1. Variasi Bahasa (Dialek)
Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan
yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada
waktu itu.
Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh
pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi
. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.
Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza
daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.
Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa
tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.
Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya
dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan
tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika
Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki
bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language).
Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis
yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa
isyarat yang sama.
Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai
kecacatan seperti bisu dan pekak.
Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan
mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.
2. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian
Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri
Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
Latihan:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang
digunakan dalam cerpen tersebut.