SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
PENGENALAN KEPADA
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA (BAB 1)
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (L02-35-32)
OBJEKTIF BAB
 Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
 1. Membezakan antara sumber manusia dahulu dan sekarang.
 2. Mendefinisikan pengurusan sumber manusia.
 3. Menyatakan matlamat dan peranan pengurusan sumber
manusia.
 4. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan sumber
manusia.
 5. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pengurusan sumber manusia masa kini.
 6. Mempraktikkan undang-undang yang berkaitan dengan
pengurusan sumber manusia.
1.1 PENGENALAN
 Pada hari ini,beberapa nilai baru telah wujud seperti
konsep kerja berpasukan telah menggantikan konsep
individualisme, pasaran global telah menggantikan
pasaran domestik dan pemfokusan terhadap pelanggan
telahmenggantikan keuntungan jangka masa pendek.
 Oleh itu, hanya organisasi yang fleksibel sahaja mampu
bertahan dalam dunia ekonomi global yang sukar diduga
ini.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Pengurusan sumber manusia moden sangat berbeza dengan
pengurusan personal yang diamalkan berabad-abad dahulu. Lapan
puluh tahun yang lampau, pendekatan pengurusan saintifik dan
hubungan manusia telah muncul dan lama-kelamaan ia mulai
menurun.
 Pada masa kini, pendekatan yang dikenali sebagai pengurusan sumber
manusia telah mendapat tempat. Kemunculan trend yang berlaku
dalam pengurusan sumber manusia sebenarnya membawa faedah
kepada organisasi dalam dua cara, iaitu meningkatnya:
(i) keberkesanan organisasi; dan
(ii) Kepuasan pekerja
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Pada awal kurun yang ke-20, Frederick W. Taylor telah
menyumbang kepada pembentukan amalan pengurusan.
 Penekanan kepentingan membangunkan satu skema yang
bersifat analitikal dalam memilih, melatih, menilai dan
memberi ganjaran kepada pekerja sebagai satu bentuk
motivasi dan untuk mengawal tingkah laku serta
meningkatkan produktiviti mereka.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Pada suku abad yang kedua pula (1930-an), tumpuan
pengurusan telah berubah kepada mengiktiraf pentingnya
pengaruh kerja berpasukan ke atas pekerja.
 Tumpuan terhadap peningkatan produktiviti individu dengan
menukarkan komposisi kumpulan kerja, bentuk insentif dan
keadaan persekitaran tempat kerja.
 Perang dunia kedua telah memperlihatkan penumpuan semula
terhadap pentingnya meningkatkan prosedur pemilihan individu
bagi kerja-kerja yang lebih kompleks seperti juruterbang
perang dan agen rahsia.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, beberapa pengamalan
yang terdapat dalam ketenteraan seperti pusat penilaian telah
diamalkan dengan meluas oleh sektor swasta.
 Bermula daripada tahun 1920-an, pendekatan birokratik
terhadap aktiviti personal adalah dominan.
 Pada masa itu, penggunaan penilaian prestasi yang formal,
pengujian pemilihan dan pembuatan keputusan yang berpusat;
kehadiran pengarah personal yang bekerja sepenuh masa serta
buku peraturan dan penyimpanan rekod telah menunjukkan
peningkatan dalam kebanyakan sektor ekonomi yang telah
disokong oleh kesatuan industri.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Terma ‘pengurusan sumber manusia’ telah wujud dalam
tahun 1970-an dan ia mula digunakan bagi menggantikan
terma yang lama iaitu ‘pengurusan personal.’
 Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah,
dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan
pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.
 Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas
dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan
kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan
pekerja dan hubungan industri.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
 Dalam erti kata lain, penggunaan terma pengurusan
sumber manusia adalah sebagai mengiktiraf pentingnya
pekerja sebagai aset korporat di pasaran, tetapi nilai bagi
satu-satu potensi yang dimiliki hanya akan diperolehi
dengan kerjasama daripada pekerja.
 Selain daripada itu, sumber manusia kini telah dikenali
sebagai satu sumber yang mempunyai potensi kelebihan
bersaingan (competitive advantage).
 Kelebihan bersaingan boleh diperolehi dengan
melaksanakan strategi pembentukan nilai yang sukar bagi
pesaing untuk meniru dan mengekalkannya.
SOALAN DALAM BAB 1
 1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.
 2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?
 3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada
perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia.
JAWAPAN :
 1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.
 Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah,
dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan
pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.
 Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas
dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan
kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan
pekerja dan hubungan industri.
SOALAN DALAM BAB 1
 2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?
 Sekitar Tahun 1970-an
SOALAN DALAM BAB 1
 3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada
perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia.
(i) Meningkatnya keberkesanan organisasi
(ii) Meningkatnya kepuasan pekerja

Contenu connexe

Similaire à BAB 1- PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.pptx

Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaBab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaHarniza Ulfa
 
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptx
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptxPresentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptx
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptxayudwi41
 
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.doc
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.docMAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.doc
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.docsyakurabdul2
 
Sejarah perkembangan teori admin
Sejarah perkembangan teori adminSejarah perkembangan teori admin
Sejarah perkembangan teori adminmunir_ahmad
 
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
HUMAN RESOURCES MANAGEMENTHUMAN RESOURCES MANAGEMENT
HUMAN RESOURCES MANAGEMENTZukhrufNisa
 
Manajemen sumber-daya-manusia
Manajemen sumber-daya-manusiaManajemen sumber-daya-manusia
Manajemen sumber-daya-manusiaandi_nugraha
 
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya Manusia
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya ManusiaSkema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya Manusia
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya ManusiaWilliam Perkasa
 
Evolusi teori manajemen
Evolusi teori manajemenEvolusi teori manajemen
Evolusi teori manajemenindipras
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Bahan ajar-dasar-manajemen
Bahan ajar-dasar-manajemenBahan ajar-dasar-manajemen
Bahan ajar-dasar-manajemenGilang Syahril
 
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.peran strategi manajer dalam manajemen sdm.
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.Immawan Awaluddin
 

Similaire à BAB 1- PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.pptx (20)

Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya ManusiaBab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
Bab I Pentingnya Manajemen Sumber Daya Manusia
 
MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA -- PRIYONO
MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA -- PRIYONOMANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA -- PRIYONO
MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA -- PRIYONO
 
Paradigma Sumber Daya Manusia
Paradigma Sumber Daya ManusiaParadigma Sumber Daya Manusia
Paradigma Sumber Daya Manusia
 
Inisiasi 1a
Inisiasi 1aInisiasi 1a
Inisiasi 1a
 
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptx
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptxPresentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptx
Presentasi Sejarah dan Teori Manajemen .pptx
 
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.doc
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.docMAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.doc
MAKALAH PENGEMBANGAN SDM PADA SEKTOR PUBLIK.doc
 
Sejarah perkembangan teori admin
Sejarah perkembangan teori adminSejarah perkembangan teori admin
Sejarah perkembangan teori admin
 
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
HUMAN RESOURCES MANAGEMENTHUMAN RESOURCES MANAGEMENT
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
 
Manajemen sumber-daya-manusia
Manajemen sumber-daya-manusiaManajemen sumber-daya-manusia
Manajemen sumber-daya-manusia
 
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya Manusia
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya ManusiaSkema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya Manusia
Skema Ruang Lingkup Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Human Resource Management
Human Resource ManagementHuman Resource Management
Human Resource Management
 
15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb
 
15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb
 
15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb15623 15621-1-pb
15623 15621-1-pb
 
PERTEMUAN I PERSPEKTIF MSDM.pptx
PERTEMUAN I  PERSPEKTIF MSDM.pptxPERTEMUAN I  PERSPEKTIF MSDM.pptx
PERTEMUAN I PERSPEKTIF MSDM.pptx
 
Evolusi teori manajemen
Evolusi teori manajemenEvolusi teori manajemen
Evolusi teori manajemen
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Bahan ajar-dasar-manajemen
Bahan ajar-dasar-manajemenBahan ajar-dasar-manajemen
Bahan ajar-dasar-manajemen
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.peran strategi manajer dalam manajemen sdm.
peran strategi manajer dalam manajemen sdm.
 

BAB 1- PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.pptx

  • 1. PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BAB 1) HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (L02-35-32)
  • 2. OBJEKTIF BAB  Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:  1. Membezakan antara sumber manusia dahulu dan sekarang.  2. Mendefinisikan pengurusan sumber manusia.  3. Menyatakan matlamat dan peranan pengurusan sumber manusia.  4. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan sumber manusia.  5. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia masa kini.  6. Mempraktikkan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.
  • 3. 1.1 PENGENALAN  Pada hari ini,beberapa nilai baru telah wujud seperti konsep kerja berpasukan telah menggantikan konsep individualisme, pasaran global telah menggantikan pasaran domestik dan pemfokusan terhadap pelanggan telahmenggantikan keuntungan jangka masa pendek.  Oleh itu, hanya organisasi yang fleksibel sahaja mampu bertahan dalam dunia ekonomi global yang sukar diduga ini.
  • 4. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Pengurusan sumber manusia moden sangat berbeza dengan pengurusan personal yang diamalkan berabad-abad dahulu. Lapan puluh tahun yang lampau, pendekatan pengurusan saintifik dan hubungan manusia telah muncul dan lama-kelamaan ia mulai menurun.  Pada masa kini, pendekatan yang dikenali sebagai pengurusan sumber manusia telah mendapat tempat. Kemunculan trend yang berlaku dalam pengurusan sumber manusia sebenarnya membawa faedah kepada organisasi dalam dua cara, iaitu meningkatnya: (i) keberkesanan organisasi; dan (ii) Kepuasan pekerja
  • 5. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Pada awal kurun yang ke-20, Frederick W. Taylor telah menyumbang kepada pembentukan amalan pengurusan.  Penekanan kepentingan membangunkan satu skema yang bersifat analitikal dalam memilih, melatih, menilai dan memberi ganjaran kepada pekerja sebagai satu bentuk motivasi dan untuk mengawal tingkah laku serta meningkatkan produktiviti mereka.
  • 6. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Pada suku abad yang kedua pula (1930-an), tumpuan pengurusan telah berubah kepada mengiktiraf pentingnya pengaruh kerja berpasukan ke atas pekerja.  Tumpuan terhadap peningkatan produktiviti individu dengan menukarkan komposisi kumpulan kerja, bentuk insentif dan keadaan persekitaran tempat kerja.  Perang dunia kedua telah memperlihatkan penumpuan semula terhadap pentingnya meningkatkan prosedur pemilihan individu bagi kerja-kerja yang lebih kompleks seperti juruterbang perang dan agen rahsia.
  • 7. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, beberapa pengamalan yang terdapat dalam ketenteraan seperti pusat penilaian telah diamalkan dengan meluas oleh sektor swasta.  Bermula daripada tahun 1920-an, pendekatan birokratik terhadap aktiviti personal adalah dominan.  Pada masa itu, penggunaan penilaian prestasi yang formal, pengujian pemilihan dan pembuatan keputusan yang berpusat; kehadiran pengarah personal yang bekerja sepenuh masa serta buku peraturan dan penyimpanan rekod telah menunjukkan peningkatan dalam kebanyakan sektor ekonomi yang telah disokong oleh kesatuan industri.
  • 8. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Terma ‘pengurusan sumber manusia’ telah wujud dalam tahun 1970-an dan ia mula digunakan bagi menggantikan terma yang lama iaitu ‘pengurusan personal.’  Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah, dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.  Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan pekerja dan hubungan industri.
  • 9. 1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN SEKARANG  Dalam erti kata lain, penggunaan terma pengurusan sumber manusia adalah sebagai mengiktiraf pentingnya pekerja sebagai aset korporat di pasaran, tetapi nilai bagi satu-satu potensi yang dimiliki hanya akan diperolehi dengan kerjasama daripada pekerja.  Selain daripada itu, sumber manusia kini telah dikenali sebagai satu sumber yang mempunyai potensi kelebihan bersaingan (competitive advantage).  Kelebihan bersaingan boleh diperolehi dengan melaksanakan strategi pembentukan nilai yang sukar bagi pesaing untuk meniru dan mengekalkannya.
  • 10.
  • 11. SOALAN DALAM BAB 1  1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.  2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?  3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia.
  • 12. JAWAPAN :  1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.  Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah, dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.  Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan pekerja dan hubungan industri.
  • 13. SOALAN DALAM BAB 1  2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?  Sekitar Tahun 1970-an
  • 14. SOALAN DALAM BAB 1  3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia. (i) Meningkatnya keberkesanan organisasi (ii) Meningkatnya kepuasan pekerja