SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  32
1
Biodata
Nama : Sherly Jewinly
No. I/C :
Tarikh lahir : 22 September 1995
Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah
Asal : Ranau, Sabah
Alamat : Kg. Kilimu, 89300
Ranau,Sabah,
Malaysia
Kelas : 2 PPISMP RBT
Ambilan Jun 2013
2
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Soalan 5
6 Tugasan 1
 Pengenalan
 Persekitaran Perniagaan
 Fungsi Perniagaan
 Bantuan dan Sokongan Perniagaan
 Etika Perniagaan
 Kesimpulan
6-14
7 Tugasan 2 15-29
8 Refleksi 30-31
9 Rujukan 32
10 Lampiran 33
3
Penghargaan
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Asas Perniagaan dan Keusahawanan saya, Puan Arfah Hj. Abdul Karim kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
4
Pendahuluan
Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu tugasan pertama
,penyiasatan mengenai perniagaan yang dipilih sebagai tugasan individu dan tugasan kedua
,tugasan powerpoint mengenai idea pemasaran dan proforma penyata pendapatan bagi
produk yang dipilih bagi tugasan berkumpulan. Dalam tugasan pertama, kami haruslah
mengenalpasti satu entity perniagaan dan laksanakan penyiasatan mengenai persekitaran
perniagaan, fungsi pengurusan, bantuan dan sokongan perniagaan serta etika perniagaan.
Manakala dalam tugasan kedua pula, secara berkumpulan ( 3 ahli ), kami dikehendaki untuk
merancang pengeluaran satu produk bagi warga Kompleks Pendidikan Nilai dan kami
dikehendaki untuk membentangkan idea pemasaran dan proforma penyata pendapatan
bagi produk kumpulan kami.
5
Soalan
Tugasan 1
Perubahan yang kompetitif lahir dari usahawan yang dinamik, peka kepada
perubahan persekitaran, bijak mengambil peluang dan pengurusan yang mantap.
Secara individu, anda dikehendaki mengenalpasti satu entity perniagaan. Kemudian,
laksanakan penyiasatan berkaitan;
1. Persekitaran perniagaan yang mempengaruhi prestasi perniagaan tersebut dan
sejauhmana peniaga peka kepada perniagaan tersebut.
2. Pelaksanaan fungsi pengurusan dan kesannya kepada potensi perniagaan.
3. Bantuan dan sokongan perniagaan yang boleh melonjak pendapatan perniagaan
4. Amalan beretika perniagaan dan kesannya kepada daya saing perniagaan.
Menggunakan data-data yang dikumpulkan sediakan satu laporan penyiasatan anda.
Tugasan 2
Secara berkumpulan (3 ahli), rancang pengeluaran satu produk untuk warga Kompleks
Pendidikan Nilai, lakukan pemetakan pasaran dan pilih satu pasaran sasaran berpotensi.
Seterusnya, tentukan kos pengeluaran dan rancang campuran pemasaran harga dan
produk yang sesuai. Sediakan proforma penyata pendapatan untuk enam bulan
menggunakan excel.
Seterusnya, menggunakan powerpoint, bentang idea pemasaran dan proforma penyata
pendapatan bagi produk kumpulan anda kepada pensyarah dan rakan kelas. Hantar salinan
keras pembentangan kumpulan anda berserta spreadsheet excel proforma penyata
pendapatan dalam bentuk cakera liut.
6
Pengenalan
Untuk tugasan pertama bagi kerja kursus ini, saya memilih sebuah kedai runcit yang
menjual barang-barang keperluan harian dan terletak berhampiran dengan rumah saya
sebagai entiti perniagaan. Nama kedai runcit tersebut ialah Kijaya Trading dan ia dimiliki
oleh Encik Jewinly Jaudin. Kijaya Trading terletak di kampung Kilimu, Ranau, Sabah dan ia
dibina di atas tanah milik Encik Jewinly Jaudin sendiri. Kijaya Trading merupakan satu-
satunya kedai runcit di Kampung Kilimu dan Kijaya Trading teletak dengan strategik di
tengah-tengah kampong Kilimu dan bedekatan dengan sebuah sekolah rendah iaitu SK
Kilimu, flat guru dan kuartes kakitangan kerajaan. Kijaya Trading mula berniaga seawal jam
7.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam dan Kijaya Trading mengupah 2 orang pekerja.
Perniagaan ini mulai berniaga pada tahun 2008 sehingga kini. Modal Encik Jewinly Jaudin
untuk memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM 25 000. Matlamat Encik Jewinly
Jaudin untuk menjalankan perniagaan ini adalah untuk mendapat keuntungan ataupun
pendapatan sampingan kerana beliau sebenarnya bekerja sebagai seorang kontraktor dan
beliau juga menjalankan perniagaan ini untuk menawarkan barangan yang dapat memenuhi
dan memuaskan keperluan serta kehendak pelanggan. Untung bersih setiap bulan bagi
Kijaya Trading ialah RM7 000 iaitu sama dengan RM 84 000 setahun.
Gambar 1(a) Gambar 1(b)
Gambar 1(a) dan 1(b) meunjukkan kedai runcit yang saya pilih iaitu Kijaya Trading.
7
Gambar 1 (c) , 1 (d) dan 1(e) menunjukkan barang-barang runcit yang dijual di Kijaya
Trading
Gambar 1 (f) : Gambar menunjukkan salah satu pekerja Kijaya Trading.
Gambar 1 (c) Gambar 1 (d) Gambar 1 (e)
8
Persekitaran Perniagaan
Berikut adalah persekitaran perniagaan secara umum atau tidak langsung yang
mempengaruhi prestasi perniagaan kedai runcit Kijaya Trading.
1. Ekonomi
 Persekitaran ekonomi tempatan yang stabil menyebabkan perniagaan berjalan
dengan lancar dan perniagaan juga berjaya ditingkatkan. Sistem kewangan dan
perbankan yang efisien serta peniaga yang beretika juga menyebabkan perniagaan
Kijaya Trading dapat berjalan dengan lancar. Kuasa beli pelanggan yang sederhana
dan tidak rendah yang dipengaruhi juga menyebabkan perniagaan berjalan lancar
dan meningkat.
2. Sosiobudaya
 Kijaya Trading terletak di tengah-tengah Kampung Kilimu yang jauh daripada pekan
dan mempunyai lebih kurang 750 orang penduduk yang majoritinya berbangsa
Dusun. Dalam budaya orang Dusun, mereka akan memakan makanan tradisional
yang dipanggil Tuhan setiap kali mereka menjamu selera. Untuk membuat Tuhau,
mereka haruslah mempunyai bahan-bahan keperluan membuat Tuhau. Oleh itu,
mereka akan membeli bahan-bahan yang terdapat di Kijaya Trading setiap kali
mereka membuat Tuhau. Selain itu, apabila musim perayaan seperti Harvest
Festival dan Krismas terutamanya, penduduk kampung Kilimu akan membeli
barang-barang untuk membuat rumah terbuka dengan banyak di Kijaya Trading.
Hampir separuh daripada penduduk dewasa kampung Kilimu bekerja dengan
kerajaan , berpendapatan tetap dan semua penduduk kampung kilimu
berkemampuan untuk menyara hidup. Oleh kerana Kijaya Trading merupakan satu-
satunya kedai runcit di Kampung Kilimu, maka ianya menjadi tumpuan hampir
kesemua penduduk kampung untuk mendapatkan barangan keperluan harian
terutamanya golongan suri rumah yang memerlukan barang-barang keperluan
harian seperti barang keperluan memasak mereka akan membelinya di Kijaya
Trading. Seperti yang dinyatakan pada pengenalan, Kijaya Trading terletak
berhampiran dengan sekolah dan sekolah tersebut tidak mempunyai koperasi.
Maka, murid-murid sekolah tersebut bergantung dengan Kijaya Trading untuk
membeli dan mendapatkan alatan-alatan tulis seperti buku, pemadam, pembaris
dan sebagainya. Oleh kerana Kijaya Trading menjadi tumpuan semua penduduk
kampung Kilimu, maka perniagaan meningkat dan Kijaya Trading mendapat
keuntungan maksimum.
9
3. Politik dan perundangan
 Persekitaran politik yang stabil dan penguatkuasaan yang berada di tempat yang
baik menyebabkan prestasi perniagaan Kijaya Trading baik dan lancar.
4. Fizikal
 Kemudahan fizikal yang terdapat di persekitaran Kijaya Trading amat memuaskan.
Terdapat jalan raya yang berturap yang akan memudahkan perjalanan para
pelanggan untuk membeli di Kijaya Trading dan terdapat lampu jalan di sekeliling
Kijaya Trading yang memudahkan para pelanggan apabila mereka datang untuk
membeli terutamanya pada waktu malam. Persekitaran Kijaya Trading yang
mempunyai sistem kemudahan komunikasi yang baik juga memudahkan urusan
perniagaan. Apabila pelanggan ingin bertanya keadaan barang yang ingin mereka
beli ataupun jika mereka ingin menggunakan perkhidmatan menghantar tong gas ke
rumah di Kijaya Trading, mereka bolehlah menelefon atau menghantar mesej pada
talian khas Kijaya Trading ataupun melalui laman Facebook. Dengan kemudahan-
kemudahan fizikal yang tersedia ini, pelanggan mula menunjukkan kesetiaan
mereka kepada Kijaya Trading dan ini meningkatkan lagi prestasi perniagaan.
5. Persaingan dan Jaringan
 Kijaya Trading menjual barang-barang keperluan yang berkualiti dengan harga yang
sangat berpatutan dan bersesuaian dengan taburan pendapatan penduduk
kampung Kilimu. Oleh kerana Kijaya Trading merupakan satu-satunya kedai runcit
dan ditambahkan lagi dengan ketinggian kualiti barang-barang yang dijualnya,
penduduk kampung Kilimu sangat gemar berurus niaga dengan Kijaya Trading.
Oleh itu, prestasi perniagaan Kijaya Trading turut meningkat.
Berikut adalah persekitaran perniagaan tugas atau langsung yang mempengaruhi prestasi
perniagaan kedai runcit Kijaya Trading.
1. Pelanggan
 Kijaya Trading tidak pernah mengabaikan keperluan, kehendak dan kebajikan
pelanggan. Kijaya Trading sentiasa prihatin terhadap pelanggan. Contohnya, jika
barang yang dibeli oleh pelanggan dari Kijaya Trading rosak, mereka boleh
menuntut kembali wang mereka atau menukar barang tersebut kepada barang yang
bagus. Selain itu, pelanggan boleh menyatakan barang yang mereka perlukan atau
menulis cadangan dan letakkan dalam peti cadangan yang disediakan untuk
10
dipertimbangkan oleh Kijaya Trading. “Feedback” atau tindak balas daripada Kijaya
Trading akan sentiasa diberikan kepada pelanggan. Dengan ini, pelanggan berpuas
hati dengan perkhidmatan Kijaya Trading dan mereka akan terus membeli barang di
Kijaya Trading. Oleh itu, jualan akan bertambah dan keuntungan meningkat.
2. Pembekal
 Kijaya Trading menjaga hubungan baik dengan pembekal dengan membayar
hutang dengan segera supaya bekalan barang-barang runcit berterusan dan tidak
terjejas. Oleh itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
3. Kerajaan
 Kijaya Trading patuh dan bekerjasama dengan kerajaan seperti tidak menaikkan
harga barang dengan sewenang-wenangnya agar hubungan baik dapat dilakukan.
4. Pekerja
 Kijaya Trading memberi latihan serta motivasi kepada pekerja-pekerjanya dan
membayar gaji mereka mengikut kontrak. Kijaya Trading juga memberikan cuti
kepada pekerjanya pada hari-hari tertentu dan meluluskan cuti pekerja jika mereka
menghadapi masalah demi menjaga kebajikan mereka. Oleh itu, pekerja
berpuashati dengan suasana kerja dan mereka memberikan perkhidmatan yang
berkualiti. Dengan itu, perniagaan akan meningkat.
Fungsi Pengurusan
Pemilik Kijaya Trading yang juga merupakan pengurus Kijaya Trading melaksanakan
sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi ke arah mencapai matlamat dan
objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.
1. Perancangan
 Pengurus Kijaya Trading menentukan matlamat yang ingin dicapai seperti
mendapatkan pulangan modal setelah satu tahun berniaga dan menentukan
tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi seperti menjual
barang-barang keperluan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dengan
mencari pembekal barang-barang runcit yang baik bagi memastikan pelanggan
setia membeli di Kijaya Trading. Pengurus Kijaya Trading membuat perancangan
untuk mewujudkan arah tuju bagi memastikan beliau tahu apa sebenarnya yang
ingin dilakukannya dan tahu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang
11
telah diputuskan. Apabila pengurus tahu arah tujuannya, maka perniagaan akan
berjalan lancar seperti yang dirancang dan perniagaan akan meningkat.
2. Pengorganisasian
 Pengurus menyusun dan mengagihkan sumber organisasi untuk melaksanakan
tugas yang ditetapkan supaya matlamat Kijaya Trading tercapai. Pengurus
mengupah 2 orang pekerja untuk bekerja di Kijaya Trading. Seorang pekerja
diberikan tugas untuk menjadi penjaga kaunter atau cashier dan menyusun barang-
barang runcit dalam kedai serta memastikan kebersihan kedai manakala pekerja
yang satu lagi ditugaskan untuk menguruskan panggilan-panggilan telefon yang
diterima daripada pelanggan serta mencatat mesej-mesej pelanggan yang
menyatakan pendapat atau cadanagan mereka di Facebook dan mengendalikan
perkhidmatan menghantar tong gas ke rumah pelanggan. Pengorganisasian yang
dilakuakan oleh pengurus Kijaya Trading dapat membantunya melaksanakan apa
yang telah diputuskan dalam perancangan dan dapat mengelakan kerja daripada
bertindih-tindih. Dengan itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja akan berkualiti dan
perniagaan akan meningkat.
3. Kepimpinan
 Pengurus Kijaya Trading cuba mempengaruhi gelagat pekerja dengan
melaksanakan tugasnya sebagai pengurus dengan cekap dan berkesan. 2 orang
pekerja Kijaya Trading menerima arahan daripada pengurus dengan baik
bermaksud, kepimpinannya diterima. Pengurus juga menunjukkan pelbagai bentuk
kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya. Pengurus Kijaya Trading sentiasa
memberi gaji pada masa yang tepat seperti dalam kontrak kepada pekerjanya.
Beliau juga menghormati para pekerjanya dan sering bermotivasi serta memberikan
mereka motivasi agar terus melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab. Oleh
itu, pekerja-pekerja Kijaya Trading sangat berdisiplin semasa bekerja dan mereka
melaksanakan kerja mereka dengan baik. Oleh itu, pelanggan suka untuk membeli
di Kijaya Trading kerana layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-
pekerjanya sangat berkualiti. Maka, perniagaan Kijaya Trading juga meningkat.
12
4. Pengawalan
 Pengurus Kijaya Trading sentiasa memantau prestasi perniagaan dan memastikan
hasil kerja tercapai seperti yang dijangka. Beliau memastikan pekerja-pekerjanya
bekerja dengan baik dan beliau sentiasa memberikan mereka dorongan untuk
melaksanakan kerja dengan berkualiti seperti memberi mereka bonus mengikut
kualiti dan pencapaian mereka dalam melaksanakan tugas mereka dan memberi
mereka hadiah semasa hari jadi mereka untuk memastikan pekerja-pekerja beliau
menjaga prestasi kerja mereka.
Bantuan dan Sokongan
Untuk melonjakkan pendapatan perniagaan Kijaya Trading, pengurus telah memutuskan
untuk menerima bantuan-bantuan berikut:
1. Pengurus Kijaya Trading menerima bantuan khidmat nasihat dari institusi kewangan
yang menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan wang. Dengan nasihat-
nasihat yang beliau dapat daripada institusi kewangan tersebut, kewangan Kijaya
Trading dapat diurus dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain itu, segala kos
pengurusan juga dapat dikurangkan dan keuntungan dapat ditingkatkan.
2. Pengurus turut meminta bantuan kerajaan untuk membaiki keadaan fizikal di
persekitaran Kijaya Trading. Sebagai contoh, pengurus telah memohon daripada
pihak kerajaan agar membuat jalan yang bagus dan diturap di sepanjang laluan
pembeli untuk ke Kijaya Trading dan ianya diluluskan oleh kerajaan. Selain itu,
pengurus Kijaya Trading juga memohon bantuan kerajaan untuk memasang lampu
jalan di sekeliling Kijaya Trading dan permohonan tersebut juga diluluskan. Oleh itu,
terdapat kemudahan yang baik di persekitaran Kijaya Trading dan ini memudahkan
pelanggan untuk berurus niaga dan membeli di Kijaya Trading. Dengan itu,
pendapatan Kijaya Trading terus melonjak.
3. Pengurus Kijaya Trading juga menghantar kedua-dua orang pekerjanya untuk
mengikuti kursus Peningkatan Kualiti Kerja yang dianjurkan oleh badan swasta.
Dalam kursus tersebut, para pekerja Kijaya Trading diberikan latihan untuk berdepan
dan berkomunikasi dengan pelanggan secara sopan dan mesra. Oleh itu, prestasi
kerja mereka meningkat dan pelanggan selesa dan mereka setia untuk membeli
barang di Kijaya Trading. Dengan itu, pendapatan Kijaya Trading turut meningkat.
4. Pengurus Kijaya Trading juga memberikan peluang kepada salah seorang
pekerjanya untuk menyertai kursus menguruskan pelanggan secara “online”. Kini,
pekerja tersebut mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan dapat memberi
13
mereka tindak balas atau “feedback” yang sesuai jika mereka memberi cadangan
ataupun rungutan dalam telefon ataupun melalui memo dan melalui Facebook rasmi
Kijaya Trading. Oleh itu, para pelanggan akan berpuas hati dan mereka akan mejadi
pelanggan setia di Kijaya Trading.
Etika perniagaan
Walaupun Kijaya Trading tiada saingan di persekitarannya, namun Kijaya Trading tetap
mengamalkan etika perniagaan bagi mengelakkan berlaku kerugian jika adanya saingan
baru yang masuk dalam persekitaran perniagaan Kijaya Trading.
1. Pesaing
 Kijaya Trading menawarkan harga barang yang paling berpatutan iaitu tidak terlalu
rendah dan tidak terlalu tinggi dengan kualiti barang yang tinggi. Oleh itu, apabila
pesaing cuba untuk masuk dalam persekitaran perniagaan Kijaya Trading,
berkemungkinan bahawa mereka akan mendapat untung yang kurang daripada
untung yang diperolehi oleh Kijaya Trading. Sebagai contoh, Kijaya Trading
meletakkan Rm 3.00 bagi harga tepung. Jadi, pesaing terpaksa meletakkan harga
yang lebih rendah bagi tepung untuk memastikan kedai mereka mendapat tumpuan
yang lebih. Oleh itu, keuntungan mereka akan berkurang. Kijaya Trading juga akan
mengamalkan persaingan sihat jika wujudnya pesaing dengan menjual barangan
dan perkhidmatan yang lagi berkualiti serta mengamalkan nilai moral yang baik
seperti tidak mencemarkan nama pesaing. Oleh itu, daya saing perniagaan akan
menjadi lebih tinggi dan kedua-dua perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk
meningkatkan kualiti barang yang mereka jual.
2. Pembekal
 Kijaya Trading membayar kredit perniagaan pada tempoh yang ditetapkan dan
memastikan perjanjian jual beli dipersetujui dengan jelas. Kijaya Trading juga tidak
mengeksploitasi pembekal kecil dengan memaksa mereka menawarkan harga yang
rendah. Oleh itu, Kijaya Trading disenangi oleh pembekal dan mereka akan suka
berurusniaga dengan Kijaya Trading. Maka, Kijaya Trading akan mendapat bekalan
barang runcit secara berterusan dan pembekal tidak akan lari kepada pesaing
Kijaya Trading. Dengan itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan
persaingan dapat dikurangkan.
14
3. Pelanggan
 Kijaya Trading menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan perubahan cita
rasa pengguna. Kijaya Trading juga menyampaikan barangan dan perkhidmatan
kepada pengguna pada masa, kuantiti dan mutu yang tepat dengan harga yang
berpatutan serta memberi maklumat penuh tentang barangan dan perkhidmatan.
Selain itu, Kijaya Trading juga tidak menyembunyikan stok bagi tujuan mendapat
untung dan berusaha membina kepakaran dalam bidang perniagaannya atau
bersikap profesional di dalam tindakannya terhadap pengguna. Dengan itu,
pengguna akan sangat setia dengan Kijaya Trading dan kemungkinan untuk mereka
berurusniaga dengan pesaing ialah amat tipis. Oleh itu, persaingan menjadi rendah
dan pelanggan setia membeli di Kijaya Trading.
4. Kerajaan
 Kijaya Trading membayar cukai perniagaan tepat pada masanya dan jumlahnya.
Kijaya Trading juga melaksanakan perniagaan mengikut undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan. Kijaya Trading juga menyokong semua dasar
kerajaan dan melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Oleh itu, perniagaan
Kijaya Trading akan lebih mendapat kepercayaan dan dilindungi serta ia akan dapat
berniaga dengan lancar. Dengan itu, persaingan juga menjadi kurang kerana Kijaya
Trading akan dapat berniaga dengan lebih lancar berbanding pesaingnya.
5. Pekerja
 Kijaya Trading mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat bagi
pekerjanya dan menjaga kebajikan pekerjanya dari segi pemberian cuti yang cukup
dan perubatan percuma serta lain-lain lagi. Selain itu, Kijaya Trading membayar
upah mengikut kelayakan dan produktiviti pekerjanya. Oleh itu, pekerja akan dapat
bekerja dengan gembira dan kerja mereka akan berkualiti. Apabila kerja mereka
berkualiti, maka pelanggan juga akan berpuas hati dan mereka akan menjadi
pelanggan yang setia kepada Kijaya Trading. Persaingan juga akan berkurangan
dan pelanggan akan tertumpu kepada Kijaya Trading.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurus Kijaya Trading amat peka terhadap persekitaran
perniagaannya dan beliau mencuba dengan sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan
kualiti barang yang dijualnya serta mutu perkhidmatan pekerjanya untuk memastikan
kesetiaan pelanggan yang menentukan untung rugi perniagaannya.
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Refleksi
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini,
apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama
ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada
pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia
memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya
pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan
kerja kursus ini, saya tidak pernah mengetahui apa konsep-konsep penting dalam
perniagaan dan keusahawanan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini
tahu dan faham apakah konsep-konsep perniagaan dan keusahawanan.
Selain itu, saya juga kini tahu cara untuk mengaplikasikan perisian mudah untuk
menyediakan belanjawan. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apakah belanjawan dan
perisisan yang digunakan untuk membuat belanjawan. Namun, setelah melaksanakan kerja
kursus ini, saya dapat menyediakan belanjawan menggunakan perisisan tersebut dengan
usaha saya sendiri berpandukan tunjuk ajar daripada pensyarah dan kawan-kawan saya.
Sebelum ini, saya hanya tahu undang-undang perniagaan namun saya tidak pernah
memahaminya. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya lebih faham dengan mendalam
mengenai undang-undang perniagaan.
Seterusnya, saya kini tahu apakah persekitaran-persekitaran yang perlu diambil kira
sebelum memulakan perniagaan. Sebelum ini, saya hanya tahu mengenai untung dan rugi
perniagaan namun saya tidak pernah mengambil tahu apakah yang menyebabkan untung
rugi tersebut. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini faham mengenai
persekitaran yang mempengaruhi perniagaan. Saya juga tidak pernah mengambil tahu
tentang bantuan dan sokongan perniagaan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini,
saya kini faham akan betapa pentingnya bantuan dan sokongan perniagaan dalam
memastikan keberkesanan perniagaan.
Sebelum ini, saya kurang faham tentang tugas sebenar seorang pengurus
perniagaan. Tetapi, setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya tahu apakah tugas
seorang pengurus. Selama ini, saya juga memandang rendah kerjaya pengurus. Namun
kini, pandangan saya terhadap pengurus berubah dan saya menghormati kerjaya mereka.
Saya kini juga lebih memahami apa itu fungsi pengurusan.
31
Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan
tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua
tugasan. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal,
artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan
bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku kerana buku di perpustakaan IPG mengenai
tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah agak terhad. Oleh yang demikian, saya
terpaksa bersabar untuk menanti buku yang seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh
peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah
otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil
daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh
saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain
terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat bagi menyiapkan kerja
kursus ini. Kamu juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti
buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat
dan kukuh secara tidak langsung.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam
memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang
membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
32
Rujukan
Hadi,A. (2011, 09 22). Scbrid. Retrieved0329, 2014, from
http://www.scribd.com/doc/13489751/Bab-4-Persekitaran-perniagaan
Hasim,M. W. (2007). Keusahawanan . KualaLumpur:Mc Graw Hill Education.
Ibrahim,W.M. (2004). Perakauan Pengurusan. KualaLumpur:Fajar Bakti.
Ibrahim,W.M. (2004). Perakauan Pengurusan Kewangan. KualaLumpur:FajarBakti.
Majadi,F. (2010, 09 22). Wordpress.Retrieved0329, 2014, from
http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-3-entiti-perniagaan/
Mohd, R. (2006). Merancang BisnesKe Arah Kejayaan. KualaLumpur:SprintCareerAcademy.
Mokhsin,K.(2009, 05 09). Slideshare.Retrieved03 29, 2014, from
http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-2fungsi-pengurusan
Yakob,N. R. (2007). AsasPemasaran. KualaLumpur:FajarBakti.
Yusof,A.A. (2003). Prinsip Keusahawanan. KualaLumpur:PearsonMalaysiaSdn.Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
Jagathiswary Jga
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
azfariza
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
Guru Sejarah PraU
 
Akaun belum terima
Akaun belum terimaAkaun belum terima
Akaun belum terima
Mud Pea
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Ckg Nizam
 
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
Thanushah Soniyasee
 

Tendances (20)

Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
 
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismafaktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
 
Halangan komunikasi
Halangan komunikasiHalangan komunikasi
Halangan komunikasi
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francais
 
Rancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyenRancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyen
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Promosi
PromosiPromosi
Promosi
 
Bab 1 TINGKATAN 4.pptx
Bab 1 TINGKATAN 4.pptxBab 1 TINGKATAN 4.pptx
Bab 1 TINGKATAN 4.pptx
 
Akaun belum terima
Akaun belum terimaAkaun belum terima
Akaun belum terima
 
Slide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanSlide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaan
 
Penyelesaian Masalah secara inventif pages 10-31
Penyelesaian Masalah secara inventif pages 10-31Penyelesaian Masalah secara inventif pages 10-31
Penyelesaian Masalah secara inventif pages 10-31
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
 
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
 
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
 
Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan Bab 1 Keusahawanan
Bab 1 Keusahawanan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

En vedette (8)

Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaran
 
Tugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuTugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individu
 
contoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanancontoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanan
 
slide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanslide laporan perniagaan
slide laporan perniagaan
 
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
 
Soalan tugasan
Soalan tugasanSoalan tugasan
Soalan tugasan
 
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanRancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
 

Similaire à Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan

Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Audria
 
pkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaanpkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaan
stia_hardi
 
pkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaanpkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaan
stia_hardi
 
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
wandasoraya
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
miem68
 

Similaire à Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan (20)

inkubasi bisnis pesantren.pptx
inkubasi bisnis pesantren.pptxinkubasi bisnis pesantren.pptx
inkubasi bisnis pesantren.pptx
 
Trri sumono
Trri sumonoTrri sumono
Trri sumono
 
Poposal Rencana usaha
Poposal Rencana usahaPoposal Rencana usaha
Poposal Rencana usaha
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Dasar dasar bisnis
Dasar dasar bisnisDasar dasar bisnis
Dasar dasar bisnis
 
Presentasi Dasar dasar bisnis
Presentasi Dasar dasar bisnisPresentasi Dasar dasar bisnis
Presentasi Dasar dasar bisnis
 
Man.mutu
Man.mutuMan.mutu
Man.mutu
 
laporan pembuatan perdagangan xiomay
laporan pembuatan perdagangan xiomaylaporan pembuatan perdagangan xiomay
laporan pembuatan perdagangan xiomay
 
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
Laporan Hasil Pelaksanaan Studi Lapangan ke Home Industri Keripik Apel dan Do...
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting report
 
pkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaanpkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaan
 
pkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaanpkl tentang kewirausahaan
pkl tentang kewirausahaan
 
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
Usaha, wanda soraya, hapzi ali, proposal perencanaan bisnis,, universitas mer...
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
 
LPJ ISMAIL.pdf
LPJ ISMAIL.pdfLPJ ISMAIL.pdf
LPJ ISMAIL.pdf
 
Training gybi
Training gybiTraining gybi
Training gybi
 
laporan kku UD. Mitra Jaya (lengkap)
laporan kku UD. Mitra Jaya (lengkap)laporan kku UD. Mitra Jaya (lengkap)
laporan kku UD. Mitra Jaya (lengkap)
 
Profil slc one
Profil slc oneProfil slc one
Profil slc one
 
Contoh proposal bisnis_jasa_bimbel
Contoh proposal bisnis_jasa_bimbelContoh proposal bisnis_jasa_bimbel
Contoh proposal bisnis_jasa_bimbel
 
A
AA
A
 

Plus de Sherly Jewinly

Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Sherly Jewinly
 

Plus de Sherly Jewinly (20)

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
 
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship Senamrobik
 
Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
 

Dernier

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Dernier (20)

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 

Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan

  • 1. 1 Biodata Nama : Sherly Jewinly No. I/C : Tarikh lahir : 22 September 1995 Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah Asal : Ranau, Sabah Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah, Malaysia Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013
  • 2. 2 NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata 1 2 Isi Kandungan 2 3 Penghargaan 3 4 Pendahuluan 4 5 Soalan 5 6 Tugasan 1  Pengenalan  Persekitaran Perniagaan  Fungsi Perniagaan  Bantuan dan Sokongan Perniagaan  Etika Perniagaan  Kesimpulan 6-14 7 Tugasan 2 15-29 8 Refleksi 30-31 9 Rujukan 32 10 Lampiran 33
  • 3. 3 Penghargaan Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Asas Perniagaan dan Keusahawanan saya, Puan Arfah Hj. Abdul Karim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
  • 4. 4 Pendahuluan Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu tugasan pertama ,penyiasatan mengenai perniagaan yang dipilih sebagai tugasan individu dan tugasan kedua ,tugasan powerpoint mengenai idea pemasaran dan proforma penyata pendapatan bagi produk yang dipilih bagi tugasan berkumpulan. Dalam tugasan pertama, kami haruslah mengenalpasti satu entity perniagaan dan laksanakan penyiasatan mengenai persekitaran perniagaan, fungsi pengurusan, bantuan dan sokongan perniagaan serta etika perniagaan. Manakala dalam tugasan kedua pula, secara berkumpulan ( 3 ahli ), kami dikehendaki untuk merancang pengeluaran satu produk bagi warga Kompleks Pendidikan Nilai dan kami dikehendaki untuk membentangkan idea pemasaran dan proforma penyata pendapatan bagi produk kumpulan kami.
  • 5. 5 Soalan Tugasan 1 Perubahan yang kompetitif lahir dari usahawan yang dinamik, peka kepada perubahan persekitaran, bijak mengambil peluang dan pengurusan yang mantap. Secara individu, anda dikehendaki mengenalpasti satu entity perniagaan. Kemudian, laksanakan penyiasatan berkaitan; 1. Persekitaran perniagaan yang mempengaruhi prestasi perniagaan tersebut dan sejauhmana peniaga peka kepada perniagaan tersebut. 2. Pelaksanaan fungsi pengurusan dan kesannya kepada potensi perniagaan. 3. Bantuan dan sokongan perniagaan yang boleh melonjak pendapatan perniagaan 4. Amalan beretika perniagaan dan kesannya kepada daya saing perniagaan. Menggunakan data-data yang dikumpulkan sediakan satu laporan penyiasatan anda. Tugasan 2 Secara berkumpulan (3 ahli), rancang pengeluaran satu produk untuk warga Kompleks Pendidikan Nilai, lakukan pemetakan pasaran dan pilih satu pasaran sasaran berpotensi. Seterusnya, tentukan kos pengeluaran dan rancang campuran pemasaran harga dan produk yang sesuai. Sediakan proforma penyata pendapatan untuk enam bulan menggunakan excel. Seterusnya, menggunakan powerpoint, bentang idea pemasaran dan proforma penyata pendapatan bagi produk kumpulan anda kepada pensyarah dan rakan kelas. Hantar salinan keras pembentangan kumpulan anda berserta spreadsheet excel proforma penyata pendapatan dalam bentuk cakera liut.
  • 6. 6 Pengenalan Untuk tugasan pertama bagi kerja kursus ini, saya memilih sebuah kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan harian dan terletak berhampiran dengan rumah saya sebagai entiti perniagaan. Nama kedai runcit tersebut ialah Kijaya Trading dan ia dimiliki oleh Encik Jewinly Jaudin. Kijaya Trading terletak di kampung Kilimu, Ranau, Sabah dan ia dibina di atas tanah milik Encik Jewinly Jaudin sendiri. Kijaya Trading merupakan satu- satunya kedai runcit di Kampung Kilimu dan Kijaya Trading teletak dengan strategik di tengah-tengah kampong Kilimu dan bedekatan dengan sebuah sekolah rendah iaitu SK Kilimu, flat guru dan kuartes kakitangan kerajaan. Kijaya Trading mula berniaga seawal jam 7.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam dan Kijaya Trading mengupah 2 orang pekerja. Perniagaan ini mulai berniaga pada tahun 2008 sehingga kini. Modal Encik Jewinly Jaudin untuk memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM 25 000. Matlamat Encik Jewinly Jaudin untuk menjalankan perniagaan ini adalah untuk mendapat keuntungan ataupun pendapatan sampingan kerana beliau sebenarnya bekerja sebagai seorang kontraktor dan beliau juga menjalankan perniagaan ini untuk menawarkan barangan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan serta kehendak pelanggan. Untung bersih setiap bulan bagi Kijaya Trading ialah RM7 000 iaitu sama dengan RM 84 000 setahun. Gambar 1(a) Gambar 1(b) Gambar 1(a) dan 1(b) meunjukkan kedai runcit yang saya pilih iaitu Kijaya Trading.
  • 7. 7 Gambar 1 (c) , 1 (d) dan 1(e) menunjukkan barang-barang runcit yang dijual di Kijaya Trading Gambar 1 (f) : Gambar menunjukkan salah satu pekerja Kijaya Trading. Gambar 1 (c) Gambar 1 (d) Gambar 1 (e)
  • 8. 8 Persekitaran Perniagaan Berikut adalah persekitaran perniagaan secara umum atau tidak langsung yang mempengaruhi prestasi perniagaan kedai runcit Kijaya Trading. 1. Ekonomi  Persekitaran ekonomi tempatan yang stabil menyebabkan perniagaan berjalan dengan lancar dan perniagaan juga berjaya ditingkatkan. Sistem kewangan dan perbankan yang efisien serta peniaga yang beretika juga menyebabkan perniagaan Kijaya Trading dapat berjalan dengan lancar. Kuasa beli pelanggan yang sederhana dan tidak rendah yang dipengaruhi juga menyebabkan perniagaan berjalan lancar dan meningkat. 2. Sosiobudaya  Kijaya Trading terletak di tengah-tengah Kampung Kilimu yang jauh daripada pekan dan mempunyai lebih kurang 750 orang penduduk yang majoritinya berbangsa Dusun. Dalam budaya orang Dusun, mereka akan memakan makanan tradisional yang dipanggil Tuhan setiap kali mereka menjamu selera. Untuk membuat Tuhau, mereka haruslah mempunyai bahan-bahan keperluan membuat Tuhau. Oleh itu, mereka akan membeli bahan-bahan yang terdapat di Kijaya Trading setiap kali mereka membuat Tuhau. Selain itu, apabila musim perayaan seperti Harvest Festival dan Krismas terutamanya, penduduk kampung Kilimu akan membeli barang-barang untuk membuat rumah terbuka dengan banyak di Kijaya Trading. Hampir separuh daripada penduduk dewasa kampung Kilimu bekerja dengan kerajaan , berpendapatan tetap dan semua penduduk kampung kilimu berkemampuan untuk menyara hidup. Oleh kerana Kijaya Trading merupakan satu- satunya kedai runcit di Kampung Kilimu, maka ianya menjadi tumpuan hampir kesemua penduduk kampung untuk mendapatkan barangan keperluan harian terutamanya golongan suri rumah yang memerlukan barang-barang keperluan harian seperti barang keperluan memasak mereka akan membelinya di Kijaya Trading. Seperti yang dinyatakan pada pengenalan, Kijaya Trading terletak berhampiran dengan sekolah dan sekolah tersebut tidak mempunyai koperasi. Maka, murid-murid sekolah tersebut bergantung dengan Kijaya Trading untuk membeli dan mendapatkan alatan-alatan tulis seperti buku, pemadam, pembaris dan sebagainya. Oleh kerana Kijaya Trading menjadi tumpuan semua penduduk kampung Kilimu, maka perniagaan meningkat dan Kijaya Trading mendapat keuntungan maksimum.
  • 9. 9 3. Politik dan perundangan  Persekitaran politik yang stabil dan penguatkuasaan yang berada di tempat yang baik menyebabkan prestasi perniagaan Kijaya Trading baik dan lancar. 4. Fizikal  Kemudahan fizikal yang terdapat di persekitaran Kijaya Trading amat memuaskan. Terdapat jalan raya yang berturap yang akan memudahkan perjalanan para pelanggan untuk membeli di Kijaya Trading dan terdapat lampu jalan di sekeliling Kijaya Trading yang memudahkan para pelanggan apabila mereka datang untuk membeli terutamanya pada waktu malam. Persekitaran Kijaya Trading yang mempunyai sistem kemudahan komunikasi yang baik juga memudahkan urusan perniagaan. Apabila pelanggan ingin bertanya keadaan barang yang ingin mereka beli ataupun jika mereka ingin menggunakan perkhidmatan menghantar tong gas ke rumah di Kijaya Trading, mereka bolehlah menelefon atau menghantar mesej pada talian khas Kijaya Trading ataupun melalui laman Facebook. Dengan kemudahan- kemudahan fizikal yang tersedia ini, pelanggan mula menunjukkan kesetiaan mereka kepada Kijaya Trading dan ini meningkatkan lagi prestasi perniagaan. 5. Persaingan dan Jaringan  Kijaya Trading menjual barang-barang keperluan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan dan bersesuaian dengan taburan pendapatan penduduk kampung Kilimu. Oleh kerana Kijaya Trading merupakan satu-satunya kedai runcit dan ditambahkan lagi dengan ketinggian kualiti barang-barang yang dijualnya, penduduk kampung Kilimu sangat gemar berurus niaga dengan Kijaya Trading. Oleh itu, prestasi perniagaan Kijaya Trading turut meningkat. Berikut adalah persekitaran perniagaan tugas atau langsung yang mempengaruhi prestasi perniagaan kedai runcit Kijaya Trading. 1. Pelanggan  Kijaya Trading tidak pernah mengabaikan keperluan, kehendak dan kebajikan pelanggan. Kijaya Trading sentiasa prihatin terhadap pelanggan. Contohnya, jika barang yang dibeli oleh pelanggan dari Kijaya Trading rosak, mereka boleh menuntut kembali wang mereka atau menukar barang tersebut kepada barang yang bagus. Selain itu, pelanggan boleh menyatakan barang yang mereka perlukan atau menulis cadangan dan letakkan dalam peti cadangan yang disediakan untuk
  • 10. 10 dipertimbangkan oleh Kijaya Trading. “Feedback” atau tindak balas daripada Kijaya Trading akan sentiasa diberikan kepada pelanggan. Dengan ini, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan Kijaya Trading dan mereka akan terus membeli barang di Kijaya Trading. Oleh itu, jualan akan bertambah dan keuntungan meningkat. 2. Pembekal  Kijaya Trading menjaga hubungan baik dengan pembekal dengan membayar hutang dengan segera supaya bekalan barang-barang runcit berterusan dan tidak terjejas. Oleh itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar. 3. Kerajaan  Kijaya Trading patuh dan bekerjasama dengan kerajaan seperti tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya agar hubungan baik dapat dilakukan. 4. Pekerja  Kijaya Trading memberi latihan serta motivasi kepada pekerja-pekerjanya dan membayar gaji mereka mengikut kontrak. Kijaya Trading juga memberikan cuti kepada pekerjanya pada hari-hari tertentu dan meluluskan cuti pekerja jika mereka menghadapi masalah demi menjaga kebajikan mereka. Oleh itu, pekerja berpuashati dengan suasana kerja dan mereka memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Dengan itu, perniagaan akan meningkat. Fungsi Pengurusan Pemilik Kijaya Trading yang juga merupakan pengurus Kijaya Trading melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan. 1. Perancangan  Pengurus Kijaya Trading menentukan matlamat yang ingin dicapai seperti mendapatkan pulangan modal setelah satu tahun berniaga dan menentukan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi seperti menjual barang-barang keperluan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dengan mencari pembekal barang-barang runcit yang baik bagi memastikan pelanggan setia membeli di Kijaya Trading. Pengurus Kijaya Trading membuat perancangan untuk mewujudkan arah tuju bagi memastikan beliau tahu apa sebenarnya yang ingin dilakukannya dan tahu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang
  • 11. 11 telah diputuskan. Apabila pengurus tahu arah tujuannya, maka perniagaan akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan perniagaan akan meningkat. 2. Pengorganisasian  Pengurus menyusun dan mengagihkan sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan supaya matlamat Kijaya Trading tercapai. Pengurus mengupah 2 orang pekerja untuk bekerja di Kijaya Trading. Seorang pekerja diberikan tugas untuk menjadi penjaga kaunter atau cashier dan menyusun barang- barang runcit dalam kedai serta memastikan kebersihan kedai manakala pekerja yang satu lagi ditugaskan untuk menguruskan panggilan-panggilan telefon yang diterima daripada pelanggan serta mencatat mesej-mesej pelanggan yang menyatakan pendapat atau cadanagan mereka di Facebook dan mengendalikan perkhidmatan menghantar tong gas ke rumah pelanggan. Pengorganisasian yang dilakuakan oleh pengurus Kijaya Trading dapat membantunya melaksanakan apa yang telah diputuskan dalam perancangan dan dapat mengelakan kerja daripada bertindih-tindih. Dengan itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja akan berkualiti dan perniagaan akan meningkat. 3. Kepimpinan  Pengurus Kijaya Trading cuba mempengaruhi gelagat pekerja dengan melaksanakan tugasnya sebagai pengurus dengan cekap dan berkesan. 2 orang pekerja Kijaya Trading menerima arahan daripada pengurus dengan baik bermaksud, kepimpinannya diterima. Pengurus juga menunjukkan pelbagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya. Pengurus Kijaya Trading sentiasa memberi gaji pada masa yang tepat seperti dalam kontrak kepada pekerjanya. Beliau juga menghormati para pekerjanya dan sering bermotivasi serta memberikan mereka motivasi agar terus melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab. Oleh itu, pekerja-pekerja Kijaya Trading sangat berdisiplin semasa bekerja dan mereka melaksanakan kerja mereka dengan baik. Oleh itu, pelanggan suka untuk membeli di Kijaya Trading kerana layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja- pekerjanya sangat berkualiti. Maka, perniagaan Kijaya Trading juga meningkat.
  • 12. 12 4. Pengawalan  Pengurus Kijaya Trading sentiasa memantau prestasi perniagaan dan memastikan hasil kerja tercapai seperti yang dijangka. Beliau memastikan pekerja-pekerjanya bekerja dengan baik dan beliau sentiasa memberikan mereka dorongan untuk melaksanakan kerja dengan berkualiti seperti memberi mereka bonus mengikut kualiti dan pencapaian mereka dalam melaksanakan tugas mereka dan memberi mereka hadiah semasa hari jadi mereka untuk memastikan pekerja-pekerja beliau menjaga prestasi kerja mereka. Bantuan dan Sokongan Untuk melonjakkan pendapatan perniagaan Kijaya Trading, pengurus telah memutuskan untuk menerima bantuan-bantuan berikut: 1. Pengurus Kijaya Trading menerima bantuan khidmat nasihat dari institusi kewangan yang menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan wang. Dengan nasihat- nasihat yang beliau dapat daripada institusi kewangan tersebut, kewangan Kijaya Trading dapat diurus dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain itu, segala kos pengurusan juga dapat dikurangkan dan keuntungan dapat ditingkatkan. 2. Pengurus turut meminta bantuan kerajaan untuk membaiki keadaan fizikal di persekitaran Kijaya Trading. Sebagai contoh, pengurus telah memohon daripada pihak kerajaan agar membuat jalan yang bagus dan diturap di sepanjang laluan pembeli untuk ke Kijaya Trading dan ianya diluluskan oleh kerajaan. Selain itu, pengurus Kijaya Trading juga memohon bantuan kerajaan untuk memasang lampu jalan di sekeliling Kijaya Trading dan permohonan tersebut juga diluluskan. Oleh itu, terdapat kemudahan yang baik di persekitaran Kijaya Trading dan ini memudahkan pelanggan untuk berurus niaga dan membeli di Kijaya Trading. Dengan itu, pendapatan Kijaya Trading terus melonjak. 3. Pengurus Kijaya Trading juga menghantar kedua-dua orang pekerjanya untuk mengikuti kursus Peningkatan Kualiti Kerja yang dianjurkan oleh badan swasta. Dalam kursus tersebut, para pekerja Kijaya Trading diberikan latihan untuk berdepan dan berkomunikasi dengan pelanggan secara sopan dan mesra. Oleh itu, prestasi kerja mereka meningkat dan pelanggan selesa dan mereka setia untuk membeli barang di Kijaya Trading. Dengan itu, pendapatan Kijaya Trading turut meningkat. 4. Pengurus Kijaya Trading juga memberikan peluang kepada salah seorang pekerjanya untuk menyertai kursus menguruskan pelanggan secara “online”. Kini, pekerja tersebut mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan dapat memberi
  • 13. 13 mereka tindak balas atau “feedback” yang sesuai jika mereka memberi cadangan ataupun rungutan dalam telefon ataupun melalui memo dan melalui Facebook rasmi Kijaya Trading. Oleh itu, para pelanggan akan berpuas hati dan mereka akan mejadi pelanggan setia di Kijaya Trading. Etika perniagaan Walaupun Kijaya Trading tiada saingan di persekitarannya, namun Kijaya Trading tetap mengamalkan etika perniagaan bagi mengelakkan berlaku kerugian jika adanya saingan baru yang masuk dalam persekitaran perniagaan Kijaya Trading. 1. Pesaing  Kijaya Trading menawarkan harga barang yang paling berpatutan iaitu tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi dengan kualiti barang yang tinggi. Oleh itu, apabila pesaing cuba untuk masuk dalam persekitaran perniagaan Kijaya Trading, berkemungkinan bahawa mereka akan mendapat untung yang kurang daripada untung yang diperolehi oleh Kijaya Trading. Sebagai contoh, Kijaya Trading meletakkan Rm 3.00 bagi harga tepung. Jadi, pesaing terpaksa meletakkan harga yang lebih rendah bagi tepung untuk memastikan kedai mereka mendapat tumpuan yang lebih. Oleh itu, keuntungan mereka akan berkurang. Kijaya Trading juga akan mengamalkan persaingan sihat jika wujudnya pesaing dengan menjual barangan dan perkhidmatan yang lagi berkualiti serta mengamalkan nilai moral yang baik seperti tidak mencemarkan nama pesaing. Oleh itu, daya saing perniagaan akan menjadi lebih tinggi dan kedua-dua perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti barang yang mereka jual. 2. Pembekal  Kijaya Trading membayar kredit perniagaan pada tempoh yang ditetapkan dan memastikan perjanjian jual beli dipersetujui dengan jelas. Kijaya Trading juga tidak mengeksploitasi pembekal kecil dengan memaksa mereka menawarkan harga yang rendah. Oleh itu, Kijaya Trading disenangi oleh pembekal dan mereka akan suka berurusniaga dengan Kijaya Trading. Maka, Kijaya Trading akan mendapat bekalan barang runcit secara berterusan dan pembekal tidak akan lari kepada pesaing Kijaya Trading. Dengan itu, perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan persaingan dapat dikurangkan.
  • 14. 14 3. Pelanggan  Kijaya Trading menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan perubahan cita rasa pengguna. Kijaya Trading juga menyampaikan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna pada masa, kuantiti dan mutu yang tepat dengan harga yang berpatutan serta memberi maklumat penuh tentang barangan dan perkhidmatan. Selain itu, Kijaya Trading juga tidak menyembunyikan stok bagi tujuan mendapat untung dan berusaha membina kepakaran dalam bidang perniagaannya atau bersikap profesional di dalam tindakannya terhadap pengguna. Dengan itu, pengguna akan sangat setia dengan Kijaya Trading dan kemungkinan untuk mereka berurusniaga dengan pesaing ialah amat tipis. Oleh itu, persaingan menjadi rendah dan pelanggan setia membeli di Kijaya Trading. 4. Kerajaan  Kijaya Trading membayar cukai perniagaan tepat pada masanya dan jumlahnya. Kijaya Trading juga melaksanakan perniagaan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Kijaya Trading juga menyokong semua dasar kerajaan dan melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Oleh itu, perniagaan Kijaya Trading akan lebih mendapat kepercayaan dan dilindungi serta ia akan dapat berniaga dengan lancar. Dengan itu, persaingan juga menjadi kurang kerana Kijaya Trading akan dapat berniaga dengan lebih lancar berbanding pesaingnya. 5. Pekerja  Kijaya Trading mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat bagi pekerjanya dan menjaga kebajikan pekerjanya dari segi pemberian cuti yang cukup dan perubatan percuma serta lain-lain lagi. Selain itu, Kijaya Trading membayar upah mengikut kelayakan dan produktiviti pekerjanya. Oleh itu, pekerja akan dapat bekerja dengan gembira dan kerja mereka akan berkualiti. Apabila kerja mereka berkualiti, maka pelanggan juga akan berpuas hati dan mereka akan menjadi pelanggan yang setia kepada Kijaya Trading. Persaingan juga akan berkurangan dan pelanggan akan tertumpu kepada Kijaya Trading. Kesimpulan Kesimpulannya, pengurus Kijaya Trading amat peka terhadap persekitaran perniagaannya dan beliau mencuba dengan sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan kualiti barang yang dijualnya serta mutu perkhidmatan pekerjanya untuk memastikan kesetiaan pelanggan yang menentukan untung rugi perniagaannya.
  • 15. 15
  • 16. 16
  • 17. 17
  • 18. 18
  • 19. 19
  • 20. 20
  • 21. 21
  • 22. 22
  • 23. 23
  • 24. 24
  • 25. 25
  • 26. 26
  • 27. 27
  • 28. 28
  • 29. 29
  • 30. 30 Refleksi Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya tidak pernah mengetahui apa konsep-konsep penting dalam perniagaan dan keusahawanan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini tahu dan faham apakah konsep-konsep perniagaan dan keusahawanan. Selain itu, saya juga kini tahu cara untuk mengaplikasikan perisian mudah untuk menyediakan belanjawan. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apakah belanjawan dan perisisan yang digunakan untuk membuat belanjawan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menyediakan belanjawan menggunakan perisisan tersebut dengan usaha saya sendiri berpandukan tunjuk ajar daripada pensyarah dan kawan-kawan saya. Sebelum ini, saya hanya tahu undang-undang perniagaan namun saya tidak pernah memahaminya. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya lebih faham dengan mendalam mengenai undang-undang perniagaan. Seterusnya, saya kini tahu apakah persekitaran-persekitaran yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Sebelum ini, saya hanya tahu mengenai untung dan rugi perniagaan namun saya tidak pernah mengambil tahu apakah yang menyebabkan untung rugi tersebut. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini faham mengenai persekitaran yang mempengaruhi perniagaan. Saya juga tidak pernah mengambil tahu tentang bantuan dan sokongan perniagaan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini faham akan betapa pentingnya bantuan dan sokongan perniagaan dalam memastikan keberkesanan perniagaan. Sebelum ini, saya kurang faham tentang tugas sebenar seorang pengurus perniagaan. Tetapi, setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya tahu apakah tugas seorang pengurus. Selama ini, saya juga memandang rendah kerjaya pengurus. Namun kini, pandangan saya terhadap pengurus berubah dan saya menghormati kerjaya mereka. Saya kini juga lebih memahami apa itu fungsi pengurusan.
  • 31. 31 Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua tugasan. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah agak terhad. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kamu juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung. Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
  • 32. 32 Rujukan Hadi,A. (2011, 09 22). Scbrid. Retrieved0329, 2014, from http://www.scribd.com/doc/13489751/Bab-4-Persekitaran-perniagaan Hasim,M. W. (2007). Keusahawanan . KualaLumpur:Mc Graw Hill Education. Ibrahim,W.M. (2004). Perakauan Pengurusan. KualaLumpur:Fajar Bakti. Ibrahim,W.M. (2004). Perakauan Pengurusan Kewangan. KualaLumpur:FajarBakti. Majadi,F. (2010, 09 22). Wordpress.Retrieved0329, 2014, from http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-3-entiti-perniagaan/ Mohd, R. (2006). Merancang BisnesKe Arah Kejayaan. KualaLumpur:SprintCareerAcademy. Mokhsin,K.(2009, 05 09). Slideshare.Retrieved03 29, 2014, from http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-2fungsi-pengurusan Yakob,N. R. (2007). AsasPemasaran. KualaLumpur:FajarBakti. Yusof,A.A. (2003). Prinsip Keusahawanan. KualaLumpur:PearsonMalaysiaSdn.Bhd.