SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Teknologi Multimedia dalam
             Pendidikan
                      -------------------------------------------------


Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,
audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian
daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif
menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang
tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan
berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiap
teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.


Teks
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah
lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian,
penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu
yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen
media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai
salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.

     Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk
satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks
juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai
jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa
dahulu dan juga masa kini.

    Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang
penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat
penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada
pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal
menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan
menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia
yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian
maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.




Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan

•   Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagi menyampaikan
    sesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkan sesuatu
    maklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseorang hanya
    diberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatu sesi
    persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan.
•   Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberi
    perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunan sesebuah
    aplikasi multimedia.
•   ringkas tetapi padat
    •   gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
    •   pastikan teks tersebut boleh dibaca
    •   pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian
    •   kawal pemilihan fon serta konsisten
    •   pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain


Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang
tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan
sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi
memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan
grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas
dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.

      Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu
maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya
mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah
syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-
mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian
maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap
maklumat yang ingin disampaikan.

Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan

Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanya ialah
bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik
perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yang
digunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dan tidak
mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancang
dengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanya hanya
mengundang masalah yang berlarutan.

      Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perlu
diberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuah
aplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang
pendidikan :

•   pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
•   pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama
•   pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
•   pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi
•   gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem
    berkeupayaan rendah


Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan
untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh
merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas
audio dan sebagainya.



                                        2
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan
bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan
para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian
maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan
suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap
apa yang ingin dipersembahkan.

Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan

Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan
multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang
dengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan
yang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun
digunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan.
Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audio dapat
digunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasi multimedia :

•   Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan
    aplikasi atau program.
•   Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional
    mengapa ianya digunakan.
•   Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan
    terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian
    audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
•   Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam
    sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar
    mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio
    yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru.
    Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesan audio
    yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasuki skrin
    baru.
•   Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan
    rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail
    audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam
    sesebuah aplikasi multimedia.
•   Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh
    mengganggu persembahan.



Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan
merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya)
di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses
penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang
terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu
membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya
dengan lebih nyata.




                                        3
Penggunaan Video Digital dalam Pendidikan

Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada
apabila ianya digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan
bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan.
Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam
aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

     Maklumat Lebih Realistik
     Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, video mampu
mempersembahan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai
keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

     Mampu Merangsang Pelbagai Deria
Video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain
(seperti audio, grafik dan sebagainya). Ini secara tidak langsung mampu
meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media
yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang
pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

      Memudahkan Proses Pengulangan
Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan
mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya
dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga
boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih
mendalam apabila diperlukan.

     Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh
mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar
sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar
disamping mereka sepanjang masa.

      Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap
Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih
emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media
lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan mesej
mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan
mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi
penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak
langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.

      Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar
Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya mampu
dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para pelajar
boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip
video digital yang disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing-
masing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran
dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya
mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.




                                       4
Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan
perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan
peralatan dan sebagainya, demonstrasi atau tunjuk ajar secara langsung amat
diperlukan. Ini bagi membantu proses membina kefahaman dan seterusnya
membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan
bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan
berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut
keperluan dan tahap kefahaman masing-masing.

       Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan
Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau
perisian khas yang agak mahal harganya. Namun demikian dari segi jangka
panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu
menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan juga kos perbelanjaan. Masa
persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh
diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah
disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih
pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan.
Penerangan yang panjang lebar serta sesi demonstrasi yang meleret-leret juga tidak
diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan menerusi video yang
menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu
memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.


Animasi
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.

      Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta
mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi
manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk
diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan
dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu
persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga
membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup
atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi
juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi
membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang
ingin disampaikan.

Kepentingan Animasi dalam Pendidikan

Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal.
Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih
positif.

     Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan
bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan
menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu
masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan
yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan



                                        5
sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan pergerakan
planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu
menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding
paparan imej planet-planet yang bersifat statik.

      Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam
bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau
kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan :

   •   Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual
       dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau
       perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah
       untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam
       proses pemahaman.
   •   Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga
       mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding
       penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang
       lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang
       bersifat statik.
   •   Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan
       persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani
       keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
       disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.
   •   Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu
       persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu
       menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran
       pelajar dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses
       mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran
       atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik.
   •   Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi
       animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun
       demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar
       memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini
       secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta
       mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di
       dalam ingatan.

                                   Rujukan Asal

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS
    Publications: Bentong


Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia”, Kuala
    Lumpur : Venton Publishing.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web berikut : http://www.jz-media.com




                                        6

Contenu connexe

Tendances

Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
nurzaharuddin
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
ISMAILMAMAT
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
Arra Asri
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
Penny Chuah
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
Cikgu Zatiah
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
Eyzan Rashid
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Wany Hardy
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Mazri Muhammad
 

Tendances (20)

Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 

Similaire à Teknologi multimedia dalam pendidikan

112133654 elemen-elemen-multimedia
112133654 elemen-elemen-multimedia112133654 elemen-elemen-multimedia
112133654 elemen-elemen-multimedia
Atieq MinnieMouse
 
Perancangan Media (sriwahyuni)
Perancangan Media (sriwahyuni)Perancangan Media (sriwahyuni)
Perancangan Media (sriwahyuni)
Sriwahyuni LP
 
Tugas individu sim (danny) 2
Tugas individu sim (danny) 2Tugas individu sim (danny) 2
Tugas individu sim (danny) 2
Danny Ritonga
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
Aj Ze
 
Pengenalan multimedia
Pengenalan multimediaPengenalan multimedia
Pengenalan multimedia
fafa111283
 
Slide animasi dan reka bentuk penerbitan
Slide animasi dan reka bentuk penerbitanSlide animasi dan reka bentuk penerbitan
Slide animasi dan reka bentuk penerbitan
Mohammad Farhan
 

Similaire à Teknologi multimedia dalam pendidikan (20)

Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
112133654 elemen-elemen-multimedia
112133654 elemen-elemen-multimedia112133654 elemen-elemen-multimedia
112133654 elemen-elemen-multimedia
 
Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Media Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentasiMedia Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
 
Perancangan Media (sriwahyuni)
Perancangan Media (sriwahyuni)Perancangan Media (sriwahyuni)
Perancangan Media (sriwahyuni)
 
TIK DIKONVERSI
TIK DIKONVERSITIK DIKONVERSI
TIK DIKONVERSI
 
pembelajaran multimedia presentasi
pembelajaran multimedia presentasipembelajaran multimedia presentasi
pembelajaran multimedia presentasi
 
Pembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia PresentasiPembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia Presentasi
 
Pembelajaran Multimedia Presentasi
Pembelajaran Multimedia PresentasiPembelajaran Multimedia Presentasi
Pembelajaran Multimedia Presentasi
 
Pembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia PresentasiPembeljaran Multimedia Presentasi
Pembeljaran Multimedia Presentasi
 
Sistem multimedia-teknik-informatika
Sistem multimedia-teknik-informatikaSistem multimedia-teknik-informatika
Sistem multimedia-teknik-informatika
 
Modul Multimedia presentasi
Modul Multimedia presentasiModul Multimedia presentasi
Modul Multimedia presentasi
 
Tugas individu sim (danny) 2
Tugas individu sim (danny) 2Tugas individu sim (danny) 2
Tugas individu sim (danny) 2
 
MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF 2017.pdf
MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF 2017.pdfMODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF 2017.pdf
MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF 2017.pdf
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
 
Pengenalan multimedia
Pengenalan multimediaPengenalan multimedia
Pengenalan multimedia
 
Slide animasi dan reka bentuk penerbitan
Slide animasi dan reka bentuk penerbitanSlide animasi dan reka bentuk penerbitan
Slide animasi dan reka bentuk penerbitan
 
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentaseModul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
 
Modul makalah pembelajaran multimedia presentasi
Modul makalah pembelajaran multimedia presentasiModul makalah pembelajaran multimedia presentasi
Modul makalah pembelajaran multimedia presentasi
 
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentaseModul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentase
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 

Plus de Siti Zulaikha

Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaran
Siti Zulaikha
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaran
Siti Zulaikha
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Siti Zulaikha
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
Siti Zulaikha
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Siti Zulaikha
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Siti Zulaikha
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
Siti Zulaikha
 

Plus de Siti Zulaikha (17)

Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaran
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaran
 
Komputer dalam p&p
Komputer dalam p&pKomputer dalam p&p
Komputer dalam p&p
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merah
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Falsafah Realisme
Falsafah RealismeFalsafah Realisme
Falsafah Realisme
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 

Dernier

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 

Dernier (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 

Teknologi multimedia dalam pendidikan

  • 1. Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiap teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital. Teks Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh. Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan • Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagi menyampaikan sesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkan sesuatu maklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseorang hanya diberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatu sesi persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan. • Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
  • 2. ringkas tetapi padat • gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. • pastikan teks tersebut boleh dibaca • pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian • kawal pemilihan fon serta konsisten • pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain Grafik Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata- mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanya ialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yang digunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dan tidak mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancang dengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanya hanya mengundang masalah yang berlarutan. Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan : • pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran • pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama • pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas • pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi • gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah Audio Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. 2
  • 3. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang dengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan yang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun digunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan. Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audio dapat digunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasi multimedia : • Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program. • Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan. • Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya. • Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru. Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesan audio yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasuki skrin baru. • Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia. • Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh mengganggu persembahan. Video Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. 3
  • 4. Penggunaan Video Digital dalam Pendidikan Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada apabila ianya digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan. Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat Lebih Realistik Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, video mampu mempersembahan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Mampu Merangsang Pelbagai Deria Video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain (seperti audio, grafik dan sebagainya). Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Memudahkan Proses Pengulangan Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan. Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa. Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas. Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para pelajar boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip video digital yang disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing- masing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata. 4
  • 5. Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan sebagainya, demonstrasi atau tunjuk ajar secara langsung amat diperlukan. Ini bagi membantu proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing-masing. Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau perisian khas yang agak mahal harganya. Namun demikian dari segi jangka panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan juga kos perbelanjaan. Masa persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar serta sesi demonstrasi yang meleret-leret juga tidak diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan menerusi video yang menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar. Animasi Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Kepentingan Animasi dalam Pendidikan Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal. Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan 5
  • 6. sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan pergerakan planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding paparan imej planet-planet yang bersifat statik. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan : • Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. • Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik. • Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. • Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik. • Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan. Rujukan Asal Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia”, Kuala Lumpur : Venton Publishing. Untuk maklumat lanjut, layari laman web berikut : http://www.jz-media.com 6