SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
FIQH SIRAH : ENGINEER AL-FATIH
“FAKTOR SUNNATULLAH PADA PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453”
Oleh : Syaari Ab Rahman
Muqaddimah
Setakat pengamatan saya pada kedudukan 1453 dalam ‘big picture’ sejarah Islam yang luas dan
panjang, ada 5 perkara unik mengenai peristiwa 1453. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam sejarah Islam pasca generasi salafus Soleh pada 300 tahun yang pertama selepas
kewafatan Rasulullah.
1. Sebuah peristiwa yang membenarkan ramalan Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak
antara kenyataan Rasulullah dan berlakunya peristiwa itu sangatlah lama. Bukan 8 tahun
atau 80 tahun, tetapi 800 tahun.
2. Sebuah peristiwa yang mementaskan kepimpinan seorang remaja yang berumur 21 tahun.
Justeru, ia adalah kisah benar mengenai potensi sebenar seorang yang bernama “remaja”.
3. Sebuah peristiwa yang menyaksikan penggunaaan senjata moden dan canggih
mendahului zaman abad ke-14 itu sendiri, serta aplikasi sains ketenteraan yang sangat
jauh ke hadapan, ketika Byzantine dan Roma pula berhadapan dengan krisis perpecahan
yang kritikal dan kemuncaknya ‘membunuh’ sains itu sendiri. Kemajuan Turki dalam
ilmu sains ketenteraan ini memungkinkan mereka mengambil masa tidak sampai 2 bulan
untuk membuka Kota itu ketika generasi terdahulu mengepung bertahun-tahun tanpa
kemenangan.
1 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
4. Sebuah peristiwa yang dicatatkan sejarawan secara sepakat bagaimana kemenangan
dirintis selepas kisah pengorbanan pahlawan Turki yang bernama Hassan Ulubati.
Sejarawan utama dari pihak Islam mahupu Barat bersetuju – meskipun ada yang tidak
mencatatkan nama - wujudnya seorang pemuda yang sanggup dipanah bertubi-tubi,
namun ia tidak menggagalkannya untuk memacakkan panji Turki Osmanli di atas menara
Byzantine itu.
5. Sebuah kisah benar mengenai ‘persiapan melahirkan pemimpin’ yang dicatatkan dengan
baik oleh sejarawan. Ia adalah mengenai kehidupan remaja Sultan Muhammad yang tidak
muncul secara tiba-tiba dan kemudiannya menawan Konstantinopel. Hampir semua
sejarawan utama merekodkan beliau memimpin kerajaan Turki Osmaniah sejak berumur
12 tahun lagi, atau setengah riwayat mengatakan 14 tahun. Adakah ini suatu kebetulan
atau perancangan, insya-Allah, buku ini akan memfokuskan titik kelima ini.
Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih tidak berlaku secara kebetulan. Beliau telah ‘disediakan’
sebagai pemenang selepas generasi sebelumnya mengorbankan diri mereka di hadapan tembok
Konstantiniyyah. Jasad-jasad mereka yang gugur syahid terlalu ramai dan tidak mampu
disenaraikan oleh sejarah. ‘Abu Ayyub Al-Ansari’ di dalam tanah Konstantinopel itu bukan
seorang Sahabat sahaja, bahkan mungkin ratusan atau mungkin ribuan pahlawan lagi. Tubuh-
tubuh mereka menjadi ‘jambatan’ kemenangan buat Muhammad Al-Fatih.
2 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
Ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita bermegah dengan kejayaan Sultan
Muhammad Al-Fatih :
1. Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas
empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad. Terima kasih
kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan
kuasa politik Kristian itu sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan kecil yang
memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya.
2. Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa
perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera, kental semangat
jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh
dunia untuk berada di Edirne.
3. Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang
seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta
hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani, Zaganosh
Basya dan beberapa ulama dan senior perang tersohor yang lain.
Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin
yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa
pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas
Konstantinopel akan memihak kepada beliau.
3 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
Periwayatan Sejarah 1453
Sikap berhati-hati dalam meneliti dokumen sejarah dan sumber cerita ini sangat penting. Seperti
kata Allahyarham Profesor Halil Inalchik sendiri ketika membuat kritikan kepada sejarawan
terkenal dari Jerman, Professor Babinger :
“Beliau telah merekodkan kesemua fakta dengan sumber-sumber yang terbaik yang beliau
perolehi. Antaranya rekod Ducas, Sphrantzes, Chalcocondyles, Kritovoulos, G.M. Angielello,
dan koleksi manuskrip yang masih simpan dengan baik di Ragusa, Venice, dan gereja Vatikan.
Juga koleksi dokumen klasik oleh Jirecek, Kretschmayr, Von Pastor, Zinkeisen, dan Jorga.
Namun demikian, suatu yang pelik dan belum diperjelaskan kenapa beliau mengenepikan
beberapa sumber kontemporari dan penting dari zaman Othmaniyyah sendiri, sedangkan
kesemua sumber ini dicetak dan dijaga dengan baik. Sesungguhnya sumber-sumber inilah yang
akan menyelamatkan beliau dari melakukan kesilapan fakta yang sangat jelas. Seharunya beliau
merujuk kepada individu terpenting yang menjadi sumber pertama mengenai Muhammad Al-
Fatih. Beliau adalah Tursun Beg dalam manuskripnya Tarikh Abu Al-Fath. Di samping itu juga
adalah Enveri dalam manuskripnya Dusturname dan Kemal Pasha dalam Tawarikh Ali Osman.”
“Amat malang apabila pengkajian sejarah era Daulah Othmaniyyah tidak bermula dengan
penguasaan bahasa sumber rujukan. Tidak ramai pengkaji, khususnya dari kalangan Muslim,
yang mempelajari bahasa Turki dan bahasa Othmaniyyah (Osmanlıca) sebagai langkah pertama
untuk mendalami sejarah era Othmaniyyah. Sesungguhnya ketidakupayaan pengkaji sejarah
menguasai bahasa sumber rujukan premier, mengundang kepada kecacatan yang besar di dalam
4 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
pembentangan hasil kajian Sejarah. Lebih-lebih lagi, di Republic of Turkey Prime Ministry
General Directorate of State Archives menjelaskan bahawa masih terhadap 150 juta keping
dokumen berupa manuskrip dan surat-surat rasmi di sepanjang pemerintahan kerajaan
Othmaniyyah yang masih belum disentuh untuk dikaji!” (Hasrizal Jamil, www.saifulislam.com)
Kepungan 54 Hari
Allahyarham Profesor Halil Inalchik (“Istanbul : An Islamic City", Oxford Journal of Islamic
Studies) menyatakan ada 12 percubaan telah gagal sebelum Mehmed II berjaya melakukannya.
Usaha Sultan Muhammad menakluki Konstantinople merangkumi perancangan bagaimana kota ini
perlu dipencilkan terlebih dahulu daripada sokongan luar, kekebalan kota ini perlu dihancurkan dan
persiapan rapi dilakukan bagi menggempur kota tersebut. Sebagai langkah awal, Sultan Muhammad
ll, telah membuat perjanjian persahabatan dengan jiran-jiran Konstantinople bagi mengelakkan
mereka menghulur bantuan kepada kota ini apabila dikepung. Pada waktu yang sama Rumeli Hisari
telah disiapkan binaannya pada 31 Ogos 1452 bagi melengkapkan peranannya dengan Anadolu
Hisari dalam usaha memencilkan Konstantinople dan menghalangnya daripada menerima bantuan
luar melalui selat Bosphorus.
Setelah meyakini bahawa Konstantinople telah dipencilkan, pada hari Isnin 2 April, 1453
Sultan Muhammad ll telah mengisytiharkan perang ke atas kota tersebut. Serangan ke atas
Constantinople dimulakan selepas solat Jumaat pada 6 April 1453 dengan tembakan dilepaskan oleh
meriam gergasi. Meriam ini dicipta oleh Sultan Muhammad ll dengan bantuan seorang jurutera
5 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
bangsa Hungary bernama Urban. Meriam yang mampu menembak peluru seberat antara 800-1200
paun ternyata berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan.
Serangan ke atas Konstantinople melibatkan persiapan Sultan Muhammad ll yang
melibatkan 140 buah kapal perang 320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai
seratus lima puluh ribu orang, termasuklah dua belas ribu tentera janisari yang terlatih. Walaupun
pelbagai usaha dilakukan bagi menawan,namun kota ini ternyata kebal kerana selepas dua minggu
serangan dilancarkan, kota tersebut masih mampu bertahan. Kegagalan ini sedikit sebanyak
menjejaskan semangat juang bala tentera Sultan Muhammad ll. Antara faktor yang menggagalkan
usaha penaklukan ini ialah keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat. Lantaran itu, pada
malam 21-22 April 21-22 Sultan Muhammad ll telah mengarahkan supaya kapal perangnya diheret
melalui Bukit Galata menuju ke Tanduk Emas bagi membolehkan serangan dari laut yang lebih
berkesan dapat dilancarkan. Dengan bantuan kayu bulat yang dilicinkan dengan menggunakan
lemak lembu satu landasan diwujudkan bagi memudahkan kapal ini diseret menaiki bukit. Strategi
yang digunakan ini ternyata memberikan kesan yang mengejutkan sehingga berjaya memecahkan
pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dengan lebih berkesan.
Walaupun strategi demi strategi diusahakan, namun kejayaan muktamad menawan
Konstantinople masih belum berhasil. Pada malam 26 Mei Sultan Muhammad ll telah mengadakan
perundingan dengan pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilancarkan.
Pada hari Ahad 27 Mei Sultan Muhammad ll telah melakukan lawatan ke atas ketumbukan
tenteranya bagi memberikan mereka semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople
berjaya ditawan. Pada 28 Mei Sultan Muhammad ll mengumumkan kepada tenteranya supaya
6 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
berehat, membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada
keesokan harinya. Pada malam sebelum serangan dilancarkan Sultan Muhammad ll sendiri bersama-
sama dengan Zarghanos Pasha membuat persiapan terakhir dengan memperincikan strategi yang
akan digunakan. Selain itu, beliau juga melawat khemah tenteranya bagi memberikan mereka
semangat dengan menegaskan bahawa tugas menawan Constantinople adalah tugas suci yang
mestilah dilaksanakan pada kali ini.
Pada awal pagi Rabu 29 Mei, tentera Uthmaniyah telah bertindak membakar khemah dan
melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada
waktu malam nanti. Serangan awal telah dilancarkan oleh tentera yang melibatkan pasukan rakyat
yang kurang mahir dan diikuti dengan serangan oleh tentera yang lebih terlatih. Akhirnya menjelang
terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih.
Serangan secara terancang ini ternyata membuahkan hasil yang membawa kepada jatuhnya kota
Konstantinople setelah dikepung selama lima puluh empat hari. Sebaik-baik sahaja memasuki
Konstantinople Sultan Muhammad ll mengumumkan bahawa kota ini kini dikenali sebagai Istanbul.
Rumusan Strategi Pembukaan 1453
Berikut adalah 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih saya simpulkan secara
umum dari tulisan-tulisan para sejarawan Islam terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik,
Profesor Maksudoglu, Profesor Akgunduz, Profesor Ilber Ortayli, Shekh Ali Muhammad As-
Sollabi dan Profesor Dr. Mohd Redzuan Osman. Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan
Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451.
7 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
1. Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat dan polisi
beliau untuk membuka Konstantinopel melalui peranan Candarli Halil Pasya, ahli politik
paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissari dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama
paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.
2. Membentuk kabinet baru kerajaan dengan pemilihan yang lebih ketat, melakukan
penstrukturan semula sistem pentadbiran kerajaan, menaikkan gaji Janissari dan
memberikan fokus khusus kepada persiapan latihan ketenteraan, sektor pembinaan
senjata dan segala kos kewangan untuk mengepung Konstantinopel
3. Membuat penyamaran dan menghantar perisikan untuk menyelidik kekuatan dan
kelemahan dalaman Konstantinopel di bahagian Golden Horn, dari ketebalan tembok dan
kelemahan Grejuva (Greek Fire), hinggalah pada isu pertembungan Kristian Ortodoks-
Katolik yang sedang berlaku dalam Konstantinopel. Ada sejarawan mencatatkan bahawa
Sultan Muhammad sendiri melakukan perisikan ini khususnya di bahagian tembok
terlemah Byzantine iaitulah yang menghadap Golden Horn.
4. Membangun 140 buah kapal perang dan 320 buah perahu di Gallipoli. Menyediakan
12,000 tentera Janissari terlatih, 20,000 angkatan tentera Sipahi, 100,000 angkatan tentera
pejalan kaki dan 30,000 angkatan tentera sukarelawan (rakyat) lengkap dengan pasukan
Mehter (pemukul gendang). Jumlah besar ini untuk tujuan mengepung Konstantinopel
dari segenap arah, melumpuhkan tenaga fizikal, moral, dan senjata mereka melalui
serangan bertali arus tanpa henti pada sesuatu tempoh.
8 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
5. Menunggu justifikasi majlis Ulama untuk menghukum Konstantinopel dalam isu
pemberontakan Orhan yang dikambinghitamkan Konstantinopel, di samping menunggu
masa, suasana, cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh kepungan ke atas
Konstantinopel. Sultan Muhammad tidak mahu berlaku sedikitpun kesilapan teknikal
yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne. Muhammad mengutus utusan khas
agar Konstantinopel diserahkan secara aman tetapi ditolak mentah-mentah oleh Maharaja
Konstantinopel ketika para paderi Orthodoks sendiri mengakui Othmaniyah lebih layak
memerintah Konstantinopel dari para paderi Latin.
6. Menyemak semula hubungan sedia ada Osmaniah dengan Wallachia, Hungary, Venezia,
Bosnia dan beberapa buah negara Kristian yang lain. Sultan Muhammad mengemukakan
tawaran hubungan dagang yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah
sebelumnya. Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara
yang pernah bersekutu dengan Konstantinopel agar mereka memihak kepada Turki
apabila Konstantinopel diserang. Akhirnya, Konstantinopel bersendirian di tengah-tengah
kepungan negara-negara yang telah tunduk pada Osmaniah.
7. Memastikan Konstantinopel dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dengan menguasai
sepenuhnya jalan laut di selat Bhosporus. Sultan Muhammad dan 3 menteri besarnya
sendiri mengepalai misi membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah yang bertentangan
dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia. Bogazkesen ini berjaya disempurnakan dalam
hanya 149 hari dan sebuah kapal Genoa telah berjaya ditenggelamkan apabila melaluinya
tanpa kebenaran dari pihak tenteraTurki di Rumeli. Ia dibina untuk Sultan Muhammad
9 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
menguasai secara sempurna satu-satunya laluan berpotensi sekutu Konstantinopel selepas
selat Dardanelles. “Binaan kubu Rumeli Hissari yang wujud hari ini, tiada apa-apa
perubahan fizikal berlaku pada binaan ini. Ia sama sahaja ketika saat ia disempurnakan
pada hari Khamis, 31 Ogos 1452. Sungguh sukar untuk dipercayai, bagaimana proses
pembinaan kubu ini hanya mengambil masa 19 minggu 3 hari sahaja.” – Andrew
Roberts, The Art of War : Great Commander of the Ancient and Medieval World
8. Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral
sepanjang tempoh perang. Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi
saksi tentera Sultan Muhammad melayarkan 72 buah kapal-kapal ringannya di atas bukit
pada jarak hampir 5 kilometer pada malam 23 April 1453 dan kemudiannya berlabuh di
Tanduk Emas menjelang waktu Subuh tanpa melalui sekatan rantai.
9. Mencipta ballista, battering rams, hurling projectiles, mortar dan 4 biji meriam gergasi
untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter, rantai Golden Horn di Konstantinopel.
Pelbagai lagi peralatan perang dicipta untuk menembak maut kesemua 50,000 kesatria
Konstantinopel di atas dan di dalam benteng di bawah pimpinan komander Giovanni
Giustinianni dan Maharaja Konstantinopel sendiri. Meriam Basilica ini seberat 1400
paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk menembak satu peluru,
mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3
kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer. Meriam ini
dibina oleh seorang non-Muslim dari Hungary, namanya Orban dengan penyeliaan
keselamatan yang ketat oleh Muslihuddin dan Saruca Sekban. Di samping itu, Sultan
10 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
Muhammad terus berbincang dengan para astronomi, jurutera mekanik, pakar senjata,
tukang besi, pakar ketenteraan Rom dan ahli-ahli syariah. Zaganosh Basya dan Turkhun
Bey pula memikirkan kaedah serangan saraf, kepungan dan penggalian terowong untuk
menakutkan Konstantinopel agar penyerahan kota dapat dilakukan tanpa peperangan
yang lama. “Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda
pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi
ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” –
Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di
Universiti Galatasaray
10. Memastikan integriti dan tahap spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Mati
syahid lebih mereka cintai, namun Sultan menegaskan kematian yang dikejar mestilah
dicapai hanya selepas musuh melutut menyerah kalah. Peranan para ulama senior sangat
besar dalam setiap battalion. Ini faktor paling penting untuk menang ke atas
Konstantinopel. Hadis pembukaan Konstantinopel dan kisah jihad Abu Ayyub Al-Ansari
adalah 'zikir' harian Sultan Muhammad pada tentera-tenteranya.
Apa yang dapat disimpulkan dari 10 strategi di atas adalah persiapan adalah sebahagian dari
kesempurnaan. Sultan Muhammad telah merancang dan mempertimbang dengan sangat teliti
kesemua aspek dan kesan sebelum memulakan sebarang tindakan. Bertindak secara melulu dan
tidak menghidu lebih awal risiko-risiko setiap taktik dan kelemahan-kelemahan setiap strategi
akan mendatangkan malu besar untuk Sultan muda itu. Perancangan Sultan Muhammad pula
11 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
menyeluruh, mencakupi aspek pengetahuan dan kajian (IQ), motivasi dan semangat kerja
sepasukan (EQ), serta spiritual dan keimanan kepada Tuhan (SQ).
Ibrah Pembukaan Konstantinopel
"Fakta- fakta sejarah yang bersifat runcitan, tiada membawa kepada sesuatu matlamat,
merupakan barang-barang angkutan kepada tentera, beban rintangan belaka. Kita harus
memandang sejarah dengan pandangan semesta yang lebih luas, sebab akal insan itu
sedemikian kecilnya, jikalau dibebani fakta-fakta yang beruncit-runcit, nescaya akan
tertindihlah ia." - Prof. Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Kebudayaan Melayu
Pembukaan Konstantinopel pada 1453 Masihi merupakan sebuah peristiwa yang telah mengubah
perjalanan sejarah umat Islam selepas tragedi berdarah kejatuhan kerajaan Islam Abbasiah pada
1258 Masihi. “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”, sebuah buku yang telah saya rumuskan kepada
pembaca atas dasar membuktikan bagaimana kekuatan integriti (Al-Amanah) dan kompetensi (Al-
Quwwah) individu yang digabungkan dalam satu ikatan kerja berpasukan yang padu sehingga
mampu menempa kemenangan dan kejayaan organisasi yang luarbiasa pada tahun 1453 tersebut.
“Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukannya cerita
perihal pencapaian individu. Ia cerita perihal kuasa luar biasa pasukan yang bersatu, berbakat
dan bersiap sedia. Mereka yang sentiasa komited antara satu sama lain, juga kepada wawasan
12 www.ibrahparadigm.com.my
Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016
mereka sehingga ke penghujungnya.” - Stephen R. Covey, Tabiat ke-8 ; Keberkesanan kepada
Keagungan.
“Pengajaran dari sejarah, hanya gerakan pendidikan yang dipelopori oleh para sufi berintikan
pemugaran dinamika keagamaan dengan penekanan kepada disiplin kerohanian sahaja mampu
membangkitkan semula umat ini dan mencipta kejayaan-kejayaan luar biasa yang tidak
tergambar sedikitpun ketika hancurnya kota Baghdad pada abad tersebut. Gerakan pendidikan
inilah yang menatijahkan kegemilangan semula sehingga pengislaman Mongol itu sendiri,
bangsa pengganas yang tadinya menghancurleburkan kota Baghdad. Gerakan pendidikan inilah
jua yang telah mengislamkan Kepulauan Melayu dan kemuncak dari kekuatan itu adalah
kebangkitan Islam dalam kuasa ketenteraan dunia iaitu penawanan Konstantinopel pada tahun
1453 Masihi.” (Dr Siddiq Fadzil, “Pendidikan Al-Hikmah Dalam Misi Pencerahan)
Wallahua’lam
* Syaari Ab Rahman merupakan Principal Trainer Ibrah Paradigm Training & Consultancy sedang
melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia, kolumnis
majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru, penyampai segmen “Ibrah” di radio IKIM.fm sejak tahun 2013
dan penulis buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh” terbitan PTS
Milennia. Beliau boleh ditemui di laman Facebook beliau iaitu “Syaari Ab Rahman” serta blog peribadi
beliau, www.iskandarfateh.com.my
13 www.ibrahparadigm.com.my

Contenu connexe

Tendances

Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufianيوسف سفورا
 
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1 Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1 Ilyani Azmi
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJAsri Mohad
 
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Ezad Azraai Jamsari
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2Thanushah Soniyasee
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainsheraarzman
 
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahImtiyazZahra
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihAsmidahIsdal
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah cairel zikry
 
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahAssignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahUniversity Of Dungun
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahshahirah44
 
Kepentingan piagam madinah cikgu
Kepentingan piagam madinah   cikguKepentingan piagam madinah   cikgu
Kepentingan piagam madinah cikguamuthasivalingambba
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJINurul Izzah
 
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Ezad Azraai Jamsari
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Ezad Azraai Jamsari
 
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiqsejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiqsaadiah alidrus
 

Tendances (20)

Sifat umar ibn al
Sifat umar  ibn alSifat umar  ibn al
Sifat umar ibn al
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
 
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1 Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1
Konsep Kesenian yang Menyesatkan Usuluddin STPM Penggal 1
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
 
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
 
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahAssignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
 
Kepentingan piagam madinah cikgu
Kepentingan piagam madinah   cikguKepentingan piagam madinah   cikgu
Kepentingan piagam madinah cikgu
 
Salehuddin al ayubi
Salehuddin al ayubiSalehuddin al ayubi
Salehuddin al ayubi
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmani
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
 
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
 
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiqsejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sejarah stpm sem 2 - Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
 

En vedette

Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-Islam
Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-IslamBab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-Islam
Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-IslamEzad Azraai Jamsari
 
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal Terindeks
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal TerindeksPengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal Terindeks
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal TerindeksEzad Azraai Jamsari
 
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKM
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKMPengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKM
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKMEzad Azraai Jamsari
 
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAWEzad Azraai Jamsari
 
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap UmmahKeutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap UmmahEzad Azraai Jamsari
 
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘AbbasiBab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘AbbasiEzad Azraai Jamsari
 
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-Rashidin
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-RashidinBab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-Rashidin
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-RashidinEzad Azraai Jamsari
 
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat Islam
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat IslamDakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat Islam
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat IslamEzad Azraai Jamsari
 
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun Islam
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun IslamBab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun Islam
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun IslamAdibah Sulaiman
 

En vedette (20)

Adv ais other dev approaches
Adv ais other dev approachesAdv ais other dev approaches
Adv ais other dev approaches
 
Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-Islam
Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-IslamBab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-Islam
Bab 1A Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Pra-Islam
 
Pengenalan Perkuliahan STIAUDA
Pengenalan Perkuliahan STIAUDAPengenalan Perkuliahan STIAUDA
Pengenalan Perkuliahan STIAUDA
 
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal Terindeks
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal TerindeksPengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal Terindeks
Pengursan Geran Penyelidikan dan Penulisan Artikel Jurnal Terindeks
 
Peta al-Andalus
Peta al-AndalusPeta al-Andalus
Peta al-Andalus
 
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKM
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKMPengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKM
Pengenalan Perkuliahan Fiqh Sirah PBJJ-FPI, UKM
 
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
 
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap UmmahKeutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah
 
Golongan Saljuq
Golongan SaljuqGolongan Saljuq
Golongan Saljuq
 
Kerajaan Qaramitah
Kerajaan QaramitahKerajaan Qaramitah
Kerajaan Qaramitah
 
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘AbbasiBab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6B Pemikiran Politik Islam Zaman Umawi dan ‘Abbasi
 
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-Rashidin
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-RashidinBab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-Rashidin
Bab 5A Pemikiran Politik Islam Selepas Khulafa' al-Rashidin
 
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat Islam
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat IslamDakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat Islam
Dakwah Islamiah di Madinah dan Peneguhan Masyarakat Islam
 
Kerajaan Fatimiyyah
Kerajaan FatimiyyahKerajaan Fatimiyyah
Kerajaan Fatimiyyah
 
Alhambra 01
Alhambra 01Alhambra 01
Alhambra 01
 
00022599
0002259900022599
00022599
 
Islam di India
Islam di IndiaIslam di India
Islam di India
 
Sultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad al-FatihSultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad al-Fatih
 
Bengkel Kaedah Penyelidikan
Bengkel Kaedah PenyelidikanBengkel Kaedah Penyelidikan
Bengkel Kaedah Penyelidikan
 
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun Islam
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun IslamBab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun Islam
Bab 04 Perkembangan & Pencapaian Tamadun Islam
 

Similaire à Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopel
power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopelpower point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopel
power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopelHamzahSabandi
 
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptx
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptxKisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptx
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptxrahmadazuwardi92
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)Ain Salim
 
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)kintan mawarni
 
Sultan Muhammad Al Fatih
Sultan Muhammad Al FatihSultan Muhammad Al Fatih
Sultan Muhammad Al FatihBahRum Subagia
 
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdf
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdfMuhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdf
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdfMuhammadRayhan60
 
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota Konstantinopel
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota KonstantinopelMeneladani Al-Fatih sang penaklukan kota Konstantinopel
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota KonstantinopelNenengDwiminjawati
 
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT OLEH SITI ROHAENI.pdf
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT  OLEH SITI ROHAENI.pdfUAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT  OLEH SITI ROHAENI.pdf
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT OLEH SITI ROHAENI.pdfSiti Rohaeni
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuKOSPATI UKM
 
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdf
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdfKEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdf
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdfTata Oktaviani Wiriastuti
 
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)azam_hazel
 
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanPerkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanYanisa S
 
Melihat sekilas tapak sekulerisme turki
Melihat sekilas tapak sekulerisme turkiMelihat sekilas tapak sekulerisme turki
Melihat sekilas tapak sekulerisme turkiRizky Faisal
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxAchmadFatomy
 
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Wan Norshafika
 

Similaire à Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih (20)

power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopel
power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopelpower point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopel
power point tentang sejarah al fatih sang penakluk konstatinopel
 
Konstantinopel
KonstantinopelKonstantinopel
Konstantinopel
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptx
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptxKisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptx
Kisah muhammad alfatih.untukpresentasidisekolah.pptx
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
 
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH (LEADERSHIP OF MUHAMMAD AL-FATIH)
 
Sultan Muhammad Al Fatih
Sultan Muhammad Al FatihSultan Muhammad Al Fatih
Sultan Muhammad Al Fatih
 
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdf
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdfMuhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdf
Muhammad Al-Fatih_Muhammad Rayhan_2B.pdf
 
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota Konstantinopel
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota KonstantinopelMeneladani Al-Fatih sang penaklukan kota Konstantinopel
Meneladani Al-Fatih sang penaklukan kota Konstantinopel
 
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT OLEH SITI ROHAENI.pdf
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT  OLEH SITI ROHAENI.pdfUAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT  OLEH SITI ROHAENI.pdf
UAS KEPEMIMPINAN "MUHAMMAD AL FATIH" DIBUAT OLEH SITI ROHAENI.pdf
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
 
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdf
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdfKEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdf
KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL FATIH_Tugas UAS.pdf
 
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)
tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)
 
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad PertengahanPerkembangan Islam pada Abad Pertengahan
Perkembangan Islam pada Abad Pertengahan
 
Jejak ISLAM di Indonesia (lanjutan)
Jejak ISLAM di Indonesia (lanjutan)Jejak ISLAM di Indonesia (lanjutan)
Jejak ISLAM di Indonesia (lanjutan)
 
Melihat sekilas tapak sekulerisme turki
Melihat sekilas tapak sekulerisme turkiMelihat sekilas tapak sekulerisme turki
Melihat sekilas tapak sekulerisme turki
 
Makalah SPI .docx
Makalah SPI .docxMakalah SPI .docx
Makalah SPI .docx
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
 
Sultan al fatih
Sultan al fatihSultan al fatih
Sultan al fatih
 
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
 

Plus de Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURANParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMUParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 

Plus de Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. (20)

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
 
Sifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah YusufSifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah Yusuf
 
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAHISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
 
Seminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah DirazSeminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah Diraz
 
Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran
 
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdfSekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
 
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdfAlam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
 
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdfIKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
 
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdfInfaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
 
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdfSurah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
 
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdfIntegriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
 
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
 
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
 
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam IlahiJiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
 
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-QuranTadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
 
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
DIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat AllahDIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat Allah
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
 

Dernier

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 

Dernier (20)

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 

Kertas Kerja Teknologi Peperangan Al-Fatih

  • 1. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 FIQH SIRAH : ENGINEER AL-FATIH “FAKTOR SUNNATULLAH PADA PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453” Oleh : Syaari Ab Rahman Muqaddimah Setakat pengamatan saya pada kedudukan 1453 dalam ‘big picture’ sejarah Islam yang luas dan panjang, ada 5 perkara unik mengenai peristiwa 1453. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sejarah Islam pasca generasi salafus Soleh pada 300 tahun yang pertama selepas kewafatan Rasulullah. 1. Sebuah peristiwa yang membenarkan ramalan Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak antara kenyataan Rasulullah dan berlakunya peristiwa itu sangatlah lama. Bukan 8 tahun atau 80 tahun, tetapi 800 tahun. 2. Sebuah peristiwa yang mementaskan kepimpinan seorang remaja yang berumur 21 tahun. Justeru, ia adalah kisah benar mengenai potensi sebenar seorang yang bernama “remaja”. 3. Sebuah peristiwa yang menyaksikan penggunaaan senjata moden dan canggih mendahului zaman abad ke-14 itu sendiri, serta aplikasi sains ketenteraan yang sangat jauh ke hadapan, ketika Byzantine dan Roma pula berhadapan dengan krisis perpecahan yang kritikal dan kemuncaknya ‘membunuh’ sains itu sendiri. Kemajuan Turki dalam ilmu sains ketenteraan ini memungkinkan mereka mengambil masa tidak sampai 2 bulan untuk membuka Kota itu ketika generasi terdahulu mengepung bertahun-tahun tanpa kemenangan. 1 www.ibrahparadigm.com.my
  • 2. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 4. Sebuah peristiwa yang dicatatkan sejarawan secara sepakat bagaimana kemenangan dirintis selepas kisah pengorbanan pahlawan Turki yang bernama Hassan Ulubati. Sejarawan utama dari pihak Islam mahupu Barat bersetuju – meskipun ada yang tidak mencatatkan nama - wujudnya seorang pemuda yang sanggup dipanah bertubi-tubi, namun ia tidak menggagalkannya untuk memacakkan panji Turki Osmanli di atas menara Byzantine itu. 5. Sebuah kisah benar mengenai ‘persiapan melahirkan pemimpin’ yang dicatatkan dengan baik oleh sejarawan. Ia adalah mengenai kehidupan remaja Sultan Muhammad yang tidak muncul secara tiba-tiba dan kemudiannya menawan Konstantinopel. Hampir semua sejarawan utama merekodkan beliau memimpin kerajaan Turki Osmaniah sejak berumur 12 tahun lagi, atau setengah riwayat mengatakan 14 tahun. Adakah ini suatu kebetulan atau perancangan, insya-Allah, buku ini akan memfokuskan titik kelima ini. Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih tidak berlaku secara kebetulan. Beliau telah ‘disediakan’ sebagai pemenang selepas generasi sebelumnya mengorbankan diri mereka di hadapan tembok Konstantiniyyah. Jasad-jasad mereka yang gugur syahid terlalu ramai dan tidak mampu disenaraikan oleh sejarah. ‘Abu Ayyub Al-Ansari’ di dalam tanah Konstantinopel itu bukan seorang Sahabat sahaja, bahkan mungkin ratusan atau mungkin ribuan pahlawan lagi. Tubuh- tubuh mereka menjadi ‘jambatan’ kemenangan buat Muhammad Al-Fatih. 2 www.ibrahparadigm.com.my
  • 3. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 Ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita bermegah dengan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih : 1. Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad. Terima kasih kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan kuasa politik Kristian itu sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan kecil yang memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya. 2. Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera, kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne. 3. Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani, Zaganosh Basya dan beberapa ulama dan senior perang tersohor yang lain. Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas Konstantinopel akan memihak kepada beliau. 3 www.ibrahparadigm.com.my
  • 4. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 Periwayatan Sejarah 1453 Sikap berhati-hati dalam meneliti dokumen sejarah dan sumber cerita ini sangat penting. Seperti kata Allahyarham Profesor Halil Inalchik sendiri ketika membuat kritikan kepada sejarawan terkenal dari Jerman, Professor Babinger : “Beliau telah merekodkan kesemua fakta dengan sumber-sumber yang terbaik yang beliau perolehi. Antaranya rekod Ducas, Sphrantzes, Chalcocondyles, Kritovoulos, G.M. Angielello, dan koleksi manuskrip yang masih simpan dengan baik di Ragusa, Venice, dan gereja Vatikan. Juga koleksi dokumen klasik oleh Jirecek, Kretschmayr, Von Pastor, Zinkeisen, dan Jorga. Namun demikian, suatu yang pelik dan belum diperjelaskan kenapa beliau mengenepikan beberapa sumber kontemporari dan penting dari zaman Othmaniyyah sendiri, sedangkan kesemua sumber ini dicetak dan dijaga dengan baik. Sesungguhnya sumber-sumber inilah yang akan menyelamatkan beliau dari melakukan kesilapan fakta yang sangat jelas. Seharunya beliau merujuk kepada individu terpenting yang menjadi sumber pertama mengenai Muhammad Al- Fatih. Beliau adalah Tursun Beg dalam manuskripnya Tarikh Abu Al-Fath. Di samping itu juga adalah Enveri dalam manuskripnya Dusturname dan Kemal Pasha dalam Tawarikh Ali Osman.” “Amat malang apabila pengkajian sejarah era Daulah Othmaniyyah tidak bermula dengan penguasaan bahasa sumber rujukan. Tidak ramai pengkaji, khususnya dari kalangan Muslim, yang mempelajari bahasa Turki dan bahasa Othmaniyyah (Osmanlıca) sebagai langkah pertama untuk mendalami sejarah era Othmaniyyah. Sesungguhnya ketidakupayaan pengkaji sejarah menguasai bahasa sumber rujukan premier, mengundang kepada kecacatan yang besar di dalam 4 www.ibrahparadigm.com.my
  • 5. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 pembentangan hasil kajian Sejarah. Lebih-lebih lagi, di Republic of Turkey Prime Ministry General Directorate of State Archives menjelaskan bahawa masih terhadap 150 juta keping dokumen berupa manuskrip dan surat-surat rasmi di sepanjang pemerintahan kerajaan Othmaniyyah yang masih belum disentuh untuk dikaji!” (Hasrizal Jamil, www.saifulislam.com) Kepungan 54 Hari Allahyarham Profesor Halil Inalchik (“Istanbul : An Islamic City", Oxford Journal of Islamic Studies) menyatakan ada 12 percubaan telah gagal sebelum Mehmed II berjaya melakukannya. Usaha Sultan Muhammad menakluki Konstantinople merangkumi perancangan bagaimana kota ini perlu dipencilkan terlebih dahulu daripada sokongan luar, kekebalan kota ini perlu dihancurkan dan persiapan rapi dilakukan bagi menggempur kota tersebut. Sebagai langkah awal, Sultan Muhammad ll, telah membuat perjanjian persahabatan dengan jiran-jiran Konstantinople bagi mengelakkan mereka menghulur bantuan kepada kota ini apabila dikepung. Pada waktu yang sama Rumeli Hisari telah disiapkan binaannya pada 31 Ogos 1452 bagi melengkapkan peranannya dengan Anadolu Hisari dalam usaha memencilkan Konstantinople dan menghalangnya daripada menerima bantuan luar melalui selat Bosphorus. Setelah meyakini bahawa Konstantinople telah dipencilkan, pada hari Isnin 2 April, 1453 Sultan Muhammad ll telah mengisytiharkan perang ke atas kota tersebut. Serangan ke atas Constantinople dimulakan selepas solat Jumaat pada 6 April 1453 dengan tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi. Meriam ini dicipta oleh Sultan Muhammad ll dengan bantuan seorang jurutera 5 www.ibrahparadigm.com.my
  • 6. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 bangsa Hungary bernama Urban. Meriam yang mampu menembak peluru seberat antara 800-1200 paun ternyata berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan. Serangan ke atas Konstantinople melibatkan persiapan Sultan Muhammad ll yang melibatkan 140 buah kapal perang 320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai seratus lima puluh ribu orang, termasuklah dua belas ribu tentera janisari yang terlatih. Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi menawan,namun kota ini ternyata kebal kerana selepas dua minggu serangan dilancarkan, kota tersebut masih mampu bertahan. Kegagalan ini sedikit sebanyak menjejaskan semangat juang bala tentera Sultan Muhammad ll. Antara faktor yang menggagalkan usaha penaklukan ini ialah keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat. Lantaran itu, pada malam 21-22 April 21-22 Sultan Muhammad ll telah mengarahkan supaya kapal perangnya diheret melalui Bukit Galata menuju ke Tanduk Emas bagi membolehkan serangan dari laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan. Dengan bantuan kayu bulat yang dilicinkan dengan menggunakan lemak lembu satu landasan diwujudkan bagi memudahkan kapal ini diseret menaiki bukit. Strategi yang digunakan ini ternyata memberikan kesan yang mengejutkan sehingga berjaya memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dengan lebih berkesan. Walaupun strategi demi strategi diusahakan, namun kejayaan muktamad menawan Konstantinople masih belum berhasil. Pada malam 26 Mei Sultan Muhammad ll telah mengadakan perundingan dengan pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilancarkan. Pada hari Ahad 27 Mei Sultan Muhammad ll telah melakukan lawatan ke atas ketumbukan tenteranya bagi memberikan mereka semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople berjaya ditawan. Pada 28 Mei Sultan Muhammad ll mengumumkan kepada tenteranya supaya 6 www.ibrahparadigm.com.my
  • 7. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 berehat, membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada keesokan harinya. Pada malam sebelum serangan dilancarkan Sultan Muhammad ll sendiri bersama- sama dengan Zarghanos Pasha membuat persiapan terakhir dengan memperincikan strategi yang akan digunakan. Selain itu, beliau juga melawat khemah tenteranya bagi memberikan mereka semangat dengan menegaskan bahawa tugas menawan Constantinople adalah tugas suci yang mestilah dilaksanakan pada kali ini. Pada awal pagi Rabu 29 Mei, tentera Uthmaniyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada waktu malam nanti. Serangan awal telah dilancarkan oleh tentera yang melibatkan pasukan rakyat yang kurang mahir dan diikuti dengan serangan oleh tentera yang lebih terlatih. Akhirnya menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih. Serangan secara terancang ini ternyata membuahkan hasil yang membawa kepada jatuhnya kota Konstantinople setelah dikepung selama lima puluh empat hari. Sebaik-baik sahaja memasuki Konstantinople Sultan Muhammad ll mengumumkan bahawa kota ini kini dikenali sebagai Istanbul. Rumusan Strategi Pembukaan 1453 Berikut adalah 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih saya simpulkan secara umum dari tulisan-tulisan para sejarawan Islam terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik, Profesor Maksudoglu, Profesor Akgunduz, Profesor Ilber Ortayli, Shekh Ali Muhammad As- Sollabi dan Profesor Dr. Mohd Redzuan Osman. Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451. 7 www.ibrahparadigm.com.my
  • 8. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 1. Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat dan polisi beliau untuk membuka Konstantinopel melalui peranan Candarli Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissari dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki. 2. Membentuk kabinet baru kerajaan dengan pemilihan yang lebih ketat, melakukan penstrukturan semula sistem pentadbiran kerajaan, menaikkan gaji Janissari dan memberikan fokus khusus kepada persiapan latihan ketenteraan, sektor pembinaan senjata dan segala kos kewangan untuk mengepung Konstantinopel 3. Membuat penyamaran dan menghantar perisikan untuk menyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman Konstantinopel di bahagian Golden Horn, dari ketebalan tembok dan kelemahan Grejuva (Greek Fire), hinggalah pada isu pertembungan Kristian Ortodoks- Katolik yang sedang berlaku dalam Konstantinopel. Ada sejarawan mencatatkan bahawa Sultan Muhammad sendiri melakukan perisikan ini khususnya di bahagian tembok terlemah Byzantine iaitulah yang menghadap Golden Horn. 4. Membangun 140 buah kapal perang dan 320 buah perahu di Gallipoli. Menyediakan 12,000 tentera Janissari terlatih, 20,000 angkatan tentera Sipahi, 100,000 angkatan tentera pejalan kaki dan 30,000 angkatan tentera sukarelawan (rakyat) lengkap dengan pasukan Mehter (pemukul gendang). Jumlah besar ini untuk tujuan mengepung Konstantinopel dari segenap arah, melumpuhkan tenaga fizikal, moral, dan senjata mereka melalui serangan bertali arus tanpa henti pada sesuatu tempoh. 8 www.ibrahparadigm.com.my
  • 9. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 5. Menunggu justifikasi majlis Ulama untuk menghukum Konstantinopel dalam isu pemberontakan Orhan yang dikambinghitamkan Konstantinopel, di samping menunggu masa, suasana, cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh kepungan ke atas Konstantinopel. Sultan Muhammad tidak mahu berlaku sedikitpun kesilapan teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne. Muhammad mengutus utusan khas agar Konstantinopel diserahkan secara aman tetapi ditolak mentah-mentah oleh Maharaja Konstantinopel ketika para paderi Orthodoks sendiri mengakui Othmaniyah lebih layak memerintah Konstantinopel dari para paderi Latin. 6. Menyemak semula hubungan sedia ada Osmaniah dengan Wallachia, Hungary, Venezia, Bosnia dan beberapa buah negara Kristian yang lain. Sultan Muhammad mengemukakan tawaran hubungan dagang yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah sebelumnya. Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang pernah bersekutu dengan Konstantinopel agar mereka memihak kepada Turki apabila Konstantinopel diserang. Akhirnya, Konstantinopel bersendirian di tengah-tengah kepungan negara-negara yang telah tunduk pada Osmaniah. 7. Memastikan Konstantinopel dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dengan menguasai sepenuhnya jalan laut di selat Bhosporus. Sultan Muhammad dan 3 menteri besarnya sendiri mengepalai misi membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah yang bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia. Bogazkesen ini berjaya disempurnakan dalam hanya 149 hari dan sebuah kapal Genoa telah berjaya ditenggelamkan apabila melaluinya tanpa kebenaran dari pihak tenteraTurki di Rumeli. Ia dibina untuk Sultan Muhammad 9 www.ibrahparadigm.com.my
  • 10. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 menguasai secara sempurna satu-satunya laluan berpotensi sekutu Konstantinopel selepas selat Dardanelles. “Binaan kubu Rumeli Hissari yang wujud hari ini, tiada apa-apa perubahan fizikal berlaku pada binaan ini. Ia sama sahaja ketika saat ia disempurnakan pada hari Khamis, 31 Ogos 1452. Sungguh sukar untuk dipercayai, bagaimana proses pembinaan kubu ini hanya mengambil masa 19 minggu 3 hari sahaja.” – Andrew Roberts, The Art of War : Great Commander of the Ancient and Medieval World 8. Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral sepanjang tempoh perang. Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad melayarkan 72 buah kapal-kapal ringannya di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer pada malam 23 April 1453 dan kemudiannya berlabuh di Tanduk Emas menjelang waktu Subuh tanpa melalui sekatan rantai. 9. Mencipta ballista, battering rams, hurling projectiles, mortar dan 4 biji meriam gergasi untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter, rantai Golden Horn di Konstantinopel. Pelbagai lagi peralatan perang dicipta untuk menembak maut kesemua 50,000 kesatria Konstantinopel di atas dan di dalam benteng di bawah pimpinan komander Giovanni Giustinianni dan Maharaja Konstantinopel sendiri. Meriam Basilica ini seberat 1400 paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk menembak satu peluru, mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3 kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer. Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim dari Hungary, namanya Orban dengan penyeliaan keselamatan yang ketat oleh Muslihuddin dan Saruca Sekban. Di samping itu, Sultan 10 www.ibrahparadigm.com.my
  • 11. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 Muhammad terus berbincang dengan para astronomi, jurutera mekanik, pakar senjata, tukang besi, pakar ketenteraan Rom dan ahli-ahli syariah. Zaganosh Basya dan Turkhun Bey pula memikirkan kaedah serangan saraf, kepungan dan penggalian terowong untuk menakutkan Konstantinopel agar penyerahan kota dapat dilakukan tanpa peperangan yang lama. “Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray 10. Memastikan integriti dan tahap spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Mati syahid lebih mereka cintai, namun Sultan menegaskan kematian yang dikejar mestilah dicapai hanya selepas musuh melutut menyerah kalah. Peranan para ulama senior sangat besar dalam setiap battalion. Ini faktor paling penting untuk menang ke atas Konstantinopel. Hadis pembukaan Konstantinopel dan kisah jihad Abu Ayyub Al-Ansari adalah 'zikir' harian Sultan Muhammad pada tentera-tenteranya. Apa yang dapat disimpulkan dari 10 strategi di atas adalah persiapan adalah sebahagian dari kesempurnaan. Sultan Muhammad telah merancang dan mempertimbang dengan sangat teliti kesemua aspek dan kesan sebelum memulakan sebarang tindakan. Bertindak secara melulu dan tidak menghidu lebih awal risiko-risiko setiap taktik dan kelemahan-kelemahan setiap strategi akan mendatangkan malu besar untuk Sultan muda itu. Perancangan Sultan Muhammad pula 11 www.ibrahparadigm.com.my
  • 12. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 menyeluruh, mencakupi aspek pengetahuan dan kajian (IQ), motivasi dan semangat kerja sepasukan (EQ), serta spiritual dan keimanan kepada Tuhan (SQ). Ibrah Pembukaan Konstantinopel "Fakta- fakta sejarah yang bersifat runcitan, tiada membawa kepada sesuatu matlamat, merupakan barang-barang angkutan kepada tentera, beban rintangan belaka. Kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta yang lebih luas, sebab akal insan itu sedemikian kecilnya, jikalau dibebani fakta-fakta yang beruncit-runcit, nescaya akan tertindihlah ia." - Prof. Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Kebudayaan Melayu Pembukaan Konstantinopel pada 1453 Masihi merupakan sebuah peristiwa yang telah mengubah perjalanan sejarah umat Islam selepas tragedi berdarah kejatuhan kerajaan Islam Abbasiah pada 1258 Masihi. “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”, sebuah buku yang telah saya rumuskan kepada pembaca atas dasar membuktikan bagaimana kekuatan integriti (Al-Amanah) dan kompetensi (Al- Quwwah) individu yang digabungkan dalam satu ikatan kerja berpasukan yang padu sehingga mampu menempa kemenangan dan kejayaan organisasi yang luarbiasa pada tahun 1453 tersebut. “Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukannya cerita perihal pencapaian individu. Ia cerita perihal kuasa luar biasa pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia. Mereka yang sentiasa komited antara satu sama lain, juga kepada wawasan 12 www.ibrahparadigm.com.my
  • 13. Konvesyen Fiqh dan Teknologi Peringkat Negeri Pahang 2016 mereka sehingga ke penghujungnya.” - Stephen R. Covey, Tabiat ke-8 ; Keberkesanan kepada Keagungan. “Pengajaran dari sejarah, hanya gerakan pendidikan yang dipelopori oleh para sufi berintikan pemugaran dinamika keagamaan dengan penekanan kepada disiplin kerohanian sahaja mampu membangkitkan semula umat ini dan mencipta kejayaan-kejayaan luar biasa yang tidak tergambar sedikitpun ketika hancurnya kota Baghdad pada abad tersebut. Gerakan pendidikan inilah yang menatijahkan kegemilangan semula sehingga pengislaman Mongol itu sendiri, bangsa pengganas yang tadinya menghancurleburkan kota Baghdad. Gerakan pendidikan inilah jua yang telah mengislamkan Kepulauan Melayu dan kemuncak dari kekuatan itu adalah kebangkitan Islam dalam kuasa ketenteraan dunia iaitu penawanan Konstantinopel pada tahun 1453 Masihi.” (Dr Siddiq Fadzil, “Pendidikan Al-Hikmah Dalam Misi Pencerahan) Wallahua’lam * Syaari Ab Rahman merupakan Principal Trainer Ibrah Paradigm Training & Consultancy sedang melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia, kolumnis majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru, penyampai segmen “Ibrah” di radio IKIM.fm sejak tahun 2013 dan penulis buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh” terbitan PTS Milennia. Beliau boleh ditemui di laman Facebook beliau iaitu “Syaari Ab Rahman” serta blog peribadi beliau, www.iskandarfateh.com.my 13 www.ibrahparadigm.com.my