SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
DEFINISI MAHAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN AMALANNYA DI
MALAYSIA




Di dalam islam, pengantin lelaki diwajibkan memberi maskahwin kepada pengantin
perempuan. Amalan ini telah termaktub dalam al-quran dan sunnah rasulullah saw. Telah
dinyatakan di dalam al-quran bahawa mahar merupakan hadiah yang harus disampaikan oleh
seorang suami kepada isterinya sebagai lambang penghormatan dan penghargaan kepada
isteri.

Firman allah : “berilah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai
pemberian yang penuh rela. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian
daripada maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu
(sebagai makanan) yang sedaya lagi baik.” Ayat 4 surah al-nisa.

Mas kahwin boleh dibayar secara tunai atau secara berhutang. Berhutang boleh dibayar
secara kesemuanya atau sebahagian daripadanya. Jika berhutang, maka masa penangguhan
itu tidak boleh ditentukan pembayarannya dengan sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak
diketahui berlaku seperti mati atau bercerai. Kiranya syarat-syarat tersebut dibuat di dalam
akad nikah, maka nikah itu adalah sah dan suami mestilah membayar maskahwin secara
tunai.

Termasuk keutamaan agama islam di dalam melindungi dan memuliakan kaum wanita adalah
dengan memberikan hak yang dipintanya berupa mahar kawin. Alloh f berfirman :

“Berikanlah mahar (mas kawin) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian
dengan penuh kerelaan” (QS. An-Nisaa : 4)

Sesungguhnya tidak ada batasan minimum ataupun maksimum untuk jumlah mahar. Namun
sebaik-baik mahar adalah yang ringan dan tidak memberatkan sebagaimana sabda Nabi Saw :

“Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya” (HR.
Ahmad, Al Hakim dan Al Baihaqi)

Islam membenci mahar yang berlebihan, dan perkara ini termasuk perkara jahiliyah yang
akan membawa keburukan bagi kehidupan manusia.
Mahar dapat berupa materi maupun non materi. Mahar berupa materi dapat berbentuk wang,
barang, harta ataupun lainnya. Mahar berupa non materi dapat berupa jasa, semisal
mengajarkan isteri membaca al-Qur‟an, mengajarkan Islam, menghafal al-Qur‟an atau yang
semisalnya. Sebagaimana riwayat dari Anas, dia berkata : “Abu Thalhah menikahi Ummu
Sulaim dengan mahar berupa keislaman-nya” (Riwayat An-Nasa‟i)

Mahar boleh diberikan secara langsung (tunai) atau dengan menunda sebagian atau
seluruhnya. Menyebutkan mahar pada saat ijab qobul adalah sunnah tidak wajib, namun
menyebutkannya lebih utama.

(Mahar Para Sahabat Dan Selainnya)

Sayyidina Umar Radhiallahu „anhu mengahwini Ummu Kalthum binti „Ali Radhiallahu
„anhu dengan mahar empat puluh ribu dirham. Thalhah bin „Ubaidullah mengahwini anak
perempuan Abu Bakar Radhiallahu „anhu dengan mahar seratus ribu dirham. Sementara
Mush„ab menikahi Sakinah binti Husain Radhiallahu „anhuma dengan mahar sejuta dirham.
(al-Majmuk: 18/8-9)

Abdul Rahman bin „Auf bernikah pada zaman Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam
dengan mahar emas seberat biji buah kurma iaitu tiga dan sepertiga dirham. Manakala Sa„id
bin al-Musayyab menikahkan anak perempuannya dengan mahar dua dirham. (Ahkam az-
Ziwaj: 77)

Sementara Khalifah al-Ma‟mun daripada Bani „Abbas, menikahi puteri Bauran iaitu anak
kepada Perdana Wazir Khalifah al-Ma‟mun yang bernama Fadhl bin Sahl dengan mahar
beratus-ratus talam emas yang dipenuhi dengan wang emas (dinar). Dihiasi dengan lilin-lilin
yang dibakar dengan minyak „Anbar yang harum semerbak serta dicampur dengan kesturi
yang digiling halus. Sehinggalah tercatat dalam sejarah bahawa majlis pernikahan itu sangat
mewah serta mahar yang paling mahal bersesuaian dengan kekayaan Khalifah al-Ma‟mun.
(Tafsir al-Azhar: 2/1097)

Di negeri kedah, kelantan, dan wilayah persekutuan, diperuntukan maskahwin hendaklah
biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di
hadapan orang yang mengakad perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi
lain. Pendaftar pada tiap-tiap perkahwinan yang didaftarnya hendaklah menentukan dan
merekodkan :
(Nilai dan butir-butir lain maskahwin)

(Nilai dan butir-butir lain pemberian)

Nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya
yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yang
dijanjikan itu untuk penjelasan

Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian

Di johor, diperuntukan maskahwin atau belanja dan hantaran atau kedua-duanya sekali
bolehlah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya dengan tunai atau
berhutang samada dengan cagaran atau jaminan atau tidak dan hendaklah diperbuat di
hadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftar pada tiap-tiap pernikahan yang hendak
didaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan :

(Jumlah maskahwin)

(Jumlah pemberian)

Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah
dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan

Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian.




Di pahang, maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau
wakilnya dengan tunai atau berhutang di hadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftar
pada tiap-tiap pernikahan yang hendak didaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan :

Jumlah maskahwin yang dibayar secara tunai.

Jumlah pemberian yang telah diberi sebelum ini

Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah
dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan.
Di selangor, terengganu, pulau pinang, melaka, negeri sembilan, perlis dan perak
diperuntukan maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau
wakilnya semasa pernikahan dan di hadapan dua orang saksi. Pendaftar hendaklah pada tiap-
tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentukan dan merekodkan :

(Jumlah maskahwin)

Jumlah pemberian (atau belanja di pahang, negeri sembilan dan melaka, jumlah hantaran atau
apa-apa bahagian dari apa-apa pemberian).

Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah
dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan

Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian.




Di negeri-negeri melayu di samping maskahwin terdapat satu bentuk bayaran yang lain yang
disebut pemberian. Dari penelitian yang dibuat didapati bahawa maskahwin merupakan satu
bentuk pemberian yang wajib, manakala pemberian boleh diertikan sebagai satu hadiah yang
diberi secara sukarela.

Di selangor pemberian diertikan sebagai pemberian yang dihadiahkan oleh suami kepada
isterinya pada masa perkahwinannya baik berupa wang tunai atau sesuatu benda.

Di perak pemberian ialah wang atau benda-benda yang diberi oleh suami kepada isteri atau
isteri kepada suami.

Di negeri sembilan, melaka dan pulau pinang pemberian ialah sebarang pemberian kerana
nikah selain daripada wang tunai yang diberi oleh suami kepada isteri ketika menikah. Di
melaka dan negeri sembilan terdapat satu bentuk pemberian yang lain yang desebut sebagai
hantaran yang dimaksudkan dengan bayaran yang wajib dibayar mengikut adat seorang
suami kepada isterinya pada masa perkahwinan diadakan dengan pembayaran yang tunai.

Di sabah dan sarawak maskahwin disebut sebagai berian. Kadar minima maskahwin di sabah
adalah diantara rm 50 ke rm 200 bagi perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 hinggan
rm 600 bagi perempuan yang telah berkahwin. Kadar maskahwin ini ditetapkan oleh undang-
undang.
Di dalam adat melayu kadar maskahwin adalah ditetapkan. Biasanya bergantung kepada
status atau kedudukan atau kedudukan bapa kepada pengantin perempuan itu. Misalnya di
selangor ditetapkan maskahwin bagi puteri sultan rm 2500, puteri raja muda rm 2000, puteri
kerabat yang bergelar rm 1000, puteri anak raja lain rm 300, cucu orang besar rm 200, dan
perempuan biasa rm 80. Di perak kadar maskahwin juga berbeza mengikut status atau
kedudukan bapa pengantin perempuan. Rm 50 bagi anak orang biasa dan rm 1000 bagi anak-
anak raja(sultan). Di dalam daerah naning dan alor gajah di melaka yang menganut adat
pepateh maskahwinnya rm 60 kepada perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 bagi
perempuan yang telah berkahwin.

HUKUM MAHAR

Seorang suami diwajibkan memberi mahar kepada isterinya walaupun mahar itu bukan salah
satu daripada syarat sah atau rukun nikah. Jika tidak disebutkan mahar di dalam akad nikah
atau ada perselisihan di dalamnya, maka pernikahan tersebut tetap sah. Ini membuktikan
bahawa ada perbezaan di antara pernikahan dan jual beli. Jual beli itu tidak sah melainkan di
dalamnya akad harga yang diketahui. Manakala nikah pula, ianya sah tanpa disebutkan mahar
itu di dalam akad.

Kewajipan mahar itu telah disebutkan dalam al-Qur‟an, di antaranya firman Allah Subhanahu
wa Ta„ala yang tafsirnya :

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)
itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

(Surah an-Nisa‟: 4)

Menurut al-Qurthubi bahawa ayat di atas ditujukan kepada pihak suami. Ini menunjukkan
bahawa Allah Subhanahu wa Ta„ala memerintahkan supaya pihak suami bertabarru„ dengan
memberikan mahar kepada isteri-isteri mereka. (al-Jami„ Liahkam al-Qur‟an: 3/1330)




Berdasarkan dalil al-Qur'an dan hadits diantaranya firman Allah yang berbunyi :


"Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (setubuhi) diantara mereka, berikanlah
maharnya kepada mereka (dengan sempurna) “(Q.S. al-Nisa' : 24)


Begitu juga dalam ayat selanjutnya : "Kawinilah mereka dengan seijin keluarga mereka dan
berikanlah mas kawin mereka sesuai dengan kadar yang pas" (Q.S. al-Nisa': 25)


Adapun mengenai batas-batasnya (maksimal atau minimal), mahar tidak mempunyai batasan.
Suami boleh memberikan mas kawin kepada isterinya berapapun jumlahnya sesuai dengan
kemampuan suami.




Pernah suatu kali Sahabat Umar bin Khattab ra. Ketika menjabat sebagai khalifah membatasi
mas kawin tidak boleh lebih dari 400 dirham, tindakan ini ditentang oleh seorang wanita yang
mengatakan bahwa Allah telah berfirman :
"Dan jika kamu ingin menggantikan isterimu dengan isteri yang lain (karena perceraian),
sedang kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka harta yang banyak
(qinthaar), maka janganlah kamu mengambil kembali darinya barang sedikitpun". (Q.S. al-
Nisa' : 20) Kalimat "qinthaar" dalam ayat ini bermakna : jumlah yang banyak tanpa batas.
Maka ketika itu Umar mengakui kekhilafannya atau kesalahannya seraya berkata: "Wanita itu
benar, Umarlah yang salah".


Tetapi walaupun demikian, agama tetap menganjurkan untuk mempermudah hal-hal yang
berhubungan dengan mas kawin seperti yang tertera dalam sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya wanita yang paling banyak berkahnya adalah wanita yang paling
sedikit/murah mas kawinnya."




(Hukum Mahar Yang Masih Hutang)

(Fiqih Pernikahan)

Jangka waktu pembayaran hutang mahar tidak punya masa yang baku. Semua bergantung
pada kesepakatan antara suami dan isteri. Bisa saja setahun, lima tahun, sepuluh tahun
bahkan sepanjang hayat hingga wafat. Maka hutang itu menjadi tanggungan ahli warisnya.
Atau boleh saja kemudian pihak isteri membebaskan hutang tersebut. Sebab hutang itu hak
isteri. Terserat pada phak isteri, apakah dia tetap menuntut haknya ataukah melepaskannya.
Bila dilepaskan haknya, maka mahar itu pun tidak perlu ditunaikan. Sebab yang berhak sudah
merelakannya.


Sebab pada prinsipnya, masalah mahar ini memang sangat tergantung pada isteri sebagai
pihak yang berhak menerima. Kalau dia rela, maka nilai berapapun bisa dijadikan mahar.
Termasuk bila mahar itu hanya berupa sepasang sendal atau benda-benda lain.


Dari Amir bin Robi`ah bahwa seorang wanita dari bani Fazarah menikah dengan mas kawin
sepasang sendal. Lalu Rasulullah SAW bertanya, Relakah kau dinikahi jiwa dan hartamu
dengan sepasang sendal ini? Ia menjawab, Rela. Maka Rasulullahpun membolehkannya.

Dari Sahal bin Sa`ad bahwa nabi SAW didatangi seorang wanita yang berkata, Ya Rasulullah
kuserahkan diriku untukmu , Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yang
berkata, Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak ingin menikahinya.
Rasulullah berkata, Punyakah kamu sesuatu untuk dijadikan mahar? Dia berkata, Tidak,
kecuali hanya sarungku ini Nabi menjawab, Bila kau berikan sarungmu itu maka kau tidak
akan punya sarung lagi, carilah sesuatu. Dia berkata, Aku tidak mendapatkan sesuatupun.
Rasulullah berkata, Carilah walau cincin dari besi. Dia mencarinya lagi dan tidak juga
mendapatkan apa-apa. Lalu Nabi berkata lagi, Apakah kamu menghafal qur`an? Dia
menjawab, Ya surat ini dan itu sambil menyebutkan surat yang dihafalnya. Berkatalah Nabi,
Aku telah menikahkan kalian berdua dengan mahar hafalan Quranmu. .


Dari Anas bahwa Aba Thalhah meminang Ummu Sulaim lalu Ummu Sulaim berkata, Demi
Allah, lelaki sepertimu tidak mungkin ditolak lamarannya, sayangnya kamu kafir sedangkan
saya muslimah. Tidak halal bagiku untuk menikah denganmu. Tapi kalau kamu masuk Islam,
ke-Islamanmu bisa menjadi mahar untukku. Aku tidak akan menuntut lainnya. Maka jadilah
ke-Islaman Abu Thalhah sebagai mahar dalam pernikahannya itu. .


Dari Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, Nikah yang paling besar barokahnya itu
adalah yang murah maharnya.
SYARAT MAHAR

Hendaklah mahar yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang boleh
dijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tangan
seseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. Mahar itu juga boleh diberi secara tunai,
bertangguh atau dibayar secara beransur-ansur. Untuk jelasnya dhuraikan syarat-syarat
mahar:

1. Hendaklah mahar itu terdiri daripada sesuatu yang suci dan bukan sesuatu yang haram.
Oleh yang demikian tidak sah sekiranya arak, bangkai, babi atau sesuatu yang najis dijadikan
mahar.

2. Hendaklah mahar itu dalam milik atau kuasa suami. Tidak sah sekiranya barang curian,
rampasan atau barang yang memang tidak dimilikinya seperti disebutkan mahar di dalam
akad sebanyak seribu ringgit akan tetapi dia tidak memilikinya. Begitu juga sekiranya dia
menjadikan sesuatu yang bermanfaat sebagai mahar tetapi tidak dimilikinya, seperti dia
menjadikan khidmat seorang hamba sebagai mahar akan tetapi dia tidak memiliki hamba itu.

3. Hendaklah mahar itu bersih daripada sebarang penipuan, seperti sesuatu yang tidak ada
atau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya. Sebagai contoh, menjadikan
rumah atau binatang ternak atau sebagainya yang tidak ditentukan yang mana satu untuk
dijadikan mahar.

Demikian juga tidak sah dijadikan mahar sesuatu yang belum sempurna miliknya, seperti
barang belian yang belum diterima (qabadh) atau sesuatu yang tidak mampu untuk
diserahkan, seperti burung yang terbang di udara atau binatang liar di dalam hutan atau ikan
di lautan.

4. Hendaklah mahar itu mempunyai nilai dan manfaat. Seperti memberi khidmat kepada
pihak isteri. Sebagai contoh, memelihara kambing si isteri dengan masa yang tertentu atau
menjahit pakaiannya atau mengajar al-Qur‟an atau mengajar sya„ir yang dibolehkan oleh
syara„ atau mengajar menulis atau bertukang dan sebagainya daripada sesuatu yang
bermanfaat dan dibolehkan oleh syara„. Firman Allah Subhanahu wa Ta„ala tentang hikayat
Syu„aib bersama Musa „alaihimassalam yang tafsirnya :

"Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah
seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku
selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka
yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan
hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku insya Allah, dari orang-orang yang baik
layanannya."

(Surah al-Qashash: 27)




KADAR MAHAR

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang
bakal menjadi isterinya. Dan dengan itu, adanya pelbagai kadar mahar ataupun mas kahwin.

Contohnya, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di
Selangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968.

Kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wang
hantaran perlu sekufu dengan 'status quo' seseorang wanita yang akan dikahwini. Akhir-akhir
ini di Malaysia, masyarakat seolah-olah berlumba-lumba untuk meletakkan nilai wang
hantaran yang tinggi, ada yang letak RM10,000 hingga mencecah kepada RM80,000.

Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadar
maskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00,
Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakan
samada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi dara
manakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagi
janda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis,
Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4: ” Berikanlah kepada orang-orang
perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Bukhari
yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang
diperbuat daripada besi .”

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih
kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar
boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu
agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang.

Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau
persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib
membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar
wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi
belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta
fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar
tersebut.

Hukum Syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sampai ke tahap yang
boleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Dalam
hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah
” Dan sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Ahmad yang bermaksud “Sesungguhnya
yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.”




JENIS MAHAR

Secara amnya, terdapat 2 jenis mahar:




   1. Mahar misil (mahar yang sepadan):


       Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.
       Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )
       dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri
       seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.
       Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
       setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
       terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
       Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
       keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
       perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh
       dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
       di atas


   2. Mahar muthamma:


       Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
       seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
       Ulama‟ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
       apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
       1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
       2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.



ISU-ISU BERKAITAN MAHAR

Pelbagai isu tentang mas kahwin akan muncul apabila berlaku penceraian, salah satu pihak
murtad atau meninggal dunia.Penyelesaiannya pula bergantung kepada sama ada
persetubuhan telah berlaku dan sama kadar mas kahwin telah ditetapkan. Isu-isu berkaitan
mas kahwin boleh dibahagikan kepada empat kategori.

Kategori pertama adalah apabila semua mas kahwin digugurkan. Situasi ini berlaku apabila
isteri murtad sebelum berlaku persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelum
persetubuhan dan kadar mas kahwin belum ditetapkan.

Kategori kedua pula adalah di mana hanya separuh mas kahwin digugurkan. Situasi ini
berlaku apabila suami murtad sebelum berlaku persetubuhan,apabila suami menceraikan
isteri selepas persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelum persetubuhan
dimana kadar mas kahwin telah ditetapkan.

Kategori ketiga merupakan situasi di mana suami wajib membayar semua mas kahwin.
Biasanya berlaku apabila penceraian berlaku selepas persetubuhan. Contoh kes ialah Salma
lawan Mat Akhir. Isteri yang telah diceraikan menuntut bayaran mahar sebanyak RM600
yang belum dijelaskan oleh suaminya kerana apabila suami menceraikan isteri selepas
melakukan persetubuhan, suami mesti membayar semua mahar yang dijanjikan. Situasi kedua
ialah apabila suami telah menetapkan bahawa mas kahwin akan dibayar sebelum
persetubuhan, isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami
membayar mas kahwin.

Kategori keempat berhubung dengan isu mahar sekiranya suami atau isteri meninggal dunia
sebelum persetubuhan. Terdapat dua penyelesaian iaitu jika suami yang mati sebelum
persetubuhan, warisnya wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada janda tersebut
manakala jika isteri yang mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar mas
kahwin sepenuhnya kepada waris keluarga isteri.

(Kes-kes berkaitan)

Mas Kahwin dibezakan dengan Hantaran Kahwin

- Maskahwin hendaklah diberikan dan dibayar dengan wang, kecuali dipersetujui oleh isteri
bahawa barang-barang hantaran diberi sebagai mas kahwin.

Kes : Janat lwn Sheikh khuda Baksh (1911) 2 FMSLR 61

Dalam kes ini, telah diputuskan bahawa maskahwin hendaklah dibayar dengan wang.
Barang-barang yang diberi tidak boleh dianggap sebagai sebahagian maskahwin kecuali
dapat dibuktikan oleh suami terdapat persetujuan oleh isteri terlebih dahulu.

Tunggakan Maskahwin mesti dijelaskan oleh pihak suami setelah bercerai.

Kes : Rosnah lwn Ibrahim (1979) 1 JH (2) 94

Dalam kes ini, isteri telah diceraikan dan menuntut maskahwinnya RM58 dan baki
perbelanjaaan kahwin sebanyak RM300. Kadi memutuskan bahawa maskahwin RM58 telah
dijelaskan dan pihak suami dikehendaki membayar baki perbelanjaan kahwin sebanyak
RM300.

Kes : Shaari lwn Teh (1966) 3 JH 108

Dalam kes ini, pengadu telah menuntut supaya mahkamah memerintahkan supaya isterinya
pulang dan tinggal serta berkesedudukan dengannya. Isterinya akan balik namun dengan
syarat dia dibayar nafkah selama 18 bulan serta tunggakan maskahwin sebanyak RM300.

Kes : Salma lwn Mat Akhir (1983) 5 JH 161
Dalam kes ini, isteri yang telah dicerai telah menuntut pembayaran maskahwin sebanyak
RM600 yang belum dibayar oleh bekas suami. Bekas suami telah mendakwa bahawa tuntutan
itu telah ditinggalkan oleh isterinya dan bersetuju suaminya tidak perlu membayar
maskahwin tersebut. Namun, isteri tersebut menafikan tuntutan tersebut. Bekas suami
memanggil 2 orang saksi namum keterangan mereka ditolak atas sebab mereka tidak melihat
orang yang bercakap itu. Mahkamah telah memberikan penghakiman kepada pihak menuntut,
iaitu isterinya dan menghukium pihak kena tuntut supaya membayar baki RM600 maskahwin
yang tertunggak.

Kes : Ziti Zamnah lwn Maliki (1986) 6 JH 130

Dalam kes ini, pihak menuntut telah membuat tuntutan harta maskahwin dan pemberian dri
bekas suaminya. Bekas suaminya dalam pembelaannya telah mengatakan bahawa kesemua
harta telah diberi kepada isterinya untuk memudahkan perceraian tetapi dinafikan oleh pihak
menuntut yang kemudiannya mengemukakan 1 saksi. Pihak kena tuntut diminta untuk
bersumpah. Setelah pihak menuntut bersumpah untuk menafikan bahawa wujudnya
perjanjian semasa bercerai, mahkamah menerima dan mensabitkan tuntutan pihak menuntut.
Bekas suami dikehendaki membayar RM770 kepada pihak menuntut, iaitu sepasang subang
emas, satu rantai emas, sepasang kain baju dan sepasang kasut yang kesemuanya berjumlah
RM770. Dalam member keputusannya, mahkamah telah merujuk kepada al-Quran, Surah al-
Nisa ayat 19-21, mengenai hak isteri untuk mendapat maskahwin.

Contenu connexe

Tendances

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...Irfan Shafie
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary lawxareejx
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary lawxareejx
 
Hibah
HibahHibah
HibahUMT
 
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasaPerkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasashokri226368
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitanmusa_awang
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanIlyana UKM
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriSiti Nur Rabiah
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaAlip Pg
 
Islamic Family Law - Betrothal
Islamic Family Law - BetrothalIslamic Family Law - Betrothal
Islamic Family Law - BetrothalAzrin Hafiz
 
Sources of law - customary law part 2
Sources of law  - customary law part 2Sources of law  - customary law part 2
Sources of law - customary law part 2xareejx
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihzakwan azhar
 
Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).jimoh370
 
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, mahar
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, maharKonsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, mahar
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, maharikafia maulidia
 
Valid marriage
Valid marriageValid marriage
Valid marriageSnj SNj
 
Perinsip asas munakahat
Perinsip asas munakahatPerinsip asas munakahat
Perinsip asas munakahatMohd Shahidin
 

Tendances (20)

Nikah & Mahar
Nikah & MaharNikah & Mahar
Nikah & Mahar
 
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law -- customary law
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law customary law
 
Hibah
HibahHibah
Hibah
 
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasaPerkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
 
Mahar
MaharMahar
Mahar
 
Mahar
MaharMahar
Mahar
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusaka
 
Asabah
AsabahAsabah
Asabah
 
Islamic Family Law - Betrothal
Islamic Family Law - BetrothalIslamic Family Law - Betrothal
Islamic Family Law - Betrothal
 
Sources of law - customary law part 2
Sources of law  - customary law part 2Sources of law  - customary law part 2
Sources of law - customary law part 2
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
 
Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).
 
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, mahar
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, maharKonsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, mahar
Konsep kafa’ah, syarat dan rukun nikah, mahar
 
Valid marriage
Valid marriageValid marriage
Valid marriage
 
Perinsip asas munakahat
Perinsip asas munakahatPerinsip asas munakahat
Perinsip asas munakahat
 

Similaire à Mahar microsoft word-joshua

Makalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinanMakalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinanWarnet Raha
 
121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahanlailaaprina1
 
Khulu (gugatan cerai seorang istri)
Khulu (gugatan cerai seorang istri)Khulu (gugatan cerai seorang istri)
Khulu (gugatan cerai seorang istri)kristinwiranata
 
Makalah Mengenai Mahligai Rumah Tangga
Makalah Mengenai Mahligai Rumah TanggaMakalah Mengenai Mahligai Rumah Tangga
Makalah Mengenai Mahligai Rumah TanggaYoollan MW
 
Pernikahan secara Islam
Pernikahan secara IslamPernikahan secara Islam
Pernikahan secara IslamRantiRiyanti
 
pernikahan dalam islam
pernikahan dalam islampernikahan dalam islam
pernikahan dalam islamaamridwan
 
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamMunakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamVonita Amelia
 
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfgg
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfggjjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfgg
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfggayaka29
 
PAI XII Bab Munakahat
PAI XII Bab MunakahatPAI XII Bab Munakahat
PAI XII Bab Munakahatpawzonfire
 
Syarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamSyarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamikafia maulidia
 
Syarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamSyarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamikafia maulidia
 
Hak dan kewajiban suami terhadap istri
Hak dan kewajiban suami terhadap istriHak dan kewajiban suami terhadap istri
Hak dan kewajiban suami terhadap istriWarnet Raha
 

Similaire à Mahar microsoft word-joshua (20)

Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Makalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinanMakalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinan
 
121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan
 
Makalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinanMakalah mahar dalam perkawinan
Makalah mahar dalam perkawinan
 
Khulu (gugatan cerai seorang istri)
Khulu (gugatan cerai seorang istri)Khulu (gugatan cerai seorang istri)
Khulu (gugatan cerai seorang istri)
 
Makalah Mengenai Mahligai Rumah Tangga
Makalah Mengenai Mahligai Rumah TanggaMakalah Mengenai Mahligai Rumah Tangga
Makalah Mengenai Mahligai Rumah Tangga
 
Pernikahan secara Islam
Pernikahan secara IslamPernikahan secara Islam
Pernikahan secara Islam
 
pernikahan dalam islam
pernikahan dalam islampernikahan dalam islam
pernikahan dalam islam
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam IslamMunakahat: Pernikahan dalam Islam
Munakahat: Pernikahan dalam Islam
 
6-munakahat (1).ppt
6-munakahat (1).ppt6-munakahat (1).ppt
6-munakahat (1).ppt
 
Nikah
NikahNikah
Nikah
 
Bekal pernikahan
Bekal pernikahanBekal pernikahan
Bekal pernikahan
 
Pernikahan
PernikahanPernikahan
Pernikahan
 
Pernikahan
PernikahanPernikahan
Pernikahan
 
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfgg
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfggjjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfgg
jjjĥjjjjjjjjjiijgfrdchjoiuffvnkkittrrxvbkooiyfgg
 
PAI XII Bab Munakahat
PAI XII Bab MunakahatPAI XII Bab Munakahat
PAI XII Bab Munakahat
 
Syarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamSyarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islam
 
Syarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islamSyarat dan rukun nikah dalam islam
Syarat dan rukun nikah dalam islam
 
Hak dan kewajiban suami terhadap istri
Hak dan kewajiban suami terhadap istriHak dan kewajiban suami terhadap istri
Hak dan kewajiban suami terhadap istri
 

Mahar microsoft word-joshua

  • 1. DEFINISI MAHAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN AMALANNYA DI MALAYSIA Di dalam islam, pengantin lelaki diwajibkan memberi maskahwin kepada pengantin perempuan. Amalan ini telah termaktub dalam al-quran dan sunnah rasulullah saw. Telah dinyatakan di dalam al-quran bahawa mahar merupakan hadiah yang harus disampaikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai lambang penghormatan dan penghargaan kepada isteri. Firman allah : “berilah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang penuh rela. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaya lagi baik.” Ayat 4 surah al-nisa. Mas kahwin boleh dibayar secara tunai atau secara berhutang. Berhutang boleh dibayar secara kesemuanya atau sebahagian daripadanya. Jika berhutang, maka masa penangguhan itu tidak boleh ditentukan pembayarannya dengan sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak diketahui berlaku seperti mati atau bercerai. Kiranya syarat-syarat tersebut dibuat di dalam akad nikah, maka nikah itu adalah sah dan suami mestilah membayar maskahwin secara tunai. Termasuk keutamaan agama islam di dalam melindungi dan memuliakan kaum wanita adalah dengan memberikan hak yang dipintanya berupa mahar kawin. Alloh f berfirman : “Berikanlah mahar (mas kawin) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan” (QS. An-Nisaa : 4) Sesungguhnya tidak ada batasan minimum ataupun maksimum untuk jumlah mahar. Namun sebaik-baik mahar adalah yang ringan dan tidak memberatkan sebagaimana sabda Nabi Saw : “Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya” (HR. Ahmad, Al Hakim dan Al Baihaqi) Islam membenci mahar yang berlebihan, dan perkara ini termasuk perkara jahiliyah yang akan membawa keburukan bagi kehidupan manusia.
  • 2. Mahar dapat berupa materi maupun non materi. Mahar berupa materi dapat berbentuk wang, barang, harta ataupun lainnya. Mahar berupa non materi dapat berupa jasa, semisal mengajarkan isteri membaca al-Qur‟an, mengajarkan Islam, menghafal al-Qur‟an atau yang semisalnya. Sebagaimana riwayat dari Anas, dia berkata : “Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar berupa keislaman-nya” (Riwayat An-Nasa‟i) Mahar boleh diberikan secara langsung (tunai) atau dengan menunda sebagian atau seluruhnya. Menyebutkan mahar pada saat ijab qobul adalah sunnah tidak wajib, namun menyebutkannya lebih utama. (Mahar Para Sahabat Dan Selainnya) Sayyidina Umar Radhiallahu „anhu mengahwini Ummu Kalthum binti „Ali Radhiallahu „anhu dengan mahar empat puluh ribu dirham. Thalhah bin „Ubaidullah mengahwini anak perempuan Abu Bakar Radhiallahu „anhu dengan mahar seratus ribu dirham. Sementara Mush„ab menikahi Sakinah binti Husain Radhiallahu „anhuma dengan mahar sejuta dirham. (al-Majmuk: 18/8-9) Abdul Rahman bin „Auf bernikah pada zaman Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam dengan mahar emas seberat biji buah kurma iaitu tiga dan sepertiga dirham. Manakala Sa„id bin al-Musayyab menikahkan anak perempuannya dengan mahar dua dirham. (Ahkam az- Ziwaj: 77) Sementara Khalifah al-Ma‟mun daripada Bani „Abbas, menikahi puteri Bauran iaitu anak kepada Perdana Wazir Khalifah al-Ma‟mun yang bernama Fadhl bin Sahl dengan mahar beratus-ratus talam emas yang dipenuhi dengan wang emas (dinar). Dihiasi dengan lilin-lilin yang dibakar dengan minyak „Anbar yang harum semerbak serta dicampur dengan kesturi yang digiling halus. Sehinggalah tercatat dalam sejarah bahawa majlis pernikahan itu sangat mewah serta mahar yang paling mahal bersesuaian dengan kekayaan Khalifah al-Ma‟mun. (Tafsir al-Azhar: 2/1097) Di negeri kedah, kelantan, dan wilayah persekutuan, diperuntukan maskahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakad perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain. Pendaftar pada tiap-tiap perkahwinan yang didaftarnya hendaklah menentukan dan merekodkan :
  • 3. (Nilai dan butir-butir lain maskahwin) (Nilai dan butir-butir lain pemberian) Nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yang dijanjikan itu untuk penjelasan Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian Di johor, diperuntukan maskahwin atau belanja dan hantaran atau kedua-duanya sekali bolehlah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya dengan tunai atau berhutang samada dengan cagaran atau jaminan atau tidak dan hendaklah diperbuat di hadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftar pada tiap-tiap pernikahan yang hendak didaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan : (Jumlah maskahwin) (Jumlah pemberian) Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian. Di pahang, maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya dengan tunai atau berhutang di hadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftar pada tiap-tiap pernikahan yang hendak didaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan : Jumlah maskahwin yang dibayar secara tunai. Jumlah pemberian yang telah diberi sebelum ini Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan.
  • 4. Di selangor, terengganu, pulau pinang, melaka, negeri sembilan, perlis dan perak diperuntukan maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasa pernikahan dan di hadapan dua orang saksi. Pendaftar hendaklah pada tiap- tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentukan dan merekodkan : (Jumlah maskahwin) Jumlah pemberian (atau belanja di pahang, negeri sembilan dan melaka, jumlah hantaran atau apa-apa bahagian dari apa-apa pemberian). Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan Butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian. Di negeri-negeri melayu di samping maskahwin terdapat satu bentuk bayaran yang lain yang disebut pemberian. Dari penelitian yang dibuat didapati bahawa maskahwin merupakan satu bentuk pemberian yang wajib, manakala pemberian boleh diertikan sebagai satu hadiah yang diberi secara sukarela. Di selangor pemberian diertikan sebagai pemberian yang dihadiahkan oleh suami kepada isterinya pada masa perkahwinannya baik berupa wang tunai atau sesuatu benda. Di perak pemberian ialah wang atau benda-benda yang diberi oleh suami kepada isteri atau isteri kepada suami. Di negeri sembilan, melaka dan pulau pinang pemberian ialah sebarang pemberian kerana nikah selain daripada wang tunai yang diberi oleh suami kepada isteri ketika menikah. Di melaka dan negeri sembilan terdapat satu bentuk pemberian yang lain yang desebut sebagai hantaran yang dimaksudkan dengan bayaran yang wajib dibayar mengikut adat seorang suami kepada isterinya pada masa perkahwinan diadakan dengan pembayaran yang tunai. Di sabah dan sarawak maskahwin disebut sebagai berian. Kadar minima maskahwin di sabah adalah diantara rm 50 ke rm 200 bagi perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 hinggan rm 600 bagi perempuan yang telah berkahwin. Kadar maskahwin ini ditetapkan oleh undang- undang.
  • 5. Di dalam adat melayu kadar maskahwin adalah ditetapkan. Biasanya bergantung kepada status atau kedudukan atau kedudukan bapa kepada pengantin perempuan itu. Misalnya di selangor ditetapkan maskahwin bagi puteri sultan rm 2500, puteri raja muda rm 2000, puteri kerabat yang bergelar rm 1000, puteri anak raja lain rm 300, cucu orang besar rm 200, dan perempuan biasa rm 80. Di perak kadar maskahwin juga berbeza mengikut status atau kedudukan bapa pengantin perempuan. Rm 50 bagi anak orang biasa dan rm 1000 bagi anak- anak raja(sultan). Di dalam daerah naning dan alor gajah di melaka yang menganut adat pepateh maskahwinnya rm 60 kepada perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 bagi perempuan yang telah berkahwin. HUKUM MAHAR Seorang suami diwajibkan memberi mahar kepada isterinya walaupun mahar itu bukan salah satu daripada syarat sah atau rukun nikah. Jika tidak disebutkan mahar di dalam akad nikah atau ada perselisihan di dalamnya, maka pernikahan tersebut tetap sah. Ini membuktikan bahawa ada perbezaan di antara pernikahan dan jual beli. Jual beli itu tidak sah melainkan di dalamnya akad harga yang diketahui. Manakala nikah pula, ianya sah tanpa disebutkan mahar itu di dalam akad. Kewajipan mahar itu telah disebutkan dalam al-Qur‟an, di antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta„ala yang tafsirnya : "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah an-Nisa‟: 4) Menurut al-Qurthubi bahawa ayat di atas ditujukan kepada pihak suami. Ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta„ala memerintahkan supaya pihak suami bertabarru„ dengan memberikan mahar kepada isteri-isteri mereka. (al-Jami„ Liahkam al-Qur‟an: 3/1330) Berdasarkan dalil al-Qur'an dan hadits diantaranya firman Allah yang berbunyi : "Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (setubuhi) diantara mereka, berikanlah
  • 6. maharnya kepada mereka (dengan sempurna) “(Q.S. al-Nisa' : 24) Begitu juga dalam ayat selanjutnya : "Kawinilah mereka dengan seijin keluarga mereka dan berikanlah mas kawin mereka sesuai dengan kadar yang pas" (Q.S. al-Nisa': 25) Adapun mengenai batas-batasnya (maksimal atau minimal), mahar tidak mempunyai batasan. Suami boleh memberikan mas kawin kepada isterinya berapapun jumlahnya sesuai dengan kemampuan suami. Pernah suatu kali Sahabat Umar bin Khattab ra. Ketika menjabat sebagai khalifah membatasi mas kawin tidak boleh lebih dari 400 dirham, tindakan ini ditentang oleh seorang wanita yang mengatakan bahwa Allah telah berfirman : "Dan jika kamu ingin menggantikan isterimu dengan isteri yang lain (karena perceraian), sedang kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka harta yang banyak (qinthaar), maka janganlah kamu mengambil kembali darinya barang sedikitpun". (Q.S. al- Nisa' : 20) Kalimat "qinthaar" dalam ayat ini bermakna : jumlah yang banyak tanpa batas. Maka ketika itu Umar mengakui kekhilafannya atau kesalahannya seraya berkata: "Wanita itu benar, Umarlah yang salah". Tetapi walaupun demikian, agama tetap menganjurkan untuk mempermudah hal-hal yang berhubungan dengan mas kawin seperti yang tertera dalam sabda Rasulullah: "Sesungguhnya wanita yang paling banyak berkahnya adalah wanita yang paling sedikit/murah mas kawinnya." (Hukum Mahar Yang Masih Hutang) (Fiqih Pernikahan) Jangka waktu pembayaran hutang mahar tidak punya masa yang baku. Semua bergantung pada kesepakatan antara suami dan isteri. Bisa saja setahun, lima tahun, sepuluh tahun bahkan sepanjang hayat hingga wafat. Maka hutang itu menjadi tanggungan ahli warisnya.
  • 7. Atau boleh saja kemudian pihak isteri membebaskan hutang tersebut. Sebab hutang itu hak isteri. Terserat pada phak isteri, apakah dia tetap menuntut haknya ataukah melepaskannya. Bila dilepaskan haknya, maka mahar itu pun tidak perlu ditunaikan. Sebab yang berhak sudah merelakannya. Sebab pada prinsipnya, masalah mahar ini memang sangat tergantung pada isteri sebagai pihak yang berhak menerima. Kalau dia rela, maka nilai berapapun bisa dijadikan mahar. Termasuk bila mahar itu hanya berupa sepasang sendal atau benda-benda lain. Dari Amir bin Robi`ah bahwa seorang wanita dari bani Fazarah menikah dengan mas kawin sepasang sendal. Lalu Rasulullah SAW bertanya, Relakah kau dinikahi jiwa dan hartamu dengan sepasang sendal ini? Ia menjawab, Rela. Maka Rasulullahpun membolehkannya. Dari Sahal bin Sa`ad bahwa nabi SAW didatangi seorang wanita yang berkata, Ya Rasulullah kuserahkan diriku untukmu , Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yang berkata, Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak ingin menikahinya. Rasulullah berkata, Punyakah kamu sesuatu untuk dijadikan mahar? Dia berkata, Tidak, kecuali hanya sarungku ini Nabi menjawab, Bila kau berikan sarungmu itu maka kau tidak akan punya sarung lagi, carilah sesuatu. Dia berkata, Aku tidak mendapatkan sesuatupun. Rasulullah berkata, Carilah walau cincin dari besi. Dia mencarinya lagi dan tidak juga mendapatkan apa-apa. Lalu Nabi berkata lagi, Apakah kamu menghafal qur`an? Dia menjawab, Ya surat ini dan itu sambil menyebutkan surat yang dihafalnya. Berkatalah Nabi, Aku telah menikahkan kalian berdua dengan mahar hafalan Quranmu. . Dari Anas bahwa Aba Thalhah meminang Ummu Sulaim lalu Ummu Sulaim berkata, Demi Allah, lelaki sepertimu tidak mungkin ditolak lamarannya, sayangnya kamu kafir sedangkan saya muslimah. Tidak halal bagiku untuk menikah denganmu. Tapi kalau kamu masuk Islam, ke-Islamanmu bisa menjadi mahar untukku. Aku tidak akan menuntut lainnya. Maka jadilah ke-Islaman Abu Thalhah sebagai mahar dalam pernikahannya itu. . Dari Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, Nikah yang paling besar barokahnya itu adalah yang murah maharnya.
  • 8. SYARAT MAHAR Hendaklah mahar yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang boleh dijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tangan seseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. Mahar itu juga boleh diberi secara tunai, bertangguh atau dibayar secara beransur-ansur. Untuk jelasnya dhuraikan syarat-syarat mahar: 1. Hendaklah mahar itu terdiri daripada sesuatu yang suci dan bukan sesuatu yang haram. Oleh yang demikian tidak sah sekiranya arak, bangkai, babi atau sesuatu yang najis dijadikan mahar. 2. Hendaklah mahar itu dalam milik atau kuasa suami. Tidak sah sekiranya barang curian, rampasan atau barang yang memang tidak dimilikinya seperti disebutkan mahar di dalam akad sebanyak seribu ringgit akan tetapi dia tidak memilikinya. Begitu juga sekiranya dia menjadikan sesuatu yang bermanfaat sebagai mahar tetapi tidak dimilikinya, seperti dia menjadikan khidmat seorang hamba sebagai mahar akan tetapi dia tidak memiliki hamba itu. 3. Hendaklah mahar itu bersih daripada sebarang penipuan, seperti sesuatu yang tidak ada atau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya. Sebagai contoh, menjadikan rumah atau binatang ternak atau sebagainya yang tidak ditentukan yang mana satu untuk dijadikan mahar. Demikian juga tidak sah dijadikan mahar sesuatu yang belum sempurna miliknya, seperti barang belian yang belum diterima (qabadh) atau sesuatu yang tidak mampu untuk diserahkan, seperti burung yang terbang di udara atau binatang liar di dalam hutan atau ikan di lautan. 4. Hendaklah mahar itu mempunyai nilai dan manfaat. Seperti memberi khidmat kepada pihak isteri. Sebagai contoh, memelihara kambing si isteri dengan masa yang tertentu atau menjahit pakaiannya atau mengajar al-Qur‟an atau mengajar sya„ir yang dibolehkan oleh syara„ atau mengajar menulis atau bertukang dan sebagainya daripada sesuatu yang bermanfaat dan dibolehkan oleh syara„. Firman Allah Subhanahu wa Ta„ala tentang hikayat Syu„aib bersama Musa „alaihimassalam yang tafsirnya : "Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku
  • 9. selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya." (Surah al-Qashash: 27) KADAR MAHAR Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dan dengan itu, adanya pelbagai kadar mahar ataupun mas kahwin. Contohnya, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di Selangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968. Kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wang hantaran perlu sekufu dengan 'status quo' seseorang wanita yang akan dikahwini. Akhir-akhir ini di Malaysia, masyarakat seolah-olah berlumba-lumba untuk meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi, ada yang letak RM10,000 hingga mencecah kepada RM80,000. Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadar maskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00, Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakan samada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi dara manakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagi janda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4: ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
  • 10. persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut. Hukum Syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ” Dan sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Ahmad yang bermaksud “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.” JENIS MAHAR Secara amnya, terdapat 2 jenis mahar: 1. Mahar misil (mahar yang sepadan): Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat. Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
  • 11. menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas 2. Mahar muthamma: Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama‟ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :- 1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri. 2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri. ISU-ISU BERKAITAN MAHAR Pelbagai isu tentang mas kahwin akan muncul apabila berlaku penceraian, salah satu pihak murtad atau meninggal dunia.Penyelesaiannya pula bergantung kepada sama ada persetubuhan telah berlaku dan sama kadar mas kahwin telah ditetapkan. Isu-isu berkaitan mas kahwin boleh dibahagikan kepada empat kategori. Kategori pertama adalah apabila semua mas kahwin digugurkan. Situasi ini berlaku apabila isteri murtad sebelum berlaku persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelum persetubuhan dan kadar mas kahwin belum ditetapkan. Kategori kedua pula adalah di mana hanya separuh mas kahwin digugurkan. Situasi ini berlaku apabila suami murtad sebelum berlaku persetubuhan,apabila suami menceraikan isteri selepas persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelum persetubuhan dimana kadar mas kahwin telah ditetapkan. Kategori ketiga merupakan situasi di mana suami wajib membayar semua mas kahwin. Biasanya berlaku apabila penceraian berlaku selepas persetubuhan. Contoh kes ialah Salma lawan Mat Akhir. Isteri yang telah diceraikan menuntut bayaran mahar sebanyak RM600 yang belum dijelaskan oleh suaminya kerana apabila suami menceraikan isteri selepas
  • 12. melakukan persetubuhan, suami mesti membayar semua mahar yang dijanjikan. Situasi kedua ialah apabila suami telah menetapkan bahawa mas kahwin akan dibayar sebelum persetubuhan, isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami membayar mas kahwin. Kategori keempat berhubung dengan isu mahar sekiranya suami atau isteri meninggal dunia sebelum persetubuhan. Terdapat dua penyelesaian iaitu jika suami yang mati sebelum persetubuhan, warisnya wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada janda tersebut manakala jika isteri yang mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada waris keluarga isteri. (Kes-kes berkaitan) Mas Kahwin dibezakan dengan Hantaran Kahwin - Maskahwin hendaklah diberikan dan dibayar dengan wang, kecuali dipersetujui oleh isteri bahawa barang-barang hantaran diberi sebagai mas kahwin. Kes : Janat lwn Sheikh khuda Baksh (1911) 2 FMSLR 61 Dalam kes ini, telah diputuskan bahawa maskahwin hendaklah dibayar dengan wang. Barang-barang yang diberi tidak boleh dianggap sebagai sebahagian maskahwin kecuali dapat dibuktikan oleh suami terdapat persetujuan oleh isteri terlebih dahulu. Tunggakan Maskahwin mesti dijelaskan oleh pihak suami setelah bercerai. Kes : Rosnah lwn Ibrahim (1979) 1 JH (2) 94 Dalam kes ini, isteri telah diceraikan dan menuntut maskahwinnya RM58 dan baki perbelanjaaan kahwin sebanyak RM300. Kadi memutuskan bahawa maskahwin RM58 telah dijelaskan dan pihak suami dikehendaki membayar baki perbelanjaan kahwin sebanyak RM300. Kes : Shaari lwn Teh (1966) 3 JH 108 Dalam kes ini, pengadu telah menuntut supaya mahkamah memerintahkan supaya isterinya pulang dan tinggal serta berkesedudukan dengannya. Isterinya akan balik namun dengan syarat dia dibayar nafkah selama 18 bulan serta tunggakan maskahwin sebanyak RM300. Kes : Salma lwn Mat Akhir (1983) 5 JH 161
  • 13. Dalam kes ini, isteri yang telah dicerai telah menuntut pembayaran maskahwin sebanyak RM600 yang belum dibayar oleh bekas suami. Bekas suami telah mendakwa bahawa tuntutan itu telah ditinggalkan oleh isterinya dan bersetuju suaminya tidak perlu membayar maskahwin tersebut. Namun, isteri tersebut menafikan tuntutan tersebut. Bekas suami memanggil 2 orang saksi namum keterangan mereka ditolak atas sebab mereka tidak melihat orang yang bercakap itu. Mahkamah telah memberikan penghakiman kepada pihak menuntut, iaitu isterinya dan menghukium pihak kena tuntut supaya membayar baki RM600 maskahwin yang tertunggak. Kes : Ziti Zamnah lwn Maliki (1986) 6 JH 130 Dalam kes ini, pihak menuntut telah membuat tuntutan harta maskahwin dan pemberian dri bekas suaminya. Bekas suaminya dalam pembelaannya telah mengatakan bahawa kesemua harta telah diberi kepada isterinya untuk memudahkan perceraian tetapi dinafikan oleh pihak menuntut yang kemudiannya mengemukakan 1 saksi. Pihak kena tuntut diminta untuk bersumpah. Setelah pihak menuntut bersumpah untuk menafikan bahawa wujudnya perjanjian semasa bercerai, mahkamah menerima dan mensabitkan tuntutan pihak menuntut. Bekas suami dikehendaki membayar RM770 kepada pihak menuntut, iaitu sepasang subang emas, satu rantai emas, sepasang kain baju dan sepasang kasut yang kesemuanya berjumlah RM770. Dalam member keputusannya, mahkamah telah merujuk kepada al-Quran, Surah al- Nisa ayat 19-21, mengenai hak isteri untuk mendapat maskahwin.