RUKUN HAJI UMRAH (5 PERKARA
RUKUN HAJI RUKUN UMRAH
6 PERKARA 5 PERKARA
1. Niat ihram mengerjakan haji
1. Niat ihram mengerjakan umrah
2. Wukuf di Arafah
2. Tawaf
3. Tawaf di Kaabah
3. Sai'e
4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
4. Bergunting atau bercukur
5. Bergunting atau bercukur rambut
5. Tertib
6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
Tawaf Haji
Bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak (7) pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad dan
berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya.
Jenis-Jenis Tawaf
Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:-
i. Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun
bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang
mengerjakan umrah)
ii. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka
yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum,
iii. Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
iv. Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang
itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-
Haram.
Tawaf Rukun (Ifadah) Di Baitullah.
Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di
Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah
dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting
rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11
hingga 13 Zulhijjah.
Permulaan waktu tawaf rukun ialah selepas tengah malam hari raya qorban, iaitu selepas
wukuf di Arafah. Tiada waktu akhir baginya, iaitu boleh ditangguhnya kepada bila-bila masa,
tetapi jika ditangguhkan tawaf ini, maka belum boleh bebas lagi dari beberapa pantang larang
ihram, seperti nikah, bersetubuh dan bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan tanpa
berlapik serta ada syahwat.
Syarat Sah Tawaf
i. Menutup aurat
ii. Suci daripada hadas besar dan kecil
iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis
iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
v. Menjadikan di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan
vii. Mengekalkan niat tawaf
viii. Cukup tujuh (7) pusingan dengan yakin
Amalan sunat tawaf :
Berjalan kaki
Beridtiba ( : )اضطباعmemakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan, bagi tawaf
yang diikuti oleh saie bagi lelaki sahaja
Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf
Istilam Hajarul Aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat ( )إشارةdengan
tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan tersebut pada
setiap permulaan tawaf
Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucup rukun tersebut
Melakukan ramal ( )رملiaitu berlari-lari anak, pada tiga pusingan pertama, bagi tawaf
yang diikuti dengan sa’ie bagi lelaki sahaja
Mengelilingi Kaabah sebanyak (7) pusingan secara muwalat (berturutan)
Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
Mendirikan solat sunat tawaf setelah selesai melakukan tawaf, yang afdalnya di
belakang Maqam Ibrahim, sekiranya tidak berkemampuan boleh dilaksanakan di Hijr
Ismail atau mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram
Berdoa, berzikir dan membaca al-Quran