Kursus Latihan Mengajar (Major) melatih pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran serta pengajaran secara inovatif dan reflektif dalam konteks sebenar melalui penyeliaan dan penilaian berdasarkan e-pembelajaran. Pelajar perlu mengorganisasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian dan mempamerkan sahsiah guru profesional.
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
kpr3974
1. 1
1. Nama Kursus : Latihan Mengajar (Major)
Teaching Practice (Major)
2. Kod Kursus: KPR3974
3. Nama Staf Akademik : Pensyarah Penyelia
Supervisor
4. Rasional Kursus dimasukkan dalam Program:
i. Sebagai kelayakan untuk bergraduat.
ii. Meningkatkan kemahiran mengajar berdasarkan tahap Ijazah Sarjana Muda
iii. Memenuhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan.
5. Semester dan Tahun Ditawarkan : Semester pertama dan kedua
6. Jumlah Masa
Belajar Pelajar
Bersemuka Pembelajaran Pembelajaran Jumlah
Terbimbing Kendiri
L = Lecture
T = Tutorial
P = Practical
O= Others
L
-
T
2
P
-
O
6 8 152 160 jam
7. Nilai Kredit : 4
8. Prasyarat (jika ada): Lulus semua komponen Kursus Profesional Pendidikan sebelum
mendaftar Kursus Latihan Mengajar.
9. Hasil Pembelajaran :
i. Mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran dalam
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian. (C5)
ii. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran dan pengajaran dalam
konteks sebenar. (C3, P2)
iii. Mengenal pasti dan menilai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. (C6)
iv. Mempamerkan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. (CT4)
v. Mempamerkan sahsiah guru profesional. (A5, EM3)
10. Kemahiran yang boleh dipindahkan:
i. Kemahiran merancang dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian.
ii. Kemahiran menyampaikan isi kandungan mata pelajaran.
iii. Kemahiran berfikir secara kritikal, kreatif, reflektif, inovatif dan bersifat penyelesaian
masalah.
2. 2
11. Strategi Penyeliaan dan Pentaksiran:
i. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
ii. Pengajaran melalui video.
iii. Penilaian sahsiah melalui penulisan RPH dan video pengajaran.
Nota: Kesemua bahan dimuatnaik melalui sistem pembelajaran elektronik.
12. Sinopsis :
Kursus ini memerlukan pelajar mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pembelajaran
dan pengajaran serta mengaplikasikannya dalam konteks sebenar yang bersifat inovatif
dan reflektif. Penyeliaan dan pentaksiran berasaskan medium e-pembelajaran.
(This course requires students to organise learning and teaching’s knowledge and skill in
the real context by employing innovative and reflective approaches. Supervision and
assessment are based on e-learning medium).
13. Mod Penyampaian:
i. Bersemuka
ii. E-Pembelajaran
14. Kaedah dan Jenis Petaksiran:
i. Pentaksiran berterusan sekurang-kurangnya 3 kali.
ii. Pentaksiran berdasarkan rubrik penskoran.
15. Pemetaan Kursus Kepada Matlamat Institusi(ILO):
No Objektif Institusi
Sumbangan
Utama
Sumbangan
Sampingan
1.
Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran
sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal
kembali kebenaran yang telah diterima selama ini
bagi menjana, mengembang dan memperdalam
ilmu
Ya
2.
Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang
berterusan bagi membangun dan memperkaya
ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang
Ya
3.
Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti
kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat,
pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam
dan luar negara
Ya
4.
Membina potensi individu bagi menjadikannya
berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi,
berakhlak mulia dan bersemangat patriotis
Ya
5.
Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin
betapa perlunya mereka menyumbang khidmat
kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah
pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis
untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan
menyumbang kepada kesejahteraan sejagat
Ya
3. 3
16. Pemetaan Kursus Kepada Hasil Pembelajaran Institusi:
No. Hasil Pembelajaran Program Sumbangan
1.
Menguasai ilmu dan pedagogi dalam bidang
pengkhususan masing-masing. 3 (LO1)
2.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam pengajaran mata pelajaran bidang
pengkhususan seperti yang ditawarkan di
sekolah.
3 (LO2)
3.
Mengintegrasikan penggunaan teknologi
pendidikan dan ICT dalam pembelajaran dan
pengajaran.
3 (LO1-LO4)
4.
Mengamalkan nilai profesionalisme, sikap dan
tingkah laku beretika.
3 (LO5)
5. Menjalankan tanggungjawab sosial. 2
6.
Berkomunikasi secara efektif dan boleh
bekerja dalam pasukan.
3 (LO2, LO5)
7.
Cekap menguruskan maklumat dan
berkebolehan belajar sepanjang hayat.
3 (LO1, LO4)
8. Berfikir secara kreatif dan kritis. 3 (LO3, LO4)
9. Berupaya menjalankan penyelidikan. 3(LO3, LO4))
10.
Peka terhadap isu-isu semasa dan isu-isu
global.
2 (LO3-LO5)
1 = Tiada (None)
2 = Sebahagian (Partially)
3 = Sepenuhnya (Fully)
17. Kandungan Kursus dan SLT Setiap Topik:
No. Topik L T P O Terbimbing Kendiri Jumlah
1 Pengenalan kepada Latihan
Mengajar
2 2
2 Topik dan Objektif RPH 2 2
3 Perkembangan (Kaedah, Strategi,
Penilaian ) dan Inovasi
2 2
4 Bahan bantu mengajar dan
Inovasi
2 2
5 Pembelajaran Kendiri 152 152
Jumlah Keseluruhan 2 6 8 152 160
4. 4
18. Rujukan Utama :
1. Mohd. Yusof Abdullah, Salleh Abd. Rashid, Raja Ismail Raja Lope Ahmad, Zulkifli Mohamed,
Abdul Said Ambotang & Sabariah Sharif (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru. Kota
Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.
2. Nurulhuda Abd Rahman (Penyunting) (2012). Strategi dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur : Pearson Education.
3. Othman Lebar (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Teori dan Amalan. Tanjong Malim :
UPSI.
4. Shabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2007). Pedagogi : Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
19. Rujukan Tambahan :
20. Maklumat Tambahan: Tiada