boleh mengunakan pendekatan kaunseling. Kaunseling adalah proses apabila seseorang itu
diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau
masalah baginya. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong seseorang menyesuaikan diri
dengan masyarakat tetapi menolong seseorang itu memahami dirinya yang sebenar, kelebihan
dan kekurangan serta perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
KPP 3014 D20121058364
24
Dengan memahami konsep kaunseling itu tadi, guru dapat mengaplikasikanya
dalam P&P. Seorang remaja tidak gemar untuk dikaunseling oleh mana-mana pihak. Oleh itu,
guru perlu bijak dalam menangani masalah mereka dengan cara bertanyakan khabar mereka di
dalam kelas dan mungkin untuk lebih mudah bertanyakan mengenai diri mereka dengan
mengajak mereka berbual di kantin sekolah ketika rehat. Dengan cara itu, remaja akan merasa
selesa dan tidak menyedari bahwa sebenarnya mereka berada di dalam proses kaunseling.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kepada 487 orang pengguna dadah di
Pennsylavania oleh Zickler (1999) mendapati bahawa penggunaan kaedah kaunseling amat
berkesan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah. Kajian mereka menunjukkan bahawa
bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama enam bulan, sejumlah 38 peratus
daripada 487 pengguna dadah telah berjaya dipulihkan. Manakala bagi pengguna dadah yang
menjalani sesi kaunseling hanya selama tiga bulan, hanya 27 peratus dapat dipulihkan.
Di antara alternatif lain yang dapat di lakukan adalah dengan cara membuat
lawatan ke rumah remaja itu sendiri. Dengan cara ini, guru akan lebih dapat mengenali remaja
tersebut. Kebanyakkan remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah sama
ada ibu bapa berpisah, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja ataupun faktor kewangan keluarga
yang bermasalah yang menyebabkan remaja mudah stress. Melalui lawatan ke rumah ini pelajar
akan lebih rasa dihargai kerana guru dapat menerima keadaan fizikal atau luaran diri mereka.
Maka remaja tersebut tidak lagi akan mencari sumber kekuatan yang lain.
Memahami sahaja adalah tidak mencukupi kerana sekadar memahami tidak lagi
mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara sepenuhnya. Pelbagai perkara harus
dititikberatkan bagi memantapkan lagi penyelesaian bagi permasalahan penyalahgunaan dadah
dalam kalangan remaja. Perkara ini akan dikupas dengan lebih mendalam di dalam topik yang
seterusnya iaitu bagaimana seorang guru perlu merangka satu kerangka kerja untuk mengatasi
masalah remaja yang terlibat dengan masalah dadah.
KPP 3014 D20121058364
25
6.0 PERANAN GURU DALAM MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN
DADAH.
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, peranan guru adalah penting dalam proses untuk
mengubah pelajar menjadi kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Remaja yang terlibat
dengan masalah ini kadang kala masih mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan
datang sekiranya pelaksaan sesuatu perkara itu hanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek
dan tidak bermatlamat untuk jangka masa yang panjang. Perkara ini lebih mudah dikesan
apabila remaja yang telah berhenti mengambil dadah tiba-tiba kembali mengulangi perbuatan
mereka.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang remaja kembali untuk menagih. Di
antaranya ialah emosi yang negatif, tekanan sosial serta konflik interpersonal. Emosi yang
negatif lebih kepada dalaman pelajar yang sentiasa dalam keadaan ‘low self esteem’. Mereka
tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk memupuk kembali semangat atau keyakinan diri
mereka setelah bertekad untuk berubah. Walaupun begitu, pihak yang telah memberikan nasihat
dan bimbingan tidak boleh disalahkan 100 peratus atas perkara ini kerana kadang kala remaja itu
sendiri mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Selain daripada itu, remaja mudah untuk kembali menagih sekiranya menghadapi
tekanan sosial daripada persekitaran dan masyarakat. Sama seperti yang dimaksudkan dengan
konflik interpersonal. Masyarakat kini kebiasaannya tidak mengambil tahu mengenai jiran
tetangga di sekeliling mereka tetapi sering menuding jari kepada setiap permasalahan yang
terjadi kepada ibu bapa dan orang lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat juga
turut berperanan dalam membantu remaja dalam kehidupan mereka, bukan setakat pandai
menjatuhkan remaja sahaja. Masyarakat perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling.
Berdasarkan penerangan di atas, seseorang remaja akan mudah terjebak kembali
dengan masalah penyalahgunaan dadah sekiranya perkara sebab-sebab di atas tidak dapat
dikawal. Di antara perkara yang dapat di lakukan oleh guru adalah memperbanyakkan aktiviti
sekolah yang melibatkan keagamaan dan moral, memberi perhatian terhadap pelajar yang sering
ponteng sekolah dan mempunyai tingkah laku kurang sopan di sekolah, mewujudkan polisi yang
lebih ketat dan tidak bertoleransi dengan penyalahgunaan dadah, melibatkan ibu bapa,
KPP 3014 D20121058364
26
mengadakan progam yang berkaitan dengan kemasyarakatan, melakukan inovasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan lebih banyak mengadakan interaksi antara
pelajar dan guru.
Pihak sekolah atau guru sendiri boleh merancang dan melaksanakan program
yang melibatkan keagamaan dan moral. Di dalam kelas bukan subjek Pendidikan Islam juga
boleh menerapakan keagamaan dan moral dalam subjek mereka. Ini adalah penting dalam usaha
untuk memberi kesedaran kepada remaja yang sering lupa dan tidak suka untuk serius di dalam
kelas Pendidikan Islam yang dianggap satu kelas yang membosankan serta bersifat
mengongkong kepada remaja. Sebagai contoh, dalam kelas Matematik, guru matematik dapat
menggunakan tokoh agama seperti Al-Khawarizmi yang merupakan seorang tokoh yang hebat
dalam ilmu hisab.
Berikutnya, guru perlu memberikan perhatian kepada remaja yang bermasalah
iaitu remaja yang sering ponteng sekolah, yang mempunyai tingkah laku kurang sopan serta
mempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan. Perkara ini perlu diambil kira supaya guru
tahu mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja tersebut agar mereka tidak mencari
dadah sebagai alternatif penyelesaian masalah. Dengan itu, guru dapat merangka jalan
penyelesaian untuk membantu remaja tersebut. Sebagai contoh guru boleh memberikan nama
mereka kepada kaunselor sekolah.
Undang-undang yang dibuat kadang kala tidak dipatuhi, apatah lagi peraturan
tersebut hanya di atas kertas. Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan tersebut dengan
melaksanakannya dengan ketat dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar terutamanya
dalam penyalahgunaan dadah supaya remaja tidak menjadikan sekolah sebagai satu pusat
pengedaran dadah dan pertukaran dadah di kalangan pelajar sekolah. Remaja akan takut untuk
membuat apa-apa perkara yang menyalahi peraturan sekolah sekiranya perkara ini diambil
serius.
KPP 3014 D20121058364
27
Selain itu, guru juga boleh melaksanakan program sekolah yang melibatkan
kerjasama di antara pelajar, ibu bapa serta masyarakat. Sebagai contoh, melaksanakan program
Hari Keluarga Sekolah. Dengan ini, ikatan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak akan lebih
akrab, sesuai dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menerapkan mengenai mengetahui
dan memahami, penghargaan dan penerimaan dan kasih sayang dan kepunyaan.
Inovasi dalam P&P juga amatlah penting dalam usaha untuk memupuk minat
remaja agar berminat untuk ke sekolah dan tidak akan terlibat dengan apa-apa masalah sosial di
luar kelas. Sebenarnya, kesan daripada P&P yang membosankan menyebabkan remaja tidak
berminat untuk belajar, tambahan pula kepada pelajar yang sedikit bermasalah dalam
pembelajaran. Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya guru melakukan inovasi terhadap P&P
mereka kerana remaja sekarang lebih suka kepada perkara yang berbentuk praktikal berbanding
dengan teori sahaja.
Di antara inovasi yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah, tidak menggunakan
buku teks semata-mata. Guru boleh mencipta apa-apa bentuk permainan yang berkaitan dengan
tajuk yang ingin diajar pada hari tersebut. Setelah melaksanakan aktiviti tersebut, guru bolehlah
menerangkan teori yang berlaku di sebalik permainan yang telah dijalankan sebentar tadi.
Dengan itu, kelas tidaklah membosankan dan ini akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk
terus belajar di sekolah.
KPP 3014 D20121058364
28
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan remaja sangat dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya, guru dan
masyarakat. Oleh itu, faktor-faktor itu perlu diambil kira oleh semua pihak dalam melahirkan
seorang remaja yang lengkap personaliti jasmani, rohani, intelek, serta emosi. Personaliti remaja
mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan remaja. Walaupun personaliti bersifat kekal
tetapi melalui beberapa sentuhan yang berkesan, personaliti mampu berubah dan membentuk
tingkah laku positif.
Pada waktu remaja, mereka masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Mereka
lebih gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem
kesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah untuk mengaplikasikan
konsep kendiri dan personaliti dalam proses P&P juga terganggu kerana mereka yakin remaja
lebih suka meniru gaya dan penampilan artis-artis pada masa sekarang kerana artis pada
pandangan mereka sudah berjaya dalam kehidupan.
Reamaja yang tidak berpeluang mengikuti arus pendidikan negara akan
lebih cenderung melakukan kesalahan tingkah laku seperti masalah penyalahgunaan dadah.
Bagaimana untuk mencari seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang sekiranya
remaja masih dalam keadaan lama, dalam pemikiran kuno kerana tidak mengikuti perkembangan
pembelajaran serta musnah akibat daripada bahana dadah durjana yang sehingga mampu untuk
merosakkan keseluruhan saraf manusia yang akhirnya akan membawa kepada kematiaan.
Segala aspek luaran dan dalaman harus di ambil kira semasa merangka cara
untuk berdepan dengan remaja yang bermasalah kerana andai tersilap langkah remaja tersebut
akan terus memberontak dan tidak lagi boleh di kawal. Seruan kerajaan yang menginginkan
sifar dadah pada tahun 2015 harus disahut oleh semua untuk membuktikan bahawa remaja
mampu untuk memimpin negara serta berguna dan memberi manfaat kepada orang lain pada
suatu hari nanti.
KPP 3014 D20121058364
29
8.0 RUJUKAN
Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahayuddin. (1997). Psikologi Pemdidikan 1-Pertumbuhan dan
Perkembangan . Selangor: Longman.
Bloom, B. (1976). Human charactheristic and school learning. New York: McGrew-Hill Higher.
Fauziah Ibrahim , Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohammad Shatar Sabran. (2012). Penagih
dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 38-
49.
Fingelmen, B. S. (1993). Threathing the adolescent susbtance abuser. New York : Grilford.
Frank J Elgar, N. P. (2011). Trends in alcohol and drug use among Canadian adolescents. 244-247.
Hashim, B. M. (2010). Teori dan amalan kaunseling. Selangor: PTS.
Ismail, R. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia : ke arah
menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 31-
49.
Mahyussin Bin Arsat & Azizah Binti Mejah. (t.t). Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar : Satu kajian
di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka.
Marian. (2005). Family and enviromental factors of drug addiction among young recruits. Journal of
Military Medicine, 688-690.
Monica H. Swahn, Robert M.Bossarte, Bethany Wset & Volkan Topalli. (2010). Alcohol and drug use
among gang members: Experience ao adolescents who attend school. Journal of School Health,
353-360.
Suppiah Niacappaan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan, Roslinda
Mustafa & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua).
Selangor: Oxford Fajar.
Yusof Boon & Jamaluddin Ramli. (2008). Remaja dan tingkah laku agresif. Selangor: Univision Press.
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja
terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education
Psychology and Counseling, 115-140.
Zulkhairi Ahmad & Mahmood Nazar Mohamed. (t.t). Keberkesanan program kaunseling rawatan dan
pemulihan dadah dari perspektif penghuni pusat serenti. 13-28.

Contenu connexe

Tendances

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Ila Ali
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
Mazmon Mahmud
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
embun Pagi
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Wawa Honey
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Pak Teh Naim
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
ali ahmad
 

Tendances (20)

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 

Similaire à Assignment individu d20121058364

Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja pelajar wajo
Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja   pelajar wajoMakalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja   pelajar wajo
Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja pelajar wajo
Kirana Larasati
 
Apakah narkoba itu
Apakah narkoba ituApakah narkoba itu
Apakah narkoba itu
00 7
 
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkobaPemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
Ir. Zakaria, M.M
 

Similaire à Assignment individu d20121058364 (20)

Makalah narkoba
Makalah narkobaMakalah narkoba
Makalah narkoba
 
Bahaya narkoba bagi generasi muda
Bahaya narkoba bagi generasi mudaBahaya narkoba bagi generasi muda
Bahaya narkoba bagi generasi muda
 
Pembahasan materi
Pembahasan materiPembahasan materi
Pembahasan materi
 
Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja pelajar wajo
Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja   pelajar wajoMakalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja   pelajar wajo
Makalah tentang narkoba dan seks bebas di kalangan remaja pelajar wajo
 
Diskusi tentang genersi muda bebas narkoba
Diskusi tentang genersi muda bebas narkobaDiskusi tentang genersi muda bebas narkoba
Diskusi tentang genersi muda bebas narkoba
 
Makalah tentang bahaya narkoba
Makalah tentang bahaya narkobaMakalah tentang bahaya narkoba
Makalah tentang bahaya narkoba
 
tugas aplikom
tugas aplikomtugas aplikom
tugas aplikom
 
Apakah narkoba itu
Apakah narkoba ituApakah narkoba itu
Apakah narkoba itu
 
Standar Momentum
Standar Momentum Standar Momentum
Standar Momentum
 
Artikel narkoba
Artikel narkobaArtikel narkoba
Artikel narkoba
 
Makalah narkoba
Makalah narkobaMakalah narkoba
Makalah narkoba
 
Makalah narkotika
Makalah narkotikaMakalah narkotika
Makalah narkotika
 
Makalah narkotika
Makalah narkotikaMakalah narkotika
Makalah narkotika
 
Makalah narkotika
Makalah narkotikaMakalah narkotika
Makalah narkotika
 
Artikel narkoba
Artikel narkobaArtikel narkoba
Artikel narkoba
 
Makalah Bahaya Narkoba Bagi Remaja Indonesia
Makalah Bahaya Narkoba Bagi Remaja IndonesiaMakalah Bahaya Narkoba Bagi Remaja Indonesia
Makalah Bahaya Narkoba Bagi Remaja Indonesia
 
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkobaPemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
Pemberdayaan guru uks dalam pencegahan masalah penyalahgunaan narkoba
 
Ppt tentang bahaya narkoba
Ppt tentang bahaya narkoba Ppt tentang bahaya narkoba
Ppt tentang bahaya narkoba
 
Bahaya narkoba
Bahaya narkobaBahaya narkoba
Bahaya narkoba
 
Makalah narkotika
Makalah narkotikaMakalah narkotika
Makalah narkotika
 

Plus de Nur Kareena

Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
Nur Kareena
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Nur Kareena
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
Nur Kareena
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Nur Kareena
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
Nur Kareena
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
Nur Kareena
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
Nur Kareena
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Nur Kareena
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
Nur Kareena
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Nur Kareena
 

Plus de Nur Kareena (20)

Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKU
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
 

Assignment individu d20121058364

  • 1. KPP 3014 D20121058364 1 TAJUK : MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA KURSUS: PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR TUGASAN: TUGASAN INDIVIDU KOD KURSUS : KPP 3014 NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR NO. MATRIK : D20121058364 NO. KAD PENGENALAN : 920111 – 02 – 5342 NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH EFTAH BINTI ABDULLAH TARIKH HANTAR : 22 MAC 2013
  • 2. KPP 3014 D20121058364 2 ISI KANDUNGAN Bil. Kandungan Muka surat 1. Pendahuluan 1 2. Jenis-jenis dadah 3 3. Perbandingan isu masalah penyalahgunaan dadah di dalam negara dan di luar negara 12 4. Kaitan di antara masalah penyalahgunaan dadah dengan tingkah laku dan teori perkembangan remaja di dalam bilik darjah 15 5. Peranan guru dalam merangka strategi keseluruhan dan spesifik bagi memahami pelajar remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah 20 6. Kerangka kerja peranan guru dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah 23 7. Kesimpulan 26 8. Rujukan 27
  • 3. KPP 3014 D20121058364 3 1.0 PENDAHULUAN Remaja dan masalah-masalah berkaitan dengan moral adalah tidak dapat dipisahkan malahan semakin memburuk. Dengan teknologi yang semakin canggih, pelbagai perkara dapat dipelajari di alam maya sesuai dengan kata-kata yang sering diungkapkan kini iaitu “ilmu dihujung jari”. Tetapi bagi remaja, dengan kewujudan teknologi kini membuatkan mereka lebih mudah untuk meneroka apa sahaja perkara baru, bersesuaian dengan perkembangan mereka yang terarah kepada sifat ingin tahu yang tinggi. Perkara-perkara seperti rempit, vandalisme, gangsterisme, dan dadah dapat di pelajari melalui teknologi terkini contohnya internet. Penggunaan internet yang semakin popular di kalangan remaja membolehkan mereka untuk meneroka lebih jauh mengenai sesuatu perkara sebagai contohnya berkaitan dengan tajuk iaitu mengenai penggunaan dadah. Di dalam internet kini terdapat pelbagai maklumat mengenai dadah daripada am sehinggalah kepada spesifik. Terdapat laman web yang memaparkan mengenai cara-cara untuk menghasilkan dadah dan perkara ini boleh memberi impak negatif kepada remaja. Definisi dadah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sejenis bahan yang digunakan sebagai ubat yang boleh menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri dan ketagih. Namun begitu, setiap kandungan dadah di dalam ubat adalah berlainan. Sekiranya sesuatu ubat itu di ambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sesorang itu berada dalam keadaan khayal dan tidak sedarkan diri. Terdapat pelbagai jenis dadah yang terdapat di seluruh dunia ini. Ada dadah yang berbentuk pil mahupun cecair. Kini, dadah yang paling popular di kalangan remaja adalah ubat batuk dan daun ketum. Hal ini kerana kedua-dua jenis bahan ini adalah mudah didapati di sekitar mereka. Dengan teknologi yang canggih serta dengan bantuan daripada internet memudahkan remaja kini untuk membuat dadah sintetik sendiri. Dadah sintetik merupakan sejenis dadah yang lebih berbahaya. Jenis-jenis dadah yang lain akan di terangkan dengan lebih lanjut di dalam tajuk yang seterusnya. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja semakin runcing saban tahun. Hal ini dibuktikan dengan statistik penglibatan remaja terhadap dadah sepanjang tahun adalah meningkat. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, statistik pada tahun 1998 sehingga 2003 terdapat seramai 255, 725 penagih dadah di mana merangkumi 1.02 peratus jumlah penduduk Malaysia. Manakala purata pertambahan penagih baru pada tahun 1999 sehingga 2003 adalah seramai 17,174 setahun. Jika perkara ini berlaku secara berterusan, dijangka kadar jumlah penagih akan meningkat sehingga 461, 000 pada tahun 2015. Jika dianalisis profil penagih pada tahun 1999 sehingga 2003 seramai 72% sehingga 76% adalah dari
  • 4. KPP 3014 D20121058364 4 kalangan remaja. Beralih pula kepada definisi seorang remaja, remaja merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seorang individu yang sudah cukup umur ataupun akil baligh. Manakala bagi Dr. Awang Sudji (1977) pula, remaja adalah di mana seseorang itu mulai dewasa, sudah cukup umur serta sudah cukup umur untuk berkahwin berlainan pula bagi Khadijah Haidi Khalid (1994) yang menyatakan bahawa remaja adalah zaman peralihan dalam proses perkembangan manusia di antara belia dan remaja. Ahli-ahli psikologi membahagikan remaja kepada empat peringkat umur iaitu pra-remaja (11 tahun sehingga 13 tahun), awal remaja (13 tahun sehingga 15tahun), remaja pertengahan (15tahun sehingga 18 tahun) dan remaja akhir (18 tahun sehingga 20 tahun). Setiap remaja akan melalui setiap peringkat perkembangan iaitu perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, serta perkembangan sosio-emosi. Melalui perkembangan inilah yang boleh menjadi punca atau sebab sesuatu masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Apabila menyentuh hal ini, remaja masih terbelenggu dan merasa diri mereka sentiasa benar dan berada di jalan betul. Oleh itu, penulisan ilmiah ini akan membincangkan mengenai isu masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja serta kaitannya dengan teori serta perkembangan remaja itu sendiri. Selain daripada itu, penulisan ini turut akan menyentuh kepada peranan guru dalam memahami serta mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar remaja.
  • 5. KPP 3014 D20121058364 5 2.0 JENIS-JENIS DADAH 2.1 Jenis dadah Depressant Pengenalan - Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat Rajah 2.1 : Contoh gambar dadah jenis Depressant NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG Methaqualone - Traquliser - Rohypnol Dimakan dalam bentuk tablet/kapsul, kapsul barbiturat dipecah, dilarut ke dalam air dan disuntik, dicampur dengan heroin, dimakan dalam bentuk/kapsul. Pil / Kapsul Pertuturan kurang jelas, berjalan terhuyung- hayang, hilang pertimbangan, hilang daya ransangan Muntah, susah tidur, ketakutan, perasaan sensitif Tidak boleh tidur, lemah /lesu, suhu badan meningkat, tekanan darah rendah, muntah- muntah, tidak sedar diri Bimbang, ketakutan, susah tidur Mengurangkan kegiatan urat saraf / otot / jantung, penafasan. Menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri, anak mata membesar, tekanan darah meningkat , mati Mati apabila bahan itu dicampur dengan alkhohol
  • 6. KPP 3014 D20121058364 6 2.2 Jenis dadah Opiat Pengenalan - Bahan perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan. - Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan Rajah 2.2 : Contoh gambar dadah jenis Opiat NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG Asli - CANDU - Candu mentah - Candu masak - Tahi candu Dihisap dengan paip,telan, makan Khayal- halusinasi, Euforia - kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan jiwa Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental MORFIN - White powder - White stuff - Morfin mentah - Base morfin - Pil morfin Dicairkan, Disuntik ke dalam pembuluh darah dengan jarum suntikan. Pergerakan tidak seimbang, tindak balas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati
  • 7. KPP 3014 D20121058364 7 HEROIN NO.3 HEROIN NO.4 BROWN HEROIN HEROIN BLACK TAR KODEIN Masuk dalam rokok, dihisap, chasing the dragon, disuntik, dicair Diminum dlm ubat batuk Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif. Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkelakuan seperti orang mabuk, ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS. Mati
  • 8. KPP 3014 D20121058364 8 2.3 Jenis dadah Halusinogen Pengenalan - Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual dimana seseorang itu susah untuk membezakan yang benar atau tidak. Rajah 2.3 : Contoh gambar dadah jenis Halusinogen NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILA N TANDA PENGAMBILA N KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG HALLUCENO- GENIC MUSHROME LYSERGIC ACID DIETTHYLAMIDE (LSD) DIYMETHYLTRYPTAMI NE (DMT) PHENLYCLIDINE (PCP) KETAMINE Di makan dalam bentuk tablet/kapsul, dicampurkan dalam minuman Anak mata membesar, tekanan darah meningkat, penerapan deria yang berubah, pengalaman psikik menyeronokan dan menakutkan. Pencerapan deria yang berubah, menyeronoka n, menakutkan, keadaan 'flashback' dimana penagih masih dipengaruhi oleh hallusinogen. Tidak dapat mengawal diri, tidak dapat membezak an antara yang benar atau tidak, panik, paranoia, psikosis
  • 9. KPP 3014 D20121058364 9 2.4 Jenis dadah Inhalant Pengenalan - Tidak ditakrifkan sebagai dadah. - Walau bagaimanapun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. Rajah 2.4 : Contoh gambar dadah jenis Inhalant NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG Gam, ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thiner, cecair pemetik api, spray rambut, krim pencuci Dihidu melalui hidung. Nota : Kebanyakan pengambilan ini dilakukan oleh remaja dan belia Bertindak di atas sistem saraf pusat, khayal, halusinasi Loya, bersin, hidung berdarah, letih tidak bertenaga, hilang selera makan, tubuh menggeletar, Susut berat badan, pendarahan dalam otak, hapetitis B, sistem saraf tunjang rosak, ganguan paru- paru dan saluran penafasan, mati
  • 10. KPP 3014 D20121058364 10 2.5 Jenis dadah Kanabis Pengenalan - Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus kanabis Rajah 2.5 : Contoh gambar dadah jenis Kanabis NAMA/ BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG GANJA HASHISH MARIJUAN A Dikenali sebagai ganja,Marijua na kanabis ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis di jadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau . Dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut Khayal, sugul/kecewa, tindakbalas kelakuan berubah macam mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut, mata merah, tidak boleh tidur, sakit perut, hilang selera makan Pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, pergerakan tidak agresif Peribadi merosot dan kadang kala sakit otak akan menyerang sekiranya penyalah- gunaannya berpanjangan, kerosakan dibahagian paru-paru, jantung, otak Lelaki Pengeluaran hormon merosot, kurang bilangan sperma, mati pucuk PEREMPUAN Kedatangan haid tidak menentu, kurang bilangan telur dalam ovari, melemahkan daya penyusuan kepada bayi.
  • 11. KPP 3014 D20121058364 11 2.6 Jenis dadah Psikotrapik Pengenalan - Adalah dadah yang bertindak kepada otak dan meransang fizikal Rajah 2.6 : Contoh gambar dadah jenis Psikotrapik NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILA N TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG METHAMPHETA MINE Dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond. Pil/kapsul chasing the dragon. Tingkah laku yang agresif, tekanan darah tinggi. Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari. Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati. AMPHETAMINE Tujuan asal untuk perubatan perangsang kepada sistem saraf pusat. Menahan rasa mengantuk dan keletihan . Pil/kapsul dimakan Keletihan, tidor berlebihan, reaksi psikolik, lapar, despresi, sentiasa resah, kemurungan. Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari. Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati.
  • 12. KPP 3014 D20121058364 12 MDMA (METHYLENE DIOXYMETHAM PHE TAMINE) PIL ECSTASY (XTC) Pink lady, playboy Pil , kapsul (makan) Menggeletar,resah gelisah,tidak boleh tidur, paranoia. Resah, tidak boleh tidur, tidak rasa lapar, bercakap berlebihan. Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan, pendarahan dalaman, stroke/mati
  • 13. KPP 3014 D20121058364 13 2.7 Jenis dadah Stimulan Pengenalan - Phetamin Kokain o Daun koka o Paste koka o Kokain freebase o Crack kokain Rajah 2.7 : Contoh gambar dadah jenis Stimulan NAMA/BENTUK CARA PENGAMBIL AN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan serbuk yang hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.. Disuntik, dimakan, dihidu, dihisap Depresi, ketagihan teruk, keletihan mental, fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu Kurang selera makan, degupan jantung yang laju, suhu badan yang tinggi, tidak dapat tidur, halusinasi, paranoia, tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri Boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi halusinasi dan paranoid, kesan pada otak, kematian
  • 14. KPP 3014 D20121058364 14 3.0 PERBANDINGAN ISU MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI DALAM NEGARA DAN DI LUAR NEGARA. Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja bukan sahaja berlaku di dalam negara Malaysia bahkan perkara ini turut berlaku di negara luar. Masalah sosial remaja ini turut mempunyai faktor yang sama iaitu faktor daripada keluarga dan juga persekitaran. Permasalahan ini menjadi bualan masyarakat di serata dunia tidak kira bangsa, negara dan agama. Daripada dahulu sehingga kini, masalah ini masih berlaku dan tidak ada tanda-tanda untuk berkurang. Hal ini mungkin disebabkan oleh kemudahan untuk mendapatkan bekalan dadah yang mudah kerana ramai orang dewasa sendiri yang menjadi pengedar dadah kepada remaja. Di Malaysia, remaja yang banyak terlibat dengan dadah adalah daripada bangsa Melayu. Hampir majoriti daripada remaja yang terlibat dengan masalah ini adalah remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga serta pengaruh rakan. Begitu juga dengan negara luar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Poland menyatakan bahawa remaja yang terlibat dengan dadah adalah daripada kalangan remaja yang tidak boleh berdikari atau dalam erti kata lain remaja tersebut inginkan perhatian. Fitrah seorang manusia inginkan kasih sayang, apatah lagi bagi remaja. Seterusnya, melihat pula kepada faktor-faktor yang menyebakan berlakunya masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kini. Di antara faktor yang mempengaruhi remaja adalah faktor keluarga. Berdasarkan setiap aspek ruang kehidupan remaja yang cemerlang adalah berpunca daripada keluarga sempurna serta didikan dan ikatan kasih sayang yang akrab di antara ahli keluarga. Berlainan pula dengan apa yang berlaku kepada remaja yang terlibat dengan masalah ini. Remaja ini majoritinya berasal daripada keluarga yang berpecah belah, tidak mempunyai ibu bapa, mangsa penderaan keluarga dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang telah di lakukan di dalam negara kepada pelatih institusi pemulihan dadah menunjukkan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelatih mempunyai masalah keluarga dan 33 peratus daripadanya adalah daripada kalangan remaja di antara umur kurang daripada 18 tahun sehingga 23 tahun. Manakala kajian di Poland pula menunjukkan 42.4 peratus daripada responden remaja mengambil dadah disebabkan oleh keretakan insitusi keluarga mereka.
  • 15. KPP 3014 D20121058364 15 Kajian Rokiah (2010) menunjukkan bahawa terdapat pelatih yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah menagih atau menjadi penagih. Kekerapan yang paling tinggi adalah abang yang menjadi penagih dalam keluarga iaitu sebanyak 10 peratus dan 7 peratus dicatatkan oleh adik. Jelas dibuktikan ahli keluarga turut menjadi perkra penting dalam hal penyalahgunaan dadah ini. Keluarga adalah merupakan tonggak utama dalam diri remaja. Tersilap acuan yang dibentuk maka silaplah hasilnya nanti. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Berdasarkan kajian oleh Marian (2005), remaja yang terlibat dengan dadah ini mempunyai sebab yang kuat berkaitan dengan keluarga mereka. Ikatan keluarga yang lemah meyebabkan remaja tersebut merasakan bahawa diri mereka tidak penting di dalam keluarga. Ikatan kekeluargaan yang lemah ini turut disebabkan oleh perlakuan remaja yang menipu kedua remaja untuk meminta wang. Selain daripada itu, ibu bapa juga tidak memahami dengan apa yang berlaku kepada anak-anak mereka atau dalam bahasa mudahnya mereka tidak menghiraukan mengenai perkembangan anak mereka. Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar ruamh selain daripada adik beradiknya sendiri. Menurut Berk (1989), rakan sebaya adalah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Menurut Abd. Majid dan Rahil (1997) dan Santrock (2007), remaja lebih rapat dengan rakan sebaya daripada ibu bapanya. Mereka lebih selesa, spontan, dan terbuka apabila bersama rakan dan merasakan lebih mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka sendiri. Perkara di atas dapat diyakinkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa 64 peratus responden yang menjalankan kajian di sebuah institusi pemulihan dadah di Malaysia adalah berpunca daripada kawan sebaya yang rapat dan 15 peratus adalah disebabkan perngaruh rakan dan untuk keseronokan. Jelas kajian ini menepati perbincangan pada perenggan sebelum ini. Perkara ini membimbangkan semua pihak kerana setiap individu tidak akan lari daripada berkawan apatah lagi bagi remaja yang memang sedang melalui tahap perkembangan tersebut.
  • 16. KPP 3014 D20121058364 16 Sebagai contoh realiti yang berlaku kini, seorang remaja yang berkawan dengan seorang remaja akhir atau remaja dewasa yang merupakan seorang pengedar dadah tanpa pengetahuan remaja tersebut. Lelaki (remaja dewasa) tersebut pada suatu hari telah mempelawa remaja tersebut sekotak rokok untuk dan kononnya dijadikan sebagai hadiah kepada remaja tersebut. Tanpa pengetahuan remaja tersebut, lelaki itu telah meletakkan dadah ke dalam rokok tersebut dan secara terusnya menyebabkan remaja tersebut telah mula ke kancah dunia penagihan dadah. Remaja tersebut kemudiaannya pasti akan meminta lagi kepada lelaki tersebut kerana dia telah pun mengalami ketagihan dadah. Dengan itu, lelaki tersebut akan menjualkan dadah tersebut kepada dia dan sekiranya remaja itu adalah merupakan pelanggan tetap, mungkin sahaja remaja itu juga akan menjadi orang bawahan lelaki itu sebagai pengedar dadah dan mencari mangsa lain untuk turut terjerumus menghisap dadah. Perkara ini turut berlaku di luar negara. Kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa 94 peratus daripada penagih dadah remaja di sana mempunyai rakan yang menjual dadah. Berbeza dengan negara Malaysia, penggunaan minuman beralkohol adalah dilarang sama sekali dan tidak meluas jika mahu dibandingkan dengan negara luar yang lebih bersifat terbuka mengenai perkara ini. Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan di Kanada hampir 30 peratus daripada remaja terlibat dengan minuman beralkohol tegar yang meliputi bir, arak dan wain. Manakala peratusan tertinggi penagih dadah remaja yang teribat dengan alkohol adalah 45 peratus dengan dadah jenis kanabis. Kesemua faktor ini ada berkaitan dengan perkembangan remaja. Pada topik yang seterusnya akan dibincangkan mengenai kaitan di antara tingkah laku dan teori perkembangan remaja. Satu persatu tahap perkembangan akan diterangkan dan bagaimana satu- satu teori boleh dikaitkan dengan masalah sosial yang di hadapi oleh remaja.
  • 17. KPP 3014 D20121058364 17 4.0 KAITAN DI ANTARA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DENGAN TINGKAH LAKU DAN TEORI PERKEMBANGAN REMAJA DI DALAM BILIK DARJAH. Tingkah laku seseorang remaja dipengaruhi oleh perkembangan mereka pada ketika itu. Sesorang remaja mula mempunyai masalah tingkah laku apabila mencapai umur 15 tahun dan ke atas. Mereka mula mencari identiti berdasarkan pemerhatian mereka terhadap individu di hadapan mereka sahaja. Namun begitu, ada juga remaja yang akur dengan kehendak ibu bapa mereka dan meninggalkan cita-cita mereka. Kebanyakan remaja gemar untuk bersifat melulu dalam membuat keputusan tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang. Sesorang remaja akan melalui beberapa peringkat perkembangan remaja iatitu peringkat perkembangan fizikal, kognitif serta perkembangan sosio-emosi. Perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perkembangan luaran remaja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Di antara perkembangan fizikal remaja ialah perubahan pada bentuk muka yang akan lebih berbentuk seperti muka orang dewasa. Selain daripada itu, remaja turut mengalami perubahan drastik pada ketinggian tubuh badan mereka terutamanya bagi remaja lelaki yang berkembang pesat pada umur 16 tahun dan ke atas. Pada peringkat perkembangan inilah remaja mula untuk risau dengan perubahan yang berlaku pada diri mereka. Mereka risau sekiranya tubuh badan mereka tidak secantik dan tidak segagah remaja lain. Hal ini turut boleh menyebabkan tekanan kepada seseetengah remaja. Remaja yang tertekan mudah untuk membuat dan mencari solusi yang mudah untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang singkat. Oleh itu, mereka sering menggunakan dadah sebagai salah satu daripada alat atau ubat untuk tekanan mereka itu. Dengan cara pengambilan dadah tersebut maka mereka tidak lagi perlu memikirkan mengenai masalah mereka lagi. Perkara di atas tadi adalah merupakan permasalahan tekanan yang berlaku kepada remaja sekolah. Bagaimana pula bagi remaja yang melanjutkan pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian sama ada di institusi awam mahupun swasta sering dibebani dengan tugasan sehingga kadang kala menyebabkan pelajar tersebut mengalami tekanan perasaan. Hali ini kemudiannya akan menyebabkan remaja akan mencari dadah untuk melupakan masalah
  • 18. KPP 3014 D20121058364 18 mereka. Dengan sekali pengambilan dadah, masa depan remaja tersebut secara amnya akan musnah. Pada tahap umur 12 sehingga 23 tahun adalah merupakan zaman yang dipenuhi dengan pergolakan dan tekanan yang menyebabkan konflik dan perubahan ragam yang tidak menentu. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, remaja yang merokok boleh mendorong kepada ketagihan dadah. Manakala dadah dan rokok berkait rapat dengan definisi remaja yang mengatakan kedua-dua bahan tersebut boleh mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapi oleh mereka sesuai dengan Teori Tekanan Perasaan Mc Auliffe. Menurut Feigelmen dan Feigelemen (1993), zaman kanak-kanak ke alam remaja merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk cabaran. Cabaran disini boleh dikaitkan dengan cabaran pengaruh rakan dan juga cabaran pembangunan teknologi. Pengaruh rakan dikaitkan dengan cabaran adalah kerana setiap remaja memerlukan ssesorang di samping mereka dan di antara yang rapat dengan diri seseorang individu adalah rakan. Rakan yang tidak baik akan mempengaruhi remaja untuk terjerumus kepada masalah sosial seperti masalah penyalahgunaan dadah. Cabaran pembangunan teknologi pula merujuk kepada pembangunan teknologi yang memudahkan remaja untuk mengakses ke dunia maya. Cara pembuatan dadah kini tersebar dengan meluas sama ada di dalam bentuk video atau secara penulisan. Kebangkitan I-Pad dan aplikasi Android kini lebih memudahkan remaja untuk mengakses apa-apa maklumat di internet. Remaja tidak lagi perlu untuk ke kedai komputer atau pun mana-mana pusat siber untuk menggunakan internet. Jelas disini, bahawa pembangunan teknologi menjadi cabaran kepada remaja kini. Berikutnya beralih pula kepada perkembangan kognitif remaja. Pada tahap perkembangan ini, remaja mula menjadi serius dan dapat memberikan tumpuan mengikut kehendak sendiri, sudah berupaya memikirkan mengenai perkara-perkara yang abstrak serta terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup sebenar dan persoalan mencari identiti yang tersendiri. Di sini dapat dilihat bahawa remaja mula untuk memberikan persepsi sendiri mereka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa ingin cuba untuk melakukakan sesuatu perkara baru.
  • 19. KPP 3014 D20121058364 19 Menurut pandangan Jean Piaget (1969), remaja mampu melakukan beberapa perkara seperti menyelesaikan masalah yang konkrit, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri, mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah, membentuk hipotesi-hipotesis ketika menyelesaikan masalah, serta srtuktur mental atau skemata akan bertambah. Namun berbeza dengan keadaan dunia sebenar di mana remaja suka untuk mencari jalan penyelesaian yang mudah serta mudah untuk berputus asa, sebagai contoh menggunakan dadah untuk menenangkan perasaan dan menyelesaikan masalah yang timbul. Remaja menggunakan dadah dengan alasan untuk menghilangkan tekanan belajar dan sebagai perangsang untuk melakukan sesuatu perkara (Utusan Malaysia,2010). Sebagai seorang remaja yang juga menjadi seorang pelajar pada masa yang sama tidak terlepas daripada menghadapi tekanan belajar sama ada tekanan dari segi latihan, tugasan dan juga peperiksaan. Pelajar mengambil dadah untuk meghilangakan rasa mengantuk ketika sedang belajar ataupun membuat sebarang tugasan. Terdapat satu konsep yang diperkenalkan oleh Hall (1904) iaitu “konsep storm and stress”. Konsep ini menyatakan bahawa tempoh remaja adalah merupakan ssatu tempoh masa yang huru-hara serta penuh cabaran yang menyebabkan pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan emosi. Berdasarkan konsep yang telah dikemukakan itu, satu aspek yang dapat dilihat dengan ketara adalah aspek pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa. Remaja gemar untuk memberontak apabila sesuatu kehendak mereka tidak dituruti. Selain daripada itu, mereka jugak rasa tercabar apabila seseorang yang lebih tua daripada nereka mampu melakukan sesuatu dengan kebenaran ibu bapa tetapi tidak kepada mereka. Ada juga remaja yang memberontak dengan cara memuat sesuatu perkara yang di larang sebagai tanda protes. Remaja juga mudah terpengaruh dengan personaliti yang berada di sekeliling mereaka. Sebagai contoh, sekiranya Ahmad (seorang remaja) berasal daripada keluarga yang retak di mana kedua ibu bapanya telah bercerai dan adik-beradiknya pula liar dan tidak terjaga. Abang Ahmad adalah merupakan seorang penagih dadah tegar dan telah membunuh ibunya hanya disebabkan tidak mendapat wang untuk membeli dadah. Setelah bertahun-tahun, abangnya masih tidak berubah menyebabkan Ahmad tertekan dan akhirnya bertekad untuk mengikuti abangnya setelah beberapa kali dipujuk oleh abangnya. Di sini dapat kita lihat
  • 20. KPP 3014 D20121058364 20 bahawa Ahmad terperngaruh dan mengikuti abangnya, ini dapat membuktikan bahawa Teori Permodelan Albert Bandura adalah tepat. Teori Permodelan Albert Bandura adalah berkaitan dengan perlakuan yang mengikut kepada model yang telah ditunjukkan. Teori ini menekankan bahawa sesuatu perlakuan atau tingkah laku seseorang individu adalah bergantung kepada apa yang dilihat dan ditiru dan kadang kala lebih teruk daripada itu sekiranya model tersebut melakukan perkara yang tidak sepatunya. Remaja lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat oleh mereka, jika baik pemerhatian mereka, maka baiklah tingkah laku yang cuba dicontohi dan sebaliknya. Seterusnya beralih pula kepada perkembangan sosio-emosi remaja. Bagi aspek perkembangan sosial, remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan jantina sejenis, mula menuntut kebebasan, mula membina identiti dan personaliti pada tahap usia mereka menjangkau remaja, selalu berkumpul dengan kumpulan yang sama, serta memperlihatkan rasa kasih sayang yang lebih matang. Perkara ini lebih kepada dalaman individu yang berkait dengan diri serta sekeliling mereka. Remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan sejenis ini bermaksud remaja lelaki akan mula untuk bergaul sesama mereka serta berkumpul dengan kumpulan yang sama pada satu-satu masa. Seiring dengan penjelasan sebelum ini, remaja lelaki mudah terikut dengan rakan mereka serta gemar mencuba. Di sinilah bermulanya percubaan mereka untuk merokok serta mencuba untuk dekat dengan dadah. Remaja lelaki mudah terdedah dengan perkara ini kerana mereka sering bergaul tanpa mengira had umur, berbeza dengan remaja perempuan yang hanya akan bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka sahaja. Dalam pada itu, perkembangan emosi turut berlaku dalam usia remaja. Emosi remaja kerap terganggu ketika ini. Perasaan mereka meluap-luap dan perungus serta tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Pada tahap perkembangan ini, remaja turut mempamerkan perasaan mereka melalui perbuatan yang mengekspresikan perasaan mereka ketika itu sama ada mereka marah, suka, sedih ataupun kecewa. Apabila kehendak mereka terhalang dan tersekat sama ada kerana bertentangan dengan undang-undang masyarakat, remaja akan mual dibaluti denagn perasaan kecewa.
  • 21. KPP 3014 D20121058364 21 Terdapat beberapa bentuk emosi yang ketara pada waktu remaja iaitu takut, kecenderungan untuk mengkritik, kekecewaan, cemburu, perasaan ingin tahu, perasaan kasih sayang, serta bersedih hati. Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang adalah merupakan perkara terpenting yang perlu ada pada setiap individu terutamanya kepada remaja. Remaja yang merasakan diri mereka disisih dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa akan mula memberontak dan melakukan hal-hal yang tidak diingini. Perkara ini juga boleh menyebabkan remaja mula mencari alternatif lain seperti bergaul dengan samseng jalanan yang bersifat melindung dan remaja tersebut dapat merasa selamat. Namun begitu remaja tersebut tidak sedar bahawa mereka sedang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti menjadi pengedar dadah kepada orang lain. Setelah melalui beberapa penjelasan mengenai teori, perkembangan serta tingkah laku remaja sebelum ini, beralih pula kepada kesan dalam bilik darjah. Remaja yang terlibat dengan dadah ini selalunya sering tidak hadir ke sekolah. Remaja ini tidak lagi menghiraukan mengenai pelajaran mereka di sekolah serta tidak menghiraukan mengenai peraturan sekolah. Kadang kala sekiranya mereke ke sekolah, mereka tetap akan membawa bekalan mereka ke sekolah. Sebagai contoh mereka akan membawa air daun ketum yang telah direbus. Daun ketum sebenarnya adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan secara tradisional oleh orang kampung untuk mengubati beberapa penyakit. Mutu kerja pelajar yang terlibat dengan dadah juga mersosot di sekolah. Akibat mereka tidak hadir ke sekolah maka mereka tidak boleh untuk membuat kerja dengan sebaiknya. Remaja ini juga sering meradang tanpa sebab, selalu menguap dan tidak bermaya kettika di dalam bilik darjah. Mereka juga tidak suka apabila dibebani dengan tanggungjawab serta tidak mempunyai tahap kekemasan yang sepatutnya. Mata mereka berkaca, redup, kuyu serta namapak seperti tidak sihat dan kurus. Parut dan bekas suntikan di lengan dan hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Disebabkan oleh masalah ini, guru perlu bijak untuk memahami dan membawa remaja tersebut untuk pulang ke jalan yang benar. Seseorang guru itu perlu melaksanakan beberapa perkara yang berlainan dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Perkara ini akan dibincangkan pada topik yang seterusnya.
  • 22. KPP 3014 D20121058364 22 5.0 PERANAN GURU DALAM MERANGKA STRATEGI KESELURUHAN DAN SPESIFIK BAGI MEMAHAMI PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH. Guru adalah merupakan orang kedua terpenting kepada seoarang remaja kerana hampir 6 sehingga 10 jam pelajar akan menghabiskan masa di sekolah dan selebihnya di rumah. Oleh itu seorang guru perlu mengambil berat akan segala perkara yang berlaku kepada setiap pelajar mereka di sekolah. Ada sessetengah remaja yang kadang kala menganggap guru adalah segalanya kerana tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi di rumah ataupun ibu bapa yang sibuk bekerja tanpa mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Sekiranya ibu bapa seseorang pelajar itu tidak mengambil berat mengenai anak mereka, maka guru akan mengambil tempat tersebut. Jika ini tidak berlaku maka akan pincanglah peribadi remaja tersebut dan akan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang tidak baik. Mengapa hal ini berlaku?. Hal ini berlaku kerana remaja memerlukan perhatian, mereka sering ingin merasa disayangi serta menyayangi. Berbeza dengan apa yang belaku kepada remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana mereka tidak mengalami situasi di atas. Berdasarkan teori yang telah dikemukan daripada Lev Semanovach Vygotsky menyatakan bahawa komunikasi berkesan mampu utnuk menyokong perkembangan kognitif, identiti, dan sosialnya terutamanya ketika remaja meluahkan perasaan ketika mereka menghadapi stress, kecewa, marah dan sunyi. Tujuan teori ini diterapkan dalam proses untuk memahami remaja bermasalah ini supaya mereka boleh berubah dengan kehendak hati sendiri tanpa paksaan kepada mereka. Melalui teknik ini, guru mudah untuk memahami remaja bermasalah ini untuk bercerita mengenai stress mereka, mengenai ketakutan, masa lampau serta keinginan mereka kepada orang yang lebih dewasa. Selain daripada itu, seorang guru juga perlu memahami naluri remaja yang sering inginkan kebebasan. Oleh itu, guru perlu bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran mereka(P&P) di sekolah supaya remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah atau mana-mana masalah sosial yang lain mudah atau berminat untuk belajar di sekolah. Guru boleh bertanya kepada pelajar apa yang mereka inginkan ketika belajar, konsep pengajaran yang
  • 23. KPP 3014 D20121058364 23 mereka inginkan serta bahan-bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan itu, pelajar akan lebih berminat untuk berada di sekolah dan tidak lagi menganggap bahawa P&P adalah merupakan satu pengajaran yang membosankan serta masih dalam keadaan kekampungan. Kaedah penagajaran terbuka iaitu perbincangan secara aktif di antara pelajar dan guru adalah ditekankan. Menurut Peterson (1979), pelajar yang mengalami pengajaran terbuka adalah lebih baik dalam ujian tentang pemikiran abstrak, kreativiti dan penyelesaian masalah. Mereka juga lebih bebas, bersifat ingin tahu dan bersikap positif terhadap sekolah. Dengan itu, pemikiran seseorang remaja akan lebih baik dan tidak lagi terkongkong dengan dunia di papan putih sahaja selain pendapat mereka dapat didengari oleh semua. Seseorang yang kurang pendidikan mempamerkan kebolehan yang lebih tinggi dalam pemikiran kreatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai ego yang tinggi untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan jawapan yang seratus peratus tepat dalam segala hal. Begitu jugalah yang berlaku kepada remaja yang bermasalah tingkah laku penyalahgunaan dadah ini. Mereka akan sedaya upaya untuk membohongi sesiapa sahaja dalam usaha untuk mandapatkan wang untuk mendapatkan bekalan dadah mereka. Oleh itu, seorang guru perlu lebih bijak dalam menangani remaja tersebut. Seorang guru perlu lebih kreatif dalam berfikir serta menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh guru seperti bertanyakan kepada rakan remaja bermasalah tersebut ataupun belajar untuk memahami lebih mengenai remaja melalui buku atau mana-mana sumber lain. Dalam pada masa yang sama, guru boleh mencari pendekatan pengajaran yang lebih baik daripada sebelum ini dan dapat merangka P&P yang lebih berkualiti. Tambahan lagi, seorang guru dalam proses mamahami pelajar bermasalah ini boleh mengunakan pendekatan kaunseling. Kaunseling adalah proses apabila seseorang itu diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong seseorang menyesuaikan diri dengan masyarakat tetapi menolong seseorang itu memahami dirinya yang sebenar, kelebihan dan kekurangan serta perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
  • 24. KPP 3014 D20121058364 24 Dengan memahami konsep kaunseling itu tadi, guru dapat mengaplikasikanya dalam P&P. Seorang remaja tidak gemar untuk dikaunseling oleh mana-mana pihak. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menangani masalah mereka dengan cara bertanyakan khabar mereka di dalam kelas dan mungkin untuk lebih mudah bertanyakan mengenai diri mereka dengan mengajak mereka berbual di kantin sekolah ketika rehat. Dengan cara itu, remaja akan merasa selesa dan tidak menyedari bahwa sebenarnya mereka berada di dalam proses kaunseling. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kepada 487 orang pengguna dadah di Pennsylavania oleh Zickler (1999) mendapati bahawa penggunaan kaedah kaunseling amat berkesan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah. Kajian mereka menunjukkan bahawa bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama enam bulan, sejumlah 38 peratus daripada 487 pengguna dadah telah berjaya dipulihkan. Manakala bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling hanya selama tiga bulan, hanya 27 peratus dapat dipulihkan. Di antara alternatif lain yang dapat di lakukan adalah dengan cara membuat lawatan ke rumah remaja itu sendiri. Dengan cara ini, guru akan lebih dapat mengenali remaja tersebut. Kebanyakkan remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah sama ada ibu bapa berpisah, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja ataupun faktor kewangan keluarga yang bermasalah yang menyebabkan remaja mudah stress. Melalui lawatan ke rumah ini pelajar akan lebih rasa dihargai kerana guru dapat menerima keadaan fizikal atau luaran diri mereka. Maka remaja tersebut tidak lagi akan mencari sumber kekuatan yang lain. Memahami sahaja adalah tidak mencukupi kerana sekadar memahami tidak lagi mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara sepenuhnya. Pelbagai perkara harus dititikberatkan bagi memantapkan lagi penyelesaian bagi permasalahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Perkara ini akan dikupas dengan lebih mendalam di dalam topik yang seterusnya iaitu bagaimana seorang guru perlu merangka satu kerangka kerja untuk mengatasi masalah remaja yang terlibat dengan masalah dadah.
  • 25. KPP 3014 D20121058364 25 6.0 PERANAN GURU DALAM MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, peranan guru adalah penting dalam proses untuk mengubah pelajar menjadi kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Remaja yang terlibat dengan masalah ini kadang kala masih mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang sekiranya pelaksaan sesuatu perkara itu hanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan tidak bermatlamat untuk jangka masa yang panjang. Perkara ini lebih mudah dikesan apabila remaja yang telah berhenti mengambil dadah tiba-tiba kembali mengulangi perbuatan mereka. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang remaja kembali untuk menagih. Di antaranya ialah emosi yang negatif, tekanan sosial serta konflik interpersonal. Emosi yang negatif lebih kepada dalaman pelajar yang sentiasa dalam keadaan ‘low self esteem’. Mereka tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk memupuk kembali semangat atau keyakinan diri mereka setelah bertekad untuk berubah. Walaupun begitu, pihak yang telah memberikan nasihat dan bimbingan tidak boleh disalahkan 100 peratus atas perkara ini kerana kadang kala remaja itu sendiri mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya. Selain daripada itu, remaja mudah untuk kembali menagih sekiranya menghadapi tekanan sosial daripada persekitaran dan masyarakat. Sama seperti yang dimaksudkan dengan konflik interpersonal. Masyarakat kini kebiasaannya tidak mengambil tahu mengenai jiran tetangga di sekeliling mereka tetapi sering menuding jari kepada setiap permasalahan yang terjadi kepada ibu bapa dan orang lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat juga turut berperanan dalam membantu remaja dalam kehidupan mereka, bukan setakat pandai menjatuhkan remaja sahaja. Masyarakat perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Berdasarkan penerangan di atas, seseorang remaja akan mudah terjebak kembali dengan masalah penyalahgunaan dadah sekiranya perkara sebab-sebab di atas tidak dapat dikawal. Di antara perkara yang dapat di lakukan oleh guru adalah memperbanyakkan aktiviti sekolah yang melibatkan keagamaan dan moral, memberi perhatian terhadap pelajar yang sering ponteng sekolah dan mempunyai tingkah laku kurang sopan di sekolah, mewujudkan polisi yang lebih ketat dan tidak bertoleransi dengan penyalahgunaan dadah, melibatkan ibu bapa,
  • 26. KPP 3014 D20121058364 26 mengadakan progam yang berkaitan dengan kemasyarakatan, melakukan inovasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan lebih banyak mengadakan interaksi antara pelajar dan guru. Pihak sekolah atau guru sendiri boleh merancang dan melaksanakan program yang melibatkan keagamaan dan moral. Di dalam kelas bukan subjek Pendidikan Islam juga boleh menerapakan keagamaan dan moral dalam subjek mereka. Ini adalah penting dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada remaja yang sering lupa dan tidak suka untuk serius di dalam kelas Pendidikan Islam yang dianggap satu kelas yang membosankan serta bersifat mengongkong kepada remaja. Sebagai contoh, dalam kelas Matematik, guru matematik dapat menggunakan tokoh agama seperti Al-Khawarizmi yang merupakan seorang tokoh yang hebat dalam ilmu hisab. Berikutnya, guru perlu memberikan perhatian kepada remaja yang bermasalah iaitu remaja yang sering ponteng sekolah, yang mempunyai tingkah laku kurang sopan serta mempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan. Perkara ini perlu diambil kira supaya guru tahu mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja tersebut agar mereka tidak mencari dadah sebagai alternatif penyelesaian masalah. Dengan itu, guru dapat merangka jalan penyelesaian untuk membantu remaja tersebut. Sebagai contoh guru boleh memberikan nama mereka kepada kaunselor sekolah. Undang-undang yang dibuat kadang kala tidak dipatuhi, apatah lagi peraturan tersebut hanya di atas kertas. Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan tersebut dengan melaksanakannya dengan ketat dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar terutamanya dalam penyalahgunaan dadah supaya remaja tidak menjadikan sekolah sebagai satu pusat pengedaran dadah dan pertukaran dadah di kalangan pelajar sekolah. Remaja akan takut untuk membuat apa-apa perkara yang menyalahi peraturan sekolah sekiranya perkara ini diambil serius.
  • 27. KPP 3014 D20121058364 27 Selain itu, guru juga boleh melaksanakan program sekolah yang melibatkan kerjasama di antara pelajar, ibu bapa serta masyarakat. Sebagai contoh, melaksanakan program Hari Keluarga Sekolah. Dengan ini, ikatan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak akan lebih akrab, sesuai dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menerapkan mengenai mengetahui dan memahami, penghargaan dan penerimaan dan kasih sayang dan kepunyaan. Inovasi dalam P&P juga amatlah penting dalam usaha untuk memupuk minat remaja agar berminat untuk ke sekolah dan tidak akan terlibat dengan apa-apa masalah sosial di luar kelas. Sebenarnya, kesan daripada P&P yang membosankan menyebabkan remaja tidak berminat untuk belajar, tambahan pula kepada pelajar yang sedikit bermasalah dalam pembelajaran. Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya guru melakukan inovasi terhadap P&P mereka kerana remaja sekarang lebih suka kepada perkara yang berbentuk praktikal berbanding dengan teori sahaja. Di antara inovasi yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah, tidak menggunakan buku teks semata-mata. Guru boleh mencipta apa-apa bentuk permainan yang berkaitan dengan tajuk yang ingin diajar pada hari tersebut. Setelah melaksanakan aktiviti tersebut, guru bolehlah menerangkan teori yang berlaku di sebalik permainan yang telah dijalankan sebentar tadi. Dengan itu, kelas tidaklah membosankan dan ini akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk terus belajar di sekolah.
  • 28. KPP 3014 D20121058364 28 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan remaja sangat dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Oleh itu, faktor-faktor itu perlu diambil kira oleh semua pihak dalam melahirkan seorang remaja yang lengkap personaliti jasmani, rohani, intelek, serta emosi. Personaliti remaja mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan remaja. Walaupun personaliti bersifat kekal tetapi melalui beberapa sentuhan yang berkesan, personaliti mampu berubah dan membentuk tingkah laku positif. Pada waktu remaja, mereka masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Mereka lebih gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem kesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah untuk mengaplikasikan konsep kendiri dan personaliti dalam proses P&P juga terganggu kerana mereka yakin remaja lebih suka meniru gaya dan penampilan artis-artis pada masa sekarang kerana artis pada pandangan mereka sudah berjaya dalam kehidupan. Reamaja yang tidak berpeluang mengikuti arus pendidikan negara akan lebih cenderung melakukan kesalahan tingkah laku seperti masalah penyalahgunaan dadah. Bagaimana untuk mencari seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang sekiranya remaja masih dalam keadaan lama, dalam pemikiran kuno kerana tidak mengikuti perkembangan pembelajaran serta musnah akibat daripada bahana dadah durjana yang sehingga mampu untuk merosakkan keseluruhan saraf manusia yang akhirnya akan membawa kepada kematiaan. Segala aspek luaran dan dalaman harus di ambil kira semasa merangka cara untuk berdepan dengan remaja yang bermasalah kerana andai tersilap langkah remaja tersebut akan terus memberontak dan tidak lagi boleh di kawal. Seruan kerajaan yang menginginkan sifar dadah pada tahun 2015 harus disahut oleh semua untuk membuktikan bahawa remaja mampu untuk memimpin negara serta berguna dan memberi manfaat kepada orang lain pada suatu hari nanti.
  • 29. KPP 3014 D20121058364 29 8.0 RUJUKAN Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahayuddin. (1997). Psikologi Pemdidikan 1-Pertumbuhan dan Perkembangan . Selangor: Longman. Bloom, B. (1976). Human charactheristic and school learning. New York: McGrew-Hill Higher. Fauziah Ibrahim , Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohammad Shatar Sabran. (2012). Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 38- 49. Fingelmen, B. S. (1993). Threathing the adolescent susbtance abuser. New York : Grilford. Frank J Elgar, N. P. (2011). Trends in alcohol and drug use among Canadian adolescents. 244-247. Hashim, B. M. (2010). Teori dan amalan kaunseling. Selangor: PTS. Ismail, R. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia : ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 31- 49. Mahyussin Bin Arsat & Azizah Binti Mejah. (t.t). Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar : Satu kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Marian. (2005). Family and enviromental factors of drug addiction among young recruits. Journal of Military Medicine, 688-690. Monica H. Swahn, Robert M.Bossarte, Bethany Wset & Volkan Topalli. (2010). Alcohol and drug use among gang members: Experience ao adolescents who attend school. Journal of School Health, 353-360. Suppiah Niacappaan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustafa & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar. Yusof Boon & Jamaluddin Ramli. (2008). Remaja dan tingkah laku agresif. Selangor: Univision Press. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology and Counseling, 115-140. Zulkhairi Ahmad & Mahmood Nazar Mohamed. (t.t). Keberkesanan program kaunseling rawatan dan pemulihan dadah dari perspektif penghuni pusat serenti. 13-28.