SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
PENULISAN ILMIAH
      1.   Pengenalan


           Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,
projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,
simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal,
buku atau majalah ilmiah.


           Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal
kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan
hasil penulisan ilmiah yang baik.


           Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah
menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk
kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah
diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan
membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.


2.0        Definisi Konsep


           Penulisan    ilmiah   merupakan   satu   bentuk    penulisan   formal   untuk
mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada
sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam
penulisannya (APA, 2001).


           Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan
satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana,
Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian
secara kerja kursus maupun penyelidikan.


           Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan
bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil


5
pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian,
pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:


1.       Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;
2.       Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
3.       Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;
4.       Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan
         menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
5.       Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat
         sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.


         Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan
dalam:


1.       Masalah yang diteliti,
2.       Kaedah penelitian,
3.       Teknik penulisan bahan ilmiah dan
4.       Penguasaan bahasa yang baik.



3.0      Jenis Penulisan Ilmiah


         Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah
beberapa contoh:



            1.Kerta Kerja Konsep/ Kajian


         Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu
pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau
kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain
seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan


5
atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b)
kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide
penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan.
Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan
daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan
menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas
kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian
dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.


           2.Artikel


       Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya
untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang
awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya
adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang
diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas
konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.


           3.Kertas Projek, Tesis dan Desertasi


       Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk
memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi.
Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara
tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi
dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).



           4.Laporan


       Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau
gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan
berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan


5
ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi
dan Informasi Ilmiah, 1995)



      1.   Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian


           Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut
adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:


4.1        Kertas dan Saiz


           Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah
dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.


              1.Jidar/ Margins


           Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi
lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.


              2.Huruf/ Fonts


           Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah.
Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan.
Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak
bercampur-campur.


              3.Jarak Antara Baris


           Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5
spacing).


              4.Muka surat


5
Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya
digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive
summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.


       Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka
surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian
rujukan dan lampiran.


             5.Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian


       Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional


       HALAMAN JUDUL


       Halaman Judul
       Kandungan
       Senarai Jadual
       Senarai Singkatan
       Lampiran


       BAB 1 PENDAHULUAN


       1.1      Pendahuluan
       1.2      Latar Belakang Kajian
       1.3      Pernyataan Masalah
       1.4      Tujuan Kajian
       1.5      Rasional Kajian
       1.6      Soalan Kajian
       1.7      Batasan Kajian


       BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


5
1.Pendahuluan
          2.2        Tinjauan Am
          2.2        Tinjauan relevan dengan soalan kajian
          2.3        Rumusan


          BAB 3 METODOLOGI


          3.1        Pendahuluan
          3.2        Reka Bentuk Kajian
          3.3        Instrumen
          3.4        Populasi/Sampelan
          3.5        Prosedur Pengumpulan Data
                     - kaedah
                     - kajian rintis
                1.    Pemerosesan dan Analisis Data
                2.    Jadual Kerja
                3.    Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet


          BIBLIOGRAFI
          LAMPIRAN




Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian
                                                          Halaman
Halaman Judul                                                  i
Isi kandungan                                                  ii
Abstrak                                                        iii
    1.0   Pengenalan                                           1
          1.1        Matlamat Kajian
          1.2        Objektif Kajian


5
1.3   Persoalan Kajian
          1.4   Kepentingan Kajian
          1.5   Batasan Kajian
    2.0   Sorotan Kajian                                 4
    3.0 Metodologi Kajian                                6
          3.1   Rekabentuk Kajian
          3.2   Persampelan
          3.3   Instrumentasi
          3.4   Prosedur Kajian
          3.5   Kaedah Analisis Data
    4.0 Perbincangan Dapatan Kajian                      11
          4.1   Demografi
          4.2   .................
    5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan                 20


Rujukan
Lampiran




5.0       Penggunaan Bahasa


          Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta
sesuai     untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah
penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi
memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.


6.0       Perenggan



5
Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau
pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan
kedudukannya dalam penulisan :


6.1        Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka
           • Pengantar
           • Menarik minat dan perhatian pembaca
           • Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
           • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
6.2        Perenggan Penghubung
           • Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
           • Analisa masalah
           • Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik
6.3        Perenggan Penutup
           • Merumus dapatan
           • Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung
           • Ringkas, padat dan pendek




      1.   Topik dan Tajuk


           Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan)
perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa
hal berikut :


           1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
           2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
           3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
           4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi



5
Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya
tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat
dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid
berbentuk terbalik.


            Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah
dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan
dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau
semacam label untuk suatu karangan.


Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:


a.          Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang
lain
b.          Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
c.          Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
d.          Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat
e.          Tidak mengandungi singkatan atau akronim.



       2.   Kerangka Penulisan


            Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun            dalam
komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis
sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang
disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman
kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini
melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan
hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.
Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam
penulisan dengan mudah dan cepat



5
3.   Format Rujukan


             Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai
rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:


(a)          Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
(b)          Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)


             Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan
Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):


(i)          Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang       yang
dirujuk, contohnya:


             Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang
             merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti


(ii)         Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun
perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:


             Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang   lebih
berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).


(iii)        Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,      nama
kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:


             Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji   oleh
Kralj dan Petrovic (1995).


(iv)         Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,
hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:



5
Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam
menyediakan jadual waktu untuk universiti.


(v)        Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh      pengarang
yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b,          c dan seterusnya perlu
digunakan untuk membezakan sumber-sumber              tersebut, contohnya:


           Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir       dan
Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional
Jawa.




      4.   Bibliografi


           Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam
bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan
pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/
bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan
kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu
penulisan.
           Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang
digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan
bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan
suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan
karya ilmiah tersebut.


           Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:


(a)        Buku


5
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda               Pengisian.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.


Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.


(b)    Artikel dalam buku


Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in          Schools: Reflections and
       Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. School Leadership and             Management.
Boston: Allyn & Bacon. 73-91.


(c)    Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The          Intructional   Management
       Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
(d)    Tesis
Chew     Chee    Wan     (1993).   Instructional      Supervision    For     Curriculum
       Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya:          Disertasi
Sarjana Pendidikan.
(e)    Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua      Dan      Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan
Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor:           Kertas kerja tidak diterbitkan.


11.0   Cadangan


       Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan
penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk
menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan
berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri
Johor 2008



5
5.   Rumusan/ Kesimpulan


         Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu
kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana
sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang
penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana
kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.




Rujukan


American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American
         Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.


Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC:
         Gallaudet University.


Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi.
         Jakarta: LIPI.


Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor:
         Penerbitan UTM.




5
5

Contenu connexe

Tendances

Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal IlmiahTeknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal IlmiahIAIN Datokarama Palu
 
Pedoman penulisan jurnal ilmiah
Pedoman penulisan jurnal ilmiahPedoman penulisan jurnal ilmiah
Pedoman penulisan jurnal ilmiahأبو راكع
 
Makalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianMakalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianJerusman Marbun
 
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)AhmadHidayatullah20
 
Penulisan Proposal & Tinjauan Pustaka
Penulisan Proposal & Tinjauan PustakaPenulisan Proposal & Tinjauan Pustaka
Penulisan Proposal & Tinjauan PustakaMimaNasution
 
Sistematika Penulisan Laporan Ilmiah
Sistematika Penulisan Laporan IlmiahSistematika Penulisan Laporan Ilmiah
Sistematika Penulisan Laporan IlmiahLaila Mahmudah R
 
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitian
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitianPerbedaan artikel penelitian dan non penelitian
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitianLusi Efrenti
 
Komponen karya tulis ilmiah
Komponen karya tulis ilmiahKomponen karya tulis ilmiah
Komponen karya tulis ilmiahSiti Farida
 
Ppt karya ilmiah xii ips
Ppt karya ilmiah xii ipsPpt karya ilmiah xii ips
Ppt karya ilmiah xii ipsNahdalia Andani
 
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf oke
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf okePenyusunan laporan penelitian 1 pdf oke
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf okekhoirul anam
 
Penyajian Karya Tulis ilmiah
Penyajian Karya Tulis ilmiahPenyajian Karya Tulis ilmiah
Penyajian Karya Tulis ilmiahroisah453
 
Panduan penulisan jurnal
Panduan penulisan jurnalPanduan penulisan jurnal
Panduan penulisan jurnalYuke Puspita
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianChon Seong Hoo
 
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAH
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAHMAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAH
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAHWidya Kurnia Arizona San
 
Contoh makalah bi
Contoh makalah biContoh makalah bi
Contoh makalah bialdyzilverz
 
Penulisan proposal dan laporan penelitian
Penulisan proposal dan laporan penelitianPenulisan proposal dan laporan penelitian
Penulisan proposal dan laporan penelitianFytta Ulfatunissa
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturVisy Asmery
 

Tendances (20)

KONVENSI NASKAH KARYA ILMIAH
KONVENSI NASKAH KARYA ILMIAHKONVENSI NASKAH KARYA ILMIAH
KONVENSI NASKAH KARYA ILMIAH
 
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal IlmiahTeknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
 
Penulisan Proposal Penelitian
Penulisan Proposal PenelitianPenulisan Proposal Penelitian
Penulisan Proposal Penelitian
 
Pedoman penulisan jurnal ilmiah
Pedoman penulisan jurnal ilmiahPedoman penulisan jurnal ilmiah
Pedoman penulisan jurnal ilmiah
 
Makalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitianMakalah penulisan laporan penelitian
Makalah penulisan laporan penelitian
 
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)
Keterampilan Berbicara (Debat, Diskusi, Presentasi, Seminar, dan Lokakarya)
 
Penulisan Proposal & Tinjauan Pustaka
Penulisan Proposal & Tinjauan PustakaPenulisan Proposal & Tinjauan Pustaka
Penulisan Proposal & Tinjauan Pustaka
 
Pedoman TESIS INSTITUT STIAMI
Pedoman TESIS INSTITUT STIAMIPedoman TESIS INSTITUT STIAMI
Pedoman TESIS INSTITUT STIAMI
 
Sistematika Penulisan Laporan Ilmiah
Sistematika Penulisan Laporan IlmiahSistematika Penulisan Laporan Ilmiah
Sistematika Penulisan Laporan Ilmiah
 
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitian
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitianPerbedaan artikel penelitian dan non penelitian
Perbedaan artikel penelitian dan non penelitian
 
Komponen karya tulis ilmiah
Komponen karya tulis ilmiahKomponen karya tulis ilmiah
Komponen karya tulis ilmiah
 
Ppt karya ilmiah xii ips
Ppt karya ilmiah xii ipsPpt karya ilmiah xii ips
Ppt karya ilmiah xii ips
 
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf oke
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf okePenyusunan laporan penelitian 1 pdf oke
Penyusunan laporan penelitian 1 pdf oke
 
Penyajian Karya Tulis ilmiah
Penyajian Karya Tulis ilmiahPenyajian Karya Tulis ilmiah
Penyajian Karya Tulis ilmiah
 
Panduan penulisan jurnal
Panduan penulisan jurnalPanduan penulisan jurnal
Panduan penulisan jurnal
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAH
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAHMAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAH
MAKALAH BAHASA INDONESIA BAGIAN-BAGIAN KARYA ILMIAH
 
Contoh makalah bi
Contoh makalah biContoh makalah bi
Contoh makalah bi
 
Penulisan proposal dan laporan penelitian
Penulisan proposal dan laporan penelitianPenulisan proposal dan laporan penelitian
Penulisan proposal dan laporan penelitian
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 

Similaire à Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc

Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptx
Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptxKelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptx
Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptxzielzidny
 
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahKarangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahReza Pangestu
 
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahKarangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahReza Pangestu
 
Panduan penulisan skripsi & tesis
Panduan penulisan skripsi & tesisPanduan penulisan skripsi & tesis
Panduan penulisan skripsi & tesisKirenius Wadu
 
Bab i sampai 3
Bab i sampai 3Bab i sampai 3
Bab i sampai 3Oscar Cole
 
Tata Tulis Laporan Dan Teknik Presentasi
Tata Tulis Laporan Dan Teknik PresentasiTata Tulis Laporan Dan Teknik Presentasi
Tata Tulis Laporan Dan Teknik PresentasiFox Broadcasting
 
Pedoman penulisan skripsi 1
Pedoman penulisan skripsi 1Pedoman penulisan skripsi 1
Pedoman penulisan skripsi 1offline26
 
Mengapa hrs menulis
Mengapa hrs menulisMengapa hrs menulis
Mengapa hrs menulisAniMaseri
 
Presentation b.indonesia
Presentation b.indonesiaPresentation b.indonesia
Presentation b.indonesiaAvianto Saputra
 
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHPENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHpjj_kemenkes
 
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptx
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptxPPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptx
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptxBambangDjokoSoejono
 
Pert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitianPert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitiandedidarwis
 
Ragam Karya Ilmiah.pptx
Ragam Karya Ilmiah.pptxRagam Karya Ilmiah.pptx
Ragam Karya Ilmiah.pptxRaihan Arthur
 
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptx
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptxSISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptx
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptxEuisKomaracilvi
 
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdf
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdfMateri 9 - Makalah Ilmiah.pdf
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdfMahesaRioAditya
 
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)Wandi Budiman
 

Similaire à Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc (20)

4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptx
Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptxKelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptx
Kelompok10-Struktur dan kerangka penulisan ilmiah.pptx
 
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahKarangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
 
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non IlmiahKarangan Ilmiah dan Non Ilmiah
Karangan Ilmiah dan Non Ilmiah
 
Makalah Karya Ilmiah
Makalah Karya Ilmiah Makalah Karya Ilmiah
Makalah Karya Ilmiah
 
Panduan penulisan skripsi & tesis
Panduan penulisan skripsi & tesisPanduan penulisan skripsi & tesis
Panduan penulisan skripsi & tesis
 
Bab i sampai 3
Bab i sampai 3Bab i sampai 3
Bab i sampai 3
 
Tata Tulis Laporan Dan Teknik Presentasi
Tata Tulis Laporan Dan Teknik PresentasiTata Tulis Laporan Dan Teknik Presentasi
Tata Tulis Laporan Dan Teknik Presentasi
 
Pedoman penulisan skripsi 1
Pedoman penulisan skripsi 1Pedoman penulisan skripsi 1
Pedoman penulisan skripsi 1
 
Mengapa hrs menulis
Mengapa hrs menulisMengapa hrs menulis
Mengapa hrs menulis
 
Presentation b.indonesia
Presentation b.indonesiaPresentation b.indonesia
Presentation b.indonesia
 
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAHPENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
PENYUSUNAN MAKALAH ILMIAH
 
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptx
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptxPPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptx
PPT KTI Mengubah bentuk penelitian ke jurnal, PKBDupak unt guru.pptx
 
Pert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitianPert 9 proposal penelitian
Pert 9 proposal penelitian
 
Ragam Karya Ilmiah.pptx
Ragam Karya Ilmiah.pptxRagam Karya Ilmiah.pptx
Ragam Karya Ilmiah.pptx
 
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptx
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptxSISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptx
SISTEMATIKA PENULISAN KARYA TULIS ILMIAH.pptx
 
2021_KAJIAN PUSTAKA & PERUMUSAN MASALAH
2021_KAJIAN PUSTAKA & PERUMUSAN MASALAH2021_KAJIAN PUSTAKA & PERUMUSAN MASALAH
2021_KAJIAN PUSTAKA & PERUMUSAN MASALAH
 
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdf
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdfMateri 9 - Makalah Ilmiah.pdf
Materi 9 - Makalah Ilmiah.pdf
 
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)
Dasar penulisan karya tulis ilmiah (dpkti)
 
kir-101108070448-phpapp01.pptx
kir-101108070448-phpapp01.pptxkir-101108070448-phpapp01.pptx
kir-101108070448-phpapp01.pptx
 

Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc

  • 1. PENULISAN ILMIAH 1. Pengenalan Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik. Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti. 2.0 Definisi Konsep Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001). Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan. Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil 5
  • 2. pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut: 1. Penulisannya berdasarkan hasil penelitian; 2. Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta; 3. Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan; 4. Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan; 5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca. Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam: 1. Masalah yang diteliti, 2. Kaedah penelitian, 3. Teknik penulisan bahan ilmiah dan 4. Penguasaan bahasa yang baik. 3.0 Jenis Penulisan Ilmiah Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah beberapa contoh: 1.Kerta Kerja Konsep/ Kajian Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan 5
  • 3. atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas. 2.Artikel Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. 3.Kertas Projek, Tesis dan Desertasi Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001). 4.Laporan Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan 5
  • 4. ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, 1995) 1. Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak: 4.1 Kertas dan Saiz Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4. 1.Jidar/ Margins Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 2.Huruf/ Fonts Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah. Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan. Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak bercampur-campur. 3.Jarak Antara Baris Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing). 4.Muka surat 5
  • 5. Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya. Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran. 5.Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional HALAMAN JUDUL Halaman Judul Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Rasional Kajian 1.6 Soalan Kajian 1.7 Batasan Kajian BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 5
  • 6. 1.Pendahuluan 2.2 Tinjauan Am 2.2 Tinjauan relevan dengan soalan kajian 2.3 Rumusan BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Instrumen 3.4 Populasi/Sampelan 3.5 Prosedur Pengumpulan Data - kaedah - kajian rintis 1. Pemerosesan dan Analisis Data 2. Jadual Kerja 3. Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian Halaman Halaman Judul i Isi kandungan ii Abstrak iii 1.0 Pengenalan 1 1.1 Matlamat Kajian 1.2 Objektif Kajian 5
  • 7. 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian 2.0 Sorotan Kajian 4 3.0 Metodologi Kajian 6 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Instrumentasi 3.4 Prosedur Kajian 3.5 Kaedah Analisis Data 4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11 4.1 Demografi 4.2 ................. 5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20 Rujukan Lampiran 5.0 Penggunaan Bahasa Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan. 6.0 Perenggan 5
  • 8. Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan : 6.1 Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka • Pengantar • Menarik minat dan perhatian pembaca • Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan 6.2 Perenggan Penghubung • Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan. • Analisa masalah • Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik 6.3 Perenggan Penutup • Merumus dapatan • Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung • Ringkas, padat dan pendek 1. Topik dan Tajuk Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut : 1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis 3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis 4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi 5
  • 9. Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik. Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan. Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul: a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim. 2. Kerangka Penulisan Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat 5
  • 10. 3. Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti: (a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) (b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA) Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard): (i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk, contohnya: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti (ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya: Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993). (iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya: Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995). (iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti: 5
  • 11. Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti. (v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa. 4. Bibliografi Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut. Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya: (a) Buku 5
  • 12. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP. (b) Artikel dalam buku Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91. (c) Artikel dalam jurnal Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. (d) Tesis Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan. (e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan. 11.0 Cadangan Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2008 5
  • 13. 5. Rumusan/ Kesimpulan Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak. Rujukan American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author. Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC: Gallaudet University. Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi. Jakarta: LIPI. Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor: Penerbitan UTM. 5
  • 14. 5