2. LATAR BELAKANG PEMBINAAN
NEGARA DAN BANGSA
• Kerajaan Melayu tradisional wujud kerana adanya raja
• Raja bertanggungjawab memberi perlindungan politik
kepada rakyat
• Sebagai balasannya, rakyat akan mengakui kekuasaan
Raja
• Kesetiaan rakyat terhadap Raja menjadi penentu
sempadan negeri raja
• Kerajaan yang kuat akan menaungi Negara yang lemah
• Penjajahan British menukar konsep kerajaan Melayu
Tradisional kepada konsep negeri
• British menentukan sempadan negeri dan pengenalan
Malayan Union 1946 mengubah kerajaan kepada negara
bangsa
• Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan
Union menggabungkan negeri kepada sebuah kerajaan
pusat
• 31 Ogos 1957, negara merdeka dan status raja bertukar
kepada raja berperlembagaan
• Konsep negara dan bangsa yang merdeka daripada
pelbagai kaum dan kepercayaan
3. PEMBINAAN NEGARA
DAN BANGSA
• Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara
bangsa moden di Eropah
• Ia tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19
ekoran Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika
1776 dan Revolusi Perancis 1789
• Ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan
berperlembagaan dan Negara bangsa moden
• Pembentukan sebuah negara moden berdasarkan sempadan
rumpun negara
• Sejak zaman moden awal abad ke-16, persamaan rumpun bangsa
dan Bahasa telah menjadi isu membebaskan diri daripada
empayar
• Gerakan nasionalisme di Eropah membangkitkan isu tersebut
untuk menyatukan wilayah-wilayah berdasarkan bangsa
• Perjanjian Damai Paris 1918 (Perancis) berakhir dengan
persetujuan Deklarasi Empat Belas Woodrow Wilson
• Deklarasi menekankan nasib sesebuah negara ditentukan oleh
rakyatnya sendiri
• Akibatnya, empayar Turki dan Austria-Hungary dibahagi
berdasarkan bangsa
• Muncul 7 negara bangsa baru yang merdeka seperti
Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland, dan
Yugoslavia
• Count Camillo Benso di Cavour bercita-cita menggabungkan
seluruh Itali menggunakan konsep realpolitik 3
4. • Konsep realpolitik membenarkan pemimpin melakukan apa sahaja
cara seperti tipu helah, kekerasan, dan peperangan untuk mencapai
matlamat politik
• Beliau berjaya menyemarakkan sentiment anti-Austria
• 1860, beliau berjaya mengambil wilayah-wilayah yang dikuasai Austria
dengan bantuan Perancis
• 1866, wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali sebagai balasan
membantu Prusia menewaskan Austria
• 1870, pengunduran Perancis daripada Rom telah digunakan sebaiknya
oleh Count Camillo Benso di Cavour dengan menggabungkan Rom
dengan wilayah- wilayah lain untuk membentuk Negara bangsa Itali
• Jerman wujud hasil penyatuan wilayah-wilayah bangsa Jerman oleh
Otto Eduard Von Bismarck, 1871
• Beliau menggunakan konsep realpolitik ditambah dengan politik darah
dan besi untuk mencapai cita- citanya menyatukan Jerman
• Penyatuan Jerman melibatkan peperangan dengan Denmark, Austria
dan Perancis
• Selain itu, kewujudan kerajaan Madinah merupakan pembinaan negara
mengikut prinsip agama Islam
• Pemimpinnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggubal Perlembagaan
Madinah untuk membentuk sebuah kerajaan Islam
• Penyatuan pelbagai kaum seperti orang Arab dan Yahudi dibuat secara
diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
4
6. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
NEGARA
• Negara merupakan wilayah yang
mempunyai penduduk, sempadan kawasan
yang jelas, dan pemerintah yang
berwibawa
• Malaysia terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
• Negara kita mempunyai institusi
pemerintahan yang menggubal dan
melaksanakan sistem politik serta
menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan kerajaan
KERAJAAN
• Kerajaan merupakan institusi pemerintah
yang bertanggungjawab menggubal dan
melaksanakan dasar sesebuah negara
• Sesebuah kerajaan merangkumi semua
badan yang membuat, mentafsir dan
melaksanakan dasar-dasar tersebut
• Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan
penentu arah kehidupan bermasyarakat
sebuah negara
• Di Malaysia, terdapat 3 buah badan yang
menentukan hala tuju kerajaan kita iaitu
Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan
Badan Kehakiman
6
7. BANGSA
• Bangsa merupakan sekumpulan manusia yang
mendiami sebuah wilayah serta mempunyai
persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian,
dan pengalaman sejarah
• Idea bangsa sering digunakan untuk melahirkan
perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang
kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang
kukuh
• Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi
bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan
atau panduan bagi mentadbir atau memerintah
sesebuah negara
• Di Malaysia, ia adalah peraturan bertulis tertinggi
yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk
mentadbir negara
• Tujuan perlembagaan digubal adalah untuk
memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat
negara ini
PERLEMBAGAAN
7
8. Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah
Kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak awal
abad ke-15
Kesultanan Melayu Melaka pernah mencapai tahap
peradaban dan kenegaraan yang tinggi sehingga
menjadi empayar terkuat, pusat perdagangan yang
penting, pusat kebudayaan dan pusat penyebaran
Islam
Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan
warisan dalam pelbagai aspek dan menjadi contoh
kepada kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya
8
KESULTANAN MELAYU MELAKA –
ASAS PEMBENTUKA N NEGARA &
BANGSA
PENGENALAN
9. WILAYAH PENGARUH
Kawasan tempat tinggal rakyat
Sempadannya diterima umum
Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan
Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
CIRI CIRI NEGARA
DAN BANGSA
DALAM
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
KEDAULATAN
LAMBANG-LAMBANG
UNDANG-UNDANG
RAKYAT
KERAJAAN
10. 10
CIRI CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM
KESULTANAN MELAYU MELAKA
KEDAULATAN
• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
sesebuah wilayah. Tidak boleh dihadkan mana-mana
pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah
Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap
rakyatnya
• Negera itu bebas daripada campur tangan, paksaan,
taklukan atau perintah kuasa asing
• Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk
terus kepada raja yang memerintah
LAMBANG-LAMBANG
• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti
sesebuah Negara
• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan
lambing penyatuan Negara dan bangsa
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga
dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa,
undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana
11. UNDANG-UNDANG
o Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan
o Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi
rakyat
o Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan,
kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat
o Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis
dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
o Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa
o Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang
dikalangan anggota masyarakat
o Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang- uandang
keluarga dan lainlain
o Undang-undang Laut Melaka
o Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran
di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran,
perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi
kesalahan jenayah
RAKYAT
Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
Mereka terikat kepada undang-undang dan
peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah
tersebut
Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati
raja yang memerintah
KERAJAAN
Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga
keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin
hubungan diplomatik dengan negara lain
Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah
tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggong dan Laksamana