Dokumen tersebut membahasikan tentang sembelihan dalam Islam, termasuk definisi sembelihan, jenis-jenisnya, syarat-syarat sah sembelihan, dan binatang yang boleh atau tidak boleh disembelih.
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Sembelihan
1. SEMBELIHAN
Sembelihan ertinya menghilangkan nyawa binatang yang halal
dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan
tulang dengan tujuan memakan dagingnya.
Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu
sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu disembelih.
Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.
Jenis-jenis sembelihan.
1. Sembelihan biasa.
2. Sembelihan wajib dam
3. Sembelihan sunnat Korban.
4. Sembelihan Akikah.
5. Sembelihan Nazar.
• Dalil Sembelihan.
Ertinya: Diharamkan keatas kamu bangkai, darah daging babi dan apa
yang disembelih selain dari kerana Allah.
2. Syarat-Syarat Sah Sembelihan.
1. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.
2. Hendaklah dengan niat sembelihan.
3. Hendaklah putus urat halkum dan urat mareh.
4. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.
5. Binatang yang halal dimakan.
6. Binatang itu masih hidup.
7. Hendaklah mati sekali sembelihan saja.
8. Tujuan sembelihan kerana Allah bukan dengan tujuan yang lain.
9. Tidak dalam Ihram haji atau umrah bagi binatang buruan.
RUKUN SEMBELIHAN.
A ) PENYEMBELIH :
1. ISLAM samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang
mumayiz ( perempuan-makruh ).
2. AHLI KITAB Yahudi atau Nasrani.
3. BERAKAL – Berfikiran waras.
4. Tidak dalam Ihram Haji.
B ) BINATANG YANG DISEMBELIH.
3. Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak
mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti
ayam, itik, lembu dan sebagainya.
Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua
kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam,
kecuali seperti berikut:
• Babi dan keturunannya.
• Anjing.
• Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
• Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang,
gajah dan seumpamanya.
• Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara
menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
• Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu
seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya.
• Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut
dan lebah.
• Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat,
4. ulat, dan seumpamanya.
• Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak,
buaya, kura-kura, dan sebagainya.
b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup
dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
• Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
• Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan
semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan
atau bahaya kepada kesihatan manusia.
C ) ALAT PENYEMBELIH
1. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah
binatang tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.
2. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.
D ) TEMPAT YANG DISEMBELIH
1. Memutuskan HALKUM : trakea ( tempat saluran pernafasan ) dan
urat MARIH : esophagus ( saluran makanan dan minuman )
5. serta kedua-dua urat leher bagi binatang yang mudah
diselenggarakan.
2. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada
lehernya seperti buruan dan dalam keadaan darurahia boleh
disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk
mematikanya dengan syarat niat menyembelih.
Perkara-perkara sunnat ketika menyembelih.
1. Membaca bismillah untuk memulakan sembelihan.
2. Menghadapkan binatang itu kearah kiblat.
3. Membaca selawat keatas Nabi.
4. Dibaringkan binatang itu diatas rusuk kirinya.
5. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.
6. Memutuskan urat mareh dikiri dan kanan leher supaya segera mati.
7. Menyembelih dengan segera.
8. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas dan cepat.
9. Janganlah diputuskan lehernya.
10 Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.
11 Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta
dan menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek seperti seperti
lembu.
6. • Hikmat memutuskan kedua-dua urat ketika menyembelih binatang. (Urat
halkum dan mareh).
1. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.
2. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.
3. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.
4. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah
binatang itu kerana kuman-kuman itu boleh mendatangkan
keburukan kepada kesihatan manusia.
5. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.
Perkara-perkara makruh semasa penyembelihan.
• Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
• Menyembelih hingga terputus kepala.
• Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
Binatang-Binatang yang halal dimakan.
7. 1. Mengikut hukum asal, semua binatang itu halal dimakan kecuali ada
halangan/larangan syarak kerana ada bahayanya.
2. Binatang yang hidup didalam air, sama ada yang dilaut atau
disungai semuanya halal dimakan kecuali binatang itu beracun.
3. Binatang darat yang baik-baik sahaja yang halal dimakan. Manakala
yang ternyata merbahaya adalah haram dimakan.
Firman Allah SWT:
Maknanya: Dan dihalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan segala yang buruk dan jijik. (al-A’raf:157)
• Hikmat-Hikmat diperintahkan menyembelih.
1. Untuk mengelakkan kita dari memakan daging yang sudah busuk
kerana tidak disembelih.
2. Binatang yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai penyakit
tertentu yang memberi kemudaratan kepada manusia.
3. Daging binatang yang disembelih telah keluar dari badan binatang.
Darah itu mengandungi kuman.
Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan.
1. Binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya kerana
8. terperesok atau terjatuh dalam perigi, maka harus disembelih
dimana-mana bahagian badan dengan diyakini dapat dimatikan.
2. Binatang yang kena tembak (tanpa sembelih) haram dimakan
mengikut mazhab syafi'e tetapi mazhab-mazhab lain
mengharuskannya dengan syarat ada niat ketika menembaknya.
3. Binatang yang mati kerana ditangkap oleh anjing pemburu yang
terlatih (anjing perburuan yang dilatih sehingga ia tahu memilih
mana binatang yang halal) maka halal dimakan tanpa disembelih.
4. Binatang yang mati kena anak panah pemburu adalah halal
dimakan.
5. Halal dimakan anak yang berada didalam perut ibunya yang telah
disembelih.
6. Makruh hukumnya orang perempuan menyembelih binatang tetepi
sembelihannya adalah sah.
TAHUKAH ANDA?
Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan
penyembelihan islam adalah yang terbaik. Seterusnya
menunjukkan islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan.
Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah penting dalam
memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang
memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk
beribadah. Oleh itu orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber
pemakananya agar datang dari sumber yang halal dan bukan
meragukan terutamanya disembelih secara Islam.