SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
Pengalaman Kena Denda di Sekolah
By admin | Published: January 29, 2012




                                                                 Ramai kanak-kanak semasa di
alam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah atau hukuman yang
melibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun di
sekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya
akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka.

Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi
kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula
beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.

“Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal dan
psikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujar
wakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar.

Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani
hukuman fizikal di sekolah

Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan
kurang bermotivasi untuk berjaya.
Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif
daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak.

Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan di
seluruh dunia termasuk Malaysia.

Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu mendedahkan skop yang mengejutkan ke atas
keganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebih
meluas.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yang
sepatutnya melindungi mereka.

Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yang
pernah menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli.

Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolah
mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif.

“Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia juga
boleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marah
terhadap pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balas
terhadap sesuatu perkara.

“Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akan
terbawa-bawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa,” jelas Youssouf.

Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yang
mempunyai masalah disiplin serta salah laku.

Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan buli
menjadi penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah di
negara ini.

Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan
hukuman jasmani.

UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan
dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.

Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut
mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua
keadaan sekalipun.
Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssouf
mencadangkan cara alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkan
prestasi pelajar dalam pelajaran dan keperluan psikologi mereka.

“Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamat
menjadikan suasana kelas yang lebih berdisiplin.

“Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi,
keyakinan dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan.

“Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kita
memberikan satu panduan yang positif.

“Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat juga
mencari alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yang
lebih positif dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” katanya
Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains
Oleh Sabri Ahmad
2012/03/29

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-
baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata
pelajaran sains di peringkat sekolah.

Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun
banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju
seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk
mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding
jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah
tinggi.

Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif
daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi.
Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan
cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar
beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam
peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti.

Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains
lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih
luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan
negara.

Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku
lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka
ikuti.

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri
daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon
mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi
bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal
Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi
menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan
sehingga 27 peratus pada 2012.

Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada
jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum
tercapai.

Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam
bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus
dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.

Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi
graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti.
Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga
mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah
membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran
berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat
perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan
program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif
dan inovatif.

Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran
Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah
pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source
Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.

BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di
Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan
video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi
di negara ini.

Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan,
Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan
kreatif.
Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar
subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.

Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof
Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita
agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’.

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia
memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana
seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas
teknologi dan tranformasi ekonomi negara.

Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia


PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS



Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang
berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu
program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-
kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan,
percepatan dan pengelompokan.
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan
berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.

PROGRAM PENGAYAAN
Aktiviti pendedahan
Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu
sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah.
Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari
mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang
ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu
mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
pendedahan.
Latihan berkelompok
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek
dan inkuiri-penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara
kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah
sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar
cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang
dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat
laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-
kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,
melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu
dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan
memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6
bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini
dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang
terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk
menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih
sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students
Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi
keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :
o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat
individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium
yang memberi keselesaan kepada pelajar.
o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar
untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word
Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program
komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan
pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin
membina pelbagai “skills” mereka.
o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
“bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.
Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah
bersedia untuk menggunakannya.
o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai
penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat
untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,
mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.
o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat
luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui
“software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan
lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi
komputer ini.

Kesimpulan
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada
makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk
membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga
dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya
dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual
amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar
cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana
masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada
kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.




http://reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH
               DAN PROGRAM PENDIDIKAN
                                   oleh Azman Kanil @Konil




PENGENALAN

Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati
saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya
dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima
arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat
rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik
rakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagi
aktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayan
kerenah murid tadi.
Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanak
pintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepada
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


KONSEP

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula
didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai
kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan
manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan
istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu
mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat.
Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap
sesuatu fenomena yang abstrak.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah
mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum
yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak
pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang
tinggi.
Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa
kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu:

     1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan;
         kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing.

     2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal
         atau perkara.

     3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan
         tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik
         dan memori secara visual.

     4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor.

     5. Kemahiran muzikal.

     6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori.

     7.Interaksi sosial (interpersonal skills).

     8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.

     9.Hubungan dalaman (intrapersonal).
     10. Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain.

Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa
dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang
lain.

Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberi
definisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut boleh
diklasifikasikan sebagai pintar cerdas?

     o Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan
         keluarganya kacau bilau.

     o Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah.

     o Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.
Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk
      kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada
      tanggungjawab dan perkembangan diri individu.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan
sosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah:

     a. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.

     b. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain.

     c.Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat
         mengetahui pelbagai hal.

     d. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran.

     e. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami
         makna.

     f. Mereka juga mempunyai sifat kelakar.

     g. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru.

     h. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi.

     i. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat.

     j. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru.

     k.Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka.

     l. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik.

     m. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea
         orang lain
Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah:

   a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja.

   b. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka
        akan mempersoalkan mengapa tidak boleh?

   c. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah.

   d. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu
        menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut.

   e. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang
        lain.

   f.   Boleh terlalu bersikap autokratik.

   g. Kadangkala terlalu inovatif.

   h. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti.

   i.   Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan
        itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas.

   j.   Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak
        menerima kegagalan).

   k. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

   l.   Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua
        menghargainya.

   m. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata,
        “Tapi, cikgu selalu kata….”
Program Pendidikan

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada
kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas
ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.

Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan
penyelidikan masalah sebenar.

Program Pengayaan

Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati.
Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-
maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan
maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah,
pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan
sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak.
Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-
penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil.
Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini
menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan
pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan,
menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim
penghayatan yang mantap.

Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan
cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih
muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi

Program Pengelompokan

Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam
satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini
memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.
Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati
pembelajaran yang lebih sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas

Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart”
telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak
pintar cerdas. Antaranya ialah

   o   Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu
       untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi
       keselesaan kepada pelajar.

   o   Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
       membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat
       memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan
       dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar
       minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.

   o   Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar”
       dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh
       melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk
       menggunakannya.

   o   Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan
       komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.
       Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat
       menggunakan teknologi ini dengan cekap.

   o   Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh
       didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin
       atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan
       masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.

KESIMPULAN

Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.
Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar
cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan
kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan
akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar
cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah
kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada
pada kanak-kanak tadi.

RUJUKAN

Gardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books.

Hasan Hj Mohd Ali, 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

Hasnah Udin, 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jones, G., 1990. Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest.

Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. “Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif Bersepadu
Tentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan” dalam Jurnal Pendidikan,Universiti Malaya.


                                          ©JPMMPKS, 2004




   PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

   Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang
   berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu
   program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
   Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-
   kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan,
   percepatan dan pengelompokan.
   Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan
   berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.

   PROGRAM PENGAYAAN
   Aktiviti pendedahan
   Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut
   yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-
   maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana
   boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini,
   disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu
   mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
   pendedahan.
   Latihan berkelompok
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek
dan inkuiri-penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara
kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah
sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar
cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang
dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat
laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan
cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih
muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada
masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut
minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum
setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari
kurikulum yang lebih tinggi.

Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan
dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program
pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-
kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas
untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work
Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan
belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :
o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu
untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi
keselesaan kepada pelajar.
o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat
memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan
dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar
minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.
o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
“bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga
boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk
menggunakannya.
o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan
komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.
Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat
menggunakan teknologi ini dengan cekap.
o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh
didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin
atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan
masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.

Kesimpulan
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-
Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-
kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran
dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata
malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita
sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau
penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan
masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.

Posted by KHADIJAH ISHAK at 5:29 PM
Email This

hadishak.blogspot.com/2011/04/masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-pintar.html

Contenu connexe

Tendances

4. Access and Equity
4.	Access and Equity4.	Access and Equity
4. Access and Equitymohdfidaiy
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
Paparan mendikbud gawat daurat pendidikan indonesia
Paparan mendikbud   gawat daurat pendidikan indonesiaPaparan mendikbud   gawat daurat pendidikan indonesia
Paparan mendikbud gawat daurat pendidikan indonesiaNove Hasanah
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaNegeri Pelangi
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaDorma Jn
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikansihah
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti yatt87
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...MuhammadZulaziziMohd
 
programme for international student assessment
programme for international student assessmentprogramme for international student assessment
programme for international student assessmentCahaya Cita-Cita
 

Tendances (14)

4. Access and Equity
4.	Access and Equity4.	Access and Equity
4. Access and Equity
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Paparan mendikbud gawat daurat pendidikan indonesia
Paparan mendikbud   gawat daurat pendidikan indonesiaPaparan mendikbud   gawat daurat pendidikan indonesia
Paparan mendikbud gawat daurat pendidikan indonesia
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Ketaksamaan web
Ketaksamaan webKetaksamaan web
Ketaksamaan web
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 
Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1) Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1)
 
programme for international student assessment
programme for international student assessmentprogramme for international student assessment
programme for international student assessment
 

Similaire à masalah pembelajaran

Makalah tawuran pelajar
Makalah   tawuran pelajarMakalah   tawuran pelajar
Makalah tawuran pelajarzulvamunayati
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Quo vadis pendidikan indonesia
Quo vadis pendidikan indonesiaQuo vadis pendidikan indonesia
Quo vadis pendidikan indonesiaDenny Kodrat
 
Political inclination among university studen1 2
Political inclination among university studen1 2Political inclination among university studen1 2
Political inclination among university studen1 2smk ketereh
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...taqiudinzarkasi
 
Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)MenagaThures
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMPsakuramochi
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Paulus Robert Tuerah
 
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxTugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxAndrioN4
 
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinian
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinianPerkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinian
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinianLSP3I
 

Similaire à masalah pembelajaran (20)

Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Makalah tawuran pelajar
Makalah   tawuran pelajarMakalah   tawuran pelajar
Makalah tawuran pelajar
 
4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Quo vadis pendidikan indonesia
Quo vadis pendidikan indonesiaQuo vadis pendidikan indonesia
Quo vadis pendidikan indonesia
 
Combine
CombineCombine
Combine
 
Political inclination among university studen1 2
Political inclination among university studen1 2Political inclination among university studen1 2
Political inclination among university studen1 2
 
Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
 
Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)
 
Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
 
Uks dan daya ungkit sdm
Uks dan daya ungkit sdmUks dan daya ungkit sdm
Uks dan daya ungkit sdm
 
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxTugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
 
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinian
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinianPerkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinian
Perkembangan pendidikan tinggi indonesia kekinian
 

Dernier

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 

Dernier (20)

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 

masalah pembelajaran

  • 1. Pengalaman Kena Denda di Sekolah By admin | Published: January 29, 2012 Ramai kanak-kanak semasa di alam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah atau hukuman yang melibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun di sekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka. Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah. “Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal dan psikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujar wakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar. Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani hukuman fizikal di sekolah Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang bermotivasi untuk berjaya.
  • 2. Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak. Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu mendedahkan skop yang mengejutkan ke atas keganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebih meluas. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yang sepatutnya melindungi mereka. Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yang pernah menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli. Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolah mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif. “Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia juga boleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marah terhadap pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balas terhadap sesuatu perkara. “Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akan terbawa-bawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa,” jelas Youssouf. Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin serta salah laku. Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan buli menjadi penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah di negara ini. Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman jasmani. UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin. Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.
  • 3. Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssouf mencadangkan cara alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran dan keperluan psikologi mereka. “Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamat menjadikan suasana kelas yang lebih berdisiplin. “Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi, keyakinan dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan. “Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kita memberikan satu panduan yang positif. “Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat juga mencari alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yang lebih positif dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” katanya
  • 4. Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains Oleh Sabri Ahmad 2012/03/29 MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru- baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti. Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan negara. Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti. Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal
  • 5. Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012. Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai. Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan. Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan. Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif. Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002. BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini. Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif.
  • 6. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan. Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’. Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi. Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara. Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak- kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan. Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar. PROGRAM PENGAYAAN Aktiviti pendedahan Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Latihan berkelompok
  • 7. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan. Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. Program Percepatan Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak- kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi. Program Pengelompokan Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah : o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
  • 8. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini. Kesimpulan Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi. http://reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
  • 9. KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN oleh Azman Kanil @Konil PENGENALAN Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik rakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagi aktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayan kerenah murid tadi. Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. KONSEP Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.
  • 10. Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu: 1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan; kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing. 2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal atau perkara. 3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. 4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor. 5. Kemahiran muzikal. 6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori. 7.Interaksi sosial (interpersonal skills). 8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain. 9.Hubungan dalaman (intrapersonal). 10. Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain. Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberi definisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut boleh diklasifikasikan sebagai pintar cerdas? o Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan keluarganya kacau bilau. o Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah. o Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.
  • 11. Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada tanggungjawab dan perkembangan diri individu. CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan sosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah: a. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. b. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain. c.Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat mengetahui pelbagai hal. d. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran. e. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami makna. f. Mereka juga mempunyai sifat kelakar. g. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru. h. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi. i. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat. j. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru. k.Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka. l. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik. m. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea orang lain
  • 12. Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah: a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja. b. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka akan mempersoalkan mengapa tidak boleh? c. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah. d. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut. e. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang lain. f. Boleh terlalu bersikap autokratik. g. Kadangkala terlalu inovatif. h. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti. i. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas. j. Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak menerima kegagalan). k. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. l. Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua menghargainya. m. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata, “Tapi, cikgu selalu kata….” Program Pendidikan Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan. Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan
  • 13. penyelidikan masalah sebenar. Program Pengayaan Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat- maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri- penemuan. Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. Program Percepatan Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi Program Pengelompokan Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.
  • 14. Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini. KESIMPULAN Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada
  • 15. pada kanak-kanak tadi. RUJUKAN Gardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books. Hasan Hj Mohd Ali, 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Hasnah Udin, 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jones, G., 1990. Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest. Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. “Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif Bersepadu Tentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan” dalam Jurnal Pendidikan,Universiti Malaya. ©JPMMPKS, 2004 PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak- kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan. Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar. PROGRAM PENGAYAAN Aktiviti pendedahan Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat- maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Latihan berkelompok
  • 16. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan. Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. Program Percepatan Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi. Program Pengelompokan Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak- kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah : o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
  • 17. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini. Kesimpulan Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk- Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak- kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi. Posted by KHADIJAH ISHAK at 5:29 PM Email This hadishak.blogspot.com/2011/04/masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-pintar.html